Sabtu, 24 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


APA TUJUAN ZAHID MENGESAHKAN BAJET 2016 DENGAN PILIHANRAYA SARAWAK?

Posted: 24 Oct 2015 05:12 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
 
Dalam banyak-banyak reaksi daripada pemimpin kerajaan mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak semalam, yang paling menimbulkan tanda tanya dan persoalan ialah komen Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dalam reaksinya mengesahkan Bajet 2016 itu antaranya ialah untuk memenangi pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

(Kita mendapat) komen positif daripada mereka (penduduk Sarawak). Ya, memang (untuk menang pilihanraya negeri Sarawak, katanya lagi.

Kenapa Zahid begitu berterus terang dan "lurus bendul" mengatakan bajet kali ini berunsur politik dan sebagai alat untuk BN memenangi pilihanraya negeri Sarawak?

Biasanya mana-mana pemimpin kerajaan, apabila mengulas mengenai sesuatu bajet, mereka hanya akan menyokong dasar atau menyebut kebaikan yang diperkenalkan dalam pembentangan itu sambil memuji langkah-langkah yang diperkenalkan didalamnya.

Ini kerana Bajet secara umumnya adalah untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kecenderungan kepada mana-mana parti dan untuk pembangunan serta perkembangan ekononi negara, bukannya untuk  politik  atau alat memenangi pilihanraya.

Biasa juga kita mendengar apabila Bajet yang dibentangkan itu berdekatan dengan tarikh pilihanraya dan  ditanya sama ada ia bertujuan untuk mengekalkan kuasa, jawapan yang berhemah selalunya ialah seperti, "ia hanya kebetulan saja kerana dasar kerajaan memberi kesejahteraan kepada rakyat adalah sepanjang masa", "terserah kepada tafsiran ramai" atau "ini bukan bajet politik dan pilihanraya."

Kaitan Bajet dengan politik kepartian dan pilihanraya seboleh-bolehnya akan cuba dihindari bukan saja kerana ia medan yang berbeza, malah untuk mengelakkan tanggapan buruk bahawa seolah-olah dana kerajaan boleh disalahgunakan dengan sesuka hati.

Lebih-lebih lagi bagi yang menjawab jawatan Timbalan Perdana Menteri, periksalah rekod reaksi pemegang jawatan itu sebelum ini apabila setiap kali Bajet dibentangkan, semuanya sama ada memberi pujian kepada Menteri Kewangan atau menyambut baik beberapa intipati yang dikesan boleh memberi kebaikan kepada rakyat saja.

Tidak pernah mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini mengatakan "bajet ini adalah untuk memenangi pilihanraya."

Tetapi nampaknya berlainan dengan Zahid yang baru beberapa bulan menjadi Timbalan Perdana Menteri di mana  di samping memperkatakan tentang kelebihan bajet itu, beliau juga secara terbuka mengesahkan antara tujuannya ialah untuk BN memenangi pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Kenapa Zahid mahu begitu berbeza dan berterus-terang? Mengapa beliau mahu kelihatan berlainan nada dengan Timbalan-Timbalan Perdana Menteri sebelum ini?

Jika pihak pembangkang yang mengaitkan sesuatu pembentangan bajet dengan politik atau pilihanraya, memanglah tidak menghairankan tetapi dengan Timbalan Perdana Menteri sendiri membuat pengakuan, terasa ada sedikit peliknya.

Apakah Zahid cuba memberi gambaran bahawa Bajet 2016 yang dibentangkan Najib adalah berunsur politik yang tujuan lainnya ialah untuk kepentingan BN mengekalkan kuasanya di Sarawak?

Mungkinkah juga Zahid sedang cuba menyindir makna tema "Mensajehtera Kehidupan Rakyat" yang dipilih oleh Najib dalam bajetnya kali ini?

Ehhh...adakah burung tempua sudah mula terbang rendah untuk  mencari-cari tempat bagi membina sarangnya?


Untuk apa JPM terima RM14 bilion?

Posted: 24 Oct 2015 03:52 AM PDT

 
Jumlah itu mengatasi peruntukan untuk bidang pendidikan dan pertahanan yang lebih penting kepada negara. 


Nasrudin-Hassan_budget_jpm_600


PETALING JAYA: Pas mempersoalkan langkah kerajaan memperuntukan bajet berjumlah RM14 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, jumlah yang diterima oleh JPM telah mengatasi peruntukan untuk pendidikan dan pertahanan yang sememangnya lebih penting.

"Perdana Menteri pula tidak menyentuh untuk apa jumlah yang sebegitu besar diperlukan oleh portfolionya di dalam ucapan bajet.

"Fenomena sebeginilah yang disifatkan oleh kebanyakan kapten industri seperti diungkapkan CEO Air Asia, Tony Fernandes tiadanya ketelusan dalam perbelanjaan kutipan cukai," katanya dalam kenyataan media.

Menurut Nasrudin lagi, kerajaan tidak boleh untuk menyalahkan rakyat sekiranya pengumuman bajet kali ini dianggap meragukan.

Mengulas lanjut Bajet 2016, Nasrudin berkata, Pas menyifatkan bajet itu sebagai satu pengumuman bajet kitar semula.

Katanya, apa yang terkandung dalam bajet kali ini dianggap sebagai cerita lama kerana tidak mempunyai inspirasi baharu untuk rakyat.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, bajet kali ini tidak memberi inspirasi dan tidak menyuntik keyakinan rakyat akan ketahanan daya upaya ekonomi negara.

"Bajet 2016 hanyalah suatu bajet kitar semula tanpa sebarang inspirasi baru. Dengan tanggungan hutang kerajaan hampir RM800 bilion dan tanggungan hutang isi rumah tertinggi di Asia, ruang untuk negara mengembangkan ekonomi semakin terhad.

"Apakah Bajet 2016 mengakui hambatan besar ini dan apa pula penyelesaian yang diberikan? Jawapannya tiada," katanya.

Respons awal saya kepada Bajet 2016

Posted: 24 Oct 2015 03:44 AM PDT




Oleh DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


Berikut adalah beberapa respons awal saya terhadap Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Dewan Rakyat pada Jumaat, 23 Oktober 2014:

Bajet 2016 dengan anggaran perbelanjaan RM267.2 bilion dan pendapatan RM225.7 bilion sekali lagi adalah bajet defisit menjadikan ia bajet defisit tahun ke-19 berturut-turut sejak 1998. Adakah kerajaan mampu mencapai bajet berimbang pada tahun 2020 sebagaimana sasaran kerajaan? Saya sangat meraguinya.

Rakyat juga tidak boleh terpedaya dengan bajet defisit ini kerana nanti akan disusuli lagi beberapa bajet tambahan yang akan menambahkan lagi defisit sebenar perbelanjaan kerajaan. Bajet tambahan sehingga 3 kali setahun telah menjadi amalan kerajaan akhir-akhir ini.

Ini belum diambil kira bajet yang tidak dilaporkan sepertimana berlaku menerusi penubuhan syarikat milik kerajaan seperti 1MDB yang berhutang sehingga RM42 bilion dengan jaminan kerajaan.

Sekalipun defisit fiskal dijangka menguncup kepada 3.1% pada 2016, isunya ialah bajet berasaskan perbelanjaan (expenditure-based budget) masih menjadi amalan Kerajaan sedangkan Islam mengajar supaya berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sebagaimana saya sentuh dalam kenyataan-kenyataan saya sebelum ini.

Bajet defisit akan meningkatkan hutang negara yang sudah sedia tinggi melebihi RM600 bilion. Dan ia akan diburukkan lagi dengan beberapa bajet tambahan yang sudah menjadi amalan kerajaan setiap tahun akhir-akhir ini.

Penyelesaian kepada bajet defisit ialah penjimatan. Namun, saya tidak melihat ianya tercerna dalam bajet kali ini.

Ini antara bukti tidak berlaku anjakan mentaliti dan 'political will' pada Kerajaan dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara.

8. Perbelanjaan mengurus sehingga 80.5% berbanding hanya 19.5% untuk pembangunan daripada jumlah perbelanjaan adalah tidak seimbang serta tidak selari dengan 'benchmark' negara-negara maju yang berada pada nisbah sekitar 60:40.

Peruntukkan sebanyak RM70.5 bilion atau 32.8% daripada jumlah perbelanjaan mengurus untuk emolumen pula menunjukkan sepatutnya penjawatan dalam kerajaan harus disemak semula untuk mengurangkan perbelanjaan bagi tujuan itu pada masa depan justeru dapat mengurangkan birokrasi dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan. Bukan untuk mengurangkan perjawatan sedia ada tetapi untuk ditingkatkan tahap kecekapannya agar tidak berlaku pertambahan perjawatan pada masa depan.

GST dengan unjuran kutipan sebanyak RM39 bilion pada 2016 dianggap sebagai penyelamat oleh kerajaan apabila negara berhadapan penyusutan hasil akibat penurunan harga minyak dunia. Kerajaan berkata "nasib baik ada GST"!!!

Hakikatnya, jangan dilupakan isu pokok iaitu GST adalah cukai tidak patuh syariah kerana dikenakan berdasarkan perbelanjaan dan dikenakan kepada semua barang melainkan yang dikecualikan serta dikenakan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaya dan miskin. Bagi saya cukai tidak patuh syariah yang didambakan oleh kerajaan menjadi sebab untuk Allah menarik nikmat pendapatan yang halal menerusi minyak. Pelaksanaan polisi ekonomi tidak patuh syariah membawa kepada kemusnahan ekonomi kerana adalah mustahil Allah memberkati sesuatu yang ditegah olehNya.

Komitmen Kerajaan untuk membina sehingga 351,500 unit rumah termasuk sebanyak 20,000, 2,000 dan 2,000 unit rumah masing-masing untuk FELDA, FELCRA dan RISDA adalah suatu yang baik tujuannya dan saya secara peribadi memberikan pujian untuk itu. Namun, ia tidak menyelesaikan isu pokok harga rumah yang masih tinggi. Kerajaan memberikan potongan harga berdasarkan harga pasaran yang masih lagi didominasi oleh harga spekulasi.

Usaha untuk menstrukturkan semula industri perumahan dalam negara kita melibatkan kementerian, agensi dan jabatan berkenaan, pemaju dan persatuan berkaitan serta guaman mesti dilakukan. Langkah mengekang kenaikan harga hartanah juga mesti dibuat bagi menyelesaikan isu pemilikan rumah ini secara berkesan dan jangka panjang. Langkah-langkah ke arah itu tidak tercerna menerusi bajet kali ini.

Kegembiraan rakyat yang digula-gulakan dengan kenaikan BRIM tidak akan melupakan mereka dengan isu pokok iaitu kenaikan harga barang, kemerosotan nilai ringgit dan kemerosotan nilai berbelanja bagi pendapatan yang akan menelan kembali BRIM yang diterima. Ia juga bukan penyelesaian jangka panjang bagi isu kemerosotan ekonomi kerana ia ibarat memberi ikan dan bukannya kail.

Jika diizinkan Tuhan, saya akan memberikan komentar yang lebih lanjut dalam sesi perbahasan nanti insyallah.

(*)  DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI,Ahli Parlimen Kuala Nerus. Penulis adalah Ahli Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan DUPP. Penulisan beliau berkenaan pelbagai isu boleh dibaca di blog (http://drtakiri.blogspot.com/) atau facebook (https://www.facebook.com/drtakiri)

‘Tiada jaminan tukar Najib akan kuatkan Umno’

Posted: 24 Oct 2015 03:38 AM PDT

SM AMIN

 

umno
Kamarul Azman (baju hitam) dan Ketua Cawangan Umno yang lain tidak khuatir dikenakan tindakan, kerana mendesak Najib berundur. - Foto TRP/ SM Amin


PORT DICKSON,  "Jaminan itu tidak ada," kata Ketua Umno Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman, ketika ditanya apakah jaminan terhadap tindakan mereka mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, akan menguatkan parti.


Beliau berkata demikian pada sidang media 'Suara hati akar umbi Umno Telok Kemang' di Kelab Golf Port Dickson, hari ini.

Bagaimanapun, kata Kamarul Azman, masalah kepimpinan tertinggi Umno yang berlaku ketika ini, tidak akan memberi perkembangan positif untuk parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jelasnya, perubahan perlu dilakukan, supaya sokongan rakyat terhadap Umno dapat dikembalikan.
"Hari ini, situasi yang amat berbeza, apabila ahli Umno sendiri pertikai kredibiliti pemimpin tertinggi," katanya.

Sidang media itu dianjurkan 13 daripada 54 Ketua Umno Cawangan di Bahagian Telok Kemang, Negeri Sembilan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini melepaskan jawatannya, selepas didesak ahli dan pucuk pimpinan Umno.

Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak menambah kekuatan parti, kerana Barisan Nasional hanya memenangi 133 kerusi Parlimen pada PRU 2013, berbanding 140 kerusi pada PRU sebelumnya.

Tegas Kamarul Azman, beliau dan Ketua Umno Cawangan yang lain tidak khuatir dikenakan tindakan, kerana mendesak Najib berundur.

"Saya rasa ahli Umno ada tiga kategori, sedar apa yang berlaku, tetapi senyap; menentang benda yang salah dan jadi kaya serta perjuangkan kebenaran, tetapi tidak ke mana.

"Kami kategori yang ketiga," katanya sambil menambah, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah calon sesuai untuk menggantikan Najib, mengikut tradisi parti.

Kelantan minta kerajaan kawal kemasukan buruh asing

Posted: 24 Oct 2015 03:07 AM PDT

ADNAN MOHAMAD

 

ahmad yakob
Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan menyambut baik bajet yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. Foto Facebook Datuk Ahmad Yakob


TUMPAT,  Meskipun gaji minimum bagi kakitangan awam dan swasta dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,200 dan RM1,000 namun masih ada kebimbangan persaingan daripada pekerja warga asing.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kenaikan tangga gaji itu sedikit sebanyak dapat memastikan rakyat hidup dengan lebih selesa.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan dengan bilangan buruh asing yang masih ramai selain tawaran gaji yang lebih murah seperti RM800, ia akan mewujudkan persaingan.

"Kita harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah warga asing iaitu mengawal kemasukan mereka yang menawarkan gaji lebih murah.

"Namun begitu, bagi pihak kerajaan Kelantan kita menyambut baik terhadap bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kerana dapat membangunkan ekonomi negeri ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pembangunan Projek Pembangunan Impiana Taqwa Bandar Baru Pasir Pekan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Yakob berkata, projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa membantu memperkukuhkan ekonomi masyarakat setempat.

Katanya, projek itu sudah lama ditunggu Kelantan kerana mampu memacu ekonomi negeri ini dengan kemasukan pelancong.

"Alhamdulillah… kerajaan meluluskan permohonan untuk memperluaskan lapangan terbang. Ia untuk menampung jumlah pengguna bagi penerbangan tempatan dan luar negara.

"Dengan pemberian bajet itu, ia memberi kesan positif kepada ekonomi penduduk termasuk menambah peluang pekerjaan," katanya.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam yang meluluskan sebanyak RM42 juta untuk menaik taraf lapangan terbang Kota Bharu dan Kuantan serta membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak.

'Mesti dua kali sebulan'

Posted: 24 Oct 2015 02:56 AM PDT

Bernama





Jawatankuasa Penerangan Umno bahagian dikehendaki mengadakan ceramah dan kupasan mengenai Bajet 2016 sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata untuk itu, ketua penerangan Umno bahagian, puteri, wanita dan pemuda di peringkat bahagian perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memberi penjelasan tentang Bajet 2016 agar ia dapat difahami semua lapisan masyarakat.

"Semuanya (mengenai bajet 2016) ada dalam surat khabar hari ini, tetapi tidak semua yang membaca dan memahami apakah tema 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' dalam Bajet 2016. Maka itulah peranan penceramah-penceramah ini dalam memberi kupasan dan pemahaman kepada rakyat.

"Sebagai contoh, rakyat rasa gelisah bila GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dilaksanakan, tapi rupa-rupanya GST menjadi penyelamat kepada kewangan negara. Jadi kupasan secara terperinci sebegitu perlu diterangkan kepada rakyat di peringkat bawah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pertandingan Pidato Umno peringkat Zon Timur di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Ahmad berkata pihaknya mempunyai peruntukan untuk mengadakan ceramah kupasan bajet 2016 dan ia akan berkuat kuasa secepat mungkin.- Bernama


Bajet 2016 cantik di atas kertas tapi...

Posted: 24 Oct 2015 02:50 AM PDT

Azmin Ali
Azmin Ali


SHAH ALAM - Bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' disifatkan hanya cantik di atas kertas tetapi gagal di akhirnya.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat tahun ini namun pada masa sama, kadar tol dinaikkan.

"Bagaimana itu mensejahtera rakyat?," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, Najib mengarut apabila mendakwa pembangkang bersetuju dengan GST dalam bajet alternatifnya.

"Saya ulang, GST ialah satu tekanan utama terhadap pendapatan gaji rakyat yang miskin. Beban cukai dikenakan lebih besar kepada rakyat biasa untuk 'membiayai' kesilapan pemimpin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak faham maksud 'zero rated']

[ARTIKEL BERKAITAN: GST : Terima kasih pembangkang ucap Najib]

"Tiada pencapaian hebat pun dengan peningkatan pendapatan melalui GST. Sudah tentu hasil meningkat sebab anda mengenakan cukai pada setiap rakyat.

"Hakikatnya, pemerintahan Najib gagal apabila beranggapan bahawa kita terselamat kerana adanya GST," katanya.

Semalam, ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Najib berkata, "mujur ada GST, kalau GST tidak ada, kerajaan terpaksa meminjam dan membuat hutang untuk membayar gaji penjawat awam."

Menurutnya lagi, tanpa pelaksanaan GST, hasil negara juga akan berkurangan sebanyak RM21 bilion sepanjang tahun.


LIVE: Bicara Minda Tan Sri Muhyiddin Yassin

Posted: 24 Oct 2015 02:47 AM PDT

Bicara Minda Muhyiddin
Muhyiddin sedang memberi ucapan dalam program Bicara Minda. -Foto Sinar Online
 
 
JOHOR BAHRU -  Pentas dialog pemimpin negara anjuran Sinar Harian dibuka semula hari ini dengan menampilkan tetamu istimewa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ‎

Tampil membawa judul 'Berani Kerana Benar' sesi dialog bersama beliau akan dikendalikan oleh penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.‎

Program ini akan bermula ‎pada pukul 1:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di Ba‎llroom Grand Blue Wave, Johor Bahru.

Siaran langsung Bicara Minda ini juga boleh diikuti menerusi Twitter@sinaronline, Facebook Sinar Harian dan laman web sinar.tv.

Ikuti siaran langsung program Bicara Minda ini:

2.20 pm - Pengerusi majlis mula memberi penerangan tentang format program Bicara Minda Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2.25 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mula memasuki dewan untuk program Bicara Minda.

2.30 pm -  Moderator Dr Maszlee Malik memberi sepatah dua kata sebelum menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin naik ke atas pentas.

2.35 pm - Setiap kali saya datang semula ke negeri Johor, rasa nostalgia itu kembali kepada saya.

2.40 pm - Johor sangat dekat dengan saya, bila dijemput ke Johor saya bersetuju bukan tajuk ini tapi peluang saya untuk berdamping dengan rakan di sini.

2.43 pm - Ramai mahu bersama-sama dengar cerita bukan dongeng tapi cerita benar, bermakna dan beri kesan meluas di peringkat negara dan antarabangsa.

2.44 pm - Keadaan sekarang berbeza berbanding zaman yang pernah saya lalui, waktu zaman senang dan waktu zaman susah.

2.45 pm - Saya tak pernah rasa sesusah ini, baik dari segi pemikiran dan hati dalam melihat perlembagaan negara kita.

2.46 pm - Jadi persoalan biasa tentang bagaimana keadaan negara waktu ini. Apa yang sedang berlaku, apa hala tuju baru yang nak kita lihat di Malaysia dengan perkembangan mutakhir isu ini.

2.50 pm - Saya sudah lama dalam kerajaan, saya balik 35 tahun kerajaan 10 tahun di Johor, di sini istimewa walaupun pada awalnya jadi wakil rakyat di Pagoh, satu peringkat jadi pentadbir kerajaan negeri.

2.52 pm - Kedudukan kita istimewa kerana berhampiran dengan Singapura, sebab itu jadi cabaran waktu pimpin Johor, kerana dibanding dengan Singapura. Ini hakikat orang Johor mahu maju, kerana Singapura ada baik dan buruknya.

2.55 pm - Sekarang wajah Johor sudah berubah, negeri termaju. Antara perkara saya ingati cabaran, waktu Umno diharamkan, kerana ia bermula di istana Johor, jadi perasaan orang Melayu dengan Umno begitu kuat teguh.

2.58 pm - Bila Umno diharamkan orang Johor tolak Umno baru kerana tidak setuju, pelbagai masalah bagaimana nak bersatu di bawah Umno.

3.00 pm - Mereka mahu Umno asal kembali semula, waktu itu saya terfikir kalau jadi pemimpin dan MB, kalau saya tidak bertindak dan berbuat sesuatu saya takut penulis sejarah Johor akan tulis negatif.

3.03 pm - Ini akan jejaskan imej saya seolah-olah saya takut dan berdiam diri, tak ambil langkah proaktif.

3.04 pm - Saya jumpa Tun Hussein Onn, kita adakan di Kompleks Islam JB, tercetus resolusi, saya kata Umno lama harus dikembalikan. Selepas dibentang majlis tertinggi Umno. Ia diterima.

3.05 pm - Dia tak mahu jadi hero tapi di Johor saja, di negeri lain tak payah. Setiap borang ahli Umno dicop mengembalikan Umno lama.

3.06 pm - Saya nak sebut bukan Johor tapi bagaimana seorang pemimpin bertindak amanah dan bertanggungjawab jangan lari dari masalah, pegang tanduk bukan lari, nanti lembu tanduk punggung kita.

3.07 pm - Ketika zaman Pak Lah, saya sendiri telah berjumpa dengan Najib untuk bertanya apa pandangannya tentang situasi ketika itu, beliau kata keadaan tidak baik.

3. 08 pm - Saya beritahu Najib bertanding Presiden Umno dan saya akan sokong, dan ketika itu beliau bersetuju untuk bertanding.

3. 10 pm- Dalam cerita ini saya ingin beritahu jangan dipersoalkan kesetiaan saya, waktu itu saya tidak lihat kesalahan beliau ketika itu.

3. 12 pm- Sehinggalah isu 1MDB baru saya tentang, saya sokong GST dan BR1M. Sekarang orang rasa beban tak kanlah hendak tarik BR1M.

3. 13 pm- Maklumat tentang 1MDB, memang bukan mudah untuk faham, Bagi saya hakikatnya 1MDB adalah masalah.

3. 14 pm - Modal 1MDB RM 1juta, kalau ada bank bagi 1 bilion 'gila' sebab macam mana hendak bayar.
3.15 pm - Modal 1juta hendak teroka bidang petroleum dan gas, memerlukan pelaburan besar, saya tidak fikir perniagaan ini stabil.

3.16 pm - Selepas saya baca tentang 1MDB baru saya tahu, tetapi saya memang tidak diberitahu. Saya baca sendiri tentang 1MDB.

3.17 pm - Waktu itu, saya fikir masalah 1MDB adalah masalah besar.  Bila berniaga pinjam atas pinjam, berniaga apa ini? Orang tanya saya kenapa hendak buat 1MDB.

3.18 pm - Sedangkan bidang yang 1MDB ceburi sudah ada kerajaan teroka sehingga ini. Sampai hendak buat melabur di Mongolia? Sampai buat pinjaman 4 bilion.
3.19 pm - Buat keputusan kena teliti betul-betul.  Tentang Petro Saudi juga timbulkan pelbagai persoalan.
3.20 pm - Bila timbul hal begini, saya bertanya dalam mesyuarat Kabinet kenapa hendak pinjam 3 bilion, saya bangkitkan ini soal serius.

3.21 pm - Sejak itu saya sebut beberapa kali, saya tiada niat jahat, tetapi saya hendak bantu PM untuk selesaikan masalah kerana ia beri beban kepada kita.

3.23 pm - Saya tidak pernah doakan 1MDB jatuh, sebab bila 1MDB jatuh kerajaan pun jatuh, cuma saya zahirkan kebimbangan tentang masalah 1MDB.
3.24 pm -Saya manusia yang tidak boleh diam, kerana 1MDB serius. Saya cari jalan untuk selesaikan masalah-masalah, Najib kata kenapa rakyat harus bising saya pinjam duit bank.

3.25 pm -Tetapi kena ingat pakai duit kerajaan pun duit rakyat. Yang tanggung pinjaman ini adalah rakyat.

3.26 pm -Saya suruh kabinet panggil Arul Kanda, datang, tetapi dia datang tidak bawa apa-apa dia tidak ada keluar angka. Ini isu berbilion-bilion.

3.27 pm -Arul Kanda datang seolah-olah tiada persediaan, sedangkan 1MDB melibatkan duit berbilion ringgit.

3.27 pm - Tetapi ada 'orang' cakap 'eh awak sudah diberitahu' beritahu apa, tidak tahulah kalau ada orang cuba sembunyikan maklumat kepada saya.

3.28  pm - Tentang kursus di Janda Baik, saya tidak boleh lari dari isu 1MDB sebab benda ini penting.

3.28 pm - Kalau saya singkirkan semua pengurus 1MDB, kenapa tidak buang, sampai hari ini tiada seorang pun dibuang tetapi saya pula dibuang.

3.28  pm - Takkanlah beri pandangan pun salah, sebab dalam syarikat ada organisasi, yang saya fikir ialah tentang kebimbangan.

3.28  pm - Bagi saya PM tidak perlu duduk di dalam pengerusi Lembaga penasihat 1MDB, bolehkah kamu diasingkan daripada 1MDB sebab kamu duduk di situ.

3.29 pm - Itu tidak disenangi oleh beliau. Adakah saya jahat? No, kalau tidak betul saya beri pandangan. Masalah 1MDB macam mana hendak selesai kalau PM duduk di situ.

3.30 pm - Bila kabinet buat keputusan saya sokong, apabila kabinet kata audit kena selidik 1MDB saya setuju. Tetapi kena ada forensik audit, sebab 1MDB banyak pelaburan di luar negara.

3.31 pm - Bila kabinet buat keputusan saya sokong, apabila kabinet kata audit kena selidik 1MDB saya setuju. Tetapi kena ada forensik audit, sebab 1MDB banyak pelaburan di luar negara.

3.32 pm - Rakyat boleh tengok, setidak-tidaknya audit makluman hasil siasatan terkini.

3.33 pm - Apa sudah jadi? Bukan Muhyiddin hendak tumbangkan kerajaan, suara saya ialah hendak jawapan. Bila rakyat tahu, rakyat akan percaya.
3. 34 pm - Bila diumumkan Peguam Negara dulu kita tubuhkan 'task force' supaya polis, bank negara siasat. Tetapi tengok apa jadi, bila proses dijalankan, 'faham-fahamlah'.

3. 34 pm -Keputusan yang diputuskan BNM tidak dipatuhi, takkan bank tiada pakar undang-undang, Zeti dapat pengiktirafan gabenor negara. Hebat orang Johor.
3. 35 pm - Zeti nak ambil tindakan sebab kuasa dia, rakyat mahu supaya proses penyiasatan ada itu dijalankan, berikan mereka masa, rakyat nak tahu apa hasilnya.

3. 35 pm - Kalau dibuat pelbagai cara terganggu sampai bergaduh polis antara SPRM, pegawai SPRM dan polis dibuangnya. Kalau keadaan tiada apa, kalau tak lakukan kesalahan, biar lah.

3. 36 pm - Biar mereka buat, rakyat nak tahu keputusan, akhirnya rakyat akan tahu, mana yang benar tetap benar, yang hak akan timbul, batil pula akan tenggelam.

3. 37 pm - Jangan lambat sangat, penentunya adalah pilihan raya, untuk ingatkan diri saya tugas pemimpin Umno dan BN.

3. 38 pm - Kalau isu ini apatah isu 2.6 bilion tak diuruskan dengan baik, rakyat tak diberitahu dengan hak, tiada kebenaran.

3. 39 pm -Merdeka Centre laporkan bahawa sokongan rakyat menjunam, orang Melayu tinggal 31 peratus.

3. 40 pm -Kalau saya takut bersuara, siapa nak bersuara? Takut kena pecat, takut tak jd YB lagi. Semua orang sangat takut, tak nak buat apa-apa.

3. 40 pm -Saya guna kuasa saya ketika jadi TPM beritahu kabinet, macam bodoh sangatkah timbalan perdana menteri ini?

3.40 pm - Saya bersuara dengan lidah, kalau tidak dengan hati. Seksanya tengok ini, pastinya Rasulullah tidak mahu melihat umatnya lemah.

3.41 pm - Orang Johor sokong mana? Kalau rugi kita tutup, bila ada modal, kalau beban macam ini tanggungjawab tak menentu.

3.41 pm - Maka keputusan diteruskan, kalau ada jemaah menteri tak setuju, kena berhenti, kenapa kami kena tanggung beban pula.

3.41 pm - Pasal ada perancangan, kalau tutup habis la kita, sebab diteruskan, ikut dilaporkan kepada saya, ia boleh diteruskan pada 2016.

3.42 pm - Enam bulan itu saya rasa berat saja hati, kalau pakar sebut tahun depan.

3.45 pm - Sesi soalan jawab yang dikendalikan moderator

3.47 pm - Soalan: Apa beza jawatan TS sebagai Timbalan Presiden Umno dahulu dan sekarang?

Muhyiddin:  Sekarang bukan TPM, bermakna urusan kerajaan saya tak boleh campur, tapi saya menjawat Timbalan Presien Umno telah 5 tahun.

3.50 pm - Saya laksana tugas ikut Perlembagaan parti, membantu presiden, pengerusikan mesyuarat bila ketiadaan presiden.

3.51 pm - Saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti, tapi mesyuarat kalau saya tak dipengerusikan kerana Biro Politik Khas, presiden nak pengerusikan, tapi mesyuarat biasa.

3.52 pm - Saya pun tak tahu apa masalah saya atau tak percaya saya lagi, saya masih kekal Timbalan Presiden BN.

3.53 pm - Saya berpendapat ini tak hormati keputusan parti yang memilih saya, mereka lupa pengorbanan saya. Apa silap saya? Kenapa lepas keluar dari kerajaan saya tak diberi kuasa.

3.54 pm - Kalau ikut biasa begitu, saya dengar ada usaha2 pihak tertentu supaya presiden rasmikan puteri, putera? Saya tidak pasti benar atau tidak tapi saya dengar begitu.

3.55 pm - Saya tidak merogol saya tak meliwat saya tak langgar undang, kalau presiden tak mahu dengar tak apa la, kalau silap mengaku kesilapan.

4.00 pm - Kenapa saya jadi mangsa, saya hanya bersuara untuk ahli Umno sahaja.

4.05 pm - Soalan 2: Apakah kemungkinan keahlian Tan Sri akan terlucut?

Muhyiddin: Proses untuk melucutkan kedudukan, ia proses disiplin. Ada kes yang langgar undang-undang parti, ada kes yang dibicara.

4.08 pm - Ini amalan dalam Umno tapi apa saya lakukan hingga nak terlucut jawatan timbalan presiden Umno, saya nak selamatkan parti.

4.10pm - Soalan 3: Kalau Najib meninggal petang ini, siapakah yang akan jadi PM?

Muhyiddin: Soalnya di Presiden Umno, jika jawatan itu kosong sakit uzur tak boleh jalankan tugas, maka timbalan presiden akan pangku.

4.12 pm - Tapi bukan jawatan timbalan perdana menteri, melainkan suara majoriti ahli Parlimen BN.

4.15 pm - Soalan 4: Kenapa kita tidak berhijrah buat parti baharu?

Tubuhkan parti baharu, fikir baik-baik. Sebab pengalaman saya ada parti tubuh hari ini esok terkubur. Cuma Umno perlu transformasi. Perbaikilah.

4.18 pm - Soalan 5: Usul dibawa bahagian, pemilihan diadakan pada 2016, adakah Tan Sri boleh bawa usul ini?

Muhyiddin: Macam-macam usul, bagi saya untuk bersihkan nama PM eloklah proses siasatan dijalankan.

4.20 pm - Saya cadangan untuk meremajakan parti, proses pemilihan perlu diadakan.
4.25  pm - Soalan 6: Apa pengalaman Tan Sri ketika menjadi pengarah pilihan raya 18 kali.

Muhyiddin: Saya arah saja, duit tak pernah tengok, presiden ada kelebihan, kita percaya pada dia, kalau nak saya pun nak tahu juga.

4.30  pm -Saya pun tak pernah bertanya, berita keluar di WSJ, bila terdedah terburai saya pun cakap Ya ALLAH! banyaknya duit dalam akaun.

4.35  pm - Soalan 7: Komen ucapan Najib semalam gunting dalam lipatan dan api dalam sekam.

Muhyiddin: Saya tak tahu, saya dalam dewan, pasal saya bukan gunting, mungkin dia fikir begitu.

4.36  pm - Takkan timbalan presiden tak bertanggungjawab biar begitu saja macam luncai terjun dgn labu-labunya.

4.37  pm - Kalau saya berdiam diri, selamatlah saya, kalau ikut sejarah gerakan pembaharuan, mungkin ada kekuatan serah pada ALLAH

4.40  pm - Ini benda luar biasa, masa uruskan negara besar cabaran, pasti orang tak bersama kita kalau kita tak amanah, rasuah.  Sebab itu perlu ada usaha, masalah takkan selesai,kita kena ikhlas.

4.42  pm - Soalan 8: ‎Saya kecewa dengan perlucutan Tan Sri.

Muhyiddin: Terima kasih kerana simpati, terima kasih orang Johor saya rasa agak terhormat, apabila Pengerusi Perhubungan Johor beri penghormatan kepada saya.

4.50  pm - Dalam penggulungan saya hanya berharap apa yang disampaikan dalam dua jam ini dapat memberi penerangan dan penjelasan yang diperlukan. Terima Kasih

Isu 1MDB: 'Last-last' saya yang kena tendang

Posted: 24 Oct 2015 02:43 AM PDT

Bicara Minda Muhyiddin


JOHOR BAHRU - "Sampai sekarang tiada seorang pun dibuang, yang dibuang adalah saya," demikian ujar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ketika menyentuh mengenai permasalahan yang melanda 1Malaysia Development Berhad ‎(1MDB) yang akhirnya memalit memori pahit dalam hidupnya.

Katanya, cadangan beliau agar 1MDB 'dibersihkan' dengan membuang Pengarah dan 'orang penting' di dalamnya seolah-olah membawa bala kepadanya sedangkan niat beliau adalah baik iaitu untuk memastikan 1MDB tidak membebankan kerajaan.

"Saya hendak bantu kerajaan selesaikan masalah, kalau tidak selesaikan ia akan beri beban, kalau tidak diuruskan ia akan jatuhkan kita (kerajaan), pandangan saya ikhlas," katanya ketika program Bicara Minda, 'Berani Keran Benar' di Hotel Bluewave di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Speaker tidak boleh halau orang sesuka hati']

Malah menurut Muhyiddin, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda yang dipanggil untuk menjelaskan kepada Kabinet juga memberi penerangan yang sangat menyedihkan.

"Dia datang bentang di Kabinet selama 15-20 minit, tetapi tiada sebarang angka yang dibentangkan, ini soal serius ia libatkan duit berbilion-bilion," katanya.


Pakar ekonomi persoal mana agenda negara berpendapatan tinggi dalam Bajet 2016

Posted: 23 Oct 2015 10:22 PM PDT




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menyampaikan ucapan beliau membentangkan Bajet 2016 semalam secara tidak sengaja mendedahkan negara belum berada di landasan yang betul untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menyampaikan ucapan beliau membentangkan Bajet 2016 semalam secara tidak sengaja mendedahkan negara belum berada di landasan yang betul untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.
 
 
Pakar ekonomi menjangkakan lebih banyak yang boleh diperolehi dari Bajet 2016 yang sepatutnya melonjakkan Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun lagi. 
 
Penganalisis ekonomi Dr Muhammad Abdul Khalid berpandangan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak sengaja mendedahkan dalam ucapannya semalam, negara ini belum sepenuhnya berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh empat tahun.

"Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang sebanyak 6% setiap tahun untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi, tetapi Najib berkata KDNK hanya akan tumbuh antara 4% dan 5% pada 2016.

"Malah tahun ini, KDNK dijangka berkembang antara 4.5% dan 5.5%, bukan 6%," kata Muhammad kepada The Malaysian Insider. Katanya, Najib yang juga menteri kewangan, juga tidak menangani hakikat yang penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS akan lebih menyukarkan negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Beliau menjelaskan, sebuah negara berpendapatan tinggi memerlukan KDNK per kapita pada AS$15,000, tetapi dengan ringgit yang lemah, Malaysia tersasar sebanyak 17% "hanya dengan tidak melakukan apa-apa".

Upah rendah dan tenaga kerja asing
 
  Kebergantungan kepada pekerja asing dalam negara dikatakan pakar ekonomi sedang membantutkan transformasi struktur Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Oktober, 2015. 
 
Kebergantungan kepada pekerja asing dalam negara dikatakan pakar ekonomi sedang membantutkan transformasi struktur Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Oktober, 2015.
 
Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong berkata, "pelan gambaran besar" Najib adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui perbelanjaan sektor swasta dan penggunaan domestik, namun tidak banyak yang dilakukan bagi meningkatkan gaji dan dengan itu menggalakkan perbelanjaan. 
Pertumbuhan gaji dalam sektor pembuatan kini lembap, kata Yin, sambil menambah, ia bergantung kepada gaji sektor perkhidmatan dan merupakan petunjuk yang baik bagi pertumbuhan gaji secara umum.

"Oleh itu, apabila gaji rakyat tidak mengatasi inflasi, maka orang ramai tidak akan selesa dari segi ekonomi untuk berbelanja lebih. Jadi, di mana mereka akan mendapatkan wang untuk berbelanja?

"Saya meramalkan, lebih ramai orang akan membuat pinjaman dan mengambil hutang bagi membiayai penggunaan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Yin berkata Najib tidak meletakkan banyak usaha dalam membangunkan sektor pembuatan supaya ia boleh lebih memberi nilai, membuat produk yang lebih baik, meningkatkan eksport dan meningkatkan gaji.

Malah, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dalam responsnya kepada Bajet 2016 berkata, lebih banyak sepatutnya boleh dilakukan untuk merangsang sektor ini ke arah "nilai tinggi dan insentif pembuatan berteknologi tinggi".

Kali terakhir sektor ini mendapat manfaat daripada insentif besar adalah pada 2008, kata FMM dalam satu kenyataan semalam.

Ahli ekonomi Dr Yeah Kim Leng berkata, beliau meminta kerajaan menangani kebergantungan negara yang tinggi kepada pekerja asing, yang menurutnya "membantutkan transformasi struktur Malaysia".

"Apa yang diperlukan ialah bagaimana mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Implikasi negatif dari buruh asing yang murah boleh memperlahankan transformasi struktur kita," katanya kepada The Malaysian Insider.

Muhammad menyokong kebimbangan Yeah mengenai isu pekerja asing, dan menambah, kerajaan perlu meletakkan keseluruhan perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia dan bukannya Kementerian Dalam Negeri.

"Sekurang-kurangnya, Kementerian Sumber Manusia tahu industri mana yang memerlukan pekerja asing, dan berapa ramai," katanya.

Peluang yang terlepas
 
Muhammad turut menyentuh beberapa peluang lain yang disifatkannya terlepas untuk ditambahbaik, seperti memastikan sektor swasta menyediakan insurans pengangguran bagi pekerja, yang katanya tidak akan memakan belanja satu sen pun.

Beliau juga menyatakan, walaupun kerajaan menambah baucar tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ia gagal memperbaiki program tersebut.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan boleh menetapkan penerima BR1M bagi setiap isi rumah adalah ibu, dan bukannya "ketua isi rumah", yang biasanya terdiri daripada bapa.

"Ibu-ibu lebih berkecenderungan untuk membelanjakan bantuan wang tunai untuk pendidikan, barangan runcit dan perkara praktikal yang lain. Kajian menunjukkan, campur tangan sebegini berkesan di negara lain.

"Kerajaan boleh juga meletakkan syarat untuk BR1M, seperti memastikan anak-anak penerima menghadiri kelas atau pemeriksaan kesihatan. Akhirnya, kita mahu rakyat berhenti menerima BR1M," katanya.

Para ekonomi memuji langkah Najib menambah bilangan barangan makanan dan perubatan berkadar sifar di bawah cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi Muhammad berkata kerajaan sepatutnya memasukkan semua ubat-ubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam senarai itu.

"Akhirnya, tidak ada apa yang tidak dijangka daripada bajet ini. Semuanya adalah untuk merealisasikan Rancangan Malaysia ke-11," kata Muhammad.

Tetapi, Yeah berkata, bajet itu menyatakan perbelanjaan kerajaan kekal di landasan yang betul, seperti yang ditunjukkan melalui hasil daripada GST yang lebih tinggi dari jangkaan dan komitmen untuk mengurangkan defisit fiskal.

Beliau berkata, bajet itu juga menepati janji Najib untuk transformasi, dan menunjukkan kepada peruntukan yang tinggi untuk penyelidikan dan pembangunan serta latihan vokasional dan pendidikan.

"Ini selaras dengan aspirasi jangka panjang," kata Yeah.


Harum Manis, kelapa muda – PAS dan Amanah perang psikologi

Posted: 23 Oct 2015 10:15 PM PDT



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengatakan beliau dianggap Harum Manis kerana masih ahli PAS walaupun pro Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015. 
 
 
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengatakan beliau dianggap Harum Manis kerana masih ahli PAS walaupun pro Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2015.
 
Pertembungan antara PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu. 
 
Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti Harum Manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

"Saya Harum Manis," kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau.

Harum Manis ialah sejenis mempelam yang mahal harganya, kira-kira RM20 satu kilogram, yang banyak ditanam Perlis. "Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam," kata Mahfuz. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah.

Kenyataan dan sikap Mahfuz, terutamanya sejak gagal mempertahankan jawatan sebagai naib presiden pada pemilihan parti Jun lalu, banyak berbeza dibandingkan sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang lain.

Namun begitu, sehingga kini beliau masih kekal dalam parti Islam itu walaupun tidak mahu memegang apa-apa jawatan.

Semalam di Dewan Rakyat, ketika ramai pemegang jawatan utama PAS tidak mengangkat sepanduk "Mana 2.6 bilion" sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan pembentangan Bajet 2016, Mahfuz sebaliknya turut mengangkat sepanduk.

Bukan sahaja di dalam Dewan, beliau turut membawa sepanduk itu ketika di lobi Parlimen bersama wakil rakyat Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, bekas ahli Parlimen PAS yang kini menyertai PKR.

Turut mengangkat sepanduk bersama ialah Siti Zailah Yusof, ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, walaupun masih kekal dalam PAS.

Ahli Parlimen PAS yang berada dalam Dewan ketika itu, tetapi tidak mengangkat sepanduk ialah setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan (Kota Baru), ketua penerangan Nasarudin Hassan (Temerloh) dan ketua pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas).

Ketika Mahfuz sibuk dengan Harum Manis, seorang pemimpin PAS lain berkata: "Saya kelapa muda, hijau di luar putih di dalam," membayangkan warna hijau dan putih selaras warna rasmi PAS.

Namun, seorang ahli PAS yang pro Amanah pula berkata: "Buat apa kelapa muda, isinya sikit takda santan. Baik kelapa tua, warna perang dekat oren, isinya tebal, tahan bila jatuh, isinya boleh keluar banyak santan."


Bajet 2016 pasif

Posted: 23 Oct 2015 10:10 PM PDT



Oleh Nasrudin Hassan


1. Tiada Inspirasi Baharu Dalam Bajet 2016. Meskipun iklim ekonomi yang semakin mencabar dengan ketidaktentuan elemen pasaran sebagaimana diakui oleh Perdana Menteri sendiri, kerangka dan inisiatif Bajet 2016 masih mengikut naratif lama.

2. Lihat sahaja bajet Jabatan Perdana Menteri sehingga melebihi RM14 bilion. Ianya sudah menjadi suatu kelaziman bajet JPM menjadi sebegitu besar hatta mengatasi peruntukan pendidikan dan pertahanan!

3. Perdana Menteri pula tidak menyentuh untuk apa jumlah yang sebegitu besar diperlukan oleh portfolionya di dalam ucapan bajet. Fenomena sebeginilah yang disifatkan oleh kebanyakan kapten industri seperti yang diungkapkan CEO Air Asia Tony Fernandes akan tiadanya ketelusan dalam perbelanjaan kutipan cukai.

4. Malah jika dirujuk kepada kenyataan Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Kewangan seperti yang dilaporkan Bernama bahawa kerajaan akan memperincikan pendapatan dan perbelanjaan dari hasil GST menerusi pembentangan Bajet 2016, hakikatnya bajet yang telah dibentang tidak benar - benar diperincikan. Khasnya perincian pada aliran belanja dari hasil GST tersebut.

5. Menteri Kewangan terus menabur janji bahawa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan dimuktamadkan oleh Parlimen namun hakikatnya termanya terus menjadi rahsia. Malah para ahli parlimen yang sepatutnya mewakili suara rakyat terus dinafikan akses kepada dokumen TPPA berbanding PriceWaterhouseCoopers, sebuah firma perunding asing yang diberikan layanan istimewa untuk menilai dokumen TPPA.

6. Soalnya mengapa? Sekali lagi Bajet 2016 tidak memberikan sebarang jawapan. Jangan pula salahkan rakyat kalau agenda Bajet 2016 penuh keraguan. Dengan gah Perdana Menteri mengumumkan 10,000 rumah akan dibina bagi merancakkan pemilikan hartanah kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

7. Namun lihat sahaja rekod kerajaan pusat membina rumah kekal baru bagi mangsa-mangsa banjir besar tahun lepas. Meskipun kononnya RM500 juta diperuntukkan untuk Kelantan, hanya 50 buah rumah yang mampu dibina kerajaan pusat sehingga akhir Julai 2015. Sekarang kerajaan berani pula menjanjikan 175,000 unit kediaman mampu milik untuk rakyat?!

8. Bajet 2016 hanyalah suatu bajet kitar semula tanpa sebarang inspirasi baru. Dengan tanggungan hutang kerajaan hampir RM800 billion dan tanggungan hutang isirumah tertinggi di Asia, ruang untuk negara mengembangkan ekonomi semakin terhad. Apakah Bajet 2016 mengakui hambatan besar ini dan apa pula penyelesaian yang diberikan? Jawapannya tiada.

9. Tetapi sekiranya penjawat awam tercari-cari jawapan mengapa terus menerus tiada bonus untuk mereka (yang ada cuma imbuhan khas RM500) maka jawapannya bukanlah kerana produktiviti perkhidmatan awam merudum tetapi kerana hutang kerajaan yang melampau telah menghambat keupayaannya untuk menjaga kebajikan kakitangannya sendiri.

10. Hakikatnya Bajet 2016 tidak memberi inspirasi dan menyuntik keyakinan rakyat akan ketahanan daya upaya ekonomi negara. Telah jelas kini bahawa pemerintah masih tandus modal dan idea untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Beristiqamah Hingga Kemenangan.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

27 kawasan catat IPU tidak sihat pada pagi Sabtu

Posted: 23 Oct 2015 10:03 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

jerebu
Keadaan berjerebu tidak menghalang warga kota meneruskan aktiviti riadah di Taman Tasik Titiwangsa, semalam. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR,  Sebanyak 27 kawasan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, setakat jam 9 pagi tadi.


Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Pasir Gudang, Johor tertinggi, iaitu 154, diikuti Kota Tinggi (147), Pelabuhan Klang di Selangor (140), Larkin Lama di Johor dan Shah Alam di Selangor (137).

Kawasan lain yang turut mencatat IPU tidak sihat adalah Kuala Selangor (127), Putrajaya (126), Banting dan Bandaraya Melaka (125), Bukit Rambai di Melaka (124), Petaling Jaya (123), Seremban (122), Batu Muda di Kuala Lumpur (120), Cheras dan Nilai (117), Port Dickson (116), Tanjung Malim (115), USM di Pulau Pinang (113), Kangar di Perlis, Muar di Johor dan Bakar Arang di Sg. Petani (111), Seberang Jaya 2 di Perai dan Langkawi (110), SMK Tanjung Chat di Kota Bharu (108), Alor Setar (105), Sk Jalan Pegoh di Ipoh (102) serta Seri Manjung (101).

Sejumlah 23 kawasan lain merekodkan IPU sederhana, termasuk Perai di Pulau Pinang dan Samarahan di Sarawak (100), Jalan Tasek di Ipoh dan Kuching (96), Tanah Merah di Kelantan (95), Sri Aman (94), Kg Air Putih di Taiping (89) serta Kuala Terengganu (88).

Dua lagi kawasan mencatat IPU baik, iaitu Labuan (46) dan Limbang di Sarawak (42).

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

‘Usaha diteruskan untuk cari Sasa Sobrie’

Posted: 23 Oct 2015 10:01 PM PDT

BERNAMA

 

GUA-MUSANG-600x360
Keputusan ujian DNA menunjukkan, mayat yang dikenal pasti sebagai Sasa oleh bapanya, Sobrie (tengah) pada 8 Oktober lalu, adalah milik Linda. - Foto arkib Bernama


GUA MUSANG,  Polis Kelantan mengesahkan rangka dan mayat yang dijumpai di Sungai Perias, Pos Tohoi adalah milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat yang ditemui pada 7 Oktober lalu itu mendapati, ia adalah Linda Rosli, 8, manakala penemuan rangka tidak lengkap pada 8 Oktober lalu pula dikenal pasti sebagai Haikal Yaakob, 8.

"Usaha mencari seorang lagi kanak-kanak yang masih hilang (Sasa Sobrie, 8) tetap diteruskan," katanya ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat di Pos Tohoi, semalam.

Mazlan berkata, mayat yang ditemui pada 7 Oktober lalu itu dikenal pasti sebagai Sasa oleh bapanya, Sobrie Latip, 25, ketika pengecaman awal dilakukan di Hospital Gua Musang (HGM), sebelum keputusan ujian DNA menunjukkan ia adalah Linda.

Tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi dilaporkan hilang, selepas bertindak melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lalu, kerana takut dikenakan hukuman, selepas dikesan mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua daripada mangsa, iaitu Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, ditemui hidup pada 9 Oktober lalu, selepas hilang selama 48 hari di dalam hutan.

Pada 16 Oktober lalu, Jabatan Kimia mengesahkan identiti mayat kanak-kanak yang ditemui pada 9 Oktober itu adalah Ika Ayel, 9, manakala rangka yang ditemui pada 11 Oktober pula adalah Juvina David, 7.
Mazlan berkata, pihaknya kini menerima banyak maklumat terbaru mengenai Sasa yang masih hilang itu, hasil temu bual dengan Norieen dan Miksudiar yang masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

"Kita sedang buat analisis semua maklumat berkenaan dan yakin ia boleh membawa kesan positif dalam pencarian seorang lagi kanak-kanak yang masih hilang itu," katanya.

Zuraida: Langkah Rawang hanya gossip cybertrooper UMNO

Posted: 23 Oct 2015 09:55 PM PDT

Ahli UMNO sengaja menyebarkan khabar angin kerana tidak puas hati dengan keputusan Saifuddin Abdullah menyertai PKR.


zuraida-azmin-saifuddin


PETALING JAYA: Langkah Rawang yang kononnya untuk menyingkirkan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor timbul kerana UMNO tidak puas hati dengan kemasukkan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, penyertaan Saifuddin menjadi satu tanda tanya besar bagi ahli-ahli UMNO mengapa perkara sedemikian boleh berlaku.

Katanya, UMNO bertindak menyebarkan khabar angin berkenaan Langkah Rawang hanya untuk menyedapkan hati mereka susulan tindakan Saifuddin itu.

"Kami yakin bahawa kemasukan Saifuddin bukan untuk memecah belahkan parti tetapi untuk pengukuhan kerana kepercayaan beliau terhadap perjuangan PKR bersama-sama reformis parti.

"Ini jelas menunjukkan kepercayaan Saifuddin terhadap UMNO sudah tiada," katanya menerusi kenyataan media.

Zuraida berkata, seperti yang ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei, tidak akan ada langkah Rawang dan satu-satunya langkah yang ada adalah Langkah Pekan.

"Kami berharap cybertrooper UMNO berhenti membuang masa rakyat dengan gossip murahan ini dan melihat kepada keadaan yang lebih serius terutamanya ekonomi negara.

"Mengalihkan perhatian rakyat dari skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion tidak akan menyelesaikan masalah negara kita," katanya.



Mengapa perlu ganggu UiTM?

Posted: 23 Oct 2015 09:44 PM PDT

Irwan Fahmi Ideris


 


ULASAN Saya merujuk kepada kenyataan dari Tan Sri Arsyad Ayub, procanselor UiTM yang dilaporkan BERNAMA semalam.

Wira PERKASA kesal dengan kenyataan yang diusulkan beliau untuk memberi peluang kepada kaum bukan bumiputera bagi melanjutkan pengajian di UiTM pada peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PHD).

Umum mengetahui bahawa UiTM merupakan satu-satunya Universiti yang memberi peluang bagi melanjutkan pelajaran khususnya kepada kaum bumiputera.

Jadi mengapa perlu diganggu hak keistimewaan bumiputera di Universiti ini? Alasan persaingan sihat dan melahirkan para cendekiawan tidak cukup kukuh untuk cadangan ini.

Banyak lagi universiti awam untuk bukan bumiputera ada di Malaysia, mengapa perlu ganggu UiTM?
UiTM satu-satunya institusi pengajian tinggi awam yang masih membela nasib bumiputera dan hari ini UiTM cuba diganggu gugat kedudukannya.

Saya ingin mengingatkan bahawa peratusan kek ekonomi bumiputera sudah tidak banyak yang tinggal. Golongan bijak pandai perlu membantu untuk memberi peluang kepada bakal graduan kaum bumiputera di UiTM dan meletakkan kedudukan ekonomi kita kembali kukuh.

UiTM dibina untuk membentuk dan melahirkan graduan dan cendekiawan dari golongan kaum bumiputera. Apa lagi alasan jika kita tidak mengutamakan bumiputera di Malaysia? Tolong lihat semula objektif penubuhan UiTM.

Salah satunya menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.

Jika beliau masih merasakan kepentingan kaum bumiputera harus dipelihara maka dengan ini saya mencadangkan hasrat beliau bagi mengusulkan membuka pintu kepada kaum bukan bumiputera harus dilupakan.

Wira Perkasa mengecam sebarang cadangan seperti ini. Kepentingan ini harus dipertahankan bagi menjamin masa depan kaum bumiputera.

Jika kita tidak dapat memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada semua maka janganlah kita sanggup mengorbankan sesuatu yang beharga hingga menjejaskan kedudukan kaum bumiputera di Malaysia.

IRWAN FAHMI IDERIS ketua Wira PERKASA.

Gaji minimum naik kepada RM1,000 di Semenanjung

Posted: 23 Oct 2015 09:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan gaji minimum di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 manakala kadar minimum di Sabah, Sarawak dan Labuan pula ditetapkan daripada RM800 kepada RM920.

Ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, katanya kenaikan itu adalah bagi semua sektor di Malaysia kecuali pekerja domestik.

Semua kenaikan itu akan berkuatkuasa mulai Julai 2016.

Gesa selaraskan lafaz bai’ah Pas

Posted: 23 Oct 2015 09:35 PM PDT

Pas


KUALA TERENGGANU – Pertimbangan untuk memansuhkan bai'ah taklik talak tiga yang dilafazkan calon-calon Pas dalam PRU khususnya di Kelantan diterima baik dalam memastikan penyelarasan lafaz bai'ah di seluruh negara.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata, ia bagaimanapun tidak bermakna calon-calon di negeri ini boleh memandang ringan lafaz baiah berhubung taat setia kepada parti walaupun lafaz taklik tersebut dimansuhkan selepas ini.

Menurutnya, lafaz bai'ah sedia ada adalah perkara besar dan merupakan sesuatu yang berat kerana ia merupakan sumpah dengan nama ALLAH.

"Mungkin lafaz taklik ini perlu difikir supaya selaras seluruh negara. Walaupun calon terikat dengan bai'ah yang asal tetapi ia bukan bermakna mereka boleh buat main-main kerana dalam lafaz bai'ah itu disebut akan dilaknat oleh ALLAH dan sekalian makhluk.

"Kalau lafaz taklik, ia dengan isteri sahaja tetapi kalau bai'ah ia melibatkan laknat ALLAH yang boleh berlaku dengan pelbagai cara. Itu perkara yang besar," katanya.

Beliau memberitahu bahawa tambahan lafaz taklik talak tiga dalam bai'ah hanya terpakai di Kelantan ketika zaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, tambahan lafaz itu dibuat bagi mengikat calon-calon dan mengelak tindakan 'dibeli' pihak tertentu berikutan Pas menghadapi saat genting di negeri tersebut pada waktu itu apabila bertahan dengan lebihan satu kerusi dibandingkan BN.

Bagaimanapun katanya, senario sejak akhir-akhir ini memperlihatkan Pas kembali kuat dan bersemangat untuk mempertahankan serta mempertingkatkan kekuatan sedia ada.

"Perkembangan yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan Pas kuat dan mungkin memadai dengan bai'ah biasa yang dilafaz calon-calon di negeri lain. Sebenarnya bai'ah ini tidak salah tetapi apabila ramai yang tidak faham, timbul perkara negatif kepada Pas," katanya.

Beliau juga tidak bersetuju tindakan segelintir calon Pas pada PRU13 yang telah menyertai parti lain dan menebus sumpah bai'ah termasuk memberi makan 10 orang miskin.

Menurutnya, calon tersebut sebenarnya tidak terlepas daripada bai'ah itu kerana ia bukan hanya melibatkan soal calon itu sahaja, sebaliknya turut melibatkan perjanjian dengan ALLAH serta orang ramai terutama pekerja parti yang turun padang, menghabiskan tenaga, wang dan sebagainya untuk memastikan kemenangan calon terbabit.


Langkah selesai 1MDB tidak disentuh dalam bajet

Posted: 23 Oct 2015 09:34 PM PDT

Idris Ahmad


KUALA LUMPUR - Pas mempertikaikan tindakan kerajaan yang tidak menjelaskan langkah menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Bajet 2016, semalam.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, apa yang paling penting dalam bajet kali ini ialah berkenaan menyelesaikan isu 1MDB seperti dijanjikan kerajaan.

"Kami kecewa kerana 1MDB tidak menjadi tumpuan kerajaan di sebalik tanggapan dunia bahawa isu ini asas yang membawa masalah kepada negara.

"Kerajaan seharusnya mengumumkan apa yang telah dilakukan susulan janji untuk menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya mendedahkan langkah penyelesaian yang telah dibuat seterusnya mengurangkan tanda tanya dalam kalangan ahli parlimen dan rakyat.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan kerajaan yang meneruskan pelaksanaan GST bakal memberi tekanan kepada rakyat dan meningkatkan kadar inflasi.

Katanya, GST telah dijadikan satu sumber pendapatan paling penting pada kerajaan dan secara tidak langsung menyumbang masalah kepada rakyat.

"Mungkin pada kerajaan ia salah satu tindakan yang betul, tetapi ia juga amat menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan seperti harga barang dan tol.

"Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga merupakan satu tindakan populis bagi memenangi hati rakyat. Namun pada hakikatnya, ia bukan salah satu langkah penyelesaian untuk menyelamatkan rakyat daripada kemiskinan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merahsiakan adakah ingin menerima atau menolak bajet yang telah dibentangkan perdana menteri.


Najib tidak faham maksud 'zero rated'

Posted: 23 Oct 2015 09:31 PM PDT

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar


KUALA LUMPUR - Pembangkang menyifatkan ucapan 'terima kasih' Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka ketika membentangkan Bajet 2016 menunjukkan Perdana Menteri itu ada masalah untuk memahami maksud 'zero rated'.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara itu amat malang sekali.

"Perdana menteri ada masalah fahami maksud 'zero rated' dan ini amat malang

"Tapi tanggungjawab kami sebagai pembangkangg, kami cuba buat yg terbaik dan bertegas bahawa GST mestilah kadar sifar," katanya.

Najib ketika membentangkan Bajet 2016 semalam mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana seolah-olah menerima pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila memasukkan perkara itu dalam Belanjawan Alternatifnya.

Sementara, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, Najib perlu meneliti kembali Bajet Alternatif itu kerana jelas disebut tentang GST berkadar sifar.

"Saya rasa dia kena baca bajet kami dengan jelas sebab kami bawa GST tapi kami sebut 'zero rated'. Ini pengiktirafan bahawa GST telah pun diimplementasikan di mana para peniaga sudah keluarkan kos untuk persiapan GST.

"Jadi, kami ambil pendekatan, ia sudah berlaku dan kita pilih ia berkadar sifar. Itu cara terbaik untuk maju ke depan," katanya.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan pula berkata, meskipun pembangkang membawa GST dalam bajet Rabu lalu, namun mereka ada alternatif.

"Saya rasa PM kata kita (pembangkang) terima GST sebab dalam bajet alternatif, kita ada sentuh GST dan kena ingat, kita bawa alternatif yang berbeza.

"Tapi jika baca dengan teliti, ada beberapa perkara yang kami ketengahkan, dimasukkan juga dalam bajet kerajaan. Baguslah. Itu saya tidak ada isu.

"Tapi dari segi keseluruhan, bajet seorang PM, mengakui bahawa sedang berlakunya kejatuhan ekonomi, tapi tidak ada apa-apa yang ditekankan dalam bajet tentang perancangan untuk menaikkan ekonomi," katanya.


Universiti awam tersepit lepas belanjawan?

Posted: 23 Oct 2015 05:15 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Pengajian Tinggi menyaksikan pemotongan peruntukan besar bawah belanjawan 2016.

Menurut Jangkaan Perbelanjaan Persekutuan, peruntukan untuk kementerian itu akan dipotong sebanyak RM2.4 bilion.

Berdasarkan belanjawan yang dibentang menteri kewangan hari ini, kementerian hanya akan menerima RM13.378 bilion (5.0 peratus daripada keseluruhan belanjawan) berbanding RM15.785 bilion (5.8 peratus) dalam belanjawan 2015.

Penurunan itu paling besar berlaku di kementerian pengajian tinggi sejak Najib membentangkan belanjawan pertamanya pada 2010.

Ia juga peruntukan terkecil dalam bentuk perkadaran belanjawan yang akan diterima kementerian ini sejak Najib menjadi perdana menteri.
Bawah rancangan memberikan lebih banyak autonomi, universiti sudah digalakkan menjadi dana sendiri untuk tujuan-tujuan penyelidikan.

Setakat ini tidak jelas sama ada potongan itu akan menjejaskan pengambilan universiti tahun depan.

Apabila diperhalusi, perbelanjaan operasi sebanyak RM11.767 bilion (87.96 peratus) berbanding perbelanjaan pembangunan RM1.611 bilion (12.04 peratus).

Perbelanjaan pembangunan 12.04 peratus adalah yang terendah sepanjang Najib menjadi perdana menteri.
Ketika belanjawan pertamanya, perbelanjaan pembangunan untuk Kementerian Pendidikan pada tahap 34.55 peratus.
 

Defisit 3.1 peratus tidak akan dapat dicapai

Posted: 23 Oct 2015 05:05 PM PDT

Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail


KUALA LUMPUR - Defisit 3.1 peratus tidak akan dapat dicapai kerana kerajaan sentiasa memerlukan perbelanjaan tambahan dalam pelaksanaan belanjawannya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata, angka tersebut adalah sesuatu yang amat mustahil dicapai memandangkan hasil kutipan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  juga tidak dapat membantu menurunkan angka defisit negara.

"Biasanya dalam belanjawan kerajaan, mesti ada 'supplementary budget' (bajet sampingan) yang menyebabkan pelaksanaan belanjawan lebih dari yang diperuntukkan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2016 di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2016 hari ini berkata, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus sekiranya negara tidak melaksanakan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan masih kekal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

[ARTIKEL BERKAITANMujur ada GST, kata Najib]

"Kita tengok sahaja projek Expressway Rapid Transit (ERT).. Walaupun itu projek yang baik untuk rakyat, tetapi projek itu tidak termasuk dalam pembentangan Bajet 2015.

"Ini menyebabkan peningkatan kepada defisit negara. Peruntukan yang ada tidak akan dapat menampung pelaksanaan pelan pembangunan bagi 2016, defisit akan meningkat," katanya lagi.


Ramai orang marah Najib

Posted: 23 Oct 2015 05:03 PM PDT

najib tun m


SHAH ALAM - "Kita sudah mempunyai lima perdana menteri tetapi tidak pernah dikecam kerana rasuah seperti ini dan semua orang berkata sebegitu," demikian kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara bersama media asing baru-baru ini.

Dalam wawancara yang dipetik The Guardian, Mahathir mengambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan jawatannya dengan apa cara sekalipun.

"Najib mengawal media arus perdana. Mereka tidak dapat berkata apa-apa, mereka menapis diri mereka secara sukarela.

"Mereka boleh dipindahkan, mereka boleh dipecat, akhbar mereka boleh dihentikan dari penerbitan.

"Terdapat semua jenis perkara-perkara yang dia boleh lakukan. Dia boleh memanggil editor untuk disoal siasat, di mana ia agak tidak menyenangkan, jadi orang cuba untuk mengelakkan itu," katanya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu juga berkata, cara untuk menyingkirkan Najib adalah melalui undi tidak percaya

"Atau beberapa demonstrasi kepada pemerintah bahawa perdana menteri telah hilang keyakinan dan sokongan majoriti ahli Parlimen." ujarnya.

Menurut Dr Mahathir lagi, hubungan keruh dengan Najib berlaku secara beransur-ansur.

"Saya cuba pada mulanya bercakap dengan perdana menteri, namun dia (Najib) tidak berbuat apa-apa pun untuk menerima nasihat itu," katanya.

Tambahnya lagi, dia pernah memberitahu Najib secara peribadi bahawa tidak lagi menyokongnya yang juga tidak mempunyai apa-apa kesan.

"Kemudian saya memberitahu orang ramai saya tidak menyokong beliau.

"Itu yang menyebabkan saya terpaksa melalui media alternatif kerana dia telah disekat daripada apa-apa yang saya perkatakan di media arus perdana.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ramai orang membaca blog saya dan mereka telah memberi komen di terhadap Najib.

"Orang ramai sangat marah tetapi mereka tidak mempunyai cara untuk menyuarakan perasaan mereka," katanya dalam temu bual dengan Guardian.

Katanya, beliau berasa terpanggil untuk bersuara di blog beliau terhadap Najib.

"Ia bukan sesuatu yang saya sukakan (menulis blog).

"Saya dapati saya perlu lakukan sesuatu kerana ramai orang datang berjumpa dengan saya, mengadu tentang kerajaan dan meminta saya melakukan sesuatu." katanya lagi


Pan Borneo bebas tol cubaan BN melobi?

Posted: 23 Oct 2015 05:01 PM PDT

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah
 
 
KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa 'gula-gula' yang diberikan kepada Sarawak termasuk pengumuman bebas tol di lebuhraya Pan Borneo dalam pembentangan Bajet 2016, hari ini, jelas sebagai salah satu cubaan kerajaan melobi negeri itu untuk pilihanraya negeri akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, banyak yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan demi mencapai tujuan itu.

"Memang (cubaan melobi). Itu tol di sana, tol di sini (bagaimana)?.

"Banyak dia buat untuk pancing undi. Salah satunya tol percuma di Pan Borneo itu," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2016 selesai.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, cubaan itu jelas namun menurutnya projek Pan Borneo itu bukan perkara baharu.

"Saya fikir memang jelas cuba melobi di Sarawak tapi itu bukan projek baharu. Kita daripada dulu mengumumkan kewajipan untuk membawa satu perubahan termasuk infrastruktur yang menyeluruh kepada Sabah dan Sarawak.

"Kita hanya tunggu pelaksanaan. Tapi mampukah beliau melaksanakannya tanpa rasuah, tanpa salah tadbir dan juga tanpa pembinaan yang tempang," katanya.

Malah menurutnya, beliau menanti-nantikan Laporan Ketua Audit Negara yang akan datang terhadap prestasi kerajaan.

"Saya menunggu-nunggu lagi laporan Ketua Audit Negara seterusnya yang akan mempamerkan bagaimana di Malaysia ini

"Di mana di bawah pentadbiran Najib Razak, kita tidak mampu menggarab perubahan sebenar," katanya.

Najib mengumumkan Lebuhraya Pan Borneo ‎yang menghubungkan Sabah dengan Sarawak bebas daripada sebarang bayaran tol semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Ketika beliau mengumumkan perkara itu, suasana tiba-tiba menjadi riuh dengan suara barisan ahli Parlimen pembangkang dan pembentangan terhenti seketika sebelum kembali disambung.

Lebuhraya itu membabitkan jarak sejauh 1,076 kilometer dan kos RM15 bilion.


Jerebu dijangka pulih November ini - Jabatan Meteorologi

Posted: 23 Oct 2015 04:59 PM PDT

Bernama 
 
Jerebu dijangka pulih November ini - Jabatan Meteorologi
CHE GAYAH: Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut...ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu. - Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata monsun timur laut dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November dan akan berakhir pada minggu kedua Mac 2016.

"Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut...ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembenihan awan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.

Berkenaan operasi pembenihan awan (OPA), beliau berkata Mosti melaksanakan 29 OPA bagi mengurangkan kesan jerebu sejak Mac lepas.

Jelasnya, operasi itu akan diteruskan di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi tempoh 72 jam.

"Pembenihan awan telah berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan yang dilanda jerebu teruk termasuklah di Lembah Klang," katanya.

Mengulas lanjut mengenai proses pembenihan awan itu, Che Gayah berkata bahan yang digunakan adalah garam masakan biasa yang dilarutkan bersama air sebelum disembur ke dalam awan.
Katanya, proses tersebut tidak mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatanmanusia ataupun alam sekitar.

"(Berhasil atau tidak) proses (pembenihan awan) bagaimanapun mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembap di kawasan sasaran," katanya. 
 
 

Tiada ulasan: