Selasa, 6 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NASIB TUN M SETERUSNYA...KENA SAMAN, TANGKAP ATAU DIPECAT DARIPADA UMNO?

Posted: 06 Oct 2015 05:16 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
 
Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya menghantar surat saman kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah baru-baru ini.

Sabtu lalu, Dr. Ling bersetuju dengan desakan Tun Mahathir agar Najib berundur daripada jawatannya kerana  mendakwa "telah mengambil duit orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Sehubungan itu, tempoh tujuh hari diberikan kepada bekas Menteri Pengangkutan itu untuk menarik balik kenyataan tersebut, memohon maaf dan membayar sejumlah ganti rugi atau berdepan dengan tuntutan saman fitnah di mahkamah kerana mencemar nama baik Perdana Menteri.

Tindakan pantas terhadap Dr Ling ini menggambarkan Najib kini meneruskan sikap tidak mahu  lagi memberi muka kepada pengkritik yang cuba menjejaskan reputasinya.

Setelah beberapa pemimpin pembangkang juga disamannya sebelum ini, Dr Ling adalah sasarannya paling terbaharu sekali.
 
 
 
 
Tetapi, tentunya ramai ingin tahu apakah tindakan Najib terhadap Tun Mahathir yang juga tidak henti-henti mengkritiknya?

Apakah beliau juga bakal disaman oleh Najib?

Dalam program Tun Mahathir di Ampang pada Sabtu dan di Sabah semalam, jelas dan terbuka bekas Perdana Menteri menyifatkan Najib sebagai pencuri.

Kalau nak kena tangkap, tangkaplah...tapi saya nak cakap terang-terang di sini...Najib curi duit, kata Tun Mahathir ketika berucap di Ampang dan beliau mengulanginya lagi dakwaan itu di Sabah.

Apakah bezanya antara dakwaan "Najib curi duit" oleh Tun Mahathir dengan  ungkapan "telah mengambil duit orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya" oleh Dr Ling itu?

Tidakkah kedua-duanya bermaksud mencuri?

Berani dan tergamakkah Najib mengheret Tun Mahathir ke mahkamah atau beliau akan menghadapi serangan daripada bekas Perdana Menteri itu dalam bentuk yang lain?

Dalam hal ini mungkinkah Tun Mahathir akan dipecat keahliannya daripada UMNO berikutan Setiusaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan pihaknya sedang memantau tujuh pemimpin kerana kesalahan melanggar disiplin parti.

Adakah Tun Mahathir salah seorang daripadanya?
 
 
 
 
Tun Mahathir pula semakin agresif menyerang dan sedia menjelajah ke seluruh negara untuk meneruskan tekanannya menyingkirkan Najib.

Setelah di Ampang Sabtu lalu dan Sabah semalam, beberapa destinasi lain juga sedang dirancang sebagai pentas untuk Tun Mahathir mengadakan program "Bicara Negawarannya" dan menjelaskan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku dalam negara.

Atau mungkinkah Tun Mahathir akan ditangkap dibawah Akta Hasutan atau atas lain-lain  dakwaan yang dianggap mengancam keselamatan negara sepertimana yang dialami oleh Khairuddin Abu Hasan yang kini diSosmakan selama 28 hari?

Di Ampang baru-baru ini memang beliau turut membayangkan kemungkinan dirinya akan ditangkap.

Nak kata takut, takut jugalah tapi kalau saya kena tangkap...berapa lama sangatlah umur saya ada lagi, katanya berseloroh.

Lalu, berdasarkan beberapa tindakan agresif Najib mempertahankan kedudukannya sejak kebelakangan ini melalui tindakan perundangan atau seperti yang dihadapi oleh Khairuddin Abu Hasan dan sebelum itu turut menyingkirkan ramai orang daripada kabinet dan jawatan penting dalam kerajaan, seperti mustahil Tun Mahathir akan "dilepaskan" begitu saja.

Cuma yang mana satu nasib sedang menanti Tun Mahathir agaknya - saman, tangkap atau sekadar dipecat keahlian UMNO? 
 
 

50,000 peniaga kecil terjejas akibat jerebu

Posted: 06 Oct 2015 03:54 AM PDT

 
Peniaga kerugian sehingga 60 peratus pendapatan semasa kerana kekurangan pelanggan.


jerebu


KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 peratus atau 50,000 usahawan kecil dan sederhana seluruh negara terjejas akibat masalah jerebu yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, jerebu telah menjejaskan industri perhotelan, pelancongan, restoran dan perniagaan kecil.

Katanya, peniaga kerugian sehingga 60 peratus pendapatan semasa akibat masalah jerebu yang semakin berlarutan itu.

"Kita terima banyak aduan daripada peniaga menerusi telefon hampir setiap hari. Apa yang mereka luahkan ada hubung kaitnya dengan masalah jerebu yang sedang melanda negara pada masa ini.

"Mereka mahu agar kerajaan bertindak dengan lebih tegas dalam menangani perkara itu dan tidak terlalu memberi muka kepada Indonesia," katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Ridzuan mendesak agar kerajaan Indonesia lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berulang saban tahun.

"Kerajaan Indonesia seharusnya bukan sahaja meminta maaf tetapi menangani masalah jerebu dengan segera.

"Sudah tiga tahun kejadian jerebu ini berlaku…. Kita lihat sehingga hari ini kerajaan Indonesia tak pandang serius.

"Keadaan ini menjejaskan kesihatan dan memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil di tepi-tepi jalan khususnya hingga mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kekurangan pelanggan," katanya.

Pas nafi terlibat bantu PKR tubuh parti baharu

Posted: 06 Oct 2015 03:48 AM PDT

 
Pas tidak pernah terfikir untuk 'kacau daun' parti lain apatah lagi parti itu sendiri telah berpecah.


Mahfodz-Mohammad_Chegubard_600


PETALING JAYA: Pas tidak terlibat dengan gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivitis PKR untuk menubuhkan parti baharu seperti yang didakwa ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, Pas tidak pernah terfikir untuk 'kacau daun' parti lain apatah lagi parti itu sendiri telahpun mengalami perpecahan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan Chegubard). Pas memang tidak pernah terfikir nak 'kacau daun' parti lain.

"Pas sendiri pun dah berpecah. Pas ini parti Islam dan (jika dilihat) Amanah pun hasil dari serpihan Pas," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Chegubard yang menyatakan ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis PKR untuk menubuhkan parti baharu.

Dia mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.

Chegubard turut mendakwa kemungkinan usaha terancang itu turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang dan membayangkan Pas terlibat dalam usaha itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dia tidak percaya ahli Pas akan bertindak membantu PKR menubuhkan parti baharu.

"Maaf saya tidak percaya," katanya dalam pesanan ringkas kepada FMT.

FMT difahamkan gerakan menubuhkan parti baharu oleh ahli PKR kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan yang menyingkirkan Pas.

Sesetengah pemimpin PKR masih 'sayangkan hubungan dengan Pas' kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi PKR adalah majoriti pengundi Melayu dan memerlukan bantuan jentera pilihan raya Pas.

Syarikat pelancongan perlu lesen khas tawar pakej umrah mulai tahun depan

Posted: 06 Oct 2015 03:42 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Syarikat atau agensi pelancongan diwajibkan mohon lesen khas bagi menawarkan pakej umrah berkuatkuasa 3 Oktober tahun depan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Datuk Rashidi Hasbullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Oktober, 2015.Syarikat atau agensi pelancongan diwajibkan mohon lesen khas bagi menawarkan pakej umrah berkuatkuasa 3 Oktober tahun depan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Datuk Rashidi Hasbullah. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Syarikat atau agensi pelancongan diwajibkan mendapatkan lesen khas bagi menawarkan pakej umrah berkuat kuasa 3 Oktober tahun depan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Datuk Rashidi Hasbullah.

Beliau berkata syarikat pelancongan yang tidak memiliki lesen khas berkenaan akan dibatalkan hak mereka untuk menawarkan pakej umrah.

"Sehingga kini kira-kira 500 syarikat atau agensi pelancongan yang dikenal pasti menawarkan pakej umrah tanpa lesen khas sehingga menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk bagi urusan mendapatkan visa.

"Sehingga kini hanya 61 syarikat atau agensi pelancongan yang memiliki lesen khas berkenaan yang mereka berupaya mendapatkan visa secara terus daripada kerajaan Arab Saudi," katanya kepada pemberita pada Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak-Hak Kepenggunaan 2015, di Melaka, hari ini. 
 
Beliau berkata syarat mewajibkan pemilikan lesen khas umrah itu merupakan inisiatif Majlis Kawal Selia Umrah yang ditubuhkan pada 28 Ogos tahun lepas yang bertujuan menyelaras dan memantau urusan pengendalian pakej umrah.

Mengenai penipuan pakej umrah, Rashidi berkata KPK merekod 56 kes penipuan syarikat berlesen dengan jumlah kompaun meliputi sebanyak RM222,000 dari 2012 hingga Ogos lalu, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merekod 2,761 kes dengan tuntuntan melebihi RM15.7 juta dalam tempoh sama.

Katanya, bagi agensi pelancongan tidak berlesen, sebanyak 134 kes dirujuk kepada polis dengan nilai kompaun berjumlah RM4.8 juta dalam tempoh 2012 hingga September tahun lepas. – Bernama


Dr Mahathir bukan pengkhianat Umno, kata Hishammuddin

Posted: 06 Oct 2015 03:12 AM PDT




Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir ke majlis pembukaan Malaysian United Run di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Oktober, 2015.Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir ke majlis pembukaan Malaysian United Run di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah pengkhianat parti walaupun sering mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan lantang.

Menteri pertahanan itu berkata, kritikan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu terhadap Najib yang juga presiden Umno bukanlah satu perkara baharu.

"Saya sudah beritahu dalam Twitter kadang-kala mereka yang buat tuduhan kepada perdana menteri sering mengalih tiang gol dan tuduhan ini berubah mengikut masa.

"Kalau dilihat daripada segi parti tiada (pengkhianat)," jawab Hishammuddin kepada pemberita ketika ditanya adakah tindakan Dr Mahathir menggesa pengundi di Pekan memulaukan Najib pada pilihan raya umum akan datang merupakan satu pengkhianatan. 
 
Hishammuddin berkata kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap Najib sebelum ini tidak memberi kesan kepada Umno.

"Kalau tanya dia (Dr Mahathir) memburukkan keadaan di parti, saya rasa tidak. Kerana sebelum ini pun ada banyak tuduhan yang dilontarkan kepada presiden kita, tapi tak pecah juga parti," katanya.

Tetapi ketika ditanya apakah wajar tindakan tatatertib diambil terhadap Dr Mahathir, Hishammuddin berkata:"Itu terpulang kepada parti."

Semalam di Tawau, Sabah Dr Mahathir meneruskan kritikannya dengan berkata, individu dari Timur Tengah yang "menderma" RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib pastinya mahukan publisiti daripada derma yang dihulurkan.

Dr Mahathir berkata, perkara itu adalah "ego" seseorang yang menyumbangkan sejumlah wang sebegitu banyak.

Najib sebelum ini mendakwa wang di dalam akaunnya itu datang daripada sumbangan seorang dermawan Timur Tengah.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, tindakan seperti itu tidak boleh diteruskan kerana ia mungkin memecahbelahkan Umno.

"Tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau layan pihak yang berkenaan kerana boleh memecahbelahkan kita.

"Lebih-lebih lagi dalam parti," katanya.


Sanusi sedia kalau Jawatankuasa Disiplin panggil

Posted: 06 Oct 2015 03:01 AM PDT

Bicara Minda Sanusi Junid


SHAH ALAM - Veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau sanggup memberi keterangan bila-bila masa sahaja kepada Jawatankuasa Disiplin Umno sekiranya namanya dikaitkan dengan tujuh pemimpin Umno yang dipantau kerana dikatakan melanggar parti.

Sanusi berkata namun begitu, beliau masih belum menerima sebarang panggilan daripada Jawatankuasa Disiplin parti sehingga hari ini.

"Saya memang suka orang hendak bersyarah ini, saya boleh beri penerangan bila-bila masa sahaja, awak panggil saya datang, masalahnya Umno tidak mahu panggil," katanya ketika sidang media selepas berakhirnya Program Bicara Minda dan sesi dialong bersamanya, di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Terdahulu spekulasi bertiup kencang apabila nama Sanusi dikatakan sebagai salah seorang daripada tujuh pemimpin Umno yang dipantau.

Pemerhati berpendapat kemunculan semula Sanusi yang ligat menghentam kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini turut mencetuskan persoalan antara pemimpin Umno yang berada dalam pemantauan ibu pejabat parti itu.

Kelmarin, Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencetuskan tanda tanya selepas mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.

Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun tidak mendedahkan individu yang terlibat dan sebabnya.


Tajuddin: Bising sampai kiamat pun, saya peduli apa

Posted: 06 Oct 2015 02:48 AM PDT

Geraldine Tong 





Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masih tidak kisah dengan tuntutan Pemuda MCA supaya beliau memohon maaf.

Beliau yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata beliau enggan melayan tuntutan tersebut dan Pemuda MCA boleh "buat bising hingga kiamat".

"MCA suruh saya minta maaf? Apa dosa saya sehingga saya perlu minta maaf?

"Apa salah saya, (yang saya) buat dengan MCA? MCA banyak buat salah tu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Tajuddin mengulas tuntutan Pemuda MCA yang masih mahu beliau memohon maaf kerana mengugut hendak "melempang" orang Cina di Malaysia.

Ketuanya, Chong Sin Woon berkata pihaknya tetap mahukan perkara itu walaupun Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata isu itu akan diselesaikan melalui mekanisme dalaman BN.

Chua: Ling gesa PM undur kerana kes PKFZ

Posted: 06 Oct 2015 02:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Ling Liong Sik ada sebab untuk menyokong gesaan supaya perdana menteri berundur, kata seorang lagi bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek.

"Sebagai ahli politik veteran, Ling berhak beri pandangan. Saya boleh faham kenapa semua ini timbul. Dia tidak puas hati kerana didakwa," kata Chua.

Chua merujuk kepada kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, bekas menteri pengangkutan, didakwa pada 2010 – tahun Najib menjadi perdana menteri – atas dakwaan memperdaya kerajaan.

Beliau dibebaskan pada 2013.

Chua berkata Ling tidak boleh menafikan bahawa keterangan Mahathir dalam kes itu membantunya selamat dan dibebaskan.

"Tambahan pula, mengambil kira hubungan lama Ling dan Mahathir, dia (Ling) lebih terhubung budi pada Mahathir berbanding Najib.

"Dan apabila Mahathir mahu menjatuhkan Najib, Ling akan cuba membantunya," kata Chua.

Ling pada 3 Oktober menyambut gesaan Mahathir, bekas ketuanya dalam kabinet, supaya Najib meletakkan jawatan kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.


Dua hari kemudian, Najib menuntut bekas Ling menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah itu.

Surat tuntutan itu dihantar kepada Ling, yang turut menuntut ganti rugi berikutan artikel dalam The Malay Mail Online bertajuk "MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket" pada 3 Oktober.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Ling mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana menteri.

Pas kecam tindakan Najib salam dengan PM Israel

Posted: 06 Oct 2015 02:39 AM PDT

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan


SHAH ALAM - Pas menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersalaman dengan Perdana Menteri Israel  Benjamin Netanyahu sebagai satu pengkhianatan terhadap umat Islam antarabangsa.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata Najib gagal mengambil kira sensitiviti konflik yang semakin meningkat di rantau Timur Tengah khususnya di Palestin.

"Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Pejabat Perdana Menteri, pertemuan di antara Najib dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak sepatutnya berlangsung sama sekali dan wajib dikecam.

"Tindakan perdana menteri kita berjabat tangan dengan perdana menteri Israel ibarat lagak dua orang kawan seolah-olah tiada apa yang berlaku merupakan satu insiden pengkhianatan terdapat usaha umat Islam antarabangsa untuk menekan dan meminggirkan Israel," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Najib menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.
Jelasnya, beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

Menurut Nasrudin, tindakan Najib bersalaman dan dirakamkan tersenyum dengan Benjamin Netanhayu menghantar isyarat bahawa Malaysia sebenarnya memandang remeh terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin.

 "Di kala perdana menteri Malaysia dirakamkan tersenyum bertemu ketua pengganas Israel itu dan dipuji pula oleh akhbar negara haram tersebut, rakyat Palestin kini sedang terkepung di Masjidil Aqsa untuk mempertahankan tanah suci umat Islam itu daripada dicerobohi Israel.

 "Ucapan kritikan Najib pada Perhimpunan Agung PBB itu yang menuduh Israel melakukan kekejaman nyah-kemanusiaan secara sistematik, kini dilihat tidak lebih daripada satu gimik politik yang dibayangi oleh insiden berjabat tangan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Pas mendesak agar Najib memberi penjelasan rasmi dalam sidang Parlimen kelak dan memulakan usul untuk mencela tindakan perdana menteri berjabat dengan perdana menteri Israel.

"Apa yang pasti, bukan sahaja kepimpinan perdana menteri di dalam isu domestik telah gagal malah beliau juga gagal membuat penegasan terhadap polisi luar negara yang sepenting ini.

"Sesungguhnya kegagalan perdana menteri kali ini berganda-ganda," katanya.


Isytihar darurat jika IPU cecah 500

Posted: 06 Oct 2015 02:37 AM PDT

Jerebu
Gambar hiasan.


SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara  (MKN) memantau indeks pencemaran udara (IPU) susulan bacaan tertinggi yang direkodkan kelmarin, iaitu 308 di Shah Alam, Selangor akibat bencana jerebu tahun ini.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, darurat bencana jerebu  hanya akan diisytiharkan sekiranya  IPU mencecah 500.

"Sekiranya darurat dikuatkuasakan, semua premis awam serta swasta  termasuklah kilang, ladang dan kawasan pembinaan akan ditutup," katanya.

Katanya, arahan penutupan itu tidak termasuk  perkhidmatan air, elektrik, kesihatan, keselamatan, komunikasi, pengangkutan, kewangan serta pembekal bahan bakar.

Menurutnya, pada peringkat awal, MKN akan mendapatkan statistik jumlah pesakit yang  mendapatkan rawatan di semua hospital negeri-negeri yang terjejas akibat jerebu.

"Data ini perlu untuk mengetahui jumlah mereka yang terjejas kesihatannya disebabkan bencana ini agar tindakan pencegahan dapat dibuat," katanya.

Malaysia pernah mengumumkan  darurat bencana jerebu tiga kali, yang pertama pada 19 September 1997 di Sarawak, apabila bacaan IPU mencecah 600, sebelum Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pada 11 Ogos 2005 (IPU melebihi 500) dan terakhir di Muar dan Ledang, Johor pada 23 Jun 2013 (IPU melebihi 500).


PKR tuntut 90 hari semak perjanjian TPP

Posted: 06 Oct 2015 02:35 AM PDT

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar


SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipertanggungjawabkan untuk memenuhi segala janji beliau berhubung rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang didakwa telah berakhir di Atlanta, Amerika Syarikat, semalam.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan Najib perlu mengotakan janji yang dibuatnya dalam Sidang Kemuncak APEC pada Oktober 2013 bahawa perjanjian TPP akan dibentangkan di Parlimen sebelum kerajaan menandatanganinya.

"Janji Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga dalam sidang Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan menjamin kepentingan negara dan rakyat tidak akan digadaikan oleh perjanjian TPP wajib dituntut.

"Teks bukan sahaja mesti didedahkan; tetapi setiap ahli Parlimen wajib diberikan masa yang secukupnya untuk meneliti kandungan perjanjian tersebut yang dikhabarkan mencecah hampir 1,000 muka surat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menuntut tempoh 90 hari untuk membahaskan perjanjian itu di Parlimen seperti mana yang diberikan kepada kongres Amerika Syarikat.

"Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam usaha memperkasakan kedaulatan negara menerusi demokrasi berparlimen, lebih-lebih lagi apabila nasib negara terikat dengan perjanjian yang melibatkan 12 negara dan penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi semua bidang bukan sahaja perdagangan.

"Presiden Obama akan memberikan 90 hari kepada Kongres untuk membahaskan butiran-butiran perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya. Rundingan telahpun tamat dan tidak ada sebuah negara pun yang mampu merubah kandungan kepada teks perjanjian tersebut," ujarnya.

Beliau turut melahirkan kekesalannya apabila rundingan perjanjian itu yang dimuktamadkan semalam tidak dihadiri oleh Menterinya, Datuk Seri Mustapa Muhamad.

"Malaysia sekadar diwakili Ketua Perunding, Jayasiri. Cara sambil lewa menangani perjanjian sebesar TPP menimbulkan keraguan besar berkenaan tatakelola Miti dan kerajaan dalam mempertahan kepentingan Malaysia dalam rundingan," katanya lagi.

Pada 25 September 2013, Nurul Izzah telah mendesak kerajaan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih TPPA melalui soalannya di Parlimen yang kemudiannya ditubuhkan kerajaan

Pemuda PAS gesa sidang parlimen khas bahas TPPA

Posted: 06 Oct 2015 02:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemuda PAS menggesa kerajaan mengadakan sidang parlimen khas bagi membahaskan keputusan hasil rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang disepakati bersama 12 negara, semalam.

Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata gesaan itu dibuat kerana ia adalah perjanjian perdagangan yang besar melibatkan isu yang begitu kritikal dan memerlukan masa yang mencukupi untuk dibahas.

"Perbincangan mengenai TPPA tidak seharusnya dicampur adukkan untuk sesi Parlimen akan datang kerana bimbang peruntukan masa yang tidak mencukupi untuk dibahaskan dengan lebih teliti.
"Pembentangan Bajet 2016 juga dijadualkan pada sidang Parlimen Oktober depan," kata MP Pasir Mas itu.

"Tambahan lagi, Malaysia juga perlu lebih berhati-hati terhadap permainan politik kuasa-kuasa besar dan isu-isu yang dibangkitkan tidak boleh hanya dinilai di atas kertas semata-mata, malah, ia juga perlu dinilai pada skop geopolitik dunia yang lebih besar," katanya lagi.

Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rundingan TPPA yang dirumuskan bersetuju mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Beliau berkata butiran fleksibel diberikan termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara dan menegaskan Malaysia tidak akan memihak kepada perjanjian yang tidak mengikut Perlembagaan negara atau yang menjejaskan dasar teras.

Sementara itu Parti Amanah Negara (AMANAH) pulanberharap kerajaan menepati janji dengan membahasnya di Parlimen dalam tempoh masa yang mencukupi sebelum menandatangani perjanjian itu dan mahu masyarakat umum terlibat bagi meneliti oerjanjian dan membahasnya.

Pengarah Komunikasinya Khalid Samad berkata parti itu juga berharap bahawa semua teguran diambil berat dan tindakan sewajarnya oleh kerajaan dengan tidak menganggap perbahasan itu sebagai 'public relations excercise' semata-mata.

"Semestinya Parti Amanah Negara tidak akan membantah sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat. Namun yang dikhuatiri ia hanya mendatangkan keuntungan jangka masa pendek sambil menambahkan kebergantungan negara kepada sumber hasil tertentu.

"Segala usaha untuk mengembangkan kemampuan sektor swasta dan awam dalam bidang lain demi menerokai sumber hasil baru akan tercantas dari awal melalui perjanjian ini.

"Oleh itu kesan jangka pendek dan jangka panjang perjanjian sebegini perlu dikaji dengan penuh teliti," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimana mahu bahas usul TPPA?

Posted: 06 Oct 2015 02:27 AM PDT

Nurul Izzah Anwar

 


ULASAN Kira-kira jam 9:00 pagi waktu Atlanta semalam, 12 negara yang menyertai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mengumumkan bahawa rundingan perjanjian "terbesar dalam sejarah, sesuai dengan abad ke 21" berakhir.

Rundingan perjanjian tersebut telah dimuktamadkan walau tanpa ketiadaan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia. Malaysia sekadar diwakili ketua perunding, Encik Jayasiri.

Sewajibnya Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir hingga akhir pengumuman. Cara sambil lewa menangani perjanjian TPPA menimbulkan keraguan besar berkenaan tata kelola MITI dan kerajaan dalam mempertahan kepentingan Malaysia dalam rundingan.

Perlu diingat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telahpun memberi jaminan dalam Sidang Kemuncak APEC pada Oktober 2013 bahawa TPPA akan dibentangkan di Parlimen.

Janji MITI di dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan menjamin kepentingan negara dan rakyat tidak akan digadaikan oleh perjanjian TPPA wajib dituntut.

Perjanjian TPP sudah tentu tidak terhad kepada perdagangan sahaja. Sudah tentu perjanjian moden seperti ini wajib dirundingkan secara telus, di mana semua pihak berkepentingan diberikan akses kepada teks rasminya.

Perjanjian yang dikatakan ala abad ke-21 juga perlu membudayakan keterbukaan sejajar dengan budaya abad terkini dan bukan diselubungi kerahsiaan seperti perjalanan rundingan TPPA selama ini.

Sepanjang dua tahun lamanya, rakan-rakan ahli parlimen dan saya sendiri mengikuti perkembangan serta memberikan maklum balas yang penting dalam mendepani risiko perjanjian TPPA sekiranya tidak mempertahan kedudukan serta kepentingan Malaysia.

Pada 25 September 2013, saya telah mendesak kerajaan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih TPPA melalui soalan parlimen saya. Kerajaan kemudiannya menubuhkan Kaukus TPPA yang turut melibatkan saya sendiri.

Walau diakui wujudnya pertemuan dari masa ke semasa dengan Menteri MITI dan juga wakil perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman, seluruh ahli pembangkang kaukus TPPA tidak diberi akses kepada kandungan dan terma perjanjian.

Hal ini berlainan di AS. Wakil Kongres mereka diberi layanan lumayan termasuk peluang membaca teks TPPA.

Bagaimanakah kita mampu menerima janji kebolehpercayaan kerajaan sedang prestasi corot selama ini?

Menurut peraturan "Fast track" AS, teks penuh TPPA akan diterbitkan 30 hari selepas perjanjian itu dipersetujui. Presiden Obama akan memberikan 90 hari kepada Kongres untuk membahaskan butiran-butiran perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya.

Rundingan telahpun tamat dan tidak ada sebuah negara pun yang mampu mengubah kandungan kepada teks perjanjian tersebut.

Saya seru semua pihak berkepentingan; badan-badan bukan kerajaan, ahli parlimen, badan persatuan sekerja dan orang ramai untuk bersiap siaga meneliti kandungan dengan hasrat memastikan kepentingan negara diutamakan.

Kita juga harus berani menolak sekiranya kandungan teks menunjukkan sebaliknya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dipertanggungjawabkan untuk memenuhi segala janji beliau berkait TPPA.

Teks bukan sahaja mesti didedahkan; tetapi setiap ahli parlimen wajib diberikan masa yang secukupnya untuk meneliti kandungan perjanjian tersebut – yang dikhabarkan mencecah hampir 1,000 muka surat.

Sekiranya kongres Amerika Syarikat diberikan 90 hari untuk membahaskan perjanjian ini, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam usaha memperkasakan kedaulatan negara menerusi demokrasi berparlimen.

Lebih-lebih lagi apabila nasib negara terikat dengan perjanjian yang melibatkan 12 negara dan penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi semua bidang bukan sahaja perdagangan.

Malaysia mestilah mendapat manfaat daripada perjanjian ini. Rakyat harus dilindungi daripada kesan penguatkuasaan perjanjian ini.

Isu-isu yang timbul termasuklah kenaikan harga ubat-ubatan, perlindungan yang ketat ke atas harta intelek, status Syarikat Berkait Kerajaan Malaysia (Khazanah, Petronas dan TNB sebagai contoh) dan isu mekanisma perundangan baru ISDS yang mengutamakan golongan korporat.

Selain itu kesannya ke atas badan kehakiman negara; dan juga nasib IKS juga wajib dipantau dengan efektif.

Perjuangan untuk memastikan TPPA dimeterai bersyarat kepentingan serta kedaulatan negara dipertahan akan diteruskan.


NURUL IZZAH ANWAR MP Lembah Pantai dan ahli kaukus TPPA.


PAS: Najib khianati umat Islam jabat tangan PM Israel

Posted: 06 Oct 2015 02:25 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu minggu lalu dianggap "pengkhianatan" kepada usaha umat Islam antarabangsa memberi tekanan dan meminggirkan negara itu, kata PAS.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata tindakan Najib itu ibarat dua orang kawan bersalaman seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan rakyat Palestin kini sedang terkepung di Masjidil Aqsa mempertahankan tanah suci diceroboh oleh Israel.

MP Temerloh itu juga menganggap Najib gagal mengambilkira sensitiviti konflik yang semakin meningkat khususnya di Palestin termasuk reaksi keras Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang membatalkan Perjanjian Oslo dalam ucapannya di PBB.

"Ucapan kritikan perdana menteri yang menuduh Israel melakukan kekejaman nyah-kemanusiaan secara sistematik, kini dilihat tidak lebih daripada satu gimik politik yang dibayangi oleh insiden berjabat tangan tersebut.

"Ia menghantar isyarat bahawa Malaysia sebenarnya memandang remeh terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin serta melemahkan premis rasmi penentangan negara terhadap Israel," kata Nasurudin dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan Najib bersalaman dengan Netanyahu ketika terserempak secara kebetulan ketika pemimpin Isreal itu sedang menunggu keretanya di pintu masuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu.

Najib dilapor menafikan dakwaan beliau mengadakan pertemuan dengan perdana menteri Isreal itu, sebaliknya bertembung selepas Netanyahu selesai memberi ucapan dan kemudiannya diikuti ucapan beliau selepas itu.

"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan.
Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata PAS akan mendesak Najib memberi penjelasan rasmi di parlimen berhubung perkara itu dan parti itu akan memulakan usul mencela tindakan beliau berjabat dengan perdana menteri Israel.

Katanya, walau apa pun alasan yang diberikan oleh perdana Menteri, tindakan Najib bertemu Netanyahu tidak sepatutnya berlangsung sama sekali dan wajib dikecam.

"Apa yang pasti, bukan sahaja kepimpinan perdana menteri di dalam isu domestik telah gagal malah beliau juga gagal membuat penegasan terhadap polisi luar negara yang sepenting ini.

"Sesungguhnya kegagalan perdana menteri kali ini berganda-ganda," katanya sambil menambah bahawa PAS kecewa dengan penyokong Umno menyambut Najib ibarat hero sekembali dari New York.


Bantah pengusiran: 15 ditangkap, termasuk wakil rakyat

Posted: 06 Oct 2015 02:22 AM PDT

Shakira Buang


 


Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhammad Zaki Harun mengesahkan pihaknya menahan 15 individu termasuk dua wakil rakyat DAP yang membantah pengusiran Kampung Ulu Temiang, Seremban.

Muhammad Zaki berkata kesemua mereka ditahan bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis.

"Saya mengesahkan yang pada 6 Oktober, lebih kurang jam 8.30 pagi pihak polis telah membuat tangkapan terhadap 15 individu termasuk dua wakil rakyat iaitu YB Loke Siew Fook dan Ng Chin Tsai.

"Tangkapan lain ialah empat penghuni Kampung Ulu Temiang dan sembilan lagi adalah bukan penghuni kawasan tersebut," katanya.

Muhammad Zaki berkata tangkapan itu bagi membolehkan proses pengambilan tanah di Ulu Temiang berjalan lancar.

Menurutnya, sehingga laporan ini ditulis, siasatan masih berjalan dan rakaman percakapan kesemua mereka serta saksi lain akan diambil.

Loke pagi tadi menulis di Facebook bahawa beliau dan Ng ditangkap kerana membantah "pengusiran paksa" Kampung Ulu Temiang.

Loke juga memuat naik gambar seperti berada dalam kenderaan Black Maria polis.

Pada 30 September lepas, kira-kira 100 penduduk Kampung Ulu Temiang berarak kira-kira 4 kilometer dari kampung mereka ke Istana Hinggap yang dipertuan besar Negeri Sembilan.

Ia bagi menyampaikan warkah memohon campur tangan Tuanku Muhriz bagi mendapatkan lebih pampasan selepas setinggan yang diduduki lebih 40 tahun diarah dikosongkan.

Loke sebelum ini berkata, penduduk kampung berkenaan diberi notis arahan pindah dalam tempoh 14 hari yang berakhir 25 Ogos lalu.


Mahkamah Persekutuan arah NSTP bayar Husam RM350,000

Posted: 06 Oct 2015 02:18 AM PDT

Hafiz Yatim  





Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.

"Kami menolak permohonan itu dan plaintif diperintahkan untuk membayar kos RM15,000 kepada Husam," demikian diputuskan oleh mahkamah itu.

Dua lagi hakim dalam panel bersama Hakim Zulkefli adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Ma'arop.

Peguam Md Yunos Sharif memberitahu Malaysiakini di luar mahkamah selepas prosiding itu, bahawa kesemuanya NSTP yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, diarah membayar RM85,000 sebagai kos.

Pada 5 Mei, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada merit dalam rayuan itu. Panel ini diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengarahkan NSTP membayar ganti rugi itu.

Laporan media

Husam memfailkan saman fitnah berikutan laporan media bahawa dua ADUN Umno Kelantan, Nozula Md Diah (Paloh) dan Muhd ​​Adhan Kechik (Bukit Bunga), telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007, dengan mendakwa sembilan kes salah urus, rasuah dan salah guna kuasa oleh individu dalam kerajaan pimpinan PAS dan dikaitkan terus kepada Husam.

Berikutan laporan BPR dan laporan berita itu yang disiarkan oleh NSTP, Husam memfailkan saman RM6 juta pada Januari 2008, terhadap kedua-dua ADUN itu dan NSTP.

Kedua-duanya kemudiannya memohon maaf kepada Husam pada tahun 2009 berhubung laporan itu, dan salah seorang daripada mereka menerbitkan notis permohonan maaf dalam dalam Berita Harian.

Hakim Su ketika mengarahkan pembayaran sebanyak RM350,000 itu berkata ia adalah untuk gantirugi teladan, ganti rugi teruk dan ganti rugi am. Mkini English


MSF beri amaran, harga ubat akan meningkat

Posted: 06 Oct 2015 02:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


NGO Doctors Without Borders (MSF) memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang selesai dirundingkan semalam akan menyebabkan kenaikan mendadak ke atas harga ubat.

Selain itu, MSF juga bimbang TPPA akan menyebabkan pesakit sukar mendapat akses kepada rawatan untuk penyakit kritikal.

Laporan Aljazeera America menyebut, MSF serta beberapa badan kemanusiaan antarabangsa lain menjangka jutaan pengidap penyakit kritikal seperti HIV, hepatitis C, Ebola akan terjejas secara langsung daripada TPPA

Badan berkenaan memberi amaran, TPPA memberi kesan langsung kepada industri farmaseutikal kerana syarikat ubat sukar membangunkan ubat berdasarkan kajian sedia ada.

Hal ini kerana TPPA akan melanjutkan tempoh yang membenarkan sesebuah pengeluar ubat menyekat pengeluar ubat lain daripada memperolehi data kajian mereka.

Para pengeluar ubat besar, yang digelar 'big pharma' dilaporkan mahu diberi tempoh eksklusif sehingga 12 tahun untuk mendorong inovasi produk mereka.

MSF menyifatkan rundingan tersebut sebagai "rundingan perjanjian perdagangan paling buruk dalam sejarah untuk akses perubatan di negara membangun".

Rundingan TPPA di antara AS dengan 11 negara Asia Pasifik itu, yang dijalankan secara sulit selama berbulan-bulan lamanya, akan mengawal 40 peratus daripada ekonomi dunia.


Hishammuddin: Saya tak tahu siapa Umno 7

Posted: 06 Oct 2015 02:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak tahu menahu tujuh pemimpin Umno yang sedang dipantau Umno.

"Tidak," katanya ketika ditanya sama ada mengenal tujuh individu tersebut.

Semalam Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tujuh pemimpin itu berada dalam pemantauan parti kerana melanggar displin parti, tanpa mendedahkan individu terbabit.

Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya jika ada sebarang tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata siasatan mengenai displin yang dilakukan dalam parti adalah amalan biasa.

"Tiap-tiap kali Majlis Tertinggi bermesyuarat atau (Jawatankuasa) Pengurusan bermesyuarat, kita bincang siasatan lembaga disiplin," katanya.

BERSIH dedah dana RM2.6 juta, cabar Najib ikut jejaknya

Posted: 06 Oct 2015 02:07 AM PDT

Adrian Wong


 


Gabungan NGO menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) hari ini mendedahkan pecahan jumlah dana dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak yang sama.

Menurut BERSIH, jumlah keseluruhan yang diterimanya sebanyak RM2,647,361.74, dengan jumlah terbesar sebanyak RM2,064,652.74 datang daripada sumbangan derma.

Penjualan baju T dan skaf masing-masing menyumbang RM553,914 dan RM28,795.

Sementara jumlah perbelanjaan pula, termasuk persiapan pra himpunan BERSIH 4 dan sepanjang perhimpunan 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu, badan pemantau itu membelanjakan sebanyak RM664,052.52.

"(Najib), kami sudah mendedahkan (dana) kami, sekarang tunjuk dana kamu pula," kata ahli jawatankuasa pemandu Thomas Fann merujuk RM2.6 bilion sumbangan politik yang didepositkan ke akaun peribadi Najib yang didakwa sumber dari Timur Tengah.

BERISH juga mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi nama semua penderma.

"Mereka semua rakyat Malaysia, sama ada rakyat tempatan atau yang menetap di luar negara. Tada ada pun penderma dari Timur Tengah," katanya berseloroh.

Hanya 20,000 calon mohon myLesen sehingga kini

Posted: 06 Oct 2015 02:00 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHARU: Hanya 20,000 calon memohon mengikuti Program myLesen setakat ini sejak ia diperkenalkan 15 September lalu, kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad. 
 
Beliau berkata, bilangan itu adalah sedikit berbanding sasaran sebenar iaitu setiap individu harus mempunyai lesen motosikal.
 
"Sambutannya memang kurang menggalakkan, namun kita optimis ia akan meningkat sejurus pelajar sekolah menamatkan peperiksaan awam masing-masing," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Sijil Ikrar Intergriti Korporat kepada Institut Memandu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.
 
Program myLesen membolehkan golongan belia yang berusia 16 tahun hingga 30 tahun memiliki lesen menunggang motosikal sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan membabitkan golongan berkenaan. Bayaran bagi mendapatkan lesen di bawah program berkenaan hanya RM299. 


Najib beri Ling tujuh hari untuk mohon maaf atau hadapi saman

Posted: 06 Oct 2015 01:54 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tempoh tujuh hari diberikan kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik untuk memohon maaf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang selepas memfitnahnya menyalahgunakan dana pelaburan awam untuk tujuan peribadi.
 
Menurut peguam yang mewakili Najib, Datuk Hafarizam Harun, tindakan itu diambil atas kapasiti peribadi perdana menteri tersebut.
 
Surat tuntutan maaf dihantar kepada Ling melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
 
"Kenyataan itu juga membawa maksud anak guam kami menyalahgunakan amanah yang diberikan rakyat Malaysia dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara, 1MDB dan juga sebagai pemimpin negara.
 
"Ia juga membawa maksud anak guam kami tidak cekap, terlibat dalam skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia serta tidak layak menjadi pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik termasuk MCA," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi.
 
Ling didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah itu dalam laporan media "MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket" dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
 
Ling juga mengeluarkan pendapat yang senada dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Najib untuk berundur.
 
"Arahan anak guam kami ialah anda dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah, hingga mencemarkan reputasi anak guam kami di dalam dan luar negara," kata Hafarizam lagi.
 
 

Tun M: Najib salahguna undang-undang

Posted: 05 Oct 2015 07:12 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi dirinya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin mengenai 'kuasa di atas kuasa undang-undang'.

"Sesiapa yang cuba menghalang dirinya akan dikenakan tindakan; disoal, disimpan, dimasukkan ke dalam tahanan dan sebagainya," katanya dalam sesi soal jawab Bicara Negarawan Sabah di Dewan Yayasan Lau Gek Poh, Tawau, hari ini.

Dalam sesi soal jawab tersebut, beliau juga menjawab soalan hadirin mengenai undi tidak percaya terhadap Najib.

"Saya minta semua ahli-ahli Umno di Sabah ini mendesak wakil rakyat mereka supaya menyokong undi tidak percaya.

"Kalau mereka tidak sokong, tentukan mereka tidak akan jadi calon, dan tentukan mereka kalau jadi calon, akan dikalahkan," katanya sambil disambut sorakan hadirin.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kita berada pada zaman menakutkan']

Semalam, Dr Mahathir memberitahu bahawa Malaysia kini berada pada zaman yang menakutkan.

Katanya, keadaan itu akan kekal sekiranya Najib masih diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

SUA Umno salahkan Utusan panaskan isu diplomatik

Posted: 05 Oct 2015 07:10 PM PDT

Zikri Kamarulzaman


 


Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menyalahkan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia kerana memburukkan lagi hal ehwal diplomatik melibatkan Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang.

"Duta China pergi ke Jalan Petaling dengan niat yang baik. Tapi Utusan Malaysia (lapor dengan) ambil blog (pemimpin DAP) Ronnie Liu dan Teresa Kok dan putarbelit dan lepas itu jadi tajuk berita.

"Jadi, ia jadi masalah. Tolonglah, jangan malas, berkerja lebih sedikit," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas laporan Utusan Malaysia yang mana yang beliau maksudkan.

Akhbar Utusan edisi Ahad, Mingguan Malaysia melaporkan tulisan menggesa China menyelesaikan isu pekerja seks daripada negara itu yang memasuki negara berbanding camprtangan dalam hal ehwal domestik negara ini.

Komentar pada 28 September itu disiarkan bawah nama 'Awang Selamat'.

Malaysiakini telah menghubungi Utusan untuk mendapatkan maklum balas.

AGM MIC pada 6 dan 7 November

Posted: 05 Oct 2015 07:08 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setelah dilanda krisis selama 10 bulan, MIC akhirnya bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC ke-68 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dekat sini pada 6 dan 7 November.

Presidennya Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam laman Facebook beliau berkata mesyuarat tahunan itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mesyuarat itu yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Disember tahun lepas ditangguhkan atas arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS), yang mengarahkan parti itu mengadakan mesyuarat tahunan selepas membuat pemilihan baharu bagi tiga jawatan naib presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) serta lapan bahagian.

ROS membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan.

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC A Sakthivel ketika dihubungi Bernama hari ini berkata MIC menetapkan 18 Okt ini bagi pemilihan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri parti itu.

Setakat ini, MIC telah mengadakan pemilihan peringkat cawangannya pada Julai, pemilihan jawatan Presiden pada 21 Ogos dan pemilihan peringkat bahagian pada September lepas.

Dr Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MIC dalam pemilihan semula penggal 2013-2016.- Bernama


Dr M: Tiada duit, tiada hadirin untuk Najib

Posted: 05 Oct 2015 07:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini membawa kempen anti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menyeberangi Laut China Selatan.

Berucap dalam satu majlis di Tawau, Sabah petang ini, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu terus menerus menyerang Najib.

Beliau mendakwa Najib tidak boleh meyakinkan rakyat supaya menyertai perhimpunan menyokong beliau jika tidak melibatkan wang.

"Di Tawau ni pun berlaku. 50,000 rakyat Tawau datang (sokong Najib) katanya (Najib). Tapi ini angka ciptaan, mereka datang kerana diupah untuk datang," katanya.

Satu video ucapannya telah dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle.

Dr Mahathir merujuk kepada 'Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri', di Tawau pada 10 Mei, di mana Najib membaca falsafah Bugis dan berkata beliau tidak akan tunduk dengan tuntutan supaya melepas jawatannya.

Laporan menyebut seramai 40,000 hadirin hadir dalam perhimpunan itu.

Tiada ulasan: