Isnin, 12 Oktober 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Petugas khas siasat 1MDB: Abu Kassim mahu jumpa IGP, Zeti

Posted: 12 Oct 2015 09:00 AM PDT

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim mahu berjumpa dengan ketua-ketua agensi yang membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

 "Saya tidak kisah jika mesyuarat diadakan dan saya mahu berjumpa dengan ketua-ketua badan petugas khas," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Peguanm Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa badan petugas khas itu tidak pernah dibubar atau dihapuskan.

 Abu Kassim bagaimanapun tidak menyatakan bila rancangannya untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

 Bercakap kepada wartawan di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, katanya, beliau akan memulakan kerjanya esok.

 "Saya akan mula kerja dan tangani perkara-perkara penting," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

 Beliau juga memaklumkan dirinya akan bercuti selama seminggu minggu depan.

 Abu Kassim, yang lama tidak beraksi sejak menjalani pembedahan untuk membuang pertumbuhan di tulang belakang pada 7 Ogos, berkata beliau tidak akan bekerja sepenuh masa untuk seketika.

 "Sama seperti permainan bola sepak. Saya tidak boleh bermain sepenuh masa, hanya separuh masa," katanya secara berseloroh. Menurut Abu Kassim, beliau memerlukan tempoh sebulan sebelum ia boleh bekerja sepenuh masa.

 Bagaimanapun, beliau kelihatan lebih sihat hari ini berbanding penampilan awam terakhirnya pada 1 Oktober, apabila memerlukan tongkat, dan tidak boleh berdiri cukup lama untuk membaca ucapannya. ~ sumber

SPRM dedahkan siasat individu paling berkuasa di Malaysia

Posted: 12 Oct 2015 05:58 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara.

 Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

 SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.

 "Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.

 "Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

 "Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.

 Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai 'serangan' yang diterima SPRM, menyaksikan 7 pegawainya disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Pedana Menteri yang diberikan kepada 2 pengarah kanannya pada Ogos lalu.9 "Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.

 Justeru, beliau menyeru pegawai yang terlibat menyiasat kes SRC International dan RM2.6 bilion untuk menjalankan tugas tanpa gentar.

 "Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.

 "Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya. – 12 Oktober, 2015.~ sumber

AMANAH VS PAS

Posted: 11 Oct 2015 08:22 PM PDT

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) PAN akan lawan 3 penjuru jika terpaksa. Seperti biasa, PAS akan kondem PAN sebagai pengkhianat yang sengaja mahu membiarkan BN menang percuma sebagaimana PAN menganggap PAS keras kepala yang juga sengaja manu BN menang mudah.

2) Namun saya tidak rasa PAN akan bertanding 3 penjuru di tempat yang PAS boleh menang. Mereka akan bertaruh di kawasan yang pengaruh PAN dan PH kuat sekalipun PAS menjadikannya 3 penjuru. 

3) PAN walaupun parti baru, tetapi penggeraknya sangat berpengalaman dalam bidang perangkaan dan strategik pilihanraya. Mereka ada data-data culaan pengundi dan strategi memenangi pengundi di sesuatu kawasan. Dr Hatta Ramli adalah bekas pengarah pilihanraya PAS. 

4) PAN tidak bercakap kosong jika bertekad mahu 3 penjuru jika terpaksa. Mereka akan bertanding dengan kapasiti dan berstrategi. Saya agak 80% keinginan mereka bertanding walau 3 penjuru sekalipun adalan semata-mata mahu menewaskan BN. Hanya 20% mungkin untuk mengajar PAS. Jika PAS menang, it's ok. 

5) Tetapi PAS jika 3 penjuru dengan BN dan PAN, tentunya 50% keinginan untuk menumbangkan BN dan 50% untuk mengajar PAN. Atau jika saya silap, mungkin 60% untuk membantai PAN, 40% untuk tewaskan BN. Jika PAN menang, ia tamparan yang hebat dan mereka akan pastikan ia tidak terjadi. 

6) PAN mempunyai strategist yang ampuh kerana mereka sudah lama bekerja dalam bidang ini semasa dalam PAS dahulu. Namun untuk mengatakan PAS kehilangan sepenuhnya strategist, ia adalah satu andaian yang pendek akal. 

7) Cuma kita mahu lihat apakah daya Startegis PAS berdepan dengan bekas Strategis mereka suatu ketika dahulu.

Sekian

Tiada ulasan: