Rabu, 30 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Senarai Penuh Kerosakan Yang Dibawa Oleh Kerajaan BN Pimpinan Dr. Mahathir Selama 22 Tahun ?

Posted: 29 Sep 2015 09:15 PM PDT





Senarai sebahagian dari pembaziran dan kerugian wang rakyat yang disonglap dibawah regim Mahathir
Berikut ialah petikan sebuah laman zaman "reformasi' mengenai regim dibawah Mahathir.

PEMBAZIRAN DAN KERUGIAN

1. Beria-ia kempen ke seluruh negara menyeru rakyat berhemah ketika berbelanja, beli barangan buatan Malaysia, amalkan sikap menabung, beli yang perlu saja dan suruh rakyat menderma untuk dana negara. 
Tapi dia sendiri yang membazir ratusan juta ringgit untuk mahligai di Putrajaya baginya bersemayam, jet mewah Global Express untuknya bergerak dan segala serba aneka kemewahan yang tak terfikirkan oleh rakyat jelata. 
Sedangkan masih ada 400,000 kakitangan awam pangkat rendah (kebanyakan Melayu) belum punya rumah sendiri. 
Samy Vellu pula belanjakan RM1 juta hanya untuk kahwinkan anaknya S.Vellu Paari dan Shaila Nair di sebuah hotel terkemuka.

2. Mahathir mengutamakan projek mega yang menelan belanja besar hingga mencecah angka RM 150 bilion. Antara projek-projek membazir yang muncul bawah pemerintahan Mahathir, samada secara awam atau penswastaan:

Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion
. Hingga kini MSC masih gagal menarik usahawan tempatan dek kerana infrastruktur MSC yang mega-besar telah menjadi terlalu mahal dan sukar dihampiri.

Istana/Mahligai PM: RM200 juta yang hanya mahu dihuni oleh '2 orang tua'. Mahathir enggan mengakui kos berkenaan, mati-mati beliau mencanangkan bahawa belanjanya hanya sekitar RM16juta sahaja. 
Akhirnya, terbongkar juga bila firma arkitek yang merekabentuk mahligai itu mendedahkan kos bina bangunan sahaja dah cecah RM110.6 juta. Kuat auta betul PM kitani.

Jet peribadi PM (Global Express): RM200 juta. Pesawat TUDM yang usang terhempas tak apa, pasal nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak ada hal, asalkan jangan wira dunia ketiga yang jalan. 
Sehingga 30 Sept 01, kos operasi jet eksekutif ini menelan belanja RM4.8 juta [TUDM], manakala kos penyelenggaraan RM5.3 juta [Airod S/B].

Istana Budaya, Jln Tun Razak, KL: RM210 juta. Tapi sayang, bila ia siap keutamaan diberikan kepada pementasan yang berunsurkan budaya asing, muzik asing dan orang asing. 
Budaya tempatan dipinggirkan dengan pelbagai alasan [Mingguan Malaysia, 24 Feb 2002].

Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion

Sukom: RM330juta (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) 
Kenyataan dariKementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 1999) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00

· Replika keris gergasi: RM9 juta
· Projek Bakun: RM13.4 bilion
· Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion
· Program Jaya MSN: RM160 juta
· Velodrom Cheras: RM9 juta


KLIA, Sepang: RM10.5 bilion (tak termasuk kerugian airport Subang yang ditinggalkan untuk penerbangan domestik). 
Dan kini KLIA mula menerima pengurangan persinggahan penerbangan asing dan jumlah penumpang. 4 syarikat penerbangan menghentikan jadual persinggahan KLIA [All Nippon Airways, British Airways, Ansett, Qantas dan Lufthansa].

· KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion. Tapak tanah KLCC ialah bekas tapak lumba kuda. 
Mahathir memberi arahan kawasan tersebut ditutup dan dijual kepada Ananda Krishnan. Beliau perolehi keuntungan RM100 juta bila menjual semula tanah tersebut kepada Petronas dan turut memegang ekuiti KLCC.

Litar Formula 1, Sepang: RM286 juta

Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja

· Projek elektronik MECCity di Pahang lingkup dengan kerajaan negeri berhutang dengan bank sebanyak RM2 bilion.

· Projek saluran air menghubungkan Sg Besar Air Hitam, Sg Dua ke loji penapisan air Merbau Kudung, Tasek Gelugor, P. Pinang yang bernilai RM44 juta terbengkalai.

3. Membazir duit berjuta-juta untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran; samada menyambut kemerdekaan atau tujuan politik mereka. 
Sambutan hari Merdeka baru-baru ini (di seluruh negara) saja dianggarkan, RM100 juta. 
Untuk pertunjukan laser di KLCC saja melibatkan belanja RM10 juta. Bayangkan pula perhimpunan paksaan BN (Mahathir) berapa banyak belanja digunakan, kos pengangkutan, kos makanan (Seremban), kos stadium, kos promosi dll kos.

4. Pengurusan yang tidak cekap, kerja sambil lewa, tidak amanah, ketamakan dan keegoan mereka selalunya membabitkan pembaziran wang rakyat dan kerugian yang amat besar.

Antaranya:
 
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan membayar USD150,000 (RM570,000) untuk iklan melawat Malaysia di majalah Time (11 Feb 02). Di masa yang sama majalah berkenaan memburukkan Malaysia sebagai sarang pengganas.

· Wakil rakyat BN boleh membuat tuntutan palsu dari kerajaan negeri. Sepertimana laporan BPR oleh wakil rakyat DAP Melaka ke atas KM dan 18 lagi rakannya yang melibatkan wang sejumlah RM168,099. 
Tuntutan berkenaan banyak melibatkan kerja-kerja parti (BN) dan bukannya untuk kemaslahatan rakyat (Harakah 1 Jun 01).

Pantang berkuasa atau menang dalam pilihanraya, langkah pertama mereka kesemuanya untuk diri dan keluarga sendiri. 
Beli kereta besar, bina rumah besar dan paling tidak repair rumah yang nak diduduki dengan kos yang tak terjangkau oleh kita iaitu RM5 juta seperti apa yang dibuat oleh Tok Uban Selangor.

· MPPJ bertindak keras ke atas Mines Resort kerana tak bayar cukai RM9 juta. Dua banglo Mahathir di Country Height dan Mines Resort dikendalikan oleh syarikat Lim Kim Yew (kroni beliau). Sebab itu Timb Menteri Perumahan, Kayvies melompat dan membantah tindakan MPPJ.

· Kelemahan pengurusan Perbadanan Johor (PKENJ) menyebabkan berterusan mengalami kerugian semenjak 1997. Badan itu menghadapi krisis beban hutang berjumlah RM5.4 bilion.PKNP (Pahang) pula berhutang RM1.2 bilion.

Hutang kerajaan BN Trengganu sebelum dijatuhkan oleh Pas ialah sebanyak RM731.3 juta. 
BN Kelantan yang memerintah 12 tahun meninggalkan hutang lebih dari RM750 juta. Punyala cekap dia orang memerintah…

· Pernas mencatat kerugian meningkat kepada RM16.39 juta bagi suku tahun pertama berakhir Mac 2001.

· Bangunan Pularek yang dipantau/jaga oleh 10 jurutera rosak teruk setelah disiapkan melibatkan kos baikpulih bernilai jutaan ringgit, biarpun kontraktor yang sama memperbaikinya.

5. BBMB rugi sebanyak RM2.5 bilion melalui skandal BMF/Carrian di Hong Kong (hanya Mahathir dan Kuli tahu angkara siapa).  
Kematian Jalil Ibrahim, yang ditugaskan untuk mengaudit BMF mati dibunuh di sana. 
Rugi lagi RM1.393 bilion pada Mac 1997. Dari laporan audit jawatankuasa siasatan skandal BMF, jelas menunjukkan Fleet Holding syarikat pelaburan Umno mendapat banyak faedah daripada skandal BMF.

6. Maminco (lombong timah) rugi RM620 juta melalui tansaksi jualan bijih di London Metal Exchange.

7. Indah Water Konsortium berhutang sebanyak RM650 juta dan diselamatkan oleh kerajaan.

8. Skandal yang membawa kerugian kepada Bank Negara dalam perjudian tukaran matawang asing, Pound Sterling British.

9. Skandal syarikat Perwaja. DSAI memberitahu di Dewan Rakyat pada 1995:-

a. Kerugian terkumpul Perwaja berjumlah RM2.985 juta.
 
b. Tanggungan jangkapanjang Perwaja (dalam bentuk hutang bank) sebanyak RM6,013 juta dan tanggungan semasa berjumlah RM926 juta

c. Kontrak Perwaja diberi sebelum tender dibuat atau diluluskan, misalnya kontrak tempatan bernilai RM975 juta kepada syarikat-syarikat berkaitan dengan Datuk Kok Mah Shoon dan Ng Kim Lin

d. Bayaran RM76.4 juta telah dibayar kepada NKK Corp. melalui Frilsham Enterprise Inc. di Hong Kong yang didapati tidak wujud.

Ini menunjukkan negara kerugian hampir RM10 bilion akibat penyelewengan pengurusan. Dan Perwaja adalah syarikat kerajaan 100%. 1997 & 1998, kerajaan tambah beban lagi dengan meminjamkan Perwaja RM1.6 bilion.

10. Skandal syarikat-syarikat Pendeposit Koperasi.

11. Skandal wang PPRT di Trengganu & Kelantan berjumlah RM36.5 juta .

12. Skandal yang membawa keruntuhan Sime Bank (hampir RM2 bilion). Sime Bank mulanya dikontrol oleh bekas S/U Mahathir, Mohd Noor Yusof sebelum dijual kepada Sime Darby. 
Kemudiannya diambilalih oleh Kumpulan RHB. Apakah nasib bank-bank milik kerajaan terhadap hutang Hottick Investment Incorporation sejumlah RM3.2 bilion.

13. Berapakah keuntungan atau kerugian MAS akhir-akhir ini? Menurut Timb. Menteri Pengangkutan, Ramli Ngah Talib [di dalam persidangan parlimen akhir 2001]; MAS dianggarkan rugi RM750 juta setahun (± RM1 juta sehari). MAS dilaporkan sedang dibebani hutang terkumpul RM9.2 bilion dan kerugian terkumpul sebanyak RM2.5 bilion [The Star, 19 Feb 2002]. 
Siapa yang menanggung semua ini bila MAS kerugian besar. Tajuddin Ramli senang-senang saja diselamatkan dengan pembelian semula saham MAS. 
Mahathir menyalahkan peristiwa 11 Sept 01 (WTC, New York diserang) menjadi punca kerugian besar MAS. Pengurusan yang bangang, pengganas antarabangsa pula jadi kambing hitam. 
Dilaporkan nasi lemak yang disediakan untuk penerbangan MAS kelas pertama berharga RM125 dan mesti dibayar (oleh MAS kepada pembekal) untuk semua 12 tempat duduk samada penuh atau tidak. Wow…?

14. Perbezaan pengurusan balak di Kelantan di antara 5 tahun BN dan PAS memerintah: BN (1985 – 1989: 158,200 hektar = RM167.6 juta) dan PAS (1994 – 1998: 30,451 hektar = RM355.85 juta). Di manakah tahap profesionaliti Umno?

15. Bekalan air untuk rakyat. Krisis bekalan air Lembah Kelang akhir 1997 hingga pertengahan 1998. Air disimpan untuk Sukom (KL 98) dan disebabkan ketidakcekapan pengurusan Puncak Niaga. 
Kualiti air yang dibekalkan tidak begitu diambil berat (bekalan air masin di Dungun, 1998 untuk 10,000 orang pengguna) (Selangor dengan peningkatan harga air malangnya kualiti air menyedihkan). Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air (RM240 juta) dan paip bocor (RM321 juta). 
Yang peliknya kes begini disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya dibiarkan tanpa tindakan. 
Akhirnya apa yang Khir Toyo buat, senang-senangje dia naikkan harga air. Ini menunjukkan dengan jelas ketidakupayaan mereka menguruskan hal-hal yang berkait dengan rakyat. 
Penswastaan Syarikat Air Johor mengalami kerugian RM1.1 bilion membuktikan lagi kelemahan pentadbiran kerajaan BN/Umno.

16. Kepincangan pengurusan ekonomi negara begitu ketara. Lihat saja isu Tabung Haji, bonus yang menurun dari 8% - 9% ke 3.25% untuk tahun 2001 – alasannya disebabkan faktor ekonomi, kehilangan wang penyimpan sejumlah RM9 juta, pelaburan yang tak kena pada tempat dan pelbagai lagi kelemahan yang ketara. 
Pak menteri yang bertanggungjawab hanya mengatakan wang yang hilang tersebut jumlahnya amat kecil. Bangang punya menteri! Apa dia ingat RM9 ke? 
Pembayaran bonus Tabung Haji yang rendah merunsingkan pendeposit. Mereka meminta ianya diuruskan dengan telus dan pelaburan dijalankan dengan tepat. 
Bagi Mahathir, dia hanya tahu menyindir pendeposit dengan menyatakan mereka boleh melabur dalam sistem perbankan lain kalau nak untung banyak. 
Selain untuk bekalan mengerjakan haji, rakyat mempercayai Tabung Haji kerana ketiadaan riba' dan pelaburan yang halal. Bukannya untung semata-mata. 
Tak cukup dengan itu, kos mengerjakan haji dinaikkan saban tahun dari RM5,770 (1992) ke RM9,445 (2001) dan mungkin akan naik lagi ke angka RM10,000. Dah naik banyak macamtu, baru Pemuda Umno nak berkokok konon (BM 3/3/02). 
Belum pun reda dengan kehilangan wang, lagi diumumkan kehilangan RM200 juta (RM120 juta berjaya diperoleh balik) disebabkan pelaburan berisiko yang dibuat oleh pengurusan TH. Utusan, TV3 dan NST rugi besar tapi boleh beroperasi dengan biasa seolah tiada apa-apa berlaku. 
Utusan (RM23.05 juta), NSTP (RM1.28 bilion) dan TV3 (RM500 juta), malah bil telefon pun hutang berjuta ringgit. Disebabkan mereka ini bagaikan 'parti komponen' BN jadi mereka akan terus diselamatkan biarpun pincang akaun kewangannya. 
Terbaru diumumkan oleh kerajaan ialah dividen EPF, menyedihkan dividen boleh turun ke angka 5% terendah semenjak tahun 1967.

17. Berura-ura nak memindahkan zoo negara. Kononnya zoo sekarang dikelilingi kepesatan pembangunan, jadi sudah menjadi tidak sesuai untuk habitat haiwan. 
Tapi disebalik perancangan itu, yang terselindung ialah nilai tanah zoo negara berkenaan. 
Berapa besar projek dapat dibangunkan di sini, berapa keuntungan yang akan diperolehi. Soal binatang pedulikan, soal kos perpindahan, kos infrastruktur baru, soal tempat yang jauh untuk dilawati – itu semua tak penting bagi mereka. 
Pokok pangkalnya kalau Mahathir kata pindah, maka semua monyet dan kawan-kawan dalam zoo terpaksalah mengangguk.

Rahman Dahlan, kalau berani namakan sahaja ‘dia’ - oleh V Shuman

Posted: 29 Sep 2015 08:30 PM PDT


 
Kalau pengecut lebih baik diam saja!


SEKILAS PANDANG: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan menyerang sekali lagi. 

Kali ini, sasaran serangannya adalah kepada ahli korporat terkenal Nazir Razak, yang kebelakangan ini banyak memuatnaik mesej berteka-teki melalui akaun Instagram. 

Mesej yang dimuatnaik oleh Nazir telah ditafsirkan sebagai kritikan kepada kerajaan, yang dipimpin oleh abangnya sendiri Najib Razak. 

Pada hari Isnin, Abdul Rahman buat kacau dalam akaun Twitternya, menulis mesej yang mensasarkan kepada "jurubank yang mencetuskan kebimbangan pasaran", tanpa memberikan nama siapa yang dimaksudkan. 

Dia mula-mula menulis, " Walaupun menarik mana pun situasi politik semasa, seorang jurubank perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang hanya menambah kebimbangan dalam pasaran.

Itu paling utama." Mesej kemudiannya berbunyi: " Jika anda mahu menunjukan kebimbangan anda, katakana sekali sahaja dan diam diri. 

Orang tahu maksudnya kali pertama. Jangan kacau pasaran." Abdul Rahman kemudian berkata "Menggunakan Instagram untuk membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia tidak bijak. 

Gunakan platform rasmi. Jangan mudahkan isu ini." Menteri itu, yang merupakan penyokong setia Najib, juga berkata yang jurubank yang dihormati mengamalkan kawalan diri dalam ucapan dan tindakan dan "tidak campur adukan pandangan ekonomi di antara catatan jogging dan makan di luar." 

"Jurubank yang dihormati tidak sesuka hati buat kacau. Mereka tenang dan sentiasa bersedia. Kecualilah kalau mereka politikus sambilan!" katanya dalam satu lagi mesej. 

Komen Abdul Rahman, tidak mengejutkan, menarik komen negative dari netizen. Mereka mengecamnya kerana tidak menamakan Nazir dalam mesej-mesejnya, sekiranya benar tuduhannya ada logic. 

Salah seorang pengguna Twitter malah mencadangkan yang seseorang menangkap screenshot catatan Abdul Rahman dan meletakannya dalam Instagram untuk Nazir, yang tidak aktif di Twitter. 

Catatan lain antaranya adalah sudah mustahil memberikan pandangan tentang "fakta yang tidak menyenangkan" melalui platform rasmi, malah akhbar berdaftar juga ditutup kerana berbuat demikian. Tepat sekali. 

Tidak okay untuk Nazir memuatnaik catatan kritikan kepada kerajaan melalui akaun Instagram peribadinya, tetapi Abdul Rahman boleh pula mengkritik orang lain kerana menyebabkan bandar berbau hancing dan mengancam membuang sampah di depan pejabat mereka menggunakan Twitter? 

Seterusnya apa? 

Adakah Rahman Dahlan akan menyakinkan rakan kabinetnya Salleh Said Keruak untuk menutup Instagram, supaya rakyat tak boleh membaca catatan Nazir? 

Dalam hal itu, bukan catatan Nazir yang menyebabkan "kebimbangan pasaran", Rahman Dahlan. Ianya disebabkan ketidakmampuan kerajaan untuk menangani pelbagai skandal yang melibatkan pemimpin serta perjanjian meragukan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, yang menyebabkan pelabur menjauhkan diri dan ekonomi kita sedang menerima kesan buruk dalam jangka masa panjang. 

Ketidakmampuan Putrajaya untuk menjelaskan dana berbilion dalam akaun peribadi Najib yang menjadikan masyarakat dunia mempersoalkan kewibawaan kita sebagai negara demokratik dan menjauhkan diri mereka daripada kita. 

Ia juga disebabkan oleh tindakan yang diambil kerajaan kepada sesiapa sahaja yang mempersoalkan atau mengkritik yang menjadi tajuk utama berita akhbar seluruh dunia, yang menjejaskan reputasi kita. 

Cuba cari jalan untuk menyelesaikan semua masalah ini dan pasaran akhirnya akan kembali pulih. Sementara itu, jangan kacau Nazir dan catatan Instagramnya. Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com 


Posted by mountdweller

Akhirnya Tertangkap Juga......

Posted: 29 Sep 2015 08:00 PM PDT

Zar Ali's photo. PEGAWAI KANAN POLIS BERPANGKAT SUPRITENDAN DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 8 TAHUN DAN DENDA RM1.75 JUTA OLEH MAHKAMAH RAYUAN. 

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM1.75 juta terhadap seorang pegawai kanan polis, , Azmi Osman, 59, yang disabitkan dengan empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah kira-kira RM3.8 juta antara 2002 dan 2005. 

Mahkamah turut memerintahkan harta Azmi bernilai kira-kira RM6 juta disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). 

Panel hakim yang diketuai Hakim Dato Balia Yusof Wahi sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan, yang perlu dijalani secara berasingan dan denda RM1.75 juta atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dua hakim yang lain ialah Dato Rohana Yusuf dan Dato Abang Iskandar Abang Hashim. Azmi sebelum ini dihukum penjara dua tahun dan denda RM1.75 juta oleh Mahkamah Sesyen dan mengemukakan rayuan selepas hukuman tersebut dijatuhkan pada 27 Ogos 2012. 

Pendakwaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Mohd. 

Farez Rahman manakala Azmi diwakili peguam Adam Yap dan C.N. Sritharan. 

Pegawai kanan polis berpangkat Supritendan tersebut menghadapi empat tuduhan ketika berkhidmat sebagai Pegawai Turus di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor. 

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM2.08 juta melalui akaun semasanya di Malayan Banking Bhd. antara 6 Februari dan 20 Disember 2002. 

Pertuduhan kedua, dia didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM679,850 selain didakwa menerima wang hasil aktiviti yang sama sebanyak RM941,930 melalui sebuah lagi akaunnya di Malayan Banking Bhd. 

Bagi pertuduhan keempat, Azmi didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM250,000 menerusi akaun semasa dan di tempat yang sama pada 5 April 2005.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali. 

Azmi telah dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat tuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di akhir kes pendakwaan pada 7 Januari 2011. Bagaimanapun susulan rayuan pihak Timbalan Pendakwa Raya, tertuduh diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi. 

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 November 2011 mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan Azmi dibebas dan dilepaskan daripada empat tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dipanggil untuk membela diri. 

Perintah itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman yang mendapati wujud kes prima facie terhadap semua pertuduhan itu ke atas Azmi. 

Abdul Halim memerintahkan agar kes itu dibicara semula di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Salawati Djambari yang sebelum itu membebas dan melepaskan Azmi.

Empat YDP Pas Perak dijangka masuk AMANAH.

Posted: 29 Sep 2015 07:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

Banyak yang bertanya siapa YDP (Yang Dipertua PAS) Kawasan di Perak yang akan keluar PAS masuk AMANAH.Pembaca blog ini ingin kepastian?

Dikhabarkan terdapat empat orang yang berjawatan YDP Kawasan akan bersama Parti Islam baru yang inklusif, amanah dan peduli, AMANAH.

Pemimpin-pemimpin itu dijangka mengumumkan penghijrahan mereka pada 1 Muharam ini.Selepas selesainya musim haji.


SISI BUKIT.

Umat Islam boleh lakukan lebih baik bantu pelarian Syria, titah Sultan Nazrin

Posted: 29 Sep 2015 07:00 PM PDT


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam perlu belajar daripada sejarah tentang bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam perlu belajar daripada sejarah tentang bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berharap umat Islam boleh melakukan dengan lebih baik bagi menangani krisis pelarian Syria.

Baginda bertitah sejak beberapa minggu lepas dunia menyaksikan nasib pelarian Syria dalam keadaan terdesak terpaksa melarikan diri ke Eropah dan sebaliknya tidak ke negara-negara Islam yang berjiran.

Sultan Nazrin bertitah baginda amat tersentuh apabila seorang pelarian Syria, membandingkan Canselor Jerman Angela Merkel dengan Raja Abyssinia, Negus, yang masyhur kerana memberi perlindungan kepada kaum Muslimin semasa hijrah pertama pada zaman Nabi Muhammad SAW.

"Seorang lagi pelarian Syria berkata: "Kami akan memberitahu anak-anak kami kaum migran Syria meninggalkan negara mereka untuk datang ke Eropah sedangkan Mekah dan bumi Islam adalah lebih hampir dengan mereka," katanya.

Sultan Nazrin bertitah demikian dalam ucapan khas bertajuk "Reclaiming Education in Muslim Universities for the 21st Century" pada Sidang Kemuncak Pemimpin Universiti Negara-negara Islam Sedunia 2015 (WICULS), di Putrajaya, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah umat Islam perlu belajar daripada sejarah mereka sendiri tentang bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15.

"Malah sesetengah daripada mereka meneruskan pengajian di sana. Hasilnya, bandar Fèz (di Maghribi) menjadi terkenal sebagai tempat berlindung bagi orang yang terpaksa berpindah dari negara sendiri pada masa itu, dan penempatan mereka berhampiran universiti di kota lama masih kekal sehingga hari ini," titah baginda.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 150,000 pelarian Syria mencari perlindungan di Kesatuan Eropah sejak perang saudara meletus pada Mac 2011.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, universiti perlu melahirkan bukan sahaja individu yang mempunyai pengetahuan luas dan kebijaksanaan kritikal tetapi juga mereka yang mempunyai tatasusila moral dan kepekaan sosial.

"Ia harus menjadi institusi yang pada dasarnya boleh berkembang, malah mengubah kehidupan manusia secara material dan kerohanian," titah baginda.

Bagaimanapun, titah Sultan Nazrin, peranan tradisional universiti dalam konteks kemanusiaan berubah sejak bermulanya Revolusi Perindustrian.

Baginda bertitah universiti semakin menyimpang daripada misi sejarah sebagai tempat transformasi manusia, bagi mencari ilmu dan pemahaman bagi tujuan sendiri, untuk menjadi tempat latihan graduan untuk memenuhi keperluan industri dan perniagaan.

"Peranan asal transformasi universiti mungkin diancam kepupusan jika kita terus memenuhi kehendak dunia material yang mementingkan materialistik semata-mata," titah baginda.

Baginda menambah atas sebab inilah pemimpin universiti dan pentadbir tidak harus melupakan misi asal "Metafizik" dan perlu memberi perhatian terhadap peranan transformasi yang harus dimainkan oleh universiti dalam masyarakat. – Bernama, 29 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Parlimen pertimbang laksana kaedah ‘Prime Minister Question Time’

Posted: 29 Sep 2015 06:30 PM PDT

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau sedang mempertimbangkan kaedah 'Prime Minister Question Time' yang diamalkan di Parlimen Australia di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau sedang mempertimbangkan kaedah 'Prime Minister Question Time' yang diamalkan di Parlimen Australia di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/parlimen-pertimbang-laksana-kaedah-prime-minister-question-time#sthash.PFkaIPY5.dpuf
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau sedang mempertimbangkan kaedah 'Prime Minister Question Time' yang diamalkan di Parlimen Australia di negara ini.

"Prime Minister Question Time" yang dilaksanakan Parlimen Australia menarik minat Parlimen Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaedah pelaksanaannya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata secara dasarnya cara persidangan Parlimen kedua-dua negara adalah sama, namun kaedah berkenaan tiada dalam Parlimen negara ini.

"Kita berbincang tentang prosedur dan cara Parlimen (masing-masing) bersidang dan di Malaysia kita tiada kaedah 'Prime Minister Question Time'.

"Ia merupakan antara lain yang sedang saya fikirkan kalau boleh dilaksanakan di Parlimen Malaysia," katanya kepada pemberita selepas bertemu delegasi Parlimen Australia, diketuai Dr Andrew Southcott selama hampir sejam di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan melalui kaedah itu, perdana menteri Australia meluangkan masa khas sehari dalam seminggu di Parlimen untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan anggota Parlimen.

Selain itu Pandikar Amin berkata Southcott yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Australia turut berkongsi mengenai tugas dan peranan PAC negara beliau.

"Kita buat perbandingan tugas-tugas PAC seperti yang ada di sini dan satu soal yang timbul ialah adakah di Australia pengerusi PAC mesti daripada pembangkang, kerana itu yang sering dipersoalkan.

"Tapi jawapannya tidak, pengerusi PAC Australia daripada kerajaan, tidak semestinya pembangkang kerana ahli-ahli dalam PAC sudah terdiri daripada parti pembangkang dan lain-lain, bukan semua kerajaan," katanya.

Pandikar Amin berkata pihaknya juga menerima jemputan untuk mengadakan kunjungan balas ke Parlimen Australia. – Bernama, 29 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Posted: 29 Sep 2015 06:00 PM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

MALAYSIA NEGARA ELOK
RAMAI TAUKEHNYA
UNDANG2 SAMBAL BELACAN
HUKUMNYA HUTAN RIMBA RAYA



Negaraku Malaysia memang elok cantik dan pemimpinnya baik perangai baik budi pekerti mengalahkan ambok di hutan tak jauh dengan Kerajaan beruk

yang kekadang lebih baik sikap banding mereka yang akui umatnya Muhammad.


Orang miskin sekadar curi 6 tin sardin dipenjara 24 bulan dan dulu pencuri ayam 12 bulan penjara. ikut hukum islam mereka yang miskin/lapar tidaklah dikenakan hukuman hudud dan itu sebab sebelum hudud dilaksana dipastikan hidup rakyat tidak dalam keadaan miskin dan itu sebab babi yang haram dibenar makan jika dalam darurat.

Memang Malaysia ini negara elok banyak taukehnya, ramai kaya kesan merampok khazanah negara. yang namanya khir toyo dulu kerja di sandakan taklah sekaya mana, tetapi bila duduki kerusi MB Selangor terus mendadak kaya diceritakan nilai rumahnya 27 juta.

terkait kasus pembelian tanah harga 6.5 juta menjadi 3.5 juta dan kesan ia gunakan kuasanya sebagai MB Selangor, maka ia dihukum penjara 1 tahun saja dan bandingkan yang tadi mencui 6 tin sardin dipnjara 24 bulan. Undang2 apa ini pak?

Sharizat yang sama kes rasuah telan LATUP 250 juta wang rakyat, maka senanglah Sharizat anak laki jua kerabat suku sakt punya 250 juta digasak wang rakyat. Bila mahu bayar itu wang rakyat bukan wang dato nenek kamu?

Ini kalilah!

ini kalilah!


tiada lain kali


tetap ini kalilah!


Itu rasuah dan cerita pencuri2 hak rakyat dihukum begitu rupa, lalu bagaimana pula ceritanya wang disamun curi entah ke mana sudah RM42 bilion itu dan kenapa ada masuk ke akaun sendiri RM2.6 bilion. Hebat ini Najib anak Razak. Memang hebat dan pengampu bodek siap ampu puji setengah mati. muka tak tahu malu. muka setebal kulit badak.

Tidak tahu malu

betul mukanya macam lembu


babi lagi baik, meski haram tetapi tidak makan duit haram
memang mereka itu golongan rakus penipu
kesan dibangsatkan


sendiri yang membangsatkan
melayu o melayu
tak lama akan terkulai dan layu.


Najib bin Razak, di mana di kau? kapan kira2 kau mahu saman yang menyebar fitnah? samanlah dan dulu katanya selasa, tetapi berkali-kali sudah selasa menyusul hingga saya sendiri sudah lupa.

Memang Najib ini ular sawah, habis khazanah negara dia "angus" tamak rakus tak kenyang2 dan Rosma hidup terus bergaya macam Emelda Marcos yang memiskinkan rakyat filifina.

Memang di Malaysia ini hukumnya rimba hutan dan pemimpinnya terdiri dari mereka yang membuka mata kapan melihat projek mereka dan siap menutup mata kala berhadapan dengan bahaya.

Malaysiaku negara cantik elok, pemimpinya busuk hanyir, sementara yang ekori terus bau tahinya menyebar ke mana-mana lalu angkasa jadi tercemar lagi busuk membusuk. Shit!

laknat  laknat  laknat

ISMAILY BUNGSU
sabah


29/9/2015
10:22pm

Polis ganggu tugas dengan menyoal Matthias Chang, kata kumpulan peguam

Posted: 29 Sep 2015 05:15 PM PDT


Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang komunikasi antara peguam dan anak guam adalah sulit.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang komunikasi antara peguam dan anak guam adalah sulit.


Lawyers for Liberty mengutuk keras tindakan polis menyoal siasat peguam Matthias Chang susulan penahanan anak guamnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Pengarah eksekutifnya Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang sebarang komunikasi antara peguam dan anak guam mereka adalah sulit dan mempunyai hak keistimewaan tersendiri.

"Tindakan polis terhadap Chang jelas menunjukkan pihak berkuasa cuba mengganggu tugas peguam yang menjalankan tugas mewakili anak guamnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Gangguan seperti itu merbahaya kepada kebebasan Majlis Peguam dan prinsip asas hak istimewa peguam-anak guam yang dimiliki semua peguam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin ditahan kerana didakwa melakukan "sabotaj" apabila membuat laporan polis di luar negara membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas disekat ke luar negara, Khairuddin pada 18 September lalu ditahan polis berhubung laporan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang dibuatnya terhadap 1MDB dan direman selama 6 hari.

Pada 23 September, beliau dilepaskan daripada tahanan reman tetapi ditahan semula di bawah Sosma yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.

Semalam, Chang yang sebelum ini mengiringi Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB di luar negara, hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi merakamkan keterangannya selama kira-kira 1 jam.

Selepas itu, beliau mengeluarkan kenyataan memaklumkan beliau dan peguamnya Zainur Zakaria diminta hadir ke satu lagi perjumpaan pada pagi Jumaat ini bagi memberi keterangan kepada Unit Jenayah Komersil di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan.

Paulsen berkata, peguam memainkan peranan penting dalam mewakili anak guam mereka dan seharusnya mereka dibenarkan menjalankan tugas dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

"Polis harus tahu segala bentuk komunikasi dan perbincangan antara peguam dan anak guam dalam hubungan profesional mereka adalah sulit.

"Kerajaan juga perlu memastikan standard antarabangsa Prinsip Asas Peguam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1990) dipatuhi.

"Sehubungan itu, kami menggesa polis mengiktiraf dan menghormati fungsi dan peranan yang dimainkan peguam dalam menegakkan keadilan," katanya. – 29 September, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Polis ganggu tugas dengan menyoal Matthias Chang, kata kumpulan peguam

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang komunikasi antara peguam dan anak guam adalah sulit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang komunikasi antara peguam dan anak guam adalah sulit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.
Lawyers for Liberty mengutuk keras tindakan polis menyoal siasat peguam Matthias Chang susulan penahanan anak guamnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012. Pengarah eksekutifnya Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang sebarang komunikasi antara peguam dan anak guam mereka adalah sulit dan mempunyai hak keistimewaan tersendiri.
"Tindakan polis terhadap Chang jelas menunjukkan pihak berkuasa cuba mengganggu tugas peguam yang menjalankan tugas mewakili anak guamnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Gangguan seperti itu merbahaya kepada kebebasan Majlis Peguam dan prinsip asas hak istimewa peguam-anak guam yang dimiliki semua peguam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khairuddin ditahan kerana didakwa melakukan "sabotaj" apabila membuat laporan polis di luar negara membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selepas disekat ke luar negara, Khairuddin pada 18 September lalu ditahan polis berhubung laporan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang dibuatnya terhadap 1MDB dan direman selama 6 hari.
Pada 23 September, beliau dilepaskan daripada tahanan reman tetapi ditahan semula di bawah Sosma yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.
Semalam, Chang yang sebelum ini mengiringi Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB di luar negara, hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi merakamkan keterangannya selama kira-kira 1 jam.
Selepas itu, beliau mengeluarkan kenyataan memaklumkan beliau dan peguamnya Zainur Zakaria diminta hadir ke satu lagi perjumpaan pada pagi Jumaat ini bagi memberi keterangan kepada Unit Jenayah Komersil di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan.
Paulsen berkata, peguam memainkan peranan penting dalam mewakili anak guam mereka dan seharusnya mereka dibenarkan menjalankan tugas dengan bebas tanpa sebarang sekatan.
"Polis harus tahu segala bentuk komunikasi dan perbincangan antara peguam dan anak guam dalam hubungan profesional mereka adalah sulit.
"Kerajaan juga perlu memastikan standard antarabangsa Prinsip Asas Peguam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1990) dipatuhi.
"Sehubungan itu, kami menggesa polis mengiktiraf dan menghormati fungsi dan peranan yang dimainkan peguam dalam menegakkan keadilan," katanya. – 29 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-ganggu-privasi-peguam-gesa-kumpulan-peguam-kepada-polis#sthash.z9NcjY1s.dpuf

Peringatan Ikhlas Buat Pembaca Blog Ini.......

Posted: 29 Sep 2015 05:00 PM PDT

Luahan Perasaan Kali Terakhir Khir Toyo Sebelum ke Penjara

Posted: 29 Sep 2015 04:30 PM PDT


Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang  di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan  mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.  Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11.  Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12.  Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun

16.  Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal "good governance", kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil


21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25.  Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri "Anugerah Penyapu" kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26.  Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.


Setinggan


28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Catatan ini dipetik dari blog www.drkhir.com. Pada 29 September 2015, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada beliau atas sabitan kes rasuah.

Saya tersilap, tiada niat campur tangan, kata Nazri Aziz

Posted: 29 Sep 2015 04:00 PM PDT


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengakui kesilapannya berhubung kekeliruan insiden jemputan duta China ke Malaysia dan tidak berniat untuk campur tangan urusan Wisma Putra. –

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengakui kesilapannya berhubung kekeliruan insiden jemputan duta China ke Malaysia dan tidak berniat untuk campur tangan urusan Wisma Putra.

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, beliau tidak berniat untuk campur tangan urusan Wisma Putra selepas duta China ke Malaysia dipanggil berhubung kenyataannya semasa membuat lawatan ke Jalan Petaling Jumaat lalu.

Bercakap kepada The Star Online, menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, beliau memberitahu Dr Huang Huikang agar tidak bimbang kerana amalan biasa adalah menteri luar, dan bukannya timbalan menteri, yang memanggil duta.

"Amalan biasa Kabinet, apabila seorang menteri tiada dalam negara, hanya menteri lain boleh mewakili beliau, bukan timbalannya," beliau dipetik berkata portal berita itu hari ini.

Katanya, atas sebab itu, beliau menyangkakan Kementerian Luar tidak membuat keputusan memanggil Huang, memandangkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika ini berada di New York bagi menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya berpendapat menteri luar akan memanggil sendiri duta itu sekembalinya beliau kerana itu adalah dalam bidang kuasanya, bukan timbalan.

"Ternyata saya tersilap dan tidak mengetahui menteri luar sudah mengarahkan timbalannya," katanya.

Nazri berkata, selama 16 tahun sebagai menteri, beliau beranggapan hanya menteri yang boleh bertindak bagi pihak Wisma Putra, yang mempunyai protokol yang ketat.

"Nampaknya sekarang semua itu sudah berubah dan saya tidak menyedarinya, tapi apa yang pasti, saya menteri yang sangat berpengalaman dan bukan niat saya untuk campur tangan," beliau dipetik berkata.

Semalam, Nazri mendakwa, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak mengikut protokol apabila memanggil Huang bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya.

Susulan itu, terdahulu hari ini, Anifah mengecam anggota Kabinet yang "campur tangan" dalam keputusan Wisma Putra memanggil Huang, mengatakan menjadi amalan biasa bagi kementeriannya untuk memanggil duta.

Katanya, ia tidak memerlukan campur tangan daripada anggota Kabinet lain, sambil menambah, campur tangan pihak lain hanya memberikan persepsi yang negatif pada pandangan orang ramai.

Huang dilaporkan bertemu Datuk Hamzah Zainuddin tengahari semalam atas kapasitinya sebagai pemangku menteri luar.

Duta itu pada Jumaat dilaporkan berkata, China menentang ekstremisme dan diskriminasi kaum, dan memberi amaran terhadap sebarang percubaan menggunakan kekerasan untuk mengganggu gugat ketenteraman awam.

Kenyataan beliau itu dibuat selepas sekumpulan penunjuk perasaan cuba memasuki kawasan Jalan Petaling yang tidak dibenarkan pada perhimpunan baju merah 16 September, menyebabkan keadaan jadi tidak terkawal dan polis terpaksa menggunakan meriam air menyuraikan mereka.

Kumpulan baju merah itu juga dikatakan merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada Sabtu lalu, di kawasan destinasi pelancongan yang dikuasai peniaga Cina dan dikenali sebagai Chinatown itu, tetapi ia dibatalkan.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Khir Toyo dedah 'dalang'

Posted: 29 Sep 2015 09:00 AM PDT


PETALING JAYA: Selepas dikekalkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai kontroversi melibatkan dirinya.

Beliau mendakwa, seorang pemimpin UMNO menganiayai dirinya dengan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar rumahnya menggunakan helikopter bagi menunjukkan kepada masyarakat kononnya rumah itu sebesar istana.

"Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya," tulisnya panjang lebar di blognya www.drkhir.com.

Menteri Besar Selangor selama lapan tahun itu menjelaskan, sepanjang perbicaraan pihak pendakwaraya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.

Katanya, secara asasnya unsur rasuah seharusnya dalam keadaan beliau mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni

"Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.

"Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain

"Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah dua tahun penjara," katanya.

Beliau berkata, dalam pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya, pendakwaraya tidak memerlukan sebarang bukti terdapatnya keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin.

Dr Khir berkata, apa yang perlu dibuktikan ialah beliau telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi daripada seorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya sebagai penjawat awam.

"Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya," katanya.

Menerusi blognya yang bertajuk "Catatan Di Belakang Tirai Besi" itu juga, Khir turut menyentuh perkara-perkara lain di sepanjang pentadbirannya antaranya mengenai akhbar The Sun, kuil, penyapu dan setinggan.

Menurutnya, sehingga di saat beliau tidak mempunyai kuasa dan jawatan, akhbar The Sun memilih untuk 'melanyaknya' berhubung Selangor Maju 2005

"Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

"Saya tidak fikir ia sekadar soal 'good governance', kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya.

"Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata," katanya.

Mengulas mengenai isu perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya, beliau berkata keputusan merobohkan itu adalah keputusan Mahkamah dan bukannya keputusan yang dibuatnya mahupun kerajaan negeri.

"Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

Menyentuh mengenai isu penyapu, beliau menyedari sebahagian membencinya kerana memberikan 'Anugerah Penyapu' kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati," ujarnya.

Mengenai isu setinggan semasa pentadbirannya sebagai Menteri Besar Selangor, Dr Khir berkata beliau tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan.

"Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan," katanya.
-fmt-

PAS Selangor Buat Lawak,Anggap DAP Sebagai Rakan Pulak..

Posted: 29 Sep 2015 08:15 AM PDT


SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.

"Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.

"Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan.

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.

"Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.

"Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama.

"Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?" soalnya lagi.


HEBAT TPM BARU NI.....!!!

Posted: 29 Sep 2015 07:54 AM PDT


Zar Ali's photo.

JMM desak polis bertindak terhadap Khalid Jaafar

Posted: 29 Sep 2015 07:00 AM PDT


 JMM desak polis bertindak terhadap Khalid JaafarJaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan mendesak pihak polis supaya menangkap dan menyiasat ketua kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Jaafar di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). 

JMM membuat gesaan itu ekoran penyebaran video oleh Khalid Jaafar yang didakwanya berunsur hasutan bertajuk 'Hak Orang Syiah Harus Di Pertahankan'.

Ketua pengarahnya, Faizan Mohd Nor mendakwa kenyataan Khalid itu cukup berbahaya terhadap keselamatan negara dan menimbulkan kecelaruan di kalangan penganut agama Islam sendiri.

"Kami minta tindakan tegas diambil kepada Khalid Jaafar sebagaimana tangkapan terhadap Ayah Pin dan pengikut ajaran Syiah yang lain," tegas Faizan ketika ditemui di luar pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini.

JMM hadir ke IPD Dang Wangi sekitar jam 2.45 petang bagi membuat laporan polis terhadap satu video Khalid pada 2013 yang dimuat naik dan diviralkan di media sosial yang didakwa jaringan itu boleh memesongkan akidah umat Islam.

Menurut Faizan lagi, pihaknya ingin tahu asama ada tindakan Khalid itu merupakan agenda pakatan pembangkang di Selangor.

"Khalid Jaafar merupakan ketua kakitangan pejabat MB Selangor, jadi kita nak tahu apakah ini agenda MB bawah kerajaan negeri Selangor? soal Faizan.

"Kalau ia satu agenda besar, ini amat berbahaya dan boleh buat umat Islam terpesong terutama golongan belia," katanya lagi.

Justeru itu, Faizan mahu pihak berwajib perlu menghentikan penyebaran video tersebut.

"Video ini telah dimuat naik sekitar 2013 dan kita tidak tahu berapa banyak ia telah dikongsikan dan kita mahu ia dihentikan," kata Faizan.

Faizan berkata lagi, pihaknya juga akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk tindakan lanjut.-Mkini


AMK, Wanita PKR desak wakil PAS letak jawatan YDP MAIPP

Posted: 29 Sep 2015 06:15 AM PDT


AMK, Wanita PKR desak wakil PAS letak jawatan YDP MAIPPBUTTERWORTH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang pada Selasa mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf PAS dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.


Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri Nur Zarina Zakaria berkata jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Anggota Dewan Undangan Negeri.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.-Mstar

Khir Toyo dipenjara 12 bulan di penjara Kajang

Posted: 29 Sep 2015 05:30 AM PDT


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan hukuman penjara adalah bersesuaian dalam kes berkenaan.

Malah panel hakim turut menolak permohonan supaya meringankan bentuk hukuman kepada khidmat masyarakat dan menyifatkan ia adalah tidak memadai.

Beliau yang kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan, diarahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Pada 22 September lalu, panel mencapai keputusan tersebut berdasarkan beberapa alasan termasuk pertuduhan tidak mempunyai sebarang kecacatan dan beliau adalah menteri besar merupakan seorang penjawat awam ketika kesalahan dilakukan.


Mohamad Khir mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lepas.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Banduan Khir Toyo Mohon Maaf ???

Posted: 29 Sep 2015 04:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.PUTRAJAYA: Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas. 

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya. 

"Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan. 

"Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong saya yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. 

"Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya," katanya.


Sementara itu, isteri beliau, Zahrah Kechik reda dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan 12 bulan penjara ke atas suaminya. 

Zahrah ketika ditemui berkata, beliau menerima keputusan itu serta menganggap ia sebagai ujian Allah untuk dia dan suami. 

"Memang tidak dinafikan saya sedih dengan keputusan ini, namun saya reda dengan perkara ini. 

"Saya harap suami saya juga reda dengan keputusan yang ditetapkan ini. Ini semua adalah ujian dari Allah untuk kami berdua," katanya.



(Kredit to: BH Online)

Rompakan Kedai Emas Dan Perompak Lepaskan Tembakan Amaran

Posted: 29 Sep 2015 04:00 AM PDT


Pada jam lebih kurang 1134hrs@ 29/9/15 semasa mangsa(sebagaimana para di atas) berada di dalam kedai emas,secara tiba2 masuk tiga orang lelaki,meluru kearah cermin pameran barang kemas,terus memecahkan cermin dgn menggunakan dua tukul besi dan terus mengambil barang2 kemas. 

Ketiga tiga suspek terus melarikan diri dengan dua buah m/sikal yg sedia menunggu di luar.

Semakan cctv kedai dapati (3) suspek masuk ke dalam kedai memakai helmet full face,dua daripada suspek menggunakan senjata tukul besi memecahkan cermin kereta manakala (1) suspek menunggu di luar kedai.

Nampak dengan jelas (1) suspek yg menunggu di luar kedai memegang dua pucuk pistol di tangan kiri dan kanan dan telah melepaskan satu tembakan ke udara.

Kejadian berlalu lebih kurang dua minit dan suspek kemudiannya melarikan diri dgn menggunakan dua buah m/sikal. Kerugian barang kemas lebih kurang 600k.

Kiriman : Hanniff Roslan

Cina Babi: Ridhuan Tee sekolahkan gang 'Baju Merah'

Posted: 29 Sep 2015 03:15 AM PDT


LAMA sudah saya tidak mendengar kata-kata "Cina babi", kecuali selepas perhimpunan Merah 16 September. Menyamakan manusia, Cina dengan binatang (babi), adalah perbuatan manusia tidak bertamadun. Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin.

Atas apa jua alasan, sama ada orang Cina suka makan babi atau tidak, perkataan ini sepatutnya tidak boleh sama sekali dikeluarkan di khalayak. Apa kata, kalau orang lain berkata, Melayu lembu. Apabila ada yang protes, maka kita pun jawab, ia tidak sensitif, kerana orang Melayu memang suka makan lembu.

Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan itu tidak menguntungkan dakwah, malah merugikan. Ya, memang saya tidak nafikan, turut melabelkan segelintir Cina dengan istilah ultra kiasu, tetapi saya merujuk kepada sikap mereka, yang asyik mahu menang, tanpa sedikit pun mahu kalah. Tidak kira sama ada Cina atau Melayu atau lain-lain.

Perlu diingat, tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapat lebih 80 juta Cina Islam di negara China, lima kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia, yang tidak pernah menyentuh babi, kerana mereka beragama Islam.

Malah, orang Cina di China, menerima Islam lebih awal daripada kita. Orang Melayu menerima Islam 600 tahun lalu. Orang Cina telah menerima Islam hampir 1400 tahun yang lalu. Malah, sejarah pengislaman orang Melayu, turut dilakukan oleh pendakwah Cina.

Tanpa orang Cina datang berdakwah dan berdagang ke Alam Melayu (selain Arab dan India), mungkin pengislaman orang Melayu secara besar-besaran menjadi tidak sempurna.

Justeru, berhati-hatilah apabila 'membabikan' orang lain. Mungkin sebelum Islam dahulu, orang Melayu turut memakan dan bermain dengan binatang ini.

Dalam insiden kali ini menjadikan saya malu dan terasa ingin memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu, atas keceluparan orang yang mengaku Islam, menggunakan kata-kata kesat.

Saya melakukan sebegini kerana saya amat faham tentang sifat dan makhluk yang ALLAH jadikan. Babi sekalipun, haram dimakan atau dipelihara oleh orang Islam, namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan mesti dihormati, kerana ia ciptaan ALLAH, bukan syaitan. Hatta, syaitan sekalipun adalah ciptaan ALLAH, sekalipun ia musuh kepada manusia dan bertugas menyesatkan manusia.

Apakah salah ALLAH menjadikan syaitan? Begitu juga dengan orang Yahudi. Benar, ALLAH melaknati Yahudi dalam al-Quran, kita pun sebut Yahudi laknatullah. Pada masa sama, ALLAH memberi kelebihan kepada Yahudi. Yahudi menguasai dunia dan ekonomi. Kenapa ALLAH lakukan sedemikian? Patutkah kita menyalahkan ALLAH? Yahudi tidak salah, tetapi sikap Yahudi itu yang perlu ditangani.

Terkadang saya amat sedih melihat orang Melayu yang mengaku Islam, menganiaya makhluk yang tidak berdosa seperti anjing, yang turut menjadi sensitif kepada orang Melayu, sehingga kita sanggup menyamak beratus-ratus troli, sedangkan perkara yang lebih haram seperti rasuah dan riba dibiarkan berleluasa, malah diambil menjadi darah daging.

Justeru, saya memohon supaya kita tidak terlalu beremosi. Ya, memang kita menentang sikap ultra kiasu. Tetapi itu bukan bermakna kita mengambil sikap memusuhi mereka, kecuali ia memberikan ancaman terhadap Islam.

Ambillah iktibar, cerita ibu bapa saya yang berniaga di kawasan orang Melayu suatu ketika dahulu. Ibu saya sanggup 'mencuri' beras, yakni mengambil beras tanpa pengetahuan bapa saya dan memberikannya kepada orang Melayu yang mempunyai ramai anak atas dasar belas kasihan.

Saya tidak boleh bayangkan betapa besarnya jasa ibu bapa saya 'membesarkan' orang Melayu yang kesusahan di kampung saya, dengan memberikan mereka berhutang, sehinggakan buku hutang bertapuk-tapuk tidak berbayar, sehinggakan ada hutang yang ditulis di dinding-dinding kedai.

Orang kampung membesar dengan hutang kepada ibu bapa ayah. Ramai anak mereka berjaya masuk universiti, hutang masih tidak berbayar.

Bacalah kisah Hajijah Saini mengambil upah menjaga dua anak Cina sejak mereka masih bayi lagi sehingga memberi gelaran nama yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam iaitu 'Hassan dan Abu'.

Hajijah menjaga dan menyayangi anak Cina ini seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus. Adakah wajar kita membenci Cina kerana dia Cina?

Begitu juga kisah seorang Cina tua tinggal seorang diri, membeli nasi lemak daripada peniaga Melayu. Melihat keadaan Cina tua itu, peniaga Melayu ini memberikan nasi lemak secara percuma kepadanya.

SATU DUNIA KETAWAKAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA !

Posted: 29 Sep 2015 03:00 AM PDT




Zar Ali's photo.

Hebat Apa Sudah DUA TAHUN Dewan PBB Lengang Bila Najib Berucap !!

Posted: 29 Sep 2015 01:15 AM PDT

AHLI UMNO MENDESAK MEREKA BERDUA LETAK JAWATAN SEGERA !!

Posted: 29 Sep 2015 12:30 AM PDT

Wakil Orang Asal Semalaysia (JOAS) Mendakwa Pemimpin UMNO Yang Menyebabkan Ketegangan Kaum Di Malaysia Saat Ini ...

Posted: 28 Sep 2015 11:45 PM PDT


Azrin Shah Aziz's photo.

Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Yusri Ahon, mendakwa bahawa Pemimpin UMNO yang patut dipersalahkan kerana menyebabkan ketegangan kaum di negara ini dan semakin memuncak.

Dia berkata, perbuatan pemimpin UMNO yang membiarkan Himpunan Baju Merah membuktikan mereka menyokong perkauman dan seolah-olah merestui orang Melayu membenci kaum lain khususnya orang Cina.
"Himpunan Baju Merah itu hanya akan menjejaskan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum kerana hanya disertai orang Melayu.

Tidak seperti Himpunan Bersih 4.0 yang disertai dan disokong pelbagai kaum dan agama.

"Jadi bagi saya, jelas isu perkauman ini dibawa UMNO sendiri yang merupakan tulang belakang kepada Kerajaan pemerintah," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO yang memperjuangkan perkauman dilantik ke jawatan penting dalam kerajaan, dia membayangkan akan wujud isu perkauman yang lebih dasyat pada masa akan datang.

"Selagi kerajaan tak ubah pendirian dan pendekatan, masalah perkauman akan terus menjadi bahaya. Ini terjadi kerana isu perkauman dibawa oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Yusri mendesak kerajaan mengambil pendekatan berbeza untuk menyelesaikan masalah perkauman untuk mengelak ia menjadi semakin buruk sehingga membinasakan negara.

Ditanya adakah pembangkang sengaja memgambil kesempatan di atas isu perkauman, Yusri berkata, pembangkang tidak sepatutnya dipersalahkan kerana menjadi kelaziman pihak lawan untuk menggunakan kelemahan sebagai senjata.

Tiada ulasan: