Khamis, 29 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mempelam Harummanis Tunggu Masa Gugur...

Posted: 29 Oct 2015 12:40 AM PDT

Banyak 'harum manis' PAS tunggu masa gugur, kata Amanah Kedah

Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah mendakwa akan ada lebih ramai individu yang dikategorikan sebagai 'harum manis' dalam PAS, yang hanya menunggu masa untuk keluar parti itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana daripada segi luaran mereka merupakan ahli PAS, namun di dalam hati, mereka lebih cenderung kepada Amanah.


"Ibarat buah mempelam yang harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini.

"Walaupun masih bergelar ahli PAS, mereka secara senyap menyokong Amanah tetapi belum bersedia meninggalkan PAS," katanya sambil menambah, golongan harum manis ini juga dipercayai wujud di kalangan wakil rakyat parti Islam itu di Kedah.

Selain itu, Ismail dilaporkan berkata, 'harum manis' ini bukan saja di Kedah tetapi wujud di setiap negeri dan jumlahnya ramai.

"Mereka akan sertai Amanah dalam masa terdekat, tunggu masa sesuai. Malah, sudah ada yang berani sertai program secara terang-terangan.

"Golongan muda antara paling ramai menunjukkan minat. Kemungkinan wakil rakyat pun ada tunjuk kecenderungan," katanya dipetik berkata kepada akhbar itu.

Ismail berkata, golongan terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, serta peringkat, sama ada ahli biasa atau berjawatan.

Sinar Harian melaporkan beliau berkata, antara kekangan yang menghalang ahli PAS meninggalkan parti Islam itu ialah kenyataan dibuat pimpinan tertinggi parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berunsurkan ugutan atau mengelirukan.

"PAS cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan ancaman 'kafir' jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah.

"Mereka yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat, bagi tempoh tertentu, agar suasana lebih harmoni," katanya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, pertembungan antara PAS dan parti serpihannya, Amanah, memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti harum manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar misalnya, mengakui beliau seorang 'harum manis' apabila rakan-rakannya dalam Amanah bertanya apakah pendirian sebenar beliau. -TMI

Perlantikan Nasha Sebagai CEO GMM Pecepatkan Kerajaan Perpaduan UMNO PAS

Posted: 28 Oct 2015 07:40 PM PDT

Nasharudin Mat Isa ketuai GMM, ganti Saifuddin

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang baru sahaja menyertai parti pembangkang PKR.

Pengerusi GMM Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan pelantikan Nasharudin berkuatkuasa 1 November, beliau yakin gerakan itu mampu meneruskan usahanya menggalakkan kesederhanaan sebagai satu pendekatan dalam pembentukan dasar luar dan dalam negara ini.



"Yayasan ini akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai Gerakan Kesederhanaan Global," kata Razali.

Nasharudin, bekas ahli Parlimen Yan, mendapat ijazah dalam bidang perundangan Islam dari Universiti Jordan dan merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai timbalan presiden parti Islam itu, Nasharuddin merupakan salah seorang pemimpin utama yang mendokong usaha mengadakan perbincangan dengan saingan politiknya, Umno.

Sebagai seorang yang menyokong kerajaan perpaduan dengan Umno, Nasharuddin turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan pembentukan PasMa, yang bertujuan memastikan PAS kekal menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat.


"Saya sudah lama bekerja ke arah mewujudkan pemahaman politik antara PAS dan Umno sebagai pilihan utama bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Jadi, dengan adanya sebuah parti baru, ia akan menjejaskan pemahaman ini, ia mungkin tidak baik untuk masa akan datang," kata Nasharuddin ketika itu.

PasMa akhirnya menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini dan menyertai pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan.

Pemimpin Amanah kebanyakannya merupakan bekas ahli PAS dari golongan "progresif" yang dilihat lebih sederhana dalam pendekatan mereka yang terbuka kepada membina kerjasama politik dengan pihak lain, masyarakat awam dan kumpulan etnik.

PAS tidak menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan, setelah bertelagah dengan bekas sekutunya DAP dan enggan bekerjasama dengan Amanah yang dianggap pemimpin parti Islam itu, "pengkhianat".

Pada 15 Oktober, Saifuddin berkata beliau meninggalkan Umno bagi menyertai PKR, memetik cara pengendalian Putrajaya dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai punca.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata, parti Melayu pemerintah itu enggan melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi – dua perjuangan yang menurutnya amat dekat di hatinya.

Najib merupakan pengasas dan penaung GMM yang ditubuhkan sebagai platform untuk menggalakkan kesederhanaan di peringkat antarabangsa. -TMI

LAPORAN SEBELUM INI


Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG

Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.

Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemarahan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.

Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.


Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.

Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.

Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.


Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.

Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.

Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai.

Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.

Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.

Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.

Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.

Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.

Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan. -msomelayu


ULASAN GB

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain. -17 Feb 2015


ULASAN GB

Perlantikan Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah di dalam kerangka mempercepatkan projek UG, PAS-UMNO yang telah terhalang sewaktu TGNA masih hidup.

Walaupun beberapa pemimpin PAS menafikannya, namun dengan kenyataan terbaru Presiden PAS semalam membuktikan projek kerjasama UMNO-PAS sedang giat berjalan.

Nasharuddin tidak dipecat dari PAS walaupun beliau sudah memberitahu beliau giat mengusahakan agenda pewujudan kerajaan perpaduan menjelaskan bahawa sememangnya Majlis Syura yang menyuruh dan merestui "usaha" Nasharuddin itu.

Doakanlah sama-sama agar percantuman PAS-UMNO itu menjadi kenyataan supaya rakyat lebih jelas hala perjuangan PAS yang sebenarnya.

Tiada ulasan: