Isnin, 19 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PERKASA ingatkan speaker, parlimen mesti demokrasi

Posted: 19 Oct 2015 05:12 AM PDT

Anne Muhammad

 



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seharusnya melakukan transformasi parlimen terlebih dahulu bagi membolehkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat.

"Sudah sampai masanya, parlimen yang dikatakan hendak melakukan transformasi, speaker seharusnya mengambil kira perkara seumpama ini (usul undi tidak percaya) supaya parlimen dilihat benar-benar mengamalkan demokrasi serta mempunyai integriti.

"Sekarang dan akan datang tidak kira siapa jadi perdana menteri, bila ada usul undi tidak percaya hendaklah dikira sebagai agenda utama parlimen," kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur petang ini.

Ibrahim berkata, cadangan itu diberikan bukan bermaksud beliau bersetuju Najib ditukar sebaliknya bercakap atas dasar prosedur parlimen.

"(Bukan saya bercakap) soal setuju atau tidak bersetuju (Najib ditukar) tetapi yang penting bukan sahaja usul undi tidak percaya…

"Tetapi apa sahaja usul yang dikira penting dibawa pembangkang harus diberi keutamaan, bagi memastikan institusi ini benar-benar dilihat berwibawa," katanya.

Najib hari ini hanya tersenyum ketika berdepan soalan berkaitan usul undi tidak percaya yang dikemukakan padanya.

Beliau memberikan reaksi itu ketika ditanya sama ada beliau bimbang terhadap usul yang dibuat terhadapnya itu oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) susulan wang RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya.


Isu ringgit dan 1MDB: Mustafa pertahan Zeti

Posted: 19 Oct 2015 05:07 AM PDT

SINAR HARIAN



 Zeti Akhtar Aziz
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas ucapannya yang mengelirukan, membabitkan kenyataan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai penyusutan ringgit dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam perbahasan hangat mengenai syarikat pembangunan strategik itu dan pembentukan semula Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini, Guan Eng (DAP-Bagan) memetik Gabenor Bank Negara itu sebagai berkata, bahawa jika isu 1MDB tidak diselesaikan, ia boleh menjurus kepada krisis ekonomi.

"Gabenor Bank Negara sendiri berkata bahawa jika masalah 1MDB tidak diselesaikan, ekonomi Malaysia tidak akan pulih. 1MDB punca krisis ekonomi negara," katanya.

Mustapa (BN-Jeli) bangun mempertahankan Zeti dan meminta Guan Eng membetulkan kenyataannya.

"Itu tidak benar. Saya minta Bagan tarik balik kenyataan itu. Gabenor tidak menyatakan bahawa 1MDB merupakan sebab utama... saya tahu kerana saya ada di dalam panel tersebut," kata Mustapa di Dewan Rakyat hari ini.

Pertikaman lidah berlaku sebelum Guan Eng menukar kenyataannya dan menegaskan 1MDB merupakan antara faktor yang menjejaskan ekonomi negara.

Mustapa kemudiannya menjawab mengatakan: "Bagan sebut sebab utama kejatuhan mata wang adalah 1MDB. Saya minta dia berlaku adil kepada gabenor Bank Negara."

Semasa forum bagi mengumumkan kedudukan ekonomi Malaysia anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) pada September, Zeti menyebut bahawa Malaysia perlu membangunkan kekuatan dan daya tahannya sendiri bagi menangani ketidaktentuan di China dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, faktor yang menjejaskan ringgit sebahagian besarnya disebabkan oleh perkembangan ekonomi dunia. - Bernama


Pusat beli-belah Ampang Park lenyap?

Posted: 19 Oct 2015 05:04 AM PDT

Pusat beli-belah Ampang Park lenyap?
Bahagian dalam kompleks Ampang Park yang masih dikunjungi walaupun dihimpit pembangunan pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa di sekitarnya.
 
 
KUALA LUMPUR - Berita pusat membeli-belah tertua di negara ini, Ampang Park yang bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek stesen Mass Rapid Transit (MRT) tentunya memberi tamparan buat warga kota.

Rata-rata mula menggamit kenangan di kompleks berusia 42 tahun yang pernah menjadi destinasi kegemaran mereka menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga.

Dirasmikan pada 15 Mac 1973, Ampang Park tidak pernah lekang dikunjungi pelanggan meskipun mula dihimpit dengan pembangunan termasuk beberapa pusat beli-belah bertaraf antarabangsa di sekelilingnya.

Sebanyak 214 premis menawarkan pelbagai jenis jualan dan perkhidmatan yang menjadi pilihan pelbagai peringkat golongan yang tahu apa yang boleh didapati di situ.

Daripada keperluan harian, pakaian, malah pusat hiburan keluarga, kompleks terletak di Jalan Ampang itu mampu menepati kehendak warga kota sehingga kini walaupun ada yang memilih untuk ke lokasi belah yang lebih moden.

Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park yang berpusat betul-betul di hadapan bangunan itu juga menjadikan ia terus gah di tengah-tengah ibu kota, seterusnya menjadikan Ampang Park saksi kepada kepesatan pembangunan sekitarnya.

Namun, sedikit masa lagi, bangunan warisan keluarga Tan Sri Low Keng Seng ini bakal terkubur apabila perlu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen bawah tanah yang akan berintegrasi secara fizikal dengan LRT Ampang Park sedia ada bagi membolehkan penumpang perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bertukar ke perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dan sebaliknya di stesen itu.

Sebagaimana kenyataan pihak MRT sebelum ini, tapak berkenaan akan diambil oleh kerajaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melibatkan lot-lot yang telah diwartakan.

Difahamkan kini prosedur bagi pengambilalihan lot terlibat itu sedang berjalan termasuk proses pertemuan bagi pendengaran dan rayuan oleh pemilik terlibat yang sudah tentunya akan melibatkan tuntutan dan pemberian pampasan.

Meskipun belum ada keputusan rasmi berhubung perkara berkenaan, bayangan bakal 'hilangnya' bangunan Ampang Park sudah mula dirasai warga kota, apatah lagi peniaga-peniaga yang sudah beroperasi di situ sejak awal dibuka atau paling kurang pun sudah 20 tahun.

Tinjauan Sinar Harian ke kompleks itu baru-baru ini mendapat reaksi peniaga yang memberi gambaran agak keberatan dengan situasi yang sedang hangat dikatakan itu.

"Memang ada terima surat tentang tamat operasi premis dua minggu lepas, tapi tak dimaklumkan untuk tujuan apa sampailah kami baca di portal berita," kata salah seorang peniaga yang ditemui.

Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali dengan nama Tan berusia 56 tahun, yang juga penyewa salah sebuah premis, mengakui agak tertekan dengan berita berkenaan dan menyifatkan ia sebagai penamat kerjayanya.

"Saya dah beroperasi sejak 15 tahun dengan kadar sewa RM6,000 sebulan. Kalau mahu pindah dan sewa di premis bangunan lain, sudah tentu harganya dua kali ganda. Nampaknya sudah sampai masa saya bersara," katanya kepada Sinar Harian.


Pas kekal dipimpin ulama dan profesional

Posted: 19 Oct 2015 05:00 AM PDT

Pas kekal dipimpin ulama dan profesional
Takiyuddin
 
 
SHAH ALAM - Pas sejak dari awal penubuhannya telah menggabungkan dua kategori pimpinan iaitu ulama dan profesional.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ramai pimpinan Pas pada masa kini terdiri daripada golongan profesional dan latar belakang pendidikan hebat.

"Sekarang kita lihat pimpinan Pas terdiri daripada 60 peratus ulama dan 40 peratus golongan muda serta profesional.

"Kini Pas dipimpin ulama dan profesional, cuma ia tidak ditonjolkan sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai kenyataan pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berhubung keadaan parti berkenaan yang akan semakin tenat sekiranya masih tidak melakukan sebarang perubahan.

Selain itu, Hassan berkata, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti itu.

Menurut Takiyuddin, Pas merupakan sebuah parti yang mantap sejak dahulu lagi, malah ia juga terbuka kepada setiap golongan di negara ini.

"Sebab, itu saya rasa pandangan beliau (Hassan) perlu dilihat melalui sudut yang lebih global," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak memberi sebarang ancaman kepada Pas memandangkan parti berkenaan sebelum ini pernah berdepan dengan krisis yang lebih serius dan mencabar.

Beliau berkata, pada 1982, Pas pernah berdepan dengan masalah lebih besar di mana presiden parti ketika itu, Tan Sri Dr Mohd Asri Muda membuat keputusan keluar parti dan membawa sebilangan ahli bersamanya disebabkan pimpinan beliau tidak diterima.

Menurut Takiyuddin, kewujudan Amanah bukanlah sebagai ancaman memandangkan setiap pihak mempunyai kebebasan untuk memilih parti sendiri dan Pas akan tetap memandang ke hadapan bagi meneruskan ideologi dan perjuangan yang diusahakan selama ini.

"Amanah wujud disebabkan masalah dalaman parti selepas beberapa pimpinan sebelum ini tidak terpilih dalam muktamar lalu, dan disebabkan itu mereka memilih untuk keluar menubuhkan parti baharu," katanya.


Usul undi tak percaya: Pas tunggu 'undangan'

Posted: 19 Oct 2015 04:59 AM PDT

TAKIYUDDIN HASSAN
Takiyuddin Hassan


KUALA LUMPUR - Pas masih menunggu 'undangan' Pakatan Harapan bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada persidangan parlimen, kali ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum diajak berbincang meskipun parti Islam itu secara dasarnya bersetuju dengan usul tersebut.

"Kita masih dalam pembangkang, terutamanya PKR, kita masih lagi ada hubungan, sepatutnya bila nak bawa usul itu, maklum kepada kita dulu.

"Kita tunggu daripada ketua pembangkang, bagi tahu kita akan buat keputusan, kita tengok dulu apa yang dia nak bawa itu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini sebulat suara bersetuju untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Setuju Wan Azizah bawa usul tidak percaya]

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sendiri akan membawa usul tersebut dalam masa terdekat selepas DAP menolak usul yang dibawakan oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan).

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, usul itu tidak harus dikemuka oleh ahli parlimen biasa kerana ia perkara penting dan "bukan main guli".

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, Pas tiada halangan untuk menyokong usul tersebut sebagai sebahagian daripada persepakatan pembangkang.

"Usul tidak percaya ini sebahagian daripada proses demokrasi dalam parlimen yang dibenarkan di bawah peraturan, jadi tiada apa yang salah," ujarnya.

Ditanya tentang sama ada ahli parlimen Pas akan sebulat suara menyokong usul tersebut, beliau bagaimana pun berkata, mereka tertakluk kepada keputusan parti Islam itu.

"Itu bergantung kepada keputusan parti, bila parti membuat keputusan, mereka wajib kena sokong, kita ada 14 orang ahli parlimen," katanya lagi.


Ribut tropika punca jerebu kembali teruk

Posted: 19 Oct 2015 04:57 AM PDT

SINAR HARIAN



Jerebu
Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR -  Keadaan berjerebu yang kembali teruk sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan kehadiran ribut tropika Koppu dan Champi di Filipina yang mempengaruhi corak tiupan angin di rantau ini.      

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata, keadaan itu menyebabkan angin yang bertiup lemah dari pelbagai hala sebelum ini,  kembali bertiup dengan kelajuan sederhana dari arah barat daya yang membawa bersama jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera, Indonesia ke Semenanjung Malaysia, manakala jerebu dari kawasan kebakaran Selatan Kalimantan pula ke Sarawak.

Keadaan jerebu rentas sempadan yang melanda negara kini dijangka berakhir sekiranya tiada lagi ribut tropika yang boleh mempengaruhi corak tiupan angin dan menyebabkan cuaca kering atau apabila bermulanya musim tengkujuh awal November ini, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Che Gayah berkata, memandangkan jarak ketampakan kini seperti  memandu di dalam hujan yang sederhana, para pemandu perlu sentiasa berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan pula berkata portal apims.doe.gov.my tergendahala dari pagi tadi sehingga 1 tengah hari adalah kerana jumlah pengunjung yang meningkat dengan 3,000 pengunjung dalam masa tiga minit.

Orang ramai boleh hubungi bilik kawalan JAS di 1800882727 jika portal itu tergendala lagi untuk maklumat mengenai jerebu, katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar dan jika terpaksa keluar rumah, pemakaian topeng harus dilakukan sebagai langkah mengelakkan terkena penyakit akibat jerebu.

Setakat 5 petang ini, 17 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Seremban masih mencatatkan IPU tertinggi iaitu 194 diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (165); Banting, Selangor (164); Tawau, Sabah dan Nilai, Negeri Sembilan (masing-masing 157).

Kawasan lain termasuk Bukit Rambai, Bandaraya Melaka dan Putrajaya masing-masing 154.
Sebanyak 26 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana termasuk Kota Tinggi, Pasir Gudang di Johor, Alor Setar dan Langkawi di Kedah, Jalan Tasek, Ipoh dan Seri Manjung di Perak, Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, Bintulu dan Samarahan di Sarawak serta Kuala Terengganu.

Tujuh lagi kawasan dilaporkan baik setakat ini antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chat, Kota Bharu dan Tanah Merah di Kelantan, Keningau dan Sandakan di Sabah, Institut Latihan Perindustrian Miri dan Limbang di Sarawak serta Labuan.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Duit habis ratus juta tapi meriam tak boleh tembak, jet tak boleh terbang

Posted: 19 Oct 2015 04:52 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan disaran mengambil tindakan dalam Belanjawan 2016 yang dibentangkan nanti bagi mengelakkan aset pertahanan negara bernilai ratusan juta ringgit tersadai begitu sahaja.

Ahli Parlimen Lumut, Imran Abd Hamid (PKR), berkata sebelum ini banyak aset pertahanan negara tidak boleh berfungsi berikutan tidak diselenggara dengan baik.

imran abdul hamid forum mac 31 01"Kita tak mahu lagi duit habis tetapi meriam tak boleh dioperasikan atau dengan perkataan lain tak boleh tembak oleh kerana reka bentuk yang kita terima.

"Tahun lepas dah dirancangkan dan saya harap sistem baru dipasangkan di kapal yang dimaksudkan.

"Ini bukan saja berlaku di Tentera Laut tetapi begitu juga dengan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," kata beliau ketika ditemui Selangor Kini di lobi Parlimen di sini hari ini.

Jelasnya, semasa masih berkhidmat sebagai Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau sendiri pernah melihat meriam Howitzer 155mm milik Tentera Darat tidak boleh beroperasi dalam lawatan di sebuah kem artileri di Gemas.

"Kita sangat tak berpuas hati dengan perkara ini dan kita juga ada jet pejuang tetapi tidak dapat dioperasikan akibat kegagalan mengurus aset," katanya.EZY


Jerebu: Sekolah di Selangor dan di beberapa negeri ditutup 20 Oktober

Posted: 19 Oct 2015 04:48 AM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Kuching, Samarahan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Muar, Ledang, Segamat ditutup esok (20 Oktober) ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih di tahap tidak sihat.

Dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), memaklumkan penutupan itu membabitkan sejumlah 3,029 sekolah dan seramai 1,909,842 murid.

jerebu

Kualiti udara yang tidak sihat itu menyebabkan penutupan sekolah pada hari ini (Isnin).

"Berdasarkan pemantauan Kementerian setakat jam 1 petang tadi, kualiti udara masih mencatatkan IPU tidak sihat, oleh itu, penutupan sekolah dikekalkan untuk esok.

"Pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Negeri serta daerah terbabit perlu memaklumkan kepada ibu bapa  penutupan ini," katanya.

Pihak jabatan juga perlu sentiasa memantau IPU di kawasan masing-masing untuk mengetahui tahap kualiti udara.

CRqspWIVAAAg5z0Sekiranya didapati tidak sihat atau sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti ditetapkan  KPM.

Setakat jam 1 petang tadi, sebanyak 17 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100.

Laporan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan empat kawasan di Selangor masih kekal berada di zon kuning iaitu Banting dengan bacaan 164, Pelabuhan Klang (144), Petaling Jaya (136) dan Shah Alam (140).

Bacaan tertinggi dicatatkan di Negeri Sembilan iaitu Seremban dengan 198 selain Nilai (160) dan Port Dickson (154).

Masih kekal tidak sihat juga Bandaraya Melaka dengan bacaan 156 dan Bukit Rambai (158) selain Batu Muda, Kuala Lumpur (164), Cheras (131) dan Putrajaya (152).

Selain itu, beberapa kawasan di Johor juga kembali mengalami udara tidak sihat iaitu di Larkin Lama dengan bacaan 103, Muar (135) dan Pasir Gudang (102).

Kawasan lain termasuk Tanjung Malim, Perak (106), Tawau, Sabah (159) dan Kemaman, Terengganu (103).EZY


BUKAN HANYA GST, NAIK TOL PUN UNTUK TAMBAH BR1M RUPANYA....

Posted: 19 Oct 2015 04:28 AM PDT

shahbudindotcom





Apakah yang dapat kita rasakan dengan Najib Razak sejak kebelakangan ini?

Makin bagus kepimpinannya?  Kian lemah berfikir, hilang daya usaha  dan semakin lupa dengan janji-janjinya? Sudah hilang tumpuan dan cakap apa saja sesuka hatinya?

Atau apa sebenarnya sudah jadi dengan satu-satunya Perdana Menteri yang ada wang derma RM2,600 juta ini?

Sebagai usaha mempertahankan kenaikan kadar tol dalam bandar yang bermula Khamis lalu, Najib berkata, kerajaan terpaksa membenarkan peningkatan itu kerana jika tidak berbuat demikian, bantuan BR1M terpaksa dikurangkan.

Katanya, ini kerana kerajaan mempunyai kewangan terhad yang terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

Anda tak naikkan tol, kena bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M, tambah Najib lagi.

Sungguh aneh sebenarnya kenyataan Najib ini. 

Pertama, beliau nyata sudah lupa atau buat-buat lupa dengan janjinya sendiri untuk mengurangkan kadar tol dalam bandar sepertimana dilafazkannya sebelum PRU 13 lalu.

Kalau sudah tahu kenaikan tol diperlukan untuk menampung BR1M, kenapa suka sangat "berjanji  bulan madu"  dengan rakyat?

Oleh kerana Najib selalu mengunjungi Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din, pantang saja terdengar pemimpin pembangkang itu tidak sihat atau dimasukkan ke hospital, maka ada baiknya beliau mengambil kesempatan bertanya sendiri dengannya apakah hukumnya orang yang mengingkari janji yang dibuatnya.

Kalau orang biasa yang menjatuhkan hukum, lebih-lebih lagi di media sosial, tentu saja ia tidak diyakini. Jadi, ada baiknya pemimpin Pas yang sedang dipuji dan dipuja itu mengajar hukum agama kepada Najib.

Yang kedua, apa kaitannya tol dalam bandar dengan penerima BR1M? Apakah semua pengguna tol dalam bandar merupakan penerima BR1M dan adakah juga semua penerima BR1M adalah pengguna tol dalam bandar?

Jika jawapannya ya, kenaikan kadar tol itu mungkin boleh diterima logiknya, tetapi jika sebaliknya atau kaitannya hanya sipi-sipi saja, terbukti Najib kian lemah daya fikir serta usahanya untuk mendatangkan kemakmuran dan semakin menunjukkan beliau tidak layak lagi memimpin rakyat negara ini.

Untuk memberikan kemakmuran kepada rakyat, kita tentu saja memerlukan pemimpin yang boleh berfikir dengan lebih baik dan seterusnya berusaha juga dengan lebih gigih untuk masa depan negara, bukannya  watak yang hanya mampu "main bedal" saja dalam menangani sesuatu isu.
Yang ketiga, apakah Najib lupa beliau pernah mengatakan sebelum ini bahawa cukai GST diperkenalkan adalah antaranya untuk menambah jumlah wang BR1M yang diterima oleh rakyat berpendapatan rendah.

Berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan pada 19 Mei 2015, Najib ada menyebut, "kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat banyak yang senyap."

"Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan antara satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya."

Apa ni Ah Jib Gor? Kenakan GST untuk BR1M, naikkan kadar tol pun untuk BR1M juga!!

Apalagi agaknya selepas ini kenaikan yang akan dibebankan kepada rakyat untuk menampung pemberian BR1M itu?

Tidak cukupkah cukai GST yang menurut Kastam bagi tahun 2015 saja kutipannya dijangka berjumlah RM7 bilion untuk menampung pemberian BR1M tersebut, sehingga kenaikan tol dalam bandar juga dibenarkan untuk tujuan yang sama?

Sengsara sangatkah kedudukan kewangan negara sekarang ini? Tidak adakah cara lain seperti meningkatkan penjimatan dan mengurangkan "horey horey" dalam menguruskan negara?

Berbalik kepada soalan awal tadi - adakah semua ini menunjukkan kepimpinan Najib makin bagus, kian lemah, hilang daya usaha, lupa pada janji, hilang tumpuan atau apa sebenarnya?

Berapa lama lagikah kita sanggup berperdana-menterikan pemimpin "tak semenggah" dan hilang daya berfikir seperti ini?

Dewan Rakyat Kecoh Menteri Kewangan Tak Jawab Soalan

Posted: 19 Oct 2015 04:06 AM PDT


Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 

KUALA LUMPUR: Sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, Penggal Ketiga yang baharu bermula Isnin sedikit tegang apabila Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Situasi itu berlaku apabila Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP) tidak berpuas hati kerana soalannya mengenai kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dijawab sendiri oleh Perdana Menteri yang juga menteri kewangan.

"Saya tak faham. Soalan saya ditujukan kepada menteri kewangan dan beliau ada di sini.

"Mengapa timbalannya pula yang menjawab. Menterinya ada di sini," katanya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan bahawa mengikut peraturan Dewan Rakyat, timbalan menteri atau setiausaha Dewan Rakyat boleh menjawab soalan yang dikemukakan kepada menteri.

Katanya, perkara ini sepatutnya perlu difahami oleh Siew Fook dan beliau tidak sepatutnya bangun dan mempertikaikannya.

"Jangan perkara yang sudah difahami dilencongkan lagi. Menteri yang berkenaan tak semestinya menjawab, ini difahami sejak dulu lagi.

"Kenapa tanya isu yang sepatutnya sudah selesai. Siapa pun yang menjawabnya, jelas ia jawapan daripada kerajaan," katanya.

Seterusnya, Pandikar Amin berkata, perkara ini tidak harus dipolitikkan dan menganggap tindakan Siew Fook itu lebih kepada agenda peribadi.

"Bukan setiap perbahasan kita boleh politikkan, jangan bersikap begitu. Bagi saya itu adalah satu agenda peribadi dan politik.

"Yang lain tolong senyap, Seremban sila duduk," katanya apabila keadaan Dewan Rakyat tegang berikutan keengganan Siew Fook untuk mematuhi arahan supaya duduk.

Pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan, Siew Fook bertanya jumlah kutipan GST yang diterima kerajaan mengikut sektor dari 1 April 2015 sehingga 30 September 2015 dan bagaimana cukai itu dimanfaatkan.
Soalan itu dijawab Datuk Chua Tee Yong.

Putrajaya cuba halang semua soalan 1MDB, kata pembangkang

Posted: 19 Oct 2015 03:58 AM PDT




Terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.Terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan mereka untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, mereka menghantar banyak soalan mengenai syarikat tersebut yang didakwa terbabit dengan skandal mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, katanya, ia ditolak tanpa sebarang alasan.

"Ini konsisten dengan cubaan untuk memadamkan soalan 1MDB. Ini yang kita risaukan," kata pemimpin Parti Amanah Negara itu di lobi Parlimen, hari ini. 
 
Beliau berkata, dalam soalan lisannya, Kamarul bertanya kerajaan adakah benar mereka menggunakan pendapatan daripada minyak dan gas Terengganu sebagai pajakan kepada Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya.

Namun soalan itu ditolak atas alasan ia di bawah urusan kerajaan negeri.

TIA, pelopor kepada 1MDB, ditubuhkan pada 2008 untuk menguruskan dan melabur royalti daripada sumber petroleum di negeri itu.

Ia disusun semula menjadi 1MDB pada 2009 selepas Najib menjadi perdana menteri pada tahun itu.

Sementara itu, ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen (PKR) juga mendakwa soalan beliau juga ditolak dengan alasan yang boleh dipertikaikan.

Beliau dalam soalan lisannya bertanyakan mengenai skandal membabitkan  Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), terutama berhubung derma RM190 juta daripada Genting Group.

Menolak soalan tersebut, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan kedudukan menteri.

Genting sebelum ini didakwa menyalurkan derma kepada akaun peribadi YR1M, sebuah projek di bawah Najib.

Manakala, ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Loong turut membidas keputusan Dewan yang menolak soalan lisannya atas alasan siasatan sedang dijalankan, mengatakan ia tidak boleh diterima.

"Parlimen sepatutnya menjadi sebuah badan bebas. Ia sepatutnya menjadi sebuah badan bebas daripada eksekutif," kata wakil rakyat PKR itu.

Beliau mendakwa 3 soalannya ditolak, termasuk yang membabitkan pengesahan sama ada Jabatan Peguam Negara menghubungi kerajaan Amerika Syarikat berhubung siasatan FBI terhadap perdana menteri seperti dilapor The New York Times.


Hasil kutipan GST diumum pada bajet 2016

Posted: 19 Oct 2015 03:55 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



 
 
 
Hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setakat ini akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
 
 
 Beliau berkata berdasarkan Bajet 2015, kerajaan menganggarkan kutipan GST untuk 2015, bermula daripada pelaksanaannya pada April lalu, berjumlah RM23.2 bilion.

"Pelbagai barang dan perkhidmatan dikecualikan atau dikenakan GST pada kadar sifar yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion," katanya ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, pelbagai pakej bantuan diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM4.9 bilion serta pengurangan kadar cukai individu dan syarikat, sebanyak satu mata peratusan. 
 
Menjawab soalan tambahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Chua berkata bagi tempoh April sehingga kini, kerajaan membayar balik tuntutan cukai input GST sebanyak RM4.5 bilion kepada entiti perniagaan.

Katanya, jumlah tuntutan cukai input yang difailkan syarikat perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja meningkat setiap bulan dan mencecah 41%.

"Pada masa sekarang, terdapat juga yang salah mengisi borang. Namun begitu kerajaan juga tidak mengenakan kompaun kerana buat masa ini kita di peringkat untuk memberi bimbingan," katanya.

Beliau turut menolak dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar balik tuntutan yang dibuat syarikat terbabit. – Bernama


Pemerhati: Komitmen Dr Mahathir jatuhkan Najib lebih tinggi berbanding Hadi

Posted: 19 Oct 2015 03:44 AM PDT



Pemerhati politik Lim Hong Siang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lebih komitmen untk menjatuhkan perdana menteri berbanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Oktober, 2015.Pemerhati politik Lim Hong Siang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lebih komitmen untk menjatuhkan perdana menteri berbanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad memperlihatkan komitmen lebih tinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui usul undi tidak percaya berbanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata pemerhati politik Lim Hong Siang. 
 
 Lim berkata, walaupun Hadi seorang pemimpin pembangkang veteran, beliau dilihat tidak mempunyai pendirian berbanding Dr Mahathir yang sudah berumur 90 tahun dan lebih 10 tahun meninggalkan pentadbiran kerajaan.

Kolumnis politik dalam akhbar berbahasa Mandarin itu mengulas pendirian Hadi yang menyatakan di Kota Baru, Kelantan pada Sabtu, PAS masih belum menetapkan sama ada menyokong atau tidak undi tidak percaya terhadap Najib.

"Sehingga sekarang kita masih tidak tahu sama ada PAS akan mengundi usul tidak percaya terhadap Najib atau tidak. Itu yang masalahnya kepada kita. "Kita tidak pasti sejauh manakah komitmen PAS untuk jatuhkan regim Umno – Barisan Nasional (BN) ataupun Najib.

"Dalam kes ini Dr Mahathir lebih tinggi komitmennya berbanding Hadi.

"Tujuan Dr Mahathir jelas, dia nak jatuhkan Najib untuk selamatkan Umno - BN," katanya pada forum "Tanpa PAS ke mana Pakatan Harapan" di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Dr Mahathir yang merupakan mentor kepada Najib kini menjadi pengkritik utamanya kerana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Lim berkata, menjadi satu tanda tanya bagi semua pihak sama ada PAS akan menyertai BN ataupun Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Persoalan yang lebih besar adalah ke manakah PAS? Sebab satu soalan yang kita perlu tanya, PAS akan bertanding PRU14, dia (PAS) akan menang kerusi. Sama ada banyak atau kurang, terpulang.

"Dengan kerusi yang dimenangi itu PAS akan pergi ke BN atau Pakatan Harapan? Itu kekal sebagai tanda tanya sehingga hari ini," katanya.

Lim berkata sehingga kini masih belum jelas sama ada Pakatan Harapan mampu menawan Putrajaya tanpa penglibatan parti Islam itu, atau tidak.

"Saya amat setuju alasan diberikan PKR kita kena bergabung dengan PAS supaya tidak berlaku perang 3 penjuru pada PRU14.

"Tetapi adakah dengan PAS berada dalam Pakatan Harapan, tiada pertembungan 3 penjuru?," soal Lim merujuk kepada pertembungan 3 penjuru antara PAS dan PKR pada PRU13 di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Terengganu dan Sabah.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chiang berkata PAS dan DAP perlu berhenti bertengkar mengenai isu hudud kerana ia tidak akan mencapai sebarang penyelesaian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Oktober, 2015.Naib Presiden PKR Chua Tian Chiang berkata PAS dan DAP perlu berhenti bertengkar mengenai isu hudud kerana ia tidak akan mencapai sebarang penyelesaian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.Sementara itu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chiang yang juga salah seorang daripada ahli panel forum itu menasihatkan PAS dan DAP supaya berhenti bertengkar mengenai isu hudud kerana ia tidak akan mencapai sebarang penyelesaian.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, mereka seharusnya berpijak di bumi nyata kerana isu perbezaan ideologi dalam parti politik akan tetap wujud, namun ia sewajarnya diselesaikan menerusi perbincangan.

"Sampai kiamat pun kita tidak dapat selesaikan masalah ini. Selagi Islam ada, mesti ada orang hendak naikkan isu hudud ini.

"Selagi negara kita berbilang kaum, selagi kita berpijak di bumi nyata ini, isu perbezaan politik, perbezaan dalam ideologi ini akan wujud. Tidak mungkin kita akan satukan semua supaya kita setuju dengan satu sistem," katanya.

Beliau berkata, rakyat mahu melihat kematangan dalam sesebuah gabungan politik itu dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Aktivis Hishamuddin Rais berkata masalah utama PAS ialah presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyatakan pendirian dengan jelas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Oktober, 2015.Aktivis Hishamuddin Rais berkata masalah utama PAS ialah presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyatakan pendirian dengan jelas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.Seorang lagi ahli panel, aktivis Hishamuddin Rais pula berkata, Pakatan Harapan tidak akan berpeluang menawan Putrajaya memandangkan negara ini mengamalkan dasar politik dunia ketiga.
Katanya, Hadi merupakan penyumbang utama dalam krisis PAS sedia ada, diikuti dengan pandangan politik yang berbeza-beza dalam parti tersebut.

"Masalah PAS ini ada beberapa. Masalah utama adalah masalah Hadi," katanya.

Hishamuddin berkata, dari segi perbezaan pandangan berhubung undi tidak percaya terhadap Najib, kenyataan presiden PAS itu bercanggah dengan setiausaha agung parti Datuk Takiyuddin Hassan yang menyokong usul tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan BN akan menang besar pada PRU akan datang kerana parti itu akan mengambil kesempatan ke atas PAS bagi menghalang objektif Pakatan Harapan dalam pilihan raya itu nanti.

"Saya yakin dan saya katakan, PRU 14, BN akan menang besar, kerana jelas, Hadi berkata dia akan bertanding di merata-rata tempat.

"Hadi akan didana oleh Najib untuk menganggu Pakatan Harapan untuk kerusi PKR. Ini akan jelas berlaku dan kemenangan akan dicapai. Ini hakikat politik dunia ketiga," kata Hishamuddin.


Hassan Arifin Pengerusi PAC baru

Posted: 19 Oct 2015 03:34 AM PDT

 
Pemilihan Ahli Parlimen Rompin itu telah dipersetujui sebahagian besar Ahli Parlimen


hassan,pac


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hassan Ariffin telah dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pemilihan itu dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) yang telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Usul menamakan Hasan bagi menjawat jawatan tersebut dibaca oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pada sesi pagi Dewan Rakyat yang berlangsung pada hari pertama hari ini.

Ia kemudiannya dipersetujui oleh majoriti Ahli Parlimen yang hadir pada sidang sebelah petang.

Sebelum ini, perbahasannya sedikit kecoh selepas dipertikai Ahli Parlimen pembangkang.

Walaupun Rompin (Hassan) baru dalam Dewan Rakyat, tetapi beliau merupakan seorang yang berpengalaman kerana pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang selain pernah menjadi exco di Pahang sebelum ini," kata Azalina ketika membahaskan usul berkenaan.

Adakah kerajaan berani menahan Jho Low? – Guan Eng

Posted: 19 Oct 2015 03:32 AM PDT

 
Pembangkang mahu memastikan sumber kewangan negara tidak dicuri atau dirompak oleh orang tidak bertanggungjawab.


lim-guan-eng,jho-low,1MDB


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan persoalan adakah kerajaan berani untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam kerajaan berhubung dakwaan salah urus tadbir 1MDB.

"Adakah kerajaan berani mengambil tindakan terhadap (jutawan) Jho Low atau sesiapa yang lebih tinggi daripada dia? Adakah kerajaan berani ambil tindakan atau tidak?" soal Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menimbulkan persoalan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul pelantikan Datuk Hasan Ariffin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Usul pelantikan Hasan sebagai Pengerusi PAC yang baharu telah diluluskan dewan.

Azalina berkata, Hasan akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB yang tertangguh selepas Datuk Jazlan Mohamed dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri.

"Untuk kes besar seperti 1MDB, ia mesti diselesaikan dengan segera kerana rakyat berpendapat kerajaan cuba menutup masalah apabila mengambil mudah masalah ini.

"Kami sebagai pembangkang mahu memastikan sumber kewangan negara tidak dicuri atau dirompak oleh orang tidak bertanggungjawab," katanya.

DAP: Speaker salah guna kuasa tangguh siasatan 1MDB PAC

Posted: 19 Oct 2015 01:45 AM PDT




Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen bangkit usul persendirian jika tidak berpuas hati dengan keputusannya tangguh persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan pengerusinya dilantik menyertai Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen bangkit usul persendirian jika tidak berpuas hati dengan keputusannya tangguh persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan pengerusinya dilantik menyertai Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen agar membangkitkan usul persendirian dalam persidangan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusannya menangguhkan persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan pengerusinya dilantik menyertai Kabinet. 
 
 Pandikar mengeluarkan kenyataan itu selepas Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengatakan speaker Dewan Rakyat itu menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan tiada peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat membolehkan speaker mengambil tindakan sedemikian.

"Tidak ada peruntukan diberikan speaker boleh berhentikan mesyuarat. Ini salah guna kusa Yang di-Pertua dan sabotaj penyiasatan 1MDB, " kata ketua Parlimen DAP itu merujuk kepada siasatan yang dijalankan PAC berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Yang di-Pertua jadi diktator, itu tak boleh. Adakah Yang di-Pertua takut 1MDB disiasat," soal Lim ketika mencelah perbahasan dalam pelantikan pengerusi PAC baharu hari ini di Parlimen. 
 
Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini mempengerusikan PAC namun beliau kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri dalam Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dalam sesi perbahasannya berkata, walaupun speaker Dewan Rakyat mempunyai kuasa pemutus, keputusan itu juga berkemungkinan bukan keputusan yang tepat.

"1MDB hilang, pengerusi pun hilang. Tiba-tiba kita pun hilang arah penafsiran," katanya.

Pandikar bagaimanapun berkata, beliau mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana ahli Parlimen untuk menjadi pengerusi, namun bagi kes PAC ia perlu diputuskan mesyuarat Dewan Rakyat.

"Tetapi dalam soal PAC, tidak boleh menamakan siapa pengganti, mesti dilakukan majlis," kata Pandikar.
"Kalau rasa keputusan speaker tidak betul, bawa usul persendirian. Ini tidak. Kalau ada boleh dibahaskan dan diundi," katanya.

Pandikar berkata, sekiranya siasatan PAC tidak menyentuh isu kontroversi seperti 1MDB, sudah pasti tindakannya itu tidak akan dipertikaikan ahli Parlimen.

"Seandainya kita ada isu 1MDB, sekarang dalam siasatan yang belum tentu siapa salah atau betul, adakah orang kisah siasatan itu cepat atau tidak cepat," kata Pandikar.

Perbahasan berhubung perkara itu kemudiannya bersambung selepas Dewan Rakyat berhenti rehat untuk makan tengahari.
 
 

Topup Digi, Celcom, Maxis, U Mobile Pasca GST Kekal Bayar RM10 Dapat Nilai RM10 Juga

Posted: 19 Oct 2015 01:30 AM PDT

BERITA SEMASA
 
 
Topup Digi, Celcom, Maxis, U Mobile Pasca GST Kekal Bayar RM10 Dapat Nilai RM10 Juga

topup


Satu berita yang sedikit melegakan pada masa ini, apabila mendengar satu demi satu berita kenaikan apabila status isu topup prabayar termasuklah daripada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile yang naik sebelum ini ditarik balik apabila kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengeluarkan kenyatan yang jelas kepada syarikat gergasi telekomunikasi di malaysia yang mana :

 

Berita Terkini Topup Digi, Celcom, Maxis, U Mobile? Intipati Arahan Kerajaan dan Kastam

  1. pengguna topup Digi, Celcom, U Mobile, Maxis contohnya tidak dikenakan bayaran tambahan setiap kali membeli kad prabayar tersebut
  2. Ini bermakna nilai dan harga topup akan dijual sama seperti sebelum pelancaran GST 6 eratus di Malaysia
  3. Jikalau syarikat telco seperti Celcom, Digi, U Mobile dan Maxis engkar dan berdegil, mereka akan dikenakan tindakan yang tegas
  4. Oleh itu bermula 1 November 2015, setiap kali pembelian kad prabayar atau anda beli topup Celcom, Maxis, Digi, U Mobile pada harga Rm10 akan akan mendapat nilai RM10 juga.
KLIK SINI : Cukai Jualan Topup 6% Terhadap Telco Maxis, U Mobie, Maxis, Digi, Celcom Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)?
Alhamdulillah. Diharapkan arahan ini disusuli dengan penguatkuasaan yang lebih tegas dan jitu. Takut-takut ada yang mengambil kesempatan nanti.

Parlimen tolak soalan pemindahan RM42j ke akaun Najib

Posted: 19 Oct 2015 01:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PARLIMEN Dewan Rakyat hari ini menolak soalan yang ingin menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada beliau menerima RM42 juta dari sebuah syarikat berkaitan SRC International yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya.

Soalan daripada Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar)yang memetik laporan The Wall Street Journal itu ditolak kerana tiada soalan yang berasaskan kenyataan yang dibuat di akhbar adalah dibenarkan di Dewan Rakyat.

Parlimen juga menolak soalan Gooi yang mahu tahu sama ada Jabatan Peguam Negara telah menghubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung dakwaan salah laku rasuah Najib atas alasan yang sama.

Selain itu, Parlimen juga menolak soalan oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Amanah - Kuala Terengganu) yang mahu jawapan sama ada kerajaan persekutuan menerusi Lembaga Pelaburan Terengganu mahu menggunakan minyak negeri itu sebagai cagaran.

Khairuddin, Chang dakwa AG hina mahkamah

Posted: 19 Oct 2015 01:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathhias Chang mahu tindakan menghina mahkamah dikenakan ke atas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ini kerana, Apandi telah merujuk permohonan untuk mencabar tuduhan terhadap mereka sebelum permohonan itu didengar di mahkamah.

Menurut peguam mereka, Mohamed Haniff Khatri Abdullah, mereka berdua telah mengemukakan permohonan itu pada pagi Selasa dan Apandi mengulas perkara berkenaan pada semasa sidang medianya pada hari sama.

"Ketika kami di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari Selasa untuk menetapkan tarikh, Apandi telah membuat sidang media mengenai perkara ini pada jam 2.30 petang.

"Oleh itu, anak guam saya mengarahkan kami untuk meneliti perkembangan itu untuk mengenakan dakwaan menghina mahkamah terhadap," katanya.

Selasa lalu, Apandi menjelaskan bahawa Khairuddin dan Chang yang didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan bukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Apandi berkata, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana didakwa cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara dengan memfailkan laporan 1MDB di luar negara.

Mereka pada mulanya ditahan di bawah Sosma.

Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000

Posted: 19 Oct 2015 01:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia membayar RM200,000 bersama faedah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng juga menolak usaha peguam Utusan, Firoz Hussein Ahmad yang mahu menimbulkan kesalahan terdahulu Anwar.

Peguam Anwar, N Surendran berkata penghakiman hari ini membuktikan bahawa akhbar milik Umno itu mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggung-jawab.

"Vindikasi tunjukkan Datuk Seri Anwar difitnah Utusan Malaysia yang diketahui dimiliki sepenuhnya oleh Umno.

"Mereka masih mengulangi kes-kes seperti ini. Kita harap ini satu pengajaran. Ini bukan cara akhbar yang bertanggungjawab,"katanya kepada wartawan di luar mahkmah.

Utusan didapati bersalah dalam memfitnah Anwar berhubung rencana yang diterbitkan mengenai wawancara beliau dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung undang-undang homoseksual.

Dalam laporannya, akhbar itu mendakwa Anwar menyokong kumpulan gay, transeksual dan biseksual.

S'wak, Johor sedia berkerajaan sendiri?

Posted: 19 Oct 2015 01:14 AM PDT

Muhammad Ariff Mohamad Nizam


 


ULASAN Cubaan untuk tidak bersama Persekutuan Malaysia bukanlah polemik baharu. Yang pertama seumpamanya adalah sebelum pengisytiharan Persekutuan ini pada tahun 1963 yang dikemukakan oleh Sultan Kelantan terhadap kerajaan Persekutuan Malaya pada ketika itu.

Polemik ini muncul untuk beberapa ketika dan mutakhir ini, ia muncul sekali lagi, bukan dari Kelantan tapi dari Johor dan Sarawak. Pastinya, ia muncul bersebab, sebagaimana Sultan Kelantan pada tahun 1963 begitu juga dengan Gerakan Sarawak for Sarawakian dan suara para putera Diraja Johor.

Menjawab TMJ

Saya ingin merujuk kembali kepada kursus Pengenalan Undang-undang Antarabangsa tahun lalu tentang hak bernegara. Fokusnya kepada cubaan dan usaha yang seumpamanya di Scotland dan Timor-Timor (kini dikenali sebagai Timor Leste).

Dua entiti ini mempunyai azam yang sama, untuk menegakkan hak bernegara mereka (Dewan Bahasa dan Pustaka menetapkan takrifnya sebagai hak penentuan kebebasan) tapi dengan proses yang sangat berbeza.

Secara ringkas, kedua-duanya mulai usaha untuk berkerajaan sendiri sejak 1970-an. Bezanya antara Scotland dan Timor-Timor; yang pertama diusahakan dengan proses demokratik manakala yang kedua melalui proses pertumpahan darah setelah proses demokratik dinafikan.

Bagi Scotland dan juga Britain, suara rakyat merupakan nadi demokrasi, makanya, ia tidak dinafikan meskipun terdapat usaha politik untuk mengelak. Lantas, referendum digubal bagi membenarkan rakyat menyuarakan hak mereka; sama ada mahu terus bersama atau berpisah.

Usaha pertama gagal tanpa sebarang pertumpahan darah. Usaha tak pernah berhenti dan ia digagaskan sekali lagi pada tahun 2000; diberi pilihan sama ada diberi kuasa autonomi atau bebas merdeka, sekali lagi gagal untuk bebas sebaliknya rakyat Scotland memilih untuk mendapatkan hak autonomi dalam bidang kuasa tertentu.

Tahun lalu, nasionalis Scotland sekali lagi menggembleng usaha untuk merdeka juga melalui referendum rakyat; untung nasib mereka kekal; rakyat mengundi untuk kekal bersama.

Berbeza pula dengan proses seumpamanya di Timor Timor, asalnya mahu merdeka dari penjajah Portugis, sebaliknya ditawan oleh kerajaan Indonesia. Sejak itu, usaha ke arah berkerajaan sendiri bermandikan darah.

Timor-Timor juga telah menjadi model krisis kemanusiaan bagi ASEAN yang mendapat perhatian dunia. Penafian hak rakyat Timor-Timor diperhebat di bawah rejim Suharto dan sebaik kuasa beliau rebah, Pak Habibie mengambil tampuk kuasa dan menjalankan proses demokratik dalam menyelesaikan krisis Timor-Timor.

Dua pilihan diberikan melalui referendum rakyat; autonomi atau bebas merdeka – majoriti rakyat bersuara untuk membentuk sebuah Timor Leste yang bebas merdeka pada tahun 2002.

Yang pasti, ia bukanlah hak suara individu atau keluarga nasionalis mahupun diraja, tetapi merupakan hak rakyat sebagaimana penghakiman oleh Hakim Dillard dalam kes Sahara melalui referendum. Prosesnya terlalu teknikal sebagaimana yang diulas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Sekali lagi, perbezaan ketara antara Scotland dan Timor Leste adalah soal kematangan demokrasi dan kesediaan rakyatnya. Persoalan pokok, sudah bersediakah rakyat Sarawak dan Johor untuk berkerajaan sendiri? Adakah demokrasi di Malaysia sudah benar-benar matang untuk meraikan hak bernegara ini?

Hasil menegakkan hak bernegara ini melibatkan jangka masa panjang bagi kelangsungan rakyat dan negara. Ia juga soal hak asasi manusia. Jangan kalut keluar dari mulut buaya, tapi akhirnya terperangkap dalam mulut naga.

Sindrom negara dunia ketiga

Senada dengan jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamad, saya berpendapat bahawa rakyat Johor malah TMJ berhak untuk berkerajaan sendiri. Perkara ini tidak dinafikan, tapi biarlah melalui saluran demokratik.

Majoriti rakyat Johor mungkin tidak bersetuju dengan suara putera raja Johor ini kerana semangat kebangsaan masih menebal dalam kalangan anak Johor sebagaimana semangat kenegerian mereka.

Sepertimana yang dinyatakan Nur Jazlan, polemik seperti ini juga pasti menjejaskan usaha mengukuhkan kestabilan sosial di Malaysia.

Berdasarkan pelajaran yang saya ikuti dalam kursus Politik di Negara Membangun pada semester lalu, peranan elitis tradisional juga signifikan dalam menjamin kelangsungan negara bangsa pasca perang dunia kedua meskipun keterlibatan mereka terhad.

Suara mereka ini juga berpengaruh. Jika silap pencaturan, sebagaimana amaran Nur Jazlan Mohamad, bisa menggugat usaha penyatuan dan pengukuhan negara bangsa.

Kerajaan mengenakan tindakan undang-undang ke atas gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), maka tindakan serupa wajar juga dikenakan kepada para putera raja ini, selari dengan cadangan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari.

Hak bernegara ini akan gagal jika rakyat tidak celik dan faham tentang konsep demokrasi. Akhirnya, usaha seperti ini sekadar menguntungkan sesetengah pihak sahaja atas nama rakyat.

MUHAMMAD ARIFF MOHAMAD NIZAM siswa program kajian antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak.


DAP serah undi tidak percaya kepada Wan Azizah

Posted: 19 Oct 2015 01:11 AM PDT

 
Selaku satu usul yang serius membabitkan masa depan negara, ia tidak boleh dibentang dengan sewenang-wenangnya.


pakatan-harapan


KUALA LUMPUR: DAP hanya akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekiranya ia dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, selaku satu usul yang serius membabitkan masa depan negara, ia tidak boleh dibentang dengan sewenang-wenangnya.

Atas faktor itu, ia perlu dibuat oleh Ketua Pembangkang.

"Usul itu amat penting, semua komponen parti dalam pembangkang perlu mengambil serius untuk memastikan ia dibentang di dalam Parlimen," katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan terlibat dengan usul undi tak percaya jika ia tidak dianggap serius.

"Ini bukan hal main-main, ia bukan seperti main guli, tetapi jika anda mahu menjejaskan usul itu seperti main guli, maka teruskan. DAP tidak akan terlibat.

"Usul yang tidak dibawa oleh Ketua Pembangkang, memberikan persepsi tidak yakin usul itu akan diluluskan.

"Anda perlu menghormati Ketua Pembangkang. Beliau mewakili semua pembangkang. Jadi jangan bermain dengan perkara ini," katanya lagi.

Sebelum ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan-Hee Loy Sian mencadangkan akan mengusulkan undi tak percaya terhadap Najib di Parlimen.

Yuna minta peminat doakannya kahwin cepat

Posted: 19 Oct 2015 01:09 AM PDT

SHAZRYN MOHD. FAIZAL

 

yuna-m-2
Hampir 10 tahun menjadi seorang anak seni, Yuna telah membuktikan bahawa kerja keras dan keazaman yang tinggi dapat membawanya terbang lebih tinggi dalam mencipta nama sehingga ke peringkat antarabangsa. - Foto Livescape Asia


KUALA LUMPUR, "Doakan saya kahwin cepat."


Demikian luahan spontan penyanyi dan komposer wanita terkenal, Yuna sebelum menyampikan salah sebuah lagu popularnya, Lautan pada Konsert Yuna Live In Malaysia 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di ibu negara, malam Jumaat lalu.

Penyanyi itu berkata demikian selepas memberikan reaksinya terhadap populariti dan penerimaan positif terhadap lagu Lautan yang telah menjadi lagu kegemaran peminatnya.

"Saya tidak menyangka lagu Lautan ini menjadi pilihan ramai dan memilihnya sebagai lagu tema perkahwinan mereka selain lagu latar untuk video pra perkahwinan mereka.

"Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang sangat manis dan istimewa. Terima kasih kerana memilih lagu Lautan ini dan sememangnya itulah niat saya sejak dari awal menjadi seorang anak seni.

"Biarlah lagu-lagu nyanyian dan ciptaan saya diterima dengan baik serta positif lalu meninggalkan impak tersendiri buat mereka yang menghargainya. Terima kasih saya ucapkan," ungkapnya yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada peminatnya sebelum menyampaikan lagu yang baru sahaja memenangi Lagu Tema Asal Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 itu.

Biarpun kini sedang membina namanya di peringkat antarabangsa, namun Yuna masih sempat meluangkan masa untuk menghiburkan peminatnya di negara ini menerusi konsert berkenaan yang telah mencatatkan rekod tersendiri apabila kesemua tiket habis dijual.

Trek rekod itu membuktikan bahawa pengaruh yang dimiliki oleh pemilk nama lengkap Yunalis Zaraai itu bukan sembarangan dan sebelum ini juga, konsertnya di Istana Budaya, tahun lalu juga mencatatkan kejayaan serupa.

yuna-m-1
Yuna semakin bijak untuk bermain dengan emosi sehingga dirasai dalam penyampaiannya 
untuk setiap lagu. – Foto Livescape Asia
Berbalik kepada konsert tersebut yang merupakan siri jelajah musim luruh Yuna untuk tahun ini, ia boleh disifatkan sebagai konsert yang berada dalam liga dan kelasnya tersendiri.

Apa yang membuatkan penulis kagum apabila melihat rata-rata peminat Yuna yang sememangnya menghargai dan begitu mengangkat penyanyi kesayangan mereka itu ke peringkat yang sewajarnya.

Dan, penulis percaya hampir kesemua 3,000 penonton yang menghadiri konsert berkenaan adalah pelajar, remaja dan peminat generasi baharu yang ternyata begitu teruja serta asyik menghayati setiap lagu dendangannya.

Malah, mereka hafal kesemua lagu Yuna baik di dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris dan ia secara jelas memberikan satu gambaran bahawa Yuna sememangnya bukan sembarangan anak seni.

Dari awal sewaktu dia membuka panggung dengan lagu keramatnya yang telah menjulang namanya di persada seni tanah air, Dan Sebenarnya, penonton bagaikan terkena histeria apabila terpekik-pekik memanggil namanya.

Sesuatu yang penulis suka dengan Yuna apabila dia bijak memiliki rangkaian lagu-lagunya untuk dibentuk menjadi sebuah cerita untuk membuatkan peminat serta penonton memahami apa yang cuba hendak disampaikannya menerusi konsert berkenaan.

Lagu-lagu seperti Falling, Lights and Camera, Mountains, Someone Who Can, I Want You Back dan Rescue dipilih sebagai takrifan kepada evolusi karier seninya selepas era Dan Sebenarnya.

yuna-m-3
Peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen terbaik mereka 
sewaktu Konsert Yuna Live In Malaysia 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam 
Jumaat lalu. – Foto Livescape Asia
Dalam erti kata lain, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu mahu peminat dan penggemarnya sedar bahawa sebagai seorang pengkarya, dia enggan statik untuk terus berada dalam zon selesa dalam memberikan warna bagi setiap karyanya.

Bukan itu sahaja, secara eksklusifnya buat rakyat Malaysia, Yuna mendendangkan lagu baharunya, All I Do yang akan dimuatkan di dalam album antarabangsa ketiganya yang akan dipasarkan tahun hadapan.

"Lagu ini sangat istimewa kerana ia merupakan hasil kolaborasi bersama David Foster dan ternyata ia adalah satu penghormatan buat saya untuk bergandingan bersama beliau menerusi lagu ini," kata Yuna sebelum menyampaikan lagu berentak balada itu.

Tidak menghampakan peminat yang mengenali dirinya menerusi lagu-lagu Melayu, bekas pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (2011) menerusi lagu Penakut itu tidak lupa untuk menyampaikan Terukir Di Bintang, Lelaki dan lagu baharunya, Material.

Untuk terus menghangatkan malam yang dingin selepas hujan lebat beberapa jam sebelum berlangsungnya konsert itu, Yuna bersama ukelelenya dengan pantas mengajak penonton menari dan berdansa bersamanya menerusi lagu Come Back.

Ibarat sebuah pesta, mereka tidak segan silu untuk menari sambil bertepuk tangan menerusi lagu yang dimuatkan di dalam albumnya berjudul Nocturnal itu sehingga membuatkan penyanyi itu berasa puas melihat reaksi daripada audiens.

Satu perkara yang cukup jelas tentang Yuna adalah bukan hanya muziknya yang berevolusi tetapi penyampaian vokalnya juga sudah menunjukkan perubahan dan mencapai satu tahap membanggakan apabila dia sebenarnya mampu untuk bereksperimentasi dengan permainan vokal.

Noh-m-1
Bukan sahaja menghiburkan audiens dengan persembahannya, tetapi aksi lucu Noh Salleh 
di atas pentas juga membuatkan penonton terhibur dengan keletahnya. – Foto Livescape Asia
Lagu-lagu lain seperti Lullabies, Live Your Live dan Decorate juga menjadi pilihan dalam senarai repertoirenya untuk konsert berkenaan selain lagu Penakut yang telah membuatkan semua penonton diam terpaku mendengarkan alunan indahnya.

Bahkan ada yang berbisik sesama sendiri sambil menyatakan lagu Penakut merupakan lagu paling sedih buat mereka lantaran muzik dan liriknya yang sememangnya menikam kalbu.

Benar, lagu Penakut ada aura jiwanya yang tersendiri dan mampu memberikan impak terutama buat mereka yang pernah berhadapan dengan situasi sama seperti di dalam lagu tersebut.

Mengakhiri persembahannya dengan lagu I Wanna Go, konsert Yuna kali ini sememangnya memberikan kepuasan buat peminat tegarnya.

Terlebih dahulu, sebagai pembuka persembahan sebelum konsert bermula, penonton dihiburkan terlebih dahulu oleh vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang mendendangkan tiga buah lagu solonya termasuk Angin Kencang dan Bunga Di Telinga.

Bagi penulis, ia adalah sebuah konsert yang enjoyable walaupun Yuna masih perlu terus untuk memperbaiki skil komunikasinya bersama audiens.

Tetapi, saya percaya itu bukan masalah besar kerana komunikasi Yuna adalah menerusi muzik dan setiap lagu dendangannya.

Lafaz taklik mungkin mansuh, bai’ah kekal – Hadi Awang

Posted: 19 Oct 2015 01:05 AM PDT

ADNAN MOHAMAD


image
Abdul Hadi berkata, langkah menggugurkan lafaz taklik itu akan difikirkan, selepas mendapati ada wakil rakyat PAS yang tidak selesa dengan keadaan itu. - Foto arkib TRP/ Azrol Ali


KOTA BHARU,  Lafaz taklik talak tiga yang dipraktikkan PAS Kelantan ke atas calon pilihan raya mereka berkemungkinan digugurkan.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu akan difikirkan, selepas mendapati ada wakil rakyat PAS yang tidak selesa dengan keadaan itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, bai'ah taat setia kepada parti untuk calon PAS tetap dikekalkan.
"Langkah untuk menggugurkan lafaz taklik itu, berikutan PAS mendapati, ada wakil rakyat berasa kurang selesa dengan adanya taklik berkenaan.

"Tindakan (PAS) mengadakan taklik selain bai'ah, ia (adalah) satu penghormatan kepada orang Islam yang bergelar isteri.

"Isteri sesuatu yang paling berharga dalam hidup (suami). Sebab itu, taklik orang tak (buat) taklik dengan buah kelapa, durian, ia mesti bertaklik dengan benda yang bernilai," jelasnya.

Katanya, pada zaman Nabi Muhammad, para sahabat bertaklik bersumpah dengan (nama) ibu dan bapa.

"Alhamdulillah, kita istiqamah dalam hal ini dan oleh kerana itu, taklik mungkin dibuang (digugurkan), (tapi) bai'ah diteruskan," katanya selepas perasmian penutup Program Ijtimak Ulama Nusantara, pada Ahad malam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada baiah dan taklik ke atas isteri diteruskan untuk calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Taklik itu hanya dikenakan ke atas calon PAS di Kelantan, untuk memastikan wakil rakyatnya tidak meninggalkan parti dengan sewenang-wenangnya.

Sebelum ini, dua wakil rakyat PAS, iaitu Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang dikatakan terikat dengan taklik itu, masing-masing berhijrah ke Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR.

Tindakan Mohd Hatta sebagai wakil rakyat PAS pertama di Kelantan yang menyertai Amanah, telah mencetuskan isu, apabila perkahwinan dengan isterinya terbubar dengan talak tiga.

Abdul Hadi berkata, taklik itu dilakukan, selain bai'ah untuk calon parti itu di Kelantan, bermula 1995, ketika PAS memerintah bersama Parti Melayu Semangat 46 (S46), menerusi kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Ketika itu, katanya, ramai wakil rakyat meninggalkan kerajaan APU dan menyertai Barisan Nasional (BN), sehingga satu ketika PAS hanya mempunyai kelebihan satu kerusi untuk memerintah negeri itu.

"Sekarang, kita lihat di Kelantan (PAS) sudah kukuh dan wakil rakyat kita sudah istiqamah, calon-calon kita sangat patuh kepada parti, berbanding pada masa lalu. Jadi, terserah pada negeri masing-masing (gugur atau kekal) taklik ini," katanya.

Ditanya adakah PAS kini bersih daripada ahli tidak istiqamah terhadap perjuangan parti itu, beliau berkata, PAS tidak melakukan pembersihan terhadap mereka yang bersikap demikian.

"Nampaknya yang membersihkan bukan kita, tuhan (Allah) yang bersihkan (parti itu daripada golongan tidak istiqamah)," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

‘Malaysia hanyalah negara transit pengganas’

Posted: 19 Oct 2015 01:02 AM PDT

SM AMIN

 

jihadi-2-M
Ahmad Zahid berkata, tahap keselamatan negara sangat baik dan terkawal dari segi ancaman anasir pengganas dalam serta luar negara. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR,  Malaysia bukan negara yang menjadi tempat perlindungan pengganas, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Berdasarkan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia hanyalah negara transit, sebelum pengganas menuju ke negara ketiga.

"Kenyataan Ahli Parlimen Lenggong bahawa pengganas antarabangsa memilih Malaysia sebagai tempat perlindungan, tidak dapat disahkan kebenarannya.

"Saya ingin memaklumkan, tahap keselamatan negara berada dalam tahap yang sangat baik dan terkawal dari segi ancaman anasir pengganas dalam dan luar negara," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang meminta kementerian itu menyatakan tahap keselamatan negara ketika ini dan mengapa pengganas antarabangsa memilih Malaysia sebagai tempat perlindungan.

Kata Zahid, ada segelintir rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan elemen kumpulan pengganas, seperti Islamic States (IS) dan lain-lain.

"Sehingga hari ini, pihak polis berjaya menahan 132 orang yang terlibat dengan elemen-elemen pengganas, termasuk IS, hasil kerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa.

"Daripada jumlah ini, seramai 123 orang ditangkap kerana terlibat dengan elemen IS yang semuanya telah diambil tindakan seperti berikut, iaitu 22 orang diambil tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah), 38 orang dibebaskan, 48 orang sedang didakwa, 14 orang telah diusir keluar negara dan seorang masih dalam siasatan," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu tidak mendedahkan secara terperinci maklumat mereka, kerana masih ada siasatan yang sedang dijalankan polis.

Tiada ulasan: