Rabu, 21 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


HUDUD OHH HUDUD

Posted: 21 Oct 2015 08:11 AM PDT

  
Malam tadi tepat detik 12 tengah malam laungan takbir dilaungkan lima kali sebagai tanda genap 25 tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI).....Apa dengan cerita Hudud?

 Takkanlah Mat Ya'kub sekadar bersyukur bila Mahkamah Persekutuan menolak usul difailkan Gerakan bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015). Mat Ya'kub kata kejayaan itu hasil kesungguhan pasukan peguam dilantik kerajaan negeri mempertahankan kanun berkenaan.....Ha! ha! ha! Cakap seolah-olah dah berjaya sangatlah tu!
  
Letaklah jawatan....mu janji dah hari tu kan?


 Berikut status dari Abdul Rahman Abdul Talib di fesbuk :

1) AMARAN"Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis2an" - Dato Mohd Amar (20 Jun 2015, Sinar Harian) 

2) WAS-WAS"Itu kami belum putuskan (tanya samada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang2 persendirian untuk sidang Parlimen yang akan dating)" - Dato Takiyuddin (13 Oktober 2015, Malay Mail Online) 

3) TIDAK BOLEH"Kita hanya akan boleh kemukakan usul pindaan rang undang2 berkenaan selepas proses mahkamah selesai. Apabila proses mahkamah selesai, kita akan pilih satu tarikh baru untuk mengemukakan usul pindaan rang undang2 ke Parlimen nanti" - Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (19 Oktober 2015, The Malaysian Insider) 

4) TIDAK BOLEH"Rang undang2 (rang undang2 persendirian) itu tidak boleh dibawa ke Parlimen sehingga kes di Mahkamah Tinggi diselesaikan" - Dato Takiyuddin (20 Oktober 2015, The Malaysian Insider) 

5) BOLEH"Bagi saya tidak seharusnya kes yang berada di mahkamah itu menjadi penghalang kepada institusi pembuat undang2 paling tinggi dalam negara kita (Parlimen). Speaker harus membuat peraturan untuk menegaskan bahawa proses di mahkamah itu satu perkara yang tidak boleh menghalang speaker atau Parlimen untuk menggubal atau meminda apa2 undang2 Contoh, saya kata pindaan Akta Hasutan juga melalui proses yang sama di waktu Prof Azmi Shahrom menyaman pihak Kerajaan dan kita ahli2 Parlimen telah bertemu dengan Speaker untuk menyatakan bahawa adalah tidak wajar untuk pindaan itu dibentang atau diteruskan kerana takut apa jadi nanti dengan keputusan mahkamah. Tetapi akhirnya Speaker yang berkuasa terus membenarkan Akta Hasutan itu dipinda walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan yang dibuat oleh Prof Azmi Shahrom itu dibuat dalam tempoh dua minggu yang lalu" - Dato Mahfuz Omar (21 Oktober 2015, Astro Awani) 

PENING 

Zahid Hamidi buat komidi lagi

Posted: 21 Oct 2015 12:23 AM PDT

Zahid Komidi buat lawak terbaru bila dia memberi alasan mengarut seolah-olah beliau mahukan Datuk Hamid Bador buat laporan polis mengenai terdapat pihak tertentu menyembunyikan tiga saksi utama dalam siasatan kes 1MDB serta Cawangan Khas mencampuri dan diperalat untuk kepentingan politik.

 Tidak mungkin sebagai bekas timbalan pengarah Cawangan Khas, perkara yang dibangkitkan olehnya itu dianggap macam sampah di tepi longkang sahaja.

  Polis sepatutnya menjalankan siasatan berhubung dakwaan tiga saksi utama dalam kes 1MBD disembunyikan.

Kalau dakwaan Datuk Hamid Bador itu tidak benar atau tidak berasas, kenapa polis tidak mengambil tindakan keatasnya kerana perkara tersebut telah tersiar luas dalam laman media sosial. 

Adalah perkara yang tidak masuk akal kerana polis hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasan oleh Abdul Hamid, namun tidak ada apa-apa tidakan susulan.
  
 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pihak polis tidak akan menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan tiga saksi utama dalam kes 1MDB disembunyikan.

 Ini kerana menurut Zahid (BN-Bagan Datoh) dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, tiada laporan polis yang dibuat oleh bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador atau mana-mana pihak berhubung dakwaan itu.

 "Dakwaan oleh bekas timbalan pengarah 1 Cawangan Khas hanya merupakan andaian beliau sendiri yang disiarkan dalam laman media sosial sahaja," katanya.

 Zahid menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang memohon supaya beliau menjelaskan mengenai perkembangan terkini siasatan berhubung yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid. Baca seterusnya  di sini

Bank Negara Malaysia digesa bertindak segera

Posted: 20 Oct 2015 06:58 PM PDT

 Bank Negara Malaysia digesa bertindak segera menggunakan kuasa yang mereka ada dari segi penguatkuasaan atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran terhadap 1MDB kerana melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

 Pada 9 Oktober, BNM membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA)untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai US$1.83 bilion (RM7.5 bilion)kerana didapati maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.


 Bank Negara perlu mengambil tindakan tersebut berikutan syornya agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB telah ditolak; sebaliknya, Peguam Negara mendapati pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak memberikan maklumat palsu dan membersihkannya daripada sebarang salah laku.

 Dengan kenyataan BNM bahawa ia mempunyai kuasa untuk bertindak dari segi penguatkuasaan itu, yang ditunggu seterusnya ialah keberanian mereka untuk melaksanakannya. Tidak guna sekadar mengaku ada kuasa, tetapi tidak berani melaksanakannya.

 Soal jenayah memang kuasa Peguam Negara, tetapi dengan tetap bertegas melaksanakan undang-undang berdasarkan kuasa yang ada padanya terhadap sesiapa juga yang didapati bersalah, ia sekurang-kurangnya menjadikan BNM terus dihormati. 

 Biarlah Peguam Negara dengan keengganannya itu diadili oleh kebijaksanaan rakyat menilainya.

 Berdasarkan keyakinan BNM bahawa 1MDB telah melakukan kesalahan sebagaimana syornya kepada Peguam Negara serta berpegang kepada kuasa yang ada padanya, demi intergriti dan keyakinan orangramai terhadapnya, tindakan tidak seharusnya dilengahkan lagi. 

 Ayuh BNM...jangan buang masa lagi. Bertindaklah berasaskan kebenaran dan keberanian dengan segera. ~ sumber

Tiada ulasan: