Sabtu, 17 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Perbicaraan Kemalangan Myvi-Pajero: Berlanggar Secara Bergeser

Posted: 17 Oct 2015 12:15 AM PDT

Ahli kimia dakwa Myvi kuning, Pajero berlanggar secara bergeser

Mahkamah Trafik Kuala Lumpur diberitahu kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang meragut nyawa 3 beranak, Mei lepas berlaku melalui pergeseran antara Myvi kuning dipandu tertuduh dan Pajero mangsa.

Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia, Mohd Amin Husna Nik Alli@Zulkifli berkata pelanggaran itu membabitkan sisi kanan Pajero dan sisi kiri Myvi kuning.



"Cara pelanggaran yang saya maksudkan (dalam gambar rajah yang ditunjukkan pada mahkamah) ialah sisi kanan Pajero di bahagian tengah dan sisi kiri bahagian hadapan Myvi kuning berlanggar secara sebelah-menyebelah atau bergeser," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan 2 pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 36, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31, yang didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa, 6 bulan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di Km6 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam hingga 12.35 tengah malam pada 2 Mei lepas.

Mohd Amin Husna merupakan saksi kelima yang dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang masuk hari ke-6, hari ini.

Beliau yang berkhidmat selama 12 tahun di jabatan itu bertanggungjawab menyiasat tragedi berkenaan dan membuat laporan serta lakaran gambar rajah awal kemalangan yang berlaku.

Beliau memberitahu, laporan yang disiapkan itu diserahkan kepada pegawai penyiasat kes pada 20 Mei lalu.

Terdahulu kepada soalan Suhaimi mengenai adakah beliau boleh menentukan pelanggaran manakah yang berlaku terlebih dahulu, Amin Husna berkata tidak boleh.

"Berdasarkan pemeriksaan, saya tidak dapat menentukan antara kedua-dua pelanggaran ini, yang mana satu berlaku terlebih dahulu," katanya.

Saksi itu berkata kebiasaannya beliau menentukan pelanggaran pertama berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian kepada kesan kerosakan (pada kenderaan) seperti kesan geseran dan kesan impak paling kuat yang biasanya menunjukkan kesan pelanggaran pertama.

Pada perbicaraan hari ini Mohammad Fizal Reza diwakili peguam S N Seelan manakala Siti Noor Aini diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad.

Peguam pemerhati C Leo Camoens turut hadir mewakili keluarga mangsa.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung pada 7 Disember. – Bernama



IMBAS KEMBALI


Berang kecuaian pemandu Myvi

Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

"Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan," katanya.

Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial.

Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera.

Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi.

Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut.

Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu.

"Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini.

"Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu.

"Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu," katanya.

Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis.

"Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini," tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider.

Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat.

Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut mendapat 1,135 like. -SH


Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015

Insiden lumba haram melibatkan enam buah Myvi pada awal pagi Sabtu 2 mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara dan melanggar kereta jenis SUV Pajero Sport telah menyebabkan satu keluarga maut. Menurut saksi, satu pasangan (Suami dan Isteri) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia.

Difahamkan, kemalangan maut yang berlaku pada jam 12.30 pagi berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan salah satu daripada Myvi tersebut terbabas lalu melanggar sebuah Pajero Sport menyebabkan Pajero itu terbalik manakala penumpang tercampak keluar. Untuk info, kesemua pelumba Myvi tersebut adalah daripada anggota Familia Myvi Club (FMC).



Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015



Gambar Keluarga Mangsa (Pajero Sports) Maut Dilanggar Myvi 2 Mei 2015

Mangsa Fairuz Nizam (Suami) dan Novasafitri (Isteri) dan seorang bayi berusia 6 bulan maut dalam insiden nahas lumba haram Myvi langgar Pajero Sport. Mangsa turut meninggalkan lagi 2 orang anak yang tidak turut sama dalam kejadian tersebut.



Yatim Piatu


Turut terkorban


Ucapan Takziah Menerusi Laman Sosial



Kelab Myvi Familia Club Dikecam Hebat Dilaman Sosial

Susulan lumba haram yang disertai oleh 6 buah Myvi dari Familia Myvi Club yang menyebabkan satu keluarga yang menaiki Pajero Sport maut, kelab tersebut kini dikecam hebat dilaman sosial.



Gambar Suspek Pemandu Myvi FC123 Langgar Kereta Pajero

Foto Suspek Fizal Reza, pemandu Myvi dengan nombor ahli FC123 yang melanggar sebuah Pajero Sport hingga menyebabkan satu keluarga terbunuh.



Luahan Isteri Suspek Langgar Pajero Sport Dilaman Sosial

Luahan isteri Suspek Fizal Reza pemandu Myvi FC123 yang terlibat melanggar kereta Pajero Sport.



Video Kemalangan Maut Lumba Haram Myvi 2 Mei 2015



-melvister.com


PAS Selangor Tak Wala Dengan Presidennya?

Posted: 16 Oct 2015 06:40 PM PDT

Adakah tindakan PAS Selangor bawa maksud menentang Presiden? – Mohd Azhar Abd Rahman

"Rakyat Kelantan ramai menyanjungnya kerana beliau dikatakan ulamak dan digelar Tok Guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan. Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun." Ini adalah petikan tulisan Ibrahim Ali dalam statusnya di facebook selepas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.



Berita Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi berpelukan dengan Ibrahim Ali bukan sesuatu yang sangat mengujakan dibincang kerana wajah PAS mutakhir ini menggambarkan mereka saling berpelukan cuma tidak dizahirkan seperti gambar yang menjadi viral sehari dua ini.

Pertemuan mereka pertemuan biasa. Perbincangan mencapai kata sepakat yang biasa. Cuma rentetan pertemuan itu hangat dibincangkan. Bagi setengan pihak, PAS mengambil keputusan itu sebagai provokasi halus kepada penentang dan boleh jadi sebagai bahan berita yang bakal menjadi polimik di kalangan lawan.

Jika disoroti rekod sebelum ini, banyak perkara memberi kesan langsung kepada PAS misalnya tahaluf siyasi semasa dalam Pakatan Rakyat, dan pelbagai perkara lain, PAS akan menggunakan Majlis Syura sebagai pemutus dan ahli-ahli di bawah perlu patuh sepenuhnya terhadap keputusan tersebut. Secara kebetulan juga setiap apa keputusan yang diambil Presidennya, Majlis Syura akhirnya akan bersetuju dengan tindakan itu.

Merujuk kepada isu terbaru, yang memberi maksud PAS sedia bekerjasama dengan Perkasa atas tiga perkara yang mungkin sebagai permulaan untuk bekerjasama atas perkara yang lain selepas ini, PAS dilihat sudah mengambil satu langkah yang membuka ruang kepada tahaluf bersama Perkasa.

Perkasa bagi pendangan umum dikenali sebagai pertubuhan bercorak perkauman dan tujuan penubuhan juga menjengkelkan kerana semua yang diperjuangkan telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Maka Perkasa sebenarnya adalah imaginasi Ibrahim Ali yang mahu mengekalkan dirinya sebagai 'seseorang' selepas banyak onar yang telah dibuat dalam parti politik yang dibaiahnya termasuk PAS.


PAS semestinya sedia maklum, melalui pengalamannya lebih 60 tahun dalam politik di Malaysia akan kesan dan persepsi yang bakal diterima, berdasarkan sejarah pendirian mereka terhadap parti politik, NGO atau sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan mereka.

Persoalannya kini, selepas pertemuan dan kenyataan pertemuan itu dikeluarkan, PAS Selangor tampil bertegas tidak bersetuju dengan tindakan bekerjasama dengan PERKASA. Ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya di kalangan ahli dan pihak luar PAS dalam tindakan tersebut.

Perkembangan ini memberi pengesahan bahawa banyak tindakan pemimpin tertinggi PAS tidak diketahui pemimpin lain dalam PAS.

Jika dilihat individu yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju itu, ia dikeluarkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Naib Presiden PAS. hasil kempen di kalangan ulama PAS dan tersenarai dalam 'cai' yang tersebar di kalangan perwakilan semasa Muktamar Jun lalu.

Pihak lain yang turut memberi respon terhadap perkara ini ialah Mahfuz Omar, ahli jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik selepas muktamar yang lalu. Dipercayai ramai pimpinan lain tidak mengetahui perkara ini hingga kenyataan kerjasama itu dikeluarkan.

Persoalan lain yang menjadi tanda tanya, apakah tindakan PAS Selangor menentang kerjasama Perkasa turut diklasifikasikan menentang Presiden atau mungkin Majlis Syura?

Atau pertemuan ini dianggap sebagai perkara kecil oleh pimpinan tertinggi dan tidak perlu dibincangkan oleh Majlis Syura. Kalau begitu pendiriannya maka benarlah anggapan setengah pihak pertemuan itu hanyalah acahan Perkasa dan PAS kepada lawan politik mereka untuk melihat reaksi pihak lawan tetapi dianggap serius oleh PAS Selangor yang tidak dimaklumkan acahan tersebut lebih awal.

Apapun PAS dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam tindakan mereka supaya tidak memakan diri pada masa akan datang. Cukuplah dengan pergolakan besar yang berlaku sebelum ini walaupun dinafikan pimpinannya.

Jangan kerana hendak mencapai jumlah kehadiran yang tinggi dan menagih penyertaan Perkasa dalam perhimpunan yang bakal diadakan di Kota Bharu nanti, PAS sanggup mengenepikan prinsip dan mewujudkan pertembungan di kalangan pemimpin yang disahkan 100% pro ulama.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan...

Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yang tersiar di dalam Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dengan sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dengan "bersetuju" - sedangkan di dalam konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tidak ada bezanya.

Wartawan malaysiakini juga kesal dengan "penafian" Samsuri itu.


Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA, ia merupakan sesuatu yang agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain.

PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dengan PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dalam PRU14 nanti walaupun untuk memenangi satu kerusi.

Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yang rasis dan ekstrem yang sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dalam keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor.

Hal yang sama juga berlaku di dalam isu hudud. Tatkala PAS Pusat berhempas pulas kononnya memperjuangkan hudud (sedangkan yang sebenarnya bukan hudud tetapi hanya pindaan EKJS Kelantan), PAS Selangor mengambil sikap "tidak menyokong hudud" di atas alasan Selangor bersedia semata-mata untuk menjaga hati pengundinya disamping mengekal jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.



Haru-biru PAS jadinya....

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat tidak dapat ditipu sepanjang masa walaupun PAS ada siku dan lutut, kerana rakyat pun ada siku dan lutut juga... Perjuangan assabiyah PAS-UMNO-PERKASA akan ditolak oleh rakyat di bumi dan di langit.

Rasulullulah SAW bersabda:

"Laisa minna man da'a ila 'assobiyyah, walaisa minna man qotala 'ala 'assobiyyah, walaisa minna man mata 'ala 'assobiyyah" 'Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman),
bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan,
bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah'
lalu para sahabat bertanya: "mal 'assobiyatu ya Rasulallah?" – 'Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?' Nabi menjawab: "Al-'assobiyatu an tu'ina qaumaka 'ala zulmi" – 'Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.'


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun 'alaih).

Tiada ulasan: