Rabu, 28 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


OK Kerjasama Dengan UMNO BN, Tetapi Tidak Dengan PH (?)

Posted: 27 Oct 2015 11:12 PM PDT

Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN?

Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.



Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.

"Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri.

Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.

"Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN," ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat.

"Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN.

"Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. 'Let it be clear', kalau sekarang ini kita keliru. sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN," tegasnya.-FMT

ULASAN GB

Setiap kaii Presiden PAS bersuara satu negara jadi huru-hara.

Beliau yang amat terkenal membuat kenyataan-kenyataan uturn, iaitu menterbalikkan apa kenyataan yangd dikeluarkan oleh pemimpin PAS yang lain, samada timbalannya, TITM, Setiausaha Agung PAS, Takiyaddin Hassan atau mana-mana pemimpin PAS yang lain.



Sudah tidak ada mesyuwarah di dalam PAS. Kuasa veto Presiden mengatasi segala-galanya. Malah keluarnya golongan progresif dari PAS adalah kerana Presiden PAS sudah tidak boleh ditegur, sudah enggan untuk menerima pakai konsep mesyuwarah. Kata-katanya menjadi pemutus di dalam setiap perkara.

Tatkala TITM cuba mempertahankan Pakatan Rakyat kononnya "masih hidup", semalam Presiden PAS buat kenyataan PAS tak perlukan sesiapa, malah memberi gambaran bahawa PAS bekerjasama dengan UMNO/BN.



Boleh bekerjasama dalam "perkara yang baik", tetapi disebutnya hanya nama Barisan, tak ada dengan parti-parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan AMANAH. Maknanya BN lagi baik dari parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH).

Kalau demikian halnya bolehlah PAS minta tempat duduknya di dalam parlimen dialihkan ke kawasan BN, bukan di kalangan pembangkang yang dipenuhi oleh wakil-wakil rakyat PH.

Seperkara lagi jika dah boleh bekerjasama dengan UMNO BN tetapi tidak dengan PH, molek benarlah suruh exco-exco PAS dan sekalian ahli PAS yang diambil bekerja dengan kerajaan Selangor di atas lantikan politik sebelum ini disuruh meletakkan jawatan. Dan Azmin serta PKR tidak perlu lagi ragu-ragu untuk ambil tindakan segera selepas ini kerana Presiden PAS sudah pun menyatakan partinya sudah boleh bekerjasama dengan BN tetapi menyebut tidak akan serta PH.

Kenyataan Hadi selalu pula diperbetulkan oleh setiausaha politiknya, yang bertindak semacam Lajnah Penafian & Pembetulan PAS Pusat, iaitu akan menafikan kononnya Haji Hadi pernah bercakap sekian-sekian... namun dalam hal di atas belum lagi kedengaran. Mungkin muka sudah labuh sebab asyik nak buat penafian dan pembetulan terhadap kenyataan bossnya itu...

lagipun tak pernah pula ketua Lajnah Penafian itu berani nak ambil tindakan mahkamah ke atas pihak-pihak akhbar yang dikatakan"memutarbelitkan" kenyataan presiden pas.

Presiden PAS Dibidas Kerana Isu Angkat Plakad "'Mana RM2.6 bilion?"

Posted: 27 Oct 2015 07:00 PM PDT

'Naikkan sepanduk RM2.6b tindakan beradab'

Wakil rakyat Pakatan Harapan hari ini mempertahankan tindakan mereka untuk menaikkan sepanduk 'Mana RM2.6 bilion? di Dewan Rakyat semasa pembentang bajet, Jumaat lalu sebagai tindakan beradab.

Ini kerana mereka tidak membaling kasut dan kerusi, dan juga gas pemedih mata seperti yang berlaku di Parlimen Kosovo, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media di lobi Parlimen.



Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata ahli parlimen parti itu tidak menaikkan sepanduk berkenaan kerana mereka membangkang secara 'beradab'.

Khalid yang juga adalah Ketua Whip AMANAH berkata kenyataan Hadi seolah-olah tindakan mereka adalah tidak bertamadun.

"Kami berpendapat bahawa kenyataan Presiden PAS itu tidak betul. Ini kerana kami tidak membaling kasut dan kerusi. Kami juga tidak melemparkan gas pemedih mata seperti di parlimen Eropah timur.

"Menaikan sepanduk adalah tindakan beradab," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan meneruskan tindakan sedemikian di Dewan Rakyat.

"Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," kata Khalid.

Turut hadir bersama pada sidang media itu adalah whip DAP Anthony Loke dan timbalan whip PKR Abdullah Sani Abdul Hamid.

Loke berkata PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, semasa bersama dalam Pakatan Rakyat, berssatu menyokong protes sepanduk anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang sepanduk membantah pelaksanaan GST.

"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya. -mk


Plakad 'mana RM2.6 b' mewakili suara rakyat

Ahli parlimen Pakatan Harapan mempertahankan tindakan mengangkat plakad yang bertulis 'Mana RM 2.6 billion' kerana ia tindakan yang wajar serta mewakili suara dan pandangan rakyat.

Timbalan Ketua Whip PKR, Abdullah Sani berkata, tindakan itu merupakan salah satu tanggungjawab ahli parlimen yang secara langsung mewakili suara rakyat.

"Suara itu perlu diutarakan. Lebih baik kita bersuara atau lebih molek membisu seribu bahasa dengan penyelewengan dan bobokan (momokan) yang berlaku dalam negara?

"Suara rakyat yang derita hari ini kalau bukan ahli parlimen bangkitkan, siapa lagi?," soalnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

Dia menjawab kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap tindakan ahli parlimen dari Pakatan Harapan mengangkat plakad didalam Dewan Rakyat sebagai tindakan yang tidak beradab.

"Seperti umum tahu, isunya apabila pembentangan bajet dilakukan, rakyat hendak tahu penyelesaian RM2.6 billion dan 1MDB. Namun Menteri Kewangan itu tidak langsung tidak menyentuh soalan itu. Jadi, plakad itu memainkan peranan atas kehendak rakyat yang ingin tahu penyelesaiannya.

"Saya tidak nampak ia melanggar undang-undang Parlimen. Yang saya lihat sebagai kebebasan bersuara. Suara rakyat perlu diselaraskan dengan tindakan ahli parlimen," katanya di Parlimen. -FMT


ULASAN GB

Tu dia!

Tiba-tiba presiden PAS yang kerap ponteng parlimen bersuara bahawa:

Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab"

Kononnya ahli parlimen tidak boleh berdemonstrasi, kononnya ahli parlimen PAS semuanya beradab bila tidak mengangkat plakad.

Macamlah selama ini PAS dan presidennya tak pernah menyertai demonstrasi. Macamlah selama ini PAS dan presidennya tak pernah mengangkat plakad.


Lagi, FASTAQIM tempohari yang PAS banggakan, bukankah itu juga "demonstrasi"? Atau kerana FASTAQIM hari ini cuma tak hentam UMNO BN tetapi hentam AMANAH maka ia bukan demonstrasi tetapi perhimpunan suka-suka dan relax-relax?

Kemudian, soal adab.

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu lebih bagus dan lebih beradab dari mengangkat plakad?

GB sudah ulas sebelum ini:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya?

Lepas itu, suka memaki hamun: membarua, celaka, mentololkan orang lain dan menuduh orang khianat, beradab sangatkah itu?

p/s Cuma GB nak tanya kepada Azmin dan Tian Chua, apakah anda masih mengharapkan PAS lagi setelah anda sendiri melihat dan mendengar respons Presiden PAS sendiri dimana anda berdua juga menyertai mereka yang mengangkat plakad hari itu?

Tiada ulasan: