Rabu, 7 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


1MDB: Najib Perlu Berundur Ekoran Teguran Majlis Raja-raja - AMANAH

Posted: 07 Oct 2015 01:14 AM PDT

Perdana Menteri perlu membaca dan memahami mesej tersirat yang terkandung di dalam kenyataan Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat, demikian tegas Salahuddin Hj.Ayub, Timbalan presiden AMANAH.

Di dalam satu kenyataan menyentuh isu berkenaan, Salahuddin menyatakan bahawa AMANAH yakin teguran Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang baru-baru ini ingin memastikan Pentadbiran Putrajaya menumpukan pembangunan negara dan dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan.



"Sosok bahasa, keluhuran budi, adat dan budaya Bangsa Melayu yang boleh diterjemahkan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut agar menasihatkan supaya Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut telah menjejaskan ekonomi negara." tambah kenyataan itu lagi.

Menuurutnya, banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Dato' Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.

Justeru itu, menurut Salahuddin, AMANAH merasakan ianya isyarat jelas bahawa Dato' Sri Najib perlu berundur dengan segara kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak 'dibersihkan' lagi di Mahkamah.

Semalam, Majlis Raja-raja di dalam satu kenyataan menyatakan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, ia turut menjadi antara sebab yang mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."

Menurut kenyataan itu, seperti dilaporkan oleh media massa tempatan, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.

[PANAS] 2.6 Juta vs 2.6 Bilion: Najib Dicabar Dedah Butiran Derma

Posted: 07 Oct 2015 12:02 AM PDT

Selepas Bersih isytihar kutipan, Saifuddin soal butiran RM2.6 bilion

Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempersoalkan adakah butiran berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini akan didedahkan selepas Bersih 2.0 mengisytiharkan jutaan ringgit yang diterimanya daripada sumbangan orang ramai.

Bekas timbalan menteri Umno itu, yang juga antara pengkritik lantang perdana menteri, menimbulkan perkara tersebut dalam posting di akaun Facebook miliknya, menerima ribuan "Like" dan ratusan perkongsian daripada pengguna media sosial.

"Battle of 2.6! Bersih 4 dah bentang akaun: Penerimaan: RM2,647,361.74 (dpd 27,000 penderma, & jualan t-shirt & mafla). Perbelanjaan: RM664,052.52. Baki: RM1,983,309.22 akn diguna utk program2 2 thn akn dtg (pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dsb)...RM2.6 bilion?" katanya dalam posting itu.

Kumpulan reformasi pilihan raya tersebut hari ini mengisytiharkan akaun dan perbelanjaan dari RM2.6 juta sumbangan yang diterimanya untuk perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada akhir bulan Ogos.

Mengumumkan lebihan RM1.9 juta selepas ditolak RM664,052 dalam perbelanjaan untuk perhimpunan 34 jam itu, Bersih 2.0 turut mencabar Najib mengisytiharkan sumbangan RM2.6 bilion yang didakwa diterima daripada dermawan Timur Tengah itu.

Menurutnya, kira-kira 27,000 penderma menyumbang kepada Bersih 2.0 untuk perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos itu yang menuntut perubahan demokratik dan peletakan jawatan Najib berhubung dakwaan skandal kewangan yang membabitkan beliau.

Turut diserahkan kepada juruaudit untuk tujuan semakan ialah penyata bank setebal 2,126 halaman.

Perisytiharan itu dibuat lebih kurang sebulan selepas perhimpunan tersebut. Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berjanji kumpulan pemantau pilihan raya itu akan mengisytiharkan akaunnya selepas menerima sejumlah besar wang yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Najib dan beberapa pemimpin Barisan Nasional sebelum ini menuduh Bersih tidak mengisytiharkan akaun mereka.

Mengulangi gesaan kepada Najib supaya mengisytiharkan perincian "derma" RM2.6 bilion itu, Bersih 2.0 berkata hari ini, kewibawaan perdana menteri akan "lenyap" jika beliau gagal berbuat demikian. –TMI


BERSIH dedah dana RM2.6 juta, cabar Najib ikut jejaknya

Gabungan NGO menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) hari ini mendedahkan pecahan jumlah dana dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak yang sama.

Menurut BERSIH, jumlah keseluruhan yang diterimanya sebanyak RM2,647,361.74, dengan jumlah terbesar sebanyak RM2,064,652.74 datang daripada sumbangan derma.

Penjualan baju T dan skaf masing-masing menyumbang RM553,914 dan RM28,795.

Sementara jumlah perbelanjaan pula, termasuk persiapan pra himpunan BERSIH 4 dan sepanjang perhimpunan 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu, badan pemantau itu membelanjakan sebanyak RM664,052.52.

"(Najib), kami sudah mendedahkan (dana) kami, sekarang tunjuk dana kamu pula," kata ahli jawatankuasa pemandu Thomas Fann merujuk RM2.6 bilion sumbangan politik yang didepositkan ke akaun peribadi Najib yang didakwa sumber dari Timur Tengah.

BERISH juga mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi nama semua penderma.

"Mereka semua rakyat Malaysia, sama ada rakyat tempatan atau yang menetap di luar negara. Tada ada pun penderma dari Timur Tengah," katanya berseloroh.




[MUKTAMAD] NST Diperintah Bayar Hampir 1/2 Juta Kepada Husam Musa

Posted: 06 Oct 2015 07:54 PM PDT

Mahkamah Persekutuan arah NSTP bayar Husam RM350,000

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.



"Kami menolak permohonan itu dan plaintif diperintahkan untuk membayar kos RM15,000 kepada Husam," demikian diputuskan oleh mahkamah itu.

Dua lagi hakim dalam panel bersama Hakim Zulkefli adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Ma'arop.

Peguam Md Yunos Sharif memberitahu Malaysiakini di luar mahkamah selepas prosiding itu, bahawa kesemuanya NSTP yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, diarah membayar RM85,000 sebagai kos.

Pada 5 Mei, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada merit dalam rayuan itu. Panel ini diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengarahkan NSTP membayar ganti rugi itu.

Laporan media

Husam memfailkan saman fitnah berikutan laporan media bahawa dua ADUN Umno Kelantan, Nozula Md Diah (Paloh) dan Muhd ​​Adhan Kechik (Bukit Bunga), telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007, dengan mendakwa sembilan kes salah urus, rasuah dan salah guna kuasa oleh individu dalam kerajaan pimpinan PAS dan dikaitkan terus kepada Husam.

Berikutan laporan BPR dan laporan berita itu yang disiarkan oleh NSTP, Husam memfailkan saman RM6 juta pada Januari 2008, terhadap kedua-dua ADUN itu dan NSTP.

Kedua-duanya kemudiannya memohon maaf kepada Husam pada tahun 2009 berhubung laporan itu, dan salah seorang daripada mereka menerbitkan notis permohonan maaf dalam dalam Berita Harian.

Hakim Su ketika mengarahkan pembayaran sebanyak RM350,000 itu berkata ia adalah untuk gantirugi teladan, ganti rugi teruk dan ganti rugi am. -mk

ULASAN GB

Jumlah kesemuanya: RM350,000 + RM15,000 (kos mahkamah) + RM70,000 (kos mahkamah sebelum ini) = RM435,000

Hampir setengah juta.

Sebelum ini, bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu. Hari ini, NST pula diperintah bayar Husam Musa sebanyak hampir setengah juta kerana kes fitnah juga.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Walaupun Khalid Samad dan Husam Musa begitu hebat dihina dan difitnah, dijebonkan, dituduh agen DAP, terutama oleh golongan UMNO dan pro-ulamak dalam PAS, mereka berdua (dan yang lain-lain pemimpin yang turut dijebonkan) akan terus "berpahala" - dunia dan akhirat. Kemenangan di mahkamah itu adalah diantara "pahala-pahala" dunia yang diterima kerana begitu dasyatnya mereka berdua dihentam oleh pihak yang tidak menyukainya. Di akhirat pula pahala yang diterima adalah seperti disebut di dalam hadith berikut...

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata-ngata (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui."

Manakala orang yang mengata-ngata dan memfitnah itu akan terus mendapat dosa malah akan muflis di hari akhirat nanti...

Tiada ulasan: