Rabu, 21 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Urus Niaga 1MDB Luar Biasa Terus Bebani Malaysia

Posted: 21 Oct 2015 03:51 AM PDT


 

MULA-mula mohon maaf pasal lama tak siar rencana baru. Maklumlah apabila usia masuk kategori warga kanan (senior citizen) ada saja masalahnya – kalau tak besar, kecil.



KEMUDIAN saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.


1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja. Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.


2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah.



Jho Low, agen bebas 1MDB hidup mewah


3. Pada mulanya 1MDB didakwa sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) tapi ditukar jadi syarikat pelaburan strategik (strategic investment company) setelah dihujahkan yang kita sudah pun ada tabung berdaulat, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

4. Dengan modal permulaan RM1 juta, 1MDB berhutang besar-besaran dari dalam dan luar Negara. Sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ertinya kalau 1MDB tak mampu bayar balik atau muflis (bankrupt), pembayar cukailah yang kena tanggung bebannya. Silap-silap anak cucu kita pun kena juga. Sudah sekali ia tak mampu bayar hutang ikut masa. Terpaksa berhutang untuk bayar hutang. Siapa yang bagi hutang sampai hari ini masih samar-samar. Ada kata Arab. Ada kata Ananda Krishman. Ada kata kerajaan sendiri. 

5. Cara 1MDB berniaga sangat menakjubkan. Dengan modal yang sangat kecil, ia berhutang dengan sangat besar. Laporan kewangan 1MDB tahun 2014 menunjukkan ia berhutang RM49 bilion dengan harta sebanyak RM52 bilion. [Dengan hutang sebanyak itu, kita boleh bina lima buah KLIA asal.]

6. Cara ia berhutang pun luar biasa. Contohnya pada tahun 2012/13 ia guna khidmat bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs untuk pinjam AS$3 bilion (kira-kira RM13 bilion pada kadar tukaran sekarang). Yang anehnya 1MDB bagi komisen sampai AS$500 juta (RM2.1 bilion) kepada Goldman. Agensi berita ekonomi Amerika, Bloomberg laporkan pada 9 Mei 2013 bahawa komisen Goldman adalah kira-kira 7.7 peratus sedangkan kadar purata komisen bagi "junk bond" (bon sampah) adalah 1.32 peratus bagi tahun 2013. Adakah ini bermakna bon 1MDB lebih teruk daripada "junk bon" maka Goldman perlu dibagi komisen yang sangat tinggi? Dalam pasaran bon, lagi tinggi risiko, lagi murah harganya dan lagi tinggi komisennya sebab susah nak jual.

7. Rasanya tak ada syarikat dalam dunia yang nisbah antara modal dan hutang begitu luas macam 1MDB. Bila skandalnya mula didedahkan selepas Pilihan Raya Umum 2013, barulah 1MDB tambah modal (equity) kepada RM900 juta. Kemudian pada tahun 2014 ditambah lagi kepada RM2.4 bilion.

8. Walaupun modal RM2.4 bilion tu nampak banyak, tapi banding dengan hutang RM49 bilion, ia adalah kecil. Maksudnya 1MDB berhutang 20.4 kali ganda daripada modalnya. Ini sangat-sangatlah tinggi pasal nisbah purata hutang-kepada-modal (debt-to-equity-ratio) syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia hanya satu setengah kali ganda saja.

10. Bila saya tanya pendapat seorang kawan yang bekerja sebagai penyelidik ekonomi, dia kata, ini samalah dengan seorang penjaja yang ada modal RM2,000 tapi pergi bank minta pinjam RM40,000. Tak masuk akal dan tak ada bank yang akan bagi.



Penjaja, sukar bank nak layan

11. Kemudian 1MDB beli harta di dalam dan luar negara daripada penjual swasta dengar harga tinggi. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah sebabnya orang yang tahu hal ehwal perniagaan syak ada urusan belakang tirai di antara pembeli dan penjual.

12. Tapi bila 1MDB beli harta kerajaan macam tanah, ia bayar harga yang sangat murah. Ada tanah kerajaan di Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM64 sekaki persegi yang kemudiannya dijual kepada Tabung Haji dengan harga 43 kali ganda lebih tinggi. Kerajaan rugi pendapatan, 1MDB buat duit atas angin dan Tabung Haji kena kutuk sampai terpaksa buat dusta.

13. Dari segi moral, ini sudah boleh dikira salah guna kuasa dan dari segi undang-undang pula ia boleh dianggap pakatan untuk menipu kerana negara hilang peluang untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Dalam bahasa Inggeris, perbuatan ini disebut "conspiracy to defraud".

14. Perdana Menteri dan para pelindung serta pembela beliau boleh bagi macam-macam alasan dan guna macam-macam muslihat untuk sembunyi kebenaran, tapi satu dunia sudah tahu. Apatah lagi ramai pembela terkini Perdana Menteri kurang kredibiliti.

15. Kalau tak ada bukti dan syak wasangka yang kuat, macam mana pihak berkuasa jenayah, kewangan dan perbankan di Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan membekukan beberapa akaun yang bersangkut-paut dengannya?

16. Kalau semua laporan media mengenai penglibatan Mohd Najib dalam skandal 1MDB fitnah dan dusta, pasal apa Mohd Najib dan peguam-peguamnya hanya gertak nak saman tapi tak saman?



Propaganda Utusan tidak tepat, PM tak saman


17. Kalau beliau berani kerana beliau berada di pihak yang benar, pasal apa guna Kanun Keseksaan (Penal Code) ke atas (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang – mengapa tidak kemukakan saman malu ke atas mereka?

18. Selain kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi dunia, semua orang tahu bahawa nilai ringgit merudum kerana skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib.

19. Natijahnya, katalah apa nak kata berkenaan 1MDB, tapi orang yang tahu berkenaan urus niaga korporat, kewangan, perbankan dan undang-undang tak akan percaya.

20. Tak keterlaluan kalau kita ibaratkan 1MDB sebagai gajah Tok Mia yang kena penyakit EEHV (elephant endotheliotropic herpesviruses) yang keluarkan bau busuk. Simbahlah dengan minyak wangi paling mahal dari Paris atau Milan baunya tak hilang juga. Hatta minyak wangi Amouage yang diuar-uarkan sebagai minyak wangi paling mahal di dunia itu tak berkesan lagi. Lapan puluh peratus gajah yang kena penyakit ini mati.

21. Serentak itu, jentera propaganda Umno, kerajaan dan 1MDB semakin hari semakin hilang kewibawaan apabila mereka disaman, khususnya oleh pembangkang, dan kalah perbicaraan, terpaksa memohon maaf dan bayar ratusan ribu ringgit ganti rugi.



Main stream media lost repeatedly

22. Malangnya bagi Malaysia dan rakyat jelatanya, apabila Mohd Najib bentangkan Belanjawan 2016 Jumaat ini, berapa ramai akan percaya. Kalau pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak melabur dan tak beli-belah. Bila mereka tak labur dan tak berbelanja, tak adalah "private consumption". Private comsumption adalah penggerak ekonomi negara. Kalau kerajaan hendak berbelanja, ia terpaksa berhutang. Tapi macam mana nak berhutang apabila hutang kerajaan sudah sampai had maksimum berbanding keluaran dalam negara kasar. Wallahuaklam.

Sekolah tutup lagi esok ( khamis )

Posted: 21 Oct 2015 03:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Semua sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis serta wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup esok ( khamis ).

Bagi negeri Pahang pula, sekolah di kawasan Bentong akan ditutup esok selain tiga lagi kawasan di Sarawak, iaitu, Kuching, Samarahan, Sri Aman Betong.

Langkah itu diambil susulan kualiti udara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara tidak sihat dan sangat tidak sihat.

Penutupan melibatkan 4,778 buah sekolah dan 2.6 juta pelajar itu diumumkan dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Kementerian juga mengarahkan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing.


"Pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak berwajib.

"Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh KPM," katanya.


Pandikar: Beri senarai anti-Najib, saya percepatkan usul

Posted: 21 Oct 2015 03:27 AM PDT

Zikri Kamarulzaman





Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta pembangkang menyerahkan senarai nama-nama ahli parlimen yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, tindakan itu akan membantu memberi tekanan kepada kerajaan supaya membahaskan usul undi tidak percaya itu.

"Setakat ni saya masih menunggu senarai pembangkang di atas meja saya kerana saya tahu mereka ada 89 sahaja belum berganjak.

"Apa bila mereka (pembangkang) boleh beri saya senarai itu. Mungkin sekarang (mereka) sudah ada 90 atau 100 (sokongan), mungkin saya saya boleh tekan kepada kerajaan supaya membahaskan usul itu," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Elak anjur majlis luar bangunan jika IPU lebih 100

Posted: 21 Oct 2015 03:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai mengelakkan majlis atau aktiviti di luar bangunan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu tahap tidak sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika aktiviti luar itu dirancang sebelum kejadian jerebu berlaku, maka kementerian menasihatkan agar ia ditangguh atau dibatalkan sehingga bacaan IPU kembali pulih.

"Jika masih perlu diadakan, majlis atau aktiviti itu lebih baik dibuat di dalam bangunan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan termasuk mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dan jika terpaksa berada di luar, mereka harus menggunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk banyak minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, selain membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan atau menghadiri aktiviti luar.

Mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jika keadaan bertambah teruk, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my , katanya.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 31 kawasan dilaporkan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sehingga 2 petang tadi, dengan Shah Alam mencatat bacaan sangat tidak sihat 225.- Bernama


Jerebu: 34 penerbangan ke Langkawi dibatalkan hari ini

Posted: 21 Oct 2015 03:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jerebu kembali melanda Langkawi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencecah 149 pada pukul 2 petang tadi sehingga memaksa 34 penerbangan keluar masuk dibatalkan.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Jefri Ramli berkata 12 lagi penerbangan masuk dan keluar di situ terlewat dari jadual berikutan jarak ketampakan yang rendah.

"Lapangan terbang ini masih tetap beroperasi dan keputusan membatalkan penerbangan dibuat syarikat penerbangan sendiri setelah mendapat maklumat dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam)," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud turut memaklumkan semua sekolah di pulau ini ditutup esok berikutan trend bacaan IPU tidak sihat yang semakin meningkat.

Jerebu yang semakin teruk mula dialami petang semalam dan ini merupakan kali kedua Langkawi dilanda keadaan ini setelah masalah sama berlaku pada awal bulan ini.- Bernama


Gambar pelancong berbogel jadi viral

Posted: 21 Oct 2015 03:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Beberapa gambar lelaki yang didakwa pelancong dari China berbogel di tepi pantai dengan beberapa wanita dalam keadaan separuh bogel yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan berhampiran Semporna, Sabah menjadi viral di media sosial.

Ia dikatakan tersebar secara meluas di aplikasi WeChat dan WhatsApp.

Portal Berita Harian Online memetik tu Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya.

Katanya, polis juga akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.

"Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya dipetik akhbar itu.

Antara gambar yang tersebar ialah tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian menghadap kamera, selain tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.

Pada 30 Mei lalu, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri itu.

Empat daripada mereka kemudian ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga hari serta denda RM5,000 setiap orang.

Mac lalu pula, dua wanita warga asing dirakam bermain pasir di Pulau Sulug di Kota Kinabalu dalam keadaan separuh bogel sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung lain.


Bajet alternatif Pakatan bakal hapuskan GST

Posted: 21 Oct 2015 03:14 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


 


Pakatan Harapan mendakwa bajet alternatif gabungan itu mampu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara berkesan.

Katanya, ini akan dapat dicapai dengan penarafan sifar bagi semua barangan dan perkhidmatan.

"Kami jangkakan kadar inflasi yang lebih tinggi tahun depan berikutan GST dan kejatuhan ringgit.

"Oleh itu, kami mencadangkan tindakan segera dengan memberi penarafan sifar bagi semua barangan GST bagi menstabilkan inflasi," kata petikan buku bajet alternatif.

Buku ini dilancarkan oleh kepimpinan Pakatan di luar Parlimen hari ini.

Takiyuddin: Kenyataan saya, Hadi tak bercanggah

Posted: 21 Oct 2015 03:07 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


 


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menepis tanggapan bahawa kenyataannya berhubung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercanggah dengan pendirian presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan mereka mempunyai maksud yang sama iaitu untuk melihat terlebih dahulu kandungan usul - yang didedahkan kepada media pada Sabtu lalu - masih belum diteliti mereka ketika itu.

"Tak bercanggah. Presiden (PAS) kata kita akan tengok dulu. Saya pun kata, kita akan tengok dulu. Sebab usul yang sebenarnya itu, kita belum tengok lagi kewajarannya.

"Pada dasarnya kita setuju, presiden pun setuju sebagai satu proses demokratik dalam parlimen. Itu kita setuju. Kalau nak menyokong, kita tengoklah kalau benda itu naik (diusulkan dalam Dewan), kita (sokong)," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Sabtu lalu, bercakap kepada media pada Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Muhammad IV Kota Bharu, Takiyuddin berkata PAS akan menyokong jika undi tidak percaya itu dibawa ke parlimen dalam persidangan kali ini.

Bagaimanapun katanya, PAS mahu "melihat terlebih dahulu jika usul tersebut benar-benar dibawa ke parlimen".

Hadi pula pada hari dan tempat yang sama berkata bahawa PAS akan "tunggu dan lihat" terlebih dahulu bagi melihat kewajaran usul undi tidak percaya jika ia dibawa ke parlimen.

Terima usul

Mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar Selangor Azmin Ali bahawa PAS akan menyokong usul itu, Takiyuddin berkata pada asasnya, PAS menerima usul undi tidak percaya termasuk difailkan oleh MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

"Jadi pada asasnya, PAS menerima usul undi tidak percaya sebagai satu proses dalam parlimen. Dan PAS menyokong usul itu sebagi satu kaedah dalam parlimen.

"Jadi mengenai usul yang dibawa ini, kita akan buat keputusan. Pada dasarnya, kita memang bersama. Kita tak tahu lagi benda ni naik ataupun tidak. Jadi, pada dasarnya kita menyokong.

"Kalau ada betul (dibacakan dalam Dewan Rakyat), kita buat keputusan bersamalah. Kita pembangkang.
Pembangkang akan sokong pembangkanglah. Kerajaan pun akan sokong pembangkang," katanya.

Ditanya mengapa tidak mengumpul sokongan sebagai tanda kebersamaan Pakatan Harapan dan PAS dalam isu ini, Takiyuddin menganggap perkara itu "tidak perlu didedahkan dan akan berbincang mengenainya bila tiba pada masanya."

"Usul tak percaya itu adalah satu tindakan yang dibawa terhadap parti pemerintah. Kalau kita yang bawa usul itu, kita mesti ada strategilah. Takkan nak dedah kesemuanya.

"Untuk kami dedahkan, (bahawa kami perlu) buat itu dan ini, itu bukan cara yang sepatutnyalah. Tak bolehlah, kamu tanya, 'kenapa tak buat itu, tak buat ini'. Itu kita punya strategilah. Nanti sampai masa kita (dedahkan)," katanya.

Bukan dalam gabungan

Takiyuddin juga berkata tiada perbincangan "khusus dan terperinci" dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung pembentangan undi tidak percaya kepada Najib.

Sebaliknya, kata Takiyuddin, Wan Azizah hanya berbincang dengan kepimpinan Pakatan Harapan dan PAS bukan berada dalam gabungan pembangkang itu.

"Jadi kita bila jumpa kita bincang secara terperinci. Yang kita tahu, dalam kertas aturan mesyuarat saja.

"Sebelum beliau buat kenyataan, kita tak bincang apa-apa (secara terperinci). Akan ada perbincangan, kita dengan PKR, kita bersama. Tak ada masalah. Tak ada perkara untuk dibimbangi.

"Bagi saya, apa yang dibawa oleh ketua pembangkang, itu, adalah satu usul mewakili semua pembangkang. Dan saya rasa, tak ada pembangkang yang tak sokong pembangkang, malahan yang akan sokong mungkin daripada parti pemerintah itu sendiri," katanya.


Pemandu teksi pula mahu berdemo

Posted: 21 Oct 2015 03:02 AM PDT

Anne Muhammad


 


Selepas Kuala Lumpur menyaksikan perhimpunan BERSIH dan demonstarsi 'baju merah' pada Ogos dan September lalu, pada 18 November nanti, giliran pemandu-pemandu teksi di seluruh negara membuat bantahan pula.

Perhimpunan besar-besaran itu dinamakan 'Himpunan Merombak SPAD'.

Timbalan Pengerusi, Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain pada sidang akhbarnya hari ini berkata demonstrasi itu diadakan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati pemandu teksi terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Menurutnya, SPAD gagal membela nasib pemandu teksi dan terus membenarkan aplikasi Uber dan Grab Car digunakan.

"SPAD telah gagal. Kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kita prihatin, tetapi kepercayaan yang kita telah berikan kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah gagal beliau tunaikan.

"Kita nak SPAD diberi wajah baru. Hendaklah diberi nafas baru. Seandainya kita berjaya himpunkan 6,000 pemandu teksi, saya percaya Syed Hamid kena letak jawatan," katanya.

Demonstrasi berkenaan dijadualkan di tiga lokasi berbeza iaitu di Masjid Kuala Lumpur, Padang Merbok dan Kompleks Kraf bermula jam 10 pagi. Mereka seterusnya akan berarak ke suatu lokasi yang dirahsiakan.

Speaker ronyok kertas usul menteri, beri Lim kata dua

Posted: 21 Oct 2015 02:59 AM PDT

Kow Gah Chie


 


Dewan Rakyat menjadi agak panas petang ini berhubung usul untuk menggantung pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang kerana didakwa menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Insiden itu menyaksikan ahli Parlimen DAP naik berang, manakala speaker pula meronyok kertas usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Saya boleh buat ini," katanya sambil meronyok kertas usul itu.

Pandikar kemudian memberi kata dua kepada Lim supaya menarik balik kenyataannya atau dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan untuk tindakan lanjut.

Apabila suasana reda seketika, Pandikar secara berjenaka berkata beliau perlu ke bilik air dan meminta diri, dengan berkata timbalannya Datuk Ronald Kiande akan mengambil alih.

Anthony Loke (DAP-Seremban) cuba membantah usul itu dibentangkan atas alasan Lim tidak diberi peluang menjelaskannya.

Katanya, tindakan itu suatu kezaliman dan menuduh Azalina tergesa-gesa.

Semalam, Pandikar mengarahkan ketua parlimen DAP itu untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepadanya, atau menghadapi risiko dikenakan tindakan lanjut.

Isnin lalu, Lim mendakwa pandikar menyalahgunakan kuasa dengan membekukan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama tiga bulan dalam usaha untuk mensabotaj siasatan ke atas 1MDB.

Sementara itu, Azalina dilaporkan menarik balik pemberitahuan usulnya supaya ahli parlimen Gelang Patah digantung kehadiran di Dewan Rakyat.

Ia ditarik selepas beberapa ahli parlimen pembangkang mempertikaikan prosedur pemberitahuan usul itu dibawa, iaitu dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebelum Lim memberi penjelasan dan keterangan.

JKM kaji latar belakang budak jual ulam

Posted: 21 Oct 2015 02:53 AM PDT

Budak jual ulam tolong ibu tarik simpati netizen


IPOH – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat penilaian rapi bagi mengenal pasti masalah utama hingga seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi viral di laman sosial dan dan dikatakan meninggalkan alam sekolah untuk menjual ulam bagi menyara keluarga.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Noor Hanizah Zulkafli berkata, maklumat itu penting bagi menentukan bentuk bantuan dan tindakan lanjut yang boleh diambil JKM melalui akta sedia ada termasuk Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan ke kediaman keluarga itu di Hala Jati Meru, Jelapang Jaya, tidak banyak informasi yang diperoleh apabila kelibat kanak-kanak berusia 11 tahun itu tidak dapat dikesan.

"Kita hanya dapat berhubung dengan ibunya sahaja, itu pun banyak maklumat yang masih kabur.

"Untuk kes seperti ini, JKM perlu kaji latar belakang dan keperluan sebenar keluarga ini sama ada berlaku kekurangan dari aspek kewangan atau dari segi sosialnya dan ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada media, hari ini.

Kisah kanak-kanak dikenali Hafiz ini mula mendapat perhatian di Facebook apabila dia dilihat sanggup mencari dan menjual ulam-ulaman kampung antaranya bunga kantan, pucuk paku dan ubi kayu di pasar sekitar Meru Raya bagi menampung kehidupan adik dan ibu bapanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Budak jual ulam tolong ibu tarik simpati netizen

Kanak-kanak ini juga dilaporkan tidak lagi bersekolah dan hanya menunggang basikal yang diletakkan bakul bagi mengangkut hasil pencarian tanaman untuk dijual.

Hasrat wartawan untuk menemui sendiri Hafiz tidak kesampaian apabila dimaklumkan dia berada di luar, hanya basikal seperti yang dipaparkan dalam Facebook ada di rumah berkenaan.
Noor Hanizah berkata, masih terlalu awal untuk mengklasifikasikan kes itu  sebagai eksploitasi kanak-kanak memandangkan tiada maklumat tepat diperoleh mengenai keluarga berkenaan.

"Data yang kita ada pun hanya berkaitan dengan wanita yang dikatakan ibu Hafiz iaitu Norzuraida Zakaria, kita akan membuat pertemuan lagi bagi mengetahui lebih banyak maklumat.

"Ada beberapa isu yang perlu kita lihat antaranya pertalian antara pasangan ini dengan kanak-kanak terbabit, keutamaan kita tentunya pada Hafiz, namun kena fikir juga keselamatan ahli keluarga lain, jika perlu diselamatkan, kita akan selamatkan," katanya.

Dalam pada itu, Norzuraida, 29, ketika ditemui enggan bercerita lanjut ketika diajukan mengenai perihal Hafiz.

Bagaimanapun, dia mengakui, Hafiz tinggal bersamanya di rumah peninggalan arwah datuknya itu bersama anak bongsu berusia 2 tahun dan suami dikenali Ismail.

Sementara seorang lagi anaknya dikatakan dalam jagaan saudara di Kedah.

"Saya tak boleh nak cakap banyak, sakit kepala," katanya.

Norzuraida yang tidak bekerja menerima bantuan Baitulmal berjumlah RM350 sebulan, sejak setahun lalu.


Tumpu masalah rakyat bukan terlalu berpolitik

Posted: 21 Oct 2015 12:29 AM PDT



Oleh HASSAN MOHD. NOOR 


BANYAK perkara untuk diselak minggu ini. Paling menarik perhatian tentulah di Parlimen. Hari ini Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 bermula. Agenda yang menjadi tumpuan tentulah pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan. Rakyat menantikan berita baik untuk mereka. Selain bajet, apakah isu-isu yang bakal menjadi perhatian?

Mungkinkah kadar tol lebuh raya, Jawatankusa Kira-kira Wang Negara (PAC), isu RM2.6 bilion, 1MDB, kejatuhan nilai ringgit, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), jerebu, jenayah akan menjadi tumpuan anggota Parlimen?

Turut menjadi perbualan ialah sama ada akan berlaku undi tidak percaya terhadap Najib. Laporan akhir persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak juga dijangka menarik perhatian bagi membolehkan 82 kerusi dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11. Sepanjang 25 hari, diharapkan anggota-anggota Dewan Rakyat dapat memainkan peranan untuk menyuarakan harapan dan hasrat rakyat bagi menangani pelbagai cabaran yang menyentuh kehidupan seharian mereka. Banyak isu semasa yang perlukan perhatian, bukan sekadar berpolitik untuk mengukuhkan pengaruh parti masing-masing.

WAJAH BAHARU DI DEWAN 

DI Dewan Rakyat, bukanlah kali pertama seseorang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri akan berubah tempat selepas `kehilangan' jawatan. Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim pernah mengalaminya. Kini Muhyiddin Yassin terpaksa meninggalkan tempat duduk di sebelah kanan Perdana Menteri.

Tempat Muhyiddin diisi oleh Zahid Hamidi. Begitu juga dengan menteri-menteri Kabinet yang tidak dilantik semula dalam rombakan pada 28 Julai lalu. Hari ini, turut berpindah tempat ialah Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal dan anggota Majlis Tertinggi, Hasan Malek. Bagi komponen Barisan Nasional (BN) pula, bekas Presiden MIC, G.Palanivel tidak lagi berada di barisan hadapan di blok A bersama Perdana Menteri selepas penyingkirannya daripada jawatan No.1. Kini Menteri Kesihatan, S.Subramaniam yang juga Presiden MIC mengambil alih kedudukan di sebelah Presiden MCA, Liow Tiong Lai.

Muhyiddin akan berada di blok E bersama Presiden PBS, Pairin Kitingan dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Ewon Ebin juga berada di blok E.

Di sebelah pembangkang turut menyaksikan perubahan besar apabila Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas disisihkan daripada barisan utama pemimpin pembangkang. Beliau dipindahkan dari Blok I ke Blok G. Ini berikutan Pas tidak lagi bersama pakatan yang dulunya dikenali Pakatan Rakyat (gandingan DAP-PKR-Pas). Hadi yang pernah menjadi ketua pembangkang berpindah tempat untuk memberi ruang kepada `anak-anak didik Pas' yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah) yang bergandingan dengan PKR-DAP dalam Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa duduk sebaris dengan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Ketua Pembangkang). Orang No.1 Amanah, Mohamad Sabu @ Mat Sabu bukan anggota Parlimen. Begitu juga orang No.2 Salahuddin Ayub. Mujahid diapit oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Pas kini mempunyai 14 anggota Parlimen berbanding 21 sebelum ini selepas enam `melompat' ke Amanah dan seorang ke PKR. Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw turut dipindahkan ke Blok F. Selain melibatkan kenaikan pangkat sebagai menteri dan timbalan menteri, Dewan Rakyat turut menyaksikan muka-muka baharu yang dilantik sebagai Senator untuk menganggotai Kabinet.

KETEGASAN PRESIDEN PAS 

KETIKA Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR masih mengharapkan sokongan Pas, Abdul Hadi dilihat bertegas dengan pendirian untuk tidak bersama DAP dan Amanah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pas menolak cadangan pembahagian kerusi oleh bekas rakan sekutunya, DAP.

Presiden Pas menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, tidak terhad di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis seperti disarankan DAP. Siapa DAP yang mahu mengemukakan cadangan kepada Pas setelah memutuskan hubungan dengan parti Islam itu? Pas juga akan menambah kerusi untuk ditandingi.

Abdul Hadi dan Pas masih yakin dapat meneruskan perjuangan secara bersendirian. Adakah pada PRU14 ini, pertandingan tiga penjuru - BN-Pas-PH tidak dapat dielakkan?

Isu ini disentuh dalam Selak minggu lepas di bawah tajuk Langkah redakan jerebu politik menjelang PRU14. Ketegasan Abdul Hadi (jika kekal sehingga hari penamaan calon) akan menyaksikan Pas bersedia mempertahankan kerusi yang ditandinginya pada PRU lalu termasuk tujuh yang dimenanginya tetapi kini di tangan Amanah dan PKR. Pastinya Pas mahu berpegang kepada amanah anggota parti untuk bertanding di kerusi tradisi mereka termasuk Kuala Krai, Kuala Terengganu, Parit Buntar, Shah Alam, Kota Raja, Sepang dan Tumpat. Pas tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan, tidak memberi laluan mudah kepada Amanah untuk bertanding di kerusi tradisi parti.

Jika tujuh bekas anggota parti itu mahu bertanding di kerusi yang dipegang sekarang, Pas tidak ada masalah. Jika mereka boleh `melompat' kepada parti lain, mereka juga boleh `melompat' kawasan.

Lebih berani lagi jika Pas tidak segan silu untuk mengambil semula kerusi yang pernah ditandingi sebelum mencapai kompromi dengan sekutunya sama ada PKR atau DAP. Banyak kerusi yang diserahkan kepada PKR. Contohnya di Pulau Pinang, mungkin Pas boleh mengambil semula kerusi Parlimen Permatang Pauh serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah menjadi kubu kuat parti itu.

Menyelak kembali prestasi Pas, Permatang Pauh pernah menjadi kubu kuat parti itu sebelum ditawan oleh UMNO melalui calon BN, Anwar Ibrahim. Pas mempunyai kekuatan tersendiri di Permatang Pauh. Begitu juga kerusi lain yang terlepas kepada PKR. Tidak dapat dinafikan, sesetengah kerusi PKR yang dimenangi parti itu juga bergantung harapan kepada sokongan pengundi-pengundi setia Pas. Bagi Pas, kehadiran Amanah pada ketika ini bukan satu cabaran besar kepada parti itu.

HARAPAN BAJET RAKYAT 

BAGAIMANA Bajet 2016 boleh membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi? Satu kajian menunjukkan 79 peratus mencadangkan pengurangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diikuti 68 peratus tumpuan kepada kawalan harga lebih ketat dan 51 peratus mahu lebih banyak subsidi.

Turut mendapat perhatian ialah 41 peratus mencadangkan penurunan kadar tol; 31 peratus meningkatkan gaji minimum; 23 peratus perbanyakkan bantuan untuk golongan kurang berkemampuan dan 6 peratus lebih banyak pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Apakah langkah yang bakal diumumkan oleh Najib dalam pembentangan bajet Jumaat ini?

Setakat ini cadangan untuk menurunkan kadar tol tidak menjadi kenyataan selepas 12 lebuh raya di Lembah Klang mengenakan kadar baharu mulai Khamis lalu. Beberapa lebuh raya di Pulau Pinang dan Johor turut mengambil tindakan yang sama. Jika kadar baharu itu ditarik balik, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Pampasan itu juga datang daripada wang rakyat yang tidak semuanya pengguna lebuh raya bertol. Wang pampasan itu sepatutnya diagihkan kepada keperluan lain termasuklah BR1M. Berkaitan subsidi, rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan dengan pengurangan subsidi bahan api dan gula. Kita harus bersedia untuk menerima pengurangan subsidi ini kecuali dalam hal berkaitan pendidikan dan kesihatan.

Program subsidi menjadi tidak efektif dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukannya atau yang kurang bernasib baik. Subsidi akhirnya turut dinikmati golongan kaya, warga asing dan perniagaan besar.

Di samping membantu golongan kurang berkemampuan, bajet kali ini diharap dapat memberi perhatian terhadap usaha mengurangkang kos sara hidup rakyat. Kawalan harga barang dan perkhidmatan perlu dilakukan dengan lebih baik. Kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam juga perlu dipertingkatkan jika mahu membantu rakyat mengurangkan kos harian mereka. Diharapkan Bajet 2016 melegakan rakyat di setiap peringkat. - www.utusan.com.my

Singapura ada agen perangkap suami hidung belang

Posted: 21 Oct 2015 12:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dengan upah sebanyak SGD $5,000 (RM15,400), wanita kaya di Singapura boleh mengupah wanita lain untuk memerangkap suami yang disyaki curang menerusi perkhidmatan agen.

Objektif utama adalah untuk menghapuskan hubungan sulit yang bakal merosakkan rumahtangga.

Permintaan untuk perkhidmatan ini banyak digunakan oleh golongan wanita, namun ia juga turut diguna pakai oleh lelaki.

Menurut laporan The New Paper, perkhidmatan sedemikian digelar sebagai 'penjerat wanita.'

Pakar Runding Penyiasatan Persendirian DP Quest David Ng mendedahkan, mereka mempunyai skim yang menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan.

"Ini bukan perkhidmatan yang diiklankan. Permintaan itu mesti datang dari pelanggan. Mereka biasanya tahu apa mereka mahu. Mereka akan menghantar profil penjerat kekasih yang dikehendaki, khusus dengan kriteria yang disukai oleh pasangan," katanya.

Taktik mengumpan juga bergantung kepada corak perhubungan, ada sesetengah pelanggan mengkehendaki penjerat kekasih menggoda pihak ketiga.

Kedua-dua kaedah yang digunakan tidak akan diketahui oleh pasangan yang hendak diperangkap.
'Kekasih' dari China

Kebanyakan penjerat kekasih datang dari negara asing seperti China, Bangladesh dan Timur Eropah yang menggunakan visa dan tidak layak bekerja.

Dan kesempatan ini diguna oleh agensi yang tidak mahu didakwa menyediakan perkhidmatan sedemikian.
"Apabila ditanya, agensi berkenaan akan menafikan terbabit dalam aktiviti tetapi tidak menolak untuk menyatakan yang mereka tahu mengenai perkhidmatan berkenaan," katanya.

Untuk penjerat kekasih yang mempunyai latar belakang perisikan, harga mereka biasanya lebih mahal.
Bagaimanapun, tidak semua yang dirancang biasanya akan berjaya. Perkhidmatan penjerat kekasih juga mempunyai banyak kelemahan.

Biarpun harganya mahal, penjerat kekasih yang diupah tidak semestinya mampu menyelesaikan masalah dan boleh melakukan tugas mereka.

Bukan itu saja, tidak semua agensi penyiasatan menawarkan perkhidmatan ini dan ia juga tidak sah kerana agensi asing terbabit tidak mempunyai lesen untuk menjadi penyiasat atau menguruskan operasi siasatan selain melanggar undang-undang permit bekerja.

Agensi yang menawarkan perkhidmatan juga ada dikatakan terbabit dalam penipuan - apabila sebenarnya - mereka yang mengupah wanita berkenaan untuk menjadi perempuan simpanan.

Pakar anggap sia-sia

Walau apa pun modus operandi perkhidmatan penjerat kekasih terbabit, tumpuan utama adalah kepada wanita kaya yang tidak mempunyai pilihan tetapi mahu menyelamatkan perkahwinan mereka.

Hakikatnya, mengupah penjerat kekasih untuk menyelamatkan perkahwinan mempunyai lebih banyak kesan negatif.

Menurut Ketua Reach Counselling yang juga kaunselor perkahwinan Chang Goh Song Eng, perkara itu dianggap sia-sia.

"Ia menipu dan penipuan itu akan kekal dalam perkahwinan," katanya.

Namun, Chang akui perkhidmatan sedemikian mungkin berkesan bagi sesetengah pihak.

"Kaedah itu mungkin kelihatan perlu dan jika mereka ada cara lain sudah tentu ia akan diguna pakai.

"Ia mudah saja, hal ini adalah cubaan terdesak untuk menyelamatkan perkahwinan," katanya.


Jerebu semakin buruk, 30 kawasan IPU tidak sihat

Posted: 21 Oct 2015 12:07 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Keadaan jerebu di seluruh negara semakin buruk pagi ini, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 30 kawasan disenaraikan sebagai "tidak sihat".

Pada jam 7 pagi ini, bacaan IPU di Shah Alam mencatatkan 211, yang dikategorikan sebagai "sangat tidak sihat".

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan sekolah di kawasan di mana kualiti udara berada dalam kategori tidak sihat supaya ditutup hari ini.

Pada jam 10 malam tadi, Kangar, Perai dan Kuching adalah antara 29 kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Para pakar telah berkata bahawa kebakaran hutan di Indonesia yang menyebabkan jerebu itu tidak mungkin dapat dipadamkan sehingga tahun depan.


 
 

Tony Pua: Tweet rasis kononnya dari saya adalah palsu

Posted: 21 Oct 2015 12:02 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengecam imej satu tweet rasis, kononnya daripadanya, yang telah tersebar di WhatsApp semalam.

"Imej satu tweet rasis palsu yang kononnya dibuat oleh saya yang beredar secara meluas melalui Whatsapp adalah kerja amatur samseng," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Imej itu, katanya, diedarkan terutamanya di kalangan masyarakat India.

Imej tweet dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: "The Indians really behave like thugs and act like pariah! I will not be threathen by them!"


Pua berkata, dia tidak pernah menggunakan perkataan 'pariah' untuk menggambarkan sesiapa pun dan beliau tidak percaya orang India berkelakuan seperti samseng.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak akan tersalah mengeja perkataan "threaten" dan ia adalah satu kesilapan tatabahasa yang ketara, kerana is seharusnya dieja "threatened".

Satu lagi petanda yang jelas bahawa imej itu palsu ialah 'time stamps' telah dibuang dari tweet itu, katanya.
Samseng sebenarnya, kata Pua, adalah mereka - tanpa mengira kaum - yang memalsukan tweet itu dan kemudian mengedarnya.

Imej tweet itu, tambahnya, jelas dibuat untuk "membakar sentimen perkauman" terhadapnya.

"Saya tidak tahu siapa yang mereka dan menyebarkan imej di atas untuk memfitnah saya.

"Bagaimanapun, ia tidak akan dalam apa jua cara pun menghalang saya daripada menjalankan tugas saya untuk berkhidmat kepada pengundi saya dan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan, tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.

Pemimpin BERSIH Sabah didakwa anjur himpunan haram

Posted: 20 Oct 2015 11:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) Sabah, Jannie Lasimbang hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu Sabah mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA).

Dia yang ditemani beberapa pengikut hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira jam 8.30 pagi tadi untuk mendengar pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau didakwa gagal memberikan notis wajib 10 hari sebelum perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 29 Ogos dan 30.

Jannie, 53, dituduh menerusi dua pertuduhan utama dan dua pertuduhan pilihan, masing-masing mengikut Seksen 10 (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 15 (3) akta yang sama.

Kedua-dua pertuduhan boleh dihukum RM10,000 jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam satu kenyataan media hari ini, BERSIH berkata Jannie adalah individu pertama yang didakwa di bawah akta itu selepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa keperluan memberikan notis 10 hari mengikut Seksyen 9 (5) adalah sah.

"BERSIH menyifatkan pendakwaan terpilih ke atas Jannie dan barangkali beberapa aktivis lagi adalah sebahagian daripada usaha untuk terus menakut-nakutkan orang ramai daripada menyatakan bantahan salah laku pihak berwajib.

"BERSIH turut melihat pendakwaan ini sebagai satu lagi serangan ke atas hak membantah, dan rakyat Malaysia yang telah menyatakan sokongan mereka terhadap hak membantah melalui perhimpunan BERSIH 4 akan terus berjuang menegakkan hak membantah," petik kenyataan itu.

Menurut NGO pemantau pilihan raya itu, Jannie juga sudah disoal siasat oleh polis selepas perhimpunan BERSIH 4 berakhir, bersama-sama dengan penganjur lain, sukarelawan dan mereka yang berucap.

Dewan Rakyat bincang usul jerebu petang ini

Posted: 20 Oct 2015 11:55 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk membincangkan situasi jerebu yang melanda negara pada petang ini.

Usul yang dibawa oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee setelah berpuas hati bahawa usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 3(b) yang perbahasannya bermula pukul 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

"Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit," katanya.

Hee dalam usulnya berkata usul itu perlu dibincangkan memandangkan masalah jerebui telah berlarutan tanpa penyelesaian sejak sekian lama serta menjejaskan pelbagai pihak di negara ini termasuk penangguhan sesi persekolahan.

"Dewan perlu bahas permasalahan jerebu dan cari cara terbaik untuk menangani jerebu rentas sempadan ini," katanya.- Bernama


BERSIH 4: Polis belum ambil keterangan Dr Mahathir

Posted: 20 Oct 2015 11:54 PM PDT

Alyaa Azhar  





Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya tiada keperluan untuk pasukan itu mendapatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tergesa-gesa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM akan mengatur pertemuan dengan bekas perdana menteri itu selepas ini.

"Tidak, polis tidak akan tergesa-gesa (mengambil keterangan Dr Mahathir)," katanya.

Khalid ditemui di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Polis sepatutnya merakam keterangan Dr Mahathir ekoran kehadiran beliau dalam himpunan BERSIH 4 pada akhir Ogos lalu.

Bulan lalu Khalid memberitahu Dr Mahathir disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Acara Jenayah.

Katanya, polis mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenyataan Dr Mahathir - antara lain mendakwa pemimpin Umno mengambil rasuah.

Bulan lalu juga Khalid mendakwa keterangan Dr Mahathir akan diambil "tidak lama lagi".


Menteri akui Najib terima dana bagi program politik

Posted: 20 Oct 2015 11:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulisnya mengakui sebagai ahli parlimen Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada menerima dana untuk aktiviti politik di kawasan beliau.

"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, Perdana Menteri ada menerima dana untuk aktiviti politik di kawasan beliau yang telah disalurkan untuk program politik, aktiviti sosial dan kemasyarakatan penduduk tempatan," katanya.

Justeru menurut Azalina, adalah tidak wajar bagi Najib memberi seberang jawapan buat masa ini kerana perkara itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang meminta Najib menyatakan sama ada SRC International, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan melalui Ihsan Perdana menderma RM42 juta kepada perdana menteri.

Selain SRC, wakil rakyat DAP itu juga ingin mengetahui sama ada terdapat GLC lain yang pernah menderma duit kepada Najib dan jika ada beliau ingin mengetahui jumlahnya.

Azalina bentang usul gantung keahlian Kit Siang

Posted: 20 Oct 2015 11:21 PM PDT

Kow Gah Chie


 



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said akan membentangkan usul supaya menggantung keahlian Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dari Dewan Rakyat kerana menghina speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Saya akan bentangkan, tunggu usul itu difailkan sebelah petang," katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Usul itu sudah siap dan telah ditandatangani," kata menteri itu yang bertanggung-jawab menyelia hal ehwal Parlimen.

Semalam, Pandikar mengarahkan pemimpin veteran DAP itu untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf atau menghadapi risiko tindakan lanjut.

Isnin lalu, Lim mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasanya dengan membekukan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama tiga bulan dalam usaha untuk mensabotaj siasatan kes 1MDB.

Pas dan Perkasa tidak akan bersama

Posted: 20 Oct 2015 11:17 PM PDT

Kamarul Zaman Yusoff
Kamarul Zaman Yusoff


KOTA BHARU – Desas desus mengatakan Pas dan Perkasa akan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang adalah tidak berasas,kata Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Menurutnya, 14 Oktober lalu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah memaklumkan hasrat beliau kepada rakan-rakan untuk menyusun Barisan Bebas Bersatu bagi menandingi semua kawasan pilihan raya di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak melihat pertemuan di antara pemimpin Pas dan Perkasa 13 Oktober lalu akan membawa kepada apa-apa kerjasama politik pilihan raya di antara mereka,"katanya kepada Sinar Harian disini.

Menurutnya, hasil pertemuan tersebut hanya menemukan satu persetujuan berkenaan dengan tiga perkara membabitkan kepentingan rakyat jelata dan ia cukup spesifik.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, malah pendapat yang mengatakan bahawa lebih elok supaya Pas menjalinkan kerjasama politik dengan Umno berbanding dengan Perkasa adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.

"Bagaimanapun, jika berlaku, perkara ini dijangka tidak akan terjadi dalam waktu terdekat kerana faktor pertimbangan politik dan proses pembuatan keputusan dalam Pas sendiri.

"Pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi, berbagai-bagai perkembangan yang boleh berlaku antara sekarang hingga ke tarikh itu, jadi adalah lebih bijak untuk Pas tidak memberikan komitmen kepada mana-mana pihak sehingga suasana politik jadi lebih jelas,"katanya.

Kamarul berkata, tambahan pula, perkembangan di dalam Umno sendiri menunjukkan terdapat keadaan kurang menentu dan perpecahan dalam tampuk kepimpinan parti, jadi adalah tidak munasabah bagi Umno untuk membuat apa-apa jalinan politik sebelum masalah dalamannya selesai.

"Selain itu, apa-apa jalinan kerjasama politik pilihan raya antara Pas dan parti lain juga perlu diputuskan kesesuaiannya mengikut hukum syarak oleh Majlis Syura Ulama' Pas, dan jika dikehendaki oleh Muktamar Pas. Malah ia mengambil masa.

 "Oleh itu, saya tidak melihat betapa kerjasama politik pilihan raya antara Pas dan Perkasa atau antara Pas dan Umno akan terhasil dalam waktu terdekat ini. Adalah lebih bijaksana Pas mengambil masa untuk membuat pertimbangan dan terus membuka pilihan kerjasamanya dengan mana-mana pihak sekalipun, supaya apa-apa keputusan yang diambil akan benar-benar memberi manfaat kepadanya,"katanya.


Penyanyi ditahan miliki pistol

Posted: 20 Oct 2015 11:15 PM PDT

Penyanyi ditahan miliki senjata
Pistol yang dirampas.


KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi bagi kumpulan popular tahun 90-an ditahan kerana dipercayai memiliki pistol angin di Kampung Chubadak, Sentul, awal pagi tadi.

Lelaki yang berusia 46 tahun itu di tahan selepas unit cawangan pencegahan jenayah menemui kenderaan jenis Proton Gen 2 yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Sentul, R Munusamy berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1.45 pagi tadi.

"Pemeriksaan menemui sepucuk pistol angin berwarna hitam jenis Walther CP99," katanya.

Menurutnya, pistol tersebut ditemui di atas tempat duduk pemandu di bahagian kiri.

"Suspek mengaku pistol itu adalah miliknya," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes dadah pada 2004.

Suspek yang juga peserta sebuah rancangan realiti kini ditahan untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Pas akan letak calon DHPP lawan DAP

Posted: 20 Oct 2015 11:13 PM PDT

Pas akan letak calon DHPP lawan DAP
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (depan, kanan) sedang menyaksikan persembahan pentas sempena sambutan 25 tahun Membangun Bersama Islam peringkat negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR


KOTA BHARU - Pas telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding menentang  DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini ada beberapa calon yang berpotensi bagaimanapun perkara tersebut belum dibincangkan lagi memandangkan ia masih terlalu awal.

"Kita akan bertanding dan mungkin kerusi DAP pun yang kita rasa potensi kita akan letakkan calon DHPP," katanya kepada media malam tadi sempena sambutan 25 tahun Membangun Bersama Islam peringkat negeri Kelantan.

Detik bersejarah sambutan Jubli Perak Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di hadapan ribuan hadirin.

Termasuk bertanding di Pulau Pinang, Mohd Amar berkata, Pas kini sedang meneliti dan mengumpulkan maklumat untuk meletakkan calon DHPP di mana-mana sahaja kawasan berpotensi mendapat kerusi.

Yakin dapat menambah kerusi pada PRU14 nanti, Mohd Amar berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi dan ia juga bergantung pada maklum balas yang diterima sebelum diputuskan Jabatan Pilihan Raya nanti.

"Kita tengok lah macam mana sebab itu masa panjang lagi kita tengah buat pemerhatian," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai formula DAP, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan menegaskan parti itu tidak berhak untuk campur tangan dalam soal pembahagian kerusi.

"Kita tidak terikat dengan DAP, kita  akan buat keputusan kita sendiri kalau ada pun dengan PKR sahaja atau mungkin ada parti lain selepas ini.

"Kalau ikut tempoh normal pilihan raya, dalam tempoh dua tahun lagi. Mungkin dalam tempoh dua tahun ini akan ada persefahaman kita dengan parti lain mungkin masa itu ada perbincangan tentang kerusi," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Amar  menyifatkan itu adalah satu perkara yang serius dan memerlukan persediaan yang rapi.

Mengenai pendirian Pas dalam soal itu juga masih belum jelas kerana pihaknya tidak mengetahui apa sebenarnya persediaan dilakukan terhadap usul berkenaan.

"Sebab usul undi tidak percaya ini adalah satu usul yang serius dan besar,  kena ada persediaan yang baik, kena ada sokongan yang cukup. Kalau nak pergi dengan bodoh begitu memang tidak boleh," katanya.

Bajet 2016: Pemuda Umno nanti berita baik

Posted: 20 Oct 2015 11:10 PM PDT

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin


SHAH ALAM - Pemuda Umno menantikan berita baik dalam pembentangan Bajet 2016 yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu kos sara hidup menjadi kebimbangan utama golongan anak muda di Negara termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang terus menekan.

"Harap pembentangan Belanjawan 2016 pada hari Jumaat ini membawa berita baik kepada golongan muda. Isu kos sara hidup masih mendahului kebimbangan anak muda di mana sahaja.

"Begitu juga soal peluang pekerjaan, pemilikan rumah, latihan kemahiran dan pembangunan usahawan. GST sudah pasti memberi tekanan kepada golongan muda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Najib dilaporkan mengesahkan akan membentangkan hasil kutipan GST dalam Bajet 2016 kali ini.

Sementara, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut berharap kerajaan memansuhkan GST yang dikenakan ke atas kad tambah nilai.

"Harapan besar kerajaan kekalkan pengecualian GST ke atas beberapa barang-barang perlu.

"Pemuda Umno minta kerajaan mansuhkan pembayaran GST untuk tambah nilai. Isu ini masih belum selesai lagi. Adalah lebih baik isu tambah nilai diselesaikan tanpa perlu dibayar GST," katanya.

Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti

Posted: 20 Oct 2015 07:14 PM PDT

Nur Alya Mohamed, Astro Awan
 
DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.

Deman kepialu mengancam nyawa jika dibiarkan

Tiada ulasan: