Selasa, 20 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nama Al-Qardhawi Digunakan Untuk Berdusta & Memfitnah...

Posted: 19 Oct 2015 11:11 PM PDT

'Qaradhawi tak haramkan parti Islam baru AMANAH'

Usaha Parti Amanah Negara (AMANAH) melobi jaringan Islam antarabangsa mencapai langkah kanan selepas pertemuan dengan tokoh sarjana Islam dunia Yusuf Al-Qaradawi.

Gambar: Delegasi AMANAH di dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar



Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata pemimpin kanan mereka Datuk Dr Mujahid Yusuf telah bertemu dengan Al-Qaradawi di Qatar pada Sabtu lalu.

"Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS," kata Salahuddin dalam satu kenyataan malam tadi.

Bekas naib presiden PAS itu juga berkata AMANAH berbincang dengan Al-Qaradawi berkaitan "kejelasan fikrah Islam" kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya.

"Lalu Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi menyokong usaha untuk membetuli salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam," katanya lagi.

AMANAH dalam usaha memperkenalkan parti Islam baru itu di peringkat antarabangsa, khususnya di kalangan gerakan Islam antara 13 hingga 18 Oktober lalu.

Selain Salahuddin dan Mujahid, turut menyertai mereka Timbalan Penasihat Umum AMANAH Abdul Ghani Shamsuddin dan Bendahari Asmuni Awi.

Misi mereka bermula dengan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Al-Qaradaghi pada 13 Oktober, yang menjelaskan kenapa AMANAH perlu wujud dalam persada politik Malaysia.

"Perbincangan kami berlangsung dalam suasana amat mesra dengan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai AMANAH," kata Salahuddin.

Manakala dalam pertemuan dengan Sheikh Dr Ibrahim Munir, setiausaha agung Ikhwanul Muslimin itu mencadangkan supaya usaha mencapai persefahaman di kalangan parti politik Islam, termasuk PAS digerakkan.

Semua itu supaya politik Islam dapat diperkukuhkan di Malaysia, kata Salahuddin memetik pesanan Ibrahim.

Justeru, kata Salahuddin, AMANAH terbuka untuk bertemu, dan komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan umah.

"AMANAH juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji dengan mengambil pendekatan terbuka, dan memberi peluang untuk berbincang dengan AMANAH dan bukan mengambil pendekatan mencerca ataupun menghukum sewenang-wenangnya," katanya.

'Haram, kata Ayah Chik'

Bagaimanapun, ketika AMANAH mengambil langkah itu selepas, di kalangan akar umbi PAS, idea yang lain pula diketengah.

Pemuda PAS Kuala Selangor dalam Facebook contohnya menerbitkan tulisan berjudul "Petikan ucapan Ayah Chik (Hadi): Haram tubuh parti Islam selagi PAS masih ada: Dr Qaradawi ".

Tulisan itu antaranya menyebut, Qardawi menghubungi Hadi untuk mendengar sendiri pendapatnya perihal parti Islam baru di Malaysia.

"Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Al-Qaradawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada.

"Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya," kata Hadi seperti dilaporkan Facebook itu.

PETIKAN UCAPAN AYAH CHIK


HARAM TUBUH PARTI ISLAM SELAGI PAS MASIH ADA: DR QARDAWI

PAS Ditubuhkan tahun 1951 oleh para alim ulama dan pemikir Islam selepas parti-parti lain diharamkan. Sebelumnya ada Sarekat Islam. Apabila diharamkan, tubuh pula PKMM. Apabila PKMM haram, Hizbul Muslimin pula ditubuhkan. Selepas Hizbul Muslimin diharamkan barulah PAS ditubuhkan.

Sekarang ini ada pula pihak lain mahu tubuhkan parti Islam lain dalam keadaan PAS masih ada. Ini tidak betul dan tidak kena. Penubuhan sebagai menyambung mata rantai tidak mengapa, tetapi tubuh parti Islam baru tidak pasal-pasal memang tidak dibenarkan.

Saya dapat berita mereka (parti Islam baru) telah menjelajah ke seluruh dunia berjumpa gerakan Islam. Pergi ke Tunisia, Jordan, Qatar, Turki. Rombongan mereka turut disertai DAP. Tujuannya untuk belajar tentang hudud dari mereka yang tak laksanakan hudud.

Mereka turut berjumpa Dr Yusof Qardawi. Kebetulan saya dijemput ke Persidangan Gerakan Islam di Turki. Beberapa pemimpin gerakan Islam berjumpa saya bertanyakan perihal parti Islam baru di Malaysia. Saya terangkan keadaan sebenar kepada mereka.

Kembalinya saya dari Turki, mereka sampai ke rumah Dr Qardawi. Lantas Qardawi menghubungi saya untuk mendengar sendiri apa pendapat kita. Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Qardawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya.

Umur Dr Qardawi kini melebih 90 tahun. Lebih tua dari Tok Guru Nik Aziz. Fizikalnya sangat uzur, tetapi semangatnya masih kuat. Fikirannya juga masih baik. Jangan pula bila mendengar fatwa Qardawi ini, mereka katakan pendapat Qardawi tidak boleh diterima kerana sudah nyanyuk. Nauzubillah.

Alhamdulillah. Rasanya tak perlulah lagi kita besarkan-besarkan perkara ini. Nanti ia dianggap besar pula. Padahal perkara ini hanya kecil dan (parti tersebut) hanya serpihan sahaja.

InsyaAllah bahtera ini akan terus belayar dengan baik.

Kehadiran semalam menunjukkan perubahan anak muda dan sokongan orang lama masih utuh bersama PAS. Malah yang lebih mengejutkan, orang bukan Islam turut bersama mahu membantu perjuangan Islam. Ini semua adalah tanda-tanda awal kemenangan buat Islam.

MORAK, TUMPAT, KELANTAN
18 OKTOBER 2015/5 MUHARRAM 1437
(Alang Ibn Shukrimun)


YANG SEBENAR





ULASAN GB

Astaghfirullah...

Dah teruk dan terdesak sangat nampaknya. Sanggup menngunakan nama dan memfitnah Al-Qardhawi untuk menyatakan AMANAH itu haram sedangkan seluruh dunia tahu Al-Qardhawi sudah pun membicarakan hal tersebut di dalam kitabnya bahawa: "keplabagain parti politik adalah sama seperti kepelbagaian mazhab fiqh.

Sebelum ini, dipergunakan nama TG Nik Aziz, dikatanya TG Nik Aziz bersetuju dengan "Kerajaan Perpaduan" sedangkan hakikatnya TGNA adalah penentang wahid terhadap penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Jawatan "Naib Presiden Ketua Ulamak Sedunia" nampaknya bukan sahaja sudah menjadi tiket untuk ia menabur fitnah dan pembohongan, malah dipergunakan untuk memaki dan melabel golongan yang yang tidak sependirian dengannya dengan jebon, barua, tolol dan seumpamanya.

Semakin jauh dia dan partinya dari kebenaran dan keadilan... semakin lama PAS menjadi semakin jahat dan semakin dekat mengikut perangai UMNO...

Tahniah Dan Syabas Datuk Saifuddin, "Jangkaan" GB Pada 2008 Jadi Realiti...

Posted: 19 Oct 2015 08:50 PM PDT

Saifuddin Abdullah dilantik ketua sekretariat Pakatan Harapan

Bekas ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang baru sahaja menyertai PKR dilantik menjadi ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu akan dipertanggungjawabkan sebagai ketua seketariat secara serta-merta berkuat kuasa hari ini.




"Pakatan Harapan juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policies) yang akan dianggotai 3 orang wakil setiap parti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Saifuddin yang juga bekas ahli Parlimen Temerloh mengumumkan menyertai PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya minggu lalu.

Tindakan itu dilakukannya kerana tidak berpuas hati dengan cara Barisan Nasional (BN) menguruskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tindakan itu menimbulkan kritikan hebat daripada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan parti Melayu itu tidak akan terjejas dengan tindakan Saifuddin kerana beliau tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, PKR dialu-alukan mengambil bekas timbalan menteri Umno itu kerana beliau berpendapat Saifuddin tentunya seseorang yang "bermasalah".

Saifuddin berkata beliau memilih PKR kerana ianya selari dengan aspirasi dan matlamat politiknya. –TMI.

ULASAN GB

GB ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAh kepada Datuk Saifuddin Abdullah kerana telah dilanti sebagai Ketua Sekretaria Pakatan Harapan walaupun baru menyertai PKR kelmarin.

Namun sebenarnya, GB telah lama mengikuti perkembangan Datuk Saifuddin, malah pada tahun 2008 lagi blog ini pernah menjangkakan bahawa Datuk Saifuddin akan menyeberangi parti pembangkang (ketika itu Pakatan Rakyat).

Heboh seketika di dalam TV dan akhbar-akhbar arus perdana ketika menyiarkan "ramalan" blog Greenboc sehingga ada beberapa media dilihat menghasut agar Datuk Saifuddin mengambil tindakan undang-undang ke atas GB.

Ketika itu GB mengulas, petikan:

"Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel itu kerana menghormati hak sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Apa yang dimuatkan di dalam artikel itu, katanya, hanyalah spekulasi politik dan ia tidak mengandungi ungkapan yang memburuk-burukkan beliau secara peribadi."

Dan justeru itu, sepatutnya GB ada banyak sebab untuk bererima kasih kepada kedua-dua ahli parlimen berkenaan yang menampakkan kematangan berpolitik mereka di samping bersyukur kepada Allah s.w.t. lantarannya.

Apa-apa pun seperkara yang masih bermain di fikiran GB ialah mengapa sekalian banyak isu yang ada sekarang, namun isu yang GB lontarkan semalam itulah yang mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Agensi berita negara, BERNAMA merupakan yang terawal memberikan respons yang memetik tulisan GB tersebut dan lantas menghubungi ahli parlimen berkenaan untuk mendapatkan reaksi dan pengesahan terhdap tulisan GB bekenaan.

Ternyata bahawa kini pihak media arus perdana yang rata-rata dikenali sebagai teramat pro-establishment merasa sensitif terhadap sebarang isu yang melibat mana-mana ahli parlimen BN yang akan melompat ke mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Ada banyak sebab untuk mereka merasa terlalu sensitif.

Senario politik yang berlaku mutakhir ini menjelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah-Najib ini diketahui umum sedang menghadapi pergolakan yang begitu hebat yang oleh ramai pemerhati politik berpendapat sebarang isu yang ditangani secara silap oleh pimpinan kerajaan akan hanya mengakibatkan penamatan riwayat pemerintahan BN di negara ini dengan lebih cepat.

Justeru sekalipun negara kini dilanda isu hangat seperti isu liwat Datuk Seri Anwar yang mampu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih tampuk kerajaan, namun mereka tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa mereka tidak boleh memandang remeh terhadap isu lain sekalipun ia dbangkitkan oleh seorang blogger tak terkenal seperti GB ini.

Sikap ofensif yang di diambil di dalam isu liwat sekalipun boleh memberikan kredit yang banyak kepada BN namun jika BN melupakan untuk mengambil langkah defensif dan berjaga-jaga, nanti dikhuatiri yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Apa tah lagi di dalam suasana rakyat kini secara puratanya memihak kepada Pakatan Rakyat apabila isu kenaikan harga minyak dan barang yang telah benar-benar menjatuhkan keredibiliti dan populariti BN di mata rakyat.




Kini setelah lebih 7 tahun, apa yang GB jangkakan dahulu menjadi kenyataan. Datuk Saifuddin menyertai PKR dan menerajui Sektretariat Pakatan Harapan.

Semuga Pakatan Harapan akan terus bergerak ke hadapan dan benar-benar menjadi parti yang menggantikan BN sebagai parti kerajaan sebaik PRU14 berakhir nanti.

Tiada ulasan: