Khamis, 29 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib saman Liong Sik

Posted: 29 Oct 2015 05:16 AM PDT

Syah Hairizal Kamalul Arifin, Astro Awan
 
Najib saman Liong Sik
Liong Sik yang merupakan Presiden MCA itu juga mendakwa bahawa beliau terkejut mengapa Najib mengambil masa yang begitu lama untuk memfailkan saman. - Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik kerana didakwa memfitnah beliau.

Menurut sumber dalaman yang dihubungi Astro Awani, Najib telah memfailkan saman fitnah itu pada 27 Oktober melalui tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Notis saman tersebut akan dihantar dalam masa terdekat. Dalam notis saman tersebut, Najib memohon untuk saman umum, ganti rugi teruk dan teladan.

Memetik laporan The Star pada Rabu, Liong Sik berkata beliau "sabar menunggu" untuk tindakan undang-undang daripada Najib susulan kenyataan beliau terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

"Saya masih menunggu. saya adalah seorang lelaki yang sangat sabar, jangan tergesa-gesa," ujar Liong Sik.

Liong Sik yang merupakan Presiden MCA itu juga mendakwa bahawa beliau terkejut mengapa Najib mengambil masa yang begitu lama untuk memfailkan saman.

Liong Sik sebelum ini telah menerima surat tuntutan daripada penasihat undang-undang Najib, yang menuduhnya memfitnah.
Surat tersebut menuntut agar beliau menarik balik dan memohon maaf berhubung kenyataan beliau yang berkaitan isu syarikat pelaburan strategik nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) awal Oktober lalu.

Liong Sik bagaimanapun menegaskan pendirian tidak akan menarik balik kenyataannya yang menuntut agar Najib berundur, dan beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. 
 
 
 

Kertas siasatan 7 'anai-anai UMNO' siap - Ku Nan

Posted: 29 Oct 2015 05:14 AM PDT

Hilal Azmi, Astro Awani
Kertas siasatan 7 'anai-anai UMNO' siap - Ku Nan
Menurut Ku Nan: Beliau tidak akan memberitahu tujuh nama tersebut kerana ia tidak adil, namun individu-individu itu boleh berdepan penggantungan keahlian. - Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Kertas laporan siasatan ke atas tujuh individu dalam UMNO yang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya 'dibuat di khalayak' telah siap, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, pihaknya masih belum dapat membuat sebarang tindakan memandangkan ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Presiden dan Lembaga Disiplin parti.

"Kita nak betulkan parti, kita tak mau ada gunting dalam lipatan, 'anai-anai' mahupun duri dalam daging," kata Tengku Adnan yang turut dikenali sebagai Ku Nan.

"Kertas siasatan dah ada, cuma kami masih belum dapat memuktamadkan tindakan yang patut diambil memandangkan kertas siasatan itu perlu dihantar ke Majlis Presiden dan seterusnya kepada Lembaga Disiplin UMNO.

"Hanya Lembaga Disiplin sahaja boleh membuat keputusan mengikut perlembagaan parti," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Taman Pudu Ulu (Fasa II) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun enggan mendedahkan nama tujuh 'anai-anai UMNO'

"Saya dah kata, saya takkan beritahu tujuh nama tersebut sebab ia tidak adil. Kita boleh gantung keahlian termasuk jawatan yang disandang mereka," tambahnya.
Sementara itu, pembangunan Taman Rekreasi Pudu Ulu (Fasa II) mempunyai keluasan pembangunan 13.4 hektar dan dijangka siap pada 7 Ogos 2016.


Jaga hal sendiri, pesan Pas kepada Amanah

Posted: 29 Oct 2015 05:03 AM PDT

QURNISHA HAMKA & SM AMIN

 

takiyuddin
Takiyuddin berkata, Pas lebih rela bekerjasama dengan musuh berbanding menjalinkan kerjasama dengan pihak yang hadirnya dari serpihan parti itu. Foto fail TRP 


KUALA LUMPUR,  Parti Amanah Negara (Amanah) digesa untuk tidak masuk campur hal dan urusan dalaman Pas.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Amanah, Abdul Khalid Samad baru-baru ini.

"Apa yang jadi dalam parti kita adalah urusan kita. Kamu urus parti kamu, dan kami akan urus parti kami," katanya.

Beliau juga berkata bahawa Pas lebih rela bekerjasama dengan musuh berbanding menjalinkan kerjasama dengan pihak yang hadirnya dari serpihan parti itu.

"Kita akan bersendiri, ia lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan sepasukan," tambahnya.

Oleh yang demikian, Pas akan kekal sebagai parti pembangkang dan tidak timbul isu akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Menjelaskan hal itu, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini telah disalah tafsirkan oleh pihak luar yang mana ianya bukanlah bermaksud parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti politik kerajaan kini.

"Kenyataan Presiden bukan bererti Pas nak bekerjasama dengan BN apatah lagi kalau nak masuk BN, itu tidak pernah timbul. Kita masih berpendirian akan kekal sebagai pembangkang , dan kita kerjasama dengan semua parti termasuk Kerajaan Persekutuan, DAP untuk kebaikan. Tapi bukan kami sertai BN
.
"Kerjasama bukan kita masuk BN. Ia bermakna kita kerjasama, beri pendapat, kami (Pas) tidak pernah mahu sertai BN melainkan BN jadi pembangkang," katanya kepada wartawan ketika ditemui di perkarangan Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam hal yang berkaitan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Takiyuddin berkata bahawa apa yang diamalkan Pas ialah memastikan kerjasama yang berjalan dengan mana-mana pihak adalah atas dasar kepentingan rakyat.

"Pas tidak mahu kerjasama politik, bertanding bersama tidak pernah. Kami kerjasama atas isu, apa yang baik untuk rakyat kami akan kerjasama. Itu sahaja.

"Kami tidak akan kerjasama dengan BN di Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang. Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian, kita pernah bersendirian.

"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik, mungkin ada rakan politi baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu", tambah Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi.

Menjawab kepada The Rakyat Post, Takiyuddin berkata bahawa tidak pernah berlaku perbezaan kenyataan antara parti dan juga Hadi.

Sebaliknya, ia lebih kepada 'salah tafsir' pihak luar dengan memberikan contoh berkaitan pendirian mengangkat plakad RM2.6 billion ketika pembentangan Bajet 2016, Jumaat lalu.

"Salah tafsir itu, beliau tak cakap yang bangun itu tak beradab. Cuma dia kata kami menentang dengan cara beradap, itu tidak bermaksud yang berdiri itu tak beradab.

"Tapi kalau nak lihat dari sudut negatifnya, orang boleh tafsir macam itu," jelasnya lanjut.

Wanita OKU cuba maut, jatuh dari tingkat 23

Posted: 29 Oct 2015 04:59 AM PDT

NORAIZURA AHMAD

 

mayat_wanita1-600x360
Mangsa yang tinggal bersama ayahnya, dikatakan terperangkap dalam tandas rumah selepas pintu terkunci dari dalam. Foto hiasan TRP 


KUALA LUMPUR,  Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terjatuh dari tingkat 23 kediamannya di sebuah kondominimun di Seksyen 5, Wangsa Maju, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang tinggal bersama ayahnya, dikatakan terperangkap dalam tandas rumah selepas pintu terkunci dari dalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, ketika kejadian, bapa mangsa yang bekerja sebagai kontraktor sedang melayari internet.

"Bapa mangsa cuba membuka pintu tandas yang terkunci dari dalam, namun gagal.

"Kunci pendua yang berada di tepi tandas turut dibawa masuk oleh wanita tersebut ke dalam tandas menyukarkan usaha membuka pintu tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini.

Mohamad Roy berkata, mangsa yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mengalami sakit sawan dipercayai cuba keluar melalui tingkap tandas sebelum terjatuh.

Menurutnya, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di seluruh bahagian badan.

Mayat mangsa yang berusia 27 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menteri: Mana lebih bahaya vape atau rokok?

Posted: 29 Oct 2015 04:55 AM PDT

vape
 
 
SHAH ALAM - Meneliti isu berkaitan rokok elektronik, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mencadangkan supaya pengharamannya diteliti.
 
Menulis di laman sosial Facebook miliknya, Ismail Sabri berkata, pandangan itu nanti akan dilontarkan beliau apabila isu tersebut dibawa ke Kabinet oleh menteri yang bertanggungjawab. 
 
"Insya-ALLAH saya akan beri pandangan saya supaya cadangan tersebut dikaji dengan teliti supaya vape tidak diharamkan kerana laporan dari Britain mendapati vape tidak diharamkan malah penghisap rokok digalakkan bertukar kepada vape," ujarnya. 
 
 
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan vapor atau lebih dikenali dengan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.
 
Katanya kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.
 
Menulis lanjut di Facebooknya, Ismail Sabri turut memberitahu tentang kandungan nikotin di dalam vape hanya 3 peratus berbanding rokok berjenama yang mengandungi 13 peratus.
 
"Jika rokok lebih merbahaya dari vape kenapa tidak haramkan rokok?
 
"Insya-ALLAH saya akan dengar penjelasan Kementerian Kesihatan dan saya akan beri pandangan saya," ujar beliau lagi.
 
Ismail Sabri turutmenyertakan ssatu salinan paparan laporan dari Telegraph.UK yang mengatakan aktiviti vape mampu menyelamatkan 75,000 nyawa perokok setiap tahun.
 
 

Kenapa Tidak Berani Cabar Mahathir Lawan najib Di Kawasan Berkecuali ?

Posted: 29 Oct 2015 04:53 AM PDT




Oleh Shahbudin Husin 


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz semalam mencabar Tun Mahathir Mohamad agar bertanding melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri.Kalau tak mahu lawan Najib di Pekan, lawan saya di Padang Rengas, katanya lagi.

Sekali imbas, Nazri kelihatan "agak jantan" bila melontarkan cabaran tersebut meski terselit ciri-ciri angkuh di sebaliknya. Namun hakikat yang sebenarnya langsung tidak ada ciri-ciri "roti canai bertelur" dengan cabarannya itu.

Cabaran itu hanyalah "roti kosong" saja nilainya.

Tun Mahathir pernah memberitahu sebelum ini, tujuan beliau meminta Najib turun daripada jawatannya ialah untuk menyelamatkan UMNO dan negara daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh kepimpinan Perdana Menteri itu.

Tidak dinafikan, hanya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta saja telah menyebabkan persepsi buruk menyelubungi Najib yang terlalu besar dan sukar untuk dipulihkan.

Sebagai pemimpin yang pernah membina negara selama 22 tahun dengan kepimpinannya, Tun Mahathir hanya ingin memastikan UMNO terus berkuasa dengan meletakkan pemimpin yang tidak terlalu dipertikaikan dan dalam masa yang sama juga negara serta rakyat menjadi sejahtera akhirnya.

Bukan sesekali tujuan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak menjadi keperluan lagi menambah rekod itu.

Oleh itu, soal beliau mahu bertanding dan menjadi Perdana Menteri semula tidak berbangkit sama sekali.
Tetapi jika pun cabaran Nazri itu mahu diambil kira, beliau sepatutnya membuat cabaran "roti canai telur" terhadap Tun Mahathir.

Kenapa dicabar Tun Mahathir bertanding di Pekan saja?

Cabaran untuk Tun Mahathir melawan Najib seharusnya dicadangkan di kawasan berkecuali di mana-mana saja negeri. Pilih saja sama ada di Pahang, Perak, Johor, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan atau sebagainya?

Bukankah sebagai Perdana Menteri, Najib semestinya ada keberanian untuk bertanding di mana-mana juga kawasan?

Barulah pertandingan itu "perlawanan jantan" yang seimbang, menarik dan "cun"?

Kalau pun Najib tidak mahu jauh daripada kawasannya di Pekan, apa kata pertandingan itu dilakukan di Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota, dua kawasan Parlimen yang selama ini menjadi jirannya?

Kalau susah-susah sangat, berlawanlah di kawasan lama Tun Mahathir iaitu Kubang Pasu saja?

Begitu juga jika Nazri merasakan dirinya "super hebat" untuk berlawan dengan Tun Mahathir, buatlah cabaran untuk bertanding di kawasan lain selain Padang Rengas?

Teluk Intan boleh, Kampar boleh, Ipoh atau Tambun pun boleh?

Ada berani ke? Atau Nazri pun sebenarnya hanya "roti kosong" yang suka "cakap kosong" juga?

Beradab bukan biadab apabila bangkang

Posted: 29 Oct 2015 04:48 AM PDT



Oleh Zulkiflee Bakar


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan isyarat jelas kepada pakatan pembangkang yang disertai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) bahawa biarpun Pas adalah parti pembangkang tetapi "kita mahu menjadi Ahli Parlimen yang membangkang secara beradab."

Kalau dikaji sejak 2008 lagi apabila pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, pakatan pembangkang dilihat semakin 'naik tocang'. Mereka me­lakukan pelbagai tindakan yang memualkan apabila sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Hujah-hujah yang dibentangkan ketika perbahasan pula lebih banyak menjurus kepada tuduhan dan tohmahan bukannya berdasarkan kepada fakta apatah lagi mahu menjadi barisan pembangkang yang berfungsi sebagai 'check and balance' kepada pemerintahan kerajaan.

Sesungguhnya kita akui, pe­ranan pembangkang adalah pen­ting bagi memastikan pengurusan pentadbiran negara dikendalikan dengan baik dan sempurna demi kesejahteraan rakyat secara kese­luruhannya.

Tetapi malangnya, pakatan pembangkang lebih banyak menjadikan Parlimen seolah-olah ge­langgang politik. Mungkin juga mereka semakin menyedari ce­ramah-ceramah yang dianjurkan tidak mendapat sambutan maka sidang Dewan Rakyat menjadi 'pentas politik' mereka.

Justeru kenyataan Abdul Hadi membuktikan beliau mahu barisan pembangkang di Dewan Rakyat berubah sikap. Kalau hendak me­lakukan bantahan atau mengetengahkan sesuatu isu biarlah ia secara beradab bukan biadab.

Tindakan mengangkat plakad seperti mana berlaku sejurus selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 seharusnya tidak harus diulangi kerana mungkin 'budak-budak tadikapun' tidak akan berbuat demikian.

Sebahagian besar ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang semuanya berpengalaman dan sudah memahami apa tanggungjawab mereka. Tetapi malangnya sebahagian mereka dilumuri dengan pemikiran politik kepartian yang menebal justeru sudah hilang pertimbangan bagaimana mahu menjadi ahli Parlimen yang beradab.

Oleh itu diharapkan pendekatan baharu yang diamalkan oleh Pas akan turut dicontohi oleh DAP, PKR dan Amanah. Kalau mahu berpolitik biarlah pada masa dan tempat yang sesuai, bukannya di bangunan yang menjadi platforom penting dalam menentukan arah tuju pengurusan negara.

Sepatutnya pakatan pembangkang sudah matang iaitu berpolitik ketika musim pilihan raya sahaja. Kalau mahu menganjurkan program politik silakan itu hak parti-parti masing-masing tetapi apabila melangkah masuk ke Dewan Rak­yat maka jadilah wakil rakyat yang benar-benar berjuang untuk rakyat dengan mengetengahkan isu-isu bagi membela mereka.

Dalam mengetengahkan isu itu biarlah dalam proses meminta penerangan, penjelasan atau mengemukakan permohonannya bukan melalui tohmahan, fitnah atau kecaman yang kesudahannya hanya menyebabkan pembaziran wang rakyat kerana salah guna terhadap keistimewaan Dewan Rakyat. - utusan.com.my

Bercakap dengan dinding dan tembok

Posted: 29 Oct 2015 04:11 AM PDT



Oleh Mohsin Abdullah


Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitakan kecewa kuasa beliau selaku timbalan presiden Umno semain terhakis.Contoh, mesyuarat penting parti yang secara tradisinya dipengerusi timbalan presiden Umno kini dijalankan tanpa dikendalikan beliau.

Namun semua itu sudah diramalkan sejak beliau dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri Julai lalu.

Malah blogger Umno (yang dituduh anti Umno) Shahbudin Husin awal-awal lagi menjangka pimpinan tertinggi parti akan terus memperkecil dan memencilkan Muhyiddin sambil mengizinkan beliau kekal sebagai timbalan presiden.

Dalam erti kata lain, seorang timbalan presiden yang dipeti sejukkan.

Kawan-kawan lama Muhyiddin yang kini mempunyai kuasa dalam Umno dan kerajaan kerap menegur keras beliau.

Lebih tepat lagi – menyerang beliau.

Serangan juga datang daripada pihak lain, khususnya portal pro Najib, MyKmu.net.

Terbaru, Muhyiddin dituduh mendorong guru sekolah membenci kerajaan akibat projek Internet sekolah 1BestariNet yang dikatakan membebankan golongan pendidik.

Kini, kedengaran spekulasi timbalan presiden tidak akan berucap merasmikan serentak mesyuarat ketiga-tiga sayap parti pada perhimpunan agung Umno Disember ini. Ini juga tradisi Umno.

Secara peribadi, saya rasa ia akan dikekalkan dan Muhyiddin akan merasmikanya. Itu mengikut logik. Wallahualam. Dalam Umno semua boleh terjadi.

Buat masa ini, Muhyiddin masih diizinkan bercakap apa sahaja. Lantas Muhyiddin terus mengkritik dan menegur apa yang dilihat beliau sebagai kepincangan yang melanda negara akibat kepimpinan kerajaan.
Tetapi kata beliau, "Saya seorang sahaja yang speak up. Apa yang lain buat?"

Jelas Muhyiddin merasa keseorangan dalam perjuangan dan kecewa serta sedih (mungkin juga marah?.

"Orang Umno tidak bersuara walaupun dalam keadaan negara begini - ekonomi muram dan politik tidak menentu.
"Semua penakut, takut hilang jawatan," Muhyiddin dipetik berkata baru-baru ini.

Ada benar apa yang beliau katakan itu. Tidak boleh dinafikan. Bagaimanapun tidak  boleh dinafikan juga ada orang Umno yang bersuara. Cuma mungkin tidak cukup jumlah dan tidak cukup kuat.

Contoh, pemimpin beberapa cawangan di Johor dan Negeri Sembilan yang mahu Datuk Seri Najib Razak berundur.

Dan tidak lupa Anina Saaduddin.

Tetapi semuanya tidak "lut". Najib, kepimpinan Umno dan kerajaan tidak ambil kisah. Buat dak. Bagi mereka, khususnya Najib, "Its business as usual".

Seolah-olah menunjuk jari tengah sambil berkata "Apa kamu boleh buat?"

Yang mengkritik pula seolah-olah bercakap dengan dinding dan tembok. Kena "stone-walled".

Muhyiddin juga mengakui, "Semasa dalam kerajaan saya gunakan kuasa beri nasihat dan pandangan tetapi semua itu were totally ignored".

Maknanya, Muhyiddin, walaupun ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri turut bercakap dengan dinding dan tembok. Jadi apatah lagi orang tanpa pangkat?

Muhyiddin mahu orang Umno "bertambah berani" dan mencontohi Nabi Muhammad SAW yang "tidak duduk diam jika sesuatu kesalahan berlaku".

Pun begitu, ada juga orang Umno yang beranggapan Muhyiddin sendiri harus dipersalahkan atas apa yang beliau alami sekarang.

Seorang aktivis parti pernah memberitahu saya, "Penyokong Muhyiddin keliru dan juga kecewa kerana beliau dilihat sebagai ambil satu langkah ke hadapan tetapi ambil dua langah ke belakang."

Si aktivis merujuk ketika Muhyiddin mendedahkan bagaimana beliau bersemuka dengan Najib bertanya mengenai RM2.6 billion dalam akaun peribadi PM masa isu itu mula-mula timbul dulu.

"Ramai berharap Tan Sri akan go all out tetapi beliau kendur. Gelilah macam ni. Kalau all out ketika itu, Tan Sri akan dapat sokongan hebat. Ada gelombang,"   kata si aktivis.

Kini, walaupun menyatakan kesetiaan terhadap Umno dan akan membantu parti menang  PRU14 , Muhyiddin dipencilkan. Itu kata Shahbudin si blogger Umno seperti di awal artikel ini .

Persoalan: Apa  yang harus Muhyiddin lakukan sekarang?

Bagi Shahbudin (menerusi blognya): "Abang Din harus beranilah sikit. Jangan jadi penyu lagi. Jangan dok rumah dan jangan selalu keluar negara."

Beliau mahu Muhyiddin mengepalai satu gerakan kukuh untuk memperbetulkan keadaan suram yang diwarwar  Muhyiddin sendiri.

Maksudnya dinding dan tembok mesti ditembusi.

CEO GMM: Pelantikan Nasharudin tidak jejaskan Pas

Posted: 29 Oct 2015 04:01 AM PDT

Takiyuddin Hassan


KUALA LUMPUR - Pas tidak terkejut dengan pelantikan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan Nasharudin tidak memberi kesan kepada Pas kerana bekas Ahli Parlimen Yan itu hanyalah ahli biasa parti Islam itu.

"Dia nampak lebih dekat di sebelah sana (kerajaan), kita tiada komen, sebab tidak berbaloi untuk kita risau, dia hanya seorang ahli biasa Pas.

"Kita biarkan dia apa saja yang dia nak sertai," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Pelantikan Nasharudin sebagai CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR, baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Nasha ketuai GMM, ganti Saifuddin]

Pengerusi GMM, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan semalam berkata, dengan pelantikan Nasharudin berkuatkuasa 1 November, beliau yakin gerakan itu mampu meneruskan usahanya menggalakkan kesederhanaan sebagai satu pendekatan dalam pembentukan dasar luar dan dalam negara ini.

Sebelum ini, Nasharudin giat menyokong usaha penubuhan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengucapkan tahniah pelantikan itu sambil mengingatkan Nasharudin menjadi seorang yang sederhana dan moderat.

"Saya ucapkan tahniah, saya harap dia betul-betul boleh jadi sederhana dan moderat seperti Datuk Saifuddin," katanya lagi.


4,500 remaja hamil luar nikah setiap tahun?

Posted: 29 Oct 2015 03:59 AM PDT

SINAR HARIAN



Hamil
- Gambar Hiasan


PUTRAJAYA - Purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah, katanya.

"Secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan punca ambil keputusan luar jangka]

Ditanya mengenai bilangan remaja yang hamil akibat dirogol, Dr Subramaniam
berkata, jumlahnya amat kecil.
  
Beliau berkata kehamilan di kalangan remaja bukan sahaja memberi kesan kepada individu berkenaan, malah dikhuatiri boleh mengundang risiko kematian terhadap bayi dalam kandungan selain ibu itu sendiri.
  
"Kadangkala ada remaja ini yang sembunyikan kehamilan mereka sehingga mendatangkan risiko kepada badan sendiri dan ada yang meninggal dunia semasa proses kehamilan atau ketika bersalin," katanya.
  
"Isu remaja hamil ini merupakan satu isu yang amat sensitif, tidak seperti orang sakit boleh jumpa doktor dan dapat rawatan," katanya lagi.

Menurutnya, Kaji Selidik Kesihatan Pelajar Berasaskan Sekolah Global kendalian Kementerian Kesihatan pada 2012 membabitkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di seluruh negara, mendapati 50.4 peratus yang ditemui mengaku mengadakan hubungan seks kali pertama sebelum usia 14 tahun.

"Jika ini tidak ditangani ia akan meningkatkan lagi risiko kehamilan di kalangan remaja dan seterusnya mengundang kesan negatif seperti pembuangan bayi," kata Dr Subramaniam.
  
Mengenai pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan, Dr Subramaniam berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak agar
mengambil tindakan lebih berkesan menghadapi isu wanita dan remaja hamil.
  
Menerusi program itu, Kementerian Kesihatan menyediakan pusat jagaan yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada remaja serta wanita hamil tanpa nikah selain bayi yang bakal dilahirkan.

Ketika ini pusat penjagaan Generasiku Sayang telah diwujudkan di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Pahang. - Bernama


Debat: Pemimpin NGO tawar diri jadi moderator

Posted: 29 Oct 2015 03:53 AM PDT

1MDB
1MDB


KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao hari ini menawarkan diri sebagai moderator bagi mengendalikan debat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Presidennya, Arul Kanda Kandasamy dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Ramesh dalam satu kenyataan kepada Sinar Online berkata, beliau merupakan calon moderator yang sesuai memandangkan pemimpin NGO itu pernah membongkarkan penipuan portal Sarawak Report yang didakwa telah memalsukan dokumen mengenai 1MDB.

"Saya tawarkan diri sebagai moderator sebab saya yang bertanggungjawab bongkarkan kerja-kerja kotor Sarawak Report dalam mengedit dokumen 1MDB.

"Dalam kapasiti saya sebagai wakil NGO, saya mempunyai semua hak dan akan menjadi calon yang sesuai untuk diberikan peluang sebagai moderator dalam perbahasan 1MDB itu nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Awal hari ini, Arul dalam satu kenyataan berkata, beliau bersedia menerima cabaran ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu untuk muncul di rancangan temuramah kendalian Tony.

Arul berkata, beliau bersedia untuk menerima sebarang persoalan mengenai syarikat yang diwakilinya itu dengan syarat Tony bersedia untuk melepaskan jawatan dalam PAC.

Terdahulu, Tony menggesa agar Arul menyahut cabaran beliau untuk mengadakan wawancara secara terbuka yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen membincangkan isu 1MDB yang masih belum diperjelaskan.

Dalam pada itu, Ramesh juga berkata, debat tersebut adalah peluang keemasan kepada syarikat milik kerajaan itu untuk membersihkan nama dan membolehkan rakyat Malaysia mengetahui kebenaran.

Sehubungan itu, Ramesh turut menggesa Tony meletakkan jawatan dalam PAC sebelum debat itu boleh diadakan secara terbuka.

"Saya juga menyeru Tony Pua yang juga ahli PAC, meletakkan jawatan daripada kedudukan beliau untuk mengekalkan integriti siasatan PAC dan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan," katanya lagi.


Transkrip program khas ‘Bernama TV’ bersama Arul Kanda

Posted: 29 Oct 2015 03:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Berikut transkrip penuh daripada program bual bicara bertajuk 'Bernama TV with Arul Kanda' berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihoskan Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Ekonomi), Mikhail Raj Abdullah.
 
1. Apa itu 1MDB?

1Malaysia Development Bhd (1MDB) ialah sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik dengan wawasannya untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing, di samping membuat sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.

"Kita perlu faham model perniagaan dan struktur modal 1MDB. Apabila ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan bahawa syarikat ini perlu membiayai dirinya sendiri melalui hutang -- pinjaman bank dan pasaran modal.

"Alasan yang terdapat di sebaliknya ialah untuk mewujudkan disiplin bahawa apabila anda berhutang, anda perlu membayar faedah dan pokoknya serta tidak mengusik dana kerajaan bagi tujuan lain seperti sekolah, hospital dan sebagainya.

"Hutang itu akan digunakan untuk memperoleh aset dan hartanah berkualiti tinggi serta tenaga.

1MDB adalah pengeluar tenaga terbesar di Malaysia dan memiliki 13 loji tenaga di lima negara di seluruh dunia, yang menjana tenaga berjumlah 5,500 MW.

Ia juga memiliki plot tanah paling luas yang terletak secara strate di ibu negara.

2. Cabaran

Terdapat ketidakpadanan dari segi aliran tunai yang dijana aset jangka panjang ini berbanding keperluan jangka pendek bagi melunaskan faedah dan sebahagian lagi untuk melunaskan pinjaman pokok apabila tiba waktunya.

Ia adalah ketidakpadanan yang melibatkan aliran tunai. Dan, untuk menangani masalah ini, kerajaan mengambil langkah jelas untuk melaksanakan pelan rasionalisasi bagi mengatasi ketidakpadanan aliran tunai ini dengan menjual ekuiti dalam beberapa aset 1MDB bagi mengumpul dana dan mengurangkan hutang.

3. Bagaimana hendar bayar hutang?

Jika anda lihat kepada projek seperti TRX, Bandar Malaysia, penyatuan tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) berasingan di bawah Edra Energy, ia semuanya merupakan projek strategik yang dirancang dan dilaksanakan oleh 1MDB.

Jadi, masalah yang kami hadapi hari ini ialah masalah yang sama seperti yang dihadapi mana-mana perniagaan, iaitu ketidakpadanan aliran tunai yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah kami telah mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan ini.

Alhamdulillah, hari ini, ekuiti yang ingin kami jual menarik minat ramai dan kami akan mencapai lebih banyak kejayaan dari segi ini.

4. Apa yang terjadi pada tahun-tahun akan datang?

Dalam sektor tenaga, semua loji tenaga kami berjalan lancar. Kami membeli loji tenaga sedia ada dan aliran tunai daripada Edra Energy iaitu melalui pendapatan dan hasil yang dijana oleh loji ini berjumlah hampir RM5 bilion setahun.

Saya dengan sukacita ingin memberitahu anda bahawa pada tahun ini sahaja, 1MDB menjual tanah di TRX bernilai kira-kira RM1.3 bilion.

Jadi, kami adalah pemaju utama, kami membelanjakan hampir RM3 bilion untuk membina infrastruktur. Sekarang, kami membahagikan plot tanah ini dan berjaya menjualnya.

Kami telah menjual sebahagian besar plot tanah ini kepada Mulia Group dari Indonesia, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji dan mengadakan usaha sama dengan kumpulan hartanah dan infrastruktur, Lend Lease.

5. Apa yang tidak kena pada peringkat dalaman, adakah wang orang ramai akan berada dalam keadaan bahaya?

Mengenai ekuti langsung daripada kerajaan, jumlahnya ialah RM1 juta.

Memang benar, pada awal tahun ini, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi, 1MDB meminjam RM950 juta daripada kerajaan.

Dalam pada itu, kerajaan menyediakan opsyen jaminan tertentu bagi hutang kami. Perlu difahami bahawa, jika anda melihat jaminan itu, ia adalah RM5.8 bilion, kemudian surat sokongan dan beberapa hutang lain yang berjumlah kira-kira RM18 bilion.

Dalam konteks Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak RM1.1 trilion, jumlah itu tidak sampai dua peratus. Dalam konteks hutang kerajaan yang pada keseluruhannya berjumlah kira-kira RM630 bilion, ia adalah kira-kira tiga peratus.

Jadi, walaupun jumlahnya besar, ia masih dapat ditangani dan melalui pelan rasionalisasi, kini kami dalam proses menjual ekuiti dalam syarikat tenaga kami, Edra Energy.

Kami sedang mencari rakan pembangunan untuk membeli ekuiti dalam Bandar Malaysia dan kami mempunyai 'hutang untuk swap aset' dengan IPIC.

Jumlah keseluruhan ketiga-tiga transaksi ini boleh mencapai RM42 bilion hutang yang dapat dikurangkan atau dilangsaikan oleh 1MDB apabila tiba masanya.

6. SAYA RAGU ANDA BOLEH MENDAPATKAN WANG. BOLEHKAH ANDA MENDAPAT 
HARGA YANG BAIK BAGI PENJUALAN EKUITI IPP MEMANDANGKAN KONTRAK MEREKA AKAN BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI?

Sekiranya anda bertanya perkara itu kepada saya akhir bulan ini, pada masa itu, kami akan dapat menyatakan kepada anda tentang hasil yng kami perolehi daripada proses kami menjual Edra Energy.

Tapi, ketika ini, kami boleh memberitahu anda bahawa terdapat 11 pihak yang berminat dan menyuarakan hasrat mereka untuk membeli ekuiti dalam Edra Energy.

Ketika ini, kami tumpukan kepada empat pihak dan daripada empat pihak ini, tiga pembida telah mengemukakan cadangan akhir dan ikatan mereka.

Tenaga Nasional Bhd adalah satu daripada mereka dan dua lagi adalah entiti dari luar negara.

7. RANGKA MASA, TEMPOH UNTUK MENYELESAIKAN HUTNG ITU

Sebahagian besar aset kami sebenarnya adalah aset jangka panjang, lebih 80 peratus daripada hutang kami adalah berbentuk jangka panjang.

Jadi, bahagian hutang jangka pendek boleh diurus melalui hasil daripadapenjualan Edra Energy, sebagai contohnya. Juga, apabila kami mendapat rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia. Ideanya ialah pembelian ekuiti dalam Bandar Malaysia akan menjana tunai untuk mengurangkan dan mengurus hutang kami.

Jadi, kami sangat yakin bahawa menjelang akhir 2015, kami akanmenandatangani tiga perjanjian; penjualan Edra; penjualan ekuiti kepada rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia dan "hutang bagi swap aset" dengan IPIC.

Sudah tentu, seperti biasa, wang tunai akan datang dengan peredaran masa.

Mengenai perjanjian yang terikat dengan undang-undang pula, itulah sasaran yang ingin kami capai menjelang akhir tahun ini.

Peraturan yang terdapat di Malaysia ialah pembida dari luar negara bolehmemiliki hingga 49 peratus daripada loji tenaga tempatan. Kami juga memiliki aset di luar negara dan perbincangan dengan pembida berkenaan masih diteruskan.

8. BOLEH TERANGKAN LEBIH BANYAK LAGI KEPADA KAMI TENTANG TRX.

TRX adalah propjek pembangunan menarik. Fasa pertama TRX akan siap menjelang 2018, kami mempunyai syarikat hartanah kelas dunia untuk membangunkan TRX.

TRX mempunyai aliran MRT paling meluas, stesen terbesar MRT terdapat di KL.

9: TERDAPAT PERSEPSI BAHAWA ANDA DIBAWA MASUK UNTUK MENGATASI KECELARUAN YANG ADA DAN MELINDUNGI SESEORANG. ADAKAH PERSEPSI INI BENAR? BAGAIMANA KECELARUAN ITU BOLEH TERJADI?

Sebenarnya, tiada apa yang disembunyikan dalam hal berkaitan 1MDB. Malah, jika ada cubaan untuk berbuat demikian pun, ia mustahil dapat dilakukan. Ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB iaitu daripada BNM, AG, SPRM, PDRM dan PAC. Semua agensi ini diberi kerjasama penuh untuk menjalankan siasatan secara bebas tentang apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan dan kami bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa tempatan.

Mengenai syarikat berkenaan (IPP), kita kena melihat beberapa langkah ke belakang.

Untuk membeli bagi pihak kerajaan, yang sebelum ini dimiliki individutertentu, ia membawa kepada pentadbiran sebelum ini, iaitu IPP asal. Kerajaan menimbang untuk menyatukan syarikat ini,
menjadikannya sebagai platform dengan harapan untuk merasionalisasikan tarif tenaga pada masa akan datang.

Mengenai hartanah pula, kerajaan bertindak sebagai perancang utama dan menjual plot tanah dalam bidang strategik ini agar hasil daripada penjualannya akan kembali kepada kerajaan melalui 1MDB, iaitu sebuah syarikat milik 100 peratus kerajaan.

Cabaran yang dihadapai syarikat ini selama ini ialah kelewatan dalammelaksanakan IPO perniagaan tenaga. Kami dibiayai melalui hutang dan hutang ini digunakan untuk membeli perniagaan tenaga serta plot tanah.
IPO sepatutnya bermula pada 2013, kemudian, cubaan kedua pada November 2014.

Melaksanakan IPO adalah sesuatu yang sangat sukar. Ia menjadi titik tolak bagi keperluan melunaskan faedah dan pinjaman pokok dalam jangka masa pendek yang terhalang kerana ketiadaan aliran tunai oleh syarikat.

10: APA YANG ADA DALAM FIKIRAN ANDA JIKA DIBERI PELUANG MENYELESAIKAN MASALAH 1MDB?

Realiti yang ada pada hari ini ialah kami berada di persimpangan jalan dalam keadaan di mana terdapat keperluan untuk membayar hutang dan keperluan untuk melabur dalam perniagaan - hartanah dan tenaga - yang semuanya memerlukan modal tambahan.

Berdasarkan senario yang kami hadapi sekarang, setelah berbincang dengan pemegang saham, MoF (Kementerian Kewangan), kami yakin dengan kejayaan pelan rasionalisasi ini. Opsyen terbaik ialah menjual aset atau membwa masuk pelabur baharu ke Bandar Malaysia untuk mengurangkan hutang ke paras lestari.

Kami patut diberi peluang untuk melaksanakan pelan ini agar syarikat ini tidak perlu kembali kepada kerajaan bagi mendapatkan sokongan tambahan.

11. ADAKAH KEMUNGKINAN SYARIKAT INI DAPAT DIPULIHKAN SEMULA SEPENUHNYA?

Melalui rasionalisasi, kami mempunyai tiga pilihan -- mendapatkan lebih banyak ekuiti, menjual aset dan membayar hutang serta membawa masuk ekuiti daripada pihak ketiga.

12. KETELUSAN

Dua kenyataan hampir setiap hari. Tahap ketelusan yang tinggi berkaitan dengan MoF.

Akaun kewangan 1MDB boleh didapatkan secara terbuka. Nota kepada akaun itu amat lengkap. Sedikit saja syarikat di Malaysia mempunyai tahap pendedahan sedemikian dalam nota akaun.

Kami telah menghasilkan banyak butir lengkap, kenyataan akhbar, intervsiu.

Ini merupakan usaha berterusan untuk memperkongsikan maklumat kepada umum termasuk penerbitan risalah oleh JASA yang menyediakan soal-jawab lengkap mengenai 1MDB.

Kami harap dengan usaha berterusan ini, lebih banyak dapat diperkongsikan.

13. KEBOCORAN DOKUMEN

Apa yang penting ialah konteks. Amat mudah mengambil sedutan dari dokumen dan kemudian menghasilkan berita daripadanya. Sebab itu Kabinet pada Mac meminta Ketua Audit Negara mengendalikan kajian menyeluruh mengenai ini. Menyiapkan laporan akhir menjelang hujung tahun ini.

Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil kajian ini dan memperkongsikannya dengan orang ramai apa jua hasil kajian. Ingatlah bahawa PAC bersifat bi-partisan, jadi tidak ada yang diselindungi, dan keputusan yang wajar perlu dibuat.

14. DANA DI SINGAPURA

Jika anda lihat semula nota akaun kami, adalah jelas dari September 2012, 1MDB telah pada mulanya membuat pelaburan dalam ekuiti dan pinjaman Petrosaudi.

Setelah masa berlalu, dana itu telah diubah kepada unit, jadi sejak September 2012, ia adalah unit dana. Pada 2014, 1MDB menebus unit dana itu dalam dua cara, satu dalam bentuk tunai menerusi jualan oleh pengurus dana dan kedua menerusi jualan unit dana.

15. TAKRIF UNIT DANA

Jika anda mempunyai pelaburan unit amanah, apa yang anda ada ialah unit. Unit-unit itu mewakili pemilikan pelbagai aset terlindung. Jadi kita mempunyai dana yang diwakili menerusi unit-unit ini yang menjelaskan pelaburan yang terlindung. Dari pihak kami, AS$2.33 bilion ini pada 31 Mac 2014,

1MDB telah menebus kira-kira AS$1.4 bilion dari wang tunai itu, wang tunai itu digunakan untuk pelbagai tujuan dan kami mempunyai baki AS$940 juta. Dana itu didaftar di Caymen tetapi kami mempunyai bank custodian (simpanan) BSI di Singapura.

Custodian merupakan 'interface' antara pemilik dengan pengurus dana, jadi tidak bererti dana ada di situ, tetapi yang wujud ialah interface kami dengan bank sebagai penyimpan.

Setelah menebus AS$1.4 bilion dalam bentuk tunai, kami sekarang mempunyai AS$940 juta unit dana.
Sebagai sebahagian dari pelan rasionalisasi, kami akan lakukan 'tukaran hutang untuk aset' dengan IPIC.

16: MANA RM42 BILION? APAKAH IA MASUK KE POKET SESEORANG?

Tidak. Wang itu telah diberikan penjelasan sepenuhnya dalam pelbagai kenyataan kewangan yang 1MDB telah keluarkan pada Jun tahun ini. Jadi setiap sen syarikat itu telah dijelaskan dan boleh disemak.

17. KE MANA IA PERGI? MANA DANA ITU?

Dari perspektif saya, saya boleh uruskan fakta dan angka, hingga (jika) ada pihak lain atau pihak ketiga membuat dakwaan ini, maka mereka perlu mengemukakan keterangan dan bukti kepada pihak berkuasa.

18. TENTANG PEMALSUAN KENYATAAN BANK KEPADA PAC

Saya tidak menyedari tentang hujah sebenarnya. Seperti saya katakanterdahulu, kenyataan kawangan 1MDB adalah dokumen awam. Bagi kami, kami telah kemukakan hanya satu set kenyataan kewangan kepada SSM.

Nazri: Kita ikut haluan masing-masing, PAS

Posted: 29 Oct 2015 03:39 AM PDT

Shakira Buang

    


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz secara jelas menolak kerjasama antara Umno dengan PAS.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata ini kerana bagi mengelak berlakunya perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu dalam pilihan raya akan umum (PRU) akan datang.

"Saya ingat tak payahlah (kerjasama), kita ikut haluan masing-masing.

"Kalau datang pilihan raya nanti berebut kerusi, kerusi yang Umno bertanding dia nak tanding. Dah kena rebut kerusi, gaduh pula," katanya kepada pemberita selepas meraikan pembukaan Festival Filem Eropah di ibu negara sebentar tadi.

Sebelum ini dilaporkan seorang timbalan menteri masih berharap kerjasama antara PAS dan Umno direalisasikan demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Malah, ia berdasarkan pertimbangan perjuangan kedua-dua parti dianggotai orang Melayu itu yang dikatakan selari.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) juga berkata Pakatan Harapan harus bersedia berdepan cabaran politik baru jika PAS-Umno bekerjasama.

Mengulas lanjut, Nazri berkata buat masa ini biarlah Umno terus kekal bersama kompenan BN.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak usaha PAS untuk berbaik dengan Umno.

"Dia (PAS) parti politik, kerjasama setakat itu sajalah. Sebab kita kena ingat masing-masing ada cita-cita untuk tubuhkan kerajaan dan saya kira kita kena berhati-hati," katanya.


'Kalau Najib turun, saya sokong Zahid jadi PM'

Posted: 29 Oct 2015 03:35 AM PDT

Shakira Buang 





Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz akan memastikan Datuk Seri Zahid Hamid menjadi perdana menteri sekiranya Datuk Seri Najib berundur daripada jawatan itu.

"Kalau Najib turun maka sudah tentulah akan berlaku perebutan dalam siapa yang akan menjadi perdana menteri.

"Tetapi saya penyokong Zahid Hamidi. Beliau (Zahid) timbalan perdana menteri, beliau juga akan jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita.

Pemimpin pembangkang hari ini menyatakan kesediaan menyokong sesiapa sahaja sebagai perdana menteri asalkan Najib meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga adalah anggota majlis tertinggi Umno berkata kenyataan pembangkang itu hanyalah bertujuan memecahbelahkan Umno sahaja.

"Tujuan dia untuk melemahkan Umno terutamanya dengan menghilangkan ketuanya," ujar Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Renggas.


Rahman Dahlan gesa Dr Mahathir bersara dengan bermaruah

Posted: 28 Oct 2015 05:03 PM PDT




Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi saranan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dan tidak mencampuri pentadbiran kerajaan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi saranan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dan tidak mencampuri pentadbiran kerajaan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus bersara daripada dunia politik, sekali gus tidak mencampuri pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyarankan hari ini. 
 
Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik BN itu berkata, hasratnya menyarankan bekas perdana menteri itu untuk bersara amat sukar direalisasikan memandangkan ia bercanggah dengan kehendak rakyat Malaysia.

Beliau berpendapat, setiap bekas perdana menteri di negara ini harus bersara dengan bermaruah.

"Saya memang berharap, tetapi sudah tentu ia hanyalah angan-angan. "Bagaimanapun budaya kita sepatutnya, bekas perdana menteri harus bersara dengan cara bermaruah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Dr Mahathir merupakan antara pengkritik yang paling lantang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak dan tindakan beliau itu dikecam sebilangan menteri Umno.

Terdahulu hari ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mencabar pemimpin veteran Umno itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang diwakili Najib, sebagai cara untuk menjatuhkan perdana menteri.

Pada masa yang sama, Rahman mendakwa Dr Mahathir juga terkecuali daripada berdepan tindakan disiplin Umno.

"Kalau beliau masih lagi anggota Umno, sudah tentu tertakluk dengan peraturan sama seperti anggota Umno lain," katanya.


Khalid sokong Azmin, keputusan MB tak perlu maklum PKR

Posted: 28 Oct 2015 05:00 PM PDT



Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Mohamed Azmin Ali selaku menteri besar Selangor boleh memberi penjelasan berhubung kelulusan pembinaan tiga lebuh raya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Mohamed Azmin Ali selaku menteri besar Selangor boleh memberi penjelasan berhubung kelulusan pembinaan tiga lebuh raya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyokong tindakan Mohamed Azmin Ali yang didakwa meluluskan pembinaan tiga lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya. 
 
 Beliau berkata proses kelulusan selalunya dibuat melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan hanya sekiranya perlu, anggota MMKN akan memaklumkan kepada parti masing-masing.
 
"Saya tidak tahu tentang perkara tersebut (pembinaan tiga lebuh raya). Sebenarnya perkara mengenai kelulusan biasanya diluluskan melalui mesyuarat exco (MMKN)," kata Khalid kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Azmin selaku menteri besar Selangor boleh memberi penjelasan berhubung perkara itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). 
 
"Kalau ada dalam mesyuarat exco, maknanya ada rekod mengenai perkara ini.

"Perkara ini boleh dijelaskan dalam perjumpaan di DUN yang akan mula berlangsung minggu depan," katanya.

"Exco mesti meluluskan dahulu. Kemudian kalau perlu, ahli exco yang dalam parti politik tertentu boleh membawa ke pengetahuan parti masing-masing," kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Khalid sebelum ini digugurkan daripada jawatannya sebagai menteri besar Selangor kerana antara lain, melaksanakan program penstrukturan air di negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya.

Selain kehilangan kedudukan itu, beliau turut dilucutkan keahlian PKR.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, Azmin diminta memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang tiga lebuh raya di negeri itu sudah diberikan kelulusan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Rafizi dipetik akhbar Sinar Harian menegaskan, pihaknya masih belum mendapat sebarang pengesahan berhubung khabar angin tersebut dan beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat dalaman parti dalam masa terdekat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terdahulu hari ini berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Azmin berhubung perkara itu pada sesi pembentangan Belanjawan Selangor Jumaat ini.

Kerajaan negeri Selangor didakwa meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.

Konsesi 60 tahun dianugerahkan kerajaan persekutuan kepada syarikat Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) dan ia dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kritikal di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

Pembinaan lebuh raya itu sekali gus menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah.

Sementara itu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar yang juga ketua perhubungan Umno negeri Selangor berkata, PKR perlu jelas dalam pelaksanaan keputusan mereka.

Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, bakal berdepan tindakan sama oleh parti seperti Khalid sebelum ini.

"Kita hendak tengok, PKR kena tegas. Kalau keputusan menteri besar, kena rujuk parti, Khalid dipecat, Azmin bagaimana?

"PKR kena ambil tindakan jelas," kata Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.


BAIKNYA HATI NAJIB...AHLI PAS PUN JADI CEO GMM TAPI AHLI UMNO YANG SETIA DAPAT APA?

Posted: 28 Oct 2015 04:48 PM PDT

shahbudindotcom


 
 
Apa nak dikata lagi  mengenai perlantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Kesederhaan Global atau GMM selain mengatakan bahawa ini merupakan tanda Najib Razak memang seorang pemimpin yang sungguh baik hatinya.

Ini kerana CEO sebelum ini, Saifuddin Abdullah meletakkkan jawatan itu sebaik beliau menyertai PKR. Tindakannya meletakkan jawatan tentunya kerana sedar perlantikannya dahulu memegang jawatan itu adalah kerana beliau ahli UMNO, parti yang sedang menguasai kerajaan yang Perdana Menterinya juga adalah daripada UMNO.

Lantaran itu, apabila menyertai PKR, beliau dengan sukarela mengundurkan diri kerana merasakan tidak cocok sebagai ahli parti pembangkang memegang jawatan itu berikutan parti baru pilihannya tiada kaitan apa-apa dengan UMNO dengan mengetuai kerajaan Pusat.

Namun Najib kini melantik Nasharuddin yang rasanya masih lagi ahli Pas menggantikan Saifuddin. Walaupun perlantikan itu adalah hak mutlak Najib yang mengasaskan penubuhan GMM dan beliau boleh memberinya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya, keutamaan tentunya diharapkan kepada ahli UMNO juga menggantikannya.

Tetapi kerana sikap baik hatinya yang luar biasa, Najib tidak memilih pemimpin atau ahli UMNO atau mana-mana individu tidak berparti yang pro UMNO untuk jawatan itu, sebaliknya ahli Pas yang sudah tiada jawatan dan kedudukan jadi pilihannya.

Kasihan juga kepada ahli dan pejuang-pejuang setia UMNO, tiadakah di kalangan mereka yang seramai lebih 3 juta itu yang layak menjadi CEO GMM?

Mereka berpanas berhujan, gigih mempertahankan parti, tidak lupa berkempen dan mengundi calon pilihan parti ketika pilihanraya dan berhimpun dengan baju merah untuk menunjukkan sokongan kepada Najib, alih-alih yang "baju hijau" juga dapat habuan.

Parti mana agaknya yang diundi oleh Nasharuddin dalam pilihanraya umum yang lalu dan apakah pula pilihannya dalam pilihanraya umum akan datang, walaupun selepas dilantik sebagai CEO ini?

Apakah dengan perlantikan Nasharuddin yang dikenali rapat dengan Hadi Awang dan Dr Haron Din ini merupakan laluan awal kerjasama politik antara UMNO dengan Pas?

Siapa lagi agaknya selepas ini ahli daripada parti pembangkang lain yang akan diberikan apa-apa jawatan oleh Najib?

Kepada pejuang-pejuang setia UMNO yang tidak dapat apa-apa, redha sajalah dengan semua ini dan marilah bersama melaungkan "Hidup UMNO" dan "Hidup Najib" sebagai meraikan perlantikan Nasharuddin itu


‘Jangan sesekali sebut Umno retak’

Posted: 28 Oct 2015 04:46 PM PDT

ABDUL RAHMAN DAHLAN
ABDUL RAHMAN DAHLAN


KUALA LUMPUR - Pimpinan dan ahli Umno boleh berbeza pandangan namun mereka tertakluk kepada disiplin dan Perlembagaan parti Melayu itu.

Demikian kata Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil menegaskan kebebasan itu perlu disuarakan dengan menggunakan saluran yang betul.

"Umno sentiasa kukuh kerana cara ini, tiada parti politik boleh bertahan jika disiplin tidak diambil berat.

"Disiplin adalah sebahagian dari Umno, ianya terpakai kepada semua pihak yang berada dalam parti ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kemunculan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Bicara Minda Sinar Harian bertajuk 'Berani Kerana Benar' di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tak mungkin saya gunting dalam lipatan]

Pendedahan dan kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan kali pertama dilakukan Muhyiddin di luar program Umno seperti sebelum ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman menafikan tindakan Muhyiddin itu menggambarkan perpaduan dalam Umno semakin rapuh.

"Jangan sesekali sebut (Umno) retak," tegasnya.

Abdul Rahman berkata lagi, perbuatan Muhyiddin itu boleh dijadikan asas untuk merujuk Ahli Parlimen Pagoh itu ke Biro Disiplin Umno.

"Kita lihat nanti, lihat kepada kes disiplin sebelum ini, saya percaya ada asas untuk merujuk beberapa individu dalam masalah disiplin parti," ujarnya.

Ditanya tentang tindakan sama boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir, beliau menegaskan negawaran itu juga tertakluk peraturan sama jika beliau masih ahli Umno yang sah.

"Jika dia masih ahli Umno, beliau tertakluk kepada peraturan yang sama dan seperti orang lain dalam Umno," katanya lagi.


JAKOA, JPN Kelantan laksana program tarik minat murid orang asli kembali ke sekolah

Posted: 28 Oct 2015 04:33 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan (JPN) negeri itu, dalam melaksanakan program bagi menarik minat murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, agar kembali ke sekolah.
 
JAKOA dalam kenyataan berkata, kehadiran pelajar di SK Tohoi menurun kepada 50 peratus, berbanding 85 peratus sebelum tragedi yang menimpa empat pelajar sekolah berkenaan.
 
"Melalui kerjasama antara JPN Kelantan dan JAKOA Kelantan dengan dibantu NGO lain seperti Persatuan Orang Asli Kelantan (POAK), usaha-usaha sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar dengan membuat lawatan rumah ke rumah untuk bersua muka dengan ibu bapa pelajar," kata kenyataan itu.
 
Menurut kenyataan itu, JAKOA juga sedang menimbang beberapa insentif kepada ibu bapa yang menghantar semula anak mereka ke sekolah, seperti menyediakan sumbangan bakul makanan dan menyediakan rumah transit di Tohoi bagi membawa ibu bapa melawat anak-anak mereka yang tinggal di asrama.
 
JAKOA turut akan mewujudkan majlis muafakat dengan JPN Kelantan untuk menangani isu-isu melibatkan pelajar dan melaksanakan program-program pembugaran emosi bagi pelajar tinggal di asrama, selain menempatkan pasukan khas, 'Smart Supporting Team' terdiri daripada ahli kaunselor di perkampungan Orang Asli di sekitar Gua Musang.
 
JAKOA juga menegaskan bahawa pihaknya sangat mengambil berat mengenai pendidikan anak-anak Orang Asli di negara ini, dan pelbagai usaha akan dilakukan agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna. 
  


Penubuhan PH tak gopoh seperti yang didakwa Hadi - Amanah

Posted: 28 Oct 2015 04:32 PM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Aziz & Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini membidas semula kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pembentukan Pakatan Harapan umpama 'bas ekspres'.
 
Ketua Wanitanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pembentukan Pakatan Harapan tidak dibuat secara 'gopoh' sebaliknya mengambilkira semua aspek tambahan Pakatan Rakyat sudah lama tidak berfungsi semenjak setahun yang lalu.
 
"Sebenarnya sebagai parti pembangkang, kita perlu ada koalisi dan kita lihat apabila semua bekerjasama, keputusan dan sokongan rakyat itu lebih padu.
 
"Jadi Pakatan Rakyat orang kata sudah tidak berkira lebih daripada setahun semenjak krisis Menteri Besar Selangor.
 
"Jadi apabila kita membentuk Pakatan Harapan ini, bagi saya ia bukan ditubuhkan secara tergopoh, kerana dulu kita sudah ada satu Pakatan. Kita hanya hendak meneruskan kerjasama ini," katanya kepada Antarapos ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
 
Beliau mengulas Abdul Hadi yang menyifatkan pakatan tersebut umpama 'bas ekspres' yang tidak mungkin akan sampai ke destinasi sebenar.
 
Justeru tegas Hadi semalam, PAS tidak akan naik 'bas' tersebut kerana tidak mampu menjayakan matlamat perjuangan parti berkenaan.
 
Susulan kritikan Hadi itu, Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, pembentukan Pakatan Harapan turut mengundang parti Islam Se-Malaysia itu untuk bersama dalam pembentunkan pakatan baru.
 
Bagaimanapun katanya, disebabkan PAS terlalu cerewet dalam meletak syarat, akhirnya Pakatan Harapan hanya dibentuk dengan tiga gabungan parti (Amanah-PKR-DAP) sahaja.
 
"Jadi mana mungkin kita satu kegopohan sedangkan kita menjemput semua pihak untuk bersama, mungkin mula-mula Pakatan Harapan hanya ada tiga parti dulu, kemudian PAS sebenarnya sudah diajak oleh Ketua Pembangkang (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk bersama tetapi mereka enggan bersama," katanya.
 
"Mereka ada syarat-syarat mereka, jadi dalam kita bekerjasama dalam negara maju ini, kita tidak boleh meletakkan terlalu cerewet dalam syarat-syarat supaya apa yang semua kita kehendaki diiukuti.
 
"Seperti dalam Pakatan Rakyat dulu, kita ada dasar-dasar yang kita persetujui dan ada perkara yang kita tidak persetujui, jadi kalau kita hendak orang menyokong dalam perkara yang tidak dipersetujui bersama. 
 
"Maka kita perlu berikan masa kepada mereka untuk berbincang dan mencari bagaimana jalan keluar dan bagaimanakah sebaiknya supaya Pakatan itu tidak berpecah," jelasnya lagi.
 
 

1MDB: Lagi soalan untuk Najib

Posted: 28 Oct 2015 04:22 PM PDT

1MDB: Lagi soalan untuk Najib
Wong Chen
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen hari ini meminta maklum balas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak  sama ada kementeriannya akan memfailkan aduan rasmi terhadap syarikat DuSable Capital Management LLC (DuSable) sekiranya memang tiada kerjasama terjalin antara 1MDB dengan firma itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan media antarabangsa, Bloomberg, DuSable telah mengesahkan kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) bahawa syarikat itu telah menjalin kerjasama dengan 1MDB bagi membangun, memberi dana dan membina loji tenaga solar dengan kapasiti 50 megawat (mw) di Malaysia.

"Kita semua tahu projek loji tenaga 50mw di Malaysia itu di Kedah. Jadi, berdasarkan laman web Jabatan Keadilan AS, tiada kemaskini terbaharu sehingga hari ini mengenai status 1MDB dengan DuSable.

"Jawapan yang saya dapat semalam sangat pendek dan jika begitu, saya pasti PM menyatakan kebenaran...saya ada dua lagi soalan untuk beliau," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam menjawab soalan Wong Chen, Najib menafikan wujudnya sebarang kerjasama antara 1MDB dengan DuSable di Kedah dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

"Tuan Yang Dipertua, 1MDB tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian usahama dengan syarikat DuSable Capital Management LLC di Kedah," katanya.

Dalam sidang media sama, Wong Chen membangkitkan soal kesediaan Najib untuk mendedahkan sebarang urusan 1MDB dengan DuSable sebelum 26 September 2013.

"Dan berapa jumlah pelaburan yang 1MDB rancang pada awalnya dipertimbangkan untuk dilabur kepada DuSable? Adakah nilainya seperti yang dilaporkan Bloomberg iaitu antara AS$500 juta hingga AS$1 bilion iaitu nilai yang dicari DuSable?

"Jika tiada sebarang kerjasama antara DuSable dan 1MDB, adakah menteri akan failkan aduan kepada Jabatan Keadilan AS terhadap DuSable?" soalnya lagi.

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan pada 10 Oktober 2013 firma ekuiti swasta itu sedang mencari dana sebanyak AS$500 juta hingga AS$1 bilion untuk pelaburan bagi projek tenaga.

Pada 26 September 2013 pula, DuSable mengeluarkan kenyataan kepada Jabatan Keadilan AS bahawa firma itu akan menjadi penasihat pelaburan kepada dana ekuiti swasta di mana 1MDB menjadi rakan kongsi terhad.

"Ini bermakna 1MDB akan menjadi pelabur kepada projek DuSable," kata Wong Chen.

Kemudian pada 23 April tahun lalu, DuSable mengeluarkan satu lagi kenyataan untuk menjelaskan bahawa 1MDB bukan pelabur kepada firma itu sebaliknya telah menjalin kerjasama bagi membangun, memberi dana dan membina loji tenaga suria 50mw di Malaysia.

Sampai ada yang lepas 'hajat' dalam longkang

Posted: 28 Oct 2015 04:20 PM PDT

Sampai ada yang lepas 'hajat' dalam longkang
Keadaan tandas awam di Medan Selera Puchong Indah.


PUCHONG - Jijik dan memualkan! Begitu keadaan tandas awam di Medan Selera Puchong Indah di sini, yang didakwa tidak diselenggara syarikat dilantik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak beberapa bulan lalu.

Bukan sahaja air bertakung di atas lantai yang kotor, siling menempatkan tangki air juga berlubang dan mengalami kebocoran.

Pengunjung lelaki medan selera terbabit dikatakan tidak mempunyai pilihan selain terpaksa berebut menggunakan satu-satunya tandas wanita terletak bersebelahan sekiranya ingin menunaikan 'hajat' masing-masing.

Sinar Harian difahamkan, ada pengunjung yang terpaksa membuang air besar di dalam longkang bersebelahan tandas kerana tidak tahan dan tidak sanggup berebut menggunakan tandas wanita.

Pengerusi Panel Klinik Kesihatan negeri Selangor, Dr Kannan Raman berkata, beliau terkejut mendapati keadaan tandas tersebut ketika melaksanakan kempen pencegahan demam kepialu kepada pengusaha gerai makanan baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat 20 gerai makanan beroperasi di medan selera tersebut. Hampir 700 pelanggan dianggar berkunjung ke premis makanan itu setiap hari.

Kannan berkata, beliau musykil mengapa hanya sebuah tandas disediakan dan apabila rosak, pengunjung terpaksa berjalan kaki ke stesen minyak atau menumpang restoran lain untuk membuang air.

"Keadaan tandas ni teruk sekali, tak boleh masuk ke dalam kerana air bertakung..., siling pun ada air menitis dari bumbung yang bocor. Masalahnya di luar tandas ada tunjuk papan tanda syarikat yang menyelenggara tapi keadaan tandas sungguh mengecewakan," katanya.


'Biar Perhimpunan Agung Umno penentu nasib TSMY’

Posted: 28 Oct 2015 04:14 PM PDT


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin


SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa sebarang usaha menyingkir atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno adalah satu perbuatan yang  tidak mengikut Perlembagaan Umno.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mengikut Fasal 9.12 Perlembagaan Umno jelas menyatakan: jawatan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

" Justeru itu, sebarang cara selain Perhimpunan Agung Khas untuk menjatuh atau menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sah," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus yang mendakwa terdapat lebih 100 Ketua Bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatannya kini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin]

Sementara itu, ketika mengulas dakwaan sebuah laman sosial Johor Bangkit mengenai terdapat 140 bahagian bersetuju menyingkirkan Muhyiddin, Mustapha berharap dakwaan itu tidak benar.

"Veteran Umno berharap dakwaan yang mengatakan 140 Ketua Umno Bahagian menggunakan telegram untuk menjatuhkan dan menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin tidak benar. Veteran yakin semua Ketua Bahagian faham maksud Fasal 9.12 Perlembagaan Umno," katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya sebarang tindakan yang diambil ke atas Muhyiddin tidak mengikut Perlembagaan Umno.

"Kalaupun mungkin untuk mensabitkan kesalahan Muhyiddin ialah sekiranya beliau melanggar tataetika parti. Sekiranya begitu, maka Jawatankuasa Disiplin Umno mesti bertindak terlebih dahulu dengan memanggil Muhyiddin untuk mendapatkan penjelasan atau menghantar surat tunjuk sebab.

"Jadi, sebarang usaha yang membelakangi peruntukan Perlembagaan Umno dan Tataetika Ahli Umno adalah satu tindakan yang terburu-buru dan boleh memburukkan lagi keadaan.

 "Veteran yakin sekiranya usaha itu diteruskan ianya akan menjadikan masalah dalaman Umno  akan lebih parah dan kedudukan Datuk Seri Najib akan lebih tertekan kerana umum akan menuduh pakatan itu mendapat restu beliau," ujarnya.

Tambahnya, Veteran berharap tindakan itu tidak akan diteruskan demi perpaduan Umno.

"Kita tidak mampu untuk berpecah lagi dalam suasana politik yang tidak menentu ini terutama dalam menghadapi PRU14 nanti. Biarlah Perhimpunan Agung Umno akan datang yang menentukan nasib Muhyiddin," katanya


Tiada ulasan: