Sabtu, 3 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Memang Timbalan Menteri Pertanian itu 'Kuang Ajaq'

Posted: 03 Oct 2015 02:10 AM PDT

Dituduh sebagai kurang ajar oleh Ling Leong Sik
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan  kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina yang dibuat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai "kurang ajar".

 "Itu ucapan kurang ajar. Saya tak pernah bermimpi atau terfikir untuk lempang orang Melayu.

 "Itu salah, hendak cakap pun salah, inikan pula hendak lakukan. Ini kurang ajar," kata Dr Ling kepada pemberita dalam sidang media Pesta Minda Malaysia ke 11, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak sebentar tadi.

 Malah, Dr Ling juga berkata anggota Parlimen Pasir Salak itu perlu memohon maaf kepada rakyat Cina di negara ini atas keterlanjurannya.

 "Patut (minta maaf) jika beliau ada berkata begitu, dia patut minta maaf," katanya di sini.

 Khamis lalu, Tajuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu.

 Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.

 Lawatan Huang itu dilakukan sehari sebelum perhimpunan berbau perkauman dianjur pihak tertentu yang membuat beberapa desakan bagi 'mengubah' keadaan di pusat komersial didominasi peniaga Cina itu.

 Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.

Sementara itu bekas menteri penerangan Tan Sri Zainudin Maidin menyarankan Datuk Tajuddin Abdul Rahman agar tidak meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana tindakan ia tidak akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN.

Forum Dua Tokoh Negeri Perak , Razman vs Nizar 20 Oktober 2015

Posted: 02 Oct 2015 08:16 PM PDT

Pemilik PEDAS FM, Pn Rozita Haron (Cik Ta) kini sedang berusaha untuk mengatur pertemuan semula dua orang bekas sahabat - DS Nizar Mohamad dan Th Hj Razman Zakaria melalui satu forum  yang dijangka akan diadakan di Taiping pada 20.10.15 (Selasa).

 Forum dua tokoh hebat Perak ini bakal mencipta sejarah sekiranya benar-benar akan berlaku. Masing-masing hebat dan petah berhujah. 

Inilah saatnya yang kita nanti-nantikan untuk mendengar hujah masing-masing atas tajuk "AGAMA DAN BANGSA, SIAPA KHIANAT SIAPA"

Kita akan dapat mendengar kupasan mereka berdua mengenai siapa sebenarnya yang berkhianat ! 

Menurut pihak penganjur forum tersebut,  jemputan rasmi dikirim melalui whatsapp kepada 2 ahli panel setelah pihak penganjur mendapat persetujuan awal secara / melalui whatsapp dari Ybhg. Tuan Hj Razman Zakaria.

  "Hj Razman sendiri yang telah mencadangkan tarikh 20.10.15 itu." Jelas DJ Roy apabila saya bertanyakan melalui telepon mengenai forum tersebut.

Pihak penganjur memaklumkan telah mendapat persetujuan awal DS Nizar, melalui whatsapp utk hadir ke forum tersebut.

Pihak penganjur sangat menghargai persetujuan awal kedua pihak untuk menjayakan program tersebut. Semoga progam ini nanti dapat mengeratkan semula ikatan ukhwah antara kita yg makin jauh akibat perbezaan pandangan.


 Kedua-keduanya merupakan tokoh besar PAS Perak tapi kini DS Nizar sudah berhijrah ke parti baru, AMANAH.

 Perbalahan antara kedua tokoh tersebut telah mengakibatkan DS Nizar bertindak menyaman Hj Razman atas kenyataan berunsur fitnah. 

 PAS Perak telah menghantar surat kepada DS Nizar minta hadir ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak pada 9 September 2015 untuk perbincangan mengenai tuntutan saman RM3 Juta terhadap Hj Razman, tetapi DS Nizar enggan menghadirkan diri.

Kes mereka akan disebut di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015.

Tiada ulasan: