Selasa, 20 Oktober 2015

ALHUSSEYN

AMANAH PROGRESIF PEDULI

ALHUSSEYN


Memang Hj Hadi layak dipenjarakan kerana merosakan agama orang ramai!

Posted: 20 Oct 2015 03:00 AM PDT

FATWA QARDHAWI: ORANG YANG MENDAKWA KUMPULANNYA SAJA KUMPULAN ISLAM & KUMPULAN YG DITUBUHKAN SELEPASNYA TERBUBAR MERUPAKAN PINTU KEJAHATAN, FATWA JAHIL MEROSAKKAN AGAMA DAN PATUT DIPENJARA.

 Fatwa Syeikh Dr Yusuf Qardhawi Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia utk renungan bersama :-

 هناك على النقيض من هذه الفكرة فكرة أخرى: ترى العمل الجماعي فريضة، وتحصر هذه الفريضة في جماعة معينة ترى أنها وحدها تمثل الحق الخالص، وما سواها هو الباطل........ وبعبارة أخرى تصف هذه الفـئة نفسـها بأنـها "جماعة المسـلمين"، وليـست مجـرد "جماعة من المسلمين" وما دامت هي جماعة المسلمين فكل من فارقها فقد فارق الجماعة، وكل من لم يدخل فيها، فليس في جماعة المسلمين!

 وكل ما جاء من أحاديث عن (الجماعة) ولزوم "الجماعة"، ومفارقة "الجماعة" تنزل على جماعتها. وهذا النوع من الاستدلال، وتنزيل النصوص على غير ما جاءت له، باب شر على الأمة؛ لأنه يضع الأدلة في غير مواضعها. حتى زعم بعض الأحزاب في بعض البلاد الإسلامية أنه وحده يمثل الحق؛ لأنه الحزب الأول الذي أخذ زمام المبادرة، وكل حزب يشكل بعد ذلك يجب أن يلغي نفسه، ولا حق له في البقاء؛ لأن قبول الجماهير له بمثابة المبايعة له، وفي الحديث: "إذا بويع لخليفتين، فاقتلوا الآخر منهما". (رواه أحمد ومسلم عن أبي سعيد كما في صحيح الجامع الصغير 421).

 إن هذه الفتاوى الجاهلة الجريئة من أناس لم ترسخ أقدامهم في علوم الشريعة. هي التي تورد الأمة شر الموارد، وتوقعها في شر المهالك. ولقد قال بعض الفقهاء في العصور الماضية حين رأى فتاوى بعض من ينتسبون إلى العلم: لبعض من يفتي الناس اليوم أحق بالسجن من السرّاق! وذلك لأن السراق يفسدون دنيا الناس، وهؤلاء يفسدون عليهم دينهم. 

Maksudnya:- Di sana terdapat pandangan lain yg bercanggah dengan pandangan ini: iaitu pandangan hukum amal jamaei/berjamaah adlh wajib, dan ia menghadkan kewajipan ini pada jamaah tertentu. Ia melihat jamaahnya satu²nya yg betul² benar & selain dirinya adalah batil.

 Dalam erti kata lain, kumpulan ini menyifatkan kumpulannya saja jamaah muslimin dan ia bukan hanya terdiri dari kalangan kumpulan² Islam yg lain(جماعة من جماعات المسلمين). Oleh kerana kumpulannya saja dianggap jamaah muslimin, maka semua orang yg keluar dari jamaahnya dianggap keluar dgn jamaah. Setiap orang yg tidak menyertai jamaahnya, dianggal dia tidak di dlm jamaah.

 Semua apa yg terdapat dlm hadis² ttng jamaah seperti wajib bersama jamaah, berpisah dgn jamaah akan digunapakai utk jamaahnya saja.

 Istidlal/berdalil dengan cara sebegini dan penggunaan nas² bukan pada tempatnya merupakan pintu kejahatan pada ummah kerana ia meletak dalil bukan pada tempatnya.

 Sehingga setengah parti di beberapa negara Islam mendakwa partinya shj memperjuangkan kebenaran kerana ia parti yg pertama paling awal ditubuhkan. Parti yg ditubuhkan selepas itu wajib terbubar dengan sendiri. Tiada hak baginya kekal. Ini kerana penerimaan orang ramai terhadapnya adalah memberi bai'ah kepadanya. Sedangkan di dalam hadis: 

"Apabila diberi bai'ah kepada dua khalifah, maka bunuh yang akhir dari keduanya"(Riwayat Muslim...)

 Sesungguhnya fatwa yg jahil ini datang dari insan yg tidak kuat ilmu syariah. Ia membawa ummah kepada sejahat² sumber & menjatuhkan ummah dlm sejahat² kerosakan. Sesungguhnya para fuqaha' dizaman lampau semasa melihat fatwa² setengah orang yg menisbahkan dirinya berilmu berkata: 

"Bagi setengah orang yg berfatwa pada hari ini patut dipenjara dibandingkan seorang pencuri. Ini kerana seorang pencuri merosakkan dunia orang ramai sedangkan mereka yg memberi fatwa tanpa ilmu merosakkan agama orang ramai. ~ Sumber

CATATAN: Kepelbagaian Parti Politik Sama Seperti Kepelbagaian Mazhab Figh, melalui buku penulisan Dr Yusuf Al Qardhawi, 'FIGH DAULAH' secara tidak langsung menolak dakwaan Hj Hadi mengenai haramnya parti politik Islam lebih dari satu. ~ Ustaz Ahmad Awang Supporters

Mufti tegur ustaz kaut untung upah baca Quran hingga RM3,000

Posted: 20 Oct 2015 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur pendakwah tertentu yang mengaut keuntungan atas nama agama dengan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai sumber menjana pendapatan.

 Mufti Perlis berkata walaupun golongan berkenaan akan berasa tidak senang dengan teguran itu dan menuduh pengkritiknya sebagai Wahhabi, namun imam besar Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri tidak melakukan perkara demikian. 

"Tanyalah mereka apakah imam-imam Ahli Sunnah yang mulia seperti Abu Hanifah, Malik, Syafii, Ahmad, al-Thauri, al- Auza'i dan seumpamanya mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas nama agama semasa hayat mereka?

 "Bahkan pendapat al-Imam al-Syafii bahawa hadiah bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.

 "Jika beliau hidup di zaman ini, nescaya beliau juga dituduh Wahhabi oleh golongan Ahbash dan penyokong Syiah yang berbaju Sunni yang berkeliaran ketika ini," katanya di laman Facebook miliknya lewat malam tadi.

  Asri berkata walaupun ulama berbeza pendapat tentang hadiah bacaan Al-Quran kepada si mati, namun adakah mereka menyuruh mengaut keuntungan atas nama agama seperti ini.

 "Jangan sampai nanti orang menganggap duit boleh beli syurga melalui wakil-wakil Tuhan yang mencetak pahala buat si kaya! 

"Kembalilah kepada Ahli Sunnah yang tulen seperti yang diamalkan oleh generasi salafus soleh," katanya.

 Asri menerusi tulisan sama menyiarkan potongan iklan tiga ustaz di Singapura yang menuntut upah bagi khatam Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan bayaran antara $S350 (RM1,068) dan $S500 (RM1,525).

 Manakala seorang lagi ustaz menuntut $S1,000 (RM3,051) jika khatam Al-Quran itu diadakan di rumah sendiri diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Walaupun mufti itu tidak menamakan ustaz-ustaz terbabit tetapi imej iklan tersebut memuatkan nama mereka.~ sumber

KEUTAMAAN PAC IALAH PANGGIL JHO LOW, BUKAN BUANG TONY PUA

Posted: 19 Oct 2015 10:00 PM PDT

Ahli Parlimen Rompin Datuk Hassan Ariffin akhirnya dilantik mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang tiba-tiba dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri dalam negeri pada 28 Julai lalu ketika jawatankuasa itu sedang menjalankan tugas menyiasat 1MDB.

 Meskipun berdepan tugas berat untuk menyiasat 1MDB yang sudah agak lama tergendala, di bahu Hassan kini terletak harapan untuk merungkai segala kekusutan tentang syarikat pelaburan yang sarat dengan hutang itu.

 Harapan ramai juga ialah untuk melihat PAC di bawah kepimpinan Hassan akan meneruskan tugasnya memanggil semula semua saksi yang sudah disenaraikan sebelum ini seperti Jho Low serta CEO sekarang, Arul Kanda Kandasamy sendiri.

 Tambahan lagi, ketika Nur Jazlan mengetuai PAC, beliau sudah mengumumkan akan memanggil Jho Low untuk memberikan keterangannya berdasarkan laporan interim ketua audit negara yang dikeluarkan mengenai 1MDB. Saksi lain yang pernah disebut Nur Jazlan akan dipanggil antaranya ialah Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB Vincent Koh Beng Huat, Penasihat Undang-undang 1MDB Ivan Cheng, Lembaga Pengarah 1MDB International Holding Limited Shahrul Azral Ibrahim Helmi dan Jasme Loo Aiwan serta Pengarah Brazen Sky Azmi Tahir.

 Syarikat pengauditan 1MDB iaitu Deloitte, KPMG dan Ernst & Young juga dikatakan akan dipanggil semula memberi keterangannya bagi menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam laporan awal ketua audit negara itu.

 Maka, sudah semestinya Hassan wajib meneruskan usaha dan kerja kerasnya untuk memastikan Jho Low serta semua yang sudah disenaraikan itu dapat memberi keterangannya di hadapan PAC.

 Kegagalan Hassan bertegas mengenai keperluan memanggil mereka, khususnya Jho Low untuk memberi keterangan tentu saja akan meleburkan keyakinan orang ramai, bukan saja terhadap PAC, tetapi juga kewibawaannya sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

 Selain itu, dilaporkan juga kedudukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam PAC mungkin tergugat berikutan kelantangannya membuat kenyataan umum mengenai 1MDB sebelum siasatan jawatankuasa itu tamat.

Ramai pihak menyifatkan tindakan beliau itu melanggar etika dan menggesa beliau digugurkan daripada PAC.

 Hassan turut mengesahkan mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan kedudukan Pua dalam jawatankuasa itu dengan mengatakan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama yang akan dipengerusikannya nanti.

 Jika dilihat dari awal, tertangguhnya siasatan PAC terhadap 1MDB ialah kerana 4 ahli jawatankuasanya daripada BN, termasuk pengerusinya ketika itu, Nur Jazlan dilantik oleh Najib menganggotai pentadbiran kerajaan dalam rombakan Kabinetnya yang bersekali dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal kerana kelantangan mereka bersuara mempertikaikan mengenai syarikat pelaburan tersebut.

 Pelantikan itu secara langsung menjadikan PAC yang sudah mula berjalan dengan penyiasatannya terhadap 1MDB, lumpuh serta merta.

 Maka itu, seharusnya agenda mesyuarat pertama Hassan hanyalah untuk memastikan pelantikan wakil daripada BN untuk mengisi kekosongan saja dan biarlah wakil lama daripada pembangkang, termasuk Pua, dikekalkan dalam jawatankuasa itu.

 Perubahan wakil daripada pembangkang, kalau mahu dilakukan juga, hanya perlu melibatkan PAS dan Amanah saja, tetapi wakil daripada PKR dan DAP seharusnya tidak terjejas.

 Jika Hassan cuba membincangkan agenda untuk menukar Pua dengan orang lain, tentu saja yang pertama melintas di fikiran ramai ialah beliau seolah-olah cuba untuk "mengambil hati" Najib mengenainya.

 Dengan itu, keyakinan orang ramai terhadap PAC dalam mencari kebenaran mengenai 1MDB juga tidak akan bermakna lagi.

 Jika Pua didapati melanggar mana-mana etika, beliau hanya perlu diberi peringatan atau amaran saja agar tidak mengulanginya lagi masa depan dengan memintanya menumpukan segala perhatian menyoal saksi yang bakal dipanggil PAC nanti secara tertutup dan profesional, tetapi bukan dengan menggugurkannya.

 Dalam hal ini, Hassan perlu tahu keutamaannya ialah mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB kepada rakyat dan pembayar cukai, sesuai dengan pertanggungjawabannya ialah kepada Parlimen. – shahbudindotcom.blogspot. 20 Oktober, 2015.

Bank Negara ada kuasa undang-undang ambil tindakan terhadap 1MDB

Posted: 19 Oct 2015 08:00 PM PDT

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil tindakan penguatkuasaan, atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran, terhadap pihak yang didapati melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

 "Tindakan ini boleh diambil secara serentak, atau secara berasingan dan berbeza daripada prosiding jenayah yang di bawah kuasa Peguam Negara sepenuhnya."

 Bank pusat berkata demikian dalam satu kenyataan untuk menjelaskan mengenai kuasanya untuk menguatkuasa pematuhan terhadap undang-undang pengawalseliaan yang ditadbir BNM.

 Oleh itu, berasingan daripada sebarang keputusan mengenai prosiding jenayah, bank pusat itu dibenarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengambil tindakan pentadbiran.

 "Ini akan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan, memberi bayaran balik (restitution) kepada mana-mana individu yang tidak berpuas hati disebabkan pelanggaran terhadap akta, memberi amaran awam dan persendirian serta arahan, supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu pelanggaran terhadap akta.

 "Ini bagi memastikan integriti, dan keyakinan terhadap sistem kewangan negara."

 Pada 9 Oktober, BNM membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai US$1.83 bilion (RM7.5 bilion).

 Dalam kenyataan berkenaan, BNM berkata ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah itu dan mengemukakan kepada BNM perancangan syarikat berkaitan perkara berkenaan. 

 Bank pusat merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

 "Bagaimanapun, didapati maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap".

 Kenyataan BNM itu merujuk kepada keputusan Peguam Negara yang mendapati pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak memberikan maklumat palsu dan membersihkannya daripada sebarang salah laku.

 Menurut bank itu, keputusan itu "berkait dengan pengesyoran bank pusat untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB atas pelanggaran ECA". – Bernama, 19 Oktober, 2015.~ sumber

Usul Undi tidak percaya : PKR bersatu di belakang presidennya.

Posted: 19 Oct 2015 06:00 PM PDT

Usul tersebul akan dibawa sendiri oleh WAWI
selaku Ketua Pembangkang
 Walaupun terdapat berita adanya perpecahan dalam PKR mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kenyataan Naib presiden PKR, N.Surendran bagaimanapun telah meredakan isu tersebut.

 Surendran berkata bahawa isu telah pun diselesaikan, dan parti itu kini disokong sepenuhnya Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 Beliau berkata semua pemimpin PKR akan menyokong usul undi tidak percaya, dan menegaskan parti itu bersatu.

 Beliau berkata tiada perpecahan dalam PKR. "Kami bersatu di belakang presiden. Perbincangan itu tidak ada kena mengena dengan undi tidak percaya." 

 Ahli parlimen PKR, Hee Loy Sian telah berjaya mendapatkan Parlimen menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi atas desakan Lim Guan Eng, usul tersebul akan dibawa sendiri oleh Dr Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang. 

Tiada ulasan: