Isnin, 26 Oktober 2015

dollah yankee

dollah yankee


Bajet alternatif Pakatan Harapan yang terbaik!!!

Posted: 26 Oct 2015 07:29 AM PDT


Sementara sebahagian dari rakyat bawahan ada yang bergembira dan 'kerenyeh' bila pembentangan bajet 2016 dua tiga lepas, ada juga orang yang menyumpah dan memaki hamun kerana tidak banyak dan hanya 'ciput' dan 'taik gigi' saja yang boleh mereka dapat dari bajet 2016 ini.

Berjuta pelangan dan pengguna pra-bayar 'hand-phones' boleh lah kerenyeh sebab cukai GST kad pra-bayar telah dihapuskan.

60,000 orang kakitangan kerajaan pun boleh gelak sakan sebab gaji minimum mereka telah dinaikan menjadi RM1,200.00 sebulan. Mereka yang baru bekerja dan mereka-mereka yang tinggal di kota-kota besar ini lah yang boleh seronok sikit dengan penyelarasan gaji ini.

Manakala mereka yang telah pencen dan telah berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya 25 tahun pula akan menikmati kadar pencen RM950.00.

Mereka yang tinggal dikota-kota dan bandar-bandar besar dan ada anak yang bersekolah ini pula telah memaki hamun dan menyumpah sebab apa lah yang boleh dibuat dengan bantuan RM100.00 bantuan persekolahan untuk anak mereka jika dibandingkan dengan nilai ringgit yang telah jatuh teruk ini.

Untuk mengetahui secara terperinci bajet 2016 yang telah dibentangkan dan apa yang telah disorokan dan apa yang kita tidak tahu, tuan-tuan boleh lah datang pada satu forum :

BUDGET 2016 vs REALITY
Venue: Dewan Undangan Negeri, Pulau Pinang
Tarikh: 31 hb Oktober 2016
Waktu: 8 malam

Pencerahan olih: YB Rafizi Ramli dan YB Tony Pua

dollah yankee :
Mai jangan tak mai, baru kita boleh tau ...



Tiada ulasan: