Isnin, 5 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Video pertahan hak Syiah, ketua pejabat MB disiasat

Posted: 05 Oct 2015 02:02 AM PDT

Koh Jun Lin 





Sekurang-kurangnya dua orang dipanggil polis untuk disoal siasat berhubung kenyataan ketua pejabat menteri besar Selangor Khalid Jaafar yang dikatakan mempertahankan hak orang Syiah di Malaysia.

Bekas pegawai di pejabat ekonomi Selangor Najwan Halimi memberitahu Malaysiakini bahawa polis dimaklumkan polis keterangannya akan diambil esok.

Katanya Khalid sudah memberikan kenyataannya pada Sabtu manakala exco Selangor Amirudin Shari turut dipanggil polis.

Amirudin ketika dihubungi berkata sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memberitahu media perkembangan lanjut selepas bertemu pegawainya hari ini.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan pada 29 September lalu mendesak polis menangkap dan menyiasat Khalid bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

JMM membuat gesaan itu ekoran penyebaran video oleh Khalid Jaafar yang didakwanya berunsur hasutan bertajuk "Hak orang Syiah harus dipPertahankan".

Ketua pengarahnya, Faizan Mohd Nor mendakwa kenyataan Khalid berbahaya terhadap keselamatan negara dan menimbulkan kecelaruan kalangan umat Islam sendiri.

Mereka menuntut tindakan tegas diambil terhadap Khalid seperti tangkapan terhadap individu didakwa pembawa ajaran sesat Ayah Pin dan pengikut Syiah lain di negara ini.


WSJ tak akan ketepi apa jua pembelaan jika disaman Najib

Posted: 05 Oct 2015 01:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jawapan balas akhbar harian AS, Wall Street Journal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak menyatakan sama ada ia akan menggunakan Akta Speech sebagai pembelaannya, kata peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Hafarizam memberitahu Malay Mail Online bahawa jawapan balas WSJ penerbit Dow Jones & Company melalui Tetuan Rodyk & Davidson LLP tidak cukup menjawab pertanyaan Najib.

Najib telah menghantar surat guaman kepada WSJ, bertanya sama ada ia akan memohon menggunakan Akta Speech AS jika Najib menyaman akhbar itu berkaitan laporan mengenai dakwaan dana dijumpai dalam akaun bank perdana menteri.

Hafarizam memberitahu portal berita itu bahawa jawapan balas WSJ, pada dasarnya tidak menjawab secara jelas sama ada WSJ akan atau tidak akan memohon menggunakan Akta Speech AS.

Hafarizam tidak mendedahkan tindakan Najib seterusnya, atas alasan kerahsiaan.

Penerbit WSJ Dow Jones & Company dalam satu emel kepada Malaysiakini berkata ia tidak akan mengetepikan apa juga pembelaan dalam berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang oleh Najib (gambar). Ia tidak menyatakan apakah pembelaan tersebut.

"Kami telah menghantar surat yang lain dalam jawapan balas itu dan telah mengesahkan bahawa kami tidak akan mengenepikan apa jua pembelaan kita," kata jurucakap Dow Jones & Company sambil menambah bahawa pihaknya mempertahankan laporan itu yang menurut adalah adil dan betul.

WSJ antara lain melaporkan Najib menerima AS$700 juta (RM2.6 bilion) di dalam akaun bank peribadinya.

Najib berkata, wang itu adalah sumbangan politik tetapi tidak menyatakan sumbernya.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana datang dari sumber dari Timur Tengah.

Akta Speech melindungi rakyat Amerika daripada tindakan saman di luar negara.

Minggu lalu, Hafarizam memberitahu pemberita bahawa Najib perlu tahu sama ada WSJ akan menggunakan Akta Speech kerana beliau tidak mahu sebarang apa penghakiman terhadap WSJ di Malaysia, yang tidak berguna di Amerika Syarikat.

Hafarizam berkata undang-undang AS menyatakan bahawa penghakiman terhadap penerbitan di Malaysia tidak boleh dikuatkuasakan jika ia didapati undang-undang Malaysia tidak konsisten dengan undang-undang kebebasan bersuara AS.

Ini mendorong bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan mengapa Najib sebaliknya tidak memfailkan tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat. Mkini English


Azmin enggan ulas terbuka isu petisyen 25 MPP

Posted: 05 Oct 2015 01:54 AM PDT

Anne Muhammad





Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan perpecahan parti itu ekoran penubuhan Harapan Baru dan menegaskan petisyen yang ditandatangani oleh 25 anggota pimpinan pusatnya masih boleh dibincangkan.

Azmin bagaimanapun berkata perkara masalah dalaman yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka.
"Tiada perpecahan (dalaman).

"Itu masalah dalaman parti. Kita tak bincang masalah dalaman parti secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Digital Kreatif Selangor di I-City Shah Alam.

Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan bermesyuarat Ahad depan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" gabungan baru itu.

Dalam petisyen bertarikh 22 September, seramai 25 anggota MPP berkata pembentukan gabungan itu tidak memihak kepada keputusan PKR dalam mesyuarat MPP, dua hari sebelum perbincangan meja bulat pembentukan Pakatan Harapan.

Mereka dikatakan terkejut dan bimbang mengenai penubuhan Pakatan Harapan yang didakwa tergesa-gesa.

Sementara itu Azmin berkata, perbincangan melibatkan anggota MPP proses biasa dalam parti itu.

"Sebab PKR ini bukan macam Umno, PKR ini sebuah parti reformasi yang sentiasa membincangkan perkara-perkara yang memberi kepentingan kepada anggota dan kepada rakyat.

"Kita terbuka untuk perbincangan dan demokratik," katanya.

Walaupun sebelum ini Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah mendakwa penubuhan Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa, namun Azmin berkata perkara itu masih terbuka untuk dibincangkan.

Maria dilaporkan berkata penubuhan blok pakatan pembangkang itu diumumkan sebelum 3 parti pembangkang yang menyertainya menyediakan sesuatu yang konkrit untuk ditawarkan kepada rakyat sebagai alternatif kepada BN.

Mengakui pertubuhan yang diketuainya dijemput menghadiri sidang meja bulat rundingan penubuhan Pakatan Harapan, tetapi Maria berkata keputusan seolah-olah sudah dibuat terlebih dahulu sebelum perbincangan dijalankan.


4 'mat rempit' dipenjara laku aksi 'wheelie'

Posted: 05 Oct 2015 01:52 AM PDT

MALAAYSIAKINI


 


Gara-gara menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi 'wheelie', empat 'Mat Rempit' masing-masing dipenjara dua hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Zilfinaz Abbas memerintahkan Mohamad Nor Mahadi Mohd, 22, Muhammad Nur Hazwan Hazmi Noordzalie, 19, Haizullizam Mohd Noor, 19, dan P. Moganasudram, 28, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan tambahan hukuman penjara selama lima bulan, jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu keempat-empat tertuduh itu dibatalkan dan mereka hilang kelayakan memohon lesen memandu baharu selama dua tahun.

Keempat-empat tertuduh itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunggang motosikal dengan cara melulu dan membuat aksi 'wheelie' dengan mengangkat roda hadapan motosikal yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di empat lokasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan persimpangan Jalan Tun Perak antara 9 malam dan 1.30 pagi, semalam.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh ditahan dalam satu operasi 'Ops Samseng Jalan Raya' yang dijalankan sekumpulan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama


ORANG SABAH JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!

Posted: 05 Oct 2015 01:46 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
 
Tidak lama sebelum ini, dalam program turun ke negeri-negeri untuk menjelaskan isu 1MDB serta mengumpul semula sokongan berikutan serangan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya, Tawau adalah bandar kedua  selepas Perlis yang dipilih oleh Najib Razak untuk bertemu rakyat.

Dikhabarkan Tawau dipilih kerana di situ merupakan tempat paling ramai orang Bugis menetap. Alaaa....Najib kan pahlawan Bugis!!

Tapi kini giliran Tun Mahathir Mohamad pula turun ke Tawau. Kenapa Tawau juga jadi pilihan? Di depan orang Bugis, apakah Najib terus "dibelasah" lagi oleh Tun Mahathir?

Untuk orang-orang Sabah, jangan kasi lepas ini peluang bahh....
 
 

Kaji tempoh kontrak doktor pakar dengan kerajaan

Posted: 05 Oct 2015 01:37 AM PDT

 
 
Dr Hilmi Yahaya
Dr Hilmi Yahaya


KOTA KINABALU - Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengkaji tempoh kontrak perkhidmatan doktor pakar dengan kementerian kesihatan bagi mengatasi fenomena 'penghijrahan cendekiawan' doktor pakar daripada hospital awam ke sektor swasta.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata fenomena 'penghijrahan cendekiawan' berkenaan menyebabkan hospital awam terus dibelenggu dengan  masalah kekurangan doktor pakar.

"Kita ada usaha kaji semula perjanjian ini. Kita anggap keluarnya mereka (doktor pakar) daripada perkhidmatan kerajaan sebagai 'penghijrahan cendekiawan'. Penghijrahan cendekiawan ini bukan dialami oleh Malaysia sahaja tetapi seluruh negara kecuali Kuwait. Mungkin ada cara dia (Kuwait).

Kita sedang bandingkan (tempoh kontrak perkhidmatan doktor pakar negara ini dengan negara lain tetapi kecenderungan kita ialah untuk tambah tempoh kontrak perkhidmatan (doktor pakar dengan hospital kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Sabah dan Sarawak di sini hari ini.   

Sejumlah 3,249 graduan telah dan akan menerima sijil dan diploma masing-masing dalam pelbagai bidang sepanjang tempoh tiga hari majlis konvokesyen berkenaan yang bermula hari ini.  

Menurut Dr Hilmi bilangan doktor pakar yang telah dilatih oleh kerajaan kemudian meninggalkan perkhidmatan mereka dengan kerajaan adalah besar, termasuk dalam pakar jantung dan pakar bius kerana menerima tawaran gaji dan ganjaran menarik daripada sektor swasta.

Katanya berdasarkan maklumat yang diterima ada doktor-doktor pakar ini ditawarkan gaji di sektor swasta sehingga 10 kali lebih  tinggi berbanding dengan gaji mereka dengan kerajaan.

Menurut Dr Hilmi tempoh kontrak perkhidmatan doktor pakar dengan kerajaan biasanya antara lima hingga tujun tahun namun disebabkan tawaran menarik swasta, banyak doktor pakar kerajaan sanggup membayar balik kontrak antara RM150,000 hingga RM170,000  bergantung kepada kos yang dibelanjakan kerajaan melatih mereka.

"Biasanya kita latih doktor antara empat hingga lima tahun, sambung lagi empat tahun untuk menjadi pakar. Bila dapat tawaran lebih  tinggi (daripada sektor swasta) mereka pergi. (Mereka) sanggup bayar kontrak dengan kerajaan.

Saya harap, pada masa hadapan pakar yang kita  sudah latih ini jangan meletak jawatan. Berkhidmatlah selama mungkin dengan kerajaan agar kita dapat memenuhi kehendak rakyat," katanya.

Bagaimanapun Dr Hilmi berkata kerajaan melalui kementerian kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan bilangan doktor pakar dalam pelbagai bidang bagi memastikan bilangan doktor seperti itu hospital-hospital kerajaan mencukupi.

Katanya antara langkah bagi mencapai tujuan itu termasuk dengan menawarkan 1,000 slot setiap tahun kepada doktor-doktor untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana perubatan dan setakat ini 916 orang doktor sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian sehingga menjadi doktor pakar.

Mengulas mengenai penyakit berkaitan pernafasan yang dirujuk di hospital dan klinik berikutan fenomena jerebu sekarang ini, Dr Hilmi berkata peratusannya meningkat namun berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain.

Sebagai contoh katanya tiga buah klinik di bahagian pulau di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 50 peratus bilangan kes berkaitan pernafasan berbanding biasa. -Bernama

Tidak semua sokong DAP

Posted: 05 Oct 2015 01:32 AM PDT

Tidak semua sokong DAP
Anak-anak masyarakat Cina kelihatan ceria ketika menerima agihan tanglung daripada Che Abdullah pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu, kelmarin.


TUMPAT – Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yakin bukan semua pengundi dalam kalangan kaum Cina menyokong DAP, sebaliknya masih ramai yang menyokong Pas terutama di Kelantan.

Beliau berkata, sambutan diberikan masyarakat Cina melalui jumlah kehadiran pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu di Kampung Kulim, dekat sini, kelmarin menguatkan lagi keyakinan itu.

"Kita yakin sokongan pengundi Cina kepada Pas tidak berbelah bahagi walaupun dalam suasana berkecamuk hari ini. Masyarakat Cina di Kelantan masih beri sokongan kepada Pas.

"Melihat kepada sokongan masyarakat Tionghoa pada program agihan kuih bulan ini, saya yakin mereka masih bersama-sama Pas. Mereka keluar beramai-ramai memeriahkan majlis ini," katanya.

Tambahnya, masyarakat Cina di negeri ini masih memberi sokongan kepada Pas kerana rekod pentadbiran yang cukup baik termasuk dalam aspek perhubungan dengan masyarakat Cina.

"Ketika peristiwa 13 Mei 1969...ketika itu Kelantan ditadbir oleh Pas. Masa itu kita tak ada kerjasama dengan DAP...Pas bersendirian. Tetapi dapat kawal dengan cara kepimpinan agar tak berlaku pertumpahan darah di negeri ini.

"Kita jaga keselamatan rakyat atas tuntutan agama...kita (Pas) jalankan tanggungjawab kerana ALLAH SWT," katanya yang menyampaikan kuih bulan kepada kira-kira 500 masyarakat Tionghoa dan tanglung kepada kanak-kanak pada majlis berkenaan.

Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya, Jun lalu, dan enggan menyertai gabungan baharu pembangkang bagi membentuk Pakatan Harapan pada September lalu.


Peperiksaan ditunda jika IPU cecah 500

Posted: 05 Oct 2015 01:30 AM PDT

Jerebu
Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan hanya akan menunda peperiksaan yang sudah dijadualkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, setakat ini pihak kementerian akan meneruskan jadual peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.

"Kita ambil maklum peperiksaan PT3, SPM, STPM  diteruskan walaupun keadaan jerebu sekarang.

"Hanya sekiranya IPU sampai 500 kita akan batalkan, semua maklumat ini kita telah keluarkan dan kita hasrat semua pihak mematuhinya," katanya ketika sidang medianya di Dewan Datuk Razali Ismail di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, di sini, hari ini.

Kamalanathan turut mengingatkan ibu bapa bahawa penutupan sekolah akibat jerebu tidak digunakan oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak bercuti.

"Hasrat kita jangan bawa anak bercuti, jaga kesihatan, minum air banyak-banyak, jangan keluar," katanya.

Beliau juga berkata, buat masa ini pihak sekolah tidak perlu mengadakan aktiviti luar kelas berikutan keadaan cuaca yang tidak baik.

"Kita juga menasihati sekali lagi sekiranya balik ke sekolah Rabu ini keadaan jerebu masih teruk saya cadangan semua sekolah jangan adakan aktiviti di luar kelas kerana kita dapat beberapa aduan orang ramai, masih ada aktiviti luar dilaksanakan.

"Walaupun arahan kita amat jelas jangan lakukan aktiviti luar  apabila tahap jerebu mencecah IPU 150 , saya merayu kepada semua guru besar, pengetua utamakan kesihatan anak-anak dan pelajar ia sangat penting," katanya.


Ku Nan: 'Dia pula soal kita, tak gila kaaa'

Posted: 05 Oct 2015 01:20 AM PDT

Ku Nan: Dia pula soal kita, tak gila kaaa'
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAWIP Residensi KepongMas, di Kepong, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai tidak siuman apabila mempersoalkan surat tunjuk sebab ke atas bekas menteri itu.

Tengku Adnan berkata, beliau enggan melayan tindakannya itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguam parti sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Umno.

"Hari ini dia jawab surat saya, dia pula soal saya, saya tak apa laa, saya bagi kepada peguam saya (Umno), suruh peguam saya jawab dia.

"Lepas itu saya akan hantar surat dia kepada Lembaga Disiplin, itu bukan tugas saya untuk pecat dia, kerana kita tahu kenapa dia pergi, lepas itu dia pula soal kita, tak gila kaa," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAWIP Residensi KepongMas, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) semalam yang mendakwa surat tunjuk sebab dari Umno kabur.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saifuddin jawab tapi minta penjelasan]

Saifuddin mendakwa surat tunjuk sebab itu tidak dihantar kepadanya sebagai ahli Umno dan ia datang dari pejabat parti dan bukannnya Lembaga Disiplin parti itu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu juga mendakwa surat tunjuk sebab itu turut tidak menyatakan fasal dalam Perlembagaan Umno di atas kesalahannya menghadiri Rundingan Meja Bulat pembentukan Pakatan Harapan bulan lalu.

Tujuh pemimpin Umno kini sedang dipantau

Posted: 05 Oct 2015 01:19 AM PDT

logo umno


KUALA LUMPUR - Umno sedang memantau tujuh pemimpin parti Melayu itu sebelum dirujuk ke Lembaga Disiplin susulan tindakan dan kenyataan mereka yang didakwa merugikan parti pemerintah itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya menilai kes mereka sebelum kertas siasatan dibuka dan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno.

"Kita ada tujuh pemimpin yang sedang dipantau, kalau kita tengok perlu diambil tindakan, kita akan hantar kertas siasatan ke Lembaga Disiplin kerana itu tugas mereka.

"Macam juga Saifuddin," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAHWIP Residensi KepongMas, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: 'Dia pula soal kita, tak gila kaaa']

Beliau mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghasut ahli Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka dalam satu perjumpaan parti itu, minggu lalu.

Pada perjumpaan itu, Dr Mahathir turut menghasut ahli Umno supaya tidak mengundi Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasannya, Pekan Pahang sebagai satu cara untuk menurunkannya dari jawatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, Dr Mahathir mahu ahli Umno juga terus mengundi dan memenangkan parti itu pada PRU14 akan datang.

Tiada salahnya contohi teknologi bacaan IPU Singapura, kata TPM

Posted: 05 Oct 2015 01:17 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiada salahnya jika Malaysia mengikut bacaan parameter pencemaran udara Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sambil menekankan ego perlu diketepikan kerana keadaan jerebu bertambah buruk di negara ini.
 
"Kita boleh mendapatkan peralatan baru. Tetapi sehingga kita melaksanakan bacaan dengan peralatan yang baru, kita sekurang-kurangnya boleh mengikut garis panduan (Singapura)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program TV baru yang dikenali sebagai "U-Turn" di stesen TV Al-Hijrah di Kuala Lumpur hari ini.
 
Dilaporkan indeks pencemaran udara (IPU) sudah melebihi 300 di ibu negeri Selangor, Shah Alam hari ini, menunjukkan tahap "berbahaya".
 
Ketika beberapa negara termasuk Singapura dan Indonesia mengira ukuran zarah sebanyak 2.5 mikron atau PM2.5, Malaysia dilaporkan masih mengukur ukuran zarah pada 10 mikron atau PM10.
 
"Jika jiran mempunyai teknologi lebih baik, kita perlu menggunakannya. Tidak perlu untuk ego dalam perkara-perkara seperti ini," katanya.
 
Singapura mempunyai parameter ke-6 dalam mengukur pencemaran udara, cara yang lebih halus untuk mengukur kualiti udara berbanding di Malaysia.
 
Tahap bacaam berbeza menyebabkan dakwaan Malaysia menurunkan indeks IPU, yang dinafikan kerajaan.
 
Zahid berkata terdapat juga keperluan merumuskan "penyelesaian jangka panjang" dengan negara jiran Indonesia, di mana jerebu dipercayai berpunca.
 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar sebelum ini berkata, bacaan IPU Malaysia masih selaras dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 


Wan Junaidi: Tak adil banding API dengan PSI

Posted: 05 Oct 2015 01:15 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic


KUCHING: Perbezaan ketara bacaan di antara Indeks Pencemaran Udara (API) dan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) yang masing-masing dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura tidak wajar diperbandingkan secara setara.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerajaan Singapura menggunakan sistem penanda aras berdasarkan 'particulate matter' (PM) 2.5 sejak pertengahan tahun lalu manakala Malaysia menggunakan ukuran PM10.

"Sistem penanda aras universal kita digunakan dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diterima oleh semua negara di dunia. Hanya Singapura dalam seluruh Asean yang menggunakan ukuran PM2.5," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan konvo Kolej Komuniti Sarawak di Dewan Hikmah di sini semalam.

Secara mudah, nilai PSI 398 berdasarkan PM2.5 adalah bersamaan dengan bacaan 216 pada ukuran PM10.

Wan Junaidi juga berkata bagi PM10 untuk mencecah paras berbahaya, API perlu berada pada 200 ke atas manakala bagi bacaan berdasarkan PM2.5 ia perlu pada 300.

3 kawasan di Pulau Pinang rekod IPU tidak sihat tertinggi

Posted: 05 Oct 2015 01:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini dengan tiga kawasan bacaan tertinggi adalah di Pulau Pinang. 
 
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Universiti Sains Malaysia merekod bacaan IPU tertinggi iaitu 172 diikuti Seberang Jaya (167) dan Perai (147). 
 
Kawasan lain IPU tidak sihat ialah Alor Setar (156), Bakar Arang Sungai Petani (146), Kampung Air Putih Taiping (156), Seri Manjung (135), Jalan Tasek Ipoh (118), SK Jalan Pegoh Ipoh (142), Langkawi (127), Kangar (125), Pelabuhan Klang (101), Kuala Selangor (102), Shah Alam (101) dan Batu Muda Kuala Lumpur (107).

Hudud: Mahkamah Tinggi tolak bantahan awal Hadi Awang [KEMASKINI]

Posted: 05 Oct 2015 12:59 AM PDT

Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak bantahan awal yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap saman yang difailkan empat individu untuk menyekat perbentangan rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud di Parlimen.
 
Menurut peguam yang mewakili Abdul Hadi, Datuk Takiyuddin Hassan, hakim membuat keputusan berkenaan selepas mengambil kira permohonan bantahan yang dibuat secara tergesa-gesa.
 
Sebelum ini Mahkamah Tinggi menangguhkan pendengaran keputusan mahkmah berhubung bantahan awal yang dibuat Abdul Hadi dan juga Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta timbalannya Datuk Ismail Mohamed Said, Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Roosme Hamzah.
 
"Mahkamah hendak mendengar permohonan dahulu jadi bantahan awal itu tidak dibenarkan. Atas sebab bantahan awal dibuat secara serta-merta tanpa dibantu dengan hujahan oleh kedua-dua pihak", katanya yang juga Setiausaha Agung PAS ketika ditemui media di luar kamar.
 
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Amabi Mohamad turut menetapkan tarikh perbicaraan bagi mendengar permohonan Hadi untuk membatalkan kes itu 13 Oktober depan serta permohonan injuksi empat plaintif terhadap rang undang-undang berkenaan.
 
Abdul Hadi selaku defenden bagaimanapun tidak hadir hari ini.
 
"Pada pandangan kita, perlu dibuat mengikut semakan kehakiman, jadi Hakim tetapkan tidak membenarkan bantahan awal dan beliau (Hakim) akan mendengar semua permohonan terlebih dahulu", katanya. 
 
Jun lalu, empat individu bertindak memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud dibentangkan di parlimen.
 
Mereka adalah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin yang memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
Permohonan itu dibuat kerana berdasarkan pembentangan rang undang-undang berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Mereka juga memohon injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang tersebut.
 
Mac lalu, Abdul Hadi mengemukakan notis kepada Parlimen bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
 
Bagaimanapun Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa.
 
Sebelum ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan. 
 
Usaha Hadi membentangkan rang undang-undang individu mengenai hukum hudud itu adalah untuk memberi kuasa kepada mahkamah syariah Kelantan mengeluarkan hukuman berkaitan hudud. 


Timbalan menteri MCA akui sekolah kebangsaan semai semangat perkauman

Posted: 05 Oct 2015 12:54 AM PDT

anthonyloke-650x400

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon patut meletak jawatan selepas membuat pengakuan betapa sekolah aliran kebangsaan yang dilaksanakan kementeriannya, menyemai semangat perkauman.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, berkata Sin Woon patut berasa malu kerana kementeriannya itu berperanan memperkasa sistem aliran kebangsaan semata-mata mahu melempar tuduhan kepada DAP.

"Bukankah beliau cuba merumuskan sistem aliran sekolah kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan menyemai semangat perkauman?" katanya pada kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Sin Woon menuduh DAP mengamal semangat perkauman berikutan dakwaan ramai pemimpin parti itu bersekolah aliran kebangsaan sedangkan kebanyakan pemimpin MCA mengikuti sistem pendidikan rendah aliran Cina (SKJC).

"Mereka (pemimpin DAP) tidak berbahasa Cina," katanya dipetik MalaysiaKini.

Bersetuju aliran SJKC tidak menyemai semangat perkauman dan bukan punca kepada masalah perkauman di Malaysia, Anthony berkata, ia sebenarnya berpunca dari gelagat pemimpin UMNO BN.

"Semangat perkauman disemai melalui kewujudan parti politik berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC serta kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional mempupuk perpaduan nasional selama 58 tahun ini," katanya.

"Kenyataannya Sin Woon yang cukup bodoh ialah cuba mengalihkan masalah perkauman dengan menyatakan pemimpin DAP kebanyakannya mendapat pendidikan aliran sekolah kebangsaan yang menghidupkan elemen dan semangat perkauman," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, dakwaan kononnya pemimpin DAP hanya bersekolah aliran kebangsaan semata-mata tidak tepat berikutan latar belakang mereka dari pelbagai aliran.

"Apapun latar belakang pendidikan kami, pemimpin DAP boleh bertutur pelbagai bahasa sama ada bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin mahupun Tamil," katanya.


Kemasukan 1.5 pekerja Bangladesh rampas peluang anak tempatan

Posted: 05 Oct 2015 12:52 AM PDT

Sivakumar-DAP

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP Perak menyarankan Kerajaan Persekutuan supaya menangguh cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, sebaliknya menumpu usaha memulihkan ekonomi negara.

Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar mempersoal kewajaran membawa masuk sebegitu ramai pekerja asing ketika ekonomi negara semakin merudum dan aktiviti perniagaan lembap.

Bimbang kemasukan itu menjejaskan peluang pekerja tempatan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu juga tertanya-tanya sama ada kajian terperinci mengenai keperluan itu ada dibuat atau sebaliknya.

"Adakah negara kita benar-benar mengalami krisis kekurangan pekerja? Negara kita sudah dibanjiri pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan negara lain.

"Atau, adakah kerajaan mahu membantu kroni tertentu membuat keuntungan berbilion ringgit hasil urusan membawa masuk pekerja asing itu?" katanya pada kenyataan media, semalam.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh dari pelbagai sektor akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.

Tanpa menafi peranan pekerja asing, Sivakumar berkata, kehadiran dalam jumlah terlalu besar boleh menggugat kedudukan sosio-ekonomi negara, apatah lagi sebahagiannya memasuki secara haram.
"Ia menjadi pemangkin menjana aktiviti ekonomi. Tetapi, penggantungan keterlaluan juga banyak membawa keburukan kepada negara," katanya.

Beliau khuatir mereka merampas peluang anak muda tempatan berikutan kegagalan kerajaan mengawal mereka hingga ada memulakan perniagaan, mendirikan rumah tangga, malah menjadi warganegara Malaysia.

"Nampaknya warga asing lebih makmur di tanah air ini. Rakyat tempatan rugi kerana pekerja asing sanggup menjadi buruh murah. Ini memaksa pekerja tempatan juga dibayar gaji murah.

"Kebajikan pekerja tempatan juga tidak dipeduli. Dalam keadaan ekonomi meleset, kos hidup tinggi dan gaji rendah menjejaskan ekonomi rumah tangga pekerja tempatan," katanya.

Beliau juga bimbang pekerja asing itu membawa bersama pelbagai penyakit yang memudarat penduduk, selain sebahagian mereka cenderung terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah. – Roketkini.com


Buat kenyataan tak masuk akal, Tajuddin & Chong tak layak jadi timbalan menteri

Posted: 05 Oct 2015 12:43 AM PDT

lim-kit-siang-650x400

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut memecat dua timbalan menterinya kerana kualiti mereka tak ubah umpama 'orang biasa-biasa', kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Merujuk kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Chong Sin Woon, Ahli Parlimen Gelang Patah itu, berkata rakyat Malaysia berhak memperoleh timbalan menteri yang jauh lebih berwibawa.

Beliau berkata, kenyataan Tajuddin mengenai rakyat Malaysia lebih menggemari purata kelajuan internet rendah berbanding yang lebih pantas dan mahu melempang orang Cina sebelum kemudian mengubahnya kepada Cina DAP, tidak bijak dan tidak masuk akal.

Katanya, begitu juga Chong yang menyatakan sekolah aliran kebangsaan menyemai sikap perkauman apabila dikritik pemimpin UMNO dan menggunakannya untuk menyerang pimpinan DAP seolah-olah terlupa jawatan yang disandangnya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

"Chong tidak layak menjadi Timbalan Menteri Pendidikan manakala Tajuddin langsung tak layak jadi timbalan menteri di mana-mana kementerian," katanya pada kenyataan media, baru-baru ini.

Kit Siang berkata, Najib perlu bertegas dengan kedua-dua timbalan menteri itu, sesuai dengan saranannya supaya menghenti membuat kenyataan yang boleh menimbulkan persengketaan dan perbalahan.

"Najib mesti pecat mereka untuk menghantar mesej kepada semua kabinet supaya memiliki kualiti dan piawaian tertentu," katanya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: