Jumaat, 2 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Tanah: Fatah Haron Ditampar Seorang Penduduk, Fatah Acu Pistol...

Posted: 02 Oct 2015 02:11 AM PDT

Pemimpin PAS Rantau Panjang ditampar dalam majlis dialog malam tadi

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron terpaksa mendapatkan rawatan di klinik apabila ditampar seorang penduduk tempatan di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi.

Kejadian menjadi sangat kecoh apabila selepas ditampar, Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buku Tuku mengeluarkan pistolnya dan mengejar orang yang menampar beliau dan mengacukan pistol ke dadanya.





Menurut saksi kejadian, seorang bekas pemimpin PAS tempatan, Abdul Razak Abas menarik Fatah dan menyuraikan orang ramai.

Kejadian berlaku menjelang majlis dialog pemimpin kawasan Rantau Panjang dengan ahli jawatankuasa PAS Peti Undi Banggol Kulim di sebuah Pasti dekat situ kira-kira jam 9.15 malam tadi.

"Ia tidak ada kaitan dengan politik tetapi isu lama iaitu berkaitan dengan pemilikan tanah," kata seorang saksi kejadian kepada The Malasian Insider walaupun ada ramai tokoh politik tempatan dalam majlis itu.

Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang luka ke Facebook awal pagi tadi dan meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat sesuatu tindakan sendiri.

"Perkara ini hendaklah kita serahkan dan berilah peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil apa apa tindakan yang sepatutnya," kata Fatah yang membahasakan dirinya AbeTah.

Beliau dipercayai sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang malam tadi.

Pihak yang memukul beliau pula dikatakan akan membuat laporan polis hari ini terutama berkaitan dengan tindakan Fatah mengacukan pistol kepadanya. – TMI

PAS Arah Ahlinya Ke Tempat Lain Untuk Himpunan Al-Aqsa

Posted: 01 Oct 2015 11:05 PM PDT

Nampaknya Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat telah dijadikan satu isu kontorversi oleh sebuah parti yang menuduh parti lain melakukan hijack terhadap program berkenaan.

Semalam, difahamkan telah diadakan sidang media oleh semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan berkenaan termasuk ngo-ngo mengenai perhimpunan berkenaan dan telah dipersetujui semua umat Islam (samada parti politik, ngo atau orang perseorangan) supaya berkumpul di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke Kedutaan Amerika. Aqsa-Syarif telah bertindak selaku ketua/juurucakap kepada perhimpunan yang bakal diadakan esok.




Berdasarkan laman sosial Palestine Centre Of Excellence (PACE), sebuah poster juga telah turut dikeluarkan.


Tiba-tiba pada hari ini, PAS menuduh himpunan yang didakwa sebagai programnya telah dirampas oleh parti lain, dan mengarahkan ahli-ahlinya supaya mengubah lokasi berhimpun dari masjid Tabung Haji ke Masjid Jamek.

Banyak pihak yang terkejut dengan gelagat PAS berkenaan. PAS berandaian bahawa parti politik lain akan lebih mendapat political mileage daripada perhimpunan berkenaan.

Seperti di dalam BERSIH 4.0 yang lepas, PAS telah memboikot himpunan berkenaan kerana PAS tidak menjadi "ketua" di dalam perhimpunan berkenaan. (sila rujuk ruangan TAMABAHAN di bawah entri ini)

Begitu juga dengan Pakatan Harapan. PAS menolak untuk menyertainya kerana mereka tidak menjadi ketua.

Maka berlaku lagi di dalam himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa. PAS tidak menjadi ketuanya tetapi himpunan esok diketuai oleh pihak lain. Justeru itu PAS membuat keputusan untuk tidak bersama di Masjid Tabung Haji tetapi di Masjid Jamek.

Ramai yang mempersoalkan sikap dan tujuan PAS berkenaan. Apakah kerana hendak mencari political mileage atau benar-benar berjuang untuk mencari redha Allah di dalam perhimpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa?

Whatever....hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... niat sebenar PAS akan terus terdedah akhirnya nanti....

TAMBAHAN

GB pernah ulas mengenai isu pemboikotan PAS di dalam BERSIH 4.0 sebelum ini. Petikan.

Alasan Presiden PAS kali ini:

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang,"

Kita tak tahu siapa yang dimaksudkan "ajak orang lain datang" sedangkan DAP, PKR, GHB dan NGO-NGO lain sudah memutruskan untuk bersama di dalam BERSIH 4.0.

PAS tidak mahu sertai BERSIH 4.0 kononnya kerana ia dianjurkan "orang lain" bukan PAS. PAS mahu biar dia jadi kepala, bukan orang lain.

Sikap demikian ialah sikap kebudak-budakan dan tidak menampakkan kematangan berpolitik. Bagaimana anda hendak mengharapkan "orang lain" menyertai agenda anda seandainya anda sendiri tidak meraikan agenda orang lain?

Bagaimana anda hendak menjadi ketua sedangkan anda sendiri tidak boleh menjadi pengikut yang amanah dan setia seperti apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dulu?

Alangkan Rasululullah saw sendiri tidak pernah mungkir dan curang kepada janjinya walaupun kepada kumpulan kkafir dan musyrik di Mekah. Tidakkah kisah Perjanjian Hudaibiyah sekalipun ia tidak memihak kepada Islam tetapi Rasulullah amat bertoleransi dan bertolak ansur yang akhirnya memberi kemenangan kepada umat Islam?

Demikianlah, Islam diperjuangkan bukan dengan nafsu dan emosi, tetapi dengan ilmu dan strategi.

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Anda akan tuai apa yang anda tanam.

Tak lihatkah di dalam perhimpunan GST yang lalu? Siapa "orang lain" yang ada menyertai perhimpunan anti-GST anjuran PAS? Berapa ramai yang menyertainya? Bandingkan perhimpunan anti-GST bukan anjuran PAS:



Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua...

Tiada ulasan: