Ahad, 25 Oktober 2015

dollah yankee

dollah yankee


PAS kembali solo

Posted: 25 Oct 2015 05:35 AM PDT

Image result for pakatan harapan baru

Pakatan Rakyat sudah terkubur, ini yang diberitahu kepada timbalan presiden parti PAS selepas dia masih lagi berkata dan berkata yang Pakatan Rakyat masih lagi ujud tapi dengan hanya 2 buah parti iaitu PKR dan PAS.

Pakatan Rakyat telah mengumumkan kematian nya pada bulan Jun yang lepas selepas PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka dengan DAP (selepas presiden PAS telah termakan racun yang diberi olih ...)

Pada PRU-13 yang lalu PAS telah sama-sama bersetuju dengan polisi-polisi yang telah dirangka bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menakluk Putrajaya dan menendang Najib/Rosmah dari sana, tapi malangnya selepas PRU itu PAS telah menikam kawan dari belakang dan PAS telah 'kawan makan kawan'.

Pentadbiran Pulau Pinang pula pada hari ini telah dan mulai dikenali sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang. Keputusan itu dicapai sebulat suara selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Guan Eng sebagai KM negeri sendiri yang telah mengumumkan keputusan ini selepas mesyuarat MMK.

dollah yankee -
dari sumber-sumber rapat telah memberitahu bahawa PAS sebenarnya telah dan amat menyesal dengan perbuatan mereka yang telah menikan kawan dari belakang dan berhasrat mahu membuat pusingan-u, malang nya mereka tersangat malu dengan abang Mat Sabu dan Guan Eng...




Tiada ulasan: