Sabtu, 31 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Harga minyak tidak diumum awal elak pengusaha kawal jualan, kata menteri

Posted: 31 Oct 2015 07:43 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang ramai bagi mengelak pengusaha minyak mengawal penjualan bahan api itu kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pengumuman berkaitan harga baharu petrol dan diesel setiap bulan hanya akan dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada tengah malam pada setiap hujung bulan.

Katanya, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember tahun lepas.

"Alhamdulillah selama beberapa bulan dapat diterima baik oleh banyak pihak. Saya mahu rakyat memahami kerana bukan mudah untuk selaraskan harga minyak. Ini adalah sesuatu yang kita buat untuk selaraskan dari segi peniaga dan pengguna. 
 
 "Sebagai contoh, jika semalam harga minyak dalam tangki RM2.05, esok harga minyak turun....ini tidak adil kerana mereka sudah bayar mengikut kadar sebelum kita umumkan, begitu juga kalau harga minyak naik, tidak adil kepada pengguna kerana pengusaha minyak sudah tahu sejak awal tetapi mereka tak nak jual minyak," katanya.

Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Larut di Padang Majlis Daerah Selama hari ini.

Beliau berkata pengumuman perubahan harga minyak sentiasa mengambil kira kepentingan pengusaha dan pengguna.

Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen berbanding September, menjadikan harga semasa RON 95 di pam adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).

Terdahulu, Fiesta Larut yang berlangsung 4 hari mulai Khamis lepas, menjadi platform Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyalurkan maklumat dan peranannya kepada masyarakat sekeliling, dan antara agensi yang terlibat ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad, Bank Rakyat serta Maktab Koperasi Malaysia. – Bernama
 
 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang ramai bagi mengelak pengusaha minyak mengawal penjualan bahan api itu kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata pengumuman berkaitan harga baharu petrol dan diesel setiap bulan hanya akan dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada tengah malam pada setiap hujung bulan.
Katanya, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember tahun lepas.

"Alhamdulillah selama beberapa bulan dapat diterima baik oleh banyak pihak. Saya mahu rakyat memahami kerana bukan mudah untuk selaraskan harga minyak. Ini adalah sesuatu yang kita buat untuk selaraskan dari segi peniaga dan pengguna. "Sebagai contoh, jika semalam harga minyak dalam tangki RM2.05, esok harga minyak turun....ini tidak adil kerana mereka sudah bayar mengikut kadar sebelum kita umumkan, begitu juga kalau harga minyak naik, tidak adil kepada pengguna kerana pengusaha minyak sudah tahu sejak awal tetapi mereka tak nak jual minyak," katanya.
Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Larut di Padang Majlis Daerah Selama hari ini.
Beliau berkata pengumuman perubahan harga minyak sentiasa mengambil kira kepentingan pengusaha dan pengguna.
Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen berbanding September, menjadikan harga semasa RON 95 di pam adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).
Terdahulu, Fiesta Larut yang berlangsung 4 hari mulai Khamis lepas, menjadi platform Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyalurkan maklumat dan peranannya kepada masyarakat sekeliling, dan antara agensi yang terlibat ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad, Bank Rakyat serta Maktab Koperasi Malaysia. – Bernama, 31 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-minyak-tidak-diumum-awal-elak-pengusaha-kawal-jualan-kata-menteri#sthash.GBRxgyrq.dpuf

Umno intai peluang kerjasama dengan PAS

Posted: 31 Oct 2015 07:40 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, usaha mewujudkan kerjasama di antara Umno dan PAS berjalan sejak sekian lama, tetapi tergendala atas sebab-sebab tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015. 
 
 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, usaha mewujudkan kerjasama di antara Umno dan PAS berjalan sejak sekian lama, tetapi tergendala atas sebab-sebab tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.
 
Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dipelopori beberapa bekas pemimpin PAS secara tidak langsung  mewujudkan peluang kepada Umno mencari titik persefahaman dengan parti Islam itu, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata, tindakan pemimpin PAS "melompat" ke Amanah merupakan peluang kepada menghidupkan semula usaha mencari titik persefahaman dengan parti Islam itu.

"Saya selalu sebut  antara Umno dengan PAS ini begitu banyak sekali persamaan berbanding dengan perbezaan, (tetapi) malangnya, biasalah manusia yang perbezaan itulah kita ungkit, tetapi persamaan yang begitu banyak itu kita tidak sebut," katanya kepada pemberita selepas melawat daerah Yan di Kedah hari ini. Peluang melihat kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu katanya, wujud selepas "unsur-unsur" tidak bersetuju terhadap permuafakatan antara Umno-PAS menyertai Amanah.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Mui) dianggotai Umno dan PAS selain pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam.

Mukhriz berkata, usaha mewujudkan kerjasama di antara Umno dan PAS berjalan sejak sekian lama, tetapi tergendala atas sebab-sebab tertentu.

"Jadi di pihak kami terbuka (terhadap cadangan Ibrahim)," katanya.

Berhubung kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini tentang 7 pemimpin parti sedang disiasat kerana membuat kenyataan secara terbuka, beliau berkata parti Melayu itu merupakan sebuah parti terbuka dalam menerima teguran.

Semua pihak katanya, perlu memahami teguran dan kritikan terhadap parti bertujuan memperkuatkannya dan bukan merupakan satu tindakan pengkhianatan terhadap Umno.

"Ia bukan satu unsur pengkhianatan terhadap parti, jadi ia amat penting untuk kita fahami. Kadang-kadang kita mengkritik atas niat untuk memperkukuhkan, hendak menguatkan parti," katanya. – Bernama,


AMANAH: Mana ada bas ekspres tak ada destinasi

Posted: 31 Oct 2015 07:33 AM PDT

Shakira Buang 





Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan ibarat bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Tegas timbalan pengerusinya, Salahudin Ayub destinasi Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk mengambil alih Putrajaya melalui barisan pembangkang.

"Matlamat AMANAH jelas, kami bersama-sama rakan kita dalam barisan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya melalui Pakatan Harapan," tegas bekas naib presiden PAS itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Salahuddin adalah salah seorang pemimpin progresif yang pernah ada dalam PAS sebelum mereka disingkirkan secara pukal dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor pada Jun lalu.

Mereka kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa sebenarnya 'bas' yang dinaiki PAS kini semakin kabur dan tidak tahu ke mana hendak dituju.

"Mana ada bas ekspres dekat dunia ini bergerak tanpa ada destinasi. Semua ada destinasi.

"Cuma PAS sahaja pada hari ini kelihatan kabur mengenai destinasi dia dan rakyat melihat bas PAS tidak tahu ke mana hendak dituju," kata Salahudin.

Cadangan DAP gurauan biasa 

Abdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Abdul Hadi yang dipetik Berita Harian berkata, PAS akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam.

"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya.

"Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," kata ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan DAP mungkin bertanding di lapan kawasan PAS di Selangor, Salahudin berkata ia hanyalah gurauan biasa.

Malah, beliau berkata kenyataan tersebut hanyalah tindak balas daripada hasrat PAS mahu meletakkan calonnya di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana Pakatan Harapan setakat ini belum membincangkan isu kerusi yang akan ditandingi mereka.

"Kenyataan DAP itu hanyalah reaksi terhadap tindakan PAS yang nak bertanding di semua kerusi DAP dan saya anggap ia hanyalah gurauan biasa.

"Di peringkat Pakatan Harapan kita masih dalam proses mengukuhkan gabungan pembangkang. Kita pun tak bincang lagi soal kerusi mana yang hendak ditandingi," tegas Salahudin.

Umno 7: Mesti ambil tindakan, tetapi kalau...

Posted: 31 Oct 2015 05:49 AM PDT

Shakira Buang  


 


Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan tidak ada seruan untuk Majlis Tertinggi Umno bertindak memecat pemimpin parti yang didakwa 'menderhaka'.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali itu menjelaskan, kemahuan ahli adalah supaya parti bertindak kepada mana-mana individu yang bersifat seperti anai-anai atau gunting dalam lipatan.

Tindakan itu pula katanya, boleh hanya sekadar menasihati individu terbabit.

"Tidak ada seruan yang mengkhususkan badan tertentu atau orang tertentu untuk diambil tindakan.

"Kita mengatakan sesiapa saja ahli Umno yang merosakan dan bersifat seperti anai-anai atau gunting dalam lipatan, itu yang harus diambil tindakan.

"Kalau ahli menderhaka mesti diambil tindakan, sekurang-kurang diberi nasihat dan kita kena ingat tidak semestinya bila kita saran untuk ambil tindakan mereka ini perlu dipecat," tegas Mat Nadzari kepada Malaysiakini.

Mat Nadzari berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung bancian dalaman Umno yang mendapati sekurang-kurangnya 154 daripada 191 ketua bahagian mahu majlis tertinggi parti bertindak terhadap pemimpin parti yang didakwa 'menderhaka'.
Kalau imej terjejas...

Bagaimanapun bancian yang dijalankan di kalangan 170 pemimpin bahagian menerusi aplikasi chat di Telegram tidak menyebut sebarang nama.

Akhbar memetik Ketua Umno bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah tidak menolak bahawa pemimpin yang didakwa itu adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal.

Mengulas lanjut Mat Nadzari berkata Umno kini perlu bertindak tegas dengan mengenakan hukuman kepada ahlinya dalam usaha menyelamatkan parti itu daripada terus hancur.

"Ahli Umno perlu ada disiplin, bila silap kita kena ambil tindakan, jatuhkan hukuman seminimum mungkin hingga ke maksimum.

"Tengok tahap dan keperluan ketika itu serta macam mana parti nanti akan dipandang oleh masyarakat umum," kata Mat Nadzari.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas apakah langkah tersebut akan menjejaskan imej parti, ini jawab Mat Nadzari:

"Kalau imej kita terjejas, kita kena pertimbangkan semulalah tindakan tersebut supaya bersesuaian mengikut keadaan," tambahnya.


Azmin sebak, persetankan 'suara cemburu'

Posted: 31 Oct 2015 05:42 AM PDT

Shakira Buang

 


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebak ketika membacakan pembentangan belanjawan 2016 negeri itu hari ini.

Suara Azmin jelas bergetar apabila membacakan ucapan yang menyentuh pengalamannya ketika mentadbir Selangor.

Hari ini genap satu tahun, satu bulan dan lapan hari Azmin diberikan amanah sebagai menteri besar Selangor yang ke-15.

"Dalam tempoh yang berlalu terlalu cepat, saya melalui pelbagai pengalaman. Ada yang manis ada juga yang pahit.

"Namun segala pengalaman ini, mendidik saya untuk tawaduk selain mendorong saya dan pasukan negeri untuk bekerja dan terus bekerja.

"Persetankan suara-suara cemburu dan pengacau kedamaian .Yang pahit itu adalah ubat dan penawar supaya rakyat dan negeri Selangor dan sihat dan bertenaga," katanya ketika pembentangan di Dewan Undangan Negeri.

Ketika diminta mengulas lanjut apakah yang membuatkan beliau begitu sebak, beliau berkata:

"Saya sebak kerana menginsafi tanggungjawab dan amanah yang diberikan,' katanya ketika ditemui Malaysiakini sebaik sahaja selesai pembentangan bajet 2016.

Belanjawan negeri Selangor pada tahun ini bertemakan "Membangun Smart Selangor Yang Peduli".


9 soalan Umno Semporna

Posted: 31 Oct 2015 05:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika berita penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno semakin hangat diperkatakan, salah satu bahagian parti itu yang terlibat secara langsung dalam isu berkenaan hari ini tampil mengemukakan sembilan soalan secara terbuka.

Kenyataan dikeluarkan Umno bahagian Semporna itu juga mengingatkan pucuk pimpinan parti berkenaan bahawa tokoh yang dilihat kritikal terhadap Datuk Seri Najib Razak itu mempunyai penyokong tegar di seluruh negara.

"Tujuh pemimpin yang disebut-sebut itu - terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - bukan hanya mempunyai penyokong tegar di kawasan yang mereka wakili malah ada di seluruh negara.

"Perlu diingatkan bahawa setiap undi dan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan berkenaan.

Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
  • Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
  • Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
  • Adakah 1MDB ini milik Umno?
  • Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
  • Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
  • Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
  • Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
  • Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
  • Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan mengenai tujuh pemimpin misteri Umno yang sedang dipantau untuk diambil tindakan disiplin.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.

Katanya Umno "sudah penat melayan anggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum".

Bersuara demi rakyat

Umno Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.

Beliau dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan kerajaan 1MDB.

Menurut kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.

Dengan rekod "cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya" sebagai wakil rakyat dan pernah berkhidmat sebagai menteri di tujuh kementerian, mereka mempertikaikan kewajaran Mohd Shafie disingkirkan hanya kerana "bersuara demi kepentingan rakyat".

"Ahli Jawatankuasa Umn Semporna amat kecewa dengan khabar angin yang mengatakan terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Mohd Shafie selaku naib presiden.

"Ketika ini Umno berdepan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ia dapat dibuktikan dengan keputusan dua 2 pilihan raya umum lalu apabila buat pertama kali dalam sejarah, parti kalah undi popular kepada pembangkang.

Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin serta bekas pemimpin Umno yang banyak berjasa dapat mengembalikan keyakinan rakyat?" katanya.

Menurut Umno Semporna lagi, sehingga kini Muhyiddin dan Mohd Shafie tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh perdana menteri melakukan penyelewengan.

Sebaliknya, kata mereka, kedua-dua pemimpin itu secara konsisten mengeluarkan kenyataan supaya 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus dan jujur membuat penjelasan kepada rakyat.

"Jika terdapat salah laku atau penyelewangan, mereka yang telibat perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa takut atau pilih kasih. Bukankah ia selaras dengan kenyataan perdana menteri?" kata kenyataan itu.

Ketika ini, kata Umno Semporna, golongan muda dahagakan pemimpin berani menyatakan kebenaran dan bukan tokoh bersuara dengan bongkak, retorik serta mengampu "seperti yang berlaku sekarang".

Malah lebih teruk, katanya, ada pihak mencabar pemimpin tertentu keluar dari Umno atau BN jika tidak menyokong perdana menteri.


1MDB: Arul Kanda batal syarat, sedia hadapi Pua

Posted: 31 Oct 2015 05:36 AM PDT

Geraldine Tong

 



Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy hari ini menarik balik syarat yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sekali gus bersedia untuk berdebat berhubung isu agensi pelaburan sarat hutang itu.

"Saya dengan ini menarik balik syarat saya untuk berdebat dengan Tony Pua. Saya akan berjumpa dengan dia tanpa syarat," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Pua ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Rabu mencabar Arul Kanda supaya berhenti memberi "alasan bodoh".

Sebaliknya, beliau mencabar Arul Kanda supaya berdebat dengannya dalam siaran langsung di televisyen.

Katanya, oleh kerana Arul Kanda kerap mempersenda dan membidasnya di media, sesi debat itu menjadi peluang terbaik bagi bos 1MDB berkeaan bagi menyatakan tuduhan berkenaan secara langsung.

Bagaimanapun Arul Kanda dalam kenyataan balasnya berkata, Pua perlu meletak jawatan daripada menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAc) sebelum berdebat atas alasan bagi mengelak berlaku "konflik kepentingan".

Terima kasih menteri

Sementara itu, Pua yang dihubungi hari ini berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Arul Kanda.
"Ia sepatutnya sesi soal jawab dan tidak berdebat kerana saya bertanya soalan.

"Tiada apa-apa untuk dia (Arul) bertanya kepada saya," kata Pua kepada Malaysiakini.

Pua dalam kenyataanya kemudian, mengucapkan terima kasih kepada Arul kerana bersikap "gentleman" menerima cabarannya tanpa syarat.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana menawarkan RTM sebagai penganjur kepada siaran langsung debat, walaupun sebelum cabaran diterima.

"Minggu depan kedua-dua pasukan akan bertemu bagi membincangkan tarikh, waktu dan format perbincangan itu," kata Pua dalam kenyataan balasnya.

Pua berkata, beliau percaya pemenang sebenar daripada perbincangan itu adalah rakyat Malaysia yang kecewa dengan skandal menyelubungi 1MDB.

Tiada siapa berhak halang PM rasmi majlis MIC

Posted: 31 Oct 2015 05:28 AM PDT

Bernama


 


Tiada mana-mana pihak berhak menghalang perdana menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menghadirkan diri merasmikan Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 6 dan 7 November ini.

Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata ini kerana Najib adalah pemimpin negara yang dipilih rakyat dan MIC sekarang berada di bawah kepimpinan presiden baru, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang diiktiraf perdana menteri.

"PM (perdana menteri) mengiktiraf Datuk Subramaniam sebagai pemimpin MIC dan tiada siapapun boleh menghalang PM. PM adalah pemimpin utama negara ini.

"Saya yakin segala mesyuarat dan perhimpunan akan berlangsung dengan baik dan penuh disiplin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Bersempena Musim Perayaan Deepavali 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Samy Vellu yang juga Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Selatan berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal mengenai penyokong Datuk Seri G Palanivel meminta Najib supaya tidak hadir pada Perhimpunan Agung MIC.

Ramai ahli kembali ke pangkuan

Penyokong Palanivel mendakwa tiada kebaikan sekiranya Najib hadir dan merasmikan perhimpunan agung itu sebaliknya ia akan memecah-belahkan komuniti kaum India di negara ini.

Kumpulan itu turut dipetik oleh portal berkenaan sebagai berkata mereka tidak teragak-agak untuk memprotes pada perhimpunan agung berkenaan bagi menghentikan ia daripada berlangsung.

Mengulas lanjut, Samy Vellu berkata para penyokong yang mendakwa bersama Palanivel pada masa ini tidak pun mencecah 1,500 orang malah Dr Subramaniam sudah membawa balik kebanyakan mereka ke pangkuan parti.

"Masyarakat India akan sedar keharmonian negara ini terpelihara di bawah BN yang mana Datuk Seri Najib pemimpin yang akan membawa rakyat ke arah kesejahteraan... mereka yang bising ini akan menyesal kemudian," katanya.

Samy Vellu mendakwa Palanivel gagal memimpin parti dengan baik sepanjang empat tahun lepas semasa menjadi presiden sehingga membawa pelbagai masalah kepada parti.

"Kalau beliau mempedulikan parti sudah pasti beliau akan diangkat sebagai pemimpin terbaik hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Samy Vellu berkata Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan adalah seorang pemimpin berpendidikan, berpengalaman dan pintar yang boleh membawa pembaharuan baik kepada parti.

"Isu PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang bukan hanya melibatkan Datuk Seri Subramaniam tetapi keseluruhan MIC perlu bekerja kuat. Saya sendiri akan membantu Datuk Seri Subramaniam untuk mencapai matlamat itu," katanya.- Bernama


Sekolah berhak tolak pengawal gagal penuhi syarat

Posted: 31 Oct 2015 05:09 AM PDT

SINAR HARIAN


Nor Jazlan Mohamed
Nor Jazlan Mohamed
 
 
JOHOR BAHRU - Pengurusan sekolah berhak menolak penempatan pengawal keselamatan di sekolah masing-masing jika mendapati pengawal yang dibekalkan syarikat keselamatan kepada mereka, tidak memenuhi syarat ditetapkan polis termasuk melalui proses saringan.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, langkah itu juga semenangnya sebahagian daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang harus dilakukan guru besar atau pengetua dalam menjamin keselamatan murid-murid dan pelajar sekolah.

"Kita minta guru-guru besar agar lebih prihatin bertanyakan syarikat keselamatan sama ada pengawal yang dihantar ke sekolah mereka adalah pengawal yang ditapis oleh polis atau sebaliknya.

"Nak salahkan syarikat pengawal keselamatan, betul dan saya tidak nafikan.

Tetapi, di sekolah, guru besar juga patut memainkan peranan sebab kalau (maklumat) pengawal tidak dikemukakan kepada polis oleh syarikat itu, polis juga tidak tahu.

"Jadi, ia berbalik semula kepada pengurusan sekolah itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa, di sini hari ini.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai memberitahu demikian sebagai mengulas kes seorang pengawal keselamatan yang menjadi suspek kes rogol dan bunuh seorang pelajar tingkatan lima di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada Ahad lepas.

Menurutnya, kementerian pada masa ini sedang meneliti jenis tindakan yang akan diambil terhadap syarikat keselamatan yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

"Mereka telah menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar kementerian sehari selepas kejadian.

"Kalau mengikut prosedur, kita akan bagi surat amaran selepas itu kalau berlaku lagi kes, kita akan tarik balik lesen syarikat," katanya. - Bernama


Sekretariat kumpul bukti 7 ahli langgar disiplin

Posted: 31 Oct 2015 05:08 AM PDT

Ahmad Zahid Hamidi
Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Tertutup Bersama Ketua-Ketua Bahagian Umno Kelantan sempena lawatan kerja sehari hari ini. (dua dari kanan). - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR
 
KOTA BHARU - Umno menyerahkan kepada sekretariat parti untuk mengumpul maklumat mengenai dakwaan  tujuh individu yang melanggar disiplin parti.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa tersebut akan membawa perkara tersebut ke peringkat tertinggi parti termasuk jawatankuasa disiplin dan majlis tertinggi parti.

"Ini kita serah kepada kebijaksanaan  setiausaha agung untuk mengumpul butiran terperinci mengenai pemimpin tersebut,"katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin akar umbi Umno Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuh orang ahli Umno sedang dalam pemerhatian Lembaga Disiplin parti untuk dikenakan tindakan, termasuk digantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: Kita sudah letih! ]


Kadar tambang baharu LRT diumum Isnin

Posted: 31 Oct 2015 05:01 AM PDT

LRT


PUCHONG – Penyelarasan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) akan ditentukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan dijangka diumum Isnin nanti.

Ketika ditanya pemberita, Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad,Tan Sri Ismail Adam berkata, perkara itu belum dapat diumumkan pihaknya selagi kerajaan belum memutuskan kadar tambang bersesuaian.

Beliau berkata, Prasarana ketika ini masih menawarkan perjalanan percuma selama sebulan kepada penumpang di empat stesen baharu Laluan Seri Petaling yang mulai beroperasi hari ini.

Laluan percuma membabitkan stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

"Kita anggarkan kira-kira 30,000 jumlah penumpang akan bertambah setiap hari selepas pembukaan empat stesen baharu ini," katanya  empat stesen menggunakan perkhidmatan tren enam gerabak yang dinamakan AMY.

Beliau sebelum itu dalam ucapannya berterima kasih kepada semua pihak selepas mengumumkan projek pembinaan stesen siap mengikut jadual.

Selepas keseluruhan projek LRT Laluan Ampang siap sepenuhnya, beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya apabila orang ramai mula beralih menggunakan pengangkutan awam.


Bersuara demi rakyat bukan lagi keutamaan Umno?

Posted: 31 Oct 2015 04:58 AM PDT

logo umno


SHAH ALAM - Barisan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Semporna hari ini menzahirkan rasa kecewa tatkala mendengar khabar angin mengenai adanya usaha untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Naib Presiden.

Memetik kenyataan AJK itu, menyatakan bahawa mereka menyatakan rasa kesal sekiranya perkara itu benar-benar berlaku kerana suara-suara pemimpin ini adalah mewakili rakyat kebanyakan, dan bukan bersuara atas kepentingan peribadi.

"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada parti Umno? Adakah syarikat 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, di lucut atau di pecat keahlian mereka?

"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?  Hari ini Umno berhadapan dengan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ini dapat di buktikan dengan keputusan dua pilihan raya umum yang lepas malah buat pertama kali dalam sejarah, Umno kalah "Popular Votes" kepada pembangkang," petik kenyataan itu.

Dalam pada itu, AJK itu, mempersoalkan adakah dengan membuang'pemimpin-pemimpin itu dapat mengembalikan dokongan rakyat kepada Umno

"Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno.

"Sedarkah para pemimpin serta Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor bahawa majoriti ahli Umno dan rakyat percaya bahawa pemimpin-pemimpin yang kononnya di khabarkan sedang dipantau ini telah menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa bahawa asas kepada perjuangan Umno adalah perjuangan untuk kepentingan rakyat, dan bukan kepentingan pemimpin?" petik kenyataan itu.

Terdahulu, Tengku Adnan berkata, langkah disiplin terhadap tujuh pemimpin Umno  akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.

Katanya: "Umno sudah penat melayan anggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum sehingga 'merosakan' parti.‎"

Tambah kenyataan itu lagi, sehingga ke hari ini, baik Muhyiddin  malah  Shafie tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menuduh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melakukan penyelewangan di dalam skandal 1MDB ini dan mereka secara konsisten  hanya mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus, jujur dan konsisten dalam menyatakan dan menjelaskan kepada rakyat setiap persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya dan keraguan kepada rakyat.

"Menyingkirkan pemimpin-pemimpin ini secara langsung akan menghakis kepercayaan ahli terutama golongan muda terhadap Umno itu sendiri.

"Hari ini golongan muda dahagakan pemimpin yang berani menyatakan kebenaran dan bukan pemimpin yang banyak mengeluarkan kenyataan bongkak, retorik dan mengampu sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Malah lebih teruk, kenyataan-kenyataan berbentuk cabaran agar pemimpin-pemimpin tertentu keluar daripada Umno atau Barisan Nasional jika tidak menyokongan kepimpinan Perdana Menteri," petik kenyataan itu.

Sementara itu, AJK itu berkata perbezaan pendapat atau teguran bukan bermakna tidak menyokong kepimpinan tapi pastinya setiap perbezaan dan teguran itu perlu diterima secara positif jika ianya terbukti untuk kebaikan rakyat.

Dengan cara itulah, sekurang-kurangnya kita dapat tunjukkan kepada rakyat khasnya golongan muda Umno adalah parti yang sentiasa bersifat terbuka dalam menerima kritikan dan teguran malah pemimpin-pemimpin Umno sendiri boleh mengkritik pemimpin parti jika ianya untuk kebaikan rakyat.

"Perlu kita ingat bahawa setiap undi dan kerusi pada PRU14 yang akan datang adalah penting kepada survival Umno dan tujuh pemimpin yang di sebut-sebut itu juga terutama  Timbalan Presiden Umno dan Shafie selaku Naib Presiden Umno mempunyai penyokong tegar mereka bukan hanya di kawasan yang mereka wakili malah di seluruh negara jika tidak, mana mungkin mereka mampu bertahan didalam politik hingga ke hari ini.

"Dalam konteks Sabah pula, Shafie merupakan salah satu pemimpin yang bertanggungjawab dalam membawa parti Umno ke Sabah, dan apa nasihat yang kita ingin sampaikan kepada generasi muda dan rakyat pada keseluruhannya terutama di bumi Sabah ini jika pemimpin yang berjasa menbawa Umno masuk ke Sabah malah cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya baik sebagai ahli Parlimen dan bekas Menteri di tujuh kementerian disingkirkan hanya kerana menyatakan kebimbangannya terhadap penerimaan rakyat terhadap Umno dan bersuara demi kepentingan rakyat?" kenyataan itu dipetik lagi.


Tiada ulasan: