Jumaat, 30 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


1MDB: Siar jawapan menteri secara langsung di TV

Posted: 30 Oct 2015 01:52 AM PDT

1MDB

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa kerajaan menyiarkan secara langsung jawapan menteri-menteri berkaitan skandal 1 MalaysianDevelopment Berhad (1MDB) serta wang  RM2.6 bilion dalam akuan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya, menurut pemerhatian beliau, sebanyak 41 soalan telah ditanya oleh ahli-ahli Parlimen berhubung kedua-dua isu itu.

Namun soalan-soalan tersebut tidak dimasukkan dalam 15 soalan yang pertama pada setiap hari persidangan walaupun ia dibangkitkan sejak hari pertama persidangan di Dewan Rakyat.

Malah menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman kepada pihak pembangkang, pertanyaan ini akan dijawab serentak pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

"Saya ingin menyeru menteri menyiarkan sesi tersebut secara" live" melalui kaca TV di saluran televisyen kebangsaan untuk sekali gus menyelesaikan kemusykilan rakyat terhadap isu ini.

"Dan ingin kita ingatkan Perdana Menteri bahawa semua ahli Parlimen dan rakyat Malaysia masih menunggu Najib untuk menjawab siapa penderma tersebut, sebab-sebab derma dan kemana pergi duit itu sekarang," jelasnya.

Peguam Anwar akan fail rayuan kes fitnah terhadap Anifah

Posted: 30 Oct 2015 01:50 AM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR - Peguam Anwar Ibrahim akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak tuntutan saman Ketua Umum KEADILAN itu terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menolak saman itu selepas mendapati Anwar selaku plaintif gagal membuktikan tuntutan terhadap defendan.

Anwar Mahkamah

"Walaupun kita menerima keputusan mahkamah tapi kita mempunyai hak untuk merayu dan Anwar akan gunakan hak tersebut," kata peguam Anwar, Razlan Hadri Zulkifli.

Mahkamah turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000.

Hakim bagaimanapun tidak membaca alasan penghakiman, sebaliknya hanya menyerahkan salinan penghakiman kepada peguam.

Menurut Razlan, hakim membuat keputusan itu selepas berpendapat kenyataan Anifah dibuat secara 'off-record' dan sidang media itu berlaku di luar negara.

Anifah diwakili Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Dalam saman yang difailkan 27 Mei 2009, Anwar mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir telah mencemar imej beliau.

Anwar mendakwa Anifah menggambarkan beliau seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup

Najib potong peruntukan IPTA, biasiswa RM2.2 bilion- Rafizi

Posted: 30 Oct 2015 01:49 AM PDT

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan sebanyak RM2.2 bilion bagi Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk peruntukan untuk biasiswa dalam Bajet 2016.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, peruntukan kepada IPTA dipotong sebanyak RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya mengalami potongan terbesar iaitu 27 peratus.

RafiziManakala kerajaan memotong RM812 juta dalam Bajet 2016 bagi peruntukan untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran berbanding tahun sebelumnya.

"Ini bermakna, potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan biasiswa/dermasiswa serta bantuan pelajaran sebenarnya mencecah RM2.2 bilion dalam Bajet 2016,"

"Ini adalah potongan mendadak yang akan membawa kesan kepada ratusan ribu keluarga di Malaysia," katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Malangnya, menurut Rafizi, perbelanjaan mengurus seperti tuntutan insuran dan pampasan serta faedah, dividen dan bayaran hutang negara meningkat sebanyak RM5.5 bilion.

"Kedua-dua kenaikan ini sebenarnya dalam kawalan kerajaan dan ia tidak akan meningkat sebanyak RM5.5 bilion sekiranya ia diuruskan dengan baik oleh Najib," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Tambah Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN, sektor pendidikan dan bantuan biasiswa telah dijamin kerajaan dalam perlembagaan untuk membantu kaum Melayu dan bumiputra, namun ia dikorbankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

"Sektor ini dimusnahkan oleh kerajan BN sendiri, ia dikorbankan bagi menampung hutang dan pampasan," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan dimana perjuangkan ahli Umno yang sebelum ini menyatakan tentang perjuangan bagi orang melayu.

"Mana orang umno dalam pertahankan perkara ini, bagaimana mereka boleh diam soal isu anak-anak melayu, kata nak naikkan taraf pendidikan bagi orang melayu, mana perjuangkan yang dikaung-laungkan selama ini.

"Inilah pengkhianatan PM Najib dan Umno terhdap mereka,"katanya.

Najib yang ada konflik kepentingan, Tony Pua kena letak jawatan PAC?

Posted: 30 Oct 2015 01:39 AM PDT

Najib-1mdb-parlimen-685x320-650x400
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya meletak jawatan kerana ada konflik kepentingan kerana wujud kesan langsung terhadap proses siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berdasarkan logik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Najib perlu berbuat demikian atau sekurang-kurangnya Najib harus bercuti supaya siasatan bebas dapat dijalankan.

Semalam, Nazri mahu Pua meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum mewawancara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

tony puaPua semalam menawar diri mewawancara Arul Kanda melalui siaran langsung televisyen mengenai skandal 1MDB berikutan Presiden 1MDB itu mengitar semula jawapan yang bersifat perhubungan awam dan jauh dari kebenaran fakta bagi merungkai skandal 1MDB.

"Tidak ada peraturan yang menghalang saya sebagai Ahli Parlimen untuk bertanya dalam mahupun luar PAC. Adakah ini bermakna saya tidak boleh bertanya kepada menteri mengenai 1MDB?" kata Pua pada kenyataan media, hari ini.

Beliau juga lantang mengkritik skandal besar lain, antaranya Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan projel pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di mana-mana sekalipun menjadi ahli PAC sejak tujuh tahun lalu.

"Di mana konflik kepentingannya? Apakah yang menjadikan 1MDB istimewa? Adakah kerana ia dikaitkan secara langsung dengan Perdana Menteri?" katanya.

Tandingi lapan kerusi PAS tidak jejas Pakatan Harapan bentuk kerajaan

Posted: 30 Oct 2015 01:36 AM PDT

pas_dap

Roketkini.com


KUALA LUMPUR - DAP mungkin bertanding di lapan kerusi PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang dan bersedia ke arah itu, kata Setiausaha Publisitinya, Tony Pua.

Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

tony pua"Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu pada sidang media di sini, hari ini.

"Kerusi itu dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang dan ia tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor," katanya dipetik MalaysiaKini.

Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

DAP dan PAS sebelum ini bersekutu melalui Pakatan Rakyat tetapi hubungan itu tidak kekal lama selepas Pakatan Harapan dibentuk.

Mengikut Astro Awani pula, Pua berkata, DAP melantik Pengerusi DAP Bandar Utama, Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras DUN Taman Templer untuk langkah persediaan bagi bertanding di situ.

Ditanya kepada sama ada hasrat itu sudah disampaikan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Menteri Besar Selangor, Tony berkata, ia tiada kena-mengena dengan Mohamed Azmin Ali.

"Kita bercakap tentang pilihan raya pada 2018. PKR bekerjasama dengan PAS. Apa kena-mengena dengan DAP? PAS sudah kata mereka hendak bertanding di kerusi yang disandang DAP," kata Pua.


DAP pertikai kem tentera dipindah, tapak dijual harga rendah

Posted: 30 Oct 2015 01:33 AM PDT

tentera

Roketkini.com


KUALA LUMPUR 30 OKT: Pemimpin DAP mempertikai tindakan pemindahan beberapa kem tentera berikutan penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil pada nilai bawah pasaran.

Walaupun dinafi Kementerian Pertahanan, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata ia terus berlaku membabitkan kem Sungai Besi dan Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Kem Majidee, Johor.

Katanya, kerajaan menganggap penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kementerian dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai.

"Persoalannya, mengapa kerajaan memindahkan kem tentera yang dikendalikan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan menjual tanah kepada syarikat swasta?" katanya pada kenyataan media, hari ini.

liew chin tongBeliau sebelum ini membuat pertanyaan bertulis kepada Menteri Pertahanan mengenai hal itu tetapi mereka menafikannya walaupun beberapa kejadian beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan sebaliknya.

Dalam penjualan kem tentera Sungai Besi yang dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi.

Chin Tong berkata, kerajaan perlu mempertimbang aspek keselamatan yang boleh menggugat negara berikutan faktor maklumat dan aktiviti di kem tentera sebelum membuat penjualan sedemikian.

"Saya mendesak Mindef mendedahkan berapa kem tentera akan dijual untuk pembangunan semula dan jumlah kerugian akibat penjualan itu. Siapa pula yang mendapat manfaat hasil jualan berkenaan.

"Menteri Pertahanan juga perlu menerangkan kriteria yang diguna pakai untuk memilih pemaju kerana kerajaan menjalankan rundingan terus tanpa amalan tender terbuka," katanya.


Syed Azlan mati kerana kekerasan polis

Posted: 30 Oct 2015 01:31 AM PDT

 
Hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia yang mendapati mangsa mati kerana hentakan senjata tumpul di dada dan kecederaan lain di badan ketika dalam tahanan polis.


Pengerusi-EAIC,-Datuk-Yaakob-Md-Sam


PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia (EAIC) mengesahkan kematian seorang tahanan, Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November 2013 mempunyai kaitan dengan kekerasan pihak polis.

Pengerusi EAIC, Datuk Yaakob Md Sam dalam kenyataan berkata, kematian Syed Mohd Azlan akibat trauma hentakan senjata tumpul ke atas dada si mati.

Beliau berkata, siasata juga mendapati si mati mengalami 61 kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai dipukul ketika ditahan dan disoal siasat oleh anggota polis.

"Kecederaan yang dialami si mati konsisten dengan kecederaan mempertahankan diri daripada kekerasan fizikal yang digunakan oleh polis ke atasnya," katanya yang mengumumkan hasil dapatan siasatan itu.

Yaakob berkata, siasatan juga mendapati terdapat gangguan bahan bukti oleh anggota polis seperti membersihkan tempat kejadian sebelum dilawati, melupuskan tikar getah dan karpet yang mempunyai kesan darah si mati dan perlakuan menyembunyikan saksi tangkapan terhadap si mati.

Katanya, pihaknya mendapati anggota polis menggunakan gari persendirian yang bukan dibekalkan PDRM untuk mengari si mati yang menyumbangkan kepada kecederaan di pergelangan tangan di mati.

Yaakob berkata, pihaknya telah mengesyorkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes itu yang telah melakukan jenayah sehingga membawa kematian.

Syed Mohd Azlan ditahan ditahan pada 3 November 2013 di bilik sewanya di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Johor kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dan menggunakan senjata api.

Dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Penawar pada hari yang sama ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Apa yang 1MDB takutkan, Nik Nazmi terkilan syarat debat

Posted: 30 Oct 2015 01:29 AM PDT



Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata 1MDB tidak perlu risau sekiranya syarikat sarat hutang itu tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata 1MDB tidak perlu risau sekiranya syarikat sarat hutang itu tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tidak perlu gentar berdebat dengan Tony Pua jika syarikat itu tidak ada apa-apa hendak disembunyikan, kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, syarat Arul agar Pua meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum berdebat dengannya seolah-olah syarikat itu risau maklumat yang belum diketahui umum akan digunakan ahli Parlimen DAP itu di dalam debat itu.

"Bagi saya, antara hujah yang digunakan adalah, Pua akan guna maklumat dari PAC untuk berdebat. Tetapi kalau 1MDB tiada apa rahsia, tiada masalah. Apalah yang hendak ditakutkan?

"Jadi, itu bagi saya, hujah yang lemah. Seolah-olah dia (Arul) mengaku 1MDB ada masalah besar sehingga tak hendak bagi orang yang ada akses pada maklumat berdebat dengan beliau," katanya pada sidang media Pemuda Pakatan Harapan hari ini. 
 
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong pada sidang media sama menggesa Arul agar memberikan penjelasan memuaskan tentang perjalanan 1MDB kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, perkara itu lebih mustahak berbanding mengulangi gesaan agar Pua meletak jawatan.

"Isu 1MDB ini bukan isu jawatan antara mereka yang hendak berdebat. Ini isu nasional dan sepatutnya Arul beri penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan sampai hendak berdebat dan letak syarat," katanya.

Arul semalam menyahut cabaran Pua untuk satu wawancara di kaca TV yang disiarkan secara langsung membincangkan isu 1MDB, tetapi beliau meletakkan syarat, pemimpin pembangkang itu mesti meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi memelihara integriti jawatankuasa itu dan mengelakkan konflik kepentingan.

Saranan Arul disokong Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan ahli PAC dari Barisan Nasional Datuk Liang Teck Meng.


Kerajaan ‘faham anak muda’, menteri umum boleh terus hisap vape

Posted: 30 Oct 2015 01:26 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan Kabinet tidak mengharamkan vape ialah kerana ia memahami aspirasi anak muda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan Kabinet tidak mengharamkan vape ialah kerana ia memahami aspirasi anak muda. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Kabinet hari ini membenarkan penggunaan rokok elektronik yang dikenali sebagai vape untuk diteruskan, umum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menyifatkannya sebagai satu khabar gembira buat golongan muda, Ismail turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakan sekerjanya atas keputusan tersebut.

"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," umum Ismail menerusi laman Facebook beliau. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini mengumumkan kerajaan mungkin mengharamkan penggunaan vape ekoran dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.

Pada masa sama, budaya vape menimbulkan rasa kurang senang segolongan pihak di laman sosial ekoran etika mereka yang menghisapnya mendapat "perakuan", apabila anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi memuat naik gambar rokok elektronik tersebut di laman Instagram beliau dan menyifatkannya sebagai perkakas sentiasa mengiringinya apabila beliau keluar rumah.

Tindakan itu mencetuskan perbualan nasional di media sosial ekoran budaya vape yang dianggap sebahagian masyarakat berada dalam kategori sama dengan merokok.

Terkini, seorang penumpang Malindo Air dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur cedera di peha dan tangannya apabila bateri vape yang dibawa dalam beg bawaan tangannya terbakar pada 25 Oktober lalu.

Insiden itu menyebabkan Jabatan Perkhidmatan Awam memperketatkan prosedur menaiki pesawat dan mengarahkan penumpang menceraikan bateri daripada vape mereka apabila menaiki pesawat.


Bank Negara boleh bertindak ke atas 1MDB tanpa peguam negara, kata G25

Posted: 30 Oct 2015 01:23 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Bank Negara Malaysia ada peruntukan mengambil tindakan sivil ke atas 1MDB kerana engkar arahan memulangkan wang kembali ke Malaysia, menurut sekumpulan moderat Melayu bergelar G25. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.Bank Negara Malaysia ada peruntukan mengambil tindakan sivil ke atas 1MDB kerana engkar arahan memulangkan wang kembali ke Malaysia, menurut sekumpulan moderat Melayu bergelar G25. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Bank Negara Malaysia (BNM)  boleh mengambil tindakan sendiri terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atas kegagalannya memenuhi arahan bank pusat itu memulangkan sebanyak AS$1.83 billion ke Malaysia, kata kumpulan Melayu moderat yang menggelar diri mereka G25, hari ini.

Dalam satu kenyataan, mereka berkata tindakan boleh diambil berasingan tanpa peguam negara, menurut Seksyen 239, Akta Perkhidmatan Kewangan.

Mereka turut berkata tindakan sedemikian oleh BNM tidak menjurus pendakwaan, dan oleh itu tidak timbul isu ia cuba mengatasi kuasa peguam negara.

"Apabila Bank Negara mengambil tindakan di bawah Seksyen 239, ia mengambil tindakan sivil, bukan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB. "Keputusan mengenai sesuatu tindakan jenayah hanya boleh dibuat peguam negara.

"Apabila Bank Negara mengambil tindakan sivil terhadap 1MDB di bawah Seksyen 239 kerana tidak mematuhi arahan BNM, ia boleh memohon perintah daripada mahkamah di bawah akta tersebut.

"Misalnya, Bank Negara boleh memohon mahkamah memerintahkan 1MDB membayar AS$1.83 bilion atau, sebaliknya, memohon supaya mahkamah memerintahkan 1MDB membayar bank pusat itu sebarang penalti sivil," kata G25.

Kumpulan itu juga berkata, cara pelucutan jawatan seorang peguam negara atau timbalan pendakwa raya sepatutnya sama dengan pelucutan seorang hakim atau ketua audit.

Julai lalu, Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkhidmat sebagai peguam negara selama 13 tahun sejak 2003 dilucutkan jawatannya, ketika masih menganggotai pasukan khas bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1MDB, di samping isu "derma" RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak.

Gani bersara daripada institusi kehakiman pada Oktober 5, sehari sebelum menyambut hari jadinya yang ke-60, iaitu usia persaraan penjawat awam.

Beliau digantikan dengan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Awal bulan ini, Apandi mengumumkan keputusan Jabatan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan ke atas 1MDB kerana membuat pendedahan tidak tepat dalam memohon kebenaran.

Keputusan itu dibuat walaupun selepas menerima rayuan BNM, kerana menurut Apandi, tidak ada bukti lanjut.

Keesokan harinya, BNM memberitahu ia pernah menarik balik 3 kebenaran pelaburan kepada 1MDB di antara 2009 dan 2011 susulan pendedahan tidak tepat, dan memerintahkan syarikat milik kerajaan itu memulangkan wang pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (RM7.87 bilion).

Pengumuman Apandi menerima kritikan, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar peguam negara kerana cuba berlagak hakim.

Peguam negara, pada 13 Oktober, bagaimanapun berkata tidak ada keperluan mengkaji balik keputusan itu kerana tidak ada bukti baharu


EXCO Pahang tegur Mufti Perlis

Posted: 30 Oct 2015 01:17 AM PDT

 
Syed Ibrahim Syed Ahmad berpendapat terdapat percanggahan mengenai fatwa 'Larangan Berzikir' yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis.


syed,maza


PETALING JAYA: Seorang EXCO Negeri Pahang menegur mufti di negara ini supaya supaya tidak mengeluarkan fatwa dengan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu merujuk kepada ajaran Islam sebenar.

Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad menegaskan, mufti juga tidak seharusnya mengeluarkan sesuatu fatwa atas arahan daripada mana-mana individu mahupun berdasarkan pendapat sendiri.

Syed Ibrahim mengulas mengenai fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) baru-baru ini yang berkata menari untuk berzikir melanggar hukum syarak.

Syed Ibrahim berpendapat terdapat percanggahan mengenai fatwa 'Larangan Berzikir' yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis itu.

Katanya, apabila terdapat perkara yang disifatkan bercanggah di antara fikrah dan fatwa sejak kebelakangan ini membuatkan institusi agama disalahguna untuk kepentingan pihak tertentu.

"Sebelum ini mereka pernah melarang berzikir dan sepakat mengatakan zikir itu adalah bidaah. Kini, amalan zikir dibolehkan tetapi dikeluarkan pula fatwa larangan zikir menari.

"Apa-apa sahaja perbuatan yang tidak elok ketika beribadah sememangnya sudah jatuh pada hukum haram dan tiada penjelasan untuk hal itu lagi.

"Selain itu, banyak lagi hukum yang dizahirkan semata-mata untuk mengeluarkan fatwa yang terang-terangan bercanggah setiap hari. Hal ini menyebabkan ramai orang Islam kita menjadi keliru," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Baru-baru ini, Dr Maza menerusi kenyataannya menyatakan satu gerakan yang berlaku secara spontan (tamayul) tanpa niat untuk beribadah semasa berzikir atau membaca Al-Quran dan lain-lain adalah tidak dilarang.

Mengulas perkara itu lagi Ibrahim menyatakan kenyataan yang dibuat menyebabkan timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam serta boleh mewujudkan pertelingkahan dan perpecahan ummah.

"Kita menyeru agar fatwa celaru yang dikeluarkan ini bukan untuk meraih sokongan populariti. Isu ini perlu diperbetulkan untuk menghentikan kekeliruan di kalangan umat Islam," kata Syed Ibrahim.

Menteri, timbalan menteri kita banyak buang masa – NGO

Posted: 30 Oct 2015 01:03 AM PDT

 
Ia sebagai contoh bagaimana kerajaan tidak menggunakan sepenuhnya tenaga kerja yang ada.


Syed-Ali-Al-Attas_talk


KUALA LUMPUR: Sebahagian menteri dan timbalan menteri di negara ini didakwa tidak menyumbang apa-apa kepada rakyat malah mereka dikatakan lebih banyak membuang masa.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Al-Attas berkata, keadaan itu merupakan contoh bagaimana kerajaan tidak menggunakan sepenuhnya sumber tenaga yang ada termasuk menteri dan timbalan menteri.

Katanya, walaupun negara ini mempunyai ramai menteri dan timbalan tetapi sebahagiannya tidak menyumbang apa-apa.

"Negara kita memiliki ramai menteri dan timbalan menteri. Tapi ada setengah daripada mereka tidak membantu apa-apa. Banyak menteri dan timbalan menteri kita hanya membuang masa," katanya dalam sidang media sempena forum Pasca Bajet 2016 pada Jumaat.

Mengulas mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan pada Jumaat lalu, Syed Ali berkata, Najib mengutamakan pembangunan bersifat kuantitatif dan mengabaikan pembangunan moral atau kualitatif.

"Pembangunan minda, hati tidak dibentangkan dalam bajet kali ini. Bajet yang dibentangkan ini seolah-olah menyamai bajet negara Barat.

"Kita harus ubah pemikiran kita. Kita harus ada maruah," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata, kurangnya pembangunan moral, minda, hati dan insaniah telah menyebabkan masalah-masalah dan peningkatan kadar jenayah seperti kes rompak dan penagihan dadah.

"Kerajaan tidak menggunakan sumber manusia di negara ini secara efisyen. Rakyat di negara ini hanya menggunakan 20 peratus kemahiran mereka. Walaupun kita mempunyai 20 buah universiti awam.

"Malah, hingga kini masih ada rakyat yang masih menganggur, bermain telefon pintar, merokok dan juga membuang masa," katanya.

Arul Kanda tidak perlu letak syarat – Noh Omar

Posted: 29 Oct 2015 09:46 PM PDT

 
Tiada bezanya status Tony Pua sebagai ahli PAC tetapi yang penting rakyat tahu perkara yang sebenar tentang 1MDB.


noha-omar_tony-pua_arul-kanda_1mdb_600


PETALING JAYA: Debat terbuka antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua perlu dilakukan tanpa syarat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, permintaan Arul yang mahu Pua meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dianggap sebagai tidak perlu.

"Debat terbuka itu perlu dilakukan tanpa syarat walaupun Arul Kanda ada mengemukan syarat supaya Tony melepaskan jawatan sebagai ahli PAC. Tiada bezanya status dia sebagai ahli PAC tetapi yang penting rakyat tahu perkara yang sebenar tentang 1MDB," katanya yang dipetik daripada sebuah laman portal.

Beliau berkata demikian mengulas cabaran Arul kepada Tony untuk berdebat selepas Tony banyak kali mengkritik syarikat pelaburan strategik negara yang dilanda kontroversi itu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang kagum dengan usaha berterusan Arul memulihkan kepercayaan rakyat terhadap 1MDB.

"Saya menyokong penuh jawapan daripada Arul yang menerima cabaran daripada Tony untuk berdebat secara terbuka tentang 1MDB," ujarnya.

Lelaki tampar imam didenda RM12,000

Posted: 29 Oct 2015 09:44 PM PDT

 
Hukuman denda sebanyak RM12,000 itu dijatuhkan terhadap Shabir Ahmad Khan selepas mahkamah mendapati laporan psikiatri menunjukkan tertuduh layak dibicarakan.


tampar-iman


PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM12,000 kepada seorang lelaki warga India kerana menampar Imam Masjid Negara, bulan lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Shabir Ahmad Khan, 31, selepas laporan psikiatri menunjukkan tertuduh layak dibicarakan.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap imam berkenaan, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, 39, di Masjid Negara, Jalan Perdana, Dang Wangi, pada jam 1.30 petang, pada 18 September lepas.

Dia turut didakwa mengganggu perjalanan solat Jumaat dan tinggal lebih masa di negara ini di tempat, waktu dan tarikh sama.

Ali Tinju ugut Tun M

Posted: 29 Oct 2015 09:40 PM PDT

 
Dia sedia menggerakan Gerakan Merah untuk mendesak Perdana Menteri menggugurkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Kedah jika Tun M terus menyerang Najib.


mahathir,ali-tinju


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didesak supaya berhenti menghasut rakyat membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ingatan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom atau Ali Tinju.

Katanya, jika Dr Mahathir berdegil dan meneruskan serangan terhadap Najib, pihaknya akan mendesak Perdana Menteri menggugurkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, dia tidak teragak-agak untuk menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gerakan Merah untuk melancarkan desakan itu.

"Jika Tun masih kacau dan menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri Malaysia yang sah, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami NGO Melayu #Gerakan Merah akan membuat bantahan supaya Perdana Menteri gugurkan anak Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah," katanya kepada FMT.

Ali Tinju berkata, peringatan itu penting kerana Dr Mahathir masih ghairah menyerang kepimpinan Najib dengan melemparkan segala tuduhan dan tohmahan tidak berasas.

Muhyiddin akan dipecat sebelum Perhimpunan Agung UMNO – Zam

Posted: 29 Oct 2015 09:38 PM PDT

 
75 peratus ketua UMNO bahagian malah ada yang mendakwa 95 peratus telah bersiap sedia bagi menyokong untuk menyingkitkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.


zam_muhyiddin_600


PETALING JAYA : Pemimpin UMNO seluruh negara dikatakan sedang berusaha keras untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ahli parti itu sebelum Persidangan Agung UMNO, Disember ini.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam mendakwa, kira-kira 75 peratus ketua UMNO bahagian malah ada yang mendakwa 95 peratus telah sedia untuk menyokong menyingkirkan Muhyiddin.

Katanya, Muhyiddin tidak boleh dipecat sebagai Timbalan Presiden kerana beliau dipilih dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi dengan cara memecat keahlian UMNO secara automatik akan menggugurkannya dari jawatan penting itu.

Zam berkata, kenyataan Muhyiddin dalam sebuah forum di Johor baru-baru ini yang menganggap pemimpin UMNO yang menyokong Presiden sebagai pengecut, telah mendorong penyokong-penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi semakin agresif.

"Langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung UMO tidak lama lagi kerana kehadiran Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden mungkin akan menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai Presiden UMNO jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.

"Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal Timbalan Presiden UMNO dapat dipromosikan sebelum Perhimpunan Agung UMNO menjelang pilihanraya umum akan datang dan supaya Najib dapat berkuasa sehingga pilihanraya umum itu," katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.my.

Beliau berkata, pemecatan Muhyiddin akan memberi peluang kepada Najib memperkuatkan kekuatannya dalam parti dan memperbaiki ekonomi negara.

"Tetapi ini belum pasti akan dapat mempastikan pemulihan sokongan orang Melayu kepada UMNO untuk terus bekuasa kerana semangat bahagian dan ahli-ahi UMNO adalah sangat rendah kerana kerosakan imej kepimpinan negara yang sangat parah," katanya.

Menurutnya, selain daripada Muhyiddin, beberapa orang yang turut merancang untuk menjatuhkan Najib juga bersedia untuk disingkirkan kerana merosakkan imej UMNO walaupun niat mereka yang sebenar adalah mahu menyelamatkan parti.

"Ketua-ketua bahagian UMNO melihat bahawa langkah menyelamatkan kepentingan peribadi Najib adalah perlu untuk kekuatan parti dari menyelamatkan parti untuk kepentingan seluruh rakyat

"Keputusan ini kerana Najib adalah King of Money yang mempunyai pengalaman lama dalam UMNO bahawa Money Is The King," jelasnya.

PAS guna politik baru, kerjasama dengan NGO dan parti serpihan lain

Posted: 29 Oct 2015 09:29 PM PDT

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan bahawa PAS kini sedang bergerak ke arah agenda politik baru dengan menjalinkan kerjasama dengan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan kebaikan kepada parti.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata langkah berkenaan diambil atas pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memutuskan parti berkenaan bergerak sendiri tanpa bertahaluf dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan (PH).
 
"Kita sedang kearah itu (politik baru PAS) untuk kita berhadapan dengan PRU 14, kita rasa itu lebih baik berbanding kita hanya bergantung kepada rakan-rakan gergasi yang kadang 'makan' kita pula. Itu yang berlaku", jelas Khairuddin.
 
PAS terus menolak untuk bekerjasama dengan Umno-BN seperti mana yang dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan awal hari ini.
 
Takiyuddin berkata PAS tidak akan sesekali bekerjasama dengan Umno-BN dan hanya akan kekal sebagai pembangkang tanpa menyertai Pakatan Harapan.
 
Malah ujar Khairuddin, PAS terbuka untuk bekerjasama dengan parti kecil-kecilan yang mahu memperjuangkan isu-isu rakyat.
 
"Bukan hanya satu (individu) tapi kita nak ramai lagi. Pertama kita (PAS) nak menerusi Kongres Rakyat mencari pelbagai NGO supaya bekerjasama dengan kita supaya kita dilihat sebagai pejuang isu-isu rakyat. 
 
"Disana banyak parti-parti serpihan atau kecil-kecilan walaupun mungkin mereka tidak menjadi gergasi (dalam pembangkang) tetapi mereka boleh membantu dari segi sedikit atau banyak. 
 
"Kita lihat di Sabah dan Sarawak, mereka ini ada pandangan tersendiri dan mereka boleh bersama kita sebenarnya politik ini mesti kita perluaskan, kerjasamanya kita perluaskan", katanya di lobi Parlimen.
 
"Mungkin banyak lagi parti di Sabah dan Sarawak yang boleh bersama kita", katanya.
 
Antara parti berkenaan adalah Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
 
 

KKM jamin ubatan dan vaksin di Malaysia halal

Posted: 29 Oct 2015 09:23 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KLANG: Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit di negara ini adalah halal serta selamat digunakan, lapor Bernama.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata alasan sesetengah ibu bapa memilih menolak vaksin untuk anak mereka berdasarkan dakwaan bahawa suntikan yang diberi haram dan mengandungi Deoxyribonucleic Acid' (DNA) babi, adalah tidak berasas.
 
"Pihak kementerian tidak mewajibkan pemberian vaksin tetapi kami menggalakkan ibu bapa memberi vaksin ini kepada anak mereka kerana ia telah terbukti berjaya mengurangkan kadar kematian bayi," katanya dalam sidang berita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hari Penyelidikan Selangor di sini, Khamis.
 
Turut hadir Pengarah Kesihatan Selangor Dr S. Balachandran dan Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming.
 
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gerakan antivaksin yang semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa muda di negara ini.
 
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya sebelum ini dilaporkan berkata berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan daripada data klinik kesihatan, bilangan kes ibu bapa menolak pemberian vaksin untuk bayi mereka  telah meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga Mei lepas.
 
Dr Hilmi berkata kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas di mana bilangan kes penyakit campak meningkat daripada 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit batuk kokol bertambah dari 497 kes pada 2014 kepada 655 kes tahun ini.
 
Sementara itu, mengulas mengenai kes demam kepialu, Dr Noor Hisham berkata sejak Ogos lepas sehingga hari ini, sebanyak 59 kes telah direkodkan.
 
Justeru itu, beliau menasihatkan pengendali makanan supaya menitikberatkan kebersihan ketika menyediakan makanan, selain menyarankan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan hanya memilih kedai makanan yang bersih.
 
 

Justo mahu saman 3 pihak terima datanya di S'pura

Posted: 29 Oct 2015 05:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura.

Justo mahu Toong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd Ho Kay Tat serta pengasas-editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka, menurut sumber yang berkaitan dengan kes itu.

Sumber itu memberitahu Bernama bahawa saman itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi di Singapura pada 4 November ini.

Saman itu akan difailkan di Singapura kerana data berkenaan, yang dicuri Justo daripada PetroSaudi, telah diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu di republik berkenaan.

Justo mengaku mencuri data berjumlah 90 gigabyte termasuk e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada percubaan untuk memeras bekas majikannya itu.

Apabila percubaan pemerasan itu gagal, dia menyerahkan data berkenaan kepada Toong dan Brown, yang dikatakan telah menawarkan kira-kira AS$2 juta kepadanya, tetapi dia ditangkap pada 22 Jun lepas di pulau Koh Samui di selatan Thailand sebelum menerima bayaran itu.

Pada Isnin, Justo memohon ikat jamin tetapi permohonannya ditolak oleh mahkamah. Justo dijangka memfailkan permohonan baru untuk ikat jamin pada minggu depan.

Di KUALA LUMPUR, peguam Kevin Joshua berkata Justo tidak mempunyai hak untuk memfailkan saman kerana dia "tidak mempunyai kepentingan terhadap barangan itu" untuk membuat sebarang tuntutan.

"Ia seperti seorang perompak menyaman tukang emas yang membeli barang kemas yang dicurinya," kata rakan guaman di Kevin and Co itu.

"Walaupun dia mungkin mempunyai hak untuk memulakan tindakan saman, persoalannya ialah sama ada ia dapat diterima, dan ia bergantung kepada pengakuan apa yang dibuat."- Bernama


Padah sekeping gambar Najib

Posted: 29 Oct 2015 04:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pembaca berita RTM rancangan berita Mandarin hari ini membaca berita tanpa sebarang visual sokongan.
Semua itu dikatakan berlaku selepas rancangan berita itu memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama hiasan grafik berkaitan 1MDB.

Ketua berita Mandarin RTM Tan Lee Won mengesahkan larangan penggunaan sebarang visual untuk rancangannya, lapor Sin Chew Daily.

Tan berkata arahan itu dibuat oleh pengurusan RTM semalam dan berkuat kuasa terhadap dua programnya pada 12 tengah hari dan 8 malam hari ini.

Beliau enggan menyatakan alasan diberikan dan masih tidak pasti tempoh larangan itu berkuat kuasa.
Sumber mendakwa hukuman itu susulan penggunaan gambar itu dalam berita malam semalam.

Laporan isu PKR vs Najib

Gambar itu dipapar ketika laporan berhubung kes saman PKR terhadap Najib berkaitan perbelanjaan pilihan raya.

Gambar itu pada asalnya dikeluarkan oleh Malaysiakini.

Ia menunjukkan Najib dalam keadaan tunduk dengan kolaj gambar-gambar berkaitan 1MDB di sekelilingnya, termasuk ahli perniagaan sensasi Jho Low.

Menjalani 'hukuman', pembaca berita RTM malam ini dilihat membaca berterusan untuk sepanjang program.

Dalam rancangan tengah hari tadi, skrip pembaca berita juga tidak ditukar yang menyaksikan pembaca berita masih merujuk kepada gambar yang tidak muncul di skrin televisyen.

Malaysiakini sudah menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak dan masih menunggu jawapannya.

Hentikan aktiviti pertanian di kawasan empangan di Melaka

Posted: 29 Oct 2015 04:55 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan negeri Melaka menggesa semua akiviti pertanian di kawasan empangan dan tadahan air di sekitar negeri ini dihentikan segera bagi mengelak sebarang pencemaran bekalan air penduduk setempat.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron bekata larangan untuk segala aktiviti pertanian di kawasan berkenaan terutama di Empangan Jus Jasin dan Empangan Durian Tunggal Alor Gajah itu diwartakan pada 2010.

"Kami lihat aktiviti ini semakin berleluasa dan tiada kesedaran petani untuk menghentikannya. Gesaan ini dibuat hasil taklimat Badan Kawal Selia Air Melaka bahawa dasar tasik menunjukkan perubahan hingga menjadi tinggi, menyebabkan pengurangan paras air di kawasan berkenaan.

"Pemeriksaan beberapa jabatan berkaitan terutama Jabatan Kimia mendapati terdapat unsur yang menimbulkan keraguan yang mungkin boleh menyebabkan pencemaran air berlaku di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam.

Beliau berkata penerangan dan taklimat kini giat diberikan kepada semua petani yang terlibat dalam aktiviti pertanian di kawasan berkenaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu tersebut.

Sementara itu, Idris berkata semua agensi dan jabatan kerajaan negeri di Melaka diarah bersiap sedia bagi menghadapi situasi banjir yang dijangka berlaku pada musim tengkujuh ini.

Beliau berkata persiapan itu termasuk menyelenggara sistem, sungai dan laluan agar sentiasa dalam keadaan baik bagi mengelak air bertakung sekali gus mengakibatkan banjir.

Dalam perkembangan lain, katanya Melaka dipilih sebagai tuan rumah Majlis Rumah Terbuka Sambutan Krimas Peringkat Kebangsaan 2015 yang akan diadakan di hadapan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Banda Hilir pada 27 Disember depan.

Beliau berkata sambutan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermula 8 malam hingga 10 malam dan pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang hari itu bermula 2 petang.- Bernama


Tahniah saudara, kau tidak malu suap ibumu'

Posted: 29 Oct 2015 04:47 PM PDT


'Tahniah saudara, kau tidak malu suap ibumu'
Paparan skrin yang menunjukkan seorang lelaki menyuapkan makanan ibunya
 

PERILAKU seorang anak muda menyuap makanan ke mulut ibunya di sebuah medan selera menarik perhatian netizen hari ini.

Foto yang dimuatnaik oleh pelayar Facebook menggunakan nama Mahfuzah Mahadzir itu menunjukkan seorang pemuda menyuapkan nasi ke mulut seorang wanita yang sudah berusia.

Tulis Mahfuzah pada kapsyen gambar yang dimuatnaik, "syurga di bawah kaki ibu! Kasih seorang anak terhadap ibunya! Menyuap nasi, menyapu sisa makanan yang terlekat di pipi dan mulut."

Malah tulis Mahfuzah, kelihatan juga lelaki itu membetulkan anak rambut wanita yang didakwa ibu pemuda tersebut yang membuatkan dia sebak dan menitiskan air mata.

Sementara itu, rata-rata netizen tersentuh dan memuji tindakan pemuda itu yang tidak segan silu menyuapkan makanan kepada ibunya di tempat awam.

Irwanmustafa PĂ„njank menulis, "bukan semua anak-anak yang boleh lakukan macam ni, tanpa rasa malu atau menyusahkan."

"Tahniah saudara, kau tidak malu untuk menyuap ibumu, sedangkan di luar sana banyak lagi anak-anak, yang maki ibu depan khalayak ramai," tulis Arenas Nasri pula.


Muhyiddin jawab ‘tak tahu’ isu tujuh pemimpin Umno

Posted: 29 Oct 2015 04:45 PM PDT

Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada program Bicara Minda, 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian di Johor Bahru, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


KUALA LUMPUR - Ketika angin terus bertiup kencang berhubung tujuh pemimpin Umno yang akan dikenakan tindakan disiplin, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mendedahkan sebarang maklumat sama ada beliau disiasat parti itu.

"Saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya baca mengenainya di media," beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung tujuh individu yang didakwa sedang disiasat oleh parti tersebut sepertimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: Kita sudah letih!]

Tengku Adnan sebelum ini berkata, tujuh pemimpin Umno sedang dalam pemerhatian Lembaga Disiplin parti untuk dikenakan tindakan, termasuk digantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.

Tengku Adnan berkata, Umno sudah tidak tahan dengan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal  dikeluarkan segelintir ahlinya itu.

"Kita letih dengan ahli yang keluarkan kenyataan bukan untuk orang ramai. Kita siasat dan tengok hasil siasatan. Ada tujuh orang, (tapi) saya tak nak namakan mereka.

"Mereka tahu siapa diri mereka. Parti kita ada set Perlembagaan sendiri, jawatankuasa disiplin. Kita ada kod etika, kita tidak mampu nak berhadapan kegilaan ini lagi," katanya.


GST 'confirm' naik, pelik kalau tak naik-naik

Posted: 29 Oct 2015 04:37 PM PDT

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
 
 
SHAH ALAM – Pakar ekonomi berpendapat kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula April lalu bakal dinaikkan dari semasa ke semasa, malah ia bukan sesuatu yang pelik untuk berlaku.

Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, sejarah GST yang dilaksanakan oleh negara-negara lain menunjukkan kadarnya dinaikkan selepas beberapa tahun diperkenalkan.

"Jika kita bercakap beberapa tahun akan datang, saya rasa ia bukan kemungkinan tapi satu kepastian. GST ini memang 'confirm' akan naik. Kalau kita tengok di negara-negara lain pun, selepas beberapa tahun diperkenalkan, kadarnya pasti akan naik.

"Sebagai 'counter ballance', biasanya, cukai pendapatan dan cukai korporat akan diturunkan. Jadi, kenaikan kadar GST ini bukan satu perkara yang pelik dan saya rasa itu memang boleh dijangka dari awal.

"Saya tidak melihat kenaikan kadar itu sesuatu yang negatif. Bukan benda pelik... memang sepatutnya naik tapi yang peliknya ialah jika kadar itu tidak naik-naik tiap tahun," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, susulan pembentangan Bajet 2016, Pas melahirkan kebimbangan kemungkinan kenaikan kadar GST akan berlaku ekoran kebergantungan kerajaan pada hasil kutipan GST.

Namun menurut Wan Saiful, sebelum kenaikan kadar GST itu dilakukan oleh kerajaan, pertimbangan utama berkaitan faktor pendapatan rakyat perlu diambil kira.

"Kenaikan pendapatan rakyat memang setiap tahun akan berlaku, jadi, mungkin apa yang berlaku ialah peningkatan itu tidak selaras dengan... ataupun tidak sebanding dengan peningkatan kos sara hidup. Tapi yang pastinya, pendapatan rakyat memang pasti akan meningkat dari tahun ke tahun.

"Sekiranya pendapatan rakyat masih lagi dianggap sebagai tidak cukup tinggi untuk membolehkan GST dinaikkan, maka ini memberikan pertimbangan kepada kerajaan, 'mungkin masanya tidak sesuai untuk naikkan terlalu banyak'.

"Saya rasa ini perkiraan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa, kalau sekiranya kenaikan pendapatan rakyat amat rendah pada tahun 2018 contohnya, maka 2018, jangan dinaikkan lagi (kadar GST).

"Tunggulah 2019 untuk membuat perkiraan lain... perlu dinaikkan atau tidak. secara prinsipnya, naik memang pasti tapi berapa banyak, bila naik, itu bergantung pada perkiraan semasa," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesional Negara (MPN)‎, Prof Razli Che Razak berkata, meskipun hasil GST cukup besar namun ia tidak mampu menampung sepenuhnya pendapatan kerajaan.

"GST akan memberi sumbangan besar kepada negara dan kebetulan dengan hasil minyak yang semakin menguncup sedikit, maka GST dapat menampung tapi tidak dapat menampung penuh lagi. Sebab ia tak boleh nak 'cover' yang disumbang oleh Petronas.

"Jadi, keputusan (laksana GST) yang dibuat kerajaan setakat ini bagus. Ia dapat menampung ruang dan kekosongan akibat kekurangan harga minyak yang lebih rendah dan harga komoditi itu," katanya.

Meskipun ia memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara, namun masalah berkaitan kestabilan harga masih belum diatasi sepenuhnya yang menyebabkan rakyat melihat GST itu hanya memberi kesan buruk kepada mereka.

"Cuma masalah yang saya lihat adalah, kestabilan harga (barang) masih belum berlaku. Ia mungkin akan memakan masa yang panjang, kira-kira setahun tapi sekarang baru enam bulan diimplementasikan dan kestabilan harga itu kita lihat masih belum berlaku lagi.

"Jadi, rakyat melihat ia (GST) memberi kesan (kepada mereka) kerana harga barang itu naik. Saya rasa yang patut dilakukan adalah sebagaimana yang dijanjikan kerajaan ialah pemantauan pada harga kerana rakyat tidak rasa bahawa pengawalan harga itu berlaku.

"Jika GST diimplementasikan dan pemantauan terhadap harga boleh dilakukan dengan baik, saya fikir ia sudah cukup," katanya.

Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Prof Dr Syed Aziz Abu Mansor pula berpendapat, sekiranya kerajaan melihat pendapat negara tidak mencukupi, kadar cukai GST akan dinaikkan.

"Cukai itu tidak berdasarkan pendapatan rakyat tapi mengikut...tengok duit cukup atau tidak untuk pembangunan negara, ada duit 'short' di mana-mana ke. Saya rasa jika duit masih tidak cukup untuk pembangunan negara, ia akan naikkan cukailah, GST.

"Ia bergantung pada bagaimana kerajaan membelanjakan wang. Jika belanja berhemah, mungkin tak perlu naikkan lagi dan mungkin boleh kurangkan lagi kadar cukai itu," katanya.

Katanya, sekiranya rakyat terpaksa berdepan kenaikan kadar GST namun pendapatan masih di takuk lama yang tidak setanding dengan kenaikan kos sara hidup, jelas rakyat akan marah.

"GST naik, sakit lagilah rakyat. Tak payah tanya. Kalau naik lagi cukai, bising lagilah rakyat," katanya.


Tiada ulasan: