Jumaat, 2 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ALAMAK....NAK LEMPANG PULAKK!!

Posted: 02 Oct 2015 06:14 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
 
Semalam Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran  "mahu melempang" kepada orang-orang Cina yang cuba mengadu masalah mereka kepada pihak luar.

Saya nak beri amaran kepada Cina-Cina di Malaysia, jangan bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang melindungi mereka, katanya.

Nak kena lempang macam tu, tambahnya sambil ketawa kecil.

Dalam masa yang sama, Tajuddin juga meminta orang Cina di negara ini agar berhenti daripada berangan bahawa ada pihak luar yang akan membela mereka.

Menurut beliau, kedatangan Duta Besar China, Huang Huikang ke Jalan Petaling baru-baru ini adalah untuk memberi mesej mengenai keselamatan kepada rakyat negaranya yang melancong ke Malaysia dan bukannya untuk membela orang-orang Cina di sini.

Sebagai timbalan menteri, berucap pula di depan khalayak yang berbagai serta dihadiri oleh media, tindakan Tajuddin menyelitkan unsur-unsur politik dalam majlis yang berkaitan bidang tugasnya tidaklah menjadi apa-apa kesalahan, tetapi menggunakan perkataan kasar seperti "lempang" adalah tidak wajar sama sekali, walaupun dalam nada yang bergurau

Apakah tidak boleh peringatan itu disampaikan dalam bentuk ucapan biasa saja tanpa menyebut perkataan "lempang" dan sebagainya?

Dan bak kata orang Perak pula, dah kuat bebenor ke berbanding orang Cina...

Imej kerajaan tentunya akan bertambah buruk dengan perbuatan Tajuddin ini serta menggambarkan seolah-olah pemimpin yang seharusnya menunjukkan contoh teladan lebih baik serta menjadi ikutan rakyat, gagal mempamerkan wibawa sebenar apabila berdepan dengan situasi yang mengganggu emosi.

Kalau dalam ucapan pun boleh begitu, bagaimanakah pula bila berdepan dengan pihak yang tidak sebulu dengannya di meja mesyuarat atau perundingan?

Apakah mungkin akan berlaku fail melayang atau kerusi berterbangan?

Tetapi barangkali sebelum amaran "mahu melempang" itu berulang lagi atau kejadian lempang benar-benar menjadi kenyataan nanti sebagaimana dikhabarkan turut pernah berlaku sebelum ini kepada seseorang yang sudah menjadi ketua sebuah kerajaan negeri sekarang ini, Perdana Menteri Najib Razak perlu menjadikan Tajuddin menteri penuh dengan seberapa segera.

Lagi pula Tajuddin bukan saja lebih senior dalam politik berbanding bossnya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Shabery Cheek, malah turut lebih dulu "makan garam" berbanding Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir.

Ahhh...beri atau janjikanlah mana satu untuk Tajuddin!!

NGO wanita tolak kenyataan Rosmah di luar negara

Posted: 02 Oct 2015 05:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan-kumpulan wanita hari ini menolak kenyataan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku.

"Malangnya perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku lebih kerap daripada yang digambarkan," kata Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG).

"Perkahwinan kanak-kanak sudah pasti bukan jarang-jarang berlaku di Malaysia, seperti disebut Rosmah."

Memetik timbalan meneri wanita, keluarga dan masyarakat Heng Seai Kie pada 2010, JAG berkata kira-kira 16,000 wanita bawah 15 tahun berkahwin pada tahun itu.

Empat tahun selepas itu, kata JAG, keadaan di Malaysia mencetuskan kebimbangan antarabangsa, apabila laporan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) 2014 merekodkan lebih 15,000 kanak-kanak Malaysia berkahwin sebelum umur 19.

Di Malaysia Timur, kata JAG, perkahwinan masih berlaku ketika kemiskinan lebih tinggi dan pembangunan tidak sampai ke kawasan pedalaman.

Berhubung resolusi bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak oleh Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), JAG berkata Malaysia patut menggiatkan usaha menamatkannya.

JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women's Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER).

Bernama kelmarin melaporkan Rosmah berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah.

Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.

Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.

Salah seorang bayi kembar Erin meninggal dunia

Posted: 02 Oct 2015 05:51 AM PDT

Salah seorang bayi kembar Erin meninggal dunia
Foto yang dimuatnaik di laman Instagram Erin Malek.
 

PELAKON Erin Malek selamat melahirkan anak lelaki pertama semalam dan turut mengumumkan seorang lagi anak kembarnya telah meninggal dunia semasa kandungannya mencecah usia 16 minggu kehamilan.

Erin yang sebelum ini dilaporkan mengandung anak kembar mengesahkan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya yang memaparkan foto dia memegang bayinya sambil diperhatikan suaminya.

"Alhamdulillah, ia adalah detik yang tidak boleh dilupakan untuk saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan dan mengucapkan selamat datang kepada putera kecil kami, Mohamed Faliq bin Mohamed Farriz," tulisnya.

Erin turut memberitahu, kembar kepada bayinya itu meninggal dunia pada usia 16 minggu kandungan.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kembar bayi saya meninggal dunia pada usia 16 minggu kandungan kerana jantungnya berhenti berdegup akibat cecair berlebihan di dalam perut sehingga menyebabkan seluruh badannya bengkak.

"Bagaimanapun, atas nasihat doktor, saya masih boleh meneruskan kandungan itu melalui kehamilan 9 bulan tanpa menjejaskan kembarnya yang lagi satu," katanya.

Tambahnya lagi, perasaannya bercampur baur menghadapi perkara tersebut dan apabila melihat anak lelakinya itu, dia pasti mengingatkannya kepada kembar bayinya itu.

Bagaimanapun, pasangan tersebut percaya ALLAH mempunyai perancangan yang lebih baik untuk mereka dan kedua bayinya itu.

"Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh peminat yang memberikan  sokongan penuh dan doa," ujarnya.


RoS lulus penubuhan Amanah semalam

Posted: 02 Oct 2015 05:30 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015. 
Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah) diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah). 
 
Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan itu diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas.

"Kelulusan yang diberikan ini antara lain merangkumi pindaan nama pertubuhan tersebut daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia kepada Amanah, pertukaran alamat daftarnya serta pindaan perlembagaannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata melalui kongres luar biasa itu parti berkenaan melantik jawatankuasa baharu iaitu Mohamad Sabu sebagai pengerusi dan Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi. Ahli jawatankuasa lain ialah Mujahid Yusuf (naib pengerusi 1), Hasanuddin Mohd Yunus (naib pengerusi 2), Mohd Anuar Mohd Tahir (setiausaha agung), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (penolong setiausaha), Asmuni Awi (bendahari agung) dan Suhaizan Kaiat (setiausaha organisasi).

Razin berkata parti itu turut melantik 13 ahli jawatankuasa lain dan 2 juruaudit.

Pada 31 Ogos lepas, Mohamad yang merupakan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pembentukan Amanah, yang merupakan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik GHB.

Bagaimanapun, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Amanah selagi pertukaran nama belum diluluskan.

GHB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas. – Bernama
 
 

Mufti Perlis sokong P. Pinang larang pembesar suara

Posted: 02 Oct 2015 05:18 AM PDT

 
Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta kepada Islam sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.


dr-asri,pembesar-suara


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong cadangan Jawatankuasa Mufti Pulau Pinang untuk melarang pembesar suara di luar masjid dan surau di negeri itu kecuali untuk azan dan iqamah.

Katanya, menurut syariat Islam, hanya azan yang boleh diangkat suara (kuat) dan selain daripada itu tiada nas yang menyuruh orang Islam menguatkan suara bagi menjaga ketenteraman orang lain.

"Bahkan perbuatan mengganggu orang lain dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak," katanya yang membuat penjelasan itu di Facebooknya.

Katanya, walaupun bacaan al-Quran dan zikir amat baik namun tidak boleh paksa orang lain mendengar bacaan itu.

"Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat (tidak boleh solat) seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain," jelasnya.

Asri berkata, ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara kerana menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam.

"Ini menyebabkan mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih daripada lima minit," katanya.

Katanya, Islam pun tidak membenarkan mengangkat suara bacaan ketika solat kerana bimbang mengganggu tumpuan orang lain yang sedang beribadat atau menyakitkan mereka.

"Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi orang lain, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya,"katanya.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid.

Katanya, larangan itu bukan kerana isu politik semata-mata tetapi arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni kerana suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta kepada Islam sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.

Pemimpin Pas cedera ditampar ketika dialog

Posted: 02 Oct 2015 05:17 AM PDT

 
Abdul Fatah ditampar ekoran perselisihan dalam perkara-perkara tertentu melibatkan parti


Abdul-Fatah-Haron_polis_slap_600


PETALING JAYA: Yang Dipertua Pas kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron mengalami kecederaan di muka selepas ditampar ahli parti itu.

Kejadian berlaku dalam satu Majlis Dialog Pas di Kampung Banggol Kulim, Pasir Mas, Kelantan kira-kira jam 9.30 malam Khamis.

Berita Harian Online melaporkan, bekas ahli Parlimen Rantau Panjang itu ditampar lelaki terbabit ekoran berselisih faham dalam perkara–perkara tertentu melibatkan parti.

Lelaki berkenaan telah meluru ke arah mangsa dan terus menamparnya sebelum sesi dialog bermula.

Insiden yang berlaku itu telah menjadi viral selepas Abdul Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang cedera.

Kejadian yang berlaku itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim.


Perarakan Gospel juga patut dilarang -ISMA

Posted: 02 Oct 2015 05:11 AM PDT

 
ISMA berpendirian larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah bercanggah dengan hak kebebasan beragama.


Presiden-ISMA,-Abdullah-Zaik-Abdul-Rahman


PETALING JAYA: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menentang cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk mewartakan larangan pembesar suara di luar masjid dan surau di Pulau Pinang kerana tindakan itu bercanggah dengan kebebasan hak beragama yang diamalkan di negara ini.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, sekiranya cadangan itu diwarta dan dikuasakan, Kerajaan Pulau Pinang juga perlu mengambil tindakan sama dengan mewartakan larangan perarakan Gospel.

"Tindakan kerajaan Pulau Pinang tidak selari dengan dasar liberal yang mana pihak berkuasa tidak boleh ,mengambil apa-apa tindakan penguatkuassaan terhadap amalan mana-mana agama.

"Kalau nak wartakan, wartakan juga larangan Perarakan Gospel dan lain-lain yang mengganggu keselesaan orang ramai," katanya kepada FMT.

Kerajaan Pulau Pinang akan mewartakan keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk laungan azan dan iqamah dalam jangka masa terdekat selepas mendapat perkenaan Yang Dipertuan Agong.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyokong cadangan Kerajaan Pulau Pinang itu kerana mengikut syariat Islam hanya azan yang boleh dilaungkan tambah lagi Islam amat menitikberatkan ketenteraman orang lain.

Nik Aziz ketika hidup sokong larangan pembesar suara

Posted: 02 Oct 2015 05:08 AM PDT

 
Pas menyokong larangan itu kerana Pulau Pinang mempunyai masyarakat bukan Islam yang ramai berbanding negeri lain.


nik-abduh,nik-aziz,pembesar-suara


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika hayatnya menyokong larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, Islam tidak suka mengganggu ketenteraman orang lain apatah lagi Pulau Pinang yang mempunyai ramai masyarakat bukan Islam berbanding negeri lain.

Malah, katanya, aduan tidak puas hati mengenai pembesar suara pernah dibuat oleh bukan Islam di negeri itu.

"Di Pulau Pinang ada masyarakat bukan Islam yang ramai, mereka merungut. Maka dari sudut siasah syariah adalah betul kita melarang pihak masjid daripada buat perkara yang tidak disuruh oleh nabi.

"Islam tak suka menganggu masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Selamatkan Al-Aqsa di Masjid Jamek di ibu negara pada Jumaat.

Sehubungan itu, Nik Abduh berkata, Pas tidak mempunyai masalah dengan larangan itu malah menyokongnya.


PKR belum terima undangan H60K anjuran PAS

Posted: 02 Oct 2015 05:05 AM PDT

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic


SHAH ALAM: PKR belum terima apa-apa undangan daripada PAS untuk menyertai Himpunan 60 Ribu (H60K), demikian kata Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali.

Kita (PKR) belum pasti setiausaha agung (Rafizi Ramli) sudah terima atau tidak jemputan (daripada PAS). Kita akan bincang dalam mesyuarat yang akan datang.

Ia ekoran PKR Kelantan pada Rabu yang bersedia untuk menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) atau baju hijau jika matlamat penganjurannya membawa kebaikan kepada masyarakat.

Perkara itu dinyatakan pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir.

Azmin berkata, segala undangan kepada PKR harus datang kepada setiausaha agung parti, Rafizi.

Sekiranya ada sebarang jemputan, Azmin berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat rasmi parti minggu depan.

"Biasanya (undangan PAS) akan berurusan dengan setiausaha agung dan kita akan bincang dalam mesyuarat parti yang akan datang.

Azmin berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Menara Top Glove, selepas mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Sebelum ini PAS menerusi Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhasrat untuk menjemput DAP untuk menyertai majlis himpunan berkenaan pada 17 Oktober depan

DAP tak perlu akur gesaan MCA, Gerakan mohon maaf atas dakwaan cetus perkauman - Syefura

Posted: 02 Oct 2015 05:04 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar

 
Post Pic


SHAH ALAM: Aktivis DAP, Syefura Othmen berpendapat parti itu tidak perlu akur dengan gesaan MCA dan Gerakan yang mahu DAP bertaubat dan memohon maaf selepas didakwa menjadi dalang kepada isu perkauman di negara ini.

"Mereka asyik menyalahkan DAP kononnya sering melaga-lagakan antara satu sama lain. Jika begitu, mengapa apa yang dibawa Umno mereka (MCA dan Gerakan) tidak bersuara?" soalnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Syefura berkata demikian mengulas gesaan MCA dan Gerakan yang meminta DAP bertaubat dan memohon maaf kerana menjadi punca tercetusnya api perkauman semasa Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng, kelancaran Himpunan Bersih 4.0 'dirampas' sepenuhnya oleh DAP dengan berniat buruk untuk mencapai agenda politik mereka melalui kuasa demonstrasi jalanan.

Tambahnya lagi, ia semakin buruk dengan tindakan peserta himpunan memijak gambar pemimpin-pemimpin Melayu seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta membuat istiadat yang menyinggung perasaan dan emosi kaum Melayu.

Syefura bagaimanapun berkata, perbuatan sesetengah pihak itu tidak boleh disifatkan sebagai tindakan keseluruhan yang mewakili DAP.

"Saya tidak setuju dengan tuduhan perkauman itu. Namun saya juga tidak bersetuju dengan apa juga cara atau tindakan yang dilakukan oleh sesiapa pun yang memijak gambar Najib, Anwar atau Hadi. Pada saya, tindakan itu adalah individu dan tidak boleh salahkan semua orang," ujarnya lagi.

MBI serah surat tuntutan kepada Utusan, NST, TV3

Posted: 02 Oct 2015 05:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan firma pelaburan negeri Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd menuntut tiga syarikat berkaitan Umno memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel yang dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi mereka.
 
MBI mengemukakan surat tuntutan pada 25 September kepada syarikat penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit Utusan Melayu (M) Berhad dan The New Straits Times Press (M) Berhad, yang masing-masing menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan The New Straits Times (NST).
 
"MBI menuntut penarikan balik secara penuh dan tidak berbelah serta terbuka tuduhan yang merosakkan itu dan permohonan maaf secara terbuka yang sewajarnya, untuk disiarkan mengikut terma yang diluluskan MBI dalam masa tujuh hari dari tarikh surat tuntutan.
 
"Jika gagal berbuat demikian, MBI akan memulakan prosiding undang-undang tanpa sebarang notis," kata MBI dalam satu kenyataan hari ini.
 
Artikel tersebut pertama kali diterbitkan NST pada 21 Ogos di bawah tajuk "Why No State Officials in DEIG? (Mengapa Tiada Pegawai Negeri di DEIG?)", diikuti oleh artikel "Aset RM30B Boleh Lebur Bila-bila Masa" di Utusan pada 22 Ogos.
 
Pada 2 September, TV3 menyiarkan rancangan bual bicara secara langsung mengenai DEIG bertajuk "Soal Jawab: Skandal RM30 bilion DEIG". 


Penganjur perhimpunan perlu bagi notis 10 hari

Posted: 01 Oct 2015 10:04 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penganjur yang gagal memberikan notis 10 hari kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan kini boleh didakwa dan dihukum di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan mendenda R. Yuneswaran RM6,000 kerana melanggar Akta Perhimpunan Awam apabila dia gagal memberikan notis 10 hari bagi perhimpunan diadakan pada 2013.

Yuneswaran didakwa terbabit menganjurkan perhimpunan disebut sebagai "Black 505 rally" oleh PKR pada 5 Mei 2013.

"Kami amat berpuas hati bahawa terdapat cukup bukti untuk menyokong pendakwaan responden," kata Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel tiga hakim ketika menyatakan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman sebagai tidak melanggar perlembagaan.

Najib: M'sia akan terima 3,000 pelarian Syria

Posted: 01 Oct 2015 10:02 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

"Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman," katanya pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari Khamis.

Pengumuman oleh Najib berhubung kesediaan untuk menerima pelarian Syria itu disambut tepukan gemuruh audien.

Adalah dilaporkan sejak empat tahun lepas, kira-kira empat juta pelarian Syira telah melarikan diri ke negara-negara jiran dan bergelumang dalam kancah kemiskinan.

Najib berkata penyelesaian antarabangsa yang baru diperlukan bagi menangani krisis migrasi.
"Kita mesti menghormati nilai kemanusiaan bersama" dan isu berjuta-juta rakyat Syria melarikan diri dari negara mereka harus menjadi kebimbangan dan perhatian dunia.

"Hanya apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan, hanya apabila kita melihat gambar-gambar migran yang terdesak, mangsa ekstremis dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing tetapi sebagai saudara kita.

"Apabila kita melihat gambar memilukan jasad Aylan Kurdi berusia tiga tahun yang terdampar di pantai dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa itu maka kita akan bertindak untuk berbuat lebih baik.

"Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak boleh - tidak akan membiarkannya sahaja," kata Najib.

Perdana menteri turut mengulangi kekecewaan Malaysia terhadap kegagalan PBB menerima pakai resolusi menubuhkan sebuah tribunal antarabangsa untuk menyiasat insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 kerana kuasa veto dikenakan.

"Kami akan terus menuntut keadilan menerusi opsyen undang-undang lain kerana kami bertanggungjawab terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian jenayah yang kejam ini," katanya.

Pada 29 Julai lepas, Rusia menggunakan kuasa veto untuk menghalang cadangan lima negara yang dirintis Malaysia untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa sementara bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17 tahun lepas.

Resolusi tersebut mendapat 11 undi menyokong daripada Chad, Chile, Perancis,Jordan, Lithuania, Nigeria, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

China, Venezuela dan Angola, bagaimanapun, berkecuali daripada mengundi.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.
- Bernama


Tuntut kebenaran pun langgar SOSMA?

Posted: 01 Oct 2015 09:54 PM PDT

Mujahid Yusof Rawa


 


Penahanan Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan di bawah SOSMA dan sebelumnya bawah Kanun Keseksaan kerana memudaratkan proses demokrasi parlimen adalah sesuatu yang tidak perlu.

Ini memandangkan bahawa Khairuddin hanya ingin mendapat kebenaran dari kes 1MDB yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia.

Penahanan ini membawa implikasi bahawa undang-undang negara digunakan untuk menyelamatkan pemimpin yang korup dan bukan untuk menjaga kepentingan negara dan awam.

Kami berpendirian bahawa SOSMA adalah undang-undang yang memberi kuasa kepada panel penyiasat dan menafikan hak kepada mahkamah dalam menentukan merit pendakwaan dan pengadilan di mahkamah terbuka.

Lagipun SOSMA adalah bertujuan untuk memerangi keganasan yang menjejaskan keselamatan negara. Apakah menuntut kebenaran kepada skandal 1MDB satu ancaman keselamatan kepada negara?

Penahanan Khairuddin dan lain-lain kes menindas kebebasan mengkritik regim korup adalah lambang kepada negara kuku besi yang sedang terbina bawah pimpinan Najib.

Semua yang cintakan keadilan merentasi kefahaman politik harus bangkit pada penindasan ini. Umno memberi nyawa kepada pemimpin kuku besi seperti ini menguasai negara kita Malaysia tercinta.
Teruskan perjuangan menuntut hak dan tolak pemimpin kuku besi!


MUJAHID YUSOF RAWA naib presiden Parti Amanah Negara dan MP Parit Buntar.

Posted: 01 Oct 2015 09:41 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lebih ramai pihak tampil mendesak bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah keluar Umno selepas hadir dalam pertemuan pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan baru-baru ini.

"Kalau ada harga diri yang tinggi, janganlah sampai orang nak kena buang dia," kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii kepada Malaysiakini.

Beliau mengibaratkan dengan keadaan di tempat kerja yang mana seseorang pekerja harus meletakkan jawatan jika tidak lagi berminat untuk berkhidmat di tempat itu.

"Jangan buat masalah kepada orang lain sampai nak kena buang kerja, nak kena surat amaran atau macam-macam lagi," katanya.

Razlan juga berkata, berdasarkan ulasan Saifuddin jelas dia berpendapat formula Umno menyelesaikan masalah Melayu tidak seiring dengan idea "politik baru" yang diketengahkannya.

"Jadi kalau beliau percaya kepada politik baru ini boleh diterima rakyat, pergilah buka parti baru atau pergi masuk pembangkang," katanya.

Walaupun sering mengeluarkan pandangan melawan arus, tindakan Saifuddin hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kali ini membuatkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada partinya.


Kamalanathan sah akan tanding pemilihan MIC

Posted: 01 Oct 2015 09:33 PM PDT

SINAR HARIAN


P Kamalanathan
P Kamalanathan


SUNGAI PETANI - Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CRW) MIC yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berhasrat bertanding dalam pemilihan parti itu bulan depan.
  
Beliau bagaimanapun belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya, sama ada Naib Presiden atau anggota Majlis Tertinggi (MT).
  
"Saya belum buat keputusan lagi, saya sedang dapatkan nasihat daripada pemimpin tertinggi, saya ingin mendapatkan respons dan nasihat mereka, ada masa lagi untuk saya membuat keputusan.
  
"Tetapi yang pasti, saya akan bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan Presiden mahupun Timbalan Presiden, itu sudah selesai, tinggal jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT)," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Khas kepada empat Sekolah Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah di sini, malam tadi.

Hadir sama, Anggota Dewan Negara yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Senator Datuk Jaspal Singh.
  
Kamalanathan berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan pemilihan MIC kali ini dan memuji tindakan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, mewujudkan jawatankuasa tentang politik wang.
  
Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan RM250,000 kepada empat SJKT di Kedah, iaitu SJKT Ladang Buntar (RM30,000); SJKT Ladang Sungai Raya (RM50,000); SJKT Palanisamy Kumaran (RM70,000) dan SJKT Ladang Wellesley (RM100,000).

Sumbangan fasa pertama ini katanya merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), di bawah Pakej Rancangan Khas 2013 untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sekolah Tamil.
  
"Lebih 150 sekolah dikenal pasti untuk menerima bantuan penyelenggaraan ini, yang akan diberikan secara berterusan, sehingga sebelum akhir bulan ini," katanya.
  
Sementara itu, Kamalanathan berkata bagi Pakej Rancangan Khas 2012, 39 SJKT  menerima bantuan penyelenggaraan dengan 37 daripadanya diberi surat lantikan kontraktor.
  
Daripada 37 sekolah itu, 50 peratus daripada sekolah terbabit telah memulakan projek, manakala baki 50 peratus sedang dalam proses mendapatkan kelulusan merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), katanya. - Bernama


Saifuddin tak sepatutnya hadir majlis pembangkang

Posted: 01 Oct 2015 09:31 PM PDT

SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Datuk Saifuddin Abdullah tidak sepatutnya menghadiri Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0, yang diadakan untuk memuktamadkan pembentukan pakatan pembangkang yang baharu.

Katanya, walaupun Pengerusi Tribunal Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, tiada salahnya bagi mana-mana anggota parti menghadiri majlis anjuran parti lain, namun secara peribadi, beliau berpendapat perkara itu tidak harus berlaku.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ketenagakerjaan dan Transmigrasi Indonesia Hanif Dhakiri di sini, hari ini.

Lembaga Disiplin Umno dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan di bawah lembaga itu, terdapat Tribunal Disiplin yang  dipengerusikan oleh Megat Najmuddin manakala Panel Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Sabaruddin Chik.

Ahmad Zahid berkata Megat Najmuddin perlu menjelaskan kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai pendiriannya berhubung perkara itu.  

Saifuddin yang juga bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, menghadiri Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 pada 22 September lepas. 

Majlis itu turut dihadiri Presiden  PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara yang dalam proses pendaftaran, Mohamad Sabu.

Saifuddin dilapor menjelaskan kehadirannya pada program itu atas kapasiti peribadi sebagai Pengerusi Akademi Belia. - Bernama


Jerebu tidak mengenal sempadan negara

Posted: 01 Oct 2015 09:29 PM PDT

SINAR HARIAN



Jerebu
Keadaan jerebu terkini di Singapura. Bacaan IPU yang dicatatkan mencecah 250 pada tengah hari tadi. - Foto EPA


PUTRAJAYA - Diplomasi sains perlu diguna pakai untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara, kata Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Ahmad Zaidee Laidin.
  
Katanya, diplomasi sains harus digunakan kerana jerebu tidak mengenal sempadan negara dan boleh datang dan pergi menerusi tiupan angin.
  
"Menerusi diplomasi sains, setiap negara akan memikirkan tindakan yang perlu diambil setiap kali komunikasi berlaku," katanya dalam ucapan ketika majlis penutup Bengkel Saintis Muda Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengenai Keberkesanan Sains Komunikasi di Abad ke-21, di sini, semalam.‎
  
Definisi Wikipedia untuk diplomasi sains adalah penggunaan kerjasama saintifik antara negara bagi menangani masalah sama dan mewujudkan perkongsian antarabangsa yang membina.
  
Ahmad Zaidee berkata, selain jerebu, saintis juga perlu dipersiapkan untuk memainkan peranan sebagai penghubung serba boleh dan pendidik dalam isu seperti tenaga, krisis air, penyakit berjangkit seperti wabak Ebola, influenza, denggi, kemarau, banjir dan tanah runtuh.
  
Pada Rabu lalu,‎ Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, pihaknya memerlukan tiga tahun untuk mengatasi pembakaran hutan di negara itu, serta menangani masalah jerebu yang dihadapi negara jiran mereka ketika ini.
  
[ARTIKEL BERKAITAN: Indonesia perlu tiga tahun selesai masalah jerebu]

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau dalam ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) kementerian, Dr Zulkifli Mohamed Hashim berkata terdapat keperluan mendesak untuk menyebarkan maklumat kepada ramai dalam istilah biasa.
  
Bagi menjayakan idea itu, komuniti sains perlu mengasah kemahiran sains komunikasi mereka, katanya.
  
Bengkel anjuran bersama Rangkaian Saintis Muda ASM,  APEC dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu dihadiri 70 peserta tempatan dan luar negara terdiri daripada saintis muda dan pengamal media dari 10 negara anggota APEC.
  
Hasil kajian kes daripada bengkel ini akan digunakan sebagai panduan untuk membangunkan dasar sains komunikasi yang berkesan oleh ekonomi APEC.    - Bernama


Ada cubaan ganggu perlawanan Perak, JDT Ahad ini

Posted: 01 Oct 2015 09:26 PM PDT

Ada cubaan ganggu perlawanan Perak, JDT Ahad ini
Chang Keong (tengah) pada sidang media berhubung persiapan polis dan kawalan keselamatan menjelang perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Perak dan JDT, di Ipoh, Ahad ini. - Foto Sinar Harian


IPOH – Pihak polis mengesahkan menerima maklumat terdapat individu atau kumpulan tertentu yang dijangka akan menimbulkan insiden tidak diingini serta boleh menggugat perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Perak, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sebelum ini telah berlaku kekecohan pada dua perlawanan bola sepak melibatkan kedua-dua pasukan tersebut dan polis pernah membuat tangkapan serta menuduh mereka yang terbabit di mahkamah kerana melakukan kekacauan.

"Berikutan itu, semua pegawai dan anggota polis sudah bersiap sedia untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menggagalkan perlawanan tersebut sama ada sebelum, semasa atau selepas perlawanan.

"Kita memberi amaran sekiranya ada pihak yang cuba membuat kekacauan, tindakan undang-undang akan diambil dan siasatan serta pertuduhan akan dilaksanakan di mahkamah mengikut kesalahan yang dilakukan.

"Pada perlawanan kali ini, kita telah menetapkan supaya penyokong dan penonton tidak membawa barangan larangan seperti senjata berbahaya, suar, mercun dan objek yang boleh mendatangkan kecederaan kepada penonton lain.

"Selain itu, sebarang peralatan bunyian seperti dram dan gong juga tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke stadium pada perlawanan kali ini.

"Sehubungan itu, pemeriksaan rapi akan dilakukan ke atas penyokong dan penonton sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam stadium pada Ahad ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Jerebu Singapura capai tahap sangat tidak sihat

Posted: 01 Oct 2015 09:22 PM PDT

SINAR HARIAN



Singapura Jerebu
Gambar hiasan


SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura semakin merosot dan boleh mencapai tahap sangat tidak sihat tertinggi dalam tempoh 24 jam jika jerebu lebih padat ditiup ke situ, kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Menurutnya, indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam dijangka berada antara tahap tidak sihat dan tidak sihat pertengahan, dan mungkin merosot kepada sangat tidak sihat tertinggi jika jerebu lebih padat sampai ke negara itu.

Hari ini, Singapura terus dilanda jerebu yang ditiup angin tenggara ke negara itu.

Sehingga jam 7 malam tadi, bacaan PSI 24 jam adalah 154-197 iaitu tahap tidak sihat manakala bacaan PSI tiga jam pula berada pada 167.

Menurut NEA, jerebu dari Sumatra dan Kalimantan masih merebak ke sebahagian besar rantau ini.

NEA turut menasihatkan mereka yang masih sihat untuk mengelakkan aktiviti berat dan berpanjangan di luar, manakala orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak perlu mengurangkan kegiatan luar rumah.

Mereka yang mempunyai penyakit paru-paru kronik dan jantung juga dinasihatkan mengelakkan daripada aktiviti luar, manakala mereka yang berasa kurang sihat  terutama orang tua dan kanak-kanak, serta mempunyai masalah jantung dan paru-paru yang kronik, perlu mendapatkan rawatan. - Bernama


PKR tidak halang ahli hadir ke program lawan‎

Posted: 01 Oct 2015 09:18 PM PDT

Manivannan Gowin
Manivannan
 
 
SHAH ALAM – PKR tidak pernah menghalang mana-mana ahlinya untuk menghadiri mana-mana program atau perjumpaan yang dibuat oleh mana-mana parti selain parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, polisi partinya tidak akan meghalang ahli untuk menerima jemputan perjumpaan dari pihak lawan kerana percaya perbincangan yang dibuat oleh dua pihak yang berbeza boleh membawa kepada jawapan dan keputusan yang terbaik.

"Parti lawan bebas menjemput saya dan saya akan hadir, apa masalahnya? Bukankah kita berkhidmat untuk rakyat dan masa depan negara? Bukankah itu sebahagian matlamat dalam perjuangan kita?

"Pertemuan antara dua pihak tidak patut dihalang kerana ia merupakan permulaan kepada sebuah gerakan yang baik dan sihat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kehadiran bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menghadirkan diri ke perbincangan yang diikuti dengan pelancaran pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan yang diadakan baru-baru ini.

Tindakan Saifuddin menyebabkan beliau menerima surat tunjuk sebab yang memerlukan jawapan sebelum menjelangnya 6 Oktober ini.

G Manivannan dalam pada itu turut memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh Saifuddin.

Menurut beliau, kesemua ahli pemimpin dalam parti lawan sepatutnya mencontohi keterbukaan yang dipamerkan oleh Saifuddin.

"Kalau lawan nak pelawa saya, saya sedia hadir untuk berikan idea dan pandangan saya.

"Walaupun beliau bukan ahli Parlimen, tetapi beliau mmpunyai kepimpinan yang berkredibiliti. Beliau tunjukkan profesionalisme dalam bidang politik.

"Kenapa kita nak cantas tindakan seperti itu?Ahli partinya perlu mencontohi sikap beliau, jangan terlalu berpegang kepada elemen kesetiaan (kepada parti) sampai menggadaikan prinsip kesetiaan dan nilai integriti mereka kepada rakyat," katanya lagi.



Tiada ulasan: