Isnin, 12 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakatan terakhir untuk singkirkan Najib

Posted: 12 Oct 2015 08:13 AM PDT

MSO

Sidang akhbar Mahathir di Yayasan Perdana.
Pagi ini telah berlangsung satu sidang media khas yang dikendalikan oleh Mahathir Mohamad di pejabatnya di Yayasan Perdana.

Sidang media itu untuk menyatakan bantahan terhadap penahanan bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan, Khairuddin Hassan yang menyerang Najib Razak bersabit isu 1MDB.


Apa yang agak istimewa sidang media Mahathir itu, ianya disertai sama oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafei Afdal yang dipecat jawatan kabinet baru-baru ini.

Ia tambah menarik lagi apabila ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razleigh Hamzah juga ikut serta dalam sidang akhbar itu bersama bekas Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid dan juga bekas persiden MCA Ong Tee Keat juga hadir.

Walaupun sidang akhbar itu dibuat untuk menyatakan bantahan ke atas penahanana Khairuddin dan peguamnya Mathias Chang dibawa SOSMA, tetapi ia membawa maksud lebih jauh dari itu. Sudah pasti "sidang media" itu mencemaskan Najib menyebabkan PM itu perlu bertindak pantas.

Apakah sidang media itu sebagai menandakan bermulaanya serangan terakhir Mahathir kepada Najib yang masih utuh di kerusinya kini?

Belum pernah sebelum ini Tengku Razaleigh sedia mencemarkan duli menghadiri diri dalam mana-mana sidang akhbar Mahathir yang ada motif politik. Apakah sidang akhbar itu dibuat sebelum satu perbincangan khas diadakan oleh kumpulan penentang Najib itu bagi membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib dalam parlimen kelak?

Kita tunggu perkembangan seterusnya.

KENYATAAN MEDIA BERSAMA DARI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

Posted: 12 Oct 2015 08:11 AM PDT

shahbudindotcom

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun "his innocence" tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan  atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu "bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan". Malahan, beliau berjanji "tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara".

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid


Amanah letak syarat 'Disiplin dan Jujur' kepada PAS jika mahu sertai Pakatan Harapan - Khalid Samad

Posted: 12 Oct 2015 07:46 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic

 
SHAH ALAM:  Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan syarat kepada PAS dan mana-mana parti lain yang mahu menyertai Pakatan Harapan perlu lebih 'berdisiplin dan jujur' sebagai 'syarat utama' bergabung di dalam pakatan pembangkang baru.
 
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, Amanah tidak membantah usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menaruh harapan untuk 'memancing PAS' menyertai pakatan pembangkang baru itu.
 
"Amanah mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya. 
 
"Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat. 
 
"Setiap anggota Pakatan Harapan hendaklah komited kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa kawan dan siapa lawan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
 
Susulan itu katanya, Amanah menyarankan supaya segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama. 
 
"Amalan bermusyawarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan," katanya lagi.
 
Untuk rekod, semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali berkata, masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baru.
 
Selain itu katanya, PKR juga mahu melihat keanggotaan pakatan pembangkang baru diperluaskan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak.
 
Menurut beliau, PKR turut menggesa sekutu-kutunya dalam pakatan pembangkang untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri dan jangan mencampuri urusan dalaman parti lain.
 
Susulan kenyataan PKR itu, Khalid berkata, ianya sekali gus menunjukkan usaha pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara yang semakin mendesak.
 
"Amanah mengucapkan tahniah kepada saff kepimpinan PKR atas kemampuan mereka mencapai kata sepakat dalam suasana yang digambarkan begitu mencabar sehingga ada yang meramalkan PKR boleh berpecah dua. 
 
"Ini adalah bukti akan kematangan dan kebijaksanaan saff kepimpinan PKR, di bawah Datuk Seri Wan Azizah selaku presidennya, dalam mengurus perbezaan pandangan," katanya.
 
Khalid yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, Amanah berpendirian bahawa pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh adalah antara keutamaan ke arah penyelesaian krisis negara. 
 
"Ini berpaksikan keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu digantikan dan oleh itu usaha ke arah menyatupadukan pembangkang tidak boleh dilengah-lengahkan. 
 
"Rakyat ingin melihat satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis negara yang semakin meruncing," ujarnya.
 

Serik dengan DAP, PAS takkan sertai Pakatan Harapan - Tuan Ibrahim

Posted: 12 Oct 2015 07:43 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic


SHAH ALAM: 'Serik' dengan permainan politik DAP, PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan walaupun PKR masih mengharapkan parti Islam itu akan menyertai pakatan pembangkang baru dianggotai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tiada masa untuk melayan kerenah bekas rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat, DAP yang kerap menjadikan PAS sasaran serangannya.

"Bagi PAS dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.

"Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP 'serang' PAS selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baru itu.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun PKR masih berharap kerjasama tersebut berlaku, PAS hanya akan bekerjasama dengan PKR di dalam blok pembangkang dan tidak melibatkan DAP dan Amanah.

"Kita setakat ini kerjasama hubungan PAS dengan PKR sahaja, PAS dengan PKR dan tidak timbul kerjasama dengan DAP dan Amanah.

"Kita hanya ada mandat muktamar ialah mengekalkan kerjasama dengan PKR," katanya.

Bahkan, Tuan Ibrahim meminta supaya PKR memahami dasar perjuangan parti itu yang tidak boleh dikompromi sejak dahulu lagi.

"PAS pun ada dasar yang diperjuangkan. Kalau dasar yang kita perjuangkan pun kita tidak boleh hendak buat, jadi PAS tidak mungkin korbankan prinsip dan dasar parti," katanya.

Beliau turut memperincikan sejarah kerjasama PAS dengan Semangat 46 yang seakan sama dengan kerjasama PAS dan PKR sekarang.

"Masa tu Semangat 46 jadi ejen kepada rangkaian kerjasama pakatan-pakatan pembangkang. Masa itu pun PAS sudah tiada kerjasama dengan DAP ataupun BN dan sebagainya.

"Cuma kita ada kerjasama dengan Semangat 46, dan Semangat 46 ketika itu ada kerjasama dengan parti-parti lain. Jadi saya fikir bagi PAS, kita kekal setakat sehingga ini prinsip kita begitulah," katanya.

Ketegasan Zeti satu jihad yang besar - Mufti Perlis

Posted: 12 Oct 2015 07:39 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memuji ketegasan dan keberanian Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam memelihara ekonomi negara, yang disifatkannya sebagai satu jihad yang besar. 
 
"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar," katanya dalam satu posting di Facebook.
 
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion).
 
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan ia turut meminta 1MDB untuk membawa balik jumlah wang ke Malaysia dan mengemukakan kepada BNM perancangannya berkaitan perkara itu.
 
Di bawah siasatannya, BNM merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
 
"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," menurut BNM.
 
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara menolak saranan BNM berhubung pendakwaan 1MDB, dan Jabatan itu mengulangi bahawa 1MDB tidak salah.
 
Sebagai hasil daripada siasatan, Bank Negara berkata, ia mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA. 
 
Bank Negara berkata ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
 

Tol naik: Apa kata rakyat Malaysia?

Posted: 12 Oct 2015 07:23 AM PDT


Tol


"TERIMA kasih kerajaan," itu antara respons seorang pelayar laman sosial Facebook selepas kadar bayaran tol di beberapa lebuhraya diumum akan dinaikkan mulai Khamis ini.

Seorang pelayar lain pula menyifatkan ia sebagai satu peluang yang baik untuk rakyat 'bersedekah' kepada kerajaan.

"Aku memang suka tol naik. Nak sedekah banyak-banyak kat kerajaan," kata Haris berjenaka.

Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati majoriti netizen tidak berpuas hati selepas berita kenaikan kadar tol dilaporkan hari ini.

"GST, tol, denda IC hilang RM1,000, nanti tambang pengangkutan awam, tahun depan elektrik pula. Harga rumah yang tak masuk akal, harga kereta yang tak turun seperti dijanjikan," luah Kamal di Facebook.

"Tiada usaha untuk meringankan beban rakyat langsung. Semua berita yang menambahkan lagi beban rakyat," kata Shahril di laman sosial sama.

Di laman mikro Twitter, majoriti pelayar juga meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap berita tersebut.

"Nampaknya kos perjalanan pergi balik aku dari rumah ke UIA akan bertambah lagi seringgit sebab tol Duke naik," kata St-Pierre.

"Harga tol naik lagi, darah aku pun dah naik jugak ni," kata Ain.

Seorang pengguna twitter, Rosniza mengutarakan persoalan yang menarik.

"Tol naik harga ni dapat kurangkan (trafik) jamm ke?" tulisnya.


Tiada bangkai pesawat MH370 di Selatan Filipina

Posted: 12 Oct 2015 07:21 AM PDT

SINAR HARIAN


Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR  – Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.
  
"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.
  
Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN: MH370: Laporan daripada Filipina diterima hari ini]
  
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
  
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
  
Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas. - Bernama

Muhyiddin: Ahli Umno perlu lebih berani nyata pendirian

Posted: 12 Oct 2015 07:14 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


 


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa anggota Umno supaya lebih berani menyatakan pendirian mereka berhubung isu-isu yang melanda parti itu ketika ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata anggota parti perlu berani menyuarakan pendapat mereka dengan menggunakan saluran dan pentas yang betul.

Malah, beliau turut meminta supaya Umno menjadi lebih terbuka dengan memberi peluang kepada ahli melahirkan pendapat seperti di mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung Umno.

"Umno merupakan parti berdasarkan demokrasi dan kita mempunyai cara untuk melahirkan pendapat dalam sesuatu isu dan platfom itulah kita gunakan.

"Perwakilan tidak takut tetapi guna platform yang sewajarnya. Tidak pasti sama ada Perhimpunan Agung Umno akan datang akan menjadi platfom yang mana semua pimpinan akan berkumpul dan mendengar.

"Saya rasa mereka (perwakilan) sepatutnya dibenarkan untuk melahirkan pendapat mereka. Masa yang betul ialah perhimpunan agung nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media antaranya bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, dan dua veteran parti Tan Sri Sanusi Junid dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau tidak merasakan diri dan rakan seperjuangannya sebagai golongan yang minoriti sebaliknya menyeru rakyat lebih berani menyuarakan pendapat berbanding mereka yang ada dalam sidang media hari ini.

"Saya tak fikir kita minoriti. Kita majoriti. Semua rakyat melahirkan pendapat mereka. Yang penting ialah bukan kami, tetapi lebih majoriti perlu keluar," katanya..

Beliau sempat berseloroh dengan mengatakan dirinya kini lebih popular dari penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza selepas pemecatan dan keberaniannya menyuarakan isu-isu semasa.

"Saya rasa saya lebih popular sikit daripada Siti Nurhaliza sekarang. Dalam budaya Umno ini tak ramai bersedia menyuarakan.

"Mereka takut akan diambil tindakan, digugurkan, dipecat dan lain-lain lagi," katanya.

Ditanya sama ada beliau bimbang dikenakan tindakan disiplin parti, Muhyiddin berkata beliau tidak bimbang dan mempersoalkan sama ada tindakannya itu dianggap melanggar peraturan parti.

"Terserah (sama ada akan diambil tindakan). Adakah ini perbuatan menyalahi? Saya tak rasa begitu. Ini hak untuk bersuara.

"(Saya) Tak bimbang. Ini usaha yang baik. Kita perjuangkan hak rakyat.

"Dengan cara ini akan tingkatkan masyarakat kita untuk berjuang untuk kesdilan bukan tujuan tertentu atau untuk lindung pihak tertentu," katanya.


Ku Li: Undi tak percaya pada k'jaan tak akan berjaya

Posted: 12 Oct 2015 07:09 AM PDT

Zulaikha Zulkifli





Walaupun ada pihak mengatakan bahawa usul undi tidak percaya perlu dibuat pada sidang Parlimen akan datang, namun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat tindakan itu tidak akan berjaya.

Katanya, walaupun ahli parlimen boleh membawa usul tersebut terhadap kerajaan yang memerintah, tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa menolak sebarang usul yang tidak disebut dalam Perintah Tetap Parlimen.

Sehubungan itu, bekas menteri kewangan itu berkata usaha untuk membawa usul undi tidak percaya tidak akan berjaya kerana ia akan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.

"Kita ada hak kita untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah.

"Tetapi kita juga diberitahu bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat berhak menolak apa jua usul kerana ia tidak disebut dalam Perintah Tetap yang dipakai dalam Dewan Rakyat.

"Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk kemukakan usul tidak diluluskan speaker jadi... Tetapi ada cara lain yang boleh dibuat," katanya dalam sidang media.

Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Shafie Apdal dan Tan Sri Ong Tee Keat di Putrajaya.

Ditanya cara lain yang boleh dibuat untuk menggesa Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan, beliau berkata:
"Itu kita akan cakap di forum yang lain," katanya tersenyum.

Tengku Razaleigh menjawab soalan pemberita mengenai apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli parlimen mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dilihat tak matang

Sementara itu, ditanya mengenai penglibatan dalam sidang media hari ini, Tengku Razaleigh berkata, kehadirannya untuk melahirkan rasa tidak setuju berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sebagai sebuah negara membangun, akta tersebut sepatutnya tidak disalah guna. seperti dipersetujui di parlimen sebelum ini.

"Kita dah lalui ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan sekarang kita bercakap tentang nak menjadi negara membangun.

"Tetapi kita dilihat tidak matang dan kembali semula ke perundangan negara ketiga yang mana anda boleh menahan rakyat tanpa diwakili dan saya rasa ini salah.

"Saya di sini juga kerana Tun telah menjemput saya untuk menyertai gabungan ini," katanya lagi.


Dunia sedang memerhati siri tangkapan baru, kata Rafidah

Posted: 12 Oct 2015 05:33 AM PDT

MALAYSIAKINI
 

 


Bekas seorang menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menyifatkan sebagai tidak produktif tindakan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan pendekatan yang keras dalam menangani perbezaan pendapat.

Dengan menyenaraikan siri tangkapan dan penahanan individu-individu sejak kebelakangan ini atas pelbagai sebab, seperti menjatuhkan belon dari atas atau membuat laporan polis terhadap apa yang mereka lihat sebagai penyelewengan dan putar belit,

Rafidah berkata, ianya jelas bahawa kini terdapat sikap tidak bertoleransi terhadap sebarang perbezaan pendapat dari sesiapa sahaja.

"Perbezaan pendapat kini telah diterjemahkan sebagai 'anti-kerajaan' dan 'anti-kepimpinan', dan bahagian-bahagian tertentu undang-undang yang sedia ada sedang digunakan untuk menjustifikasikan tangkapan," katanya dalam catatan Facebook.

Katanya, ia agak merisaukan terhadap sikap tidak bertoleransi langsung seumpama itu terhadap perbezaan pendapat.

"... pada masa apabila terdapat isu-isu yang melanda rakyat dan membimbangkan mereka.

"Terutamanya jika perbezaan pendapat itu sememangnya mencerminkan perasaan majoriti besar. Dan kini, dengan siri tangkapan, dunia sedang memerhati...," kata Rafidah yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri dan bekas ketua Wanita Umno.

Beliau mengulas penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang hari ini didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, dengan tuduhan cuba untuk mensabotaj perkhidmatan kewangan dan pembankan negara. Baca berita penuh


K'jaan salah guna kuasa tahan Khairuddin, Chang

Posted: 12 Oct 2015 05:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


ULASAN Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun "his innocence" tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
atau

(4) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia.

Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu "bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan".

Malahan, beliau berjanji "tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara".

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.


Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Sanusi Junid.

Khairuddin mahu lawan hingga tangan Najib bergari

Posted: 12 Oct 2015 05:25 AM PDT

Zikri Kamarulzaman 





Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.

Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin.

"Saya akan pastikan tangan Najib bergari," kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.

Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Beliau yang sudah lima hari mogok lapar bagaimanapun tampil dalam keadaan baik.

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.

Kadar tol naik Khamis ini

Posted: 12 Oct 2015 05:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.

Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini.

Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.

Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH),
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Kadar berkenaan naik antara 40 sen hingga RM2.10.

Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Kerja Raya berkata penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.



Syed Ali bimbang jika Umno terlucut kuasa

Posted: 12 Oct 2015 05:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee hari ini menyuarakan kebimbanganya jika Umno dan BN berada dalam keadaan getir dalam pilihan raya sehingga boleh terlucut kuasanya mentadbir negara ini.

Menulis dalam blognya hari ini, beliau menyeru kepimpinan tertinggi Umno kembali ke meja rudingan mencari jalan untuk menguatkan parti sekaligus mengetepikan kebencian dan kepentingan peribadi.

"Kita tidak mahu Umno terlucut kuasa kerana kesannya amat pahit kepada rakyat, orang Melayu dan negara ini.

"Kita selalu kata, berkhidmat untuk kepentingan rakyat. Jadi demi kepentingan itu, semua pihak sewajarnya duduk semeja mencari formula baru untuk menguatkan parti," katanya.

Pada masa yang sama, Syed Ali mengakui Umno berdepan krisis keyakinan akibat pelbagai tekanan isu semasa dan pergeseran dalaman dikhuatiri akan mengurang sokongan Melayu.

"Kita akui Umno berada dalam situasi sukar, berdepan pelbagai tekanan dan ancaman, oleh sebab itu pemimpin yang memegang amanah perlu bertanggungjawab dan jujur mencari jalan penyelasaian," katanya.

Bekas senator itu juga berkata Umno perlu menyelesaikan permusuhan dalaman bagi memastikan parti itu kekal relevan sebagai institusi atau payung kepada orang Melayu.

"Kita berbangga dengan kekuatan Umno, ya, parti itu kuat dan relevan untuk orang Melayu, tetapi sampai bila? soal setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu.

Dalam blognya juga, Syed Ali berkata Umno harus berusaha mengembali kekuatan dan reputasinya supaya kekal dihormati oleh parti komponen BN walaupun beliau mengakui ada pemimpin tidak lagi menghormati Umno.

Sambil mengingatkan kepimpinan Umno agar berubah sejajar dengan perkembangan politik dan teknologi, Syed Ali berkata pemimpin Umno perlu berdepan tugas sukar mendepani cabaran mempertahankan kekuatan dan kredilibiti Umno.

Menurutnya, suasana politik semasa yang berlaku termasuk kehadiran generasi muda yang lebih "kritis dan radikal" menunjukkan Umno tidak boleh berada dalam zon selesa.

"Kita tidak boleh lagi bercakap seperti 10 atau 20 puluh tahun lalu, kini cabaran dan saingan Umno amat getir dan mencabar.

"Pemimpin atasan kena beritahu rakyat, perjelaskan sebarang kekeliruan berhubung beberapa isu yang mencetuskan kesangsian rakyat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin Umno wajar kembali duduk semeja merumuskan jalan penyelesaian serta memulihkan keyakinan rakyat termasuk turun padang menjelaskan isu yang berbangkit secara terbuka.


Pertahan Sosma, menteri ingatkan Dr M guna ISA

Posted: 12 Oct 2015 05:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak mengingatkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada penentangnya sebelum ini.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab kritikan Mahathir dan beberapa tokoh Umno, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) terhadap pengkritik dalam isu 1MDB.

Membandingkan dengan ISA, Salleh berkata Sosma yang menggantikannya membenarkan perbicaraan untuk mempertahankan diri dan akan dibebaskan jika tidak bersalah.

"Semasa Mahathir menjadi perdana menteri, dia gunakan ISA kepada penentang dan pengkritik kerajaan yan gmana tiada perbicaraan," kata Salleh.

Pada 2011, katanya lagi, sepuluh penyokong bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan tanpa bicara atas dakwaan menjadi pengganas.

"Enam orang menjalani hukuman penjara dua tahun dan mahkamah kemudian memutuskan mereka bukan pengganas dan penahahan mereka tidak sah," katanya di blog.

Mahathir dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan.

Datuk Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat juga hadir.

PLUS umum semua kadar tol lebuh rayanya kekal

Posted: 12 Oct 2015 05:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lebuhraya Usaha Sama Berhad (PLUS) mengumumkan kadar tol di semua lapan lebuh raya kendaliannya kekal.

Dalam satu kenyataan media, PLUS memaklumkan arahan itu membabitkan Lebuh Raya Utara-Selatan (NSE), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Laluan Kedua Lebuh Raya Persekutuan (FHR2),

Lebuh Raya Seremban Port-Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah ((ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS juga menjelaskan kadar berkenaan tetap tidak berubah sejak tahun 2005.

Sebelum itu, beberapa konsesi lebuh raya di seluruh negara mengumumkan kenaikan harga tol masing-masing.

Antara tol yang terbabit termasuk, lebuh raya NPE, MEX, SILK, DUKE dan SMART.


‘Perlu semangat kepahlawanan siasat orang paling berkuasa’

Posted: 12 Oct 2015 05:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar mengakui agensi itu menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat yang dilalui sekarang bagi berhadapan dengan siasatan yang membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.

"Kebetulan saya bakal bersara, SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar.

"Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya tanpa menamakan individu berkenaan.

Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, Zakaria berkata cabaran itu akan menentukan sejauh mana keberkecualian dan profesional anggota suruhanjaya itu di mata rakyat.

SPRM sedang menyiasat 'derma' RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bercadang menyoalnya.

Tiada ulasan: