Sabtu, 31 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Soalan Tambahan MP Temerloh Yang Melucukan, Tak Berkaitan.... Kata Speaker

Posted: 30 Oct 2015 11:45 PM PDT

Sesuatu yang agak melucukan apabila seorang ahli parlimen PAS dari Temerloh, YB Nasruddin bin Hassan yang bangun untuk mengutarakan soalan tambahan selepas Kementerian Kewangan menjelaskan berkenaan dengan isu permohonan institusi kewangan asing untuk menjalankan perniagaan perbankan, insurans atau perbankan pelaburan di negara ini yang akan dinilai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013/Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,



Sebelum ahli parlimen PAS itu bangun, Timbalan Menteri Datuk Johari Abdul Ghani berkata antara yang dinilai termasuk kriteria kehematan dan kriteria kepentingan terbaik bagi Malaysia.

"Secara amnya, faktor-faktor ini memastikan kestabilan kewangan dan kepentingan terbaik Malaysia sentiasa terpelihara," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai garis panduan dan pertimbangan kerajaan dalam meluluskan institusi kewangan asing di negara ini.

Johari berkata kriteria kehematan, secara keseluruhannya, merangkumi kekukuhan kewangan, rekod perniagaan, pengalaman, ciri-ciri dan integriti pemohon.

Turut dinilai dalam kriteria berkenaan ialah ketelusan dan tahap kompleksiti struktur korporat serta tahap sistem penyeliaan di negara asal pemohon seandainya pemohon merupakan pelabur asing, katanya.

Sehingga kini, katanya bilangan institusi kewangan asing beroperasi di negara ini adalah 19 institusi perbankan, enam institusi Islam, tiga institusi Islam antarabangsa, 20 institusi insurans konvensional, empat institusi insurans semula, dua institusi takaful dan tiga institusi takaful semula.

Tiba-tiba YB Temerloh bangun dan bercakap mengenai pergantungan negara kepada buruh asing yang tiada kaitan lansung mengenai institusi kewangan asing.

Speaker terus menyatakan bahawa pihak kementerian kewangan tak perlu jawab soalan YB Temerloh itu kerana ia tidak berkaitan.

Hal tersebut telah menjadi viral di media sosial dan menyerlahkan tentang tahap mentaliti ahli parlimen PAS yang ada kini di parlimen sehinggakan nak bertanya soalan pun tak berapa reti, inikan pula nak berbahas dan menjawab di parlimen. Salah satu komen yang GB terbaca yang agak melucukan menyatakan mujur dia bertanya pekerja asing, bukan makhluk asing... :)

Saksikan:






Tiada ulasan: