Rabu, 14 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Misi Antarabangsa AMANAH Temui S'usaha Agung Kesatuan Ulamak Sedunia Di Qatar

Posted: 14 Oct 2015 01:45 AM PDT

Misi Antarabangsa AMANAH

Beberapa orang pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) kini sedang di dalam usaha untuk memposisikan AMANAH di peringkat antarabangsa dengan mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, demikian lapor Sdra Salahuddin Hj Ayub dari Doha, Qatar yang mengikuti rombongan tersebut.



Delegasi itu disertai oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum AMANAH yang juga Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Muslim Se-Dunia, Salahuddin Ayub, Timblalan Presiden AMANAH dan juga Hj Asmuni Awi selaku Bendahari AMANAH Nasional.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin, pada pertemuan hampir dua jam dengan Prof Ali itu, di samping memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia, turut dibincangkan isu-isu semasa berhubung dengan perkembangan mutakhir di Palestin, pergolakan negara-negara umat Islam di rantau teluk dan tidak ketinggalan juga perkembangan politik Malaysia.

Perbincangan antara AMANAH dan Prof Ali Alqaradaghi berlangsung dalam keadaan mesra dan penuh dengan semangat ukhwah. Langkah awal ini sangat penting untuk AMANAH terus maju ke hadapan mendepani cabaran diplomatik antarabangsa, katanya lagi.

Delegasi AMANAH akan ke Istanbul, Turki di mana AMANAH akan menyertai Persidangan Gerakan Islam dalam isu Palastin bersama anggota gerakan Islam lain bermula 14 hingga 18 Oktober, 2015.

Di dalam perkembangan berasingan, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu merayu dan menyeru Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri selepas pelbagai pihak tidak puas hati gaya pentadbiran dan cara pengurusan ekonomi negara.

Mohamad berkata semua pihak termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang, bekas pemimpin serta pegawai kanan kerajaan telah hilang keyakinan terhadap beliau khususnya berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi beliaum, demikian lapor malaysiakini.

Bekas timbalan presiden PAS itu juga berkata, tindakan Najib melepaskan jawatan dapat memberikan kebaikan kepada keluarganya, kerajaan, rakyat terbanyak sekaligus menyelamatkan negara.

"Saya sebagai Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) merayu dengan sesungguhnya agar Datuk Seri Najib mendengar rayuan ini, sama ada daripada parti pemerintah, pembangkang, NGO serta rakyat seluruhnya supaya beliau meletak jawatan segera.

"Ia bukan berkait soal peribadi semata-mata kerana Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Sehingga kini sebarang tuduhan tidak dijawab, ditambah skandal bertimpa-timpa menyebabkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap kerajaan Malaysia tergugat.

"Kejatuhan nilai mata wang Malaysia pula begitu ketara sekali," katanya dalam satu kenyataan dari Frankfurt, German hari ini.

Mohamad turut membidas tindakan kerajaan yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menurutnya menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memadamkan kritikan rakyat terhadapnya.

"Perbuatan ini tidak lain, hanya meruntuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib," katanya.

Mohamad juga Mengulas kemunculan bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Sanudi Junid dan Tun Dr Ling Liong Sik dalam satu sidang media semalam.

"(Ia) mengejutkan banyak pihak apabila muncul bersama pada satu sidang media semalam," kata Mohamad sama menambah mereka rasa tidak puas hati berkaitan isu 1MDB dan sumbangan politik itu.

PAS Buat Uturn, Tak Ada Kerjasama PAS-PERKASA, Cuma "Bersetuju"...

Posted: 13 Oct 2015 11:41 PM PDT

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

Tidak sampai 24 jam selepas PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dilaporkan memeterai kerjasama membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu, ia menerima 'tentangan' dari dalam parti Islam itu sendiri.

PAS Selangor dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama antara dua pihak itu melibatkan 3 perkara.



Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata, walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, "tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman".

"Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembleng untuk berdepan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN," katanya.

Petang semalam, Hadi berkata, PAS dan Perkasa setuju bekerjasama dalam 3 perkara, iaitu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, pihaknya menerima penjelasan daripada PAS Pusat mereka hanya menerima kunjungan hormat daripada Perkasa dan tiada persetujuan dicapai untuk menjalinkan kerjasama.

"Mereka membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan media," katanya dalam kenyataan itu.

Pada masa sama, setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menjelaskan lewat malam tadi, kedua-dua pihak yang bertemu di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam hanya bersetuju mengenai 3 isu itu saja.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob berkata Samsuri menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali, dan pertubuhan pelampau itu hanya membuat kunjungan hormat kepada Hadi saja.

Sehubungan itu, Zainulfaqar berkata, Amanah perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.

"Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri," katanya.

Sekiranya hendak mementingkan "politik kekuasaan" seperti Perkasa yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita, kata Zainulfaqar. -TMI

ULASAN GB

Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yang tersiar di dalam Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dengan sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dengan "bersetuju" - sedangkan di dalam konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tidak ada bezanya.

Wartawan kini juga kesal dengan "penafian" Samsuri itu.


Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA, ia merupakan sesuatu yang agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain.

PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dengan PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dalam PRU14 nanti walaupun untuk memenangi satu kerusi.

Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yang rasis dan ekstrem yang sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dalam keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor.

Hal yang sama juga berlaku di dalam isu hudud. Tatkala PAS Pusat berhempas pulas kononnya memperjuangkan hudud (sedangkan yang sebenarnya bukan hudud tetapi hanya pindaan EKJS Kelantan), PAS Selangor mengambil sikap "tidak menyokong hudud" di atas alasan Selangor bersedia semata-mata untuk menjaga hati pengundinya disamping mengekal jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.


Haru-biru PAS jadinya....

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat tidak dapat ditipu sepanjang masa walaupun PAS ada siku dan lutut, kerana rakyat pun ada siku dan lutut juga... Perjuangan assabiyah PAS-UMNO-PERKASA akan ditolak oleh rakyat di bumi dan di langit.

Rasulullulah SAW bersabda:

"Laisa minna man da'a ila 'assobiyyah, walaisa minna man qotala 'ala 'assobiyyah, walaisa minna man mata 'ala 'assobiyyah" 'Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman),
bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan,
bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah'
lalu para sahabat bertanya: "mal 'assobiyatu ya Rasulallah?" – 'Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?' Nabi menjawab: "Al-'assobiyatu an tu'ina qaumaka 'ala zulmi" – 'Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.'


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun 'alaih).

"Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai"...

Posted: 13 Oct 2015 07:20 PM PDT

PAS-PERKASA kerjasama, Hadi-Ibrahim berpelukan

PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini bersetuju bekerjasama dalam tiga isu dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).



Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.

"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

"Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tujuh tokoh penting BN, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan sidang media bersama menolak penahanan itu.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) disalah guna terhadap pengkritik selepas Khairuddin membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan dakwaan skandal 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan Khairuddin dan Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya bawah Sosma.

Sementara itu, ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

Tak sejajar dengan parti sekular

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau gembira dengan kerjasama tersebut di mana kedua-dua pihak dapat melakukan aktiviti bersama selain menyokong perjuangan masing-masing untuk manfaat rakyat.

"Kami mempunyai perbincangan yang sangat jelas, terbuka dan ikhlas dan saya juga menjelaskan mengapa saya kritikal terhadap PAS sebelum ini.

"Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami,"
katanya bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Selain itu, Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada PAS kerana memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, matlamat untuk mempertahankan Islam tidak sejajar dengan hala tuju parti sekular. -mk

ULASAN GB

Tepuk tangan semua...

PAS sudah boleh melupakan pengkhianatan Ibrahim Ali pada tahun 2009 selepas memenangi kerusi parlimen Pasir Mas di atas tiket PAS pada pilinaraya umum 2008. Ibrahim Ali ketika itu Ibrahim Ali mengumumkan menjadi ahli parlimen Bebas dan kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu pertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum 2008, sudah berakhir.

Pada ketika itu, Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

Dan setelah berpelukan dengan Presiden PAS hari ini, Ibrahim mengisytiharkan Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami..

Sepertimana biasa, Setpol Presiden PAS meneluarkan kenyataan menafikan terjalinnya kerjasama PAS-PERKASA, tetapi di dalam masa yang sama menegaskan kerjasama hanya di dalam di dalam tiga perkara iaitu 1MDB, TPPA & Sosma.

Sama penafian seperti kes sebuah akhbar tempatan beberapa bulan lalu melaporkan Presiden PAS melarang ahli parlimennya untuk menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sekalipun penafian dilakukan tiada tindakan undang-undang diambil sekalipun akhbar berkenaan tidak meminta maaf.

PAS pun sudah melupakan penghinaan Ibrahim Ali terhadap Allahyarham TGNA.

Tindakan PAS yang menjalinkan kerjasama dengan PERKASA di dalam tiga perkara utama (1MDB, TPPA & Sosma), kita teringat kata-kata kias TMJ yang berbunyi lebih demikian: 'Kalau dah nak lemas, najis pun capai'!

Tiada ulasan: