Khamis, 8 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


GERTAKAN SAMAN NAJIB TIDAK LAGI DITAKUTI...

Posted: 08 Oct 2015 08:51 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
 
Tanpa menunggu tempoh tujuh hari sebagaimana yang diberikan oleh peguam Najib Razak, bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik sebaliknya hanya memerlukan kurang daripada tiga hari saja untuk menjawab gertakan mahu mengheretnya ke mahkamah.

Dr Ling memutuskan tidak akan meminta maaf kepada Najib berhubung kenyataannya yang bersetuju dengan Tun Mahathir agar Perdana Menteri meletakkan jawatannya dengan alasan "telah mengambil wang orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Berikutan kenyataan Dr Ling itu, Najib telah menghantar surat tuntutan peguam yang mahukannya meminta maaf, menarik balik dan membayar sejumlah ganti rugi dalam tempoh tujuh hari  atau jika tidak, proses tindakan undang-undang akan dimulakan kerana menganggap dakwaan bekas Menteri Pengangkutan itu sesuatu yang berunsur fitnah.

"Saya kata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan pertahankan diri saya. Dengan penuh rendah diri, saya terima cabaran anda.

"Saya ingin menyaksikan Perdana Menteri berdiri di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan melakukannya bagi membuktikan reputasinya telah tercalar.

"Saya mahu mengulangi sekali lagi bahawa saya mempertahankan apa yang saya katakan. Saya tidak akan memohon maaf," tegas Dr Ling dalam kenyataannya.

Dengan jawapan Dr. Ling itu, beliau seperti  menuruti jejak langkah The Wall Street Journal (WSJ) yang tetap mempertahankan laporannya mengenai wang RM2,600 juta meskipun telah diminta oleh peguam Najib untuk menjelaskan sama ada laporannya itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB.

Bagaimanapun, atas ketegasan WSJ mempertahankan laporannya dan sedia ke mahkamah beserta sekali lagi pada minggu lalu memberi jawapan kepada surat kedua sama ada akan menggunakan Akta Speech atau sebaliknya, sehingga sekarang belum juga Najib mengambil tindakan undang-undang sebagaimana yang dijanjikannya.

Secara jantannya, jawapan Dr Ling yang bertegas tidak mahu memohon maaf dan sedia berdepan di mahkamah adalah cabaran terbuka kepada Najib agar segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Najib pula,  sebagai pahlawan Bugis yang kononnya gagah berani serta sanggup mengharungi cabaran sehingga bumi berkeping dua, tentulah tidak ada pilihan lain selain bertindak jantan juga dengan terus saja menyaman Dr Ling tanpa berlengah-lengah lagi.

Selepas ini, kita hanya perlu menunggu apakah Najib sebenarnya berani menyaman Dr Ling dan berdiri di kandang saksi bagi mempertahankan reputasinya yang didakwa sudah tercalar itu?

Atau mungkinkah Najib akan melengah-lengahkan lagi masa seperti dalam kes WSJ dengan menghantar satu lagi surat tuntutan kepada Dr Ling bagi memohon penjelasan lanjut pula tentang maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkannya itu?

Harapnya, biarlah hanya WSJ saja yang digertak tapi belum juga disaman dan gertakan saman kepada Dr Ling ini biarlah menjadi kenyataan akhirnya.

Yang nyata, dengan tindakan Dr Ling enggan memohon maaf dan sedia berdepan di mahkamah, gertakan saman Najib tidak lagi ditakuti oleh sesiapa juga pun.

Ia juga secara halusnya bermakna Najib semakin tidak dihormati lagi atas kedudukannya dan kian ramai yang tidak segan-segan membuat pelbagai dakwaan serta mahukannya meletakkan jawatan dengan segera.

Dengan itu, seharusnya lebih ramai yang berani ke depan meminta Najib berundur sambil membuat dakwaan tertentu sepertimana dilakukan oleh Dr Ling ini agar mereka juga kena saman akhirnya.

Lihat apa dakwaan Mahfuz Omar terhadap Najib semalam. Dengan berani beliau mendakwa negara sedang ditadbir pemimpin korup dan menjalankan cara pentadbiran seperti kumpulan mafia.

Pujian sebenarnya harus diberikan dan harapnya Najib akan turut memulakan tindakan mahkamah terhadap Mahfuz juga.

Maka, selepas itu biarlah Najib hanya sibuk turun naik mahkamah saja dan mencatat satu lagi  rekod sebagai Perdana Menteri paling banyak berdiri di kandang saksi. 
 
 
 

DAP hilang sokongan Melayu dan Cina kerana terlalu angkuh

Posted: 08 Oct 2015 08:30 AM PDT

 
Pas menasihatkan pemimpin DAP supaya menjaga Pulau Pinang dengan baik untuk mengelak jatuh ke tangan BN pada PRU14.



nik-amar


PETALING JAYA : Pas menyelar kritikan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyatakan bahawa parti itu akan kehilangan sokongan di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya DAP yang akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikap angkuhnya dan suka mencampuri urusan parti lain.

"Saya nasihatkan Tony Pua dan DAP supaya menjaga perlakuan dan pastikan kerajaan Pulau Pinang sekarang kekal.

"DAP akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikapnya yang angkuh dan suka mencampuri urusan parti lain," katanya kepada Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tony Pua yang menyatakan Pas kini kehilangan sokongan termasuk di Kelantan, negeri yang diperintah parti itu sejak sekian lama.

Tony Pua turut berkata, tiada sebab untuk rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada Pas untuk menerajui lagi kerajaan negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad meminta Tony Pua muhasabah diri dan memikirkan kembali siapa sebenarnya musuh DAP.

"Hendak tanya Tony Pua musuh dia siapa?BN atau Pas? Jangan hilang fokus," katanya ringkas.

Sila buktikan saya ditaja – Chegubard

Posted: 08 Oct 2015 08:26 AM PDT

 
Dia terima keputusan Lembaga Disiplin tetapi siasatan menyeluruh dan telus perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan diambil.


chegubard,Timbalan-AMK-Selangor,-Zainol-Abidin


KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendedahkan pihak yang didakwa menajanya untuk mengkritik kepimpinan parti.

Katanya, Timbalan AMK Selangor, Zainol Abidin perlu membuktikan dakwaan itu kerana seluruh negara telah tahu dakwaan yang dibuatnya itu.

"Saya cabar Zainol untuk dedah pemimpin yang bayar saya itu.

"Sekarang ini peluru ditentukan mereka…Siapa yang bayar saya, itu saya nak Zainol jawab," katanya sambil menegaskan tiada mana-mana pihak menajanya untuk menyerang pemimpin PKR.

Pada masa sama, Chegubard berkata, dia tidak gentar dikenakan tindakan disiplin tetapi perlu diadakan siasatan menyeluruh dan telus.

"Saya sedia disiasat dan saya percaya, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab Hadi sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin cukup waras dan matang untuk membuat keputusan demi kepentingan parti," katanya.

Terdahulu, Zainol membuat aduan kepada Lembaga Disiplin terhadap Chegubard dan menggesa bekas Ketua Cabang Rembau itu dipecat daripada PKR.

Zainol berkata, kenyataan Chegubard kononnya Timbalan Presiden, Mohamed Azmin merancang rampasan kuasa Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika.

Bekas Presiden Kita tubuh parti baharu

Posted: 08 Oct 2015 08:23 AM PDT

 
Dia mendakwa 99 peratus keahlian parti itu akan disertai ahli dan bekas pemimpin PKR.


Zamil-Ibrahim,parti-baru


PETALING JAYA : Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim mengakui dia antara yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu sebagai alternatif kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada FMT, dia mendedahkan 99 peratus ahli parti baharu itu akan disertai oleh bekas pemimpin dan ahli PKR.

Katanya, dia mengambil inisiatif untuk mengerakkan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga selepas mendapat sokongan akar umbi PKR yang kecewa dengan kepimpinan sedia ada.

"Kebanyakan yang akan menyertai adalah mereka yang kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

"Mereka percaya PKR telah rosak," katanya sambil mengaku terdapat Ahli Parlimen PKR yang menyatakan minat untuk menyertai parti baharu itu.

Katanya, Ahli Parlimen PKR itu kecewa kerana merasakan parti itu tidak ada masa depan.

"Bila mereka lihat parti baharu ini akan ok, mereka berkemungkinan akan menyertainya," katanya yang enggan mendedahkan nama parti baharu itu sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran.

Katanya, dia bersama bekas Setiausaha Kerja PKR, Hasrul Muhamin Hasbi telah menghantar borang permohonan pada 2 Oktober lalu.

Zamil menafikan pemimpin Pas dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu.

Penganjur perhimpunan jangan cabar kuasa polis atau KDN, kata Nur Jazlan

Posted: 08 Oct 2015 08:18 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Jangan cabar kuasa polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia hanya merugikan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2015.Jangan cabar kuasa polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia hanya merugikan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jangan cabar kuasa polis atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia hanya merugikan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. "Majoriti rakyat tidak perlu takut pada suara minoriti kerana polis akan mengambil tindakan yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Bahrom yang dikenali sebagai Ali Tinju semalam Melaka Raya tidak selamat pada perhimpunan Gerak Merah yang dirancang Sabtu ini.

Nur Jazlan berkata perhimpunan tersebut boleh dianggap sebagai perhimpunan haram kerana ia dibuat di tempat yang tidak dibenarkan polis. 
 
 "Sekiranya perhimpunan tersebut diadakan dit empat yang dibenarkan polis pun, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 ia perlu terlebih dulu mendapat keizinan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Katanya, KDN memandang serius akan perkara itu kerana ia boleh mengeruhkan perpaduan di negara ini.

Megulas mengenai perhimpunan Baju Merah yang dirancang di Kajang pada 18 Oktober ini, Nur Jazlan berkata perhimpunan sedemikian tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada negara dan polis akan bertindak tegas menanganinya. – Bernama


Bekas setpol Dr Mahathir mogok lapar buktikan Najib ‘pengecut’

Posted: 08 Oct 2015 08:13 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Matthias Chang, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan mogok lapar sebagai protes kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Youtube, 8 Oktober, 2015.Matthias Chang, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan mogok lapar sebagai protes kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Youtube. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang memulakan mogok lapar sebagai protes kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Chang seorang peguam ditahan sewaktu mengunjungi anak guamnya, bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Ibu Pejabat Polis Dang Daerah Wangi di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

"Pada hari yang penuh keaiban dan sikap pengecut pada rejim Najib dan kroninya, saya dengan ini mengisytiharkan saya memulakan mogok lapar demi menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia pemimpin Umno yang dipimpin Najib adalah pengecut dan tidak boleh dipercayai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang berkata, beliau sebenarnya sudah bersedia sebanyak 2 kali bagi ditahan sebelum ini iaitu sewaktu dipanggil memberi keterangan "sebagai saksi" dalam kes anak guamnya, Khairuddin pada 28 September dan 2 Oktober, 2015. 
 
Beliau berkata, pengalamannya dipenjarakan di Malaysia dan Israel menjadikan beliau cukup masak dengan permainan minda tahap keanak-anakan mereka yang ingin melemahkan semangat suspek.

"Keluarga dan rakan-rakan saya di Malaysia dan luar negeri sudah dimaklumkan tentang penipuan ini dan mereka sudah dimaklumkan agar bersedia mendedahkan salah guna kuasa melampau polis, rejim Najib dan pengendalinya," kata Chang.

Penahanan Chang disahkan peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohammad yang datang bersamanya untuk melawat Khairuddin di IPD Dang Wangi jam 2 petang tadi.

"Kami melawat anak guam kami 2 petang tadi, sejurus habis melawat kira-kira jam 2.30, Pegawai Bukit Aman ASP Muniandy menahan Mathias di bawah Sosma mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, sama seperti Khairuddin," katanya kepada The Malaysian Insider.

Akmal berkata, Chang akan ditahan 24 jam bermula hari ini dan penahanan 28 hari hanya dapat dibuat selepas polis mendapat kelulusan daripada sekurang-kurangnya pegawai polis berpangkat superintenden.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan menentang penahanan Sosma di mahkamah secepat mungkin.


Dr M mahu lihat 'bekas TPM' jadi perdana menteri

Posted: 08 Oct 2015 08:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat bekas timbalan perdana menteri menjadi pemimpin yang mengetuai negara.

Diwawancara majalah The Diplomat, Dr Mahathir, 90, bagaimanapun tidak menamakan pemimpin itu jika beliau bermaksud Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pecat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Julai lalu.

Ditanya wartawan, Joyce Lee mengenai pemimpin mana yang beliau fikirkan akan menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menjawab: "Saya rasa biasanya ia mungkin bekas timbalan presiden Umno".

Ditanya lanjut nama yang khusus, Dr Mahathir berkata mungkin bekas timbalan perdana menteri.

"Tapi sekarang, sudah tentu, banyak perkara lebih terbuka," katanya.

Walaupun ditukar kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri, tetapi Muhyiddin masih lagi timbalan presiden Umno.

Mahatir begitu lantang mengkritik Najib sejak April lalu susulan isu 1MDB, dan dengan nilai mata wang Malaysia merosot berbanding dolar AS, bekas perdana menteri itu dengan berterus terang kepada Najib.

Ditanya bagaimana untuk memulihkan keyakinan pelabur kepada Malaysia, Dr Mahahtir yang mengetuai negara selama 22 tahun berakta beliau merasakan jika Najib berundur, keyakinan itu dapat dikembalikan.

Beliau juga mengakui ia bukan satu perkara yang mudah tetapi tetapi semua perkara boleh diselesaikan jika PM tidak berada di situ.

Dilema bai'ah di kalangan 10 wakil rakyat PAS Kelantan yang mahu sertai Amanah

Posted: 08 Oct 2015 05:50 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Khabar angin mengenai 10 wakil rakyat PAS Kelantan bakal melompat parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) mula bertebaran dan dikatakan menggugat ketenteraman politik negeri itu.
 
Hal itu mula ditimbulkan oleh Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu ketika melancarkan Amanah pada 31 Ogos lalu.
 
Ia kemudiannya dimainkan oleh Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika melancarkan parti berkenaan pada 11 September lalu.
 
Khabar angin itu bagaimanapun ditepis oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan menyifatkan ia hanyalah perang saraf pihak lawan untuk mendapatkan sokongan.
 
10 wakil rakyat tersebut dikatakan terdiri daripada tiga ahli parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
 
Namun, isu bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga kemungkinan menjadi kekangan kepada 10 wakil rakyat berkenaan, demikian menurut Pengarah Insititu Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
 
Beliau menegaskan tindakan lompat parti itu tidak akan menjadi kenyataan apatah lagi Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat PAS adalah sah.
 
"Jika wakil rakyat PAS Kelantan tetap keluar daripada PAS di sebalik bai'ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya.
 
"Jika pun 10 wakil rakyat PAS Kelantan, terutama tujuh ADUN berkenaan benar-benar keluar daripada PAS menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak memungkinkan ia akan tumbang. 
 
"Pada masa sama, kemungkinan untuk tujuh ADUN PAS Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan juga adalah terlalu kecil," ujarnya.
 
 

Pecat Chegubard: PKR akan teliti gesaan AMK Selangor

Posted: 08 Oct 2015 05:47 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PKR akan meneliti gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor supaya parti memecat keahlian penulis blog Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard.
 
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata demikian ketika mengulas tindakan sayap parti berkenaan yang tidak berpuas hati dengan dakwaan dan fitnah yang dibuat oleh Chegubard, selama ini.
 
"Kita akan lihat apa yang sebenarnya disebut oleh AMK Selangor dan akan buat semakan. Kita akan bermesyuarat untuk bincang. Jika ia membabitkan isu disiplin, maka kita akan serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Terlebih dahulu AMK Selangor dalam sidang medianya hari ini menuntut PKR memecat keahlian Chegubard berhubung tindakan bekas Ketua Cabang PKR Rembau itu yang sering membuat kenyataan terbuka di media, blog dan media sosial.
 
Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainol Abidin Mohamed berkata tindakan Chegubard secara tidak langsung menjurus kepada cubaan memecahbelahkan parti.
 
Selasa lalu, Chegubard mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhasrat menggulingkan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Bukan itu sahaja tindakan Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September lalu yang membabitkan kerjasama PKR-DAP-Parti Amanah Negara (Amanah) disifatkan oleh sekumpulan pihak dalam PKR sebagai tergesa-gesa.
 
Maka satu petisyen ditandatangani oleh 25 pemimpin PKR untuk menuntut penjelasan Wan Azizah sekali gus memaksa satu mesyuarat tergempar diadakan pada Ahad ini.  
 
Syed Ibrahim dalam pada itu menafikan wujudnya gerakan untuk menggulingkan kepimpinan Wan Azizah.
 
"Soal perpecahan, saya beritahu ia tidak wujud dan tidak benar. Kita tidak mahu ada spekulasi. Bagi kami di peringkat tertinggi parti kena bersatu dan bekerjasama untuk mencapai agenda politik parti," ujarnya.
 
 

‘Fitnah mahu jatuhkan saya’

Posted: 08 Oct 2015 05:44 AM PDT

'Fitnah mahu jatuhkan saya'
Loke memegang laporan polis yang dibuatnya ketika ditemui pada sidang media di Kampung Ulu Temiang, semalam.
 


SEREMBAN - Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berbaur rasis ketika ditahan polis di Kampung Ulu Temiang, di sini, kelmarin.

Loke berkata, dalam video yang tersebar di laman sosial itu, dia tidak mengeluarkan perkataan seperti didakwa, sebaliknya merujuk kepada seseorang dalam syarikat One Visa, pemilik tanah kampung berkenaan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan seperti mana dalam video yang tersebar. Saya hanya menyebut nama seseorang. Saya berkata begitu kerana wakil syarikat berada di sana ketika saya ditahan polis," katanya.

Menurutnya, penyebaran video yang kini menjadi viral itu bertujuan memfitnahnya yang kononnya beliau bersifat perkauman.

"Saya menafikan fitnah itu. Pembuat video tersebut bertujuan politik untuk menjatuhkan imej saya.

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya tetapi dia cuba mengambil kesempatan untuk memfitnah saya kononnya saya anti-Melayu. (Dalam) isu di Kampung Ulu Temiang ini, saya turut memperjuangkan (kepentingan) keluarga Melayu yang turut ditindas, bukan keluarga Cina sahaja," katanya pada sidang media di Kampung Ulu Temiang, di sini, semalam.

Sejurus video itu tersebar, Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, satu laporan dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, malam kelmarin.

"Saya sudah beri keterangan kepada polis tentang perkara ini dan polis berpuas hati dengan keterangan saya.

"Saya turut meminta polis untuk siasat dan mengambil tindakan terhadap pembuat dan penyebar video tersebut," katanya.

Video berdurasi 26 saat itu tersebar di media dan menjadi viral di laman sosial apabila kelihatan Loke memekik dengan perkataan berbaur rasis ketika dibawa masuk ke dalam trak polis di Kampung Ulu Temiang kerana didakwa menghalang tugas pihak berkuasa meroboh rumah di kawasan berkenaan.


Noramin: Selagi 'budak jawa Perak' benafas Najib selamat

Posted: 08 Oct 2015 05:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Juruhebah radio yang sangat terkenal suatu ketika dulu percaya tiada sesiapa pun dapat "menyentuh kewibawaan" Datuk Seri Najib Razak selain ada seorang "budak jawa Perak" di belakangnya.

Menurut Noramin, apa saja cubaan yang dilakukan untuk mencemar nama perdana menteri tidak akan berjaya kerana adanya "budak jawa Perak" berkenaan.

Noramin diyakini merujuk perkataan "budak jawa Perak" itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri.

Lebih menarik, Noramin - atau nama sebenarnya Mohd Nor Amin - sangat yakin tiada sesiapa yang mampu mengancam Najib termasuk pihak yang "berstatus raja".

Status berkenaan dimuat naik petang ini.

Kenyataan itu dipercayai reaksi Noramin kepada situasi politik semasa yang menyaksikan Najib sedang menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak - termasuk kalangan pemimpin Umno sendiri - supaya berundur.

Beberapa individu pula disoal siasat atau ditahan kerana membangkitkan bermacam isu, termasuk 1MDB.

Kelmarin Majlis Raja-Raja Melayu meminta kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Mahu semua beri kerjasama

Dalam satu kenyataan, Majlis Raja-Raja menegaskan semua memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Noramin adalah bekas juruhebah Radio Televisyen Malaysia dan mewarnai bidang penyiaran terutama melalui Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK).

Dia juga diingati kerana menyediakan slot khas belajar bahasa Jepun, sehingga namanya dikenali sebagai Noramin Mosyi Mosyi.

Baru-baru ini Noramin juga menjadi perhatian apabila mencadangkan supaya ibadah haji dijalankan di negara luar.

Kenyataan itu dibuatnya ekoran tragedi kren terjatuh di Masjidil Haram.

Bagaimanapun status itu kemudian gagal dikesan, dipercayai dipadam.


Matthias kecam Najib dan sekutunya 'bacul'

Posted: 08 Oct 2015 05:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Peguam yang ditahan Matthias Chang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan para sekutunya sebagai 'bacul'.

"Penangkapan dan penahanan saya adalah cerminan kepada sifat pengecut perdana menteri dan kroninya, kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno, yang 'setia tapi tak cerdik'," kata Chang dalam satu kenyataan.

Chang, bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir Mohamad, ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.

Seperti anak guamnya, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara, Chang juga ditahan bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan berkaitan tindakan sabotaj dan cubaan mensabotaj negara.

Peguam itu turut membangkitkan semula cabarannya kepada Najib dan pemimpin Umno pada 25 September lalu yang, meminta mereka menyatakan kesediaan untuk mati demi maruah Melayu ekorn perhimpunan Baju Merah yang diadakan sembilan hari sebelum itu.

Selain perdana menteri, Chang mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, pemimpin Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan Datuk Seri Azalina Othman Said supaya mogok lapar.

"Saya mencabar kamu semua untuk mogok lapar dengan saya demi menyatakan bahawa kita bersedia untuk mati kerana perjuangan masing-masing," katanya.

Pada 2010, Chang juga telah mengadakan mogok lapar semasa dipenjara selama sebulan di Penjara Kajang selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Beliau mengakhiri mogok sembilan hari kemudian selepas dipujuk oleh Dr Mahathir.

Bumi bergelap 15 hari tak benar

Posted: 08 Oct 2015 05:19 AM PDT

SINAR HARIAN


bumi
Sekadar gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan kononnya Bumi akan bergelap selama 15 hari bermula 15 November ini, seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk Bumi bergelap pada ketika itu.
  
Semakan daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau 'Conjunction' adalah normal.
  
"Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun lalu, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi," menurut kenyataan itu.
  
Satu artikel palsu kononnya pihak Nasa mengesahkan Bumi akan bergelap mulai 15 hingga 30 November ini akibat planet Musytari dan Zuhrah akan kelihatan sangat hampir atau hampir selari, hanya terpisah sejauh sudut satu darjah sahaja di langit, telah tersebar luas.

Artikel palsu itu juga mendakwa Ketua Pentadbiran Nasa, Charles Bolden memberi penjelasan dalam dokumen sepanjang 1,000 muka surat kepada White House mengenai kejadian yang hanya berlaku sekali dalam satu juta tahun ini yang juga dikenali sebagai "November Black Out". - Bernama

Maki pihak berkuasa gara-gara kereta kena kunci

Posted: 08 Oct 2015 05:14 AM PDT

Maki pihak berkuasa gara-gara kereta kena kunci
Anggota penguatkuasa MBPP membuka kunci pada tayar kereta dua lelaki berkenaan selepas mereka membayar kompaun.
 
 
GEORGETOWN - Biadab ... Itulah perkataan yang boleh digambarkan mengenai sikap dua lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana berang tayar kereta mereka dikunci di Lebuh Campbell kelmarin.

Bukan itu sahaja, perbuatan salah seorang lelaki yang melemparkan wang kompaun kepada seorang anggota penguatkuasa turut dikecam orang ramai apabila video berkenaan tersebar di media sosial sejak pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu tidak berpuas hati apabila kenderaan mereka dikapit sebaliknya menggesa tiga anggota penguatkuasa wanita itu membuka kunci berkenaan.

Dalam video berdurasi 2 minit 3 saat itu, kedua-dua lelaki terbabit kelihatan cuba membuka tayar bagi menanggalkan kunci berkenaan.

Bagaimanapun, selepas gagal membukanya, seorang lelaki memaksa anggota penguatkuasa membuka alat itu terlebih dahulu sebelum membayar kompaun.

Namun anggota penguatkuasa berkenaan tidak mengendahkannya tetapi mengarahkan mereka membayar kompaun terlebih dahulu sebelum kunci berkenaan dibuka.

Seorang lelaki kemudian mengeluarkan duit dari poket sebelum melemparkan kepada anggota penguatkuasa berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Difahamkan, mereka turut menggelarkan anggota penguatkuasa berkenaan sebagai anjing selain mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Difahamkan, bimbang sesuatu perkara buruk akan berlaku selepas diugut lelaki terbabit, anggota MBPP yang terlibat membuat laporan di Balai Polis Central pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, laporan berkenaan ditarik balik oleh pengadu.

"Kita akan tetap menjalankan siasatan kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut," katanya.


Mahfuz: PM nak tunggu bahasa 'penampar Tokyo'?

Posted: 08 Oct 2015 05:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Mahfuz Omar menolak kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Hishammuddin Hussin bahawa titah raja-raja Melayu dalam isu 1MDB bermaksud baginda sekalian hilang kepercayaan kepada perdana menteri.

Sambil menyoal tafsiran sebenarnya, anggota parlimen Pokok Sena itu berkata baginda sekalian bertitah dalam bahasa istana yang berhemah dan masih menjaga maruah memanda perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam kehidupan berkeluarga pun, adakala tidak perlu sang ayah bercakap menengking marahkan anak barulah anak-anak faham yang ayah tidak suka apa yang anak lakukan.

"Cukup dengan memek muka yang berkerut atau berdehem akan buat anak yang belum baligh pun faham dan akan berhenti melakukan perkara yang ayah tidak suka.

"Kalau anak buat juga akan merasalah penampar daripada sang ayah. Ini Najib memanda perdana menteri sudah berapa kali baligh? Takkan hendak tunggu raja-raja bertitah dalam bahasa "penampar Tokyo" baru nak faham?" soalnya.

Mahfuz tetap menegaskan bahawa titah raja-raja itu jelas membawa mesej supaya perdana menteri berundurlah secara terhormat.

Hishammuddin hari ini menolak tafsiran bahawa raja-raja Melayu hilang kepercayaan terhadap Najib berkaitan siasatan 1MDB.

Menyifatkan ia ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab, beliau berkata "Kalau raja-raja tak percaya, mereka akan cakap bulat-bulat."

Felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura John Pang membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan.

Pada Selasa, Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.


Polis sahkan mayat ditemui murid Orang Asli hilang

Posted: 08 Oct 2015 05:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis Kelantan hari ini mengesahkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui reput dalam Sungai Perias, berhampiran Pos Tohoi, dekat Gua Musang malam tadi adalah antara tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata hasil pengecaman yang dilakukan anggota keluarga ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan mengenal pasti mangsa berkenaan sebagai Sasa Sobrie, 8.

"Keluarga mangsa mengecam mayat itu menerusi tanda-tanda yang terdapat di badan mangsa.
Bagaimanapun pembuktian menerusi ujian DNA masih perlu dilakukan untuk pengesahan sebelum mayat mangsa dapat dituntut oleh anggota keluarganya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Zon Timur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di Kota Bharu, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani itu turut dihadiri kira-kira 300 pegawai dan anggota SSPDRM dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Seorang penduduk kampung menemui mayat seorang budak perempuan yang reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata hasil penemuan mayat itu, pihaknya akan mengubah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan memberi fokus di sepanjang sungai berkenaan selepas ini dan turut menggunakan khidmat pasukan penyelamat daripada beberapa agensi terlibat.

Di GUA MUSANG, Pengarah Hospital Gua Musang (HGM) Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin ketika ditemui berkata hasil bedah siasat malam tadi mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia kira-kira satu atau dua minggu lepas dan pengesahan mayat akan ditentukan menerusi ujian DNA.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.-Bernama


Jangan kembalikan PPSMI ikut pintu belakang

Posted: 08 Oct 2015 04:20 AM PDT

Muhammad Faisal Abdul Aziz 





ULASAN Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) dan Education Performance and Delivery Unit (PADU) dalam mencari mekanisme untuk memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.

Antara cadangan yang telah diketengahkan adalah untuk melaksanakan Program Dwi-Bahasa (DLP) untuk membolehkan beberapa mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah tertentu.

Menurut laporan tersebut matapelajaran Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah matapelajaran yang wajib untuk diajar menggunakan Bahasa Inggeris.

Munurut laporan tersebut, program DLP tersebut akan dilaksanakan untuk pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 untuk Sekolah Kebangsaan dan Tingkatan 1 untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula tahun 2016 yang akan melibatkan 300 sekolah rintis.

ABIM menegaskan program DLP yang dicadangkan ini adalah satu usaha terancang untuk mengembalikan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terbukti gagal dan terpaksa dimansuhkan oleh kerajaan secara rasmi pada tahun 2012.

PEMANDU dan PADU adalah badan yang dirujuk serta dianggap berkuasa dalam merangka sesebuah dasar. Justeru sebarang cadangan ataupun dasar yang dikemukakan akan dijadikan sebagai rujukan ataupun narasumber.

Oleh itu ABIM menuntut pihak PEMANDU dan PADU memastikan sebarang cadangan yang ingin diutarakan khususnya dalam bidang pendidikan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Dalam konteks DLP, PEMANDU dan PADU WAJIB merujuk dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sepertimana yang telah diputuskan semenjak tahun 2009.

Dasar MBMMBI yang diputuskan kerajaan telah menetapkan kesemua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua subjek bermula 2016 melainkan pelajar tingkatan enam.

Cadangan yang diutarakan menerusi laporan tersebut juga seolah-olah bertujuan untuk membezakan kelas golongan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Langkah ini akhirnya akan menghasilkan generasi pelajar yang cacamarba terutama dari sudut tahap pemahaman sesuatu mata pelajaran.

ABIM turut menegaskan, pandangan bahawa mata pelajaran sains dan matematik perlu diajar melalui pengantar Bahasa Inggeris sudah disangkal oleh banyak kajian ilmiah sama ada dalam negara mahupun kajian di peringkat antarabangsa.

Selain itu, pemimpin dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan, ahli bahasa dan golongan cendekiawan sebelum ini telah menegaskan bahawa usaha untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan tetapi tidak dengan menggantikan bahasa pengantar dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.

Justeru, ABIM menyatakan bahawa masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris bukan terletak kepada faktor bahasa pengantar yang diguna dalam sistem pendidikan, tetapi ialah pendekatan pengajaran yang digunakan.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga menuntut semua pihak melihat dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini secara menyeluruh yang turut menekankan hasrat besar untuk memastikan pelajar sekolah menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Justeru itu, selain memperkukuh bahasa Inggeris, dasar MBMMBI tersebut perlu melihat keperluan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa yang kukuh dan bersatu padu.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ setiausaha agung ABIM.


'Saya bukan hendak jual perempuan di Melaka'

Posted: 08 Oct 2015 04:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seperti pulangkan paku buah keras.

Begitu dilihat berlaku antara aktivis kontroversi Mohd Ali Baharom dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang menolak hasrat Ali mengadakan perhimpunan anti "samseng Cina' di negeri itu.

Walaupun membatalkan acara di Taman Melaka Raya Sabtu ini, pesara tentera yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju itu membangkitkan isu lain berkaitan hiburan di negeri pelancongan itu.

"Saya nasihat Idris Haron turun padang tengok disko-disko di Melaka yang beroperasi hingga 6 pagi. Lebih baik perkara itu diselesaikan dari tuduh saya bukan-bukan.

"Saya Whatsapp kes laporan polis, kes pukul imigresen, saya buat sidang media saya hantar laporan kepada dia, dia baca tapi tiada jawapan," katanya.

Beliau juga berkata Idris tidak patut menyerangnya kerana "mempertahankan pegawai imigresen" di negeri itu.

"Bukan saya datang buat kecoh, jual dadah jual perempuan, jual rahsia kerajaan negeri jual tanah negeri," katanya.

Idris tak alu-alukan

Ali, presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) hari ini membatalkan cadangan mengadakan himpunan itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pembatalan itu juga dibuat bagi menghormati majlis penganugerahan darjah kebesaran oleh gabenor Melaka, pada hari sama.

Protes itu dirancang beliau selepas mendakwa tiga penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Kastam dikasari "samseng Cina" pada 30 September lalu.

Alu juga memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu walaupun menegaskan ia bukan kekecohan.

The Star hari ini melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron tidak mengalu-alukan idea yang boleh untuk "memusnahkan sejarah panjang kesatuan kaum" di negeri itu.



KJ: Ya, tiada parti selamat undi orang muda

Posted: 08 Oct 2015 04:13 AM PDT

Anne Muhammad





BN mengakui masih belum mampu menarik minat golongan muda untuk menyertai parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum je-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan golongan itu masih tidak berani membuat keputusan dan merupakan pengundi kali pertama.

"Daripada penilaian kita juga pemuda Umno dan BN, kumpulan pengundi muda ini sangat-sangat di atas pagar. Ini maksudnya mereka belum lagi buat apa-apa keputusan.

"Ada di kalangan mereka mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya akan datang," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan Malaysia di Kuala Lumpur.

Khairy diminta mengulas mengenai kajian badan bebas Ilham Centre bahawa tiada mana-mana parti politik kini berani mendakwa mendapat sokong pengundi muda.

Tambah Khairy, pemuda BN juga telah membuat kajian dan hasilnya sama seperti kajian yang Ilham Centre.

Khairy bagaimanapun berkata, Pemuda BN sudah bersiap sedia dan mempunyai strategi tersendiri untuk menarik minta golongan muda menyertai mereka dalam pilihan raya akan datang.

Pengundi 'terapung'

Semalam Astro Awani melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hishammuddin Bakar berkata sehingga kini, tiada mana-mana parti politik berani mendakwa mendapat sokongan blok pengundi muda.

Hishammudin menambah pengundi muda yang pertama kali mengundi, mempunyai penilaian yang lebih luas.

"Ini dikatakan pengundi yang terapung yang mana kita tak tahu apungan menuju ke arah mana, kerana mereka mengundi atas dasar rasional, mereka tidak lagi mengundi atas dasar kekuatan parti, mereka menilai segmen lebih besar seperti isu, sentimen dan persepsi.

"Ruang untuk pengundi muda masih terbuka luas dan ia kini bergantung kepada strategi parti politik bagi menjuarai persepsi kelompok ini," katanya.


Peguam Khairuddin juga ditahan Sosma hari ini

Posted: 08 Oct 2015 04:11 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


 


Peguam Matthias Chang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.

Melalui SMS kepada Malaysiakini, Chang berkata beliau ditahan bawah seksyen sama dengan anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hassan.

"Baru ditahan bawah Sosma atas sebab (seksyen) 124K dan 124L (Kanun Keseksaan). Sama seperti Khairuddin," katanya.

Seksyen 124K dan 124L berkaitan tindakan sabotaj dan cubaan mensabotaj negara.

Pembantu Chang memberitahu Malaysiakini majikannya itu ditangkap di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi ketika melawat Khairuddin.

Khairuddin juga sudah ditahan Sosma selama 15 hari.

Khairuddin ditahan selepas membuat laporan berkaitan 1MDB di beberapa negara lain, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Jalan lain undi tak percaya pada PM

Posted: 08 Oct 2015 04:09 AM PDT

Koh Jun Lin  





Terdapat dua cara untuk menjalankan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sesi parlimen akan datang, kata Naib Pengerusi BERSIH Thomas Fann.

Selain membentangkan usul tidak percaya di Dewan Rakyat, beliau berpendapat wakil rakyat juga boleh menolak pembentangan belanjawan Najib selepas ia dibahas.

"Satu cara melalui usul oleh sebarang MP. Jika dibenarkan, akan ada undi percaya atau tidak percaya.

"Satu lagi peluang selepas perdana menteri membentangkan belanjawannya dan parlimen membahaskan.

"MP boleh undi tolak belanjawan, ini juga sama dengan undi tidak percaya terhadap perdana menteri," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Pejabat AG bersihkan 1MDB, Bank Negara cadang semak

Posted: 08 Oct 2015 04:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pejabat Peguam Negara (AG) membersihkan pegawai 1MDB daripada sebarang salah laku mengenai siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 21 Ogos 2015.

"Kertas siasatan itu dikaji, Timbalan Pendakwaraya Persekutuan 1 Abdul Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada siasatan lanjut dibuat," kata Pejabat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pejabat itu berkata kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan untuk tidak mendakwa telah dimaklumkan kepada bank pusat itu pada hari yang sama.

Susulan itu, Bank Negara, dalam surat bertarikh 1 Oktober, mencadangkan supaya Pejabat Peguam Negara menyemak semua keputusannya.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa selepas mempertimbangkan pemintaan dan fakta bahawa tiada bukti baru ditemui, maka peguam negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan sebelum ini.

Kenyataan itu juga menyebut, pejabat itu menegaskan bahawa laporan antara 12 September 2015 sehingga sekarang berkaitan kertas siasatan itu masih berada di Pejabat Peguam Negara dan perbincangan mengenainya masih berlangsung adalah tidak tepat dan tidak benar.

Larangan lelaki menyerupai wanita di NS masih sah

Posted: 08 Oct 2015 04:03 AM PDT

 Hafiz Yatim 





Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan peruntukan enakmen syariah Negeri Sembilan yang menghukum lelaki Islam berpakaian wanita sebagai tidak sah.
Keputusan itu diketepikan atas alasan teknikal.

Dengan itu, undang-undang negeri yang dipersoal, Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Sembilan yang melarang lelaki berpakaian wanita, kekal sah.

Dalam keputusan sebulat suara hari ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Sembilan bahawa permohonan kumpulan transgender tidak patut membuka laluan ke arah semakan kehakiman.


'Isi segera kekosongan ahli PAC' - Muhyiddin

Posted: 07 Oct 2015 05:19 PM PDT

Wan Syamsul Amly, Astro Awani
'Isi segera kekosongan ahli PAC' - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal.- Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Kekosongan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa itu meneruskan siasatan mereka terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.

"Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC.

"Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan.

"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rombakan kabinet baru-baru ini menyaksikan Datuk Nur Jazlan dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Timbalan Menteri Luar; Datuk Mas Ermieyanti Samsudin sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dalam pada itu Muhyiddin turut bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB.

"Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.

"Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme," jelasnya.

BACA: 'Raja-raja Melayu prihatin isu 1MDB' - Muhyiddin

Muhyiddin turut mempertikaikan kesalahan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta sehingga dianggap satu kegiatan keganasan.

"Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita?

"Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.

Ujarnya, kerajaan perlu menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit.
"Maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali.

"Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.

Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa," jelasnya. 
 
 

Nasib parti Amanah pada PRU14 bergantung kepada strategi - ILHAM Centre

Posted: 07 Oct 2015 05:09 PM PDT

Hilal Azmi, Astro Awan
Nasib parti Amanah pada PRU14 bergantung kepada strategi - ILHAM Centre
Pada 31 Ogos lepas, Mohamad Sabu yang merupakan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah). - Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Nasib Parti Amanah Negara Amanah) bergantung kepada strategi yang bakal diperkenalkan untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ini kerana pengundi Melayu yang menyokong pembangkang masih keliru sama ada mahu memilih PAS atau Amanah?

Dapatan kajian yang dijalankan ILHAM Centre baru-baru ini menunjukkan Amanah dan PAS belum mendapat sokongan padu pengundi Melayu pro pembangkang.

"Bila kami jumpa responden, mereka anggap masih awal untuk buat keputusan.

"Seperti yang digambarkan, Amanah ialah parti serpihan PAS. Jika parti ini meneruskan cara dan gerak kerja PAS dalam jenama lain, mereka takkan dapat menawan hati pengundi," kata Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar ketika ditemui Astro AWANI hari ini.

Katanya, Amanah perlukan citra perjuangan yang berbeza daripada PAS.

"Jika Amanah ubah strategi dengan mewujudkan citra perjuangan yang lebih terbuka, progresif dan menambat hati pengundi muda, mungkin mereka akan berjaya.

"Petanda kejayaan mereka mula dilihat apabila Amanah diterima di peringkat akar umbi di Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan daripada kalangan mereka yang tidak pernah anggotai mana-mana parti politik, tetapi sertai Amanah.

"Segmen ini amat besar dan jika momentum ini berterusan, Amanah mempunyai prospek yang lebih besar berbanding PAS," katanya.

Pada 31 Ogos lepas, Mohamad Sabu yang merupakan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik GHB.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kemudiannya pada 1Oktober telah meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini Setiausaha Parti Amanah, Anuar Tahir menjangkakan 50,000 ahli baru akan mendaftar parti tersebut.

Pada September lalu, 35,000 borang keahlian habis diedarkan pada pelancaran Parti Amanah Negara. 
 
 

Tiada ulasan: