Selasa, 27 Oktober 2015

dollah yankee

dollah yankee


'Pariah' kah kita?

Posted: 27 Oct 2015 07:57 AM PDT

Kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana mengalami kehidupan yang amat sukar disebabkan harga barangan keperluan semakin mahal.

Ditambah pula dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menambah beban rakyat.


Ada pembesar negara menyuruh rakyat berjimat. Adakah pembesar itu tidak tahu bahawa bagaimanakah rakyat hendak berjimat, justeru tidak ada wang yang hendak dijimatkan. Kalau wang berlebihan munasabahlah berjimat, tetapi bagaimana hendak berjimat, benda yang tidak ada untuk dijimatkan.

Bolehlah pembesar negara itu berkata demikian kerana pendapatannya tinggi, hidup mewah, makan minum disediakan, tidak perlu ke pasar, tidak merasakan GST dan pelbahgai hambatan. Siang makan tengah hari di sana sini, makan malam pula di pelbagai tempat mewah, atas pelbagai jemputan.

Demikianlah jurang antara kaya dan miskin semakin luas, yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus miskin. Tiada siapa yang pedulikan kesusahan rakyat ini.


Negara mempunyai hasil minyak dan gas berbilon ringgit, namun rakyat yang sepatutnya turut menikmati hasil itu, hanya berputih mata.

Projek besar demi projek besar dirancang dan dilaksanakan dan ini nampaknya menjadi perhatian utama para pembesar negara, melupakan derita rakyat yang semakin memedihkan.

Ada pemberian BR1M untuk rakyat berpendapatan rendah tetapi itu tidak mengubat derita rakyat keseluruhannya, ia sebenarnya adalah gula-gula politik.

Dengan hutang negara keliling pinggang, tidak terkira banyaknya, maka tidak dapat dibayangkan oleh sesiapapun bagaimana masalah ini boleh diatasi.

Bayangkan jika hutang negara semakin bertambah dan bertambah menyebabkan kedudukan ekonomi negara semakin sukar, dengan nilai ringgit yang sentiasa susut saban hari, menyebabkan kehidupan rakyat semakin sukar.


Benar, menurut pendapat Bank Dunia, bahawa Malaysia negara kaya. Tetapi apalah maknanya negara kaya, tetapi kebanyakan rakyatnya miskin yakni jurang miskin kaya semakin meluas.

Di tambah pula dengan limpahan pendatang asing – haram dan tidak haram – yang tidak terkira banyak, merebut peluang kerja rakyat tempatan kerana pekerja asing ini sanggup menerima gaji semurah-murahnya.

Kebanjiran mereka ini menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku dan rakyat tempatan menjadi sangat tertekan. Merasa seperti orang asing di negara sendiri. Di tambah pula dengan kejadian jenayah bertambah di sana sini, wabak penyakit dan pelbagai masalah sosial yang sangat merungsingkan rakyat.
Semuanya ini sangat membimbangkan rakyat di tengah-tengah harga barangan terus naik.

Hanya Pakatan Harapan sahaja lah yang diharapkan dapat memperjuangkan nasib rakyat ...
dollah yankee -
Menunggu PRU14 untuk tukar !!!

Tiada ulasan: