Ahad, 18 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mencari kemulian bersama Perkasa, PAS akan menerima penghinaan dari Allah

Posted: 18 Oct 2015 06:00 AM PDT

 Sekiranya umat Islam mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, maka umat Islam akan menerima penghinaan daripada Allah SWT. 

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ijtima' Idulfitri Anak-Anak Terengganu di Perantauan yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, disini, hari ini 12 September 2010.

  Demikian ucapanya, Haji Hadi ketika beliau memetik kata-kata Sayidina Umar bin Khatthab :  

   Nahnu qaumun a'azzanallahu bil Islam, lau ibtaghainal izzata siwal Islam la-azzallanaLlahu - Kita adalah kaum yang yang dimuliakan Allah dengan Islam, andai kita mencari kemuliaan selain Islam maka kita akan menerima penghinaan dari  Allah subhanahu wata'ala.

Dan dengan sebab itu PAS tidak berminat dengan Perkasa.Tidak beminat dengan berbagai-bagai perjuangan yang berlandaskan kepada perkauman, dijadikan aqidah! 

 Tidak salah kita sayangkan kaum, tak salah sayang kepada bangsa.Tetapi menjadikan kecintaan kaum adalah aqidah dan ideologi, itu bercanggah!  

 Itu kata-kata Hj Hadi yang dulu...Hj Hadi sekarang sudah lain macam jadinya.Kalangan wala'un cuba menafikan tetapi cubaan mereka hanyalah umpama menegakan benang yang basah. Kalangan wala'un cuba mempertahankan hal yang tidak benar. Mereka sedar bahawa bekerjasama dengan Perkasa adalah salah, maka mereka perlu  menutup dengan apa cara sekali pun ...

Bayangkanlah sekiranya almarhum Ust Abu Bakar Chik masih ada ....

 Mengulas ucapan Hj Hadi, almarhum Ust Abu Bakar Chik berkata, kita tidak bersetuju dengan Umno dengan langkah Perkasa. Bahkan kita tidak sekali-kali bersama-sama dengan kelompok yang mendokong perkauman.

Kita akan bina bersama-sama dengan mereka yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan ataupun mereka yang menerima dasar-dasar Islam di dalam negara ini , walaupun dia bukan Islam!

Allahyarham menegaskan tidak akan bersama-sama orang Melayu yang beragama Islam yang mendokong pergerakan perkauman.

Kita akan menentangnya dan kita tidak sekali-kali terbabit dengan perwatakan yang mereka buat," tegasnya.

Beliau yakin dengan penyesunan semula berbagai elemen didalam negara untuk menuju kesejahteraan; termasuklah tahaluf dengan DAP dengan PKR.

"Kita nak menuju kepada masyarakat sejahtera, adil untuk semua; bukan untuk perjuangan sempit nak mempertahankan perkauman Melayu, " katanya.

ROYALTI PETROLEUM DAN TUNGGAKAN CARUMAN YIK

Posted: 18 Oct 2015 03:00 AM PDT

Saya difahamkan, Petronas/Kerajaan Pusat dalam proses membayar 'wang ihsan' tahun 2015 kepada Kelantan sejumlah RM 50 juta.

 RM 25 juta akan dibayar melalui MAIK dan bakinya RM 25 lagi menerusi JPP. MAIK pula disebut akan menyalurkan RM 8 juta untuk kegunaan YIK.

 Jika maklumat ini benar, saya berharap sebahagian dari RM 8 juta itu akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan caruman guru-guru YIK.

 Itu pun sudah tentu tidak mencukupi berbanding caruman dan bayaran pinjaman yang tertunggak sudah mencecah hampir RM 15 juta.


Melucukan: 1. Kononnya tunggakan bayaran caruman ini sejak DHM.
Dokumen ini menunjukkan ia bermula tahun 2014.

2. Ada Exco Kelantan memfatwakan haram bagi YIK tidak melunaskan
tunggakan itu.
Kenapakah YIK dan bukannya Kota Darulnaim dipersalahkan?

 Sungguhpun saya menolak bayaran royalti ditukarkan kepada wang ihsan dan sebahagian darinya pula dibayar kepada agensi kerajaan Pusat sendiri, namun apa kan daya?

 Perjuangan royalti bagaikan sendu. Apa yang dulunya diperlekeh oleh banyak orang, kini paling kurang Kelantan menerima cebisan khazanah petroleum sekali pun atas nama ihsan.

 Berbalik kepada tunggakan bayaran caruman dan pinjaman guru-guru YIK, saya tidak salahkan Exco Pendidikan atau pegawai YIK.

 Beliau menjaga portfolio pendidikan tetapi isu ini adalah isu kewangan di Kota Darulnaim. YIK tidak dapat berbuat apa-apa jika wang yang diberikan oleh Kota Darulnaim tidak mencukupi. 'Kewangan' adalah termasuk pengurusan aset yang diberikan kepada YIK selama ini.

 Sekadar satu contoh, pernah saya hujahkan untuk menolak permohonan satu syarikat konsensi perladangan YIK untuk menukar kawasan yang telah diluluskan dengan kawasan baru dalam hutan simpan masih mempunyai kayu kayan.

 Logik saya adalah kerana cadangan asal syarikat ini adalah untuk membuat perladangan. Apa perlu ditukar dengan kawasan berhutan?

 Hujahan saya ditolak. Bila kelulusan diberi, didapati ia bertindih dengan kelulusan membalak sedia ada. Kerajaan negeri menerima bantahan dari Persatuan Pembalak Negeri Kelantan.

 Malangnya, bukan syarikat ini yang diputuskan berundur tetapi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan diminta memberi jalan dengan cara mereka diberi kawasan lain dua kali lebih luas dari kawasan asal dan diberi hak menebang habis membangunkan ladang.

 Hari ini saya mendapat tahu, dari 5,400 ekar yang diluluskan kepada KTeknik (bukan nama penuh) itu, hanya 3,600 ekar sahaja boleh ditanam dengan sawit. Selebihnya adalah tanah berbukit tinggi dan curam. Saya hairan apa sebab dulunya kawasan ini dipohon oleh syarikat ini pada hal ia berbukit curam.

 Saya berharap, melalui catatan ini, hal yang sama tidak berlaku di bawah YIK sekarang dan akan datang. Kesimpulan, usahlah dipersalahkan pihak lain termasuk YIK atau Exconya untuk menutup kelemahan sendiri. 

Husam Musa
Adun Salor
5 Muharam 1437H/18 Oktober 2015

AMANAH ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS?

Posted: 17 Oct 2015 11:00 PM PDT

KOTA BARU: PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.

 "Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara...belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Sabtu malam.

 Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

 Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.

 Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.

 "Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS.

 PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada tahun 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.

 "Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya.-- Bernama  ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Kalau Lim Kit Siang menawarkan negeri Selangor dan Perak, mungkin PAS akan pertimbangkan. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah negeri miskin...Kah! Kah! Kah!



Jangan ragu dengan kemampuan AMANAH ...

Posted: 17 Oct 2015 08:00 PM PDT


 AMANAH Melaka telah mengambil pendirian yg betul bila menangguhkan penubuhan PH di peringkat Negeri Melaka kerana ingin mendapatkan kepastian tentang status parti sahabat PH yang mengadakan kerjasama dengan PAS, yang dalam masa yang sama PAS turut mengadakan kerjasama dengan Perkasa.

 Sikap Amanah Melaka jelas menunjukan rasa jengkelnya terhadap parti sahabat PH tersebut yang dilihat masih tersorong-sorong pipinya...

    Siapa yang tidak jengkel bila melihatkan ada parti sahabat PH seolah-olah merestui perhubungan PAS dengan Perkasa. PAS dilihat berpelukan dengan Perkasa adalah sesuatu yang tidak pernah terduga sebelum ini...

 Kepimpinan  AMANAH  peringkat Nasional dalam reaksinya telah menerima permohonan berhubung penangguhan tersebut.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abd Samad berkata, perubahan yang telah berlaku dalam pendekatan PAS bekerjasama dengan Perkasa, patut menjadi hujah kepada parti sahabat PH untuk menyokong pembentukan AMANAH.

 Khalid dalam kenyataannya tersebut turut mengingatkan kepada kita semua wujudnya kerjasama PAS dan Perkasa adalah bukti wujudnya usaha mempopularkan gaya politik perkauman. Kecenderungan politik perkauman ini ditolak oleh PH. Oleh itu perlu dipercepatkan penubuhan PH di semua peringkat.

 Maka dengan itu AMANAH Melaka adalah diarah untuk mengusahakan penubuhan PH Melaka supaya akan lebih berkesan dalam menangani trend politik perkauman dan masalah negara yang semakin meruncing.

Saya berharap parti sahabat PH tidak meragui kemampuan AMANAH untuk mengisi kelompongan yang telah ditinggalkan oleh PAS. 

 Pakatan Harapan mampu berdepan dengan Umno/BN dan mana-mana parti yang mesra Umno.

Tiada ulasan: