Isnin, 26 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PKR anggar kos perjalanan jet peribadi PM bernilai RM40.8 juta untuk 6 bulan

Posted: 26 Oct 2015 12:00 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM
Kos keseluruhan perjalanan melibatkan jet peribadi baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Airbus ACJ320 , dianggarkan sebanyak RM40.8 juta bagi tempoh 6 bulan sejak dibeli pada April lalu, dakwa PKR hari ini.

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, anggaran kos itu meliputi kos sewa jet, penyenggaraan, operasi dan pengurusan serta kos perjalanan ke luar negara perdana menteri.

 "Kalau jumlah ini tidak betul, maka saya mengalu-alukan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menerangkan dan memberi jawapan betul," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 26 Oktober, 2015.~ sumber

Update : Saudara Rafizi telah memberikan keteranagan lanjut mengenai isu di atas di blognya :  ANGGARAN KOS 42 PERJALANAN MENGGUNAKAN JET PERIBADI BARU ACJ320 SEBANYAK RM40.8 JUTA BAGI 6 BULAN

Undi tidak percaya terhadap Azmin November ini?

Posted: 25 Oct 2015 09:00 PM PDT

  PETALING JAYA: Serangan terhadap Mohamed Azmin Ali berterusan apabila timbul desas-desus terbaharu yang mendakwa wujud gerakan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

 Ia dikatakan bakal diadakan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November ini. Gerakan menjatuhkan Azmin itu didakwa dirancang oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang tidak puas hati kerana Azmin tidak memecat Exco dari Pas.

 Beberapa ahli akar umbi PKR mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak diketahui akan kebenarannya.

 Dakwaan itu mula tersebar di media sosial dan hangat diperkatakan ketika ini. 

Azmin yang baharu setahun menjadi Menteri Besar baru-baru ini mengumumkan bahawa Selangor tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan.

Perhimpunan Tarbawi PAS Selangor
diadakan di Kediaman Rasmi
 MB Selangor.
Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu diketahui umum mempunyai hubungan lebih rapat dengan kepimpinan Pas.

 Beliau bertegas mahukan Pas kekal dalam pentadbiran negeri walaupun didesak oleh pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menyingkirkan Pas selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

 Baru-baru ini, tersebar gerakan dikenali Langkah Rawang untuk menyingkirkan Azmin dan digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah.

 Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Azmin dan pemimpin PKR manakala Pas pula menganggap ia untuk menghancurkan hubungan Pas-PKR.

 PKR diketahui berpecah kepada dua kumpulan iaitu yang mahu Pakatan Rakyat terus kekal dan kumpulan menyokong Pakatan Harapan. ~ FMT

Salahudin : Azmin timbalan presiden sahaja, bukan presiden PKR......

Posted: 25 Oct 2015 06:35 PM PDT

Pada Khamis lalu, Azmin berkata bahawa pentadbiran Pakatan Harapan tidak diperlukan di Selangor. Selangor dan Pulau Pinang itu berbeza.

Mengulas kenyataan Azmin tersebut, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub berkata, adalah terlalu awal kerana beliau bukan presiden PKR.

  "Azmin adalah Timbalan Presiden sahaja walaupun dia adalah Menteri Besar Selangor. Oleh kerana PKR adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan, dia tidak boleh hanya menyebut, mungkin pendapat peribadi beliau, "kata Salahuddin

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, kenyataan Azmin sudah dijangka dan tidak menghairankan memandangkan komposisi semasa Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau bersetuju dengan bacaan Azmin perbezaan antara Selangor dan Pulau Pinang, menunjukkan bahawa terdapat ramai wakil rakyat PAS di Selangor berbanding dengan Pulau Pinang.

 "Kita boleh lihat ada perbezaan yang besar. Kami memahami dilema, jadi sejauh yang kami tahu, ia bukanlah satu masalah besar, apa yang penting ialah memperkukuhkan Amanah dan Pakatan Harapan," kata Khalid.

 PAS hanya memegang satu kerusi negeri di Pulau Pinang yang didominasi DAP, manakala PAS mempunyai 13 Dewan Undangan Negeri Selangor berbanding DAP 15, PKR 13, Barisan Nasional 12, Amanah dua kerusi dan satu wakil rakyat Bebas.

 "Saya fikir penyelesaian terbaik adalah gabungan antara PAS dan Pakatan Harapan bagi kerajaan Selangor," kata Khalid, yang mengesahkan bahawa cadangan beliau telah disebut dan diterima dalam mesyuarat Amanah tetapi masih belum dibincangkan secara serius.

 Cadangan ini akan memastikan kerajaan yang stabil di Selangor kerana ia akan mengakui PAS dan kedudukan Pakatan Harapan dalam pentadbiran negeri ini, katanya.

 "Kalau boleh pemimpin-pemimpin negeri perlu turun ke merasmikan Pakatan Harapan di Selangor dan untuk merasmikan hubungan antara Pakatan Harapan dan PAS sebagai kerajaan campuran," kata Ahli Parlimen Shah Alam.~ Baca lagi di sini

Tiada ulasan: