Selasa, 13 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pulau Pinang Tepis Dakwaan Fitnah Peruntukan SAR Dihentikan

Posted: 13 Oct 2015 01:00 AM PDT

Peruntukan hal ehwal Islam naik berganda banding era BN

Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mengurangkan peruntukan tahunan RM1.75 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai tambahan kepada peruntukan untuk hal ehwal Islam.

Pada kenyataan media, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, dakwaan kononnya jumlah untuk SAR itu dikurangkan atau dihenti adalah fitnah menggunakan isu agama kerana ia dibayar setiap tahun.



Mengikut perangkaan, sebanyak RM37.25 juta diperuntuk untuk hal ehwal Islam pada 2009, RM39.60 juta (2010), RM65.27 juta (2011), RM66.38 juta (2012), RM55.13 juta (2013) dan RM52.21 juta (2014).

"Jelas sekali golongan politik yang anti-kerajaan negeri Pakatan Harapan sedang giat membakar sentimen perkauman dan ekstrimis agama," kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Memetik Buletin Mutiara, akhbar rasmi Kerajaan Pulau Pinang pula, BN hanya menyediakan peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM25.49 juta tetapi tidak pernah memberi sumbangan kewangan kepada SAR.

Sebaliknya, Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, dipetik berkata Kerajaan Negeri itu menyediakan peruntukan SAR sebanyak RM1.5 juta pada 2008 dan 2009 sebelum ditambah kepada RM1.75 juta pada 2010 hingga 2014.

Jumlah itu tidak termasuk peruntukan kepada golongan huffaz atau penghafal al-Quran yang tidak diberi bantuan kewangan sepanjang pemerintahan UMMNO BN di Pulau Pinang.

Sejak mentadbir Pulau Pinang, golongan huffaz sejak 2008 diberi peruntukan RM30,900, RM65,000 (2009), RM90,000 (2010), RM130,000 (2011), RM175,000 (2012) dan RM202,500 (2013).

Sejak 2009 pula, Kerajaan Pulau Pinang memperuntuk lebih RM500,000 setiap tahun sebagai bonus kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), SAR, Maahad Tahfiz, Tadika Islam dan Tadika Pondok.



Jika Najib Bersalah, Bukan Sekadar Digari Malah Patut Dipenjarakan

Posted: 12 Oct 2015 07:40 PM PDT

SPRM dedahkan siasat individu paling berkuasa di Malaysia

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara.

Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.


SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.


"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.

"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara,"
katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini. -TMI


Khairuddin mahu lawan hingga tangan Najib bergari

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.

Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin.

"Saya akan pastikan tangan Najib bergari," kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.

Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Beliau yang sudah lima hari mogok lapar bagaimanapun tampil dalam keadaan baik.

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.


ULASAN GB

Bukan sahaja bergari, jika benar dibuktikan kesalahannya, disumbatkan ke dalam penjara itu lebih patut untuknya. Juga terhap mereka yang bersekongkol dengannya.

Kita sama-sama berdoa agar ianya menjadi kenyataan sebagai pengajaran kepada semua pihak yang memegang kuasa, bahawa hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan sepanjang masa dan yang bersalah PASTI akan menerima hukumannya.

Tiada ulasan: