Sabtu, 24 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Najib Cuba Kelirukan Parlimen Tuduh PH Sokong GST

Posted: 24 Oct 2015 01:02 AM PDT

Wan Azizah: Terima GST? Najib tak baca betul-betul

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pembangkang menerima pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan sehingga memasukkan perkara itu dalam dokumen bajet alternatif mereka.

Wan Azizh berkata Najib yang juga menteri kewangan "tidak membaca betul-betul" cadangan Pakatan Harapan dalam dokumen bajet yang didedahkan semalam.

"Dia (Najib) tidak baca betul-betul. Memang kita tahu, telah diletakkan semua instrumen GST. Kalau kita nak berhenti begitu sahaja, kita (dianggap) tidak bertanggungjawab.

"Jadi kalau kita buat sebetul-betulnya, kita buat 'zero rated'. Dia ikut kita buat apa," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Najib itu.

Pakatan Harapan dalam bajetnya mengumumkan langkah untuk menyelesaikan krisis ekonomi antaranya mengenakan kadar sifar atau 'zero rated' kepada semua barangan GST untuk mengukuhkan aliran tunai.


Najib ketika membentangkan bajet menyatakan kerajaan tetap bertegas dengan pendirian bahawa kerajaan mempunyai keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST sekalipun keputusan itu ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.

"Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.

"Ini jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten," katanya sambil dibantah oleh pembangkang.

Wan Azizah yang adalah presiden PKR juga tidak yakin kerajaan mampu untuk mengurangkan bajet defisit kepada 3.1 peratus kerana mereka biasanya akan mengemukakan bajet tambahan.

Katanya, negara berdepan dengan defisit sejak suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan sebagai menteri kewangan.

"Negara mengalami defisit sejak sekian lama dan sepertimana yang sama beritahu, pengurangan defisit 3.1 peratus tidak mungkin tercapai kerana ia biasanya hadir dalam bentuk yang lain iaitu bajet tambahan," katanya. -mk

ULASAN GB

Najib nampaknya cuba mengelirukan dan memperdayakan rakyat Malaysia dengan menuduh kononnya Pakatan Harapan (PH) menerima GST dan telah memasukkannya di dalam bajet PH.

Sedangkan JELAS bahawa di dalam bajet PH, kadar GST akan dimansuhkan dengan mengumpulkan semua pembekalan bawah senarai kadar "sifar" untuk mengekang inflasi.


Najib nampaknya mempunyai "pegawai-pegawai" di kementerian kewangan yang tidak memberikan maklumat yang tepat kepadanya sehingga akhirnya skrip ucapannya mengandungi kesalahan yang obvious apabila melakukan tuduhan semborono.

Dan perbahasan bajet 2016 adalah medan yang bagus untuk para ahli parlimen mendesak dan membogelkan Najib mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Pandikar Amin sebagai speaker perlu membuka ruang perbahasan bajet dengan lebih telus dan tidak menyekat serta menggantung ahli parlimen yang menyentuh isu berkenaan.

PAS Ikut UMNO-BN Tak Tanya Najib "Mana RM2.6 Bilion?"

Posted: 23 Oct 2015 06:50 PM PDT

Sepanduk 'Mana RM2.6 bilion' diangkat lepas Najib bentang Bajet 2016

Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini.

Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera.


RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Gambar mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media.

Namun, pemerhatian teliti mendapati beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri. (Nasruudin Hassan Tantawi, Temerloh dan Takiyuddin Hassan, Kota Bharu juga tidak berdiri dan mengangkat plakad)

Malah, kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.


Najib yang juga menteri kewangan petang ini membentangkan bajet ketujuhnya sepanjang menjadi perdana menteri.

Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum dipinda pada tahun sebelumnya. – TMI



VIDEO



ULASAN GB

Nampaknya sama seperti semalam semasa undian penggantungan Lim Kit Siang dilakukan dimana ramai wakil rakyat PAS yang ponteng dan tidak mengundi. Rujuk SINI.

Hari ini tatkala semua wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad "Mana RM2.6 Bilion?" selepas pembentangan bajet oleh Najib, wakil rakyat PAS tidak turut serta, malah ramai yang ponteng. Kerusi-kerusi YB PAS kosong tak bertuan.

Memberi tanda bahawa wakil-wakil PAS seperti tidak melaksanakan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat dan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang yang lain walaupun mereka duduk di blok pembangkang.

Tindakan PAS ini mendapat pujian dari UMNO BN terutama dari Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin. Malah ada wakil rakyat PAS dilihat lebih selesa bergambar dengan Senator Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di JPM. Dan menyerlahkan bahawa PAS dan UMNO seperti sehati sejiwa.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Dinafi dan disorok macamana pun tentang sikap dan perangai PAS yang khianat dengan amanah rakyat itu akan tetap terdedah jua.

Biarlah, rakyat menyaksikan semuanya ini dan kemudian membuat keputusan untuk menghukum PAS di dalam pilihanraya nanti.

Tiada ulasan: