Rabu, 21 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pakatan Harapan Bentang Belanjawan Alternatif 2016

Posted: 21 Oct 2015 01:05 AM PDT

Bajet Pakatan Harapan Sokong Zeti Sambung Khidmat Dua Tahun

KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan alternatif Pakatan Harapan 2016 menyaksikan 10 perkara dasar digariskan bagi mengelakkan krisis ekonomi terus berlaku di negara ini.

Salah daripada perkara yang telah disenaraikan adalah menyokong pelanjutan tempoh perkhidmatan Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk dua tahun lagi.


Pelancaran belanjawan ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen, Selasa.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan dimansuhkan dengan mengumpulkan semua pembekalan bawah senarai kadar sifar bagi mengurangkan inflasi.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga akan diletakkan dalam pentadbiran dan pesalah-pesalah berkaitan akan didakwa ke muka pengadilan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap 1MDB untuk mendapatkan kembali keyakinan pasaran," menurut ringkasan eksekutif yang terkandung dalam buku Belanjawan Alternatif Malaysia 2016 oleh Pakatan Harapan.

Tujuh lagi perkara dasar yang digariskan adalah seperti berikut:-

- Memisahkan portfolio perdana menteri dan menteri kewangan

- Menubuhkan tabung pembiayaan petroleum untuk penduduk Sabah dan Sarawak

- Peruntukan kepada perbelanjaan pembinaan kereta api laju KL-Singapura akan diagihkan semula kepada pembinaan landasan kereta api di Sabah dan Sarawak.

- penjimatan RM30 bilion daripada langkah-langkah pencegahan rasuah.

- Mengurangkan dividen Petronas kepada RM20 bilion.

- Penyusunan semula pembayaran bantuan kewangan seCara bersyarat berdasarkan pekerjaan dan kehadiran sekolah

- Menyusun semula subsidi padi dan meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. -mstar

Lagi Ajakan UMNO Supaya PAS Bekerjasama Dengannya..

Posted: 20 Oct 2015 11:02 PM PDT

UMNO Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Pas

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan Pas akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, UMNO negeri itu bersedia untuk menjalin kerjasama berdasarkan pendirian UMNO yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil kerana berbeza pandangan.



"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya yang dipetik daripada Bernama.

ULASAN GB

Apa lagi yang PAS tunggu.... Perangai semua dah sama macam UMNO. Memaki-hamun, bersifat perkauman Melayu, mengherdik bangsa lain, bersekongkol dengan kezaliman dan seumpamanya.   Elok sahut YA sahaja kepada ajakan UMNO itu. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

PAS sepatutnya tidak tersipu-sipu malu untuk menyahut ajakannya. PAS tak perlu angkuh dan sombong menyatakan ia mampu bergerak sendirian.

Jika PAS sudah boleh bekerjasama (oops.. silap.. bersetuju... oooops silap lagi... dah tak ada di lamanweb PAS) dengan PERKASA yang selama ini terkenal dengan sikap rasis dan perkaumannya, maka tiada sebab untuk PAS menolak pelawaan UMNO itu. Tak tahu malu ker bekerjasama/bersetuju dengan "anak" UMNO, tapi tak bekerjasama/bersetuju dengan "bapak"nya?

Lagi pun sebelum ini PAS memang ada menjalinkan hubungan dengan UMNO, jika tidak masakan Presiden PAS sendiri membuat kenyataan kononnya ada pihak yang cemburu hubungan PAS-UMNO... INI BUKAN FITNAH, JIKA FITNAH PRESIDEN PAS DAH LAMA NAFI ATAU SAMAN AKHBAR INI...


Tiada ulasan: