Ahad, 18 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SETELAH MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN TAMPIL BERSAMA, APA SETERUSNYA?

Posted: 18 Oct 2015 05:29 AM PDT

shahbudindotcom


Awal minggu ini Tun Mahathir Mohamad yang agresif mahu menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menterinya telah tampil dalam satu sidang akhbar bersama seteru politik lamanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membantah penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Mathias Chang dibawah undang-undang Sosma.

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal serta dua lagi pemimpin veteran iaitu bekas menteri, Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik yang turut mengeluarkan kenyataan bersama membantah penyalahgunaan undang-undang Sosma, tidak hadir dalam sidang akhbar itu kerana dilaporkan mempunyai urusan di luar negara.

Apa yang menarik dalam sidang akhbar itu ialah kemunculan  Tun Mahathir bersama dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li dan Muhyiddin Yassin secara sekaligus yang seolah-olah memperlihatkan wujud agenda bersama serta keserasian jiwa antara mereka.

Semua orang tahu sejarah hubungan Tun Mahathir dengan Ku Li sebelum ini. Selepas bertembung dalam pemilihan 1987 dan kemudian Ku Li setuju membubarkan Semangat 46 pada 1996 demi perpaduan Melayu, kedua-dua pemimpin itu tidak pernah duduk semeja atau berada di pentas yang sama untuk bersatu hati dalam sesuatu isu, baik berkaitan UMNO mahupun negara.

Tun Mahathir dengan cara dan gayanya, manakala Ku Li pula dengan caranya yang tersendiri. Walaupun Ku Li pernah mencuba untuk menentang Tun Abdullah Badawi bagi jawatan Presiden UMNO, tetapi beliau tidak ikut sama bila Tun Mahathir ligat mengadakan "roadshow" untuk penyingkiran bekas Perdana Menteri yang banyak dikaitkan dengan isu "budak-budak tingkat 4" itu.

Begitu juga apabila Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib sejak lebih setahun yang lalu, Ku Li turut tidak ikut serta. Beliau banyak berdiam diri dan cuma sesekali bercakap berkaitan isu-isu penting negara.

Lantaran itu, apabila Tun Mahathir dan Ku Li berjaya duduk semeja untuk membantah Sosma di ketika bekas Perdana Menteri itu semakin agresif mahu menurunkan Najib daripada jawatannya, ia tentu saja menarik untuk ditafsirkan dan ditunggu perkembangannya seterusnya.

Tidak mungkin rasanya kedua-duanya sanggup duduk semeja hanya semata-mata kerana Sosma. Ia pasti lebih daripada itu yang ada kaitannya dengan perkembangan semasa politik negara. Lebih-lebih lagi jika dilihat sejarah perseteruannya dengan Tun Mahathir, seperti nampak mustahil hanya kerana Sosma, Ku Li sanggup berbaik dan duduk semeja dengan bekas musuh politiknya itu.

Apakah Ku Li sekarang sudah mempunyai agenda yang sama dengan Tun Mahathir untuk saling bergandingan tangan menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini?

Apatah lagi dalam sidang akhbar kemudiannya, Ku Li turut mengulas mengenai usul undi tidak percaya di Parlimen dan usaha lain yang boleh dilakukan berkaitan kedudukan Perdana Menteri, tetapi enggan mendedahkannya buat waktu ini.

Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin. Sekembalinya daripada lawatan ke Sarajevo pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ada mengatakan tidak akan bekerjasama dengan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib.

Tetapi, nampaknya sekarang beliau sudah sanggup duduk semeja bersama Tun Mahathir. Walaupun terlihat cuma berkaitan Sosma, kesediaan Muhyiddin menonjolkan dirinya untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir seperti menunjukkan beliau sudah mengubah pendiriannya.

Apakah Sosma hanya permulaan kepada agenda dan gerakan seterusnya oleh Tun Mahathir bersama Ku Li dan Muhyiddin untuk terus menekan Najib?

Apa gerakan dan agenda seterusnya oleh ketiga-tiga mereka selepas ini?

Jika Najib berjaya diketepikan, siapakah calon Perdana Menteri pilihan Tun Mahathir? Jika sebelum ini beliau pernah mengatakan Muhyiddin adalah pilihannya untuk menggantikan Najib berdasarkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam UMNO, apakah kini pendirian itu  masih sama atau sudah berubah?

Di mana pula tempat Ku Li dalam agenda perubahan yang sedang diperjuangkan oleh Mahathir ini?

Apakah dalam waktu yang sama Tun Mahathir sebenarnya sudah berjaya mencapai kata sepakat antara Ku Li dan Muhyiddin tentang siapa yang seharusnya menggantikan Najib, lalu menampilkan mereka duduk semeja dengannya untuk rakyat menilainya?

Dalam masa yang sama, tergugatkah kedudukan Najib dengan wujudnya gandingan Tun Mahathir, Ku Li dan Muhyiddin ini?

Banyak perkara mula menjadi perhitungan ramai dengan bergabungnya Tun Mahathir - Ku Li - Muhyiddin ini. Apakah selepas ini ketiga-tiganya akan lebih kerap tampil bersama bagi meneruskan tekanan terhadap Najib atau masing-masing akan mula menyerang dari sudut yang berbeza?

Bagaimana pula dengan sessi Parlimen yang bermula pada 19 Oktober ini. Meskipun beberapa pihak menyedari usul undi tidak percaya di Parlimen sukar menjadi kenyataan berikutan pendirian awal Speaker yang enggan membenarkannya, apakah akan muncul kaedah lain untuk menggegar dan menggugat kerusi yang sedang diduduki Najib?

Dengan tampil bersama Tun Mahathir, apa yang jelas Ku Li dan Muhyiddin tidak akan berundur lagi daripada langkah yang sudah mereka mulakan. Terus ke hadapan adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada, sama seperti Najib yang juga pasti akan berhabisan mempertahankan kedudukannya.

Yang jelas, pertembungan dan pertempuran akan lebih hebat serta menarik selepas ini. Cuma, siapa menang siapa kecundang saja yang masih dalam perhitungan dan ketidaktentuan.
 
 

Rakyat tolak kenyataan menteri

Posted: 18 Oct 2015 05:22 AM PDT

 
Ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat


Mustapa-Mohamed_tppa_new_600


PETALING JAYA: Masyarakat didakwa sudah hilang keyakinan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Ia susulan kenyataan Mustapa yang memaklumkan bahawa TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang pertama mengiktiraf agenda Bumiputera negara.

Portal Ismaweb melaporkan, di laman sosial Faceboook, ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat sedangkan bukti kukuh mengenai perkara itu masih belum ditunjukkan oleh kerajaan.

"Orang dah tak percaya dah, junjung Al-Quran pun belum tentu orang percaya," kata pemilik akaun bernama Kamaruzaman Man.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Al Bakari menyifatkan kenyataan Mustapa sama seperti janji kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Permulaan bolehlah cakap. Tengok GST, kata harga barang akan turun apabila laksana, semua barang naik," katanya.Abah Jaafar pula berkata, Malaysia tidak akan papa kedana sekiranya tidak menyertai TPPA.

Mustapa pada Majlis Sesi Penjelasan Tentang TPPA anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein baru-baru ini berkata, kerajaan akan terus memastikan agenda Bumiputera dan hak kerajaan tidak terjejas sekiranya TPPA ditandatangani.

Ahli Parlimen pembangkang b.o.d.o.h-Nazri

Posted: 18 Oct 2015 05:19 AM PDT

 
Mereka dikatakan tidak faham dengan aturan mesyuarat di Parlimen


nazri-aziz2



KUALA LUMPUR: Tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang berterusan menggesa agar undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri disifatkan sebagai perbuatan bodoh.

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mempertikaikan tindak tanduk segelintir dari mereka yang masih tidak faham mengenai urusan aturan mesyuarat di Parlimen.

"Banyak ahli Politik bodoh, nak berpolitik tapi urusan Parlimen tidak faham. Saya sebut ya, bodoh. Kalau tidak reti, eja b.o.d.o.h.

"Ia termasuk sesetengah veteran yang sudah lama jadi Ahli Parlimen tetapi, masih tidak faham lagi," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak wujud dalam sistem Parlimen di negara ini.

"Banyak kali saya sebut, lebih 14 tahun saya jadi menteri dan lima tahun sebagai menteri yang menguruskan tatacara di Parlimen, tidak wujud mengenai usul undi tidak percaya.

"Malah, tidak ada satu peruntukan khusus untuk sebarang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana Ahli Parlimen," Katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara Tourism Hunt pada Ahad.

Pada masa sama, Nazri turut menjelaskan bahawa usul undi tidak percaya memang tidak wujud, namun, ia tetap boleh dilakukan tetapi dengan cara tidak langsung.

"Sebagai contoh, di dalam Pembentangan Bajet 2016, atau mana-mana Rang Undang-Undang (RUU), kerajaan telah ditolak dan itu secara tidak langsung boleh dibaca sebagai undi tak percaya.

"Sebab, sepatutnya kerajaan tidak akan kalah kerana kita ada majoriti," ujarnya.

Pemuda MIC kutuk Tun M

Posted: 18 Oct 2015 05:09 AM PDT



 
Sivaraajh meminta perwakilan MIC henti agungkan Dr Mahathir sebaliknya menyanjung kepimpinan Najib


Siva-mic


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Sivaraajh Chandran menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang rasis.

Dakwaan itu dikukuhkan selepas dia membaca buku yang ditulis oleh Dr Mahathir berjudul 'Doctor In The House'.

"Saya tak salahkan sesiapa, saya cuma salahkan Tun Mahathir. Saya baca buku 'Doctor In The House'.
Saya tahu betapa rasisnya beliau," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur pada Ahad.

Mengulas lanjut, Sivaraajh turut mengkritik kepimpinan Dr Mahathir sewaktu beliau mentadbir negara, dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah mengubahsuai pelbagai polisi bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak.

"Sejak Tun M, dasar ekonomi baru diperkasakan oleh beliau, pelbagai polisi diubahsuai, dicatatkan untuk memenuhi kehendak sesetengah kumpulan," katanya.

Ketika berucap di hadapan kira-kira lebih 500 pemuda, wanita, putera dan puteri MIC, Sivaraajh turut menasihatkan agar perwakilan berhenti mengagungkan Dr Mahathir.

Hal ini kerana, Dr Mahathir dikatakan telah menjadi punca terhadap krisis sedia ada yang dialami negara pada hari ini.

"Saya kagumi beliau sebagai individu. Tetapi hari ini saya sangat sedih dengan perkembangan semasa yang berlaku di negara kita.

"Semua yang kita hadapi hari ini adalah disebabkan Tun M. Saya harap janganlah mengagungkan Tun M.
Beliau pemimpin baik, cuma polisi beliau bermotifkan, berpaksikan kepada individu golongan tertentu sahaja," katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya sebagai pemimpin yang prihatin dan merasai kesusahan masyarakat India di negara ini.

"Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia. Beliau prihatin tentang pembangunan dan kesusahan masyarakat India.

"Beliau sanggup melawan arus, bukan seperti pemimpin lain untuk bantu masyarakat India," ujarnya lagi.

Kaum India bukan ancaman kepada Melayu – Subramaniam

Posted: 18 Oct 2015 05:06 AM PDT

 
Orang Melayu kekal sebagai tonggak kuasa kerana mereka merupakan majoriti di negara ini


Subramaniam_mic_600


KUALA LUMPUR:Orang Melayu di negara ini tidak seharusnya merasa terancam dan tertindas kerana mereka merupakan kaum majoriti.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, tidak wajar bagi orang Melayu merasa seperti itu kerana jawatan tinggi di negara ini majoritinya dikuasai mereka.

"Kebanyakan pemimpin adalah dari bangsa Melayu, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri adalah Melayu. 80 hingga 70 peratus menteri Kabinet adalah Melayu dan kesemua Menteri Besar di negara ini adalah Melayu.

"90 peratus penjawat awam adalah Melayu, majoriti anggota tentera di negara ini adalah Melayu dan 98 peratus anggota polis di negara ini adalah Melayu," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur pada Ahad.

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kesihatan itu berkata, sekiranya bangsa Melayu terancam, bagaimana pula dengan nasib kaum India di negara ini yang diketahui merupakan golongan minoriti.

"Bagaimana komuniti majoriti boleh kata mereka terancam. Jika mereka terancam, bagaimana dengan kita (bangsa India). Kita seharusnya menyorok di belakang rumah.

"Apa perasaan komuniti India. Sudah tentu mereka merasakan mereka tidak terlibat sama dalam pembangunan, walaupun negara ini terus berkembang pesat," ujarnya lagi.

Pada masa sama, beliau meminta orang Melayu tidak melihat MIC sebagai satu ancaman, kerana apa yang diusahakan selama ini hanyalah untuk menuntut kesaksamaan.

"Disebabkan itu kita rasa terpinggir. Jadi, kita mencari keadilan. Di dalam situasi dan masa yang mencabar ini, apabila saya bercakap dengan bangsa Cina, kita mahukan kesaksamaan agar dapat bersama-sama membangunkan negara," ujarnya lagi.

Piala Malaysia: Selangor pasukan pertama ke Suku Akhir

Posted: 18 Oct 2015 04:47 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Juara 32 kali, Selangor menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir bola sepak Piala Malaysia selepas menjuarai Kumpulan C, malam tadi.
 
Biarpun masih mempunyai satu lagi baki perlawanan, 10 mata yang dikutip selepas lima perlawanan dalam kumpulan maut itu, sudah cukup mengesahkan kedudukan mereka sebagai juara kumpulan selepas pencabar terdekat Felda United dan T-Team, masing-masing mengutip enam mata diikuti Kelantan yang mendapat lima mata.
 
Selangor meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan wakil Terengganu, T-Team 2-1 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Andik Vermansah dan Ahmad Hazwan Bakri, masing-masing pada minit ke-18 dan 72 manakala gol tunggal pelawat disumbang Mohd Zarulizwan Mazlan pada minit ke-28.
 
Felda United dan Kelantan pula terikat 2-2 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
 
Penyerang import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes meledak dua jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-18 dan 32 manakala dua gol Kelantan dihasilkan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-28 dan kapten Mohd Badhri Radzi pada minit ke-43.
 
Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan rekod tanpa kalah kepada tiga perlawanan selepas mengatasi Angkatan Tentera Malaysia 4-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
 
Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan terus mengungguli kumpulan berkenaan menerusi kutipan maksimum sembilan mata selepas tiga perlawanan.
 
Empat gol JDT dijaringkan S.Chanthuru pada minit ke-11, kapten pasukan Safiq Rahim (m24), Luciano Figueroa (m36) dan Mohd Nazrin Mohd Nawi (m69).
 
Dalam satu lagi aksi kumpulan B, jaringan tunggal J. Partiban pada minit ke-34 membolehkan Sarawak meraih tiga mata ke atas Perak di Stadium Negeri, Kuching.
 
Terengganu pula kembali menghidupkan peluang memburu slot ke suku akhir selepas menewaskan pendahulu Kumpulan A, Kedah 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
 
Penyerang import dari Kanada, Issey Nakajima-Farran meledak dua gol untuk skuad Penyu pada minit ke-24 dan 73 serta jaringan Hasmizan Kamaruddin (m76) manakala Kedah meraih gol saguhati menerusi Bang Seungwhan (m68).
 
Kekalahan itu menyaksikan wakil kelab Singapura, Lions XII merampas kedudukan Kedah di tangga teratas kumpulan selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas JDT II hasil jaringan Shahdan Sulaiman pada minit ke-49 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
 
Sementara itu, kejutan berlaku dalam saingan kumpulan D selepas juara bertahan, Pahang yang juga pendahulu kumpulan, kalah mengejut 1-4 kepada PKNS FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
 
Empat gol skuad Semut Merah dijaringkan Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-15, Pedro Henrique (m25), Mohd Nizam Abu Bakar (m82) dan Patrick Ronaldinho Wleh (m90) manakala Pahang memperoleh gol saguhati menerusi Zesh Rehman (m45).
 
Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Pulau Pinang dalam satu lagi aksi Kumpulan D.
 
Tiga gol skuad The Cops dijaringkan Mohamadou Sumareh pada minit keempat dan 84 serta gol Ahmad Nizam Mohd Rodzi (m9) manakala Lee Gil Hoon dan Mohamad Faisal Abdul Halim menjaringkan gol tuan rumah, masing-masing pada minit ke-67 dan 90.
 
Kempen Piala Malaysia kembali bersambung malam ini selepas ditunda Persatuan Bola Sepak Malaysia susulan keadaan jerebu yang melanda negara sebelum ini.-- BERNAMA
 
 

Biar PKR pula tanggung liabiliti, ujar akhbar

Posted: 18 Oct 2015 04:46 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pada ketika 'penghijrahan' Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam PKR disambut dengan penuh keterujaan oleh parti berkenaan, sebaliknya ia disifatkan Umno sebagai 'hilangnya beban yang besar', demikian ujar akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
 
Akhbar itu menerusi ruangan Analisis Mingguan tulisan Awang Selamat berkata, tindakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga menyerlahkan lagi sisi pemimpin berkenaan dilihat sebagai duri dalam daging.
 
"Ia umpama PKR mendapat pemain bola sepak import yang bukan saja gagal menjaringkan gol dan kurang cergas, tetapi menghadapi masalah ego, karakter serta disiplin yang serius," tulis Awang Selamat memetik komen seorang pemimpin Umno.
 
Saifuddin mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR Khamis lalu, berikutan kecewa dengan kegagalan Umno menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.
 
Beliau sebelum itu mendapat surat tunjuk sebab daripada Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat melibatkan parti pembangkang 22 September lalu.
 
Tindakannya menghadiri persidangan berkenaan disifatkan sebagai mencemar imej parti, sehingga beberapa pihak mendesak tindakan diambil ke atas beliau. 
 
Awang Selamat dalam pada itu juga menyifatkan masa depan Saifuddin dalam Umno merudum selepas tewas kepada calon PAS Nasrudin Hassan di kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
 
Saifuddin juga gagal mempertahankan jawatannya sebagai ahli majlis tertinggi Umno pada pemilihan Umno baru-baru ini.
 
"Maka benar kata ramai, Umno tidak rugi apa-apa. Aura negatif Saifuddin sudah terbang daripada parti tersebut dan biarlah PKR pula menanggung liabiliti itu," tulis kolumnis itu lagi.
 
 

Himpunan Hijau: Pas bukan hendak tunjuk hero

Posted: 18 Oct 2015 04:40 AM PDT

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


KUALA LUMPUR - Penganjuran Himpunan Fastaqim (H60K) yang bakal diadakan di Kota Bharu pada 17 Oktober ini bukan untuk bersaing dengan himpunan lain sebaliknya hanya untuk menyatukan penyokong Pas.

Pengarah himpunan itu, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sebelum ini, ramai orang bertanya kepadanya berhubung penganjuran himpunan itu dan menyifatkan seolah-olah H60K mahu menjadi juara di sebalik penganjuran himpunan-himpunan sebelum ini.

"Ramai kata kita cuba bersaing, kalau dilihat Himpunan Bersih 4.0 kita tidak perlu bersaing kerana kita benarkan ahli kita pergi, sementara Himpunan Baju Merah pula kita tidak perlu bersaing sebab kita memang bersaing sejak dahulu lagi dengan mereka (merujuk kepada Umno).

"Jadi saya hendak nafikan perkara ini, dan ia tiada kaitan langsung‎, kita buat untuk kukuhkan parti dan untuk rakyat lihat bahawa  kita mampu menangani isu dalaman parti dengan cepat," katanya ketika menjadi panel dalam Forum Bicara Harakah di ibu negara, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: H60K terbuka kepada semua]

[ARTIKEL BERKAITAN: Warna hijau tapi H60K terbuka kepada semua]


Dalam pada itu, ketika mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, terdapat beberapa signifikan di dalam penganjuran himpunan itu disamping pemilihan simbol angka 60.

"Saya boleh sebut kita pilih angka 60 ribu ini sempena dengan umur 60 tahun Pas Kelantan,  dan Pas sendiri  64 tahun walaupun sasaran kita harap himpunan itu dihadiri lebih 60 ribu.

"Tujuan himpunan ini adalah untuk mengukuhkan kekuatan Pas itu tujuan sebenar dan itu sambungan kepada himpunan Pas sebelum ini dengan niat hampir sama untuk mengukuhkan kesepaduan Pas.

"Untuk Pas dilihat sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu yang layak untuk memimpin negara Malaysia, sebagai sebuah parti yang bercita-cita tinggi untuk sampai ke Putrajaya dengan membawa agenda Islam dalam pemerintahan Malaysia," katanya.


Pas belum nyata pendirian usul tak percaya Najib

Posted: 18 Oct 2015 04:36 AM PDT

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang 
 
 
KOTA BHARU - Pas  belum menyatakan secara jelas sama ada mahu menyokong atau menolak sekiranya usul  undi tidak percaya dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang parlimen bermula 26 Oktober ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya ingin melihat dahulu usul tersebut sebelum membuat ketetapan.

"Kita tunggu dan lihat  apa yang kewajarannya, pernah  usul ini  beberapa tahun lalu dibawa,"katanya semasa  sidang media selepas Program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kedudukan ahli Parlimen Pas berubah Isnin ini]

Program itu dikatakan berjaya mengumpul lebiH 100 ribu penyokong dari seluruh negara.

Sementara itu, Hadi ketika ditanya adakah wajar usul itu itu dibawa, Ahli Parlimen Marang itu berkata, "kita lihat hujah mereka"

Dalam perkembangan lain,  beliau berkata, Pas  tidak menolak kemungkinan  akan menambah bilangan calon sama ada di peringkat Dun dan Parlimen dalam PRU 14.

" Kita akan tambah kerusi dan tambah kemenangan,"katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI.

Laporan teknikal MH17 bakal dakwa dalang nahas

Posted: 18 Oct 2015 04:26 AM PDT

SINAR HARIAN


MH17
Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
 
 
KUALA LUMPUR - Laporan teknikal tragedi MH17 yang diterbitkan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) baru-baru ini, merupakan satu langkah ke hadapan dalam membantu siasatan jenayah oleh Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) bagi mengesan dan mendakwa dalang kejadian itu.
  
Duta Ukraine di Malaysia, Ihor Humennyi berkata walaupun laporan itu tidak mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab seperti mana diharapkan orang ramai, laporan JIT lima negara yang akan dikeluarkan tidak lama lagi akan menyelidiki aspek jenayah siasatan itu.
  
"Laporan teknikal DSB itu sangat penting bagi kita semua kerana ia membuka pintu bagi kerja-kerja selanjutnya dalam proses siasatan," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di sini baru-baru ini.
  
"Walaupun ia tidak menyebut siapa yang bertanggungjawab dan menggunakan banyak terma teknikal, ini akan menyumbang kepada laporan jenayah yang akhirnya akan membawa kepada penutupan kes tersebut," kata duta itu.
  
JIT, terdiri daripada Belanda, Malaysia, Belgium, Ukraine dan Australia ditubuhkan bagi mewujudkan fakta-fakta, mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan mengumpul bukti, yang boleh digunakan di mahkamah, manakala pasukan penyiasat yang diketuai oleh DSB memfokuskan kepada aspek teknikal tragedi.

Pasukan DSB, yang juga terdiri daripada Malaysia, Ukraine, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia tidak terlibat dengan soal menyalahkan pihak-pihak tertentu atau liabiliti kerana ia terletak di bawah siasatan jenayah, menurut laman web rasmi DSB.
  
Pada Selasa, DSB membuat kesimpulan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK buatan Rusia ketika terbang pada ketinggian 33,000 kaki di kawasan bergolak timur Ukraine dan membunuh kesemua 298 penumpang pada 17 Julai tahun lepas.
  
Rusia telah mempertikaikan penemuan itu dan dalam sidang akhbar pada Khamis, Duta Rusia di Malaysia Valery N.Yermolov berkata ia 'tidak benar' memandangkan Rusia telah berhenti memiliki peluru berpandu pada 2011.
  
Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan laporan DSB itu, siasatan jenayah oleh JIT perlu menyediakan jawapan yang pasti bagi membolehkan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.
  
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan laporan DSB itu juga, JIT akan dapat membuat beberapa kesimpulan daripada analisis teknikal mengenai siapa yang melepaskan peluru berpandu sehingga menembak jatuh MH17. - Bernama


Kenaikan tol: Pembangkang juga naikkan caj, kata Najib

Posted: 18 Oct 2015 03:59 AM PDT

Koh Jun Lin





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas kerajaan negeri pembangkang hari ini, berkata bahawa mereka juga didapati ia perlu meningkatkan kadar bayaran yang dikenakan ke atas rakyat.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata antaranya kerajaan Pulau Pinang yang menaikkan caj pembangunan, tarif air dan bayaran letak kereta.

"Kami akan buat apa sahaja yang perlu untuk rakyat tai kerana kita kerajaan, kita tidak boleh ambil pendekatan populis setiap masa. Perkara realiti yang perlu kita sampaikan.

"Pembangkang, mereka kata mengenai semua perkara tapi bila mereka dalam kerajaan, (bayaran) naik juga...

"Jadi kadang kala kita kena kena naikkan. Kami tak ada pilihan. Jika tidak, kamu bayar pampasan. Ia sama juga dengan tol," katanya sewaktu menyampaikan ucapan dalam persidangan perwakilan nasional Gerakan di Shah Alam hari iini.

Ucapannya hadir susulan kenaikan harga tol dalam lebuh raya dalam bandar sekitar Kuala Lumpur dan Selangor minggu lalu.

Beliau juga mendedahkan bahawa kerajaan masih membayar RM588 juta pampasan kepada lebuh raya antarabandar tahun ini. [Baca berita asal]

Sementara itu Bernama melaporkan, Najib menggesa orang ramai supaya tidak menjadikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu topik politik yang terus diperdebatkan dan membenarkan syarikat itu menjalankan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata: "Izinkan 1MDB untuk diselesaikan, jika terdapat salah laku (dalam 1MDB) biar PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) siasat, dan apa sahaja yang tindakan sewajarnya akan diambil.

"Oleh kerana kita telah dipilih oleh rakyat, kita akan melakukan tindakan yang terbaik," katanya ketika merasmikan persidangan Perwakilan Nasional ke-44 parti Gerakan di Shah Alam hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negara melalui masa yang sukar, termasuk Malaysia yang telah melalui krisis kewangan Asean dan berjaya pulih semula kerana ada keyakinan yang kuat dalam kepimpinan.

"Jika kita sokong kepimpinan, Insya-Allah, kita akan mengatasi semua cabaran politik dan ekonomi, malah masalah 1MDB dapat diselesaikan.

"Jangan benarkan ia (1MDB) menjadi satu topik politik yang terus diperdebatkan hanya kerana anda mahu menukar kerajaan dan kepimpinan negara. Anda tidak boleh (berbuat demikian) kerana kita dipilih secara demokratik oleh rakyat," kata Najib.

Mengulas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Najib berkata Malaysia harus terbuka kepada pasaran global untuk menjadi sebuah negara yang berjaya.

"Sebab itu kita mengambil bahagian dalam TPPA ... kerana kita adalah negara perdagangan utama dan negara perdagangan utama memerlukan pasaran. Malah pembekal perabot di Muar (Johor) boleh mengeksport ke negara-negara TPPA.

"Secara prinsipnya adalah baik jika kita menandatangani TPPA namun kita melindungi pasaran domestik. Percayalah, apa yang kita lakukan adalah cara yang betul ...kita percaya bahawa Malaysia sebuah negara moden dan progresif tetapi kita mesti terbuka kepada dunia," katanya.

TPPA akan dibahaskan di Parlimen tidak lama lagi dan ia akan mengambil masa tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat.


Bawa Pulang Semangat Fastaqim Untuk Pembudayaan Gerakan Islam

Posted: 18 Oct 2015 03:54 AM PDT



DETIK DAILY


Tanah Serendah sekebun bunga, Kelantan menjadi saksimata bagaimana lebih seratus ribu para pendokong PAS berhimpun, memugar kembali semangat serta menggebu aspirasi untuk terus beristiqomah. Mereka datang tanpa diupah, berjejer keringat menempuh pemusafiran yang jauh, namun relung dada mereka menyala api semangat dalam kuntuman ukhuwwah yang mekar bersemi.


Himpunan FASTAQIM menterjemahkan rasa cinta yang mendalam pendokong PAS terhadap jamaah yang mereka cintai walaupun musuh dan pengkhianat sentiasa cuba merobek maruah dan reputasi PAS. Himpunan yang merapatkan pendokong PAS yang mempunyai pelbagai latarbelakang sosio politik, lantaran gegaran pasca muktamar yang berjaya menelanjangi wajah sebenar sekelompok bekas pimpinan PAS.

PAS dalam beberapa bulan ini telah menghadapi lonjakan pertambahan ahli baru di seluruh belahan negara, paralel dengan gelombang sambutan hebat program-program yang dibuat diperingkat cawangan, kawasan, negeri dan juga pusat. Tabiat tersembunyi pendokong PAS dalam tempoh enam dekad ini ialah apabila PAS diasak dan ditekan maka semangat mereka melantun ke udara. Energi mereka seperti dirasuk untuk terus bekerja bagi mengumpulkan kembali sokongan massa dan membentengi jamaah daripada segenap penjuru.

PAS yang merupakan kesinambungan gerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British telah merencahkan dengan baik lapangan operasional sektor siasah, dakwah dan tarbiah dalam tempoh enam dekad. Sejarahnya sarat dengan hujaman musuh dan persaingan dengan gerakan dhirar yang cuba memecahkan kesatuan umat Islam.

Lambang PAS pernah diharamkan, ahli-ahli PAS ratusan jumlahnya yang pernah mendekam di khemah ISA, ribuan ahlinya menghadapi penindasan berterusan, puluhan yang mati dibunuh regim tirani. Sejarah ini tidak dihadami oleh anak muda kail panjang sejengkal yang malas membaca, merasakan PAS ini terlalu lemah untuk menguruskan perubahan dan momentum politik negara ini. Mereka silap, termasuk penganalisa politik separuh masak yang juga pencatur gerakan dhirar yang menyatakan PAS akan lenyap dalam 20 tahun akan datang. Sangat naif dan memalukan artikulasi yang sangat lemah, sedangkan himpunan FASTAQIM menunjukkan kehadiran 70 peratus anak-anak muda yang energetik. Merekalah yang akan mewarisi perjuangan Islam yang menjadi nuansa perjuangan PAS, tanpa kompromi.

Semangat yang dikutip dan lantunan laungan takbir di Kota Bharu wajib diteruskan ke seluruh belahan negara. Pulang dari Himpunan FASTAQIM, maka antara agenda yang wajib digerakkan oleh pendokong PAS ialah memperkasakan program tarbiah dan tajnid. Hidupkan usrah, rehlah, tamrin diperingkat cawangan untuk memperkasakan fikrah ahli dan mempertautkan ukhuwwah. kawasan pula menggerakkan kempen penambahan ahli baru dan menggiatkan ijtimak di peringkat kawasan. Mengatur pelbagai program yang boleh memecahkan tembok kaca diantara PAS dan masyarakat Muslim dan bukan Islam. Gerakkan kempen membeli Harakah yang menjadi lidah rasmi parti dan sebarkan Harakah dilapangan masyarakat.
Pendokong PAS wajib memanfaatkan ruang siber untuk menyebarkan pengaruh PAS kerana medium ini mempunyai jumlah pemain yang besar.

Dianggarkan Malaysia mempunyai 15 juta pemilik akaun FB, juga aplikasi media sosial yang lain. Pengaruh media sosial cukup besar merembes pengaruh terutama kelompok kelas menengah berpendidikan dan menjangkaui kawasan luar bandar yang sebelum ini menjadi kubu kuat UMNO BN. Ayuh kita genggam erat tangan untuk menggapai kejayaan, tiada jalan mudah melainkan segunung tad'hiah yang berterusan...maka istiqomah teman-teman semua!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Panitia FASTAQIM 2015)

Khaled, giliran rakyat ‘sekolahkan’ Umno

Posted: 18 Oct 2015 03:48 AM PDT



Oleh Sheikh Omar Ali


Tahniah kepada menteri besar Johor - Datuk Seri Khaled Nordin atas cadangan agar Umno didukung pemimpin yang baik, boleh diteladani dan profesional.Dengan kata lain, Umno sekarang ini didukung pemimpin yang rosak, tidak berakhlak dan tidak profesional.

Persoalan saya, apakah Umno mampu merealisasikan hasrat diutarakan MB Johor ini? Menyinggung soal kepimpinan yang baik dan boleh diteladani, rakyat sendiri sudah dapat melihat, kepimpinan tertinggi Umno sendiri pada hari ini dipalitkan dengan pelbagai skandal dan permasalahan.

Dalam isu 1MDB misalnya, pemimpin nombor satu Umno sendiri tidak dapat menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan dikemukakan pelbagai pihak terhadap dirinya. Keadaan ini dikhuatiri meruntuhkan keyakinan rakyat dan bakal menggadaikan masa hadapan negara.

Lihat sahaja dari persoalan dikemukakan pihak pembangkang, kemudian munculnya tokoh-tokoh veteran Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Tee Kiat.

Tidak lupa juga peringatan dari Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober 2015 lalu berkaitan isu 1MDB dan ketidaktentuan arah politik, ekonomi dan sosial negara; memperlihatkan kerosakan Umno sudah benar-benar ranum membarah.

Dalam keadaan begini pun, majoriti para pemimpin Umno masih mengambil sikap berdiam diri seakan-akan bersekongkol dengan kepimpinan yang tidak amanah.

Dari sisi lain, saya mengambil contoh langkah yang diambil bekas timbalan menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR minggu lalu.

Beliau seorang yang dikenali bersih dan profesional semasa berada dalam Umno. Saya sendiri mengenali beliau secara dekat semasa keterlibatan saya dalam aktivisme kampus. Dalam konteks itu, antara jasa beliau adalah meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan diberikan ruang aktivisme yang lebih wajar kepada mahasiswa.

Namun beliau akhirnya meninggalkan Umno dengan satu mesej yang jelas; Umno enggan berubah!

Kritikan akar umbi enggan didengari dan tiada pembaharuan dalam pucuk pimpinan. Perjuangan beliau yang ingin membawa perubahan besar dalam politik dan reformasi institusi tidak disambut baik Umno.

Dalam keadaan begini, saya lontarkan semula persoalan kepada MB Johor; apakah lagi harapan yang boleh diberikan kepada Umno apabila saranan agar parti tersebut didukung pemimpin yang baik, boleh diteladani dan professional dibuat?

Ianya bagi saya tidak lebih sekadar harapan palsu yang ingin diperlihatkan kepada rakyat agar terus memberikan kepercayaan kepada Umno sedangkan Umno itu sendiri ibarat penghidap barah yang sedang menunggu mati.

Ia juga seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi.

Menurut kajian Merdeka Centre yang dilaporkan akhbar Straits Times Singapura, tahap sokongan pengundi Melayu dan Cina terhadap kerajaan hari ini menurun kepada masing-masing 31% dan 5% berbanding 52% dan 11% pada Januari lalu.

Manakala keseluruhan tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan hanyalah pada angka 23% di samping hanya 17% sahaja rakyat yang berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Saya amat pasti, atas faktor-faktor sebeginilah menyebabkan Khaled mula memikirkan suatu saranan drastik perlu dibuat untuk menyelamatkan Umno.

Saya tiada masalah dengan itu.

Namun bagi saya, Khaled sepatutnya melontarkan saranan tersebut sejak awal-awal dahulu lagi. Bukan selepas Umno dan pemimpinnya terjerut dengan ketamakkan dan salahguna kuasa yang mereka lakukan sendiri sehingga menghakis keyakinan rakyat.

Sepatutnya kali ini ialah giliran rakyat pula untuk 'sekolahkan' Khaled dan Umno dengan menolak mereka daripada terus memimpin dan memusnahkan masa hadapan Malaysia.

* Sheikh Omar Ali merupakan pegawai khas kepada pengerusi DAP Johor / Ahli Parlimen Kluang - Liew Chin Tong

AirAsia tawar 3 juta tambang istimewa untuk semua destinasi di Asia, Australia

Posted: 17 Oct 2015 11:21 PM PDT

Bernama
AirAsia tawar 3 juta tambang istimewa untuk semua destinasi di Asia, Australia
Tempahan bagi promosi tempat duduk ini boleh dibuat daripada 19 hingga 25 Okt, 2015 bagi tempoh perjalanan mulai 1 Mac hingga 29 Okt 29, 2016 melalui airasia.com. - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan tiga juta promosi tempat duduk ke lebih 20 negara di seluruh Asia dan Australia bermula 19 hingga 25 Okt.

Menurut AirAsia dalam satu kenyataan di sini hari ini, tambang istimewa itu disasar untuk memacu perjalanan domestik dan antarabangsa dalam lingkungan rangkaian serantau yang meluas bagi kumpulan penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Bagi perjalanan domestik dalam Malaysia, pelanggan boleh menuju ke Pulau Pinang dan Kota Baharu dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM29 sehala, Langkawi daripada RM39 sehala, Kuching daripada RM89 sehala manakala Kota Kinabalu RM109 sehala, kesemua destinasi itu berlepas dari Kuala Lumpur.

Pelanggan juga boleh menikmati perjalanan dari Kuala Lumpur ke destinasi lain seperti Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua daripada serendah  RM99 sehala, Goa (India) hanya daripada RM229 sehala, Busan (Korea Selatan) pula bermula RM249 sehala sementara Sapporo (Jepun) yang sangat popular hanya daripada RM359 sehala.

Promosi tambang termasuk semua ini adalah tertakluk kepada perjalanan sehala sahaja termasuk cukai.
Tempahan bagi promosi tempat duduk ini boleh dibuat daripada 19 hingga 25 Okt, 2015 bagi tempoh perjalanan mulai 1 Mac hingga 29 Okt 29, 2016 melalui airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com. 

Kementerian Pendidikan tegur sekolah buang Jalur Gemilang

Posted: 17 Oct 2015 11:19 PM PDT

Bernama
Kementerian Pendidikan tegur sekolah buang Jalur Gemilang
MAHDZIR: Kepimpinan sekolah termasuk pengetua dan guru besar perlu bijak dalam tindak-tanduk pengurusan sekolah masing-masing dan tidak mengambil mudah isu sensitif. - Gambar Fail
LANGKAWI: Kementerian Pendidikan telah memberi teguran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa, Alor Setar mengenai insiden pembuangan Jalur Gemilang di sekolah itu yang telah tersebar di media sosial.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kepimpinan sekolah termasuk pengetua dan guru besar perlu bijak dalam tindak-tanduk pengurusan sekolah masing-masing dan tidak mengambil mudah isu sensitif yang sering dimanipulasi dalam media sosial.

"Kita telah memberi teguran bukan sahaja kepada pihak sekolah itu, tetapi mana-mana pihak tentang perkara yang berkaitan dengan bendera yang merupakan lambang negara kita, tidak boleh dipermainkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan Semenanjung Malaysia ke-20 di sini.

Mahdzir berkata penjelasan awal pihak sekolah berkenaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menyatakan bahawa pembuangan bendera itu merupakan kesilapan pekerja swasta yang dilantik Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah itu untuk membersihkan stor mereka.

Pekerja-pekerja swasta itu mendapati bendera-bendera sumbangan PIBG untuk sambutan Hari Kemerdekaan lepas telah rosak dan terkoyak dan bertindak membuangnya tanpa merujuk kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

Mahdzir berkata ada prosedur tertentu yang perlu diikuti sebelum melupuskan bendera yang telah rosak, namun kementeriannya akan menunggu laporan penuh berhubung kejadian berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.
"Kita tidak boleh ambil mudah hanya kerana ia barang lama yang sudah rosak, dibuang begitu sahaja, pemimpin sekolah seperti guru besar atau pengetua kena peka," katanya. 

TPPA: Kerajaan akan pertahankan kedaulatan negara - Najib

Posted: 17 Oct 2015 11:17 PM PDT

Mariah Ahmad, Astro Awani
TPPA: Kerajaan akan pertahankan kedaulatan negara - Najib
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Ke-44 hari ini. - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan akan terus mempertahan dan memperjuangkan kedaulatan dan perdagangan domestik negara biarpun Malaysia berpegang kepada prinsip kerterbukaan dalam perdagangan global menerusi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

"Kerajaan berjuang habis-habisan dalam rundingan ini.

"Kerajaan tidak akan menjual kepentingan perdagangan domestik dan kepentingan negara," tegas Najib dalam ucapan rasminya pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di Pusat Konvensyen Setia City.

Bagaimanapun jelas Najib, Malaysia perlu menyertai TPPA bagi mengembangkan pasarannya di peringkat global.

"Ketika saya berada di Amerika, golongan korporat di sana percaya dengan Malaysia walaupun banyak suara 'bising' yang memburukkan negara ini.

"Namun, walaupun dengan suara 'bising' itu, negara kita berada di peringkat yang baik, dan kerana itu juga kita sertai rundingan TPPA.

"Kerana kita adalah negara perdagangan yang besar," katanya lagi.

Beliau juga berkata ramai terlupa jika Malaysia tidak terlibat sebagai antara yang pertama dalam perjanjian TPPA ini, ia akan mengenakan kos yang tinggi jika negara mahu menyertainya pada masa yang akan datang.

"Jika kita lebih terbuka kepada dunia luar, pasaran luar, kita akan menjadi negara yang lebih berjaya berbanding kalau kita hanya menutup sempadan. Ini adalah falsafah yang kita percaya.," tambah Najib.

Malaysia adalah antara 11 negara lain yang sebelum ini telah bersetuju dengan rundingan perjanjian TPP yang akan menghapuskan sekatan dan memudahcarakan prosedur perdagangan di kalangan semua negara anggota.
Perkara itu dipersetujui semua Menteri-Menteri Perdagangan negara Pasifik yang menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri TPPA di Atlanta, Amerika Syarikat, pada awal bulan ini.

Selain Malaysia, negara anggota yang telibat dalam rundingan perjanjian TPP adalah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. 
 
 

Hadi tidak anggap Amanah ancaman besar PAS

Posted: 17 Oct 2015 11:05 PM PDT


Sebahagian daripada 100,000 ahli PAS yang menghadiri perhimpunan 'Fastaqim H60K' di Kota Baru, Kelantan, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Sebahagian daripada 100,000 ahli PAS yang menghadiri perhimpunan 'Fastaqim H60K' di Kota Baru, Kelantan, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.
 
 
Pemimpin PAS berusaha menyingkirkan impak pesaing mereka Parti Amanah Negara (Amanah), dengan mengadakan perhimpunan raksasa di Kelantan malam tadi yang cuba untuk meningkatkan semangat parti Islam itu dalam menghadapi masa depan lebih mencabar.

Penolakan paling besar datang daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberitahu pemberita Amanah bukan satu ancaman besar kepada parti Islam itu.

Walaupun beliau memandang ringan kesan parti baharu berkenaan, perhimpunan itu menyaksikan Hadi dan ramai pemimpin kanan lain membuat "kecaman berselindung" terhadap Amanah, yang ditubuhkan beberapa ahli-ahli Parlimen PAS terkenal.

"PAS menghadapi cabaran lebih besar pada 1978 apabila ia kehilangan kerajaan Kelantan dan satu pertiga daripada ahli dan pemimpinnya meninggalkan parti," Hadi berkata merujuk semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda. 
 
 Asri, yang ketika itu memegang jawatan presiden PAS meninggalkan parti dan bersama-sama pengikut setia beliau bagi membentuk Hamim.

Satu lagi puak ahli-ahli PAS membentuk Berjasa dan kedua-duanya bertanding menentang PAS pada pilihan raya seterusnya.

"Tetapi kita bertahan dan parti bertambah baik selepas mereka pergi. Jadi apa yang berlaku sekarang adalah lebih besar daripada sebelumnya," kata Hadi kepada pemberita selepas perhimpunan "Fastaqim H60K" di Kota Baru.

Hadi berkata, kehadiran perhimpunan lebih 100,000 peserta melebihi jangkaan penganjur sebanyak 60,000 dan merupakan bukti PAS bukan dalam kesulitan sebagaimana dipercayai pengkritik.

Perhimpunan itu diadakan ekoran dua krisis yang melanda PAS – penghijrahan beramai-ramai ahli dan pemimpin kepada Amanah dan prospek sebagai parti pembangkang tunggal.

Penganalisis meramalkan PAS kalah besar dalam pilihan raya kerana ia bukan sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan.

Pengkritik dalam pembangkang juga menuduh kepimpinan PAS baharu yang diketuai Hadi sebagai hilang sentuhan kerana obsesi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2015.

Dalam ucapannya, Hadi cuba memadamkan kebimbangan itu dengan mendakwa PAS sebagai parti Islam paling lama mentadbir di dunia, mengalahkan parti terkenal lain seperti Ikhwanul Muslimin Mesir dan Barisan Penyelamat Islam Algeria.

PAS memerintah Kelantan selama 25 tahun, satu pencapaian yang belum pernah dicapai mana-mana parti pembangkang lain di Malaysia.

"Walaupun ramai yang bercakap bermacam perkara tentang kita, kita akan terus dan tabah melalui cabaran," Hadi memberitahu hadirin yang memenuhi Stadium Muhammad IV.

Pemimpin lain turut senada dengan Hadi dan walaupun tidak secara khusus menyebut Amanah, parti serpihan itu adalah antara topik berulang dalam ucapan mereka.

"Kita kehilangan pemimpin yang hebat pada masa lalu, Asri Muda, Fuad Ahmad, Osman Abdullah dan banyak lagi. Tetapi ketika mereka keluar, adakah ahli mengikut mereka?" kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

"Tidak, kerana kita adalah parti dasar dan prinsip, bukan individu," kata Idris, yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din cuba mencirikan perjuangan PAS seperti berikut mandat Allah dengan kesan-kesan mengerikan bagi mereka yang meninggalkannya.

"Kita masuk PAS jangan ragu-ragu. perjuangan kita adalah al-Haq. Tetapi apabila kamu tinggalkan al-Haq maka ‎kamu batil.

"Siapa yang tinggalkan perjuangan tinggallah. Tetapi Allah berkata sesiapa yang meninggalkan al-haq menzalimi diri sendiri," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perhimpunan besar itu membuktikan PAS tidak boleh diketepikan dalam landskap politik negara.

"Mereka mengatakan kita menjadi tenat di beberapa negeri, tetapi di Selangor kita berjaya mendaftarkan 6,000 ahli baharu dalam tempoh 3 minggu.

"Saya ingin memberitahu sesiapa sahaja yang fikir PAS boleh diketepikan agar lihat sahaja perhimpunan malam ini."


DAP platform tepat perjuang nasib Melayu Sarawak, kata waris pemimpin BN

Posted: 17 Oct 2015 10:59 PM PDT



Abdul Aziz Isa yakin usaha memperjuangkan nasib Melayu lebih berkesan dengan menyertai DAP kerana tidak mahu menjadi 'pak angguk' kepada semua dasar kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Abdul Aziz Isa yakin usaha memperjuangkan nasib Melayu lebih berkesan dengan menyertai DAP kerana tidak mahu menjadi 'pak angguk' kepada semua dasar kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider. 
 
 
Abdul Aziz Isa, cicit kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Rahman Ya'kub memecahkan tradisi dengan menyertai DAP berbanding kebanyakan ahli keluarganya yang merupakan pemimpin Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB).

Penyertaan lelaki berusia 26 tahun itu menimbulkan kontroversi kerana sangat kurang orang Melayu mahu menyertai DAP yang dianggap parti majoriti Cina.

Namun menurut Aziz, beliau yakin usaha untuk memperjuangkan nasib Melayu lebih berkesan melalui DAP kerana sudah hampir 30 tahun tiada pembangkang Melayu di Sarawak dan parti itu boleh menjadi medan terbaik untuknya.

Bagi Aziz, apabila semua pemimpin Melayu berada dalam kerajaan, masalah yang timbul tidak diperjuangkan kerana semuanya menjadi "pak angguk" kepada semua dasar kerajaan. Kali terakhir Sarawak mempunyai pemimpin pembangkang Melayu adalah pada 1987 seperti Wan Mazihi, Nuh Tahir dan Salleh Jafarudin.

"Merekalah pembangkang Melayu terakhir dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Bila ada masalah sekarang, semua menjadi 'yes man'," kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Sebagai contoh apabila peniaga Melayu di pasar pelancongan Satok dihalau untuk memberikan laluan kepada pembangunan, tiada siapa memperjuangkan nasib mereka, kata Aziz.

"DAP pula yang memperjuangkan mereka kerana kalau kita hendak Melayu maju, bawa mereka ke tengah bandar bukan memindahkan perniagaan mereka ke pinggir bandar kerana tindakan ini akan  meminggirkan mereka," katanya.

Aziz turut menyiapkan ucapan mengenai isu pasar pelancongan di Satok yang akan dibawa pemimpin DAP ke sidang DUN.

Menurut Aziz, umat Islam di Sarawak mempunyai banyak harta akan tetapi habis digunakan untuk membina bangunan-bangunan besar.

"Bangunan Kompleks Islam di Kuching berharga RM90 juta, di Miri RM110 juta, Sibu RM50 juta manakala Sri Aman pula RM90 juta.

"Jumlahnya RM300 juta yang dibina daripada wang tabung Baitulmal Sarawak. Apabila kita minta laporan kewangan, mereka kata itu kuasa menteri di pusat padahal ia dikawal ordinan negeri," katanya.

Aziz mula mendekati politik ketika melakukan "internship" (latihan sambilan belajar) di pejabat ketua pembangkang Sarawak yang juga ketua DAP negeri itu, Chong Chieng Jen.

Beliau juga pernah menjadi pembantu sepupunya yang bertanding di DUN Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni daripada PBB ketika pilihan raya negeri 2011 lalu.

Namun selepas berkenalan dengan PBB, Aziz tidak yakin boleh mendapat tempat dalam kerana memperlukan banyak wang untuk naik dan ini mendorongnya merapati PKR dan DAP di Sarawak.

Peristiwa menjadi satu-satunya Melayu yang menyertai perhimpunan DAP menjelang pilihan raya 2013 dan cadangan dikemukannya kepada Lim Kit Siang diterima dan dilaksanakan, membawa Aziz menyertai parti itu.

Kini, Aziz merupakan pembantu khas ketua pembangkang DUN dan setiausaha publisiti Pemuda DAP Petra Jaya.

Aziz dikatakan akan turut menjadi calon DAP pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Bagi Aziz tindakannya menyertai DAP boleh menukar imej "parti Cina" kepada pelbagai kaum.

"Dalam DAP ini, kami dilatih menjadi wakil rakyat supaya jika kami terpilih sebagai wakil rakyat nanti, kami dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Bagi Aziz, walaupun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mempunyai imej yang baik di kalangan rakyat negeri itu, ia hanya bersifat sementara.

"Saya yakin selepas kita turun dan jelaskan kedudukan yang sebenar, imej itu akan hilang," katanya.

Sehubungan itu, Aziz yakin DAP akan berjaya menambahkan bilangan kerusi DUN dalam pilihan raya negeri akan datang.

"Saya jangka DAP akan meningkatkan kerusinya daripada 12 kepada 24 kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang terutamanya di kawasan Cina.

"Mereka juga akan menang di kawasan Dayak dan kawasan Melayu," kata Aziz yang membayangkan DAP akan bertanding lebih kerusi pada pilihan raya akan datang.

Mahkamah Rayuan baru-baru ini memberikan kebenaran kepada Sarawak untuk meneruskan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu dan menambahkan bilangan kerusi DUN daripada 71 kepada 83.

Aziz juga mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti-parti pembangkang yang ada di Sarawak.

"PAS is past," kata Aziz merujuk kepada tindakan PAS yang bergerak sendirian sekarang.

"Parti Amanah Negara (Amanah) pula mempunyai masa depan cerah dengan pendekatan yang diambil.

"Amanah boleh pergi jauh ke hadapan dan boleh menang di kawasan semi urban. Saya jangka Amanah akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi pada pilihan raya negeri akan datang," katanya.


BR1M kurang kalau tak naikkan tol, kata Najib

Posted: 17 Oct 2015 10:53 PM PDT




Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian.

Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui  BR1M.

"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.

"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. 
 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.

"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.

"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya.



BR1M kurang kalau tak naikkan tol, kata Najib



Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian.
Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui  BR1M.
"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.

"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.
Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).
Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.
"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.
"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/br1m-kurang-kalau-tak-naikkan-tol-kata-najib#sthash.W5THcGmQ.dpuf

BR1M kurang kalau tak naikkan tol, kata Najib



Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian. Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui  BR1M.
"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.

"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.
Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).
Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.
"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.
"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/br1m-kurang-kalau-tak-naikkan-tol-kata-najib#sthash.W5THcGmQ.dpuf

BR1M kurang kalau tak naikkan tol, kata Najib



Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau mempertahankan rasional kenaikan harga tol yang dinaikkan baru-baru ini memandangkan sumber kewangan kerajaan yang terhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian. Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui  BR1M.
"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.

"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.
Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).
Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.
"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.
"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/br1m-kurang-kalau-tak-naikkan-tol-kata-najib#sthash.W5THcGmQ.dpuf

Tujuh kawasan catat IPU tidak setakat 8 pagi

Posted: 17 Oct 2015 10:21 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tiga lagi kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat menjadikan keseluruhan tujuh kawasan setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Pelabuhan Klang, Selangor dengan bacaan 107, selain Banting juga di Selangor dan Tawau, Sabah masing-masing mencatat bacaan 106 berbanding IPU sederhana malam tadi di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Empat lagi kawasan kekal mencatatkan kualiti udara merosot sejak semalam ialah Samarahan (111) dan Kuching (102) di Sarawak serta dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (109) dan Bukit Rambai (102).

Sementara itu, sebanyak 32 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Nilai, Negeri Sembilan (96); Sri Aman di Sarawak dan Port Dickson serta Seremban, Negeri Sembilan masing-masing 95; Shah Alam, Selangor (93); Petaling Jaya, Selangor (90); Tanjung Malim, Perak (85) dan SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (84).

Kualiti udara di ibu negara mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 95 di Batu Muda, Cheras (86) dan di pusat pentadbiran Putrajaya (96).

Sebanyak 13 kawasan pula mencatatkan bacaan baik antaranya Kapit, Sarawak (49); Kuala Terengganu, Terengganu (48); Langkawi, Kedah (44); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan (43); Kangar, Perlis (37); Sandakan, Sabah (34) dan Miri, Sarawak (33).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.-Bernama


Ujian paling besar dalam hidup

Posted: 17 Oct 2015 10:13 PM PDT

Ujian paling besar dalam hidup
Mohd Mubassyir membantu bapanya, Ustaz Yeh yang masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan bantuan tongkat bagi membolehkan dia berjalan.


BACHOK – "Saya nampak ribut pasir dari tingkat dua tempat solat beberapa saat sebelum kren runtuh." Cerita Mat Deris Mohd Noor, 62, atau mesra dipanggil Ustaz Yeh yang cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah September lalu.

Katanya, ketika kejadian, dia baru sahaja selesai menunaikan solat Asar sebelum terdengar dentuman kuat di bahagian luar masjid dan menyedari bahagian kepalanya tercedera akibat terkena batu.

"Saya sempat tengok ribut kuat dan hujan baru saja turun. Tiba–tiba bunyi dentuman kuat dan kepala saya ditimpa batu mungkin akibat runtuhan bangunan itu. Lepas tu saya tak sedarkan diri sehinggalah di Hospital King Abdul Aziz.

"Isteri yang datang bersama pun saya tak tahu di mana. Seumur hidup saya inilah ujian yang paling besar saya rasakan. Perlukan kesabaran yang tinggi untuk semua yang terlibat dalam tragedi ini," katanya.

Detik mencemaskan yang masih segar dalam ingatan itu dikongsi kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Cherang Sepulai, semalam.

Ustaz Yeh ketika ditemui baharu sahaja tiba di rumahnya selepas selamat tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Terengganu.

Dalam tragedi itu Ustaz Yeh mengalami kecederaan di kepala dan patah paha kanan. Kepalanya mengalami berbelas jahitan dan pahanya dimasukkan besi, manakala isterinya mengalami kecederaan ringan.

"Alhamdulillah kami dapat buat haji dengan baik walaupun sesetengahnya perlu upah orang seperti untuk melontar jamrah di Mina.

"Walaupun tak dapat solat berjemaah selepas itu kerana kami perlu solat sendirian dalam bilik, kami reda dengan ujian ini dan amat bersyukur kerana kami pulang dengan selamat," katanya yang tiga minggu berada di hospital.

Untuk tempoh ini, ustaz Yeh perlu menjalani pemeriksaan berkala di hospital memandangkan masih terdapat besi di dalam pahanya.

Anak sulungnya, Mohd Mubassyir,30, berkata, dia amat bersyukur kerana ibu bapanya selamat pulang dan sedikit jamuan kesyukuran diadakan semalam.

"Kami bersyukur semuanya selamat dengan iringan doa semua saudara mara, rakan- rakan dan anak- anak murid ayah. Kami buat jamuan kesyukuran ringkas untuk mereka yang terdekat sempena kepulangan ibu bapa kami,"katanya.

Difahamkan, ini adalah ibadah haji Ustaz Yeh yang ketujuh apabila sebelum ini dia mengerjakan haji setiap tahun ketika belajar di Arab Saudi dari 1978 hingga 1983.


Kepimpinan Pas perlu berubah

Posted: 17 Oct 2015 10:11 PM PDT

Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz
Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz


SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.

Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan.

"Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti.
Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu.

"Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?" katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hassan berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan mendidik pelajar-pelajar di universiti-universiti tempatan dan luar negara dari peringkat awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan.

Ujar beliau, Pas sememangnya mempunyai ramai golongan ulama namun parti berkenaan masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang hebat.

"Pas perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikan dari apa yang mereka luahkan," katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaan politik di negara ini, Hassan turut beranggapan senario politik negara pada masa ini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat semakin matang.

Beliau berkata, masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku.

"Ini barulah politik sebenar. Kalau diam saja, itu dipanggil politik pak turut," katanya.

Dalam pada itu, Hassan yang juga ahli Pas juga turut memaklumkan bahawa kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arena politik tanah air bertujuan bagi menunjukkan kepada Pas yang parti berkenaan bakal kekeringan golongan pemimpin akademik.

Hassan berkata, sekiranya ahli di dalam Pas berpecah, mereka masih mempunyai Amanah sebagai platform bagi meneruskan perjuangan politik.

"Ulama pernah berpesan, perpecahan kerana ingin bersatu itu lebih baik dari bersatu kerana hendakkan perpecahan.

"Kehadiran Amanah dalam politik tanah air adalah merupakan satu perubahan yang baik di samping melahirkan pemimpin dan pelapis yang hebat," katanya.


Pas tolak formula agihan kerusi DAP

Posted: 17 Oct 2015 10:09 PM PDT

SINAR HARIAN



Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
 
 
KOTA BHARU - Pas menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
  
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.
  
"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.
  
Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).
  
Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah Pas bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.


Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan ahli Pas beralih arah kepada parti serpihan itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.
  
"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada Pas. Pas pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada tahun 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.
  
"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya. - Bernama


LPT2 ragut dua lagi nyawa malam tadi

Posted: 17 Oct 2015 10:01 PM PDT

LPT2 ragut dua lagi nyawa malam tadi
Hasan dan anak sulungnya (berdiri, tengah) maut sementara isteri dan anak bongsunya (berdiri, kanan) cedera dalam nahas di LPT2 malam tadi. 


KEMAMAN – Saat kes enam beranak maut yang berlaku empat hari lalu di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) masih jadi bualan dan kesedihan belum pun reda, satu lagi nahas tragis menimpa empat sekeluarga menyebabkan peneroka dan anak sulungnya maut sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.40 malam tadi di Kilometer 273.9 LPT2 dekat susur keluar ke Plaza Tol Cheneh, iaitu hanya lebih kurang 15 kilometer dari lokasi tragedi meragut nyawa Azaman Ramli, 49, sekeluarga pada Rabu lalu.

Bapa tiga anak itu, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazuani, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan di bahagian penumpang belakang pemandu.

Isterinya, Salimah Ghalam, 51, yang turut parah dan anak bongsu mereka, Hanis Shazizatul, 14, yang mengalami kecederaan ringan pula segera dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan segera.

Lebih pilu, tragedi itu berlaku semasa Hasan sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kampung Ibok di Kijal ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru kerana menziarah adik iparnya, Mohd Amin Ghalam, 37, yang melecur teruk akibat insiden belon gas meletup.

Turut menyentuh hati, hari kejadian juga merupakan hari lahir anak kedua mangsa yang ketika insiden berlaku  tidak bersama empat ahli keluarganya itu kerana belajar di Pekan, Pahang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa sekeluarga terbabas melanggar pembahagi jalan susur keluar Plaza Tol Cheneh mengakibatkan bahagian kanan kenderaan itu remuk.

[ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga maut kemalangan di LPT2]

Mohd Amin yang melecur teruk di lengan kiri berkata, kakak dan abang iparnya itu sekeluarga pulang dari rumahnya kira-kira jam 11.15 malam iaitu selepas tamat perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung di televisyen (TV).

Namun pemandu Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) itu sekeluarga kemudian dikejutkan dengan panggilan tidak diduga dan di hujung talian terdengar sayup-sayup suara anak bongsu mangsa meminta tolong.

"Mok Dah…Mok Dah…Tolong, aboh kepit," itu ayat didengar isteri Mohd Amin sebelum suara itu senyap dan beberapa saat kemudian terdengar suara orang awam di hujung talian yang memberitahu keluarga itu kemalangan di susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Mohd Amin berkata, ketika menonton TV bersama-sama, arwah abang iparnya tidak banyak cakap seperti biasa dan cuma diam seakan mulut terkunci.

"Waktu mahu balik dan undurkan kereta saya sempat jerit padanya 'Abang Awang tepi sikit' sebab jalan di depan rumah saya sempit, takut keretanya kena pokok.

"Saya juga sempat tanya dia nak balik ikut jalan mana dan dia bagitahu ikut LPT2," katanya sambil memberitahu Awang adalah nama panggilan abang iparnya yang juga ketua blok di Peringkat 3, Felda Neram 2.


Saya Bersara Lima Tahun Lagi - Adenan

Posted: 17 Oct 2015 04:59 PM PDT

Oleh: SHARON LING
 
 
Adenan Satem.
 
 
KUCHING: Tan Sri Adenan Satem mahu rakyat Sarawak memberikannya tempoh penuh selama lima tahun sebagai Ketua Menteri dan selepas itu baharulah beliau akan bersara.

Adenan yang mengambil alih jawatan tersebut pada pertengahan Mac tahun lalu berkata beliau memerlukan tempoh lima tahun lagi untuk meneruskan rancangannya terhadap negeri ini.

"Saya rasa saya telah membuat 43 keputusan dalam tempoh kurang dua tahun termasuk mengurangkan tarif elektrik dan memansuhkan tol. Namun saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan lebih banyak perkara lagi jika saya diberi tempoh hanya dua tahun.

"Jadi beri saya lebih banyak masa supaya saya boleh menyelesaikan apa yang dirancang untuk Sarawak. Itulah permintaan saya. Selepas lima tahun saya akan bersara. Saya akan berusia 76 tahun pada waktu itu.

"Itu sahaja yang saya minta dari rakyat Sarawak. Cuba fikir apa yang kita boleh lakukan bersama-sama untuk Bumi Kenyalang," katanya pada majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak di sini, malam Jumaat.

Beliau dalam nada berseloroh turut berkata tidak memasang hasrat untuk menjadi ketua menteri selama 33 tahun.

Itu adalah tempoh perkhidmatan Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Adenan turut berjanji untuk memastikan kestabilan politik Sarawak sekiranya beliau diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Beliau memberikan bayangan bahawa pilihan raya di negeri itu akan diadakan pada awal tahun hadapan apabila memberitahu usahawan yang hadir bahawa beliau akan mendapatkan dana RM500 juta bagi meningkatkan peluang dalam sektor perniagaan terutamanya di kalangan bumiputera pada persidangan Dewan Undangan Negeri bulan depan.

"Itu apa yang saya boleh lakukan untuk anda. Apa yang anda akan lakukan untuk saya? Kerana pada awal tahun depan, kita akan menghadapi pilihan raya negeri," katanya.

Penggal DUN Sarawak akan berakhir pada 20 Jun tahun depan.

Tiada ulasan: