Ahad, 4 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bekas no 2 SB mahu Gani muncul, nyatakan pendirian

Posted: 04 Oct 2015 05:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa tampil ke khalayak untuk menjelaskan skandal berhubung hutang yang ditanggung 1MDB, bahawa beliau didakwa berkata ia "sangat jelas" sebelum dipecat.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

Berhubung pertemuan terakhirnya dengan Gani sebelum beliau ditukar, Hamid berkata bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut.

Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".

"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu
"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.

"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia merupakan sebahagian siri tindakan pentadbiran Najib termasuk melantik beberapa angota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian.

Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.

Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.
Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.

SAYA DATANG UNTUK MENGHASUT - MAHATHIR

Posted: 04 Oct 2015 05:47 AM PDT

 shahbudindotcom

 




Tanpa berselindung dan secara berterus terang, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya dalam majlis hi-tea  anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka adalah untuk menghasut semua orang.

Hari ini, saya mengaku datang ke sini adalah untuk menghasut semua orang. Kita tidak perlu takut walaupun berada di bawah pemerintahan yang menakutkan, katanya di hadapan kira-kira 500 yang hadir di majlis itu.

Lantaran itu, selain meneruskan serangannya dengan menyifatkan kepimpinan Najib Razak sebagai zalim dan menghantar orang pergi menunaikan haji dengan duit curi, Tun Mahathir juga menghuraikan bagaimana untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya.

Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya.

Sehubungan itu, tambahnya, jika Najib kekal lagi sehingga pilihanraya akan datang, beliau perlu dikalahkan di kawasan pilihanrayanya di Pekan tetapi dalam masa yang sama memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya.

Bagi Tun Mahathir, perkara itu tidak mustahil mampu dilakukan memandangkan Najib pernah menang dengan hanya 241 undi saja pada pilihanraya tahun 1999

Beliau seterusnya mahu pengundi Pekan menjadi lebih bijak dengan mengutamakan kepentingan negara serta menolak sebarang bentuk wang tunai yang cuba diberikan oleh Najib kepada mereka.

Selain itu, beliau juga mengajak agar tekanan massa terus dipertingkatkan terhadap Najib.

Katanya, Najib perlu disingkirkan tetapi mesti lebih ramai yang berani bersuara dan "saya tetap nak lihat Najib letak jawatan."

Apabila Khairuddin seorang yang membuat laporan polis, tentulah dia akan menjadi mangsa...cuba 1,000 atau 100 ribu membuat perkara yang sama, Timbalan Pendakwa Raya pun sukar mahu mendakwa. Kalau mahu dipenjara pula, berapa lama mahu disimpan orang seramai itu, jelasnya lagi.

Tun Mahathir juga mendedahkan undang-undang Sosma yang sedang dikenakan kepada Khairuddin adalah suatu undang-undang yang boleh membawa seseorang itu dipenjarakan seumur hidup.

Apabila Khairuddin ditahan dibawah Sosma, saya baca undang-undang itu dan mendapati pesalahnya boleh dipenjara seumur hidup. ISA pun tak seteruk itu.

Apa dianya Sosma ini...source dari Ma (Rosmah), katanya sambil disambut ketawa para hadirin.

Secara keseluruhannya, majlis hi-tea anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka amat berjaya dengan dewan penuh orangramai yang mahu mendengar ucapan daripada Tun Mahathir meskipun mereka perlu membayar RM80 untuk menghadirinya.

Dengan semangat yang dipercikkan oleh Tun Mahathir melalui kata-katanya, sudah mula terdengar ura-ura lebih banyak majlis seperti ini akan diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara selepas ini.

Beberapa hadirin dari pelbagai negeri yang hadir secara terbuka menyatakan mahu membawa Tun Mahathir ke negeri mereka pula untuk tujuan meneruskan tekanan dan memaksa pengunduran Najib daripada jawatannya.

Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara.

Tun Mahathir ketika tiba dan mula masuk ke dewan hotel de palma, ampang.


Tun Mahathir ketika sessi soal jawab dengan diapit oleh Sanusi Junid dan Syed Saifuddin.

Aziz Yassin, Ibrahim Ali dan Mad Aris Yusof adalah antara jemputan yang hadir.

Tamrin Ghafar, Aziz Yassin dan Zor Aziz sedang berbual-bual sementara menunggu Tun Mahathir selesai sessi sidang akhbar dengan wartawan.

Sebahagian hadirin yang hadir untuk mendengar ucapan Tun Mahathir.


Jerebu: Jangan komitmen atas kertas sahaja

Posted: 04 Oct 2015 05:36 AM PDT

SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi
Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Asean mengenai Kebangkitan Keradikalan dan Keganasan Ekstrimisme hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Malaysia mahu Indonesia memberikan komitmen lebih serius dalam menangani jerebu memandangkan masalah itu sering kali berulang hampir setiap tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata, meskipun kepimpinan dan rakyat Indonesia dilihat prihatin  terhadap keadaan itu namun dirasakan sesuatu yang diusahakan belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Dalam hal ini, kita amat berterima kasih jika pihak Indonesia dapat berbincang dengan rakan-rakan di kalangan negara Asean untuk mengambil langkah jangka panjang.
  
"Kita harap komitmennya bukan hanya di atas kertas atau kenyataan yang sekadar menjadi halwa telinga tetapi melalui pelaksanaan yang boleh mengakhiri semua permasalahan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program U-TURN di sini, hari ini.

Program terbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama TV Al-Hijrah itu bertujuan membolehkan masyarakat didedahkan dengan keberkesanan
sistem parol terhadap banduan, keluarga dan komuniti.
  
Rancangan berbentuk bual bicara dengan 13 episod berkonsepkan elemen majalah tersebut akan bersiaran setiap Ahad pukul 9.30 malam mulai 11 Oktober.
  
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata sistem Parol berjaya membantu mengurangkan kadar jenayah kesalahan berulang sebanyak 7.6 peratus tahun ini.
  
Beliau berkata itu merupakan kejayaan terbaik kerana di dalam penjara bukan sekadar tempat untuk hukuman tetapi lebih kepada pemulihan.
  
"Sistem Parol memberikan peluang kedua kepada banduan untuk bergaul dengan masyarakat agar tidak dipandang negatif oleh mereka (masyarakat).
  
"Selain pihak polis, sistem itu dilakukan dengan kerjasama beberapa syarikat korporat seta tokoh dakwah dalam usaha untuk memulihkan banduan," katanya.
  
Menerusi Sistem Parol, banduan boleh memilih dua kaedah sama ada tinggal dengan keluarga ketika menjalani pemulihan atau tinggal di dalam penjara berdasarkan pelepasan secara perintah parol, sekali gus dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan penjara. - Bernama


Guan Eng: Bantuan tak kurang sekupang pun

Posted: 04 Oct 2015 05:34 AM PDT

Lim Guan Eng
Guan Eng (tiga, kanan) bersama barisan kepimpinan Parti Amanah Negara Negeri Sembilan, hari ini.


SEREMBAN - ­ DAP menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas, adalah fitnah semata­mata.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sebaliknya berkata, pemimpin terbabit membuat tohmahan sedemikian hanya disebabkan DAP yang dahulunya rakan seperjuangan dalam politik, kini sudah tidak sehaluan dengan parti berkenaan.

"Dulu kita punya kawan, tapi sekarang sudah jadi lawan. Jadi, mereka buat tuduhan dan fitnah yang kita telah hentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat di Pulau Pinang.

"Itu tidak betul. Kita beri wang (bantuan), malah tidak pernah pun kurangkan (jumlahnya)," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke­17 di Dewan City Kingdom Hotel, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Isu sekolah agama: Hanya bantuan, bukan geran‎]

[ARTIKEL BERKAITAN: Henti bantuan sekolah agama, Pas mahu DAP jawab]


Turut hadir, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri turut menaikkan jumlah pemberian bantuan daripada RM1.5 juta kepada RM1.75 juta, tahun ini.

"Tidak pernah kurang walau satu kupang (10 sen) pun. Dalam hal ini, kita perlu terangkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya sendiri jadi sasaran sekarang, kononnya makan daging anjing. Kalau orang tanya (selepas ini), kena jawab. Ini semua biasalah, fitnah belaka," katanya.

Sementara itu, Anthony dalam ucapannya pula memberitahu, pelancaran Pakatan Harapan peringkat Negeri Sembilan bakal diadakan pada penghujung bulan ini.

"Tugas DAP bukan saja mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU13, tapi juga memikul tanggungjawab membantu PKR dan Amanah untuk menewaskan Umno di negeri ini.

"Kami ingin menegaskan, DAP tidak pernah sesekali memusuhi atau hendak menentang orang Melayu. Sebaliknya, kami hanya melawan Umno," katanya.


UPKK, UPSRA ditangguh Isnin, Selasa

Posted: 04 Oct 2015 05:33 AM PDT

SINAR HARIAN


jerebu
Notis penutupan sekoah selama dua hari pada 5 dan 6 Oktober ditampal di pagar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) berikutan arahan Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5 dan 6 Oktober), ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di beberapa negeri oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan jabatan itu di seluruh negara bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) pada 2.30 petang esok, dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) pada Selasa, adalah ditangguhkan.

"Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

"Pelaksanaan peperiksaan pada Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga menyarankan kepada semua agensi bertanggungjawab melaksanakan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) mengambil tindakan segera memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan itu kepada setiap pihak terlibat.

Selain itu, Othman berkata Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan UPSRA pada Isnin dan Selasa ini, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan.

"Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan JAWI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditunda kepada Isnin dan Selasa depan (12 dan 13 Oktober).

"Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada Kementerian Pendidikan," katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan bahawa semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, diarah tutup dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri-negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementerian akan memantau setiap jam keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak. - Bernama


Pengerusi Asean harus bertindak

Posted: 04 Oct 2015 05:31 AM PDT

Abim

SHAH ALAM - Selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi Asean, Malaysia digesa untuk melaksanakan inisiatif proaktif untuk menangani krisis jerebu yang melanda rantau ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, ia termasuk dengan melaksanakan semua keputusan yang dinyatakan dalam Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

"Antara langkah terbaik bagi menangani krisis ini adalah dengan menggunakan segala cara dan instrumen dalam platform dan rangka kerja Asean. "Tinggi bacaan pencemaran udara melibatkan kesan negatif ke atas kesihatan dengan asapnya, alergen, keracunan dan zarah terutamanya kepada sistem pernafasan terutamanya mereka yang lemah, orang sakit dan orang tua.

"Ia juga memberi kesan kepada ekosistem sama ada alam semula jadi atau dibina seperti bangunan dan udara bersih," katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Semua sekolah di seluruh negara kecuali di Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak diarah tutup selama dua hari, mulai esok. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan jerebu semakin teruk.

[Artikel berkaitan: Sekolah diarah tutup dua hari]

Menurut Mohamad Raimi lagi , masalah jerebu tidak harus dipandang ringan kerana krisis tersebut telah menyebabkan gangguan yang serius kepada kesihatan dan aktiviti seharian.

Ia  sekaligus memberi kesan terhadap produktiviti negara.

"Jerebu telah menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor dan aktiviti. Bacaan terkini menunjukkan bahawa kualiti udara masih tidak sihat dalam banyak bidang di negara kita.

"Malaysia perlu menyelesaikan isu ini tegas pada sidang kemuncak Asean yang akan datang. Kami mahu kerajaan tentukan bahawa setiap negara anggota mesti bekerjasama untuk memantau dan berkongsi maklumat untuk membolehkan tindakan bersepadu antara negara-negara untuk menangani jerebu," katanya lagi.

Dalam perkembangan saman, penduduk di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini mungkin tiada mempunyai ruang untuk bernafas dengan lega kerana mereka berada dalam keadaan sangat berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu kini melebihi 2,000.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu meningkat secara mendadak dari bacaan IPU baik kepada 2,000 pada jam 10 pagi tadi dan bacaan itu terus meningkat sehingga sekarang.

[Artikel berkaitan: Bacaan IPU di Palangkaraya kini lebih 2,000]



Diajak minum teh: 'Tak boleh bang, kerja'

Posted: 04 Oct 2015 05:28 AM PDT


Diajak minum teh
Foto yang dikongsi di laman Facebook.


KISAH mengenai seorang posmen yang mengutamakan kerjanya walaupun diajak berehat sebentar dan menikmati teh panas ketika hujan lebat mengusik hati dan menarik simpati pelayar di laman sosial Facebook.

Melalui sebuah perkongsian pada 2 Oktober lepas, seorang pelayar berkongsi kisah seorang posmen masih melakukan penghantaran walaupun hujan turun dengan lebat.

"Orang ramai di sekelilingnya duduk selesa, makan minum dan berketawa. Dia (posmen) cuma berdiri di situ di dalam hujan," tulisnya.

Menurut pelayar itu, dia kemudian membelikan sebungkus pai dan memberikan kepada posmen tersebut.

"Awak nak teh panas?," tanyanya kepada lelaki itu.

Namun kemudian dijawab dengan "tak boleh bang, kerja...".

Walaupun dipujuk, posmen tersebut masih enggan dan meletakkan pai tersebut di tempat simpanan barang di motosikalnya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat respon positif netizen yang mencadangkan supaya posmen tersebut diberikan insentif.

"Disebabkan keramahan dan sifat baik anda, saya bertindak belikan nasi lemak atau minuman kepada pengawal di apartmen saya. Bukan kita tidak mahu jadi pemurah, tapi kita lupa," kata Pamela.

"Tak boleh, kerja bang. Inilah tandanya orang yang tidak mencuri ketika kerja.." kata Ummi pula.

"Semoga Tuhan rahmati anda berdua.." kata Rozian.


‘Tanpa Saifuddin dalam Umno, tiada siapa akan menangis’

Posted: 04 Oct 2015 05:26 AM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

saifuddin
Awang berkata, kenyataan terbaru Saifuddin bahawa beliau akan terus menghadiri program pembangkang atas kapasiti pemimpin NGO, sekali lagi menguji Umno. - Foto arkib TRP/ Wan Kah Hoong


KUALA LUMPUR,  "Sampai bila pengurusan Umno masih teragak-agak untuk bertindak ke atas bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah," soal Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia, hari ini.


Menurut Awang, sudah terlalu banyak tindak-tanduk Saifuddin yang bukan sahaja tidak selari dengan aspirasi parti, malah bercanggah, tetapi beliau terlepas dan seolah-olah mempunyai imuniti.

Jelasnya, kenyataan terbaru bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, bahawa beliau akan terus menghadiri program pembangkang atas kapasiti pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekali lagi menguji Umno.

"Pada Awang, Saifuddin tidak lagi berminat kepada Umno dan Umno lebih-lebih lagi, sudah tidak mengharapkan beliau, setelah pengaruhnya dalam parti itu sudah hilang, selepas kalah di Temerloh.

"Maka, apa ditunggu lagi, sudah tidak ada keserasian antara kedua-duanya," katanya.


Tambah Awang lagi, dia tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu Saifuddin meninggalkan Umno, jika terus menjadi duri dalam daging kepada parti.

"Cukuplah, sudah banyak peringatan diberi dan kegagalan untuk bertindak akan memberi mesej yang salah kepada semua.

"Tanpa Saifuddin dalam Umno, tiada siapa akan menangis sebaliknya, ia kelegaan besar buat semua," ujarnya.

Dalam pada itu, akhbar itu turut memuji dua parti komponen Barisan Nasional, iaitu MCA dan Gerakan yang berganding bahu menggesa DAP memohon maaf, selepas mencetuskan sentimen perkauman dalam negara sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, situasi di mana kedua-dua parti itu bersama dalam sidang media meminta DAP memohon maaf dan 'bertaubat', kerana menjadi punca sentimen perkauman semakin menebal, adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Penganjuran perhimpunan haram Bersih sejak 2012, menyaksikan peranan aktif DAP bersama penganjurnya memburukkan lagi keadaan.

"Walaupun DAP membantah apa yang ditegaskan oleh MCA dan Gerakan, itulah realitinya sejak sekian lama," katanya.

Tegas Awang lagi, DAP harus dipertanggungjawabkan, kerana sejarah parti berkenaan, termasuk mengenai kedudukan, kuasa, pendirian, kedudukan dan rekod perjuangan adalah ke arah chauvinistik.

"DAP bukan sahaja membawa mudarat kepada perpaduan kaum, malah mengheret para pengikutnya kepada ekstremisme politik.

"Inikah pendekatan selamat untuk menjamin keamanan dan masa depan negara?" soalnya.

Jerebu: UiTM tangguh jadual kuliah di semua cawangan Selangor esok

Posted: 04 Oct 2015 05:20 AM PDT

BERNAMA

 

uitm
Penangguhan itu hanya melibatkan jadual kuliah, manakala peperiksaan akhir pelajar diploma akan diteruskan mengikut jadual dan warga kerja UiTM dikehendaki hadir bertugas seperti biasa. 


SHAH ALAM,  Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan jadual kuliah di semua cawangannya di Selangor esok, berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencapai tahap sangat tidak sihat hari ini.


Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, penangguhan itu hanya melibatkan jadual kuliah, manakala peperiksaan akhir pelajar diploma akan diteruskan mengikut jadual dan warga kerja UiTM dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Katanya, penangguhan kuliah pada hari-hari berikutnya akan diumumkan sehari sebelum tarikh penangguhan, berdasarkan pemantauan IPU dari semasa ke semasa.

"Bagi kampus UiTM di negeri lain, makluman mengenai penangguhan kuliah adalah berdasarkan bacaan IPU, namun, ia tertakluk kepada keputusan Rektor Kampus masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, 931 sekolah rendah dan menengah di seluruh Selangor pula ditutup selama dua hari, bermula esok, akibat jerebu yang melanda ketika ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Noor berkata, ia melibatkan 916,223 pelajar dan arahan penutupan berkenaan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan hari ini, disebarkan kepada semua pentadbir sekolah serta-merta.

Jumlah sekolah rendah dan menengah yang ditutup adalah 131 di Klang; Kuala Selangor (92); Kuala Langat (72); Hulu Langat (127); Hulu Selangor (68); Sabak Bernam (64); Gombak (104); Sepang (51); Petaling Perdana (136); dan Petaling Utama (86).

Setakat jam 1 tengah hari tadi, beberapa kawasan di Selangor masih merekodkan bacaan IPU pada paras sangat tidak sihat, termasuk Shah Alam (266), Pelabuhan Klang (227), Petaling Jaya (218) dan Banting (217).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan, semua sekolah di Semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan ditutup selama dua hari, mulai esok.

Pegawai syarikat insurans ditemui maut dalam longkang

Posted: 04 Oct 2015 05:18 AM PDT

NORAIZURA AHMAD

 

mayat1
Siasatan awal mendapati mayat mangsa dipercayai mati melebihi dua hari lalu kerana keadaan mayat yang sudah mula reput. - Foto ihsan PDRM


KUALA LUMPUR,  Seorang pegawai penyiasat syarikat insurans yang dilaporkan hilang Khamis lalu ditemui maut dalam longkang di Kilometer 0.1 Lebuhraya Duke, pagi tadi.

Mayat lelaki yang dikenali sebagai Danish Millan Sarath, 30 ditemui peronda lebuh raya kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, siasatan awal mendapati mayat mangsa dipercayai mati melebihi dua hari lalu kerana keadaan mayat yang sudah mula reput.

Menurutnya, polis menemui sebuah jam tangan jenama Esprit, kad akses dan kasut sebelah termasuk sekeping kad pengenalan  kiri dipercayai milik mangsa.

"Mangsa yang beralamat di Jalan Genting Klang dilaporkan hilang Khamis lalu dan ianya dilaporkan.di Sri Hartamas.

"Siasatan mendapati mangsa sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia empat dan lima tahun," katanya.

Menurutnya, mangsa bekerja di sebuah firma edjuster di Hartamas.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Munusamy berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut sementara laporan bedah siasat dikeluarkan.

Kemungkinan banjir di Kelantan, bomba buat persiapan awal

Posted: 04 Oct 2015 05:14 AM PDT

BERNAMA

 

bomba
Pelbagai langkah dan strategi diatur oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam usaha menghadapi kemungkinan banjir di negeri berkenaan, tahun ini. - Foto Bernama


KUALA KRAI,  Pelbagai langkah dan strategi diatur oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam usaha menghadapi kemungkinan banjir di negeri berkenaan, tahun ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Azmi Osman berkata persiapan yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman menghadapi banjir besar pada tahun lalu.

"Antara strategi diambil adalah kita akan mengerakkan beberapa bot lebih awal ke kawasan berisiko tinggi seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Mas.

"Kita juga menambah beberapa kenderaan di laluan darat seperti tiga buah lori bagi membantu melancarkan operasi menyelamat," katanya ketika ditemui pemberita pada Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti di sini, hari ini.

Kursus bermula hari ini dan berakhir Selasa, melibatkan lebih 100 ketua komuniti di seluruh Jajahan Kuala Krai.

Dalam pada itu, Azmi berkata ketua komuniti juga memainkan peranan penting dalam membantu agensi keselamatan menghadapi bencana banjir.

"Mereka perlu tahu keadaan dan situasi yang dihadapi dan secara tidak langsung ia membantu setiap agensi terutama bomba untuk memberi bantuan dengan lancar dan cepat.

"Selain itu, masyarakat juga harus memberi kerjasama kepada agensi terlibat supaya segala kesulitan yang dihadapi akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin," katanya.

Kursus berkenaan turut mendapat kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Meteorologi Malaysia

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/04/kemungkinan-banjir-di-kelantan-bomba-buat-persiapan-awal/#ixzz3nbIcPDvg

Azmin jamin tiada lagi catuan air di negeri Selangor

Posted: 04 Oct 2015 05:12 AM PDT

SM AMIN

 

AZMIN ALI
Menurut Azmin, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah perlu bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk beberapa tahun akan datang. - Foto TRP/Daniel Chan


SUBANG JAYA,  Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan tidak akan ada lagi catuan air untuk pengguna di negeri itu.

Kata Azmin, krisis air selesai apabila Air Selangor mengambil alih sepenuhnya operasi Syabas dan Puncak Niaga pada 15 Oktober ini.

"Saya telah memberi jaminan, dengan pengurusan baru Air Selangor dan projek mitigasi dua yang akan disiapkan Oktober ini, tiada lagi kekurangan bekalan air terawat sama ada untuk penggunaan domestik mahupun industri di Selangor.

"Saya telah buat buat pengumuman, tidak ada lagi catuan air di Selangor kerana pada ketika ini kita mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi dan air terawat dalam margin yang memuaskan," katanya dalam program 'Sembang Santai Teh Tarik bersama Azmin' di Hotel Empire di sini hari ini.

Menurut Azmin, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah perlu bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk beberapa tahun akan datang.

Selain itu kata Azmin, kerajaan negeri juga telah memberikan segala bentuk kelulusan kepada Projek Langat 2 yang menjadi pertikaikan sebelum ini bagi memastikan projek tersebut siap pada waktu yang ditetapkan.

"Pada 30 Oktober ini, kerajaan negeri akan mengumumkan dua projek besar bagi menangani masalah ini kerana rizab tunai yang kita ada besar, jadi saya mahu gunakan untuk kepentingan rakyat Selangor.

"Saya beri jaminan Air Selangor akan dibekalkan cukup dari segi kuantiti dan kualiti yang baik.

"Dalam tempoh setahun sahaja, saya telah dapat selesaikan masalah air di negeri Selangor," katanya

KPN nafi FBI siasat Najib

Posted: 04 Oct 2015 05:09 AM PDT

 
Polis tidak menerima sebarang makluman mengenai perkara berkenaan


khalid-abu-bakar_najib_600


PETALING JAYA: Polis menyangkal dakwaan kononnya Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB.

Penafian itu dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang merujuk kepada sebuah artikel yang disebarkan di media sosial.

"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan Perdana Menteri.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Khalid turut menasihatkan pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan FBI di Washington sebelum menerima berita yang disebarkan di media sosial.

Dulu masalah UMNO, sekarang masalah negara-Shahbuddin

Posted: 04 Oct 2015 05:06 AM PDT

 
Berikutan keengganan Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir meminta penduduk Pekan supaya menolaknya pada PRU kali ini


Shahbudin-Husin_najib_umno_600


PETALING JAYA: Lebih banyak kempen bergerak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan diadakan selepas kejayaan majlis majlis minum petang anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka pada Sabtu.

Meskipun menggunakan istilah datang untuk menghasut, penjelasan panjang lebar dengan lojik yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan sentimen terhadap senario terhadap senario kepimpinan negara.

"Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara," tulis Shahbudin Husin di shahbudindotcom.

Meskipun dikenakan bayaran RM80 oleh penganjur, majlis yang diadakan telah mendapat sambutan hangat, apatah lagi kali ini Dr Mahathir berkongsi strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Selain pelbagai tekanan yang telah diberikan, kali ini beliau meminta penduduk Pekan supaya tidak mengundi Najib.

Kata Tun Dr Mahathir, perkara itu tidak mustahil kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Najib menang dengan 241 undi sahaja.

Cara itu dibuat selepas Najib tetap berkeras enggan melepaskan jawatan kerana bimbang dan takut dengan kesilapan yang dilakukan.

"Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

"Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya," kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.

Mayat tanpa kepala ditemui dalam semak

Posted: 04 Oct 2015 12:26 AM PDT





Mayat tanpa kepala ditemui dalam semak
Lokasi penemuan mayat tanpa kelapa di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam.


KLUANG – Seorang wanita dipercayai dibunuh sebelum mayatnya tanpa kepala dicampak di kawasan semak  di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, mayat yang dalam keadaan reput itu ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada polis kira-kira 10.25 pagi.

"Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian kemudian menemui mayat tanpa kepala tersebut dalam keadaan terlentang, tidak berpakaian kecuali bercoli dengan kakinya terkangkang.

"Sehelai kain berwarna hijau turut ditemui berhampiran mayat itu manakala pewarna kuku berwarna merah masih kelihatan di kedua-dua belah kuku kaki," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, hanya tangan kanan mayat itu yang sudah reput, namun, tangan kirinya masih elok kerana terlipat di belakang badan dipercayai dibunuh sejak dua minggu lalu berdasarkan keadaan fizikalnya.

"Polis sehingga kini sedang mengenalpasti motif kejadian dan mayat itu dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini, untuk bedah siasat.

"Kita juga sedang berusaha mengesan identiti mangsa berdasarkan cap jari tangan kirinya dan menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan sama ada mangsa dirogol atau tidak," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Warna hijau tapi H60K terbuka kepada semua

Posted: 04 Oct 2015 12:24 AM PDT

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari


KOTA BHARU – Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) adalah himpunan yang terbuka kepada semua pihak, sekalipun temanya hijau, kata Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, semua 'warna' boleh menyertainya dan mana-mana pihak, tidak mengira parti diberikan pilihan secara terbuka sama ada ingin menyertainya atau tidak tanpa sebarang masalah.
Beliau berkata, Pas bukanlah parti yang sibuk melabel pihak-pihak yang tidak bersamanya sebagai bersama dengan BN.

"Pemuda Pas Kelantan melihat isu jemputan ke Himpunan Fastaqim bukanlah sebagai satu perkara yang seharusnya memandangkan ia adalah satu manifestasi daripada kebersamaan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama Pas memperjuangkan isu-isu rakyat di pentas politik tanah air," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat berkata, objektif penganjurannya sangat jelas kerana sejak kebelakangan ini pelbagai isu tanah air khususnya kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kelemahan pengurusan menjadikan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan sedia ada untuk mentadbir negara.

Sebelum ini, Pas memberitahu pihaknya akan menjemput semua parti politik pembangkang dan kerajaan serta NGO menyertai himpunan itu.

Pengarah H60K, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, matlamat dan objektif himpunan itu berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini selain bagi membangkitkan semangat akar umbi parti.


Bacaan IPU di Palangkaraya kini lebih 2,000

Posted: 04 Oct 2015 12:20 AM PDT

Bacaan IPU di Palangkaraya kini lebih 2,000
 
 
Jerebu

Gambar hiasan.
 
 
JAKARTA – INDONESIA . Penduduk di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini mungkin tiada mempunyai ruang untuk bernafas dengan lega kerana mereka berada dalam keadaan sangat berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu kini melebihi 2,000.
  
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu meningkat secara mendadak dari bacaan IPU baik kepada 2,000 pada pukul 10 pagi tadi dan bacaan itu terus meningkat sehingga sekarang.
  
Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas.
  
Palangkaraya mengalami darurat jerebu sejak dua minggu lepas dan keadaan itu telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah ditutup sejak Isnin lepas.
  
Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan keadaan jerebu menjadi tidak menentu walaupun usaha-usaha untuk memadam kebakaran hutan masih berterusan.
  
Sementara itu di Jambi, bacaan IPU masih ditahap berbahaya walaupun telah menurun dari 800 pada pagi tadi kepada 400 tengah hari ini. - Bernama

Sekolah diarah tutup dua hari

Posted: 04 Oct 2015 12:12 AM PDT


jerebu
Terdapat segelintir orang ramai masih melakukan aktiviti luar seperti memancing berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika negara dilanda jerebu hari ini. - Foto Bernama




ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Semua sekolah di seluruh negara kecuali di Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak diarah tutup selama dua hari, mulai esok.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan jerebu semakin teruk.

"Kementerian Pendidikan telah buat keputusan bahawa semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak diarah tutup mulai esok hingga Selasa.

"Bagaimanapun, keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak masih dipantau," katanya kepada media semasa lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, di sini, hari ini.

Menurut Mahdzir, penutupan operasi itu tidak perlu diganti semula melibatkan semua guru, murid dan kerani sekolah.

Sementara itu, peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),  Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 akan berjalan mengikut waktu yang sudah dijadualkan.


"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.


Jangan sibuk salahkan orang lain, bidas Amanah

Posted: 04 Oct 2015 12:07 AM PDT

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub


SHAH ALAM - Sikap suka menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan dalaman parti pembangkang tanpa melakukan muhasabah serta penambahbaikan hanya satu tindakan yang merugikan pakatan pembangkang itu.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menegaskan sepatutnya semua parti pembangkang memperbaiki kesilapan lalu dan seterusnya memberi fokus kepada agenda meneruskan harapan rakyat pada PRU14 akan datang.

"Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini, daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri. Amanah juga akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

"Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tanpa melalukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi aspirasi rakyat ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas: Agihan kerusi masalah utama]

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang menyalahkan pihak luar kononnya menjadi punca kepada pergolakan dalaman Pas dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama Pas, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut telah kelihatan. Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha BN khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah.

"Pas mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami oleh Pas," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata semalam.

Tuan Ibrahim juga yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokongan rakyat pada PRU14 akan datang apabila parti pembangkang baharu itu didakwa akan memecahkan undi pembangkang sedia ada.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata lagi, Amanah lebih gemar berlapang dada dan sentiasa menerima parti-parti pembangkang ke meja rundingan.

"Amanah berpandangan pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti-parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara," katanya lagi.


Tiada ulasan: