Khamis, 8 Oktober 2015

dollah yankee

dollah yankee


Kerana 2.6b ...

Posted: 08 Oct 2015 07:50 AM PDT


Usaha hendak menggulingkan kerajaan dengan undi tak percaya serta mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli parlimen seolah-olah memperlihatkan usaha tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' paham dan belajar dalam hal politik, menggulingkan kerajaan ini merujuk kepada tindakan atau usaha menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan senjata. Dan sekiranya sesebuah kerajaan itu kehilangan kuasa memerintah disebabkan oleh kehilangan sokongan majoriti melalui undi tidak percaya, ada kah ianya masih dipanggil menggulingkan kerajaan? Bukan dipanggil pemindahan kuasa memerintah kah? Sebab ia telah hilang sokongan majoriti dengan cara undi tidak percaya di Parlimen atau tanda tangan ahli parlimen pada akuan bersumpah sebagai tanda hilang kepercayaan kepada kerajaan sekarang. Bila ini terjadi , perlembagaan dan undang-undang pulak kata apa?

Dan jika akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Parlimen itu dikatakan salah di sisi perlembagaan dan undang-undang bagaimana pula dengan kes empat Adun PKR yang keluar dari parti sehingga kerajaan Negeri Perak telah berjaya di'guling'kan daripada pemerintahan Pakatan Rakyat kepada BN pada 2009?

Dan kalau lah ianya merupakan satu kesalahan, maknanya apa yang berlaku di Perak selama ini adalah satu bentuk penggulingan kerajaan dan ia adalah satu kesalahan.

Isu guling kerajaan, undi tak percaya dan surat akuan sumpah dari ahli-ahli parlimen ini ditimbulkan olih Zahid Hamidi yang telah mendedahkan wujudnya usaha terancang untuk menggulingkan kerajaan yang diketuai oleh seorang tua. Dia kata, gerakan menumbangkan kerajaan menerusi pintu belakang giat dilakukan dengan mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli-ahli parlimen pakatan rakyat selain menarik ahli-ahli parlimen BN untuk bersama-sama.


dollah yankee -
Yang pasti ialah Umno,Najib,Rosmah,Ali Tinju,Jamal Sekincan Ikan Bakar, jelas 'panas bontot' bila mereka melihat penolakan rakyat,Tun Mahathir,Ling Liong Sik,Mahyuddin Yasin,Shafiee Afdal dan Raja-Raja serta lain-lain lagi terhadap pelbagai penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Tiada ulasan: