Isnin, 19 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tidak benar dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa AMANAH adakah haram

Posted: 19 Oct 2015 07:00 AM PDT

Presiden PAS Hj Hadi ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di kampung Morak, Tumpat Kelantan malam kelmarin telah mendakwa kononnya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan kepadanya bahawa kewujudan parti AMANAH di Malaysia adalah tidak perlu.


 Berikutan kenyataan Hj Hadi tersebut, parti AMANAH negara (PAN) melalui Timbalan Presidennya, Salahuddin Hj Ayub telah mengeluarkan 'Draf Kenyataan' sebagai menjelaskan isu tersebut.

Siapa yang bercakap benar? Siapa yang berbohong? Mana mungkin seorang ulama besar , pemimpin parti Islam akan berbohong....Korang fikirlah sendiri. Apa yang dinyatakan berikut jelas membuktikan ada yang membohong .....

Pertemuan dengan tojoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung
Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar 13 Oktober 2015
1. Saya telah mengetuai misi  Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa .

2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.

3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi , Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah.

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.  

5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf Al Qardawi. 

6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.

8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya. 

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015

Pasma mahu Selangor tubuh pakatan harapan seperti Pulau Pinang

Posted: 19 Oct 2015 03:17 AM PDT

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) meminta kerajaan negeri Selangor membentuk pakatan harapan dengan segera di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang.

 Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata penubuhan pakatan harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

 Menurutnya, penubuhan pakatan harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai PKR dan DAP.

 "Kita perlu wujudkan dengan segera pakatan tersebut sebagai contoh kepada rakyat ketika pilihan raya nanti," kata Phahrolrazi yang juga ahli dewan undangan negeri,Pengkalan Kundor kepada media hari ini. Beliau berkata pakatan harapan perlu mengukuhkan kedudukan dalam arena politik negara walaupun PAS enggan menyertai pakatan itu berikutan kemasukan Amanah.

 Pahrolrazi berkata beliau menyerahkan surat rasmi kepada Speaker DUN Kedah Datuk Md Rozai Safian di Wisma Negeri Kedah hari ini bagi memaklumkan penyertaannya dalam Amanah.

 Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata ia bagi memudahkan speaker DUN mengatur kedudukan kerusi 7 Adun pakatan pada sidang DUN yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 November ini.

 Ketua pembangkang menurutnya, masih diketuai PAS dengan 8 kerusi DUN berbanding pakatan harapan dengan 7 kerusi DUN iaitu beliau dari Amanah, 2 DAP dan 4 daripada PKR.

 Sementara itu, Phahrolrazi berkata Adun PAS yang berhijrah menyertai Amanah sebelum ini bersepakat agar tidak meletak jawatan sebagai Adun kerana mengambil kira pelbagai aspek.

 "Kalau di tempat PAS bertanding, PKR dan DAP akan sokong calon PAS disebabkan Pakatan Rakyat," katanya.

 Beliau berkata sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat parti baru serpihan PAS itu kecil, beliau tidak perlu melakukan pelbagai serangan teruk terhadap parti itu. – Bernama, 19 Oktober, 2015.~ sumber

SPRM tidak perlu buat alasan meleret dan merapu....

Posted: 19 Oct 2015 01:00 AM PDT

DENGKIL: Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan.

 Bagaimanapun, wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu.

 Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan.

 Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan.

 "Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.

 "Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya pada temubual khas mStar Online bersamanya baru-baru ini.

 Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria menambah, bagaimanapun keterangan pemberi dana yang akan menentukan kedudukan kes berkenaan.

 "Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah.

 "Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya.

Menjelaskan lanjut, kata Zakaria lagi, suapan yang juga salah satu elemen rasuah boleh diberi menerusi pelbagai kaedah antaranya derma, wang tunai, jawatan, barangan, seks atau komisyen.

 Oleh itu, katanya, bukti diperlukan untuk mengesahkan semua aspek berkaitan sebelum tindakan diambil terhadap pihak berktanggungjawab.

 "Lebih menyukarkan keadaan kalau pihak terlibat merahsiakannya.

 "Sebab itu saya kata masyarakat tidak faham, tugas penting sekarang selain menemui pemberi dana adalah mengesan dokumen berkaitan RM2.6 bilion itu dan mencari saksi berkaitan untuk mengesahkannya," katanya.

 Bagaimanapun, beliau kesal apabila orang awam lebih gemar membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan termasuk terhadap SPRM hingga ia menjadi viral di media sosial.

 "Orang ramai kata dakwwa saja nak siasat apa lagi, tapi nak dakwa macam mana, bukan senang, kena cari dokumen, lepas tu cari orang yang akan bercakap atau saksi sebab dokumen yang ditemui tu tak boleh bercakap dan kita perlukan pengesahan pihak berwajib.

 "Tapi, kalau orang ramai faham tugas kami tentu tak jadilah viral macam sekarang. Janganlah hentam SPRM, jangan tambah masalah, kata SPRM tidur la, macam-macam lagi," katanya.

 Menjelaskan lanjut, Zakaria memberi satu lagi contoh untuk membolehkan orang ramai lebih memahami isu berkenaan.

 "Contohnya dia tok imam yang juga guru besar dan selepas solat dia memaklumkan ada rancangan untuk sambung bumbung di tempat meletak kasut bagi elak basah semasa hujan tetapi bajet tidak mencukupi dan meminta sesiapa yang berhasrat menyumbang memasukkan dana ke akaun masjid.

 "Tetapi pada masa sama, dia sebagai guru besar apabila jumpa orang tertentu berkata:

"Aku boleh bagi tender kantin dengan syarat kamu derma kepada masjid untuk kerja penyambungan bumbung sebab nak jaga kepentingan aku sebagai nazir masjid.

 "Dalam keadaan ini, rasuah berlaku dan semua bukti dan keterangan saksi perlu dikumpul untuk disampaikan kepada pendakwaraya jika tidak tiada kes," katanya. 

 Setakat Ogos lalu, SPRM mengulangi bahawa pihaknya hanya menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB.

 SPRM juga menekankan bahawa siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan.~ sumber

Komen al-Husseyn :

Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata , Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan. 

Katanya , "Tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu untuk melengkapkan kes berkenaan.

1) Tapi sebelum ini SPRM umumkan dana RM2.6 bilion yang masuk kedalam akaun peribadi Najib itu adalah sumbangan derma dari Pak Arab .....

Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: 
#Meminta/Menerima Rasuah 
#Menawar/Memberi Rasuah 
#Membuat Tuntutan Palsu 
#Menyalahguna Jawatan/Kedudukan 

 Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma. Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

So, DS Najib #Meminta/Menerima Rasuah, right? DS Najib #Menyalahguna Jawatan/Kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia right? Tidakkah DS Najib layak dihadapkan dengan tuduhan rasuah? 

2) Macamana nak melengkapkan tiga aspek tersebut kalau yang dituduh tidak pernah disoalsiasat untuk memberi penjelasan?

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali hingga kini masih   enggan menyatakan bilakah SPRM akan menyoalsiasat Najib berhubung dana RM2.6 bilion.

 Tidak payahlah meleret-leret dan merapu bercerita pasal tok imam @ guru besar. Cuma dua soalan sahaja yang ingin dikemukakan kepada Najib :

 i) Siapa yang beri wang sebanyak itu dan untuk apa?
ii) Kemana digunakan wang sebanyak itu.

 Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang telah membuat dua laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London dan di ibu pejabat polis jalan Cantonment, Singapura; akibatnya kini ditahan oleh polis Malaysia ....

Inilah yang peliknya, orang yang dituduh terus bebas tetapi yang cuba membawanya ke muka pengadilan pula yang ditahan! 

Untuk mengelakkan seseorang dari tercirit.....

Posted: 18 Oct 2015 11:00 PM PDT

 Demi untuk menyelamatkan seseorang itu dari mendapat aib kerana mungkin akan tercirit dalam seluarnya, soalan-soalan yg berkaitan dengan 1MDB khabarnya tidak akan dilayan......

    Langkah tersebut juga adalah bagi tujuan supaya persidangan dewan dapat diteruskan tanpa gangguan dari bnau yang tidak disenangi oleh perwakilan...... Ha! ha! ha!

Ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan mereka untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

 Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, mereka menghantar banyak soalan mengenai syarikat tersebut yang didakwa terbabit dengan skandal mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Bagaimanapun, katanya, ia ditolak tanpa sebarang alasan.

 "Ini konsisten dengan cubaan untuk memadamkan soalan 1MDB. Ini yang kita risaukan," kata pemimpin Parti Amanah Negara itu di lobi Parlimen, hari ini. – 19 Oktober, 2015.~ sumber

Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara khusus mengenai topik pemisahan ?

Posted: 18 Oct 2015 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt - Perlembagaan Persekutuan tidak ada peruntukan bagi pemisahan mana-mana negeri dari Malaysia tetapi pakar undang-undang berbeza pendapat atas tafsiran sebenar, berikutan cadangan diraja Johor bahawa kedudukan negeri itu dalam persekutuan tidak boleh diubah.

 Pengamal undang-undang perlembagaan New Sin Yew juga menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara khusus mengenai topik pemisahan dan bahawa pindaan perlembagaan tidak mustahil.

 "Secession (dalam kes ini) adalah lebih politik daripada undang-undang," katanya kepada Malaysian Insider ketika diminta mengulas mengenai kenyataan putera mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim baru-baru ini  mengenai hak negeri itu untuk menarik diri dari Malaysia.

 "Oleh kerana ia tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak seperti di Sabah di mana ia khusus menyebut dalam Perjanjian Malaysia bahawa ia (kerajaan) tidak boleh menarik diri," katanya, merujuk kepada memorandum 20 Perkara ditandatangani di antara Malaya dan Sabah untuk pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

 Putera mahkota Johor dalam satu temu bual dengan portal bola sepak tempatan minggu ini berkata bahawa kerajaan boleh memilih untuk menarik diri jika ia mendapati pelanggaran kepada syarat-syarat yang dipersetujui keahliannya daripada Persekutuan Malaysia.

 Tunku Ismail juga berkata sebagai Sultan masa depan Johor, tanggungjawabnya ialah mengutamakan negeri dan rakyatnya sebelum Malaysia.

 Ini bukan kali pertama seorang ahli keluarga diraja Johor telah menyebut pemisahan, satu topik yang dikelaskan sebagai hasutan telah diperkukuh dengan pindaan kepada Akta Hasutan 1948.

 Pada awal tahun ini, adik Tunku Ismail, Tunku Idris Sultan Ibrahim, menimbulkan kontroversi di media sosial apabila memperingatkan bahawa kerajaan Johor telah menyertai Persekutuan Melayu pada tahun 1946 pada beberapa keadaan dan sebarang pelanggaran ini bermakna bahawa Johor boleh menarik diri dari Malaysia.

 Beliau telah menulis di akaun Instagramnya apa yang kelihatan seperti sebuah imej yang perjanjian persekutuan-negeri asal pada tahun 1946 yang menyenaraikan syarat-syarat sebagai: menjadikan Islam agama Johor; hak mutlak kerajaan Johor ke atas isu-isu air dan tanah; hak kerabat diraja Johor untuk mempunyai kuasa sendiri bersenjata; dan bahawa perlembagaan negeri Johor tidak boleh disentuh oleh persekutuan.

 Adalah tidak jelas apa yang mendorong putera Johor untuk membuat pos tersebut.

 Memandang berat terhadap komen Tunku Ismail terkini, peguam perlembagaan Nizam Bashir bergema titik Baru bahawa tidak ada sebutan yang jelas pemisahan dalam Perlembagaan.

 Beliau berkata, bagaimanapun, bahawa pengusiran Singapura pada tahun 1965, hanya dua tahun selepas Malaysia ditubuhkan, bermakna bahawa topik-negara anggota memisahkan daripada persekutuan itu ditentukan.

 Singapura telah dikeluarkan oleh suatu Akta Parlimen selepas 126 penggubal undang-undang Malaysia mengundi sebulat suara memihak kepada pemindahannya daripada persekutuan.

 "Keputusan untuk mengusir Singapura berdiri sebagai pengisi ingin tahu kepada idea bahawa Persekutuan Malaysia adalah yg tdk dpt dibatalkan.

 "Mungkin juga terdapat dokumen sejarah yang lain yang mempunyai kaitan dengan isu - dokumen khusus sejarah khusus kepada negeri yang berkenaan seperti  Order-in-Council,Persekutuan Tanah Melayu 1948 ," kata Nizam, merujuk kepada surat cara pentadbiran Malaysia sebelum merdeka pada tahun 1957.

 Peguam itu berkata, bagaimanapun, bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk meneliti sebab-sebab Tunku Ismail menyebut mengenai pemisahan.

 "Apa pun, apa yang lebih penting adalah untuk kerajaan persekutuan menghargai alasan yang mendasari ucapan Duli Yang Maha Mulia 'dan menanganinya dengan sebaik yang boleh," katanya.- sumber

Mengapa rasa terancam bila PM, majoriti pemimpin Melayu, soal presiden MIC

Posted: 18 Oct 2015 06:00 PM PDT

OLEH YASMIN RAMLAN  
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mempersoalkan mengapa kaum Melayu perlu berasa terancam dengan kaum-kaum lain di negara ini, sedangkan majoriti jawatan pegawai atasan dipegang mereka.

 Subramaniam berkata, disebabkan itu kaum Melayu merupakan kaum yang tidak akan diancam di negara ini.

 "Baru-baru ini kita hadapi satu krisis di mana kita diberitahu Melayu sedang diancam walaupun komuniti yang tidak akan diancam dalam negara ini adalah komuniti Melayu.

 "Mengapa? Ini kerana ia merupakan komuniti di mana 90% daripada pemimpinnya datang daripada komuniti Melayu.

 "Perdana menteri, timbalan perdana menteri, 80-70% daripada menteri Kabinet adalah Melayu. Kesemua menteri besar adalah Melayu, majoriti daripada askar adalah Melayu dan 98% anggota polis adalah Melayu," katanya ketika berucap pada mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

 Menteri kesihatan itu berkata sekiranya kaum Melayu berasa terancam, bagaimana pula dengan kaum India yang dirasakan seperti tidak terlibat dalam membangunkan negara.

 "Bagaimana mereka berasa terancam? Jika mereka diancam, bagaimana pula dengan kita?

 "Komuniti India merasakan negara ini berkembang pesat, tetapi kami tidak berasa sebahagian daripadanya," katanya.

  Dr Subramaniam berkata, setiap masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum dan agama mempunyai harapan masing-masing terhadap negara ini. – 18 Oktober, 2015. ~ sumber

Komen al-Husseyn :  

 Pemerintahan beraja diseluruh negeri sebanyak 9 masih ditadbir oleh kerajaan raja - raja Melayu - Pahang , Johor , Terengganu , Kelantan , Kedah , Perlis , Perak , Selangor dan Negeri Sembilan. Walaupun komuniti India mempunyai ramai warisan diraja - Rajagopal, Rajamani, Rajashree , tapi mereka ini tidak pernah pun mengancam kedudukan raja-raja Melayu.....Ya, Kenapa orang Melayu rasa terancam? kah! kah! kah!

Tiada ulasan: