Ahad, 18 Oktober 2015

.

.


Semua orang kena hormat himpunan H60K

Posted: 18 Oct 2015 01:35 AM PDT

SUSUPAN PETANG

Malam tadi telah berlangsung himpunan apa dinamakan H60K, ia merupakan majlis parti agama, Pas. Semua mereka yang hadir pada himpunan itu berpakaian baju berwarna hijau. Semua pemimpin dari serendah-rendah pemimpin sampai ke pemimpin tertinggi hadir sama.

Hari ini timbul berbagai pro kontra mengenai himpunan berkenaan. Mereka yang skepstikal kepada Pas menyifatkan himpunan tersebut hanya sebagai satu acara "onani" sahaja. Iaitu satu himpunan menunjuk bulu, syok sendiri tanpa memberi kesan dan faedah besar.

Hujah mereka himpunan itu tidak membawa apa-apa makna kerana himpunan yang ramai tidak semesti akan menghasilkan kemenangan. Ada yang berpendapat lebih afdal kalau himpunan itu digunakan untuk menyelesaikan masalah dan penyakit yang berlaku dalam Pas terutamanya di Kelantan sendiri.

Beberapa contoh atau sejarah disebut, misalnya himpunan Hijau di Kedah 2012, menjelang pilihan raya ke-13 lalu dikerumuni oleh puluhan ribu penyokong dan ahli parti itu yang berlangsung stadium Darul Makmur di Suka Menanti, penuh pepak stadium itu, tetapi pilihan raya umum pada tahun itu hasilnya kerajaan Pas Kedah jatuh melentang pukang.

Ertinya himpunan ramai tidak memberi apa-apa kesan positif kepada kemenangan Pas melainkan sebagai untuk pelepas angin dan menunjukkan kehebatan sahaja. Benar juga. Betapa tidak yang hadir itu adalah orang luar, berapa persen sangat dari Kelantan sendiri melainkan mereka yang dikerah kerana memegang jawatan politik dan sebagainya.

Itu kata dan dakwa dipihak mereka yang anti kepada Pas dan skeptikal kepada parti agama itu. Berbeza dengan orang yang sayang kepada parti itu dan taksub kepada pemimpinnya, dan beranggapan hanya Pas sebuah parti memperjuangkan Islam. Himpunan itu disifatkan sebagai kejayaan besar Pas. Ia menunjukkan parti agama itu walaupun berhadapan dengan perpecahan tetapi masih mndapat sambutan. Ia masih relevan.

Saya setuju dan lebih setuju dan bererti kalau selepas ini ada pemimpin Pas yang sudah mengoyak kad keahlian kembali semula kepada Pas setelah mereka tahu kekuatan Pas tidak terjejas dengan berlangsung dan jayanya H60K itu. Lebih merujakan lagi kalau ada di kalangan mereka yang memanggung jawatan dalam Amanah kembali bertaubat.

Kedua alasan dan hujah dari kedua pihak itu ada logik dan kebenaran masing-masing. Yang mengatakan ia sebuah himpunan "onani" betul juga. Kerana dalam konteks hari ini, apabila Pas sudah berpecah dua, lebih separuh pemimpinnya sebelum ini tidak bersama lagi, ertinya Pas sudah retak.Siapa dan formula mana boleh menafikan hakikat itu.

Di Kelantan mungkin tidak begitu terkesan sangat kerana Kelantan adalah lubuk Pas sejak tahun 1960 lagi. Tetapi 9,000 mereka yang sudah menjadi ahli kepada Amanah memberi impak yang tidak sedikit kepada parti itu di Kelantan. Apa lagi kalau tertakdir berlaku pertandingan tiga penjuru di antara Pas, Umno dan Amanah, sudah tentu Pas berada dalam keadaan tidak selesa.

Dengan perpecahan itu, tidak perlu Pas hilang separuh para penyokongnya, tetapi cukup 10 atau 20 persen sahaja, ia sudah mencakupi untuk melihat Pas kalah dibeberapa bah kerusi dan kemungkinan besar akan hilang sebuah kerajaan. Apabila berlaku pertandingan tiga penjuru, bermakna Pas berada dalam keadaan sangat tidak selesa dan tenang. Umno sangat berdoa agar berlaku demikian kerana ia menguntungkan.

Harus diingat mereka yang hadir malam tadi, sebahagian besar daripada orang luar. Kalau 100 ribu yang hadir, 70,000 ribu ada orang dari luar Kelantan. Ertinya hanya 30,000 sahaja yang hadir dari Kelantan. Angka itu pun boleh dipersoalkan lagi. Apa kata kalau Umno juga menghantar orangnya untuk menjadikan Pas asyik dan syok sendiri. Tidak mustahil untuk Umno menjadi "air sabun" atau losen pelicin? Haha.

Mungkin pihak penganjur ada membuat kiraan atau semakan kepada mereka yang hadir itu, berapa daripada Kelantan dan berapa daripada luar Kelantan. Berapa yang  boleh mengundi dan berapa yang tidak boleh mengundi. Berapa pula orang Pas dan berapa pula orang Umno. Pas kan parti profesional tentu ada tukang banci dan membuat semakan itu. Kalau tidak ada, himpunan itu tidak memberi banyak makna dan ia umpama orang "onani" yang tidak akan dapat hasilnya.

Apapun semua sama ada ia ada kesan atau sebaliknya semua pihak kena hormat kepada himpunan itu. Ia adalah hak parti agama itu yang dibenarkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Dan selepas ini parti itu juga kena hormat kepada apa-apa program dan majlis Amanah. Jika orang lain buat majlis dan uar-uarkan dengan poster jangan pula sampai ada yang koyak poster.

Kepada ahli dan penyokong kedua-dua parti agama dan Amanah terutama yang riuh dalam media baru biarlah tahu akan adat dan tatasusila berpolitik. Kepada Pas diucapkan selamat berjaya dan biarkanlah Pas dengan pilihannya kalaupun parti itu sedia untuk berkolaborasi dengan Umno sekalipun. [wm.kl.2:45 pm 18/10/15]

Sidang parlimen bermula esok sangat menakutkkan Najib

Posted: 17 Oct 2015 11:08 PM PDT

KATA AHAD

Najib akan berdepan sidang parlimen menakutkan.
Esok parlimen ke-13 penggal ke-3 akan bersidang untuk kali ketiga. Susun atur dan kedudukan dalam sidang esok berubah ekoran berlaku beberapa peristiwa dan perkembangan terbaharu dalam parti politik.

Kedudukan beberapa orang yang menjadi menteri tetapi kini tidak lagi menjadi anggota kabinet berubah tempat duduk.

Yang pastinya kedudukan Muhyiddin Yassin yang berada di sebelah Najib Razak sebagai PM akan berubah. Muhyiddin akan diasingkan jauh bersama ahli MP Umno veteran lain. Tempat Muhyiddin itu akan diduduki oleh TPM baharu Zahid Hamidi.

Susun atur di blok pembangkang juga akan berubah. Kedudukan wakil Pas yang sebelum ini ditompokkan dengan wakil DAP dan PKR yang berikat menerusi Pakatan Rakyat akan berubah ke blok lain apabila Pas tidak lagi bersama DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.

Tempat presiden Pas Abdul Hadi Awang akan diisi oleh wakil Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini merupakan anggota pakatan baru Pakatan Harapan yang dibentuk baru-baru ini. Abdul Hadi akan diletakkan dalam kelompok Pas yang terkeluar dari apa-apa pakatan. Kali ini sidang parlimen akan melihat Pas bertindak sebagai wakil persendirian. Selepas ketiadaan beberapa ahli parlimennya yang lantang kerena menyertai Amanah, kita dapat melihat sejauh mana Pas berfungsi.

Pas yang sebelum ini mempunyai anggota 21 tinggal 14 sahaja apabila selebihnya telah menyertai Amanah dan seorang menyertai PKR.

Apa pun perubahan itu tidak membimbangkan Najib, jauh sekali menganggui tidur isterinya Rosmah Mansor. Tetapi ura-ura akan ada usul undi tidak percaya kepadanya, itulah benar-benar meresah dan mencemaskan Najib. Kandati pun ada kenyataan mengatakan usul itu tidak akan mencapai maksudnya, namun ia tidak memberikan Najib keselesaan. Usul itu tetap menjadi momok kepadanya.

Sebelum ini ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaliegh Hamzah menyatakan tidak yakin usul itu akan berjaya kalau pun ia dibawa. Begitu juga dengan Rafizi Ramli (MP Pandan) yang juga Setiausaha Agung PKR, berpendapat perkara sama. Namun pendapat kedua-dua mereka itu yang boleh dianggap mewakil BN dan oposisi bukan jaminan buat Najib untuk berasa selesa.

Kenyataan itu bukan lesen untuk Najib mendiamkan diri tanpa bertindak.

Sebagai orang dianggap bersalah, Najib sangat memahami apa yang berlaku di sekitar dirinya. Isu 1MDB serta kejatuhan nilai ringgit dan bebanan ditanggung rakyat ekoran pelaksanaan cukai GST telah meletakkan beliau dalam keadaan diasak kebimbangan dan ketakutan serta dicemuhi rakyat.

Tindakan drastiknya memecat Muhyiddin dan Shafei Afdal adalah bertolak dari isu-isu berkenaan. Tentu sekali Najib tidak berfikir yang kedua bekas timbalannya dan menteri kabinet itu hanya akan meriba tangan untuk tidak melakukan apa-apa tekanan ke atasnya.

Apakah Tengku Razaleigh dan Rafizi sengaja membuat kenyataan begitu untuk melenakan Najib? Kemungkinan inilah kena dibaca oleh Najib. Dalam suasana sekarang Tengku Razaleigh yang dilihat menjadi ketua fraksi dari Umno manakala Rafizi ketua fraksi daripada oposisi yang berusaha melakukan sesuatu mengejutkan Najib di parlimen.

Kerana itulah mungkin menyebabkan Najib terpaksa mengada pre council dengan ahli parlimen dan dewan negara  malam ini di rumahnya. Kalau tidak kerana kebimbangan itu untuk apa dia memanggil perjumpaan itu. Boleh difahamkan apa yang sedang dihadapi Najib kini sudah serius. Apakah Tengku Razaleigh dan Rafizi sudah melengkapkan tindakan mereka?

Perlu diingat lama sebelum ini kedua-dua mereka mengadakan perjumpaan. Rafizi dikhabarkan telah berkunjung Tengku Razaleigh bersama beberapa orang pimpinan PKR termasuk Tian Chua. Hasil dan tujuan pertemuan itu tidak diumumkan. Yang pastinya pertemuan itu tidak berlangsung begitu sahaja tanpa sebarang motif.

Sidang akhabar di Yayansan Perdana diadakan oleh Dr. Mahathir Mohamad baru-haru ini yang membangkitkan isu penyalah gunaan kuasa SOSMA adalah isu yang sama diperjuangkan oleh pembangkang. Sejak rang undang-undang SOSMA dibentangkan di parlimen opoisis sudah menentangnya. Apakah persamaan dalam mengkritik SOSMA menjadi lambang persamaan antara penentang Najib dari dalam Umno dengan oposisi?

Sungguh pun oposisi tidak menghantar wakil dalam sidang akhbar Mahathir itu, ia tidak bermakna mereka tidak bersama. Ini juga mungkin strategi untuk tidak mempamerkan kepada Najib yang opisisi dan kumpulan dalam Umno dan BN sedang berkolaborasi untuk melakukan sesuatu  terhadapnya.

Dan apakah desas desus akan ada usul undi tidak percaya kepada Najib akan dibawa dalam sidang kali ini ia adalah agenda bersama?

Pendeknya sidang parlimen yang akan bermula esok sangat tidak menyenang dan membimbangkan Najib. Sebaliknya kalau usul itu tidak berlaku dan Najib lepas, bererti Najib lolos dari satu ikatan perasaan yang sangat menekannya saat ini. [wm.kl.1:25 pm 18/10/15]

Tiada ulasan: