Selasa, 27 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO TAK SEHARUSNYA LAYAN ADUAN ISA SAMAD!!

Posted: 27 Oct 2015 04:53 AM PDT

shahbudindotcom

 



Adakah mendesak mana-mana pemimpin meletak jawatan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO?

Berikutan tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang mengadakah sidang akhbar bersama mendesak perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Pengerusi Felda, Isa Samad dilaporkan akan menghantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin agar sesuatu tindakan dapat diambil terhadap mereka.

Meskipun Isa memberi alasan mereka itu telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati, tetapi tentunya punca paling utama "kemarahan"  beliau sehingga mahu tindakan itu diambil ialah kerana desakan itu berkaitan pengunduran Najib.

Tiada sebab lain tindakan itu mahu diambil melainkan Isa merasakan namanya sudah agar tercemar di mata Najib berikutan perbuatan 13 Ketua Cawangan itu.

Lantaran itu, sebagai tindak balas yang mudah ialah melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin di mana jika mereka dipecat atau digantung keahliannya, dapatlah Isa memberi gambaran bahawa UMNO Teluk Kemang yang dipimpinnya sudah kembal solid, padu dan tidak berbelah bagi menyokong serta mendokong Najib.

Jika mereka terbabit membuat desakan lain seperti meminta Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal meletakkan jawatan, atau mendesak Tun Mahathir keluar UMNO misalnya, walaupun tidak dibuat secara kolektif, sudah pasti Isa tidak akan melaporkannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Bahkan tidak mustahil beliau akan mengatakan, itu merupakan hak mereka dan ia kebebasan yang perlu dihormati dalam demokrasi UMNO.

Tetapi kerana itu menyentuh "pemimpin agung" yang sedang berkuasa, maka semuanya mahu dijadikan salah belaka. Itulah UMNO...

Soalnya, adakah suatu kesalahan dan terdapat dalam perlembagaan parti bahawa mendesak Perdana Menteri berundur merupakan perbuatan yang boleh diambil tindakan?

Apakah juga tindakan mereka itu boleh dianggap mencemar UMNO sedangkan niat besarnya ialah untuk menyelamatkan masa depan parti?

Sehingga ini, perdebatan dan perbualan mengenai salah atau tidaknya tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan itu masih menjadi pertikaian di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Rata-rata mengatakan tiada peruntukan khusus tentang perkara itu, tetapi boleh ditafsirkan sebagai kesalahan kalau dimahukan demikian oleh mereka yang berkuasa mengenainya.

Jika tiada peruntukan khusus mengenainya, maka ada baiknya Jawatankuasa Disiplin tidak melayan sama sekali aduan Isa Samad itu kerana jika semua suara mahu disekat, UMNO akhirnya akan menjadi seperti "syarikat sendirian berhad" saja.

Lagi pun, kini bukanlah era seperti 70an atau 80an lagi di mana semua yang diatas dianggap betul belaka dan tidak boleh ditegur sama sekali. 

Yang mustahak, haruslah disedari bahawa tidak mungkin sokongan 100 peratus boleh diperolehi dan tindakan 13 Ketua Cawangan itu merupakan amaran muhasabah diri kepada Najib dan juga Isa Samad.

Dalam masa yang sama, jika mendesak Najib meletak jawatan mahu dianggap suatu kesalahan, bagaimana pula dengan Jamal Mohd Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sudah acapkali membuat desakan yang sama kepada Muhyiddin Yassin?

Tidakkah Jamal sepatutnya lebih dulu diambil tindakan?

Atau adakah, dalam UMNO ini hanya mendesak pemimpin yang sedang berkuasa saja merupakan suatu kesalahan manakala yang sudah habis kuasanya, apa pun boleh saja? 


Amanah sedar partinya tiada sokongan akar umbi - Khairuddin Aman [TONTON VIDEO]

Posted: 27 Oct 2015 04:51 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Aziz

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) sedar mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi dan sukar untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
Justeru, tidak hairanlah parti terpaksa mempromosikan DAP semata-mata mahu mengukuhkan kedudukannya dalam Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.
 
"Pertama saya nampak memang parti serpihan PAS ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Hj Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.
 
Dalam ceramah penerangan isu semasa anjuran Amanah pada Ahad, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dilapor mengangkat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai tokoh misi menawan Putrajaya.
 
Salahuddun juga memuji Guan Eng sebagai pemimpin yang menjaga kebajikan orang Islam.
 
Namun Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan berkata DAP tidak menyokong isu-isu yang melibatkan agama Islam.
 
"Saya tidak merasakan orang Islam akan menyokong (DAP), Melayu tidak akan menyokong DAP kerana DAP dilihat tidak menyokong isu-isu Islam, tidak memberikan sesuatu yang positif.
 
"Cuba lihat ahli-ahli Parlimen DAP, saya tidak nampak mereka mesra pada Islam," katanya.
 
Khairuddin juga mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad bahawa beliau dan Presiden Amanah, Mohamed Sabu tidak berapa yakin akan menang jika bertanding pada pilihan raya akan datang.
 
"Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang). Kita sebagai orang politik perlu kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.
 
"Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi DAP dengan serpihan PAS ini, saya yakin mereka tidak ada kekuatan di peringkat akar umbi," katanya lagi.
 
Amanah adalah parti serpihan yang digerakkan bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti Jun lalu.
 
Parti itu kemudiannya menyertai PH untuk menggantikan PAS.
 
"Yang keluar parti dan masuk parti serpihan ini (Amanah) biasanya adalah kerana kecewa dan mereka akan kembali semula pada PAS, itu sejarah yang lampau.
 
"PAS insya-Allah dengan apa yang berlaku baru-baru ini, saya lihat apabila saya turun padang pun, sambutan orang ramai kepada PAS pun begitu hangat, ahli-ahli PAS pun semakin bersemangat dan ramai golongan atas pagar dan ahli Umno sendiri yang mereka tidak bersama Umno bahkan bersama PAS," katanya lagi.
 
 
 

Kejayaan anjur H60K bukan jaminan PAS boleh menang pilihan raya [TONTON VIDEO]

Posted: 27 Oct 2015 04:27 AM PDT

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Himpunan Fastaqim (H60K) yang berjaya mengumpulkan lebih 100,000 penyokong PAS di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu minggu lalu tidak menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya akan datang.
 
Penganalisis politik, Profesor Dr. Atory Husain berkata PAS tidak boleh terus mendabik dada sebaliknya fokus kepada meraih sokongan di negeri-negeri lain, yang bukan menjadi kubu kuatnya selama ini.
 
"Saya kata (PAS) tidak boleh mendabik dada sangat kerana kehadiran itu ramai maka tetap menang pilihan raya akan datang. 
 
"(Itu) belum tahu lagi. Tambah pula dengan isu-isu sekarang ini juga cukup menarik untuk dilihat dan dipertimbangkan oleh pengundi-pengundi", katanya kepada Antarapos.
 
Atory yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kehadiran penyokong PAS mungkin tidak ramai jika himpunan itu dibuat di negeri lain.
 
"Adakah indikator yang mutlak yang menyatakan PAS tetap kuat hanya Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja yang boleh menentukannya", soal Atory.
 
"Saya rasa di Kelantan memang wajarlah sebab Kelantan adalah kubu kuat PAS, kalau ditempat lain tu dia bergantung kepada keadaan," katanya.
 
Direkodkan lebih 100,000 penyokong PAS memenuhi stadium berkenaan sebagai tanda sokongan berterusan kepada parti berkenaan selepas dibadai beberapa kemelut sebalum ini.
 
"Pandangan daripada (Datuk Seri) Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa PAS sebenarnya tetap relevan dan dia pun sudah membuat banyak kelonggaran iaitu Bai'ah parti akan dimansuhkan dan golongan profesional tetap akan diberi jamiman bersama ulama, jadi ini juga merupakan satu tarikan supaya ahli-ahli PAS yang mungkin merajuk dan tidak puashati akan kekal dalam PAS. 
 
"Saya fikir ucapan Hadi Awang baru-baru ini bahawa PAS sangat memerlukan golongan profesional untuk membantu PAS dalam memperjuangkan Islam dan sebagainya", tambah Atory lagi.
 
Ia himpunan pertama anjuran PAS selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bekas pemimpin progresifnya yang berpengaruh keluar meninggalkan parti bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).
 
LIHAT VIDEO DI SINI

 

Malaysia Negara Ke-5 Paling Mahal Untuk Mendapatkan Pendidikan Tinggi

Posted: 27 Oct 2015 04:07 AM PDT

Oleh: ADRIAN CHAN

 

- Gambar hiasan
 
 
PETALING JAYA: Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima paling mahal untuk mendapatkan pendidikan universiti berdasarkan pendapatan isi rumah.

Purata ibu bapa yang bekerja di Malaysia menghabiskan 55 peratus dari gaji mereka untuk setiap orang anak bagi melengkapkan pengajian di peringkat tinggi, menurut Expert Market yang berpangkalan di London.

Kajiannya terhadap 40 buah negara dibuat berdasarkan yuran pengajian yang disenaraikan dalam Quacquerelli Symmonds Top Universities untuk tahun akademik 2014/2015 dan Pendapatan Gallup Median Self-Reported 2013.

Negara yang paling mahal untuk pendidikan universiti adalah Hungary, yang merupakan salah sebuah daripada negara dengan pendapatan isi rumah terendah.

Ibu bapa di sana perlu menggunakan sehingga 92 peratus daripada gaji hanya untuk membiayai ijazah anak mereka.

Negara-negara lain 'di hadapan' Malaysia dalam senarai adalah Romania, di mana ibu bapa menghabiskan 86 peratus daripada gaji mereka untuk tujuan itu, Romania (86 peratus), Estonia (76 peratus) dan Chile (73 peratus).

"Menariknya, Britain merupakan salah sebuah daripada negara di Eropah yang mengenakan sebilangan kecil yuran pengajian. Norway, Greece, Poland dan Ireland adalah antara beberapa negara Kesatuan Eropah yang menawarkan ijazah percuma secara keseluruhan," kata Expert Market.

Ironinya, kaji selidik itu menunjukkan bahawa Malaysia mencatatkan kos yuran pengajian paling rendah antara '10 tempat paling mahal untuk menghantar anak-anak ke universiti' pada kos £11,875 (RM76,925).

"Negara ini mempunyai kira-kira 20 universiti dan yurannya adalah kompetitif berbanding dengan negara lain di dunia.

"Walau bagaimanapun, bagi dalam negara, gaji purata masih hanya RM2,052 sebulan," kata Business Insider Malaysia, yang merupakan sebuah laman web berita perniagaan dan teknologi.

"Ini bermakna tanpa biasiswa atau pinjaman, ibu bapa akan kehilangan lebih dari separuh gaji mereka untuk yuran pengajian," katanya.
 
 

1BestariNet: Kerajaan Perlu Bertanggungjawab, Bukan Salahkan Bekas Menteri

Posted: 27 Oct 2015 04:04 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

 

Abdul Ghapur Salleh
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa tidak berdolak-dalik dalam isu kelemahan projek rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet, demikian tegas seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata sikap kerajaan yang seolah-olah mahu lepas tangan dengan menyalahkan bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu berkenaan amat dkesali.

"Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan. Kementerian bukan mantan.

"Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya…mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari memberitahu Dewan Rakyat bahawa projek 1BestariNet yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications bukan dibawah tanggungjawab kementeriannya.

Sehubungan itu Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengaitkan projek berkenaan dengan Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.

"Kementerian ini iaitu di bawah program pelaksanaan jalur lebar tidak mengkhususkan mana-mana pemberi perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan di suatu-suatu tempat, maknanya tidak ada elemen eksklusiviti.

"Sebenarnya program 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah projek seluruh negara yang diterajui oleh mantan menteri pendidikan yang dahulu di bawah Kementerian Pendidikan dimana projek itu dikhususkan kepada syarikat yang diberi nama YTL Communications," katanya.

Sebelum ini Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan projek runding terus 1BestariNet bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin.

Masyarakat Serani Terkejut Dengan Kematian 'Wira Tak Didendang'

Posted: 27 Oct 2015 04:02 AM PDT

Oleh: FARIK ZOLKEPLI
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kematian pasangan suami isteri yang digambarkan sebagai 'wira tak didendang' dalam masyarakat Serani di Lembah Klang, telah mengejutkan rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa.

Paul William Nunis dan isterinya, Mary Nunis née Mary Rodrigues, kedua-duanya 71, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terjunam dari tingkat lima bangunan tempat letak kereta di kondominium Duta Vista, kira-kira pukul 8 malam Ahad.

Pesara Telekom Malaysia itu baharu sahaja meninggalkan perjumpaan yang dianjurkan oleh Persatuan Serani Selangor dan Wilayah Persekutuan (Saftea) di kondominium itu, di sini.

Presiden Saftea Sheila De Costa berkata dia telah bertemu William, yang lebih mesra dengan panggilan 'Willie' dan Mary semasa makan malam sebelum itu.

"Biasanya, saya hanya akan berbual ringkas dengan tetamu tetapi pada masa itu saya dapat duduk dan berbual dengan kedua-dua  mereka.

"Saya tak sangka ia menjadi kali terakhir saya melihat mereka," katanya. 
 

Willie (kiri) dan isterinya, Mary.

De Costa berkata pasangan itu, yang telah menjadi ahli Saftea selama lebih dari 30 tahun, adalah 'wira tak didendang' dalam persatuan itu kerana sering berkerja di belakang tabir untuk mana-mana acara atau majlis keramaian.

Katanya, Willie dianggap sebagai 'MacGyver' persatuan, kerana dia pakar dalam semua bentuk pemasangan, termasuklah memasang sistem bunyi.

"Walaupun menjadi tetamu, dia sentiasa menawarkan diri untuk membantu. Mary juga seorang yang hebat. Dia akan memasak makanan yang lazat untuk acara-acara anjuran kami," katanya.

De Costa berkata Willie juga biasanya menjadi tuan rumah atau pengerusi majlis untuk acara-acara yang dianjurkan persatuan.

"Dia akan menjadikan aktiviti yang dianjurkan menyeronokkan dan meriah. Dia juga suka menyanyi lagu 'The room at the top of the stairs' di kebanyakan acara kami," katanya.

De Costa berkata Willie dan Mary merupakan pasangan penyayang, sentiasa meluangkan masa untuk rakan-rakan, mesra dan murah hati serta tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan.

"Kami telah menerima ucapan takziah daripada presiden Persatuan Serani dari Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

"Ini menunjukkan sejauh mana mereka telah menyebarkan rasa cinta mereka," katanya, sambil menambah ahli-ahli, rakan-rakan dan keluarga mereka amat sedih dengan kematian mengejutkan itu.

Abang ipar Mary, Jerry Francis berkata dia masih tidak percaya bahawa kedua-dua mereka telah tiada.

"Mereka adalah pasangan yang riang dan bahagia. William aktif dalam sukan pada masa mudanya," katanya.

Francis, seorang wartawan yang sudah bersara berkata, pasangan ini mempunyai tiga orang anak dan tujuh cucu.

Kos Pengajian Di Luar Negara Bakal Dikurangkan Terutama Libatkan Kursus Perubatan - Annuar

Posted: 27 Oct 2015 03:53 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Annuar Musa.
 
 
DUNGUN: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan mengurangkan kuota pelajar tajaannya, namun jumlah pembiayaian dikurangkan khususnya kepada pelajar perubatan melanjutkan pengajian ke negara yang melibatkan kos tinggi.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya juga mempunyai pelan alternatif dengan lebih selektif menempatkan pelajar tajaannya ke universiti di negara lain yang setara bidang pengajiannya, tetapi dengan kos lebih rendah.

Beliau berkata pelajar perubatan yang menuntut di Ireland, misalnya mungkin  dikurangkan dan mereka akan dihantar melanjutkan pengajian perubatan ke negara yang kosnya berpatutan seperti Universiti Bangalore di India dan Universiti Alexandria di Mesir.

"Daripada menghantar pelajar perubatan ke Ireland dengan belanja hampir RM2 juta (seorang), kita tukarkan dengan kaedah lain seperti menghantar mereka ke India atau negara yang setaraf pendidikannya...bezanya kos lebih rendah.

"Kita juga ada alternatif seperti menghantar pelajar perubatan ini ke Universiti Alexandria. Kita ada buat kolaborasi dengan Universiti Sains Malaysia (USM), dan sebuah universiti swasta di Bangalore juga sedang menjalin kerjasama dengan Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).

"Melalui kerjasama itu, mereka (MSU dan universiti di Bangalore) bersetuju mengenakan caj pengajian mengikut caj tempatan. Pada masa sama, pelajar terbabit juga mungkin mengikuti pengajian selama dua tahun di MSU sebelum meneruskan baki pengajian di sana (Bangalore)," katanya selepas merasmikan Kolej Antarabangsa Mara Ketengah (MKIC) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini Selasa.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud, Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Datuk Wan Mat Amin Wan Daud.

Dalam pada itu, Annuar berpendapat Mara seharusnya memainkan peranan lebih agresif dalam membantu lembaga-lembaga kemajuan wilayah mewujudkan banyak lagi program berbentuk pembangunan fizikal seperti kerjasama yang dijalinkan bersama Ketengah pada masa ini.

"Dalam hal ini, saya fikir kita ada RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) dan barangkali, Mara boleh menggerakkan usahawannya untuk mengambil peranan memperluaskan perniagaan mereka di sana," katanya.

MKIC adalah satu-satunya kolej menawarkan Progran A-Level di bawah urus tadbir subsidiari Mara, yang mana program pelajar cemerlang Mara itu ialah untuk penempatan ke universiti-universiti terkemuka di United Kingdom.

Pada masa ini, sebanyak 189 pelajar mengikuti program di kolej berkenaan yang menawarkan tiga bidang pengajian iaitu perakaunan, seni bina dan ekonomi. - BERNAMA

Pembangkang Atau BN - Tanya Amanah Kepada PAS

Posted: 27 Oct 2015 03:50 AM PDT

Oleh: MARTIN CARVALHO


 

Khalid Samad.
 
 
KUALA LUMPUR: PAS perlu menjelaskan jika parti Islam itu mahu kekal sebagai parti pembangkang atau memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad berkata walaupun PAS ada hak untuk memilih dengan siapa mereka mahu bekerjasama, parti itu harus menyatakan dengan jelas hala tuju politik mereka.

"Mereka perlu menyatakan hala tuju parti, sama ada mereka mahu perubahan dalam kerajaan atau kekal dalam pembangkang dan pada masa sama mempertahankan Barisan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata PAS perlu memberikan gambaran jelas mengenai hala tuju parti itu supaya pengundi boleh membuat pilihan tepat pada pilihan raya.

Khalid Samad mendakwa PAS cuba meraih undi sebagai parti pembangkang tetapi akhirnya menyokong kerajaan.

Timbalan Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata PAS tidak konsisten dalam perkara itu.

"Mereka tidak konsisten walaupun dalam hala tuju politik mereka sendiri," katanya.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook hanya mahu mengucapkan 'selamat maju jaya' kepada PAS dalam usaha mereka.

Pemimpin Pakatan Rakyat diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sedia menjalin kerjasama dengan Barisan demi kebaikan bersama.

Malaysia akan terus bantu Indonesia padam kebakaran

Posted: 27 Oct 2015 03:44 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KANGAR: Kerajaan Malaysia akan terus membantu Indonesia untuk memadam api kebakaran di negara itu bagi membantu mengatasi masalah jerebu yang melanda rantau ini termasuk Malaysia.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, kerajaan kini menunggu kelulusan daripada Wisma Putra dan pihak tentera untuk penghantaran kapal terbang penyembur air bagi kerja-kerja memadam kebakaran berkenaan.
 
Penghantaran kali ini akan melibatkan dua kapal terbang penyembur air ke sana, kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Maqasid Syariah Peringkat Kebangsaan di Dewan Warisan di sini, Selasa.
 
Menurut Shahidan, tempoh penghantaran kapal terbang penyembur air ke Indonesia akan mengambil kira perkembangan semasa apabila berlaku perubahan cuaca yang membawa hujan lebat.
 
Mengenai kedatangan musim hujan, beliau berkata persiapan sudah dilakukan untuk menggerakkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terutama di negeri-negeri pantai timur dan sebahagian Sarawak.
 
Menurut beliau, skreateriat bantuan berkenaan dipindahkan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) namun MKN akan terus membantu mana-mana negeri yang lebih terdedah dengan malapetaka banjir.
 
Semasa berucap merasmikan seminar berkenaan, Shahidan berkata kerajaan juga akan memberi penekanan menyedarkan mangsa-mangsa banjir jangan lupa tanggungjawab mereka kepada agama walaupun ditimpa musibah.
 
Sementara itu Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memberitahu seminar dua hari itu melibatkan 350 peserta dari seluruh negara dengan pembentangan enam kertas kerja.
 
 

PAS pembangkang yang 'menerang bukan menyerang' - Hadi

Posted: 27 Oct 2015 03:43 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat sejajar dengan peranannya sebagai pembangkang yang 'menerang bukan menyerang', kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"PAS bersedia bertemu dengan kerajaan dan bersemuka dengan siapa sahaja kementerian termasuk Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan-cadangan kita dalam perkara yang kita tidak setuju.
 
"Contohnya GST, PAS tidak setuju GST dan PAS ingin mencadangkan apakah alternatif untuk menampung hasil kerajaan selain daripada GST, kita ada cadangan kita yang kita tidak cukup masa untuk kita bentang di Parlimen termasuklah penurunan nilai mata wang.
 
"Kita ada pendekatan kita bagaimana hendak menaikkan nilai mata wang dan mempertahankan mata wang kita," katanya kepada pemberita di dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen di sini, hari ini.
 
Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun meletakkan syarat tertentu dalam keterbukaan parti menjalinkan kerjasama tersebut.
 
"PAS akan terus jadi pembangkang dan PAS tidak akan menyertai kerajaan, PAS akan jadi pembangkang yang menerang bukan menyerang, yang menerang hujah dan tidak menyerang, ini adalah pendekatan yang kita ambil.
 
"Sebarang perubahan yang diambil hendaklah berteraskan kepada Islam yang menjadi dasar dan konsep perjuangan PAS," katanya.
 
"PAS tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan kepada Islam dan tidak mencapai matlamat kerana kita tidak mungkin naik bas ekspress yang tidak sampai ke destinasi yang kita hendak pergi.
 
"Lepas itu kena jalan kaki jauh," katanya lagi.
 
Beliau dalam pada itu turut berkata, sebarang kerjasama perlu berlandaskan tatatertib yang sopan.
 
"Kita mahu proses demokrasi yang beradab dan berakhlak dan tidak boleh melupai konsep Raja Berperlembagaan dan dalam masa yang sama mesti memelihara konsep masyarakat bermajmuk.
 
"Oleh kerana itu PAS bukan sahaja bersedia untuk berbahas di Parlimen, dalam masa terhad dan tidak cukup untuk berhujah, PAS mempunyai penyelidik-penyelidik di semua ibu pejabatnya di seluruh negara," katanya

Kadar 6 peratus GST tidak akan diturunkan

Posted: 26 Oct 2015 09:39 PM PDT

 
Struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif.


najib,gst


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan atau mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini ditetapkan pada kadar enam peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang telah dimansuhkan.

"Buat masa sekarang kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini telah ditetapkan pada kadar enam peratus

"Kadar GST enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada SST yang telah dimansuhkan," katanya dalam jawapan bertulis.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar cukai jualan iaitu 10 peratus.

Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta Najib menjelaskan adakah kementerian kewangan bersetuju untuk merendahkan kadar GST ke empat peratus sebagai strategi membendung inflasi.

Sebelum itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye telah menggesa agar Kerajaan meringankan beban rakyat dengan mengurangkan kadar enam peratus kepada tiga peratus melalui Bajet 2016.

Kos kawal Himpunan Baju Merah lebih mahal

Posted: 26 Oct 2015 09:36 PM PDT

 
Kos kawal selia Himpunan Baju Merah sebanyak RM4.5 juta hampir sekali ganda kos Bersih 4 yang berjumlah RM2.7 juta.


zahid-hamidi,merah


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan kos kawal selia Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) pada 16 September adalah lebih tinggi berbanding himpunan Bersih 4.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, kos keseluruhan bagi mengawal selia himpunan Bersih 4 adalah sebanyak RM2,737,440.00 manakala bagi Himpunan Rakyat Bersatu adalah sebanyak RM4,500,927.50.

"Bagi Bersih 4, pihak polis telah mengerahkan 191 orang pegawai dan 2,419 orang anggota lain-lain pangkat bagi mengawal sepanjang dua hari perhimpunan tersebut.

"Manakala, bagi Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015, seramai 263 orang pegawai dan 3,648 orang anggota lain-lain pangkat dilapor telah terlibat secara langsung bagi mengawal perhimpunan tersebut dengan kos keseluruhan sebanyak RM4,500,927.50," katanya dalam jawapan bertulis.

Zahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook yang meminta KDN menyatakan jumlah anggota polis yang dikerah untuk mengawal perhimpunan Bersih 4 dan Himpunan Rakyat Bersatu.

Timbalan Perdana Menteri itu turut menjelaskan, bagi kedua-dua himpunan yang diadakan itu, anggota PDRM mengguna pakai semua elemen di dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotan IPD Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA).

Turut digunakan, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan cawangan K9, JSJ dan lain-lain elemen.
Difahamkan, kesemua elemen itu di bawah kawal selia Ketua Polis Kuala Lumpur.

Kumpulan antarabangsa selar budaya takut di M'sia

Posted: 26 Oct 2015 09:32 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun pada awalnya tampil dengan janji-janji perubahan, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mewujudkan kekangan terhadap penentangnya, yang mengakibatkan budaya ketakutan, kata Human Rights Watch (HRW).

Kumpulan hak asasi antarabangsa itu perbahasan awam dan bebas di Malaysia semakin mengecil susulan langkah kerajaan terus menggunakan undang-undang untuk mendiamkan mereka.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan 145 halaman berjudul "Mewujudkan budaya ketakutan:

Penjenayahan hak bersuara secara aman di Malaysia", yang dikeluarkan hari ini.

Ia turut memaparkan senarai panjang insiden tindakan keras bawah pentadbiran Najib sebagai perdana menteri.

Laporan itu dikeluarkan menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia bulan depan.

Kumpulan itu berharap AS dalam menekan agenda perubahan dalam undang-undang Malaysia yang menyekat kebebasan bersuara.

"Perdana menteri Najib dan kerajaan Malaysia berulang kali mungkir janji untuk menyemak semula undang-undang dan menjadikan kebebasan bersuara suatu jenayah.

"Sebaliknya, Malaysia secara berleluasa mendakwa pengkritiknya.

"Kerajaan memperolok-olokkan tuntutan demokrasi dan hak asasi dengan melayan kritikan sebagai sebuah jenayah," katanya.

Mengapa hanya lebuh raya Pan-Borneo bebas tol?

Posted: 26 Oct 2015 09:25 PM PDT

Koh Jun Lin


 


Pengumuman kerajaan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo akan bebas tol, bermakna lebuh raya boleh dibina tanpa mengutip tol, kata MP Pandan, Rafizi Ramli.

Katanya, beliau tidak fikir yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak faham bahawa apabila beliau mengumumkan Lebuhraya Pan-Borneo akan bebas tol, rakyat akan membuka mata mereka, sedar dan faham bahawa lebuhraya boleh dibina di negara ini tanpa kutipan tol.

Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan perlu syarikat konsesi swasta untuk membina lebuh raya, tidak lagi boleh dipakai kerana kerajaan sendiri mengumumkannya.

Rafizi berkata demikian dalam satu forum di Kuala Lumpur mengenai bajet alternatif Pakatan Harapan malam tadi.

Katanya, jika boleh dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang lebih panjang daripada Lebuhraya Utara-Selatan tanpa tol, maka lebuh raya bebas tol boleh diwujudkan jika kerajaan mahu berbuat demikian.

Malangnya, dakwa Rafizi, beliau merasakan bahawa Najib tidak merasakan yang undi di Semenanjung adalah cukup penting, berbanding dengan undi di Borneo.

Pendahulu Pakatan Harapan - Pakatan Rakyat - dalam kempen pilihan raya umum tahun 2013, berjanji untuk memansuhkan tol lebuh raya secara berperingkat jika ia dipilih menerajui kerajaan.

Dalam ucapan bajetnya Jumaat lepas, Najib mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,090 kilometer akan siap pada 2021 dengan kos sebanyak RM16.1 bilion dan ia akan bebas tol.

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dilaporkan berkata Lebuhraya Pan Borneo akan sama dengan jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia, di mana jalan-jalan persekutuan adalah bebas tol.

Pengumuman itu dibuat selepas kenaikan kadar tol di 18 lebuhraya pada 12 Oktober lalu, terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.

Seorang lagi ahli panel di forum itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming mendakwa walaupun ada kenaikan kadar tol, kerajaan sebenarnya akan membayar lebih pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya di bawah bajet tahun depan.

Katanya, selepas melihat Bajet 2016, didapati pampasan yang akan dibayar kepada syarikat tol juga telah meningkat.

"Pada 2015, pampasan kepada syarikat konsesi tol berjumlah RM458 juta. Bagi tahun 2016, ia naik kepada lebih RM500 juta," katanya.

Pada bulan Oktober, katanya, kadar tol baru sahaja meningkat, dari 30 sen hingga RM1.

Beliau bertanya mengapa pada masa di mana kadar tol telah meningkat, pampasan kepada syarikat konsesi juga dinaikkan.




K’jaan perpaduan dengan Umno adalah sejarah, kata Hadi

Posted: 26 Oct 2015 09:15 PM PDT

Kow Gah Chie


 


PARLIMEN:  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan partinya membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

"UG (kerajaan perpaduan) adalah sejarah," katanya kepada wartawan di luar Dewan Rakyat.

Hadi juga berkata PAS bersedia berjumpa anggota kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk menimbulkan kebimbangan parti itu berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), nilai ringgit yang merudum serta masalah perumahan.

"PAS ambil langkah untuk menerang bukannya menyerang," katanya.

Hadi sering-kali didakwa mahu meujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan dilihat sebagai penyokong Najib.

'Tak patut buang Muhyiddin'

Posted: 26 Oct 2015 09:12 PM PDT

Zainuri Zainal
Zainuri Zainal


SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal tidak bersetuju sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin disisihkan kerana beliau masih lagi Timbalan Presiden Umno.

"Takkan nak buang Tan Sri Muhyiddin Yassin macam tu saja? Walaupun beliau bukan lagi timbalan perdana menteri, namun masih orang nombor dua dalam Umno dan harus dihormati," katanya.

Beliau hairan bagaimana tersebar khabar angin mengatakan Muhyiddin akan dihalang daripada merasmikan perhimpunan agung sayap ketika Perhimpunan Agung Umno Disember depan.

"Keputusan itu akan ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, bukannya dibincang di kedai kopi.

"Setakat ini, belum pernah terjadi lagi Perhimpunan Agung Sayap dirasmikan oleh orang lain selain Timbalan Presiden Umno. Bagaimanapun sebagai pemimpin muda, kita akur dengan keputusan mesyuarat MT," katanya kepada Sinar Harian.

Zainuri turut mengingatkan ahli Umno lain untuk menghormati bekas timbalan perdana menteri itu, bukan sekadar bersandarkan jawatan tetapi senioriti dalam parti, pengalaman dan jasa yang ditaburkan dalam kerajaan hampir 35 tahun.

"Sebaiknya tidak dilayan sebarang khabar angin yang bersifat melaga-lagakan, cakap itu, ini yang tidak berasas.

"Tambahan trend sekarang lompat parti sana sini untuk jadi tukang melaga-lagakan, sebab itu suasana politik caca marba dan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Bagaimanapun, Zainuri berkata, beliau belum lagi mendengar desas-desus kononnya Muhyiddin akan diboikot pada Perhimpunan Agung Umno nanti gara-gara kelantangan beliau menyuarakan pandangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terutama selepas beliau tidak lagi bergelar timbalan perdana menteri.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menafikan khabar angin berkenaan, sebaliknya disifatkan sebagai tidak sahih kerana sekadar menjadi bualan.


Mangsa pendiam, kurang bercampur

Posted: 26 Oct 2015 09:02 PM PDT

 
 
Mangsa pendiam, kurang bercampur
Bapa Intan Suraya (duduk dua,kanan) bersama rakan-rakan mangsa mendengar bacaan talkin selepas majlis pengkebumian.
 
 
BAYAN LEPAS​ - "Pemergian Intan Suraya satu kehilangan besar buat kami," demikian luahan rakan-rakan mangsa pembunuhan di sebuah ​rumah ​pangsa​ di Bandar Baru, Teluk Kumbar, di sini, semalam.

Menurut mereka, walaupun mangsa seorang pendiam namun tidak lokek dengan senyuman selain akhlaknya yang cukup disenangi oleh guru dan rakan sekelas.

Muhd Nabil Ikwan, 17, seperti tidak percaya nasib yang menimpa rakan sekolahnya itu dan menganggap apa yang dilakukan oleh suspek sebagai kejam dan tidak perikemanusiaan.

Beliau berkata, Intan Suraya seorang pelajar yang baik selain mempunyai perwatakan pendiam walaupun jarang bergaul dengan pelajar lain.

"Intan adalah pelajar yang baik dan tidak banyak menimbulkan masalah di dalam kelas​. Dia juga kurang bercakap dengan kawan-kawan sekelas kecuali perkara perlu sahaja," ​katanya.

Siti Syazwana Shaid,17, berkata, Intan Suraya jarang untuk berkongsi masalah kecuali dengan kawannya yang rapat sahaja.

"Kami semua tidak tahu masalah sebenar​nya kerana Intan ​Suraya hanya menceritakan masalah kepada kawan​ tertentu," ​katanya.

Nur Amira Mazlan, 17, berkata, sebelum kejadian,tiada sebarang perubahan sikap ditunjukkan oleh​nya.

Kali terakhir berjumpa dengan mangsa ketika sesi persekolahan ​minggu lalu ​dan tidak menyangka itu adalah perjumpaan untuk kali terakhir.

"Perkara yang menimpa Intan Suraya amat mengejutkan kami semua,​dan seorang sahabat saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya di sana,"​ katanya.

Suspek berlakon sedih tak menjadi

Posted: 26 Oct 2015 09:00 PM PDT

Suspek berlakon sedih tak menjadi
Orang ramai dilihat berkumpul berhampiran dengan lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian‎


BAYAN LEPAS - Helah suspek yang menangis dan meratapi pemergian bekas teman wanita tidak menjadi apabila lakonan itu berjaya dikesan oleh ahli keluarga sebelum membongkarnya sebagai dalang yang menyebabkan kematian Intan Suraya Mawardi malam kelmarin.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali, melihat suspek datang ke lokasi kejadian dan menangis teresak-esak selepas mengetahui berita mengenai mangsa.

Bagaimanapun, gerak geri lelaki itu yang mencurigakan menyebabkan ahli keluarga mengesyaki sesuatu sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Suspek datang ke rumah mangsa dan menangis..Dia juga minta untuk masuk ke dalam bagi melihat mangsa namun saya tidak benarkan kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa jiran memaklumkan kepada saya yang lelaki berkenaan sebelum ini pernah dilihat mengganggu dan sering dilihat menunggu mangsa di luar rumah," katanya ketika ditemui media di sini.

Wanita berusia 56 tahun itu berkata, selepas siasatan dilakukan, polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu.

Menurutnya, lelaki itu juga mengaku melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa dan menyerahkan beberapa barangan yang menjadi bahan bukti.

"Sekarang ini perkara itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kami berharap hukuman setimpal dikenakan terhadapnya," katanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Masjid Ridwaniah Sungai Batu di sini apabila ratusan ahli keluarga dan rakan sekolah mangsa berkumpul bagi menghadiri pengkebumiannya.

Jenazahnya dibawa dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas proses bedah siasat dan tiba di perkarangan masjid itu kira-kira jam 4.30 petang.

Jenazah disembahyangkan dan selamat dikebumikan kira-kira jam 5 petang.


Najib hanya pentingkan undi Sabah, Sarawak

Posted: 26 Oct 2015 08:57 PM PDT

Najib hanya pentingkan undi Sabah, Sarawak
Rafizi Ramli (tengah) pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 
 
KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinannya didakwa tidak lagi mengambil berat tentang undi rakyat di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak susulan "menganaktirikan" pembinaan lebuh raya tanpa tol di kepulauan Borneo itu sahaja.

Demikian kata Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli sambil menegaskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang diumumkan setiap kali pembentangan Belanjawan negara membuktikan alasan kerajaan yang memerlukan konsesi swasta untuk membina lebuh raya adalah tidak berasas.

"Jadi hujah mereka sebelum ini bahawa kerajaan memerlukan konsesi secara swasta untuk membina lebuhraya tidak lagi boleh dipakai kerana mereka sendiri umumkan, jika dia boleh bina Pan Borneo, malah lebih panjang dari Plus, tanpa tol, sudah tentu dia boleh lakukan itu, jika dia mahu.

"Malangnya Najib tidak fikir tentang sokongan rakyat di Semenanjung tidak lagi penting berbanding dengan undi Borneo. Sebab itu Pan Borneo tiada tol dan di Semananjung ada tol," katanya pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,090 kilometer dijangka siap pada 2021 dengan anggaran kos RM16.1 bilion.

Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi satu-satunya lebuh raya bebas tol di negara ini yang mendapat kritikan hebat di Semenanjung terutamanya selepas pengumuman kenaikan kadar tol baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, pengumuman kerajaan bahawa Lebuhraya Pan Borneo itu bebas tol membuktikan pentadbiran Najib mampu membina lebuh raya tanpa memerlukan konsesi swasta.

"Najib sudah umumkan bahawa Lebuhraya Pan Borneo tiada tol, ini bermakna dia boleh bina lebuh raya tanpa tol.

"Saya tidak fikir Najib tidak faham, apabila dia mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan Borneo itu tanpa tol, maknanya rakyat Malaysia yang buka mata dan sedar boleh faham sebenarnya boleh bina lebuh raya di negara ini tanpa tol," katanya lagi.


TPPA bunuh minat Mustapa untuk tawan Kelantan

Posted: 26 Oct 2015 05:29 PM PDT



Oleh Mohd Sayuti Omar


Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed akhir-akhir ini seakan kurang bercakap dan memperdulikan kepada Umno Kelantan kerana banyak tertumpu kepada Perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPPA). Beliau seakan mendapat tekanan dan tugas khas daripada Najib Razak agar menyegerakan menyelesaikan proses menanda tangani perjanjian perdagangan tersebut.

Penambahan seorang lagi menteri dan timbalan menteri MITI, menampakkan akan kesungguhan Najib mahukan TPPA disegerakan.

Penambahan itu juga memberi konotasi seolah-olah Mustapa sangat perlahan dengan kerjanya dan tidak memuaskan hati Najib? Apakah begitu atau pun Mustapa berhati-hati mengadakan perundinagan demi perundingan bagi memastikan apabila dilaksanakan kelak TPPA tidak menyusahkan negara serta membebankan rakyat?

Mustapa tentu mengambil pengajaran daripada pelaksanaan cukai GST yang mana telah memberi beban sara hidup kepada rakyat dan sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan sendiri. Walaupun dalam bajet dua tiga hari lepas Najib menyatakan pelaksanaan GST sangat sesuai dengan keadaan harga minyak turun tetapi hakikatnya GST menyengat rakyat dan tidak disenangi oleh rakyat.

Dr Muhammad Agus
Apabila Najib menambahkan seorang lagi menteri di MITI, (Menteri Perdagangan Antarabngsa dan Industeri) seharusnya Mustapa sudah mulai rasai yang dia diperhati oleh Najib dan mungkin PM tidak berpuas hati dengan kerjanya.

Kerana menginsaf itu menyebabkan beliau kini menumpukkan kepada TPPA sehingga seakan tidak peduli kepada Kelantan. Kealpaan Mustapa ini sesuatu yang merugikan.

Walhal di Kelantan ketika ini adalah saat baik kalau Umno ingin merampas negeri itu daripada Pas. Kita tidak nampak apakah usaha atau strategi Umno untuk menawan Kelantan dalam pilihan raya akan datang. Gerakan Gelombang Merah yang suatu waktu dulu melambung tinggi tetapi begitu perlahan kini.

Gelombang Merah seakan tidak mempedulikan kepada isu-isu panas yang berlegar di sekitar kerajaan Kelantan yang sangat didahagai rakyat seperti isu pembangunan, mangsa banjir dan juga penyelewengan dalam pengurusan tanah dan lain-lainya.
Kalau Mustapa atau Umno percaya Kelantan hanya dapat dibangunkan apabila negeri itu berada dalam tangan Umno, makanya Mustapa dan Umno kena berusaha ke arah itu. Lainlah kalau Umno ada pelan tertentu bersama Pas untuk membangun Kelantan. Munasabahlah kalau Mustapa tidak menyerang pentadbiran Kelantan.

Kerajinan Mustapa menjaja TPPA kini semakin jelas dan ketara. Di Kedah semalam dia mempromosikan TPPA kononnya akan memberi manfaat besar kepada rakyat negara ini (ahli perniagaan). Apabila TPPA terlaksana kelak syarikat dari Malaysia berpeluang memasarkan barangan keluaran mereka diserata dunia.

Beliau lantas memberi unjuran tahun lepas syarikat Malaysia melabur ke luar negara bernilai RM520 juta berbanding dengan pelaburan syarikat asing di negara ini RM470.

Jelas promosi itu untuk menyakinkan orang ramai agar menerima cadangan kerajaan untuk menantatangani TPPA. Perundingan akhir mengenai perkata itu sudah diadakan di Allanta Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mungkin bagi mereka yang kurang memahami hal ehwal ini akan menerima dakwaan Mustapa itu tetapi bagi mereka yang tahu menilai sejauh mana mutu atau kualiti barangan kita serta persaingan dengan dunia luar, dan keupayaan kita dalam dunia dagang tahu bahawa dakwaan itu hanya retorik semata-mata.
 
Penjelasan Mustapa itu masih kabur bagi rakyat. Sekiranya mengambil kira apa yang dinyatakan oleh rakan saya Pensyarah UKM Dr Muhammad Agus Yusuf TPPA mengerukan. Menurut Agus TPPA akan memberi beberapa kesan tidak baik jika ia dilaksanakan kelak. Antaranya:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Sehubungan itu Agus mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang penting sekali meminta agar dokumen perjanjian itu yang berbentuk rahsia didedahkan seluas-luasnya kepada pakar untuk dibahaskan dan pengetahuan rakyat jelata.

Dokumen mengenai TPPA menurut Mustapa bagaimana pun akan dibawa ke parlimen untuk dibahaskan pada waktu terdekat ini. Ahli Parlimen akan memberi ruang lebih luas untuk membahasnya dan tindakan itu adalah molek.

Saya yakin ia akan dibahas dan diperhalusi bagi memastikan TPPA itu tidak menjadi bebanan kepada rakyat dan negara seperti mana cukai GST serta beberapa polisi lain yang sudah nyata membebankan rakyat. Ia mustahak untuk dihalusi sebab kalau sudah ditandatangani ia tidak mungkin dapat ditarik balik lagi dan TPPA itu akan meletakkan kita dalam karung dimasukkan asap.

Pun begitu kalaulah Parlimen menolaknya, tetapi kerana TPPA adalah agenda Najib ia tetap akan diluluskan juga. Sekiranya parlimen menerima TPPA, maka jelas Najib sudah terikat dan tidak dapat mengelak dari menolaknya mungkin kerana sudah ada sesuatu yang meletakkan dia bak telor di hujung tanduk. Kita tahu TPPA adalah projek Amerika.

Bagaimana pun di sini saya hendak ingatkan Mustapa sekali lagi, TPPA bakal memberi masalah kepadanya. Kalau tidak kena gaya TPPA akan menjadi legasi untuk orang mengingatkan beliau sebagai seorang menteri MITI yang meninggalkan kesan buruk kepada negara. Dalam hal-hal mengenai dasar perdagangan sebegini apa lagi yang dijuarai kuasa dunia jangan mudah mengikut retaknya kerana apabila sudah ke dalam sukar untuk melepaskan diri.

Kita tidak mahu pelaksanaannya nanti akan memenjarakan rakyat dalam satu lagi bentuk kesengsaraan hidup yang kita cipta sendiri. Cukuplah yang sedia ada kita sudah tidak larat untuk memikulnya, mari pula yang ini.  http://msomelayu.blogspot.my 

Usul Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen Gara-gara Isu 2.6 bilion Najib. Berjaya atau Tidak?

Posted: 26 Oct 2015 05:18 PM PDT

BERITA SEMASA


Usul Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen Gara-gara Isu 2.6 bilion Najib


undi tidak percaya najib


Pada ketika Berita Semasa berada di luar kalangan pelancong mula melemparkan soalan kepada Berita Semasa "what's happening in your country".

Nah….melihatkan sahaja laporan berita di portal berita terkemuka dunia hari ini termasuklah di Wall Stret Journal, Guardian UK, Telegraph, The Sydney Morning Herald, Bloomberg sehingga adakalanya berita mengenai Najib dan perkembangan terkini yang berlaku di Malaysia menjadi trending di luar negara.
Terbaru dengan perkembangan usul undi tidak percayaRakyat Malaysia tidak mahu negara Malaysia menjadi popular dan diangkat sebegini rupa.

Ada tokoh politik mengatakan ada berbagai cara untuk menunjukkan jalan keluar kepada Najib Razak untuk terus menduduki kerusi panas sebagai perdana Menteri Malaysia. Termasuklah :
  1. Usul Undi Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen
  2. Melalui Majlis raja-raja
  3. Majlis tertinggi UMNO sendiri menolak Najib Razak
Mengapa mereka nampak galak untuk diadakan usul undi tidak percaya Najib Razak di Parlimen?

Semuanya dikatakan berpunca daripada ketidakyakinan mereka melihat cara bagaimana Najib Razak dan saf kepimpinannya menguruskan hasil mahsul negara Malaysia dan ditambh pula dengan isu 2.6 bilion Najib Razak yang masih lagi penuh misteri dan tergantung sehingga ke hari ini sehingga meninggalkan seribu satu persoalan kepada rakyat Malaysia amnya dan masyarakat dunia umumnya yang terus tercari-cari jawapannya.

 

Berjaya Usul Tidak Percaya Najib Razak di Parlimen?

KLIK SINI : Najib Letak Jawatan? Puluhan Ribu Rakyat Malaysia Desak dan Kritik di Facebook Najib Dengan hastag #NajibLetakJawatan!

Walaubagaimanapun, pada pengamatan Berita Semasa melihatkan iklim politik dan gerak-gerak ahli politik di Malaysia baik daripada pembangkang mahupun kerajaan sekalipun pada hari ini, bagi Berita Semasa ia sama sekali tidak berjaya walaupun berjaya diadakan usul tidak percaya Najib Razak di Parlimen sekalipun. Tidak mudah…

Dan Berita Semasa jangkakan Najib Razak akan terus memegang kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia sehinggalah menjelangnya Pilihanraya Umum ke 14 yang mana tarikh mandatnya bakal berakhir tahun 2018 kelak.

Dan pada masa itulah satu lagi pertempuran politik yang lebih panas daripada pentas Pilihanraya Umum 2013 yang lalu akan berlangsung. Nah…ini mungkin pengamatan Berita Semasa, apa pula kata anda?


Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Kenaikan Gaji Tahunan Naik Dapat 2 Kali dan Gaji Minimum RM1,200

Posted: 26 Oct 2015 05:16 PM PDT

BERITA SEMASA


Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Kenaikan Gaji Tahunan Naik Dapat 2 Kali dan Gaji Minimum RM1,200

bajet 2016 penjawat awam


KLIK SINI : Kenaikan Elaun Perumahan 2015 Naik Daripada RM180 Kepada RM300 Untuk Gred 41 Ke Bawah!

Sekelompok golongan kelas menengah yang masih teraba-raba bahagian mereka dalam intipati Bajet 2016 Malaysia kali ini apatah lagi melihatkan anak-anak mereka sukar dapat pinjaman penuh PTPTN, tidak dapat BR1M, dibebankan pula dengan kenaikan tol, mahu dapatkan rumah PR1MA sukar sekali, rumah mesra hanya tinggal angan-angan sahaja, cukai pendapatan masih lagi tinggi buat mereka tetapi mereka tetap patuh dan setia bayar kepada kerajaan Malaysia, poket mereka bocor setiap hari dengan bayaran cukai GST 6 peratus, bantuan khas jauh sekali.
Walaubagaimanapun golongan penjawat awam di Malaysia ada sedikit sebanyak berita gembira untuk anda. Berbanding pembentangan bajet Malaysia sebelum ini, Bajet 2016 kali lebih banyak bantuan terus kepada 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia.

Bajet 2016 untuk penjawat awam kali ini dilihat sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan untuk mereka menempuh gelombang kos sara hidup di Malaysia pada ketika ini.

 

Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Gaji Minimum Naik, Kenaikan Gaji Tahunan KGT 2 Kali etc

1) Maknanya selepas ini, bermula bulan Julai 2016 akan datang, gaji minimum penjawat awam akan bermula serendah RM1,200 sebulan. Ini bermakna penjawat awam paling bawah seperti gred 11 termasuk "ofis boy" dan atendan akan menikmati gaji minimum naik kepada RM1,200 sebulan yang mana 60,000 kakitangan kerajaan turut akan menikmati tempiasnya.

2) Jikalau sebelum kenaikan gaji tahunan KGT terbahagi kepada 4 :
  • Kenaikan Gaji Tahunan KGT Januari : bagi lantikan 1 Januari hingga 31 Mac
  • Kenaikan Gaji tahunan KGT April : bagi lantikan 1 April hingga 30 Jun
  • Kenaikan Gaji tahunan KGT Julai : bagi lantikan 1 Julai hingga 30 September
  • Kenaikan Gaji tahunan KGT Oktober : bagi lantikan 1 Oktober hingga 30 Disember
Ini bermakna anda akan menerima 2 kali kenaikan gaji tahunan pada tahun 2016 disebalik pengumuman satu pemindahan gaji bersamaan dengan 1 KGT pada Bajet 2016 untuk kakitangan awam kali ini. Tahniah:
  • KGT Januari akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
  • KGT April akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
  • KGT Julai akan dapat 2 kali sekaligus pada Julai 2016
  • KGT Oktober 2016 akan dapat sebelum itu pada Julai 2016
Masih tidak jelas lagi? Ok baik. Jikalau anda gred DH41 contohnya.
  • Anda akan menerima kenaikan gaji tahunan RM225 pada Januari contohnya.
  • Sekali lagi anda akan menerima RM225 pada Julai 2016 kelak
3) Jikalau anda pekerja kontrak di sektor awam dan telah pun berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun lamanya, akhir penantian anda berakhir selepas ini di mana akan diserapkan terus ke jawatan tetap selepas ini. Tahniah!

Lagi butirannya boleh anda semak pada gambar-gambar di bawah ini….



Ali Rustam mahu ‘berperang’ dengan rakyat berbilang kaum?

Posted: 26 Oct 2015 05:10 PM PDT

Baju Merah-715315

Roketkini.com



KUALA LUMPUR : Sosialis Muda DAP ((DAPSY) hari ini menyelar kenyataan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Mohd Ali Rustam yang seakan-akan mengajak pesilat Melayu untuk turun 'berperang'.

"Dengan siapa Ali Rustam ingin berperang? Adakah ingin berperang dengan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang bersama-sama menuntut beberapa perkara yang membawa kebaikan kepada negara tercinta?

"Siapakah sebenarnya yang memalukan Melayu? " kata Ahli Jawatankuasanya, Muhammad Shakir Ameer pada kenyataan media, hari ini.
Shakir Ameer
Semalam, Ali Rustam pada acara perasmian Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia berkata pesilat Melayu sedia berperang jika perlu kononnya bagi mempertahan maruah Melayu, Islam dan pemimpin.

"Kita nak beritahu kita masih ada di KL. Bukan kita nak berperang. Tetapi kalau orang nak berperang, kita pun sanggup," katanya dipetik MalaysiaKini.

Menyifatkan kenyataan itu bersifat perkauman yang boleh menjejaskan harmoni sesama bangsa dan tidak masuk akal, katanya, ia tidak wajar dibuat bagi seorang bekas ketua menteri.

Beliau berkata, kenyataan itu menunjukkan bekas ketua menteri itu yang juga penganjur perhimpunan Baju Merah  baru-baru ini, sudah tiada modal untuk berpolitik dan menjadi tidak relevan sejak kalah kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum lalu.

"Mungkin Ali Rustam sendiri boleh mula belajar silat untuk membina disiplin dan jati diri sendiri supaya fokus kepada tugasnya sebelum menuding jari kepada pihak lain atas kegagalannya sebagai pemimpin Melayu," katanya.


Junjung titah Majlis Raja-raja, DAP Johor perluas edaran risalah 1MDB

Posted: 26 Oct 2015 05:04 PM PDT

DSCN8538

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : DAP Johor bersama-sama rakan parti dalam Pakatan Harapan memperluas edaran risalah penerangan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selaras kehendak Majlis Raja-raja Melayu supaya hal itu diselesaikan segera.

Menjunjung tinggi titah Majlis Raja-raja, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata mereka konsisten untuk memberi penerangan serta mengajak orang ramai supaya peka terhadap masalah itu.

"Jarang Majlis Raja-raja campur tangan atau membuat kenyataan berkaitan pentadbiran negara dan ia jelas menunjukkan skandal 1MDB bukan perkara kecil dan ia perlu diperjelas kepada rakyat," katanya pada kenyataan media hari ini.

Pada 17 Oktober lalu, DAP Johor memulakan edaran risalah berkenaan di sekitar Mega Ria, Pasir Gudang, Pasar Malam Pesta, Batu Pahat, pusat beli belah UO/ONE Segamat dan beberapa lokasi lain.

Pada 6 Oktober lalu, Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak terlibat.
nieching03
Nie Ching berkata, risalah itu diedar sekitar Kulai dan Pontian antaranya di Felda Taib Andak, pasar tani Temenggong dan pasar pagi Pekan Nenas, Pontian pada 25 Oktober lalu.

Turut membantu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Ramli Abdul Hamid, Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong dan Penyelaras DAP Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim.

Lokasi kedua edaran dibuat pada jam 6 petang 27 Oktober di Pasar Malam Taman Kota, Yong Peng dengan diketuai Adun Yong Peng, Chew Peck Choo.

Pada 30 Oktober pula, edaran dilakukan Timbalan Pengerusi DAP Johor, S Ramakrishnan dan Adun Bekok, Lim Eng Guan sekitar jam 6 petang di Pasar Malam Dataran Labis.

Keesokannya, risalah itu diagih Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Wah jam 5 petang di Pasar Malam Bukit Naning, diikuti Pasar Malam Taman Aman yang diketuai Adun Senai, Wong Shu Qi pada jam 6 petang 4 November ini.

"Kami akan terus edar risalah di beberapa lokasi lain. Risalah itu turut menyentuh titah Majlis Raja-raja Melayu mengenai 1MDB dan soal jawab berkaitan fakta skandal itu," katanya.


Sistem pendidikan di Malaysia terlalu banyak pusingan U

Posted: 26 Oct 2015 05:01 PM PDT

Candidates ready for exams paper during the UPSR examination at Puncak Alam outside Kuala Lumpur. A total of 478,848 pupils are sitting for the UPSR which is the first test that will determine the potential of the students at the Primary School in Malaysia.
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kekerapan Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) membuat 'pusingan U' khususnya berkaitan pelaksanaan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 membawa kesan serius terhadap masa depan sistem pelajaran di negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata keputusan flip-flop itu bukan sahaja membazir masa murid dan guru bertahun-tahun tetapi juga menimbulkan tanda tanya mengenai kerelevanan pelan pendidikan itu.

"Implikasi pusingan U dalam dasar pendidikan amat serius, kerana ia bukan sahaja mendedahkan kegagalan KPM untuk melaksanakan pembaharuan tetapi juga untuk menyiap murid dan guru dengan format penilaian baru," katanya.

Timeline CoverPelan itu dilancarkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2013 sebagai manifestasi paling komprehensif dan transformasi kerajaan paling besar bagi memacu semua aspirasi pembangunan negara.

Ia menggariskan 11 anjakan yang akan mengubah sistem berorientasi peperiksaan kepada sistem untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam persekitaran yang berbeza.

Hal ini berikutan pelajar di negara ini tidak berdaya saing dan gagal menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan Programme for International Student Assessment PISA)) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) .

Pada kenyataan media, Zairil kesal kerana selepas dua tahun pelaksanaan pelan itu, beberapa pembaharuan itu diterbalik berdasarkan pekeliling bertarikh 9 Oktober lalu yang membatalkan keputusan yang dibuat pada 2011.

Ini termasuk, katanya, perubahan yang menggabungkan 40 peratus pentaksiran berasaskan sekolah pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan dibatal dan 100 peratus berasaskan peperiksaan pusat bertulis.

zairil khirBeliau berkata, penilaian amali bagi mata pelajaran sains yang akan diperkenal semula mulai 2015 untuk Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan yang dijadual dibuat pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, ditangguh.

Kata Zairil, cadangan bagi mengatasi kelemahan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan menjadikan mata pelajaran itu sebagai subjek wajib lulus pada peringkat SPM mulai 2016 juga ditangguh.

"Ini penting kerana hanya 28 peratus murid mendapat kredit minimum dalam kertas bahasa Inggeris SPM 2011 berdasarkan standard Cambridge 1119," katanya.

Beliau menyifatkan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) yang ditubuh bagi memantau pelaksanaan langkah yang digariskan pelan itu, tidak berkesan dan gagal sebagai pelaksana pelan transformasi itu.

"Jika objektif jangka pendek pun tidak dapat dipenuhi, maka ada sebab kukuh untuk mempercayai bahawa pelan itu tidak lebih sekadar percubaan yang tidak realistik dan tidak ikhlas bagi memperbaharui sistem pendidikan.

"Apakah gunanya pelan pembangunan itu sekarang apabila langkah-langkah utamanya tidak dituruti?" katanya.

Tiada ulasan: