Khamis, 1 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Beranikah JAIPP tegur Najib melalui khutbah?

Posted: 01 Oct 2015 07:20 AM PDT

tengku zul

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP Pahang mempersoal Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sama ada mereka memiliki keberanian menegur Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkaitan hal ehwal Islam melalui khutbah.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata Perdana Menteri itu pernah membuat kenyataan menolak hudud atas alasan tertentu tetapi tidak pula dikecam melalui khutbah.

"Beranikah mufti memberi 'nasihat' secara terbuka apabila Najib membuat kenyataan menolak hudud?
Mengapa berdiam diri apabila Najib meminta model yang dituduh minum arak, merayu bagi mengelakkan hukuman syariah iaitu sebat?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman semalam yang enggan mohon maaf berhubung khutbah pada sambutan Aidiladha minggu lalu.

Sebaliknya, Abdul Rahman pula mahu DAP memohon maaf kerana mendakwa 'campur tangan dalam hal ehwal Islam' sedangkan parti itu sekadar tidak mahu agama diperalat untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Mengikut laporan MalaysiaKini pada 24 September 2011, Najib dilapor berkata hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang itu dikuat kuasa.

Dalam kes minum arak, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 1 Disember 2008 mendenda RM5,000, selain hukuman enam sebatan terhadap model, Kartika Sari Dewi Shukarnor selepas mengaku bersalah berbuat demikian.

Bercakap kepada RoketKini, Tengku Zulpuri turut menyelar Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Sidek Mohd Noor yang menyifatkan teks khutbah itu bukan 'fitnah tetapi nasihat'.

"Itu tuduhan, bukan nasihat. Kalau nasihat, panggil elok-elok dan cakap baik-baik. Bukannya dibuat secara terbuka yang secara tidak langsung menghukum secara persepsi," katanya.

Bagaimanapun, beliau masih menunggu tempoh lima hari yang diberi kepada JAIP untuk menarik balik teks khutbah dan memohon maaf, berakhir sebelum tindakan undang-undang diambil.

"Masih dalam tempoh bertenang. Biarlah mereka cakap macam-macam. Kita tak gelabah atas kenyataan mereka. Lagipun, kami sedang teliti aspek perundangan," katanya.

Sebelum ini, DAP mendesak JAIP menarik balik teks khutbah yang menggambarkan dakwaan palsu kononnya parti itu menentang Islam. – Roketkini.com


Pemenjaraan Dr Khir dan Implikasi Terhadap Skandal 1MDB

Posted: 01 Oct 2015 07:06 AM PDT




Oleh A Kadir Jasin


BEKAS Menteri Besar Selangor, (Datuk Seri) Dr Mohamad  Khir Toyo, berkata beliau tidak mel

akukan kesalahan rasuah.  Betullah tu.Dalam sistem penghakiman kita, adalah hak mutlak yang tertuduh untuk menafikan tuduhan ke atasnya dengan mengaku tidak bersalah (plead not guilty).

 Malah orang yang bersalah dan bersedia mengaku salah pun diingatkan (cautioned) oleh hakim jangan mengaku salah. Tapi kalau hendak mengaku juga, dia akan diingatkan dan dibagi amaran padah pengakuan salahnya itu.

Dalam sistem kehakiman Inggeris yang menjadi asas kehakiman kita, penghakiman hanya boleh dibuat oleh mahkamah. Hanya mahkamah berhak menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.

Malah keadilan (justice) memihak kepada tertuduh (the accused). Mula-mula sekali, tertuduh tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Jadi Dr Khir "tidak bersalah" sehinggalah "dibuktikan bersalah".

Beban mutakhir adalah di bahu pihak pendakwa. Pendakwa wajib membuktikan "tanpa sebarang keraguan" (beyond reasonable doubt) akan kesalahan tertuduh. Maksudnya tanpa syak wasangka.

Pihak pembela pula hanya perlu mewujudkan keraguan yang berpatutan (reasonable doubt) bagi membebaskan anak guaman mereka daripada sabit kesalahan.


Dr Khir dan pasukan pembelaannya gagal cetuskan "reasonable doubt"

Jadi, walaupun Dr Khir "bersumpah" beliau tidak bersalah, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau telah melakukan jenayah yang dituduh manakala peguam beliau gagal menimbulkan keraguan yang berpatutan.

Sekarang sahlah kesalahan beliau. Penafian beliau tidak bermakna lagi di segi undang-undang. Maka dengan itu, Dr Khir dipenjarakan selama 12 bulan dan harta yang terlibat dirampas.

Dengan itu juga, jadilah beliau Menteri Besar Selangor yang kedua dipenjarakan kerana rasuah dan menjadi antara segelintir pemimpin kanan kerajaan yang didapati bersalah melakukan rasuah.

Natijahnya:

1. Sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak, Dr Khir telah dibuktikan terlibat dengan rasuah.

2. Pemimpin politik masih boleh disiasat, didakwa dan didapati bersalah mengikut undang-undang Negara.

3. 0rang baik dan berprofil rendah menjadi alpa, bongkak dan hilang akal apabila mendapat kuasa. Dr Khir boleh dikatakan tidak dikenali sebelum dilantik entah dari mana (out of the blue) menjadi Menteri Besar pada tahun 2000.

4. Pemenjaraan Dr Khir memberi kesan psikologi yang positif kepada rakyat jelata iaitu tidak ada sesiapa pun berada di atas daripada undang-undang (above the law).


5. Kesabitan kes Dr Khir memberi makna yang istimewa dan tersendiri dalam kaitan dengan penyiasatan dalam negara dan antarabangsa membabitkan 1MDB dan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone ) Mohd Najib Abdul Razak.

6. Ada beberapa persamaan di antara kes rasuah Dr Khir dengan "derma" RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib, khususnya alasan politik dan dakwaan rakyat jelata tidak rugi apa-apa.

7. Tidak seperti Dr Khir yang menafikan keterlibatannya, Mohd Najib terus berdiam diri malah tidak menafikan kewujudan akaun peribadi RM2.6 bilion itu sebaliknya para penyokong beliau mendakwa wang itu adalah "derma" daripada seorang dermawan misteri Arab.

8. Para peguam Mohd Najib juga masih berdolak-dalik mengenai ancaman saman terhadap Wall Street Journal kerana mendedahkan hal itu walaupun telah mengeluarkan ancaman itu hampir tiga bulan lalu (8 Julai).

9. Pemenjaraan Dr Khir pastinya menaikkan tahap kebimbangan mereka yang terbabit atau dikaitkan dengan skandal 1MDB dan tabung peribadi Mohd Najib.

Anekdot 1: Jumpa Mohd Najib buat kali pertama pada tahun 1977 untuk temu bual bagi pihak akhbar Business Times sempena ulang tahun pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Pekan. Berbual mengenai beliau berjalan kerluar daripada bayang raksasa (giant shadow) bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Bayang raksasa adalah padanan tajuk filem Kirk Douglas (bapa Micheal Douglas) "Cast A Giant Shadow" (1966).



Anekdot 2: Jumpa Dr Khir di Pejabat SUK Selangor, Shah Alam ketika beliau di puncak kuasa. Beliau dan kakitangannya berasa saya terlalu kritikal terhadap beliau.

Waktu itu sudah timbul cakap-cakap yang tidak menyenangkan mengenai tindak-tanduk beliau. Saya mengingatkan Dr Khir agar berhati-hati sambil merujuk kepada "sumpahan" (curse) jawatan MB Selangor.

Akhirulkalam, bukan mudah menjadi saksi kepada sejarah dalam suasana di mana sejarah diabai dan dinafikan! Wallahuaklam

DAP jangan campur tangan urusan Jabatan Mufti

Posted: 01 Oct 2015 06:59 AM PDT


Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man 


PAS menyokong pendirian Mufti Pahang mempertahankan teks khutbah Aidul Adha. Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam.

PAS mempunyai pengalaman bersama dengan DAP sangat memahami bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan dan amalan Islam.

Harus diingat PAS memutuskan hubungan dengan DAP atas isu agama. Majlis Syura membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP kerana penentangan dan sikap melampau DAP terhadap kepimpinan PAS khususnya serangan ke atas Presiden yang membawa usul persendirian ke Parlimen bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Penentangan ini telah membawa kepada berlakunya pelanggaran terhadap syarat tahaluf yang mengikat hubungan politik antara PAS dan DAP.

Penentangan DAP terhadap undang-undang Islam ini bukanlah perkara baru. Bahkan tindakan kepimpinan DAP menyokong beberapa program yang ditentang oleh umat Islam seperti Oktober fest, unisex saloon di Kelantan dan lain adalah bukti umum bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan amalan Islam bagi orang Islam.

PAS gesa DAP tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama dalam pelbagai medium samada kuliah, ceramah atau khutbah. Nasihat agar umat Islam bersatu menentang kemungkaran agama dan syariat juga menjadi dasar dan matlamat perjuangan PAS.

PAS menggesa seluruh institusi agama Islam turut berperanan menentang sebarang kemungkaran yang turut dilakukan oleh parti pemerintah. Soal rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan dana dalam isu 1MDB, isu 'derma' yang masuk ke akaun peribadi PM sebanyak RM2

6 billion, Kehilangan daya saing negara dan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat kerana kerosakan akhlak pemerintah akan mengundang bala dan bencana bagi negara.

Golongan agamawan juga tidak sepatutnya bersekongkol dengan kemungkaran pemerintah dan tidak terjebak dengan budaya resis yang cuba dipotret bagi menutup isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Gesaan agar umat Islam bersatu walau berbeza dasar perjuangan sangat mengejutkan PAS, kerana soal dasar dan matlamat adalah perkara prinsip yang tidak boleh kompromi. Manakala perkara strategi dan uslub boleh berbeza pandangan dan kaedah.

(*)  Tuan Ibrahim Tuan Man .Timbalan Presiden PAS. 
 

KEADILAN arah anggota demo pertahan Masjid Al-Aqsa

Posted: 01 Oct 2015 06:56 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - KEADILAN mengarahkan anggotanya untuk turun berhimpun esok bagi membantah pencerobohan rejim Zionis ke atas Masjid Al Aqsa, kata Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

Ia berikutan tindakan rejim Israel menyerbu Masjid Al Aqsa sehingga menyebabkan pertempuran terbaharu antara polis Israel dan penduduk Palestin baru-baru ini.
Masjid Al Aqsa
Katanya, tindakan rejim Israel itu tidak menghormati kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai salah satu masjid paling suci bagi penganut agama Islam di seluruh dunia.

"Lantaran itu, satu gabungan Selamatkan Al-Aqsa telah ditubuhkan dan dipelopori oleh aktivis-aktivis Palestin di negara ini.

"Satu demonstrasi mengutuk pencerobohan Al-Aqsa oleh rejim Zionis ini juga akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat, 2 Oktober 2015 selepas solat Jumaat," katanya pada kenyataan media.

Menurut Rafizi, KEADILAN menyokong sepenuhnya perjuangan pembebasan rakyat Palestin dan mempertahankan Al-Aqsa daripada diceroboh.

Beliau juga telah mengeluarkan pekeliling kepada semua anggota dan pimpinan KEADILAN untuk turut bersama-sama hadir dalam demonstrasi itu, esok.

Pada masa sama, katanya, Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Gooi Hsiao Leung akan membawa isu ini kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman agar Malaysia menggunakan kedudukannya di Majlis Keselamatan PBB untuk melindungi rakyat Palestin dan mempertahankan Al-Aqsa daripada dicerobohi.

"Saya menyeru seberapa ramai rakyat Malaysia untuk menyertai demonstrasi esok demi mengangkat perjuangan sejagat membela rakyat Palestin yang telah ditindas sekian lama," tegasnya.

Sementara itu  ribuan anggota daripada lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan dilapor akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat esok yang dinamakan sebagai 'Hari Kemarahan'.

Menurut jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahim pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat yang juga sekutu rapat Israel.

AMK gesa Najib beri tekanan ke atas Israel di PBB, OIC

Posted: 01 Oct 2015 06:52 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR- Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Perdana Menteri bertindak lebih tegas dengan mengetegahkan isu pencerobohan Israel ke atas Masjid Al Aqsa di Majlis keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sambil mengecam keras tindakan terbaharu rejim Israel, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pertubuhan-pertubuhan antarabangsa perlu memberi tekanan kepada rejim itu agar menghentikan kekejaman kepada rakyat Palestin.

masjid-624x358"Tentera Israel tetap tidak menghiraukan kecaman masyarakat antarabangsa terhadap tindakan mereka yang menyeksa masyarakat Islam dan Kristian di Palestin dan hari demi hari kerajaan Zionis dengan sengaja memburukkan lagi keadaan.

"Kini, dengan pencerobohan kiblat pertama umat Islam, mereka jelas hendak memperkasakan lagi penguasaan Zionis di tanah suci itu dan mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia," katanya pada kenyataan media.

Sehubungan itu, AMK menyarankan rakyat Malaysia menyokong pengisytiharan 'Hari Kemarahan' dengan menghadiri bantahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok.

"Dunia Barat, khususnya Amerika, perlu berlaku jujur tentang pencerobohan dan kezaliman di Palestin dan tidak tunduk kepada lobi Israel lagi," ujarnya.

Perkarangan Al-Aqsa menyaksikan pertempuran sejak dua minggu lalu apabila warga Palestin bertindak mempertahankan masjid suci ketiga umat Islam daripada pencerobohan pihak berkuasa Israel.

Di Bethlehem, penunjuk perasaan dilapor membaling batu dan bom api ke arah pihak berkuasa Israel di sempadan dalam pertempuran Selasa lalu.

Selain mengakibatkan sejumlah bangunan di sisi Masjid Al-Aqsa rosak teruk, tentera Zionis Israel juga dilapor menahan penduduk Palestin yang terlibat dalam pertempuran berkenaan.

Perkarangan Al-Aqsa di Bandar Lama Baitulmaqdis menjadi rebutan dan konflik di antara Palestin dan Israel selepas rejim Zionis menawan timur Baitulmaqdis daripada Jordan pada 1967.

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib Boleh Dibentangkan - Azalina

Posted: 01 Oct 2015 06:50 AM PDT

Oleh: TAN YI LIANG
 
 
Datuk Seri Azalina Othman
 
 
PETALING JAYA: Usul undi tidak percaya  terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen akan datang melalui Rang Undang-Undang Persendirian, kata Datuk Seri Azalina Othman.

"Walaupun tidak ada peruntukan khas dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk undi tidak percaya, ini tidak bermakna Parlimen tidak membenarkannya, kerana usul undi tidak percaya boleh dibawa di Dewan sebagai Rang Undang-Undang Persendirian di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3), " kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Azalina, yang menulis di blognya berhubung perkara ini pada Rabu berkata di bawah peraturan, sebarang usul perlu diserahkan kepada Speaker secara bertulis tidak kurang daripada 14 hari sebelum, kecuali dalam hal perkara-perkara khas yang ditakrifkan di bawah Peraturan 43, 86 (5) dan 26 (1).

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Peraturan Mesyuarat 15 (1) dengan jelas menyatakan bahawa perkara-perkara kerajaan perlu dibahaskan sebelum perkara-perkara lain di hadapan Dewan Rakyat.

"Parlimen sentiasa memegang prinsip-prinsip demokrasi, di mana setiap Ahli Parlimen mempunyai hak-hak seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat," kata Azalina.

Beliau menegaskan bahawa pada Julai 2008, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail cuba membawa usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) .

"Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu bawah peraturan 18(7) kerana ia dikemukakan untuk mengambil ketetapan tidak percaya, sedangkan peraturan yang digunakan Wan Azizah adalah untuk merunding.

"Maka, ini adalah jelas bahawa bukannya usul tidak dibenarkan tetapi ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat," kata Azalina.

Beliau bagaimanapun berkata, adalah tidak wajar untuk ahli Parlimen melakukan sebarang sabotaj terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

"Kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira falsafah dan ideologi politik masing-masing, harus sentiasa mendukung sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia," katanya.
 
 

Kenyataan Rakyat M'sia Guna Pakej Internet Perlahan Adalah Fakta - Salleh

Posted: 01 Oct 2015 06:00 AM PDT

Oleh: SHARON LING
 
 
Salleh Said Keruak.


KUCHING: Kenyataan mengenai sebanyak 71 peratus rakyat Malaysia yang memilih menggunakan pakej Internet lebih murah dengan kelajuan lebih rendah adalah berdasarkan fakta, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, angka tersebut bukan rekaannya tetapi ia sebenarnya adalah data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Berdasarkan statistik mereka, 71 peratus lebih berminat untuk membeli pakej yang berpatutan walaupun tahap kelajuannya adalah rendah.

"Saya beritahu fakta dan fakta itu daripada SKMM. Saya tidak mereka fakta, saya hanya menyatakannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Penerangan negeri di sini, Khamis.

Salleh sebelum ini dikritik kerana membuat kenyataan di blognya mengenai rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan Internet pada tahap kelajuan lebih rendah antara 384 Kbps ke 1 Mbps walaupun terdapat kelajuan lebih tinggi.

Antara yang mengkritik beliau ialah penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan bahawa isu sebenar ialah Internet berkelajuan tinggi di Malaysia menawarkan kadar caj terlalu tinggi dan tugas menteri berkenaan sepatutnya menjadikan ia berpatutan.

Salleh yang mempertahankan kenyataan di blognya berkata, beliau bersetuju dengan Lim yang mahukan hubungan Internet berkelajuan tinggi pada kadar berpatutan.

Beliau turut mengalu-alukan idea mengenai bagaimana untuk mencapai hasrat berkenaan tetapi katanya, sebarang kritikan yang diberikan perlu membina dan berfakta, bukan hanya berdasarkan sebahagian kecil kenyataannya itu.

"Saya tiada masalah sekiranya anda memberi pandangan dan kritikan yang membina tetapi mengatakan saya salah bila saya memberitahu fakta, saya tidak tahu.

"Mereka mahukan kelajuan tinggi, saya juga mahukan kelajuan tinggi dan mencari jalan bagaimana untuk menjadikannya lebih murah. Tetapi kita tidak melaksanakannya serta-merta di Malaysia kerana keutamaan adalah kelajuan, kemampuan dan liputan," tambahnya.

Apakah 10 topik yang di"Google" rakyat Malaysia pada September?

Posted: 01 Oct 2015 05:57 AM PDT

Madiha Abdullah, Astro Awani


Apakah 10 topik yang di"Google" rakyat Malaysia pada September?
Senarai top 10 pencarian di Google didahului dengan misteri kehilangan Kevin Morais.
 
 
KUALA LUMPUR: Seperti sebelum ini, Google kekal menjadi enjin pencarian terulung bagi maklumat, berita dan hiburan. Untuk bulan September, inilah 10 topik yang mencatatkan carian paling tinggi dalam Google Malaysia.

1) Kevin Morais/Anthony Kevin Morais

Misteri kehilangan DPP Anthony Kevin Morais menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Polis temui mayat Kevin Morais dalam tong konkrit di Subang Jaya

Kevin Morais: Six charged with murder, two with abetment


2) API Malaysia/IPU

Jerebu teruk yang melanda menjadikan bacaan IPU sebagai carian penting.

5 fakta penting bagaimana bacaan IPU dikira

Better API reading system for Malaysia by 2017


3) Bukan Isteri Sempurna

Drama lakonan Dazrin Kamarudin dan Atikah Suhaimie menerima sambutan baik penonton.


4) Google Logo History

Ramai tertarik untuk mengetahui sejarah penciptaan logo Google.

Evolusi logo Google

The evolution of Google's logo


5) Perhimpunan Baju Merah

Perhimpunan ini menjadi fokus masyarakat terutama pada 16 September lalu

Kekecohan di Petaling Street cemar Himpunan Baju Merah

'Red Shirt' rally: What went down in Kuala Lumpur on Sept 16


6) EG Tukar

Guru-guru mula mencari kekosongan tempat untuk menukar lokasi sekolah mereka mengajar.


7) Polis EVO

Filem aksi komedi ini mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh 11 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Sambutan luar jangka untuk Polis Evo

Polis Evo dominates Malaysian box office


8) Niat Puasa Arafah

Rakyat Malaysia tidak ketinggalan mengambil peluang untuk menambah pahala dengan berpuasa pada hari Arafah.

9) BR1M 2015

BRIM tetap jadi tumpuan rakyat Malaysia.

Kerajaan masih mampu salurkan BR1M

Govt still able to pay BR1M this year


10) iOS 9

Sistem operasi terbaharu Apple yang sentiasa mendapat perhatian.

Netizen akhirnya dapat memuat turun iOS 9, kongsi ulasan ciri terbaik

A new feature in Apple's iOS 9 could be causing a surprising spike in data use 

Ekonomi terkesan jika jerebu berterusan - Pakar ekonomi

Posted: 01 Oct 2015 05:54 AM PDT

Luqman Hariz, Astro Awani

Ekonomi terkesan jika jerebu berterusan - Pakar ekonomi
Jerebu menyebabkan kesan ekonomi amat besar bagi negara-negara yang terjejas, sama ada kesan diukur dan tidak diukur. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Masalah jerebu yang masih berterusan setelah sekian lama akan menjejaskan ekonomi.

Menurut Ketua Ekonomi AMP Capital, Shane Oliver, fenomena jerebu memberi impak ekonomi melalui ketidakhadiran kerja dan juga kepada kesihatan awam secara keseluruhannya.

"Ini terutamanya dengan peningkatan ketidakhadiran kerja, terutamanya bagi mereka yang bekerja di luar dalam industri perkhidmatan, pembinaan dan sebagainya, dan dari segi impak kepada kesihatan awam," katanya.

Justeru, Oliver berkata pencarian penyelesaian yang kekal bagi membendung jerebu dari berulang perlu menjadi keutamaan serantau.

Beliau menambah, ia menyebabkan kesan ekonomi amat besar bagi negara-negara yang terjejas, sama ada kesan diukur dan tidak diukur.

Menurutnya, kesan ekonomi tidak diukur lebih memakan kos seperti kemerosotan kualiti hidup yang disebabkan jerebu.

Tambahnya, sektor pelancongan antara yang paling terkesan ekoran hilangnya daya tarikan rantau ini sebagai destinasi melancong dan bekerja.

Sementara itu menurut Pakar Meteorologi Kanan AccuWeather Jason Nicholls, kualiti udara yang buruk mungkin menyebabkan sektor pelancongan turut merudum.

"Penurunan pelancongan sudah pastinya memberi kesan negatif kepada ekonomi beberapa negara," katanya.
"Saya tidak ada angka rasmi untuk menyokongnya, tetapi kualiti udara yang buruk mungkin menyebabkan pelancong memendekkan kunjungan mereka atau mengelak langsung datang ke rantau ini.

Sebagai contoh pada 2013, Thailand mengalami kerugian ekonomi berjuta dolar apabila kualiti udara kekal dalam zon bahaya di selatan negara tersebut bagi tempoh yang lama. 
 
 

Pelaku rasuah tidak boleh bersembunyi selamanya - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Posted: 01 Oct 2015 05:52 AM PDT

Abdul Hakim Rahman, Astro Awani

Pelaku rasuah tidak boleh bersembunyi selamanya - Ketua Pesuruhjaya SPRM
Abu Kassim: Pihak yang melakukan kesalahan, sama ada ahli politik, tokoh korporat atau orang biasa, akan dinilai bukan saja oleh mahkamah tetapi akan diadili masyarakat umum. - Gambar Fail
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed memberi amaran kepada pelaku rasuah bahawa mereka tidak boleh bersembunyi selama-lamanya.

Menurutnya, pesalah sama ada ahli politik, tokoh korporat atau orang biasa akan dinilai bukan saja oleh mahkamah tetapi akan diadili masyarakat umum.

"Mereka boleh mengelak daripada dikesan untuk satu tempoh tertentu - satu bulan, dua  bulan, satu tahun, dua tahun, tetapi tidak selama-lamanya. Ingat, siasatan tidak akan berhenti hanya kerana ada pihak yang cuba menyembunyikan bukti atau melarikan saksi.

"Jika terbukti bersalah, mahkamah adalah tempat pengadilan kelak. Rakyat akan menilai dan menghukum anda. Tidak kira anda seorang rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan pemimpin politik," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Kuala Lumpur.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Mohd Syukri Abdull.

Pada majlis itu, Moot Court Akademi MACA dinamakan semula sebagai penghormatan kepada Anthony Kevin Morais yang pernah berkhidmat selama 10 tahun bersama SPRM sebelum bertukar Jabatan Peguam Negara.

Tiga adik-beradiknya - Charles Suresh, David Ramesh dan Datuk Richard Dilaan - turut hadir pada majlis tersebut.

Menurut Abu Kassim, mereka hanya boleh melengahkan sesuatu siasatan tetapi tidak menghentikan kes yang didengari di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan mereka yang menerima upah atau wang imbuhan untuk bersubahat, pasti tidak akan berasa tenang dan akan terganggu sepanjang hayat.

"Ingatlah apa juga upah atau imbuhan yang diperoleh, tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan. Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat,

"Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat. Pada masa itu baru kita sedar, apa yang kita dapat, langsung tidak ada nilai berbanding dengan maruah diri yang hilang.

Ketika Mohd Shukri membacakan ucapan menyentuh mengenai bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh, beliau sebak dan mengalirkan air mata mengenangkan komitmen dan dedikasi tinggi diperlihatkan mendiang.
"Tuan Kevin, kehilangan tuan menjadi peniup semangat untuk kami mempertahankan kedaulatan undang-undang negara ini.

"Kami yang masih hidup ini berjanji, pengorbanan tuan menjadi kekuatan untuk memerangi rasuah tanpa kira besar atau kecil. Tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang walau setinggi mana kedudukan mereka."

Ahli keluarga Morais termasuk Charles Suresh, David Ramesh dan Datuk Richard Dilaan - turut hadir pada majlis tersebut. 
 
 

Kadir Jasin: Ada persamaan kes Khir Toyo dan wang derma Najib

Posted: 01 Oct 2015 05:37 AM PDT

Antara persamaan itu adalah alasan politik yang diberikan oleh kedua-dua pihak dan juga dakwaan bahawa rakyat jelata tidak akan rugi apa-apa terhadap apa yang berlaku.


kadir-jasin,najib-razak,khir-toyo


PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin melihat terdapat beberapa persamaan mengenai kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor Dr. Khir Toyo dan juga isu wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, antara persamaan itu adalah alasan politik yang diberikan oleh kedua-dua pihak dan juga dakwaan bahawa rakyat jelata tidak akan rugi apa-apa terhadap apa yang berlaku.

"Dr. Khir menafikan penglibatannya tetapi Najib terus berdiam diri malah tidak menafikan pula kewujudan akaun peribadi RM2.6 bilion itu.

"Selain, para penyokong beliau (Najib) mendakwa wang itu adalah 'derma' daripada seorang dermawan misteri dari negara Arab," tulisnya di blog.

Kadir berkata, sehingga kini barisan peguam Najib masih berdolak-dalik mengenai ancaman saman terhadap Wall Street Journal kerana mendedahkan isu wang derma tersebut walaupun ancaman saman itu dikeluarkan hampir tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kes Dr. Khir juga akan menambah kebimbangan pihak yang terbabit atau dikaitkan dengan kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, hukuman penjara selama 12 bulan terhadap Dr Khir juga memberi kesan psikologi yang positif kepada rakyat jelata.

"Rakyat dapat melihat bahawa tidak ada sesiapa pun berada di atas daripada undang-undang (above the law). Selain, pemimpin politik juga masih boleh disiasat, didakwa dan didapati bersalah mengikut undang-undang negara," katanya.

Apa niat panggil Tun M, soal Ku Nan

Posted: 01 Oct 2015 05:32 AM PDT

 
Beliau akan mendapatkan penjelasan UMNO Cawangan Pandan menjemput Tun M dalam majlis minum petang pada Sabtu ini.


tengku-adnan,mahathir


PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan tindakan UMNO Cawangan Taman Cempaka menjemput Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam majlis minum petang pada Sabtu ini.

Katanya, UMNO akan mendapatkan penjelasan daripada cawangan berkenaan mengenai perkara itu.

"Dia nak panggil itu apa niat dia? Kita akan tanya kalau niat baik tak jejas parti, ikut etika dia boleh buat.

Tapi kalau tak kita takut dan tak mahu orang laga-lagakan pemimpin dengan pemimpin," katanya selepas merasmikan Program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan UMNO tidak pernah menyokong Himpunan Baju Merah yang dirancang diadakan di Kajang.

Katanya, kehadiran pemimpin UMNO di atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan mewakili parti.

PAS di Selangor: Biarlah PAS bincang, kata Azmin Ali

Posted: 01 Oct 2015 05:22 AM PDT

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyerahkan kepada PAS untuk menentukan pendirian sama ada mahu keluar atau kekal dalam pakatan kerajaan di Selangor.

Katanya, terpulang kepada PAS untuk mengadakan sesi perbincangan mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang parti itu bersedia untuk mempertimbangkan keputusan untuk keluar dari pakatan kerajaan di Selangor.

Mahfodz semalam berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa politik PAS tidak lama lagi.

Azmin berkata, ia terserah kepada kepimpinan PAS Pusat untuk mengambil pendekatan itu.

Namun apapun PKR akan tetap membuat perbincangan dengan PAS seperti yang dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Biarlah dia nak bincang. (Dewan Ulama PAS gesa PAS keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor)."

"Kita akan teruskan perbincangan (dengan PAS), Presiden PKR (Datuk Seri Dr. Wan Azizah) dah sebut banyak kali dah (akan adakan perbincangan)," katanya selepas mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat kilang sarung tangan milik Top Glove di Shah Alam.

Mahfodz mengeluarkan kenyataan itu ekoran penubuhan pakatan pembangkang baru – Pakatan Harapan – terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak melibatkan PAS baru-baru ini.

Gabungan pembangkang lama, Pakatan Rakyat, sudah terkubur berikutan pertelingkahan yang berlaku di antara DAP dan PAS.

"PAS tidak akan ada perhubungan lagi dengan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.

"Pakatan pembangkang yang baru masih baru dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang," kata Mahfodz.

Beliau sebelum itu mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa PKR supaya berhenti daripada terus mengharapkan PAS akan menyertai pakatan pembangkang baru.


Pandangan Mahfodz kemudiannya dinafikan Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman.


"Dunia ini tak seperti Terengganu": Khalid Samad tegur sikap PAS

Posted: 01 Oct 2015 05:18 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic


SHAH ALAM: PAS perlu mengambil kira realiti politik semasa, terutamanya dalam pakatan kerajaan di Selangor dalam menentukan kerjasamanya dengan PKR, termasuk DAP.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berpendapat sikap PAS yang tidak berpijak di bumi yang nyata menjadikan ia sebagai masalah yang sekian lama dihadapi parti berkenaan.

"PAS patut mengambil kira suasana di Selangor. Mengikut kata-kata pujangga, orang-orang di Makkah lebih tahu jalan-jalan di Kota Makkah. Maka, PAS juga patut dengar cakap PAS Selangor. Itu pandangan peribadi saya.

"Tetapi jika PAS mahu buat keputusan mengikut suasana di Terengganu, mereka boleh teruskan. Dan itulah yang menjadi masalah apabila PAS dikuasai oleh pemikiran PAS Terengganu yang menganggap dunia ini seperti Terengganu," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dewan Ulama PAS yang mahu parti itu mempertimbangkang keputusan untuk keluar daripada pakatan kerajaan Selangor.

Keputusan itu wajar sebagaimana menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed setelah DAP membentuk pakatan pembangkang yang baru tanpa PAS, baru-baru ini.

DAP, PKR dan parti baru Parti Amanah Negara (Amanah) menubuhkan gabungan pembangkang baru, Pakatan Harapan, pada 22 September lalu.

Ia susulan terkuburnya Pakatan Rakyat selepas tercetusnya pertelingkahan di antara DAP dan PAS.

Cadangan PAS keluar daripada pakatan kerajaan Selangor bagaimanapun tidak dipersetujui oleh kepimpinan PAS Selangor yang mahu meneruskan kerjasama dnegan kerajaan negeri sebagaimana yang pernah diputuskan dalam Muktamar Tahunan PAS yang diadakan awal Jun lalu.

Khalid dalam pada itu menegur kepimpinan PAS supaya dapat membuat pendirian yang kukuh dalam isu itu.

"Apabila dah buat keputusan, janganlah ia bertukar-tukar. Sekejap mahu bersama, sekejap tidak mahu.
Pada saya ini masalah yang dihadapi PAS selama ini, tetapi saya tidak mahu campur. Terserah kepada kepimpinan PAS untuk memutuskan mahu bersama atau sebaliknya," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.

'Usah syok sendiri R&D tak komersial'

Posted: 01 Oct 2015 05:16 AM PDT

Shakira Buang





Para penyelidik di negara ini diingatkan tidak "syok sendiri" dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ini kerana setiap hasil penyelidikan mereka tidak mempunyai nilai komersial.

"Penyelidik jangan syok sendiri. Banyak R&D syok sendiri sampai hari ini hasil R&D ini tak ada nilai komersialnya.

"Menteri selalu ingatkan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) bahawa kita masih tak puas hati dengan keputusan tersebut," kata Tajuddin.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di Pusat Pameran dan Perdagangan Matrade, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut anggota Parlimen Pasir Salak itu lagi penyelidik sepatutnya berfikir di luar kotak serta menjalin kerjasama dengan pengusaha bagi setiap produk yang ingin dihasilkan.

"Dia mesti fikir dari segi komersial. Iaitu hasil dari R&D itu dapat mencapai matlamat perniagaan.

"Industri pasaran herba ini besar sebab itu saya menyeru kepada mereka yang terlibat supaya keluar mencari pasaran dunia," kata Tajuddin lagi.

Kerajaan sebelum ini menyediakan Skim Geran Penyelidikan NKEA Herba (NRGS) yang merangkumi empat kluster penyelidikan iaitu penemuan, agronomi dan pengeluaran tanaman, pempiawaian dan pembangunan produk sebagai insentif kepada penyelidik untuk melaksanakan R&D.

Terdahulu sempena Herbal Asia 2015 satu persidangan yang bertajuk "Ke arah industri herba dan bahan semula yang lestari di abad ke 21" kini berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 3 Oktober.

Persidangan kali ini juga difahamkan bagi membincangkan dan mengupas cabaran industri herba masa kini serta mengkaji trend pertumbuhan industri herba secara mendalam.


Lagi tekanan supaya Saifuddin keluar Umno

Posted: 01 Oct 2015 05:13 AM PDT

Shakira Buang


 


Bekas timbalan menteri Datuk Seri Saifuddin Abdullah terus menerima tekanan untuk keluar parti selepas hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan.

"Saifuddin itu lebih baiklah masuk pembangkang, tak payah jadi ahli Umno. Dia dah lebih mirip kepada pembangkang.

"Jadi, supaya jelas tak perlulah lagi dia nak sebelah sini atau sana.

"Sangat jelas ia bertentangan dengan polisi kerajaan," kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mencadangkan Saifuddin menyertai pembangkang jika gemar menghadiri program musuh politik BN itu.

Umno telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya untuk dijawab dalam tempoh 14 haru, yang tamat pada 6 Oktober ini.

Saifuddin, ketua pegawai eksekutif Pergerakan Moderat Global (GMM) berkata,kehadirannya ke pelancaran Pakatan Harapan atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia.

Tiga parti pembangkang - PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) secara rasmi membentuk Pakatan Harapan sebagai wadah baru selepas Pakatan Rakyat berkubur.

PAS tidak menyertai gabungan itu.


'Saya harap tuhan balas bila anak Shahbudin kahwin'

Posted: 01 Oct 2015 05:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamid mengecam penulis blog Shahbudin Husin kerana menjadikan majlis perkahwinan anaknya di Indonesia sebuah isu.

Beliau berharap tuhan akan menghukum Shahbudin ekoran tulisan dalam blog pada 20 September lalu itu.

"Saya harap Tuhan akan menghukum dia bila anak perempuan atau anak lelakinya berkahwin satu hari nanti.

"Di mana ada neraka...," kata Zahid yang kemudiannya menghentikan percakapan sebentar dan ketawa.

"Sudah, sudahlah, cukuplah...," kata Zahid yang tersenyum dan kemudiannya disambut ketawa hadirin dalam sidang media itu.

Sebelum itu Zahid memberi penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Shahbudin berkaitan kehadirannya dalam majlis perkahwinan anak lelakinya sewaktu lawatan rasminya di Indonesia bulan lalu.

"Saya harap Shahbudin Husin yang mengenali saya sejak tahun 1987. Jangan main dengan perkataan dengan menyoal dan menyuruh saya menjelaskannya.

"Dia patut jumpa saya untuk (mendapatkan) penjelasan. Kenapa perlu dia tanya saya supaya menjelaskan kepada umum, sebab saya tak guna atau salah guna dana awam," katanya.

Menulis dalam blognya semalam, Shahbudin berkata beliau dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kelmarin untuk memberi keterangan berhubung tulisannya bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?".

Shahbudin antara lain bertanya berkaitan tarikh majlis perkahwinan itu diadakan kebetulan dengan lawatan rasminya, jumlah perbelanjaan dan pegawai serta tetamu Malaysia yang hadir.


Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia

Posted: 01 Oct 2015 04:42 AM PDT

Shakira Buang


 


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.

"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.

"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada big boss datang, ada godfather datang dari negara China sebab nak tolong dia.

"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.

Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.

"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.

"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.

Huang semalam mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling Jumaat lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.

Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.

Tajuddin bagaimanapun selepas itu menghubungi Malaysiakini memberitahu bahawa beliau merujuk kepada "Cina DAP" apabila membuat kenyataan itu.

Rakaman suara sidang media itu bagaimanapun mendapati beliau menyebut "Cina-Cina Malaysia".

( KLIK ) sedutan rakaman suara sidang media itu.


Mahkamah benar PM tangguh prosiding saman Anina

Posted: 01 Oct 2015 04:35 AM PDT

Alyaa Azhar


 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan Anina Saadudin berhubung isu RM2.6 bilion.

Mahkamah membenarkan penangguhan itu sementara menunggu selesai permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh bekas ahli Umno itu.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata alasan bagi membenarkan permohonan itu ialah 'keadaan khas' yang mewajarkan penangguhan itu.

Salah satu daripada alasannya adalah tanpa memberi penangguhan itu, akan menjejaskan permohonan untuk membatalkan saman tersebut, kata Hafarizam kepada wartawan.

Mengenai apakah alasan permohonan untuk membatalkan saman itu, beliau berkata, plaintif tidak mempunyai locus standi kerana dia bukan lagi ahli Umno dan juga tidak pemegang jawatan dan bukan seorang pegawai awam.

Oleh itu, katanya, saman itu yang didakwa Anina dibuat bagi pihak Umno itu, kurang kewajaran di mahkamah.

"Sebarang perkara yang berkaitan dengan keputusan dan hal ehwal parti-parti politik, mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan, tidak boleh dicabar di mahkamah," katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan penangguhan itu di dalam kamar hari ini.

Ditanya apakah pembelaan mereka sekiranya Najib diminta berbuat demikian, Hafarizam berkata: "Ia adalah spekulatif. (Tetapi) satu-satunya pembelaannya ialah mencabar locus standi saman ini".

Ketika ditemui pemberita kemudian, Anina berkata beliau menghormati keputusan mahkamah membenarkan permohonan penangguhan Najib itu.

"(Kita akan) beralih kepada apa yang akan datang," katanya.

Exco: Bocor surat mufti untuk cetus ketidaktenteraman

Posted: 01 Oct 2015 04:14 AM PDT

Susan Loone   





Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim meluahkan rasa kesal mengenai surat daripada mufti negeri yang dibocorkan bagi mencetuskan rasa ketidaktenteman di kalangan komuniti orang Islam.

Beliau berkata ekoran kebocoran surat itu "dengan niat buruk mencetuskan ketidaktenteraman umum", kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng dipersalahkan kerana mencampuri urusan hal ehwal Islam di negeri itu.

"Itu tidak betul. Keputusan ini tiada kena mengena dengan kami, tapi disebab surat itu dibocorkan dengan niat tidak baik untuk mencetuskan masalah, sesetengah pihak mengancam untuk berdemonstrasi dan menjalankan aktiviti untuk mengganggu gugat kerajaan negeri.

"Kami sedang menyiasat bagaimana surat itu bocor dan siapa yang buat dan kami akan mengambil tindakan sepatutnya termasuk membuat laporan polis.

"Ia terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai isu itu kerana proses menggazet fatwa itu mengambi tempoh yang panjang," katanya.

Beliau merujuk kepada fatwa yang dinyataan dalam surat pejabat mufti negeri bertarikh 1 September berkaitan keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang melarang pembesar suara dan membenarkan hanya untuk azan solat sahaja.

Mufti Negeri Datuk Wan Salim Mohd Noor berkata keputusan itu tidak mencemarkan kesucian Islam sebaliknya ia berada di atas landasan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Perlis juga membuat larangan yang sama beberapa tahun sebelum ini tetapi pembangkang sudah mula menyalahkan Lim mengenai keputusan itu untuk dilaksanakan fatwa yang sama di Pulau Pinang.

Legasi MAS selaku sykt penerbangan negara berakhir

Posted: 01 Oct 2015 04:09 AM PDT

SINAR HARIAN


MAS

MAS
 
 
KUALA LUMPUR - Zaman Malaysia Airlines (MAS) sebagai syarikat penerbangan legasi bagi Malaysia telah berakhir, dan MAS yang sedang menjalani penstrukturan semula kini perlu beroperasi sebagai entiti perniagaan sepenuhnya, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.
  
Menurut beliau walaupun segelintir pihak berkemungkinan masih emosi mengenai MAS sebagai syarikat penerbangan legasi, sentimen ini tidak perlu pada masa kini disebabkan realiti persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbangan.
  
"Kita tidak boleh lagi berfikir ditakuk lama untuk terus mengekalkan MAS sebagai syarikat penerbangan legasi, tetapi perlu menjadikannya sebagai entiti komersial, bersaing secara agresif dalam dunia perniagaan, berorientasikan keuntungan," katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai harapan beliau kepada syarikat baharu, Malaysia Airlines berhad (MAB), yang mengambil alih syarikat penerbangan tersebut bermula 1 September lepas.
  
"Saya percaya ini sangatlah kritikal, ia amat bergantung kepada sama ada kita bersedia atau tidak untuk bersaing hebat di pasaran. Tetapi jika kita hanya ingin mengekalkan MAS seperti dahulu kala, itu mungkin menjadi cerita yang berbeza dan ia agak sukar di sebalik situasi semasa yang mencabar," kata beliau.
  
Ong menjelaskan bahawa syarikat penerbangan legasi memerlukan kerajaan membelanjakan jumlah subsidi yang besar semata-mata untuk memastikan MAS terus beroperasi seperti dilakukan sejak beberapa tahun lalu, dan itu "tidak lain tidak bukan adalah duit rakyat," dan Malaysia tidak lagi berupaya untuk berbuat sedemikian, tambah beliau.
 
"MAS yang baharu ini tidak boleh lagi dianggap sebagai syarikat penerbangan legasi tetapi perlu berpaksikan keuntungan seperti syarikat-syarikat penerbangan lain di rantau ini seperti Japan Airlines (JAL) dan Garuda Indonesia.
 
Syarikat penerbangan legasi adalah milik masa silam dan bukan bagi abad ke-21, kata Ong.
  
Menurut Ong MAS Baharu bakal menghadapi cabaran mendatang yang semakin sengit dan sukar berikutan pelaksanaan Polisi Langit Terbuka Asean yang telah dipersetujui oleh negara-negara Asean pada 2009 ketika beliau menjadi Menteri Pengangkutan.
  
"Berdasarkan senario sebegini, saya berpendapat MAS Baharu dengan kumpulan pengurusan dan strategi baharu akan berupaya untuk berdaya saing dalam situasi pasaran baharu tersebut.
  
MAS telah menjalani penstrukturan semula secara menyeluruh dan kesungguhan mereka dalam mengurangkan pekerja dan berusaha untuk mengubah budaya kerja dengan konsep pemasaran baharu di bawah pimpinan Christoph Mueller, Ketua Pegawai Eksekutifnya," tambah beliau.
  
Beliau yakin kesemua ini akan meletakkan entiti baharu ini pada landasan kukuh, setelah membuang masalah-masalah lama.
  
Tetapi beliau juga memberi amaran, langkah ini tidak menjamin kejayaan.
  
"Anda mungkin mempunyai pelan yang canggih, dan teliti dalam segala aspek tetapi pada masa sama perlu mempunyai dedikasi dah kesungguhan untuk melaksanakannya, bukan sahaja di peringkat atasan, malah keseluruhan tenaga kerja. Itu penting. Dan masih terlalu awal bagi sesiapa untuk menilai sama ada pelan ini akan berjaya atau sebaliknya."
  
Mengulas mengenai laluan baharu, Ong berpendapat langkah MAB membatalkan laluan-laluan yang merugikan tidak boleh hanya berdasarkan kepada prestasi untung dan rugi MAS lama.
  
"Sebaliknya, kajian perbandingan antara MAS lama dengan pesaing-pesaing yang menggunakan laluan yang sama perlu dipertimbangkan kerana ia boleh menjadi penanda aras kepada langkah drastik seperti membatalkan laluan-laluan udara tersebut.
  
"Tanpa kaji selidik yang teliti, pembatalan laluan-laluan udara dikhuatiri akan menyebabkan kita melepaskan laluan-laluan yang sukar untuk kita peroleh hak pendaratan daripada pihak berkuasa kerana kita telah bekerja keras untuk berunding dengan pihak-pihak berkuasa luar negara bagi mendapatkan hak pendaratan pada masa lepas," kata beliau.
  
Beliau menjelaskan hak-hak pendaratan bukanlah sesuatu yang perlu dibuang atau ditinggalkan sewenang-wenangnya.
  
"Pada masa sama, laluan udara baharu juga perlu diterokai secara terperinci supaya MAB berupaya memperoleh lebih banyak laluan ke destinasi-destinasi baharu. Ini perlu dipertimbang memandangkan agenda utama MAS Baharu adalah untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan juga mencatat keuntungan."
  
Ditanya mengenai 6,000 pekerja yang dilepaskan di bawah pelan pengurangan pekerja, Ong berkata: "Saya tetap berpendapat langkah mengurangkan pekerja perlu dilaksanakan, walaupun ia satu keputusan sukar tetapi langkah pemberhentian pekerja ini patut merangkumi pihak pengurusan dan bawahan, seperti yang telah dilaksanakan MAS.
  
Menyentuh mengenai rancangan pihak pengurusan baharu untuk membentuk semula budaya kerja di MAB, beliau berpendapat mengubah budaya adalah satu ujian besar kepada pihak pengurusan kerana memandangkan amat sukar untuk mengubah "tabiat-tabiat lama".
  
"Perlu ada orang baharu untuk membentuk semula budaya baharu. Tetapi pada sudut yang lain, pembentukan budaya baharu perlukan satu imbangan yang bersesuaian dalam menguruskan tenaga kerja sedia ada.
  
Kakitangan MAB perlu diberi pemahaman bahawa masa depan mereka bergantung dan berkait rapat dengan keseluruhan entiti. Jika MAS Baharu mempunyai masa depan yang cerah, maka pekerjaan mereka lebih terjamin dalam entiti baharu dan sebaliknya.
  
Bekas Menteri Pengangkutan tersebut juga beranggapan bahawa pihak pengurusan baharu juga tentu mengharapkan bahawa MAB bebas daripada campur tangan politik sekali gus memudahkan pengurusan syarikat penerbangan berkenaan.
  
"Tetapi kita tunggu dan lihat sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengembalikan syarikat penerbangan negara ke landasan keuntungan tanpa campur tangan politik," kata beliau mengakhiri temu ramah.  - Bernama


Macai, jika terbongkar kamu akan dihina, keji

Posted: 01 Oct 2015 03:54 AM PDT

Macai, jika terbongkar kamu akan dihina, keji
Abu Kassim (kanan) ketika Majlis Perasmian Kevin Morais Moot Court, hari ini.


KUALA LUMPUR - 'Anda tidak boleh lari'. Demikian antara amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kematian Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Menurutnya, apa yang berlaku hanya melengahkan siasatan bukan menghentikan siasatan atau pendengaran kes sama sekali.

"Saya lihat situasi yang dialami tuan Kevin sebagai satu cubaan untuk menggagalkan kes yang sedang dibicarakan atau usaha untuk mengganggu dan menakut-nakutkan atau satu usaha intimidasi ke atas pegawai pencegah rasuah. Mereka sanggup guna apa saja cara untuk halang siasatan.

"Kepada pihak-pihak yang mahu menghalang siasatan dan kes yang dibicarakan, dunia hari ini sudah berbeza. Anda tidak boleh lari daripada sistem keadilan. Jangan cuba halang, ganggu dan kekang proses siasatan dan perbicaraan.

"Anda boleh menang sembunyikan bukti dari mata pihak berkuasa tapi anda tidak boleh sembunyikan daripada mata rakyat," katanya.

Abu Kassim berkata demikian dalam kemunculan pertamanya selepas bercuti sakit bulan lalu pada Majlis Perasmian Kevin Morais Moot Court sempena sambutan hari ulang tahun ke-48 SPRM, hari ini.

Namun atas faktor kesihatan, beliau hanya memberi kata aluan dan teks ucapannya dibacakan oleh Timbalannya (Operasi), Datuk Seri Shukri Abdull.

Abu Kassim juga memberi amaran kepada macai atau pihak yang bersubahat dalam cubaan menggagalkan siasatan atau perbicaraan kes rasuah bahawa imbuhan yang diperoleh mereka tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan.

"Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan hingga akhir hayat. Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat.

"Pada masa itu, barulah kita sedar apa yang kita dapat langsung tidak ada nilai berbanding dengan maruah diri yang hilang," katanya.

Tambahnya, mana-mana pihak yang bersalah boleh mengelak daripada dikesan untuk suatu tempoh tertentu sahaja bukan selama-lamanya.

"Ingat siasatan tidak akan berhenti hanya kerana ada pihak yang cuba menyembunyikan bukti atau melarikan saksi. Jika terbukti bersalah, mahkamah adalah tempat pengadilan kelak.

"Rakyat akan menilai dan menghukum anda. Tidak kita anda rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat atau pemimpin politik," katanya.

Dalam ucapan sama, beliau melahirkan harapan agar pegawai-pegawainya meneruskan tugas sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dengan bebas, telus dan profesional.

"Ini sebahagian ujian dan dugaan yang kita perlu lalui sebagai seorang pegawai pencegahan rasuah dan warga kerja SPRM.

"Pengurusan tertinggi SPRM akan terus bersatu dalam menangani kesemua dugaan yang kita sedang hadapi sekarang. Kita mahu memastikan kehendak rakyat sentiasa diutamakan," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya tidak mahu ada mana-mana penguatkuasa gugur di tangan pihak yang mementingkan diri sendiri seperti yang menimpa Kevin Morais.

"Saya berharap masyarakat akan terus bersama dengan SPRM terus memberi sokongan supaya nasib yang menimpa tuan Kevin tidak berulang.

"Kita tidak mahu seorang lagi timbalan pendakwa raya atau hakim gugur di tangan pihak yang hanya utamakan kepentingan diri sendiri dan yang menguntungkan diri mereka," katanya.

Nama Kevin Morais diabadikan pada Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur sebagai tanda memperingati bekas pegawainya itu.


YANG DIPENJARA KHIR TOYO, PENGAJARANNYA ADALAH UNTUK KITA

Posted: 30 Sep 2015 08:53 PM PDT

shahbudindotcom

 






Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo akhirnya terpaksa merengkok di Penjara Kajang selama 12 bulan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak sebulat suara rayuannya untuk menukar hukuman itu kepada bentuk khidmat sosial dengan memberikan rawatan gigi secara percuma selama dua tahun.

Melalui keputusan mahkamah paling tinggi itu, hanya pengampunan Sultan Selangor saja lagi selepas ini yang dapat meringankan hukuman yang diterimanya itu.

Dengan tidur di penjara yang tidak pernah terduga olehnya, mungkin malam ini dan beberapa malam seterusnya Dr Khir agak sukar melelapkan mata atau hanya mampu berjaga sepanjang malam sambil mengenang nasib dirinya.

Sebagai manusia, memang kita bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Tidak bersimpati pula bermakna kita sebagai manusia sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan itu. 

Siapalah menduga daripada kedudukan yang tinggi sebagai ketua sebuah kerajaan negeri paling kaya, tiba-tiba menjadi penghuni penjara.

Namun, kita tidak boleh pula terlalu bersimpati dan kasihan sehingga menganggap perbuatan rasuah itu sebagai jenayah yang boleh dimaafkan. Dalam kehidupan dan beragama sekali pun, amalan rasuah memang amat ditegah kerana kesannya yang amat buruk kepada kehidupan serta tamadun manusia.

Oleh itu, dalam kita bersimpati kepada hukuman yang diterima Dr Khir ini, ia haruslah berpada-pada sebenarnya. Salah tetap salah dan undang-undang hendaklah dihormati.

Yang penting daripada kes Dr Khir ini ialah apakah pengajarannya kepada kita semua?

Kita semua yang dimaksudkan itu ialah pemimpin yang sedang memegang jawatan, mereka yang sedang mengejar kuasa dan sesiapa saja yang entah tiba-tiba diletakkan kuasa ke ribanya suatu hari nanti.

Kepada yang sedang gah dan megah dengan kuasa serta ghairah mengumpul kekayaan, kes Dr Khir ini seharusnya menjadi ulangan sekian banyak peringatan kepada mereka. Selain sudah banyak kes rasuah melibatkan pemimpin menjadi tontotan kita selama ini, apabila tidak lagi berkuasa, kes-kes lama juga bila-bila masa boleh diungkit semula.

Kalau mahu curi-curi makan juga, pandai-pandailah melakukannya. Tetapi sebijak mana pun melakukannya, janganlah dilupa bahawa hanya hukuman di dunia saja yang mampu dielakkan kerana di akhirat nanti, semua rakaman perbuatan kita tetap akan ditayangkan semula tanpa tapisan atau suntingan walau sedikit pun.

Kepada yang belum beroleh kuasa dan sedang mengejarnya, jadikanlah kes Dr Khir ini sebagai teladan untuk berkhidmat dengan jujur dan amanah serta takut untuk mendekati sebarang amalan rasuah.

Kita yang bukan siapa-siapa hari ini dan begitu kuat membenci rasuah, haruslah juga ingat bahawa jangan sementara belum ada kuasa saja menolak atau membenci rasuah tetapi berubah sikap apabila tiba-tiba ada kuasa dalam genggaman.

Rasuah haruslah dibenci ketika tidak ada kuasa, malah seharusnya lebih dibenci apabila mempunyai kuasa kerana rasuah semakin menggila apabila kian tinggi jawatan yang disandang.

Hari ini mungkin nasib Dr Khir Toyo, entah esok lusa barangkali nasib kita pula,  walaupun sekarang ini kita belum menjadi siapa-siapa lagi. Terlebih mustahak daripada segala-galanya ialah siapa pun kita hari ini, ambillah sedikit iktibar daripada apa yang menimpa Dr Khir ini.

Tiada usul minta kerajaan Selangor pecat JKKK Pas – PKR Sg Besar

Posted: 30 Sep 2015 08:46 PM PDT

Berita itu direka dan disebarkan oleh blogger UMNO dan BN untuk menimbulkan perbalahan dengan Pas.


pas-selangor


PETALING JAYA: PKR Cabang Sungai Besar menafikan mereka telah meluluskan usul yang meminta kerajaan Selangor memecat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) daripada Pas.

Ketua Cabang, Mohamad Fauzi Ahmad sebaliknya mendakwa, berita itu sengaja disebarkan penulis blog UMNO bertujuan menimbulkan perbalahan dengan Pas.

"Saya menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Malah, mereka juga memuatnaik gambar ketika mesyuarat sudah selesai untuk menunjukkan tidak ramai ahli PKR hadir mesyuarat sedangkan kehadiran 120 orang.

"Isu ini sengaja diputar belit oleh blogger UMNO dan BN, segala fitnah yang dibuat adalah hasil daripada kerja-kerja puak UMNO," katanya kepada Free Malaysia Today.

Beberapa blog menyiarkan dakwaan kononnya PKR Cabang Sungai Besar telah meluluskan usul itu memecat Pas dan menggantikan Pengerusi JKKK daripada PKR, DAP dan Amanah.

Mohamad Fauzi berkata, mesyuarat cabang itu meluluskan tiga usul iaitu;

1.Mendesak kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.Kerusi Parlimen Sungai Besar dan DUN Sungai Panjang yang dipegang Pas diserahkan kepada PKR
3. Satu pengundi di Sungai Besar satu undi untuk PKR

Dia berkata, tiga usul yang diluluskan itu akan diserahkan kepada PKR Negeri Selangor untuk membuat keputusan.

"Kami hanya mencadangkan dan kami terima segala keputusan PKR Negeri. Kami berdiri teguh dibelakang PKR Negeri dan kepimpinan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.


Prosiding saman Anina pada PM diketahui esok

Posted: 30 Sep 2015 07:52 PM PDT

MALAYSIAKINI






Mahkamah Tinggi menetapkan esok sama ada membenarkan ataupun sebaliknya permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan bekas anggota Umno Anina Saadudin berhubung tuntutan pembayaran balik RM2.6 bilion.

Presiden Umno itu memohon pengangguhan tersebut sementara mahkamah mendengar prosiding permohonan beliau dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab. Rauf Yusoh, yang turut dinamakan sebagai defendan, untuk mengetepikan writ saman Anina.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Ab Rauf memberitahu pemberita, beliau mengemukakan hujah bahawa permohonan Anina wajar ditangguhkan kerana bekas anggota Wanita Umno Langkawi itu tidak mempunyai locus standi (tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman bagi pihak Umno.

Tambahnya, keahlian Anina telah gugur dengan sendirinya apabila mengambil tindakan mahkamah terhadap parti pada 28 Ogos lalu berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno.

Fasal tersebut menyatakan bahawa seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya dalam parti gugur dengan sendirinya.

Mohd Hafarizam berkata pada hari ini mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua defendan untuk penangguhan interim untuk memfailkan kenyataan pembelaan sehingga keputusan penangguhan prosiding esok.

"Pihak kami tidak perlu memfailkan pembelaan esok pagi sehingga keputusan dibuat sama ada permohonan kami dibenarkan atau tidak. Sekiranya mahkamah menolak, saya akan mendapatkan arahan daripada anak guam untuk tindakan seterusnya sama ada membuat rayuan ataupun memfailkan pembelaan," katanya.

Berdasarkan rekod mahkamah, pengurusan kes terhadap permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Anina telah ditetapkan pada 6 Okt.

Pada 28 Ogos lepas, Anina, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.

Anina diwakili peguam Mohd Hanif Khatri Abdulla.-Bernama


Tiada ulasan: