Ahad, 11 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SUSULAN TINDAKAN TERPUJI BANK NEGARA, PENANTIAN KINI PADA SPRM

Posted: 11 Oct 2015 05:20 AM PDT

shahbudindotcom



Walaupun hanya seorang wanita, Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz nyata seorang yang berani dan tidak mudah mengalah. Di sebaliknya wajahnya yang lembut dan sering tersenyum, ketegasannya tetap menyerlah.

Bank Negara yang dipimpinnya bukan saja melengkapkan penyiasatan yang teliti, malah membuat syor kepada Peguam Negara agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 kerana memberi maklumat tidak lengkap atau tidak tepat berhubung pelaburannya di luar negara.

Kali pertama syornya telah ditolak oleh Peguam Negara dan Bank Negara kemudian membuat rayuan agar penolakan itu dikaji semula.

Tetapi ia juga ditolak oleh Peguam Negara atas alasan tiada bukti baru yang dikemukakan.

Atas nama tanggungjawab dan yakin pelanggaran undang-undang telah dilakukan oleh 1MDB, di samping barangkali "putus harapan"  dengan jalan pendakwaan melalui Peguam Negara, Bank Negara lantas mengambil langkah drastik membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini kepada syarikat pelaburan itu untuk pelaburannya di luar negara yang berjumlah AS$1.83 bilion atau  kira-kira RM7,500 juta mengikut nilai pertukaran semasa.

Serentak dengannya, Bank Negara juga mengarahkan jumlah pelaburan itu segera dibawa balik dan mahukan 1MDB mengemukakan pelan baru berkaitan dengannya.



Dengan tindakan tersebut, bermakna Dr Zeti telah mematuhi beberapa titah Majlis Raja-Raja berkaitan 1MDB yang antaranya:- 

- semua pihak harus beri kerjasama sebenar dan jujur.

- penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.

- badan-badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Allah dan kepercayaan rakyat secara telus.

- kepentingan rakyat dan negara mesti mengatasi kepentingan peribadi.

Namun, sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, Bank Negara hanyalah salah satu daripada empat agensi yang sedang menyiasat 1MDB. Tiga lagi ialah PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Daripada ketiga-tiga agensi tersebut, yang paling ditunggu ialah hasil penyiasatan SPRM terhadap SRC International, sebuah syarikat milik 1MDB tetapi kemudian dipindahkan kepada Kementerian Kewangan kerana didakwa menyumbangkan dana berjumlah RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib sebagaimana yang didedahkan oleh The Wall Street Journal.

Hasil penyiasatan SPRM tentu saja amat dinanti-nanti kerana semasa menjalankan tugasnya - pejabat mereka telah digeledah, pegawai ditukar, dokumen dirampas dan beberapa kacau ganggu yang lain telah berlaku.

Ia kemudian mendorong SPRM mengadakan solat hajat khas memohon perlindungan Tuhan dengan harapan mereka sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan dalam menegakkan kebenaran.

Kita faham antara masalah SPRM untuk melengkapkan penyiasatan ialah untuk mendapatkan keterangan dua saksi yang dipercayai menghilangkan diri dan bersembunyi di luar negara iaitu bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil serta bekas Pengarahnya, Suboh Md Yassin.



Dalam hal ini SPRM harus menggunakan segala kekuatan serta rantaian yang ada padanya untuk menjejaki dua saksi tersebut dan penyiasatan tidak seharusnya tergantung begini saja untuk tempoh yang lebih lama.

Jika terlalu lama tanpa jawapan, harapan rakyat turut pudar bersamanya dan boleh menjejaskan kepercayaan rakyat sendiri terhadap SPRM.

Setelah Bank Negara menunjukkan keberaniannya, hasil siasatan SPRM adalah sandaran rakyat yang amat ditunggu-tunggu dalam perjuangan menegakkan kebenaran yang seterusnya berkaitan 1MDB.


MH370: Pengadu serah bukti kepada polis

Posted: 11 Oct 2015 05:01 AM PDT

bendera malaysia
Bendera yang ditemui dan diserahkan kepada polis. - Foto Harian Metro


SANDAKAN - Pengadu kepada penemuan bangkai pesawat MH370, Jamil Omar, 46, sudah menyerahkan sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay kepada pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, ibu saudaranya  Siti Kayam Kisung, 57, berkata, dia turut terkejut selepas mendengar khabar berkenaan sebelum bergegas mendapatkan bendera berkenaan.

"Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung.

"Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.

"Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu," katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya, Jamil Omar, di Kampung Tb Wad, Batu Dua, di sini, petang tadi.

Terdahulu,  Siti Kayam memberitahu bahawa dia yang dari Pulau Tabawan, Selatan Filipina datang ke Sabah, pada Khamis lalu dengan membawa bendera Malaysia yang didakwa ditemui ahli keluarga mereka di pulau terbabit.

Dalam pada itu,  Siti Kayam berkata orang sana (Filipina)  tidak kenal bendera Malaysia dan tidak tahu apa-apa mengenai pesawat yang hilang sebab kawasan yang kurang berpenghuni dan sangat jauh serta tiada komunikasi.

"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.

"Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit," katanya.


Shafie: Henti hina rakyat, heret pesalah 1MDB ke mahkamah

Posted: 11 Oct 2015 04:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal hari ini, mengikut jejak langkah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab berkaitan kegagalan 1MDB.

Beliau berkata walaupun 1MDB sedang melalui proses rasionalisasi hutang, negara terpaksa membayar harga yang mahal melalui sentimen ekonomi yang teruk.

Hujah 1MDB bahawa semuanya baik kerana aset melebihi liabiliti juga merupakan "penghinaan", sejak firma pelaburan negara tidak dapat membayar hutangnya, katanya.

"Walaupun rasionalisasi hutang sedang berjalan, kita mesti juga tidak boleh lupa bahawa disebabkan kurang ketelusan dan tadbir urus yang baik. Negara sedang membayar harga yang mahal.

"Mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan perlu memohon maaf kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Muhyiddin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar persidangan perintah Majlis Raja-Raja bahawa siasatan 1MDB disegerakan dan pihak yang bertanggungjawab, jika ada, dihukum.

Muhyiddin dan Shafie disingkirkan daripada kabinet sewaktu rombakan kabinet pada Julai tetapi masih memegang jawatan mereka dalam Umno.

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS?

Posted: 11 Oct 2015 04:01 AM PDT



Oleh Faiz Fadzil 

Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.

Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.

Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.

PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS.

PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113).

Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi. Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri.

Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.

PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.
PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.

Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR? Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar? Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?

Mengukuhkah PH adalah pilihan terbaik dan efisyen berbanding asyik mengajak PAS untuk bersama PH sedangkan PAS menolaknya. Sedarlah yang mempertahankan PR dahulu adalah pimpinan Parti Amanah Negara sekarang.

PAS mampu menabur pasir ke dalam periuk nasi dan kesannya PH akan dihukum rakyat jika ia berlaku menjelang pilihan raya umum kelak jika PAS bertindak di luar dasar bersama atau bertindak bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.

Masa untuk rakyat menghadapi PRU ke 14 semakin hampir. Sekarang adalah masa untuk PH mengukuhkan perpaduan di antara semua parti koalisi ini di semua peringkat. Sekarang adalah masa untuk PH menyiapkan dasar bersama. Logo yang satu bagi PH hendaklah dirangka segera bagi mendapat kelulusan segera daripada ROS.

Jangan biarkan virus kemarahan rakyat kepada PAS berjangkit kepada PKR. Jikalau PH rapuh, BN akan terus berkuasa, rakyat akan terus merana kerana ditipu lagi.

Usahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Membujur lalu melintang patah, menjatuhkan BN memerlukan pasukan PH yang kukuh, kuat dan berdaya saing.

PAS akan terus istiqamah dengan pengkhianatan, jadi apa lagi yang PKR harapkan?.

* Penulis merupakan timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional. 

Pas kena baiki diri, disiplin kalau nak kuat

Posted: 11 Oct 2015 03:56 AM PDT


    

DETIK DAILY


DATUK Husam Musa, nama yang tidak asing dalam dunia politik. Beberapa kali pernah diangkat sebagai pimpinan tertinggi Pas. Pada pemilihan Muktamar Pas baru baru ini, beliau dicalonkan jawatan presiden, namun membuat keputusan mempertahankan jawatan naib presiden.

Bagaimanapun selepas tewas pada pemilihan itu, beliau dikatakan banyak berdiam diri, ditambah dengan kesihatan tidak mengizinkan, bekas anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dikatakan mengasingkan diri daripada dunia politik seketika. Namun, selepas beberapa bulan, beliau muncul membuat teguran terbuka khususnya terhadap pentadbiran kerajaan Kelantan.

Sikap beliau yang dikatakan positif terhadap penubuhan parti Amanah menyebabkan ahli mula sangsi dengan pendiriannya termasuk ada mendakwa beliau berkomplot mahu menjatuhkan kerajaan negeri. Melalui temu bual oleh wartawan Sinar Harian Kelantan, Mohd Zailani Abd Rahman dan Rosmiza Kasim, Husam menjelaskan pendiriannya terhadap isu dibangkitkan, selain mengakhiri spekulasi berhubung statusnya dalam Pas.

Datuk banyak membuat kritikan dan serangan kepada kerajaan negeri. Tindakan itu menyebabkan ada beranggapan Datuk mempunyai agenda menjatuhkan kerajaan Kelantan.

Apa yang saya buat bukan serangan, isu yang saya sudah dan akan saya bangkitkan adalah satu teguran dan kapasiti saya sebagai Adun dan ahli Pas. Jika diperhatikan, apa yang saya lakukan adalah membangkitkan isu polisi kerajaan yang ada kepentingan umum dan beri kesan kepada orang ramai. Saya tidak melakukan serangan peribadi. Mungkin saya ada dokumen lebih terperinci dan bersifat peribadi tetapi bukan tujuan saya menjatuhkan mana-mana pihak atau mengaibkan mereka. Tujuan saya ialah perkara ini dibetulkan, diberhentikan, lebih-lebih lagi apabila saya lihat sejak dua tahun kebelakangan ini. Anda boleh lihat, sejak dua tahun kebelakangan ini saya tidak bersuara. Saya izinkan dan biarkan kerajaan negeri memimpin dengan kepimpinan baharu. Walaupun banyak perkara disalahkan kepada saya dan seakan-akan saya tidak ada sedikitkan nilai kebaikan tetapi saya berdiam diri dua tahun setengah sejak 2014, tetapi bila saya lihat dalam tempoh tersebut berlaku secara bermaharajalela, bukan satu tetapi berulang-ulang dan hampir setiap agensi dan tempat, kecil dan besar. Berulang-ulang tindakan yang merugikan  rakyat Kelantan. Jadi, saya mengambil sikap yang diajar kepada saya dahulu, oleh Pas sendiri, sesuatu tidak betul bersifat  kepentingan umum, ia boleh dan patut  ditegur. Tujuan saya menegur supaya perkara ini dihentikan. Ada yang kata, saya ada agenda menjatuhkan kerajaan Kelantan. Pilihan raya seterusnya ada dalam tempoh dua tahun lagi, kerajaan Kelantan boleh betulkan balik apa-apa kekurangan pada teguran itu untuk menjadi kuat di mata orang ramai. Jika tidak ada orang tegur, perkara ini berlaku berleluasa dari masa ke masa, bertambah luas, menjelang pilihan raya perkara ini didedahkan oleh musuh, pada masa itu Pas tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Menang kalah pilihan raya, perkara pertama adalah pengundi. Pengundi puas hati parti itu akan menang, kalau pengundi marah parti akan kalah. Tindakan yang dibuat kerajaan Kelantan pada pendapat saya  jika didedahkan menjelang pilihan raya,  pengundi akan marah dan Pas tidak boleh buat apa-apa ketika itu. Inilah perkara boleh mengalahkan Pas, bukan teguran saya. Saya sengaja menegur sekarang di tengah penggal supaya kepimpinan yang ada ini boleh membuat pembetulan. Selain tugas saya sebagai Adun, sebagai orang yang selama ini berjuang bersama Islam, membetulkan penyelewengan walaupun dilakukan sesiapa sahaja. Kalau ada orang kata saya tidak boleh menegur, adakah bermakna Islam mengizinkan penyelewengan disembunyikan kerana ia dilakukan geng kita, oleh parti kita, oleh orang kita. Dia (kerajaan)  tidak boleh kata dia tidak tahu kerana tugas yang diperoleh daripada rakyat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kebetulan saya dapat maklumat dari masa ke masa, Wallahuaklam, orang ramai suka menyalurkan maklumat kepada saya, saya tidak tahu. Mungkin mereka anggap saya ada sedikit keberanian dan kebolehan menegur 'without fear dan fever'. Semasa menjadi ahli parlimen, saya menegur kerajaan BN dalam parlimen dalam isu-isu berkerajaan, termasuk yang saya tegur pada masa itu adalah penebangan hutan di seluruh negara . Masa itu saya bawa data peningkatan suhu mengikut negeri mengikut kadar balak atau hutan simpan yang mereka ada, yang mana pada umumnya negeri, kawasan yang ditebang hutan tidak ada lagi hutan simpan ditukar kepada bandar, suhunya meningkat berbanding 40 tahun dulu. Bila perkara ini berlaku di Kelantan sendiri, di bawah 'hidung' saya, adakah saudara  fikir saya boleh duduk diam, ini perjuangan saya. Ini cita-cita saya mahu melihat negeri ditadbir mengikut Islam iaitu khazanahnya dijaga dengan amanah. Kalau diagihkan ia mesti secara saksama, tujuannya mengoptimumkan pengedaran dan pengagihan kepada rakyat, terutama orang miskin, orang yang susah, menderita. Ini Islam. Ini yang diajar oleh Rasullullah. Oleh Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Bakar Al-Aziz, oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kalau berlaku sebaliknya saya tidak rela, tinggal lagi ada yang tanya kenapa dilakukan secara terbuka. Banyak jawapan kepada soalan ini. Satu ialah perkara yang dilakukan berleluasa, kalau satu saya diam. Macam isu KPK, 20 ribu ekar yang dikhaskan untuk dana rumah rakyat Kelantan berlaku sekitar 2012 atau 2013 kelulusannya. Pengurusannya 2013/2014. Saudara lihat adakah saya membuat teguran secara terbuka? Tidak ada tetapi bila KPK hendak 'ditutup'  operasinya telah dibekukan. Beri kawasan kepada satu syarikat secara jangka panjang, kemudian kuasa seluruh konsesi tadi diberi kepada hanya tiga orang. Jadi seramai-ramai ahli lembaga KPK,  menurunkan kuasa kepada tiga orang inilah yang akan ada kuasa walaupun tidak dispesifikkan apakah bidang kuasa. Jadi saya mula bersuara. Kemudian timbul isu memberikan kawasan ladang kepada sebuah syarikat . Saya tulis surat kepada Menteri Besar ketika itu. Kalau tengok balik dalam ucapan dewan MB bagi keyakinan perkara ini tidak akan berlaku. Masa gulung belanjawan pada  2013. Jadi masa saya tulis surat tertutup itu, adakah saya maklum kepada Sinar Harian, kepada media sosial. Tidak ada. Masa itu saya dengan Datuk Ahmad Yakob sahaja. Timbalan pun tidak tahu, isteri saya tidak tahu, Adun lain pun tidak tahu. Kemudian berlalu begitu.

April lalu keluar surat kelulusan baharu pada syarikat yang sama ambil keputusan tahun 2013.  Kononnya keputusan itu tidak dibatalkan hanya dibekukan. Apa sikap saya kalau saudara adalah saya? Saudara berjuang kerana mahu melihat rakyat mendapat yang terbaik di bawah nama Islam. Saya masih Adun daripada 32 Adun Pas, kalau saya duduk kampung tidak ada masalah.

Kerajaan terbentuk dengan 11 Exco, dengan tunggaknya saya salah seorang. Saya masih ada kewajipan dari segi agama, dari segi rakyat. Bila berlaku lagi tahun 2015, saya terpaksa buat teguran, masih lagi secara tertutup. Surat saya sebelum Hari Raya Aidiladha (21 September 2015). Apa jawapan? Ada telefon, SMS, keputusan itu dibatalkan, orang datang jumpa saya. Mungkin saya ini terlalu kerdil, tidak ada apa-apa kehormatan, tulis surat pun orang tidak layan. Tulis surat pun orang tidak balas.

Bila syarikat ini mendapat kelulusan dia akan jual kayu balak. Akan tebang semua kecil dan besar. Lori keluar siang malam bawa keluar balak. Ikut maklumat terkini hampir 500 ribu ekar kawasan hutan simpan kekal Kelantan yang sudah dijadikan ladang. Mana dia gajah, harimau, seladang, rusa, bunga-bunga hutan, pokok gaharu asli semula jadi, sungai, flora dan fauna. Semuanya dimusnahkan. Pada hal kita kata, kita khalifah di muka bumi.

Kenapa semasa Datuk berada dalam kerajaan, teguran demikian tidak dilakukan?

Anda boleh tanya bekas pegawai kerajaan yang jujur dan amanah. Bagaimana saya berhujah dalam Jawatankuasa Perhutanan Negeri. Bagaimana saya bawa dalam mesyuarat dalaman Adun dan Exco pada 2012. Bagaimana saya telah maklumkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebanyak tiga kali, khusus mengenai isu tebang habis untuk menjadikan ladang.

Saya tidak dapat apa-apa kesan positif. Jadi, saya tulis surat kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mewakili kerajaan negeri hari ini tetapi saya simpan lagi. Saya ingin bagi tahu semua, inilah isu yang saya paling tidak boleh terima dan semua kelulusan ini diberikan menerusi keputusan mesyuarat sahaja dan yang terbaru diberikan kepada sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan pada 2014. Kalau kerajaan negeri mahu berlaku jujur, buat carian di Jabatan Hutan, Pejabat Tanah dan Galian berapa kali syarikat itu mendapat kelulusan seperti itu. Kita baca dalam al-Quran yang membawa maksud, "Janganlah kekayaan itu, diagihkan kepada orang yang sudah kaya dalam kalangan kamu." Ini dasar Islam. Itulah sebabnya saya telah bangkitkan isu ini.

Ada yang mengatakan Datuk ada sedikit masalah dengan beberapa pimpinan kerajaan negeri dari dulu sehingga sekarang. Apa penjelasan mengenai perkara ini?

Saya tidak ada masalah dengan sesiapa, saya tidak ada apa-apa perkara yang bertembung. Cuma selepas saya digugurkan, orang ramai menganggap Exco itu buat kenyataan yang sedikit angkuh dalam isu yang berlaku, jadi orang ramai, bukan saya melihat kenyataan bersifat bombastik dan simplistik.

Jadi orang ramai melihat begitu, saya tidak pernah bertembung, kecuali satu isu kawasan pembalakan dalam hutan simpan, itu sahaja. Lain tidak pernah, kami bertembung.

Jadi itu adalah andaian sahajalah Datuk terhadap hubungan Datuk dengan Exco terbabit?

Tindakan individu tertentu untuk menunjukkan bahawa, yang pertama saya menyerang kerana saya tidak puas hati. Kedua, saya menyerang kerana saya mahu jatuhkan kerajaan negeri. Ini semua hendak menghalang saya daripada berdiri membetulkan keadaan. Ini juga nak memberitahu orang ramai saya ada niat tidak baik. Insya-ALLAH saya tidak terganggu.

Boleh lihat mereka menyerang saya tanpa fakta. Saya tetap akan fokus kepada isu berkerajaan. Isu peribadi walaupun saya ada maklumat dan dokumen saya simpan. Saya tidak dedahkan.

Datuk dikatakan Exco yang rapat dengan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dikatakan beberapa isu tidak dibawa kepada Exco tetapi terus kepada Tok Guru dan mendapat kelulusannya.

Saya dengan Tok Guru amat mesra dan rapat tetapi saya tidak pernah gunakan kedudukan rapat saya itu dengan Tok Guru untuk tujuan peribadi dan kerajaan.

Alhamdulillah. Contohnya lebuh raya, untuk rekod saya mencabar siapa yang kata saya dengan Tok Guru sahaja. Buka balik rekod bermula Julai 2011, kertas Exco yang pertama iaitu apabila RMK-10 dibentangkan, senarai peruntukan untuk Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai telah dibuka. Masa itu, ia diputuskan oleh Exco, bukan diputuskan oleh Tok Guru. Datuk Ahmad Yaakob, Datuk Mohd Amar ada di situ, untuk berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, saya pergi merayu untuk peruntukan itu dihidupkan balik. Bila balik, kami sediakan laporan kepada Exco dan ada kertas laporan. Bukan makluman lisan. Yang mana, Exco telah memutuskan untuk membuat kajian, membina sendiri lebuhraya. Sejak itu, dalam Dewan Harian Negeri bincang, lajnah politik, Pas Kelantan, dalam Sidang Dewan pun bincang, dalam Exco berpuluh-puluh kali, sehinggalah satu jawatankuasa khas ditubuhkan dan saya dilantik menjadi pengerusi.

Saya mahu tanya, siapa yang lantik jadi pengerusi jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini dibentuk oleh Exco atau Tok Guru. Dalam itu wakil Exco lain (Takiyuddin), selain JKR, konsultan dan lain-lain. Kenapa masa itu tidak timbul, sampai mesyuarat Exco terakhir sebelum PRU. Mesyuarat Exco terakhir saya masih ingat lagi, saya membentangkan kertas kerja iaitu yang pertama, Exco menerima maklum pelantikan sebuah syarikat sebagai kontraktor utama pada April 2013. Saya simpan semua rekod mesyuarat Exco tersebut, jadi 2011 hingga 2013. Mereka tahu proses ini, bukan berlaku sekelip mata.

Tarikh pelancaran batu asas pun diputuskan oleh mesyuarat Exco. Tetapi bila hendak gugurkan saya sebagai Pengerusi Baldah Toiyibbah( syarikat mengurus lebuh raya), tiada orang maklumkan kepada saya. Ada datang bincang dan tanya saya? Bila dia nak singkirkan syarikat yang dilantik, ada tanya saya? Tiada surat (gugur dan pelantikan semula ) sampai sekarang. Tiada orang hubungi saya, tiada orang SMS saya sampai hari ini. Pengguguran saya hanya menerusi kenyataan akhbar. Jadi, kalau nak kata saya menggunakan nama Tok Guru, ini adalah fitnah paling besar. Semasa pelancaran batu asas, kenapa ada pemimpin besar dalam kepimpinan negeri yang tidak hadir. Kenapa dia tidak hadir, hari ini baru saya sebut perkara ini. Sedangkan itu perkara penting yang diputuskan Perhubungan Negeri Kelantan. Ada yang menyatakan kerajaan negeri sebenarnya tidak serius membina lebuh raya ini, sebaliknya cadangan ini bersifat ugutan kepada kerajaan pusat.

Tidak, ini saya buat sepenuh hati. Mula-mula saya dilantik Tok Guru, saya beritahu itu di luar kemampuan saya. Saya tidak pernah terlibat dengan pembinaan lebuhraya tetapi Tok Guru tekan suruh buat kerana baginya, kerana wajib bagi kita membuktikan Islam ada kemampuan, kemampuan memecahkan kepompong orang lain kepada kita. Kedua, bila kita pegang kerajaan Islam ada kemampuan bertanding sama dengan orang lain. Sebab itu, masa majlis perasmian, doa Tok Guru Nik Aziz, "Daripada keyakinan (bulat keyakinan Tok Guru), bukan main-main".

Kami bukan buat kerana politik. Kami buat memang kerana mahu menyiapkan dan melaksanakan. Boleh fikir syarikat dari Korea datang, bukan main-main dia nak tandatangan RM2 bilion. Memang kita serius, tengok siapa yang anggotai jawatankuasa, yang terlibat dalam membina (lebuhraya) utara Selatan, bukan orang biasa, jadi segala-galanya telah diatur, cuma ada sedikit halangan iaitu mengenai kelulusan perlombongan. Tapi kami tidak pernah main-main dan kami menjangkakan ia dapat disiapkan, dan selepas PRU, saya masih lagi membuat kenyataan sebanyak dua kali. Saya sanggup untuk dilantik dan meneruskan tugas saya menyiapkan lebuh raya. Dan ucapan saya itu di hadapan (Exco) Datuk Hanifa di Pasir Mas, saya bagi tahu dalam ceramah dan dikeluarkan oleh pihak media. Saya yakin lebuh raya itu dapat disiapkan, sampai ke hari ini saya yakin. Bahkan jika diberi peluang kepada saya, saya boleh menerima. Insya-ALLAH, saya akan siapkan lebuhraya itu, walaupun lombong itu telah diberikan kepada pihak lain. Saya yakin ada peluang dan jalan untuk siapkan lebuh raya ini.

Jadi, sesetengah yang curiga terhadap Datuk, ada bersikap sinis dan negatif terhadap Datuk. Apakah punca yang menyebabkan ia berlaku?

Itu kena tanya orang itulah kerana sepanjang saya berada dalam Exco, secara dalamnya tidak ada bertentangan, belakang mungkin. Satu yang saya konsisten ialah sejak dalam Exco, saya tidak boleh bertoleransi dengan perkara yang saya anggap tidak baik untuk rakyat, dan apa yang saya kongsi dengan Tok Guru ialah kena buat sesuatu yang cemerlang, tidak boleh memerintah ala kadar dan tidak boleh memerintah kerana hendak sedap sendiri.

 Sambungan jawapan kepada soalan: Jadi, sesetengah yang curiga terhadap Datuk, ada bersikap sinis dan negatif terhadap Datuk. Apakah punca yang menyebabkan ia berlaku?

INI saya bukan kata kepada kawan-kawan, boleh dilihat semasa menjadi pengerusi lebuh raya,  pihak Korea menjemput saya melawat ke sana, saya tidak melawat mana-mana tempat atas kapasiti saya sebagai pengerusi lebuh raya.

Saya menjadi pengerusi untuk pembinaan stadium baharu, saya tidak melawat mana-mana, saya serah kepada arkitek untuk sediakan reka bentuk. Selepas saya tidak ada, 'orang ni' melawat seluruh Eropah, Itali, Sepanyol untuk melihat stadium, berapa habis belanja.

Saya fokus untuk membuat stadium, tetapi orang lain melawat sana sini, kenyataan untuk buat stadium sudah senyap. Mungkin buat tetapi tidak nampak kesungguhan. Jadi saya tidak tahu adakah kami  berbeza dari segi cara kerja,  cara kerja yang  diminta oleh Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ialah semua Exco kena bekerja penuh dedikasi, amanah dan melakukan sesuatu yang lebih baik daripada musuh kita.

Itu falsafah yang saya dapat daripada Tok Guru Nik Aziz.  Saya tidak kata kawan saya yang lain tidak menghayati falsafah sama.  Tetapi sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan, tidak nampak pula pertembungan dengan saya, di luar mungkin berlaku, saya juga tidak tahu apa sebab.

Semasa berada dalam kerajaan, Datuk ada membuat cadangan dan projek yang didakwa tidak berjaya. Perkara ini menjadi isu yang dimainkan, viral dalam media sosial, contoh projek kambing jamnapari, stadium, kayu gaharu, projek keretapi dan lain-lain?

Yang pertama, adakah saya tidak pernah buat kejayaan. Apabila saya dapat membawa wang tunai dari Felda lebih kurang RM400 juta,  kalau dalam  syarikat  orang itu sudah mendapat penghargaan sebuah kereta. Kemudian, saya berunding dengan Felcra, dapat hampir 20 ribu ekar ladang, yang kerajaan negeri tidak pernah dapat.

Banyak lagi benda-benda lain. Masalah ditinggalkan saya tolong selesaikan, kalau dilihat hari ini pembangunan Bandar Kota Bharu pesat. Alhamdulillah kerana semasa saya menjadi Exco pentadbiran, kami telah siapkan susur atur yang membolehkan pecah sempadan dan kelulusan pembangunan diluluskan dalam tempoh tiga atau empat bulan sahaja.

Sedangkan dahulu tertunggak sampai dua tahun bagi satu kes, kerana itulah Kelantan dan Kota Bharu membangun, mahu buat rumah, bangunan, kedai mendapat kelulusan cepat,  sekali gus memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Merujuk isu kambing jamnapari dan gaharu pula, pertama ia dibangkitkan orang yang merasakan ia adalah senjata untuk merosakkan saya, kerana pernah seorang blogger menulis tentang perkara ini yang kemudian dicetak tanpa nama dan diedarkan.

Sampai kini, jika diperhatikan tulisan tersebut, mereka tidak boleh kata apa yang saya buat salah. Saya ada menyeleweng duit kerajaan? Saya ada curi duit kerajaan? Jawabnya tidak ada, yang salah adalah kerana saya berikan idea dan penternakan bukan di bawah portfolio saya. Saya hanya hanya bentangkan idea dan gagasan bagaimana mahu menggunakan ternakan sebagai satu modal mengurangkan kemiskinan rakyat negeri ini.

Kelantan ini ramai orang miskin, saya mahu tanya balik kerajaan Kelantan, apakah program kemiskinan yang mereka buat kalau kambing jamnapari saya ini tidak berguna? Jangan pandai serang saya sahaja, saya mahu tanya balik, apa yang kerajaan negeri rancang?

Di bawah cadangan masa itu, kita serahkan lima kambing betina sekali dengan kandang. Alhamdulillah, konsultan yang jujur dan dedikasi sampai hari ini dia berkembang. Boleh dilihat di Salor, sampai 40 hingga 50 ekor. Ada yang gagal, tetapi apa pun dalam projek kemasyarakatan, ada peserta yang baik dan tidak.

Saya masih yakin dengan program ini dan saya sedikit pun tidak merasa terkilan mengolah idea ini. Bahkan, melalui Yayasan Darul Hijrah, Insya-ALLAH saya akan lancarkan Skim Wakaf Ternak, saya mahu teruskan program ini. Dalam Islam diharuskan orang mewakafkan ternakan untuk dibela oleh orang miskin. Kami bercadang untuk membuka akaun untuk wakafkan. Gaharu.

Yang saya mulakan gaharu pertamanya di Malaysia, khususnya termasuk Kelantan berjuta-juta pokok tersebut ada di dalam hutan tetapi, kerana ia semula njadi, sifatnya kalau tidak sakit, tidak suntik,  ia tidak keluarkan rasin (getah gaharu). Contohnya di Rantau Panjang, ada kilang memproses yang mendapat untung beratus beribu-ribu dan ada juga orang yang pernah menjual anak pokok kepada pimpinan kerajaan pusat dan negeri lain. Dengan sendirinya, ia memperkenalkan gaharu di arena pertanian Malaysia.
Lepas Kelantan perkenalkan Majlis Perhutanan Negara, bincangkan pasal gaharu dan saya hadirinya.

Masing-masing tanya, apa kebaikan gaharu, cara tanam. Sekarang Jabatan Perhutanan sudah anggap ia sebagai satu program, Jabatan Perhutanan Kelantan pun mengikuti kursus gaharu di Thailand. Adakah ia tidak baik, jawabnya baik tetapi ia mengambil masa sehingga tujuh hingga 10 tahun. Jadi, bila saya menjadi Pengerusi PMBK Sawit, saya menerusi mesyuarat lembaga bersetuju, jadi orang perintis industri ini secara komersial, kami peruntukkan kawasan 174 hektar di Belau (Gua Musang) untuk menanam pelbagai jenis spesies gaharu kerana ia dalam percubaan di peringkat komersial. Sekarang beribu-ribu pokok di Belau, sebesar 'paha', adakah ini bukan satu kejayaan.

Bagaimana kesetiaan Datuk dengan Pas bila sering dikaitkan dengan Amanah?

Memanglah, saya  Adun Pas. Orang bukan keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya. Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain.? Fitnah inilah punca segala-galanya.

Kalau Pas hendak kuat, dia (Pas) kena baiki diri dan disiplin. Balik kepada al-Quran dan Sunnah sebagai mizan (timbangan) mana baik buruknya. Mungkin saya berakhir sebagai orang biasa, saya tidak kisah. Ini mungkin penggal terakhir saya. Saya tidak kisah, kerana saya masuk perjuangan ini bukan kerana mahu menjadi pemimpin. Saya masuk kerana idealisme dan gagasan perjuangan. Siapa sahaja yang membawa gagasan itu saya akan sokong. Siapa yang mengkhianati gagasan itu saya akan tegur, sehingga saya jadi orang biasa dan tidak ada apa-apa.

Adakah Datuk mahu kekal selamanya dengan Pas?

Saya kekal dalam Pas sehingga saya mati.

Apa pendirian Datuk dengan kewujudan parti Amanah?

Bagi saya, Amanah boleh jalan terus. Pendirian saya, di Pantai Barat, Amanah wajib bergerak bagi menampung sokongan masyarakat bukan Islam bagi menyokong perjuangan Islam yang telah diterima sejak PRU 2008.

Bayangan masa depan Pas daripada kaca mata Datuk selepas muktamar baru-baru ini?

Saya Adun biasa, saya hanya Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, jadi saya nak pemimpin yang baharu ini buktikan kemampuan mereka. Kalau saya komen lebih, macam saya ini hendak menidakkan kemampuan mereka. Kalau pemimpin sekarang ini yakin boleh mempertahankan, berilah mereka peluang dan masa. Di Kelantan,  saya tengok (mereka) berpuas hati. Banyak lawatan ke luar negara dilakukan. Masa pertukaran wang asing tinggi, masih ada ke luar negara. Berdasarkan ini saya yakin mereka berpuas hati, rasa tidak ada masalah. Jadi kalau saya cakap lain tidak ada faedahnya, kerana sikap ini boleh dibetulkan oleh orang itu sendiri..

Serangan dan kritikan  yang dibuat  terhadap Datuk dibuat dengan pelbagai cara, adakah Datuk boleh menghadapi perkara ini dengan baik?

Saya kata tadi, ini mungkin penggal terakhir. Apa yang saya rayu kepada kerajaan negeri ialah, hutan simpan iaitu pemberian untuk ladang-ladang dihentikan. Kalau itu berjaya, saya sudah puas hati di tahap hidup saya yang terakhir dalam berpolitik. Saya tidak mahu lebih daripada itu, saya nak apa yang saya perjuangkan ini menjadi realiti. Sebagai ahli Pas yang berjuang agak lama, saya nak perkara ini dihayati pemimpin Pas yang ada hari ini. Kedudukan saya tidak mustahak.

Ditakdirkan saya tidak dipilih  menjadi calon, saya tidak ada masalah. Saya nak pelaksanaan ini direalisasikan barulah kita rasa bangga dengan perjuangan Islam dan boleh gunakan Kelantan  untuk berkembang ke negeri lain. Kalau Kelantan boleh buat lebuh raya sendiri, boleh buat stadium canggih dengan bandar baharu, boleh fikir fasal kereta api laju, boleh hidupkan sunnah dan wakaf,  tanaman, hasil di bahagikan dengan adil, dapat pendapat lebih besar, boleh jadi macam Singapura. Singapura tiada hasil tetapi kenapa maju dan kaya, kerana nilai kepimpinan dan pengurusan.

Mungkin ada cerita istimewa  yang boleh dikongsi sepanjang bekerja dengan Tok Guru?

Banyak yang istimewa, bila saya tidak dilantik sebagai Exco, bila kami jumpa, kami tidak bincang isu yang lepas tetapi satu perkara yang konsisten dengan beliau ialah nak orang bukan Islam didekati dan diberikan kefahaman Islam dengan cara contoh teladan dengan berkerajaan. Sebagai contoh, Tok Guru panggil saya bawa kad kepada (bekas Perdana Menteri Singapura) Lee Kuan Yew minta saya hantar sendiri ke Singapura. Dalam kad itu Tok Guru tulis "Saudara Lee, saya minta saudara untuk mempelajari Islam.
"Jadi orang bukan Islam tidak perlu dimusuhi atau dijadikan musuh. Dalam politik Malaysia, kalau Pas boleh menunjukkan sikap yang baik dengan menunjukkan  keadilan, kemasyarakatan Islam.

Pelbagai kaum boleh satukan dengan kekuatan Islam. Itu perkara yang Tok Guru amat tekankan kepada kami semua  dan pada saya khususnya. Beliau nak Pas boleh dinaungi semua masyarakat dengan Islam. Ini yang saya nak semua orang faham. Ini yang terkesan kepada saya.

Pelabuhan Klang Hampiri Bacaan IPU Tidak Sihat

Posted: 11 Oct 2015 03:53 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Pelabuhan Klang setakat 2 petang Ahad merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana 91 hampir kepada  bacaan tidak sihat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 41 lagi kawasan turut mencatatkan IPU sederhana termasuk Shah Alam dan Bandaraya Melaka (masing-masing 90); Batu Muda (89); Banting (88); Bukit Rambai (87); Seremban (83); Cheras, Kuala Lumpur dan Port Dickson (masing-masing 82).

Samarahan (79); Putrajaya dan Nilai (masing-masing 78); Petaling Jaya (75); Kemaman dan Bakar Arang, (masing-masing 72).

Sementara itu 11 kawasan lain yang majoritinya di Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU sihat antara 23 dan 46.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh

Posted: 11 Oct 2015 03:48 AM PDT

BERNAMA


Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh
Jawatankuasa itu akan mengurus antara lain soal kewangan, pengurusan dan penyelenggaraan pusat-pusat sedemikian. - Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas bagi menyelaras dan mengurus operasi pusat khidmat sementara gelandangan di sekitar ibu negara bakal ditubuhkan minggu depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.

Beliau yang melawat pusat gelandangan di Jalan Medan Tuanku di sini berkata jawatankuasa itu akan mengurus antara lain soal kewangan, pengurusan dan penyelenggaraan pusat-pusat sedemikian.

"Buat masa ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan soal penyelengaraan pusat, manakala pihak NGO akan membantu dari segi pengurusan secara bergilir-gilir," kata Adnan.

Sehingga kini empat NGO iaitu Pertiwi Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen Society, Need To Feed The Need dan Kaseh4U telah menyatakan kesediaan mereka untuk menggunakan pusat tersebut bagi mengedar makanan sambil turut mengguruskannya, katanya.

Adnan berkata selain di Jalan Medan Tuanku, sebuah lagi pusat yang berupa bangunan tiga tingkat sedang dibina di Bulatan Pahang yang mampu menyediakan 250 buah katil untuk golongan gelandangan.
DBKL juga akan membeli seunit lagi bangunan di Chow Kit untuk tujuan sama, katanya. 
 
 

MITI harap sektor ekonomi diberi tumpuan pada #Bajet2016

Posted: 11 Oct 2015 03:45 AM PDT

Muhafandi Muhamad, Astro Awan
MITI harap sektor ekonomi diberi tumpuan pada #Bajet2016
MUSTAPA: Walaupun intipati bajet merangkumi banyak penumpuan termasuk keselamatan, sosial dan lain-lain, tumpuan kepada ekonomi perlu diberikan memandangkan keadaan persekitaran ekonomi ketika ini amat mencabar.
 
 
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap Bajet 2016 yang akan dibentangkan 23 Okt depan tidak mengenepikan sektor ekonomi termasuk dalam sektor perindustrian dan perusahaan.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya berharap sektor ekonomi diberi perhatian lebih supaya dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

"Sudah pasti saya selaku Menteri MITI nak lihat perkembangan industri perdagangan. Promosi perlu dipertingkat untuk sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Galakan ini penting untuk pertumbuhan ekonomi. Kita harap agensi-agensi penggerak ekonomi tak diketepikan pada bajet ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Penapisan Minyak Sawit Raya Oil Sdn Bhd di sini, hari ini.

Mustapa turut mengulas, walaupun intipati bajet merangkumi banyak penumpuan termasuk keselamatan, sosial dan lain-lain, tumpuan kepada ekonomi perlu diberikan memandangkan keadaan persekitaran ekonomi ketika ini amat mencabar.

"Harapan saya adalah untuk sektor ekonomi diberi perhatian lebih supaya kita dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya.

Ujarnya lagi, dalam kelembapan ekonomi global, sudah pasti promosi dan usaha mempertingkatkan dan merancakkan ekonomi harus diberi penekanan yang lebih.

Tragedi SK Tohoi: Kementerian Pendidikan Ambil Tindakan Segera

Posted: 11 Oct 2015 03:42 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Khair Mohamad Yusof
Khair Mohamad Yusof.
 
 
KUALA LUMPUR: Susulan tragedi yang menimpa tujuh murid Orang Asli di Gua Musang, Kementerian Pendidikan akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti beberapa aspek melibatkan anak Orang Asli yang tinggal di asrama kelolaan kementerian itu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, jawatankuasa itu akan melibatkan pelbagai pihak dan agensi yang akan mengkaji serta meneliti aspek kemajuan, keselamatan, kebajikan dan kesihatan.

Katanya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan).

"Jawatankuasa ini akan segera dibentuk dan diberi masa tiga bulan bermula pertengahan Oktober 2015 bagi menyedia dan mengemukakan syor penambahbaikan berkaitan aspek tersebut kepada kementerian," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya selain itu, pihaknya juga akan mengadakan latihan khusus berkaitan budaya dan cara hidup masyarakat Orang Asli secara berperingkat kepada guru yang mengajar di sekolah Orang Asli.

"Ini termasuk pendekatan yang sesuai dalam usaha memenangi pemikiran ke arah kemajuan dalam bidang pendidikan," katanya.

Khair juga berkata, kumpulan guru pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi telah diarah turun padang membantu rakan murid terlibat, guru dan ibu bapa mangsa bagi membolehkan mereka menangani trauma di samping menenangkan perasaan mereka.

Katanya, kementerian berasa amat sedih dengan tragedi yang menimpa murid terbabit, ditambah pula dengan penemuan mereka dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

"Kementerian mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga murid yang terlibat serta berdoa supaya mereka yang belum ditemui berada dalam keadaan selamat," katanya.

Khair berkata, kementerian amat memandang serius tragedi itu dan mahu punca kejadian diteliti secara objektif dan meyakinkan, memandangkan ia berlaku ketika masih berada dalam kawalan guru di sekolah berkenaan.

"Tragedi seumpama ini tidak boleh dipandang ringan di mana setiap usaha dan tindakan perlu dilakukan secara serius, bersikap terbuka dan telus serta perlu dilakukan secara holistik bagi mengelakkannya daripada berulang," tegas Khair.

Tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua daripada mereka ditemui selamat pada Jumaat, iaitu Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia.

Tiga yang masih belum ditemui ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.

Tiga Kanak-Kanak Orang Asli Dihanyut Arus Sungai

Posted: 11 Oct 2015 03:38 AM PDT

Oleh: LOH FOON FONG


KOTA BARU: Tiga kanak-kanak Orang Asli yang hilang hampir enam minggu dihanyutkan arus sungai, menurut ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang selamat.

Norieen Yaakob, 10, yang ditemui selamat pada Jumaat memberitahu ibunya, Midah Angah bahawa adiknya dan dua yang lain dihanyut arus deras Sungai Perias.

"Dia pada mulanya melihat adiknya Haikal, 8, minum air sungai dan kemudian dihanyutkan sungai tapi memberitahu dia tidak boleh berkata apa-apa," kata Midah pada Sabtu di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Norieen yang sedang berbaring di atas katil hospital tidak banyak bercakap dan hanya merenung ketika ditanya soalan.

Midah, 40, berkata Norieen masih trauma dengan pengalaman pahit itu.

Norieen dan Miksudiar Aluj, 11, ditemui selamat manakala tiga lain disahkan meninggal dunia.

Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan lemah di tepi Sungai Perias pada Jumaat.

Mereka dibawa dari Hospital Gua Musang di Kelantan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada petang Jumaat.

Midah berkata Norieen turut memberitahunya bahawa Sasa Sobrie, 8, tidur dekat tebing Sungai Perias pada waktu malam tetapi hilang pada keesokan harinya.

Insiden sama berlaku kepada Linda Rosli, 8, yang tidur di tebing sungai dan hilang selepas itu, kata Midah.

Ketika ditanya mengapa mereka melarikan diri dari sekolah, Midah berkata Norieen tidak memberitahunya mengenai perkara itu.

Ibu kepada Miksudiar, Rozita Bahir, 41, berkata anak perempuannya itu masih belum ada selera makan.
"Dia muntah setiap kali selepas makan," katanya.

Bapa saudara Miksudiar berkata bapanya meninggal dunia lima bulan lalu akibat disenteri.

Dr Mahathir Tidak Sihat, Berehat Di Rumah

Posted: 11 Oct 2015 03:36 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Dr Mahathir Mohamad.
 
 
PETALING JAYA: Majlis pelancaran Persatuan Trailblazers Malaysia (MyPerintis) yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan kerana penaungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sihat.

Menurut pembantu Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu tidak sihat dan sedang berehat di rumah.

Pada Sabtu, pengasas MyPerintis Datuk Laurence Low Kah Guan berkata pesatuan itu akan menangguhkan majlis perlancarannya ke tarikh lain kerana Dr Mahathir tidak dapat hadir.

"Rakan-rakan yang dihormati, saya menerima panggilan daripada pejabat Dr Mahathir bahawa beliau mengalami demam, sakit dada dan batuk.

"Kita perlu menangguhkan pelancaran ini ke satu tarikh lain. Marilah kita mendoakan agar Tun kembali sihat. Maaf di atas segala kesulitan," katanya dalam laman web persatuan itu.

MyPerintis adalah persatuan belia yang ditubuhkan pada 30 Jun lalu.

Ia dilaksanakan untuk memberi tumpuan kepada ilmu pengetahuan, kepimpinan dan pembangunan belia di kalangan belia di Malaysia.

Penemuan Bangkai Pesawat MH370: Polis Filipina Bingung

Posted: 11 Oct 2015 03:34 AM PDT

Oleh: RUBEN SARIO
 
 
 
 
 
KOTA KINABALU:  Polis di selatan Filipina bingung mengenai dakwaan penemuan bangkai pesawat yang mempunyai bahagian dicat bendera Malaysia ditemui di dalam hutan sebuah pulau terpencil di wilayah itu.

Seorang pegawai kanan polis Filipina di Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) itu berkata tiada laporan diterima mengenai insiden pesawat terhempas di kepulauan tersebut. 
 
"Kami akan melakukan pemeriksaan tetapi sekiranya terdapat mana-mana pesawat terhempas di dalam wilayah ini, orang awam pastinya akan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Sehingga hari ini, tiada laporan diterima," kata pegawai kanan polis, Superintendan Rodoleo Jocson yang berpangkalan di Maguindanao yang bidang kuasanya meliputi wilayah Tawi Tawi.

Ketika dihubungi The Star pada Ahad, Jocson berkata beliau berasa pelik terhadap dakwaan penemuan bangkai pesawat di Pulau Sugbay di Tawi Tawi.

"Tiada sebarang laporan polis dibuat kepada balai polis di wilayah Tawi Tawai mengenai penemuan bangkai pesawat," kata Jocson.

Pada Sabtu, seorang juruteknik audio visual berusia 46 tahun membuat laporan di balai polis Sandakan yang mengatakan saudaranya dari Pulau Sugbay menemui sebuah bangkai pesawat di sana pada awal September lalu.

Dalam laporan tersebut, lelaki itu mendakwa  anak saudara lelakinya bersama beberapa yang lain sedang memburu burung apabila menemui bangkai pesawat di pulau itu.

Mereka mendekati bangkai pesawat berkenaan yang kemudiannya menemui tulang manusia.

Mereka turut menjumpai rangka manusia di kerusi juruterbang dengan tali pinggang keledar yang masih dipasang.

Mereka kemudiannya mengambil sebuah bendera yang ditemui di dalam bangkai pesawat tersebut sebelum meninggalkan kawasan itu.

Lelaki tersebut mengatakan bahawa dia memaklumkan kepada polis mengenai bangkai pesawat itu mungkin milik pesawat yang hilang tahun lalu.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada Mac tahun lalu dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sejurus insiden itu, usaha pencarian pesawat tersebut khususnya di selatan Lautan Hindi masih dipergiatkan.

Najib perlu saman Mahathir, MCA ‘pengecut’ biar Liong Sik berseorangan

Posted: 11 Oct 2015 03:26 AM PDT

PM-najib

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : MCA akan diingati sebagai parti pengecut jika terus berdiam diri terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika bekas presidennya, Tun Dr Ling Liong Sik berdepan saman fitnah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menjangka MCA akan berpihak kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan terus mendiamkan apa sahaja persoalan terhadap skandal kewangan itu.

"MCA akan terus diingati sebagai parti Cina yang tidak relevan serta pengecut," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau turut mempersoal sama ada MCA akan memutuskan hubungan dengan Liong Sik ekoran tuduhannya terhadap Najib atau sama ada parti itu akan mendesak Perdana Menteri memberi penjelasan skandal 'derma' RM2.6 bilion itu.

Lip Eng juga mencadangkan ahli akar umbi mendesak pimpinan MCA mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentu sama ada parti akan membiarkan Ling Sik berseorangan berdepan saman Najib Razak atau menyokong bekas presidennya itu.

Berdasarkan tindakan Najib terhadap Liong Sik, beliau berkata, Perdana Menteri tiada pilihan selain turut memulakan tuntutan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed yang menuduhnya 'mencuri duit'


Arab Saudi Jadikan Malaysia 'Role Model' Pengurusan Haji

Posted: 11 Oct 2015 03:19 AM PDT

RAKYATNEWS






KUALA NERUS  - Sistem pengurusan jemaah haji Malaysia diiktiraf sebagai model terbaik yang perlu dicontohi jemaah haji dari negara lain bagi memastikan kelancaran ibadah umat Islam di tanah suci Mekah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengiktirafan itu dinyatakan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz ketika pertemuan dengan semua delegasi wakil negara, pada musim haji baru-baru ini.

"Saya mewakili kerajaan Malaysia serta semua perwakilan negara yang lain mengadap Raja Salman dan ketika itulah beliau memuji sistem pengurusan jemaah haji Malaysia yang sangat teratur, tertib dan berdisiplin.

"Malah, selepas insiden rempuhan di Mina, media di sana juga memberi liputan mengenai pengurusan jemaah haji Malaysia yang disifatkan sangat bagus kerana mencakupi semua aspek termasuk penginapan, makan minum, kesihatan dan kewangan.

"Tidak seperti jemaah haji dari negara lain, jemaah haji Malaysia hanya perlu memberi fokus kepada ibadah mereka semata-mata tanpa memikirkan masalah lain dan ini bukti pengurusan yang cemerlang dilaksanakan oleh Tabung Haji," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari peringkat Antarabangsa di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Asyraf Wajdi berkata walaupun terdapat beberapa permasalahan yang timbul seperti jemaah haji hilang atau tersesat di Mina, ia dapat diselesaikan segera oleh 585 petugas Tabung Haji di tanah suci ketika itu.

"Pengiktirafan ini sangat bermakna buat kita kerana ia juga adalah satu manifestasi dalam akhlak al-Quran iaitu patuh kepada arahan dan peraturan demi kebaikan semua," katanya.


MCA bukan `silent partner’ – Najib

Posted: 10 Oct 2015 10:45 PM PDT

IKHWAN HAZWAN

 

najib MCA3 (M)
Najib berkata, beliau menghormati pandangan masyarakat Cina yang diluahkan menerusi MCA. Foto TRP/ Azrol Ali 


KUALA LUMPUR,  Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyifatkan MCA bukanlah 'silent partner' seperti yang dikatakan oleh DAP.


Menurut Najib, MCA sentiasa memberikan pendapat dengan cara yang penuh berhemah, tegas dan bukan melalui cara biadap sama ada dalam mesyuarat kabinet dan BN.

"MCA sentiasa menyuarakan pendapat dan keresahan masyarakat Cina di negara ini.

"Jadi tidak benar sama sekali sekiranya DAP mengatakan MCA adalah 'silent partner' dalam BN," katanya sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-62 di sini hari ini.

Tambah Najib, juga MCA perlu menghentikan pertelingkahan dalaman bagi memastikan parti berkenaan dapat terus bergerak ke hadapan.

Ujarnya, perbezaan pendapat tidak menjadi masalah namun pertelingkahan di peringkat kepimpinan tertinggi perlu dielakkan sama sekali.

"MCA sebelum ini sudah lama terkesan akibat daripada pergeseran dalam kepimpinan tertinggi parti yang tidak berkesudahan.

"Sekarang ini sudah ada keserasian antara Presiden, Timbalan Presiden dan juga Setiausaha Agung dan pertelingkahan perlu dihentikan.

"Pilihanraya boleh dibuat pada bila-bila masa dan maksimum dalam tempoh tiga tahun dan kita perlu fokus supaya dapat menang lebih besar," tegasnya.

Juara ‘Akademi Fantasia 2015′ milik siapa?

Posted: 10 Oct 2015 10:41 PM PDT

SHAZRYN MOHD. FAIZAL

 

af15-m-18
Malam ini merupakan detik penentuan untuk empat finalis 'Akademi Fantasia 2015' ini iaitu (dari kiri) Syamel, Bila, Sufi dan Sharul yang akan berentap dan bersaing hebat dalam merebut gelaran juara Akademi Fantasia ke-12. - Foto TRP/Mohsin Zamani


KUALA LUMPUR,  Sembilan minggu berlalu dan malam ini akan menjadi penentuan siapakah empat finalis yang berjaya ke pentas akhir Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) akan dijulang sebagai juara AF ke-12.


Tidak dinafikan, musim ke-12 ini boleh dikatakan sebagai antara musim terbaik sepanjang AF bersiaran sejak dari tahun 2003 dengan bakat-bakat yang dipilih kebanyakannya telah mengangkat AF ke satu tahap yang membanggakan.

Biarpun ramai yang menganggap program realiti popular itu sudah mula hilang taring dan tidak segah sedekad lalu, namun, AF 2015 telah memberi sinar dan harapan baru bahawa bakat yang dicungkil tahun ini mampu dibentuk menjadi penyanyi serta penghibur pelapis negara.

Persoalannya, kini, siapakah di antara empat finalis ini iaitu Syamel, Bila, Sufi dan Sharul yang benar-benar layak bergelar juara? Sesungguhnya tidak dapat dinafikan lagi persaingannya tahun ini memang sengit.

Dalam erti kata lain, keempat-empat mereka berpotensi untuk menjadi juara tetapi, sudah menjadi adat pertandingan, hanya seorang sahaja yang boleh merangkul kejuaraan itu.

Semuanya kini terletak kepada kebijaksanaan pengundi dan penyokong keempat-empat anak muda ini dalam membuat pilihan tepat untuk menobatkan salah seorang daripada empat bakat baharu ini.

Segala debaran dan teka-teki hanya akan terjawab malam ini kerana dikhabarkan pihak produksi AF 2015 telah bertungkus-lumus serta sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik agar ia mampu menjadi salah sebuah konsert akhir AF yang diingati selama-lamanya.

Ditambah pula dengan persembahan istimewa oleh penghibur tersohor negara, Datuk Sheila Majid yang akan mendendangkan lagu baharunya, Sinaran Cinta secara eksklusif malam ini, akan menjadikan konsert akhir AF 2015 sesuatu yang begitu istimewa.

Buat peminat Akademi Fantasia, pastikan anda tidak ketinggalan menonton siaran secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123) bermula pukul 9 malam ini.

Untuk menghangatkan lagi bahang konsert akhir AF 2015, The Rakyat Post mahu berkongsi dengan pembaca tentang ulasan dan ramalan kami.
af15-m-21
SYAMEL – Foto TRP/Mokhsin Zamani
Nama: Syameel Aqmal Mohd. Fodzly
Umur: 22 tahun
Asal: Cheras, Kuala Lumpur
Lagu yang akan dibawakan:
  1. Sampai Mati (dendangan asal Hazama)
  2. Hidup Dalam Mati (lagu baharu ciptaan sepenuhnya oleh Syamel)

Ulasan:

Kalaulah AF 2015 tidak menggunakan undian peminat, tidak syak lagi anak muda ini dengan mudahnya akan menjadi juara musim ini. Tetapi, semuanya bersyarat seandainya Syamel dapat memberikan persembahan yang luar biasa.

Memang tidak dinafikan Syamel memiliki kualiti vokal yang jarang dimiliki oleh penyanyi hari ini tetapi ada kalanya persembahannya dilihat terlalu biasa.

Benar, Syamel jarang mengecewakan peminat dan penonton tetapi untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat, Syamel harus berusaha lebih dan bekerja keras dalam memberikan warna dalam persembahannya.

Kalau ikutkan, The Rakyat Post juga seperti kebanyakan orang lain mahu Syamel menjadi juara kerana bakat yang dimilikinya itu. Justeru, diharapkan orang ramai dapat membuat pilihan yang bijak dalam memilih pelajar yang layak bergelar juara.

Namun, seandainya rezeki tidak berpihak kepada Syamel untuk menjadi juara, ramai percaya Syamel mampu untuk berjaya menjadi seorang penyanyi yang berjaya di masa hadapan. Lagipun, dia masih muda dan perjalanannya masih panjang. Good luck to you Syamel!
af15-m-20
BILA – Foto TRP/Mokhsin Zamani
Nama: Nurnajmi Nabila Samsaidi
Umur: 19 tahun
Asal: Setiawangsa, Kuala Lumpur
Lagu yang akan dibawakan:
  1. Karma (dendangan asal Faizal Tahir)
  2. Diam Saja (lagu baharu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim)

Ulasan:

Jika bukan Syamel, nama Bila antara yang menjadi pilihan untuk menjadi juara tahun ini. Seandainya juara menjadi miliknya, maka, Bila akan menjadi peserta wanita ketiga selepas Mila dan Stacy yang menjadi juara Akademi Fantasia.

Tidak dapat dinafikan lagi, gadis ini telah mencipta fenomena sepanjang AF 2015 berlangsung dan ramai yang mengagumi bakat yang dimiliki oleh anak kepada pemain bass kumpulan Wings, Eddie ini.

Secara tidak langsung, kegilaan peminat terhadap Bila kini sudah terbukti bahawa bakat yang dimiliki olehnya mula dipandang dan membuatkan ramai tidak lagi melihat kepada paras rupa mahupun bentuk fizikal.

Ditambah pula, dengan pujian yang sering diberikan oleh juri tetap AF 2015, Datuk Ramli MS membuatkan Bila terus berdiri kukuh sepanjang program ini berlangsung dan seterusnya layak untuk ke peringkat akhir.

Seeloknya, itulah yang wajar diberikan perhatian kerana bakat semulajadi yang dimiliki adalah kurniaan daripada Allah SWT dan tidak mampu untuk diubah jika hendak dibandingkan dengan fizikal.

Sebetulnya, sebelum kemunculan Bila lagi, ramai bakat peserta wanita dalam sejarah Akademi Fantasia telah dikaburkan dengan pelbagai faktor serta aspek lain sehingga menyempitkan ruang buat mereka untuk menonjolkan bakat mereka.

Pastinya, ramai yang mahu melihat kehebatan Bila menyampaikan lagu Karma dan lagu baharunya yang dijamin akan meninggalkan impak buat penonton malam ini.
af15-m-19
SUFI – Foto TRP/Mokhsin Zamani
Nama: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 tahun
Asal: Batu Pahat, Johor
Lagu yang akan dibawakan:
  1. Andaiku Bercinta Lagi (dendangan asal kumpulan Mojo)
  2. Kisah Dua Muka (lagu baharu ciptaan sepenuhnya oleh Sufi)

Ulasan:

Kalau diukur kepada populariti, memang tidak mustahil Sufi untuk menjadi juara malam ini. Sebelum ini pun, undian untuknya memang cukup tinggi dan telah meletakkannya di tangga pertama.

Percaya atau tidak, undian untuk Sufi memang cukup tinggi dan meninggalkan jauh peserta lain. Disebabkan itu, Sufi kini diletakkan sebagai calon utama untuk bergelar juara.

Akan tetapi, itu tidak bermakna Sufi tidak berbakat. Jika dia tidak berbakat, mana mungkin dia mampu untuk menjadi seorang penyanyi di Singapura dan pernah memenangi kategori Lagu Singapura Terbaik Anugerah Planet Muzik menerusi lagu Tiada Pengganti tahun lalu.

Tidak dinafikan, Sufi memiliki kualiti vokal tersendiri dan dia juga memang layak untuk ke pentas akhir AF 2015. Cuma, pada pemerhatian The Rakyat Post, ada ketika Sufi kurang memberikan penghayatan pada lagu yang dipersembahkannya penggunaan teknik vokalnya pada kedudukan yang tidak betul.

Diharapkan untuk malam ini, Sufi tidak akan menghampakan peminatnya yang tidak pernah jemu menyokongnya selama ini sehingga melayakkan dirinya ke peringkat akhir.
af15-m-22
SHARUL – Foto TRP/Mokhsin Zamani
Nama: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman
Umur: 19 tahun
Asal: Port Dickson, Negeri Sembilan
Lagu yang akan dibawakan:
  1. Just The Way You Are (dendangan asal Bruno Mars)
  2. Hanya Kamu (lagu baharu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim)

Ulasan:

Menjadi peserta bukan pilihan atau underdog untuk ke peringkat akhir bukanlah satu masalah buat Sharul kerana sebarang kemungkinan boleh terjadi.

Pun begitu, Sharul mendapat pujian daripada Ramli MS dan pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim yang menyifatkannya sebagai pelajar yang telah menunjukkan peningkatan ketara dalam persembahannya.

Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi sebagai mereka yang lebih berpengalaman, pastinya Ramli dan Edry lebih faham dan tahu prestasi Sharul. Bahkan dalam episod terakhir Diari AF 2015, Edry memberikan tempoh lima tahun dari sekarang untuk melihat Sharul menjadi seorang penyanyi yang berjaya.

Seandainya Sharul memberikan komitmen dan tumpuannya dalam persembahannya malam ini lebih daripada 100 peratus, usah dipersoal seandainya juara menjadi miliknya.

Setidak-tidaknya dia telah membuktikan pada minggu lalu apabila berjaya menewaskan dua bekas peserta lain, Lisa dan Rachel untuk menjadi salah seorang finalis tahun ini. Jika diukur aspek lain, Sharul memiliki kelebihan paras rupanya yang menjadi eye candy khusus buat peminat wanita.

Zam: Zahid nafi desakan rakyat

Posted: 10 Oct 2015 10:36 PM PDT

 
TPM cuba menyalahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi sehingga orang ramai meragui kewibawaan badan dan agensi kerajaan


zam-zaid


PETALING JAYA: Tindakan tidak berbudaya, tidak profesional dan terlalu berpolitik telah menghakis integriti Jabatan Pegaum Negara, Polis Diraja Malaysia, SPRM, Bank Negara dan agensi kerajaan yang lain.

Dalam tulisannya Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Sri Zainuddin membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba menyalahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi sehingga orang ramai meragui kewibawaan agensi berkenaan.

Jelasnya, teguran yang dibuat dari dalam perlu dilihat dalam konteks positif kerana ia dibuat kerana simpati dan sayangkan parti.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid seolah-olah menafikan apa yang ditimbulkan rakyat, ahli UMNO wa ima Majlis Raja-Raja sendiri.

"Lupakah pada sembahyang hajat pegawai-pegawai SPRM? Rakyat tidak lupa pegawai SPRM ditangkap dan dilepaskan, pegawai tinggi polis dipindahkan dan institusi penyiasatan lenyap tanpa kuburan?

"Datuk Zahid bercakap seperti menapikan langsung perasaan rakyat,penyokong-penyokong UMNO, kalangan terpelajar dan penyokong tidak berkepentingan terutama selepas Majlis Raja-Raja sendiri menuntut penjelasan segera mengenai 1MDB yang diberikan jawapan yang lebih bersifat hendak memenuhi tuntutan disegerakan tetapi menambahkan lagi keraguan," tulisnya di zamkata.blogspot.

Tiada NUR Alert kerana tiada unsur jenayah dalam kes murid Orang Asli hilang, kata polis

Posted: 10 Oct 2015 10:22 PM PDT




Ika Ayel, salah seorang daripada 7 kanak-kanak Orang Asli yang hilang 6 minggu lepas. Mayatnya ditemui di tebing Sungai Perias semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.Ika Ayel, salah seorang daripada 7 kanak-kanak Orang Asli yang hilang 6 minggu lepas. Mayatnya ditemui di tebing Sungai Perias semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Polis menegaskan, pihaknya bertindak serta-merta dalam kes kehilangan kanak-kanak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan walaupun ia tidak mengaktifkan sistem NUR (National Urgent Response) Alert.
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, oleh kerana tidak wujud sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes itu, yang dilaporkan 6 minggu lalu, tidak ada sebab bagi pihak berkuasa untuk mengaktifkan sistem itu.

NUR Alert adalah sistem amaran awal yang merangsangkan pihak berkuasa dan masyarakat untuk bertindak mengesan kanak-kanak hilang melalui satu rangkaian yang menyeluruh.

Ia berfungsi menyebarkan maklumat dengan segera dan secepat mungkin bagi membantu mengesan kehilangan kanak-kanak (di bawah umur 12 tahun) yang boleh menjadi mangsa jenayah atau penderaan. 
 
Mazlan berkata, berdasarkan laporan perisikan polis, yang dikumpul melalui semua saluran termasuk dari Cawangan Khas, tidak ada unsur jenayah ditemui dalam kes itu walaupun timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarga yang kanak-kanak itu mungkin menjadi mangsa sindiket penjualan organ.

"Kami mempunyai risikan yang sangat kuat dan boleh diharap. Kami menerima maklum balas sifar, tidak ada sedikit pun maklumat mengenai unsur jenayah.

"Oleh kerana itu, kami percaya kanak-kanak itu hilang di dalam hutan. Maka itulah sebabnya kami tidak menggunakan NUR Alert untuk mencari mereka.

"Sejak awal, semua sumber tenaga dikerahkan untuk mencari mereka di sana," kata Mazlan sambil menambah, beliau juga memberi taklimat mengenai perkembangan yang sama kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa lawatan beliau ke Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Gua Musang pada 28 September.

Polis hari ini menemui satu lagi tinggalan rangka berhampiran Sungai Terias, dekat lokasi di mana 2 kanak-kanak Orang Asli yang hilang ditemui masih hidup semalam.

Polis masih belum mengenal pasti mayat tersebut tetapi percaya ia salah seorang daripada 7 murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos itu.

Setakat ini, polis menemui 4 kanak-kanak, 2 masih hidup manakala 2 lagi meninggal dunia. Mayat yang ditemui pada Khamis juga masih belum dikenal pasti.

Mazlan berkata, mangsa yang selamat, Norieen Yakob, 10, dan Miksudial Aluj, 11, ditemui pada sebuah pokok besar yang mempunyai lubang kecil di tanahnya.

"Ia boleh digunakan sebagai tempat persembunyian, seperti gua kecil, dilindungi batang besar dan akar.

"Ia cukup besar untuk kanak-kanak gunakan sebagai tempat berlindung. Ini salah satu sebab mengapa kita tidak dapat mencari mereka sebelum ini," kata Mazlan.

Beliau berkata, kanak-kanak itu mungkin tidak mempunyai tenaga untuk menjerit meminta tolong apabila pasukan menyelamat mencari di kawasan sekitar itu.

"Kami komited untuk mencari seorang lagi kanak-kanak," kata Mazlan.

Mengenai dakwaan yang Norieen dan Miksudial diberi makanan oleh "seseorang", Mazlan berkata perkara itu mustahil berlaku berdasarkan keadaan mereka yang lemah dan beliau percaya kanak-kanak itu merujuk kepada minuman yang mereka terima apabila mereka diselamatkan.

"Mereka ditemui dalam keadaan hanya tinggal kulit dan tulang. Tidak kelihatan seperti mereka diberi makan. Mereka kekurangan zat makanan dan mengalami dehidrasi," katanya.

Norieen, Miksudial dan 5 yang lain dikatakan melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dimarahi guru selepas ditangkap berenang di sungai berhampiran tanpa kebenaran. 
 
 

Mat Sabu: Amanah sedia tanding 3 penjuru lawan PAS jika terpaksa

Posted: 10 Oct 2015 10:12 PM PDT


Parti Amanah Negara sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Parti Amanah Negara sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu.
 
Namun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.

"Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya kepada The Malaysian Insider pada satu majlis di Skudai, Johor baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Amanah kini memberikan tumpuan kepada pengemasan struktur parti serta mendaftar keahliannya. "Kami fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian sekarang ini," katanya.

Susulan pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS, parti Amanah dan DAP menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap Amanah dan DAP sebagai lawan mereka.

Amanah, parti serpihan daripada PAS, dianggap pengkhianat manakala DAP pula musuh mereka selepas hubungan kedua-duanya diputuskan melalui usul tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun lalu.

Sehingga kini, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan PKR melalui timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata parti itu akan membuat kajian terperinci terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Katanya, Amanah lebih bersedia untuk bertanding sedikit kerusi saja tetapi menang, berbanding bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang.

Sementara itu, Ketua Amanah Kulai Hisham Md Zin berkata, parti itu mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan BN dan PAS di Johor jika berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran demografi penduduk di negeri selatan itu.

"Di Johor, Amanah mempunyai peluang lebih cerah untuk menang berbanding PAS kalau berlaku pertandingan 3 penjuru kerana sikap pengundi Cina yang memihak kepada Pakatan Harapan.

"Di Kelantan pula, jika berlaku pertandingan 3 penjuru, kedua-dua PAS dan Amanah akan kalah dan Umno akan menang," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Kulai.

Amanah akan bertanding di seluruh negara namun fokus kini diberikan kepada negeri pantai barat dan selatan, khasnya Selangor dan Johor, berbanding negeri pantai timur dan utara.


Polis siasat dakwaan penemuan bangkai pesawat dipercayai MH370 di selatan Filipina

Posted: 10 Oct 2015 05:51 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan polis berkenaan penemuan bangkai pesawat kononnya milik Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut. – Gambar fail Reuters, 10 Oktober, 2015.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan polis berkenaan penemuan bangkai pesawat kononnya milik Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut. – Gambar fail Reuters.
 
 
 Polis Sabah masih menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berkenaan penemuan bangkai pesawat kononnya milik Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, malam ini.

Beliau berkata seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan polis dengan mendakwa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina. 
 
"Ibu saudara Jamil mendakwa dalam pesawat itu terdapat banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Bagaimanapun, Jalaluddin berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada laporan yang diterima itu benar ataupun palsu.

Dalam laporan itu, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau itu pada awal September lepas.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. – Bernama
 
 

MIC: Sivarajah dan Mohana menang tanpa bertanding

Posted: 10 Oct 2015 05:40 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Penyandang jawatan Ketua Pemuda, C. Sivarraajh dan Ketua Wanita, M. Mohana mempertahankan jawatan masing-masing bagi penggal 2013-2016 setelah diumumkan menang tanpa bertanding hari ini.
 
Kedua-dua penyandang jawatan itu menang berikutan tiada sebarang pencalonan lain dikemukakan jawatan tersebut.
 
Keputusan itu diumumkan Pegawai Jawatankuasa Pemilihan Datuk S.S. Rajagopal selepas proses pencalonan selama dua jam di ibu pejabat parti itu di sini, ditutup 1 tengah hari.
 
Pada pemilihan lepas yang diadakan pada 2013, Sivarraajh mengalahkan V. Mugilan dalam pertandingan satu lawan bagi penggal 2013-2016 yang menggantikan Datuk T. Mohan yang tidak pertahankan jawatannya.
 
Mohana pula menewaskan M. Vickneswari, selaku setiausaha Pergerakan Wanita, selepas Datin Komala Devi yang juga tidak mempertahankan jawatan tersebut.
 
Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula selepas membatalkan pemilihan pada November 2013 berikutan terdapat penyelewengan dalam proses pemilihan itu.
 
Sementara itu, M. Uvaraj turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Putera bagi menggantikan penyandangnya K. Raven Kumar yang tidak mempertahankan jawatan itu manakala R.Gunasundari mengekalkan jawatan selaku Ketua Puteri parti itu yang juga menang tanpa bertanding.
 
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut hadir pada penamaan calon tersebut.
 
Semua jawatankuasa bagi keempat-empat sayap itu juga tidak menyaksikan sebarang pertandingan kecuali bagi 35 perwakilan Pemuda kebangsaan yang akan dipilih pada 18 Okt ini.
 
Pemilihan semula bagi semua jawatan itu diadakan atas arahan RoS yang memberikan tempoh sehingga akhir Oktober bagi melaksanakan semula proses pemilihan semula parti.
 
Setakat ini, MIC selesai mengadakan pemilihan di peringkat cawangan pada Julai lalu manakala peringkat bahagian pada bulan lepas. Semasa pemilihan presiden pada 21 Ogos, Dr Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden bagi penggal 2013-2016.
 
Parti berusia 68 tahun itu mula dilanda krisis apabila wujud perbezaan pendapat antara bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis tahun lepas yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
 
Sivarraajh ketika ditemui pemberita berkata beliau yakin sayap Pemuda parti itu akan lebih komited untuk membawa anggota MIC baharu di bawah kepimpinan Dr Subramaniam.
 
"Selain itu, kami akan turun padang untuk menjayakan visi dan misi parti sekali gus bekerja kuat untuk meraih sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
 
Mohana pula berjanji akan terus berjuang bagi pihak wanita selain memperkasakan sokongan akar umbi terhadap parti kaum India itu.
 
Pencalonan untuk kesemua 23 jawatan bagi CWC pula dijadualkan pada 25 Okt dan pemilihan semula akan diadakan pada 6 Nov, diikuti mesyuarat agung tahunan pada hari berikutnya, yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
 
 

Pemandu teksi ditahan bantu siasatan culik

Posted: 10 Oct 2015 05:36 PM PDT

 
Suspek berusia 42 tahun, warga tempatan dan mempunyai nama yang sama dengan pemandu yang membawa pulang kanak-kanak berkenaan.


suspek-culik


PETALING JAYA: Pemandu teksi antara empat suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua pada Jumaat.

Hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas kereta sebuah kereta Saga BLM berwarna biru dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Pemeriksaan selanjutnya menemui wang berjumlah RM286,550 dalam bentuk not RM50 dan RM100.

Menurut maklumat siasatan, suspek berusia 42 tahun, warga tempatan dan mempunyai nama yang sama seperti dilaporkan sebelum ini, Nizan.

Penangkapan itu dibuat susulan penahanan tiga yang lain, termasuk seorang warga Indonesia.
Sebelum itu seorang suspek, ditahan bersama sejumlah wang yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan.

Polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat.

Berdasarkan laporan yang diberikan, keempat-keempat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kamaruddin Jaafar ganti Rafizi?

Posted: 10 Oct 2015 05:33 PM PDT

 
Pelantikan Ahli Parlimen Tumpat yang baharu menyertai PKR itu dikatakan berkuatkuasa November ini bagi menjaga hati Rafizi.


rafizi


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September lalu dikatakan bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.

Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.

Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.

Memetik laporan Malaysia-Chronicle, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.

Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.

Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.

Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad (hari ini) bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.

Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.

Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata.

Sarawak Report tuduh Arul 'penipu'

Posted: 10 Oct 2015 05:27 PM PDT

MALAYSIAKINI


 



Sarawak Report hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".

Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.

Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya memberikan maklumat salah".

"Dalam erti kata lain, ia adalah satu pembohongan yang memalukan," kata pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (gambar) dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sarawak Report melaporkan pada April lalu, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di Bank BSI Singapura.

Memetik maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank berkenaan memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen tersebut bukan datang daripada mereka.

Lihat jawapan bertulis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang didakwa dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.

Najib, yang juga menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Arul ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari lalu mengakui wang tunai itu berada dalam akaun firma berkenaan di Bank BSI.

Tetapi Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen "mengubah" jawapannya sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset dalam bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga dalam dolar AS.

"Kami kini telah mendapat beberapa minit dari mesyuarat lembaga.

"Arul juga memberi alasan yang amat sukar dipercayai tentang jumlah pinjaman 1MDB.

"Ini adalah respons kepada kebimbangan pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bahawa pihak pengurusan secara terbuka berjanji untuk menghantar pulang wang itu dan kemudian gagal untuk berbuat demikian," kata Sarawak Report lagi.

Menurut laman web berkenaan, Arul memberi alasan tidak menghantar pulang wang tunai itu kerana ia perlu disimpan di bank Singapura sebagai jaminan kepada Deutsche Bank.

Sementara itu Pengerusi 1MDB itu mengeluarkan kenyataannya menjawab laporan berkenaan petang ini.

Dr M enggan buat laporan polis terhadap Najib

Posted: 10 Oct 2015 05:25 PM PDT

Alyaa Azhar





Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bercadang membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tak pernah membuat laporan polis ke atas sesiapa," katanya apabila ditanya sama ada beliau yang juga perdana menteri selama 22 tahun itu bercadang merujuk kepada polis seperti yang pernah dilakukan sesetegah individu.

Ditanya lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, dia tidak mempunyai cukup bukti bagi mengemukakan aduan berkenaan.

"Saya tahu duit sudah hilang tetapi saya tak tahu duit itu ada di mana," katanya selepas menerima Anugerah Presiden daripada Pertubuhan Akitek Malaysia malam ini.

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak menyatakan wang apakah yang dimaksudkannya itu, sama ada merujuk kepada dana 1MDB atau sumbangan bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Najib.

Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai kaedah yang boleh diambil bagi menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri.

Dan sekali lagi pengkritik tegar Najib itu berkata, satu-satunya cara untuk memaksa Najib berundur adalah melalui undi tidak percaya.

"Namun ia memerlukan jumlah yang mencukupi," akuinya.

Beliau memang menjadi pengkritik lantang terhadap kerajaan Najib dan tidak menyembunyikan sebarang keinginannya untuk memaksa anak bekas perdana menteri itu berundur.

Sebelum ini Dr Mahathir turut menggesa supaya pengundi di Pekan tidak mengundi Najib dalam pilihan raya umum akan datang sebagai langkah mengetepikan Presiden Umno itu.


Tiada ulasan: