Orang-orang politik (dari amno lahh...) memang akan kata bahawa 
perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPa) sebagai penyelamat 
kepada situasi negara ini meskipun hakikatnya adalah sebaliknya.

Ketika dalam keadaan terdesak, manusia akan menggunakan 

apa sahaja jalan yang ada di depan mata untuk menyelamatkan diri.

Kalau orang yang hampir lemas dalam sungai, dia jumpa apa 

pun dia akan pegang, hatta kalau nampak seketoi taik pun dia akan
pegang (kah..kah..kah..). Dia dah tak peduli apa dah. 
Waktu itu, dia tidak fikir dah tentang kepentingan bangsa, 
kepentingan apa...dia dah nak mamposs lemas, jadi, 
apa orang bagi...nak berkawan, dia akan pegang (terima). 
Tak fikir dah kepentingan bangsa.

Sekarang ini sudah tidak ada kepentingan bangsa. Jadi, kalau kita 

tanya pada orang politik, mereka akan jawab banyak manfaat. 
Tanpa TPPa, kita akan hancur. TPPa lah penyelamat kita. Jadi, 
kita kena sokonglah sebab ia penyelamat kita.' Itu lah cakap-
cakap dari pemimpin politik (yang dari amno lahh...)

Gurkah-gurkah politik di'port' sejak awal lagi telah meramalkan 

yang Malaysia akan pasti 'sign' TPPa itu sebab nak berkawan 
dengan US.

Semua orang kata benda TPPa ni tak elok. Gurkah-gurkah politik 

di'port; pula semasa dari awal isu TPPa ini, dah kata tentu kerajaan 
Najib-Rosmah akan 'sign'. Elok atau tidak elok, dia akan 'sign' 
kerana yang penting dia kerajaan nak berkawan dengan US, dia nak 
main golf dengan Obama. (dia tak tau yang Obama nak jolok pungkok 
dia dengan 'golf iron no 3'.. Kah..Kah..Kah..)

Kapitalisme di US mampu berdiri kukuh kerana bantuan musuh-musuh 
sistem itu sendiri seperti negara-negara Arab, Islam dan China.

Lenin pernah cakap, satu hari nanti, kapitalis akan dikuasai oleh 

komunis. Hari ini sudah terbukti sudah. Jika bukan kerana komunis, 
ekonomi US sudah lingkup.

Kapitalism US hidup kerana didukung oleh musuh-musuh kapitalis...

komunis China beli saham dia, Islam beli saham dia, Arab beli bon, 
China beli bon.

Jika Rusia, China tidak mahu pakai Dolar Amerika, sudah tentu 

lingkup Amerika. Sebab itu Amerika naikkan harga bunga dia 
supaya nilai duitnya naik dan orang tak mahu jual dah kerana 
orang berharap ia akan naik lagi. Itu sahaja cara dia berniaga.