Rabu, 16 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Selongkar: Isa Samad mempunyai foto Najib dengan Ziana bertuala...Baca n Share suarakam

Posted: 16 Sep 2015 09:15 PM PDT



Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya diatas katil. Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. (dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut).

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang. Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang. 


Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir. 

Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samadlah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwat bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib



Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut.

Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah seremban 'off record' skandal tersebut. 

Berikut adalah gambaran sebenar Hotel dimana Najib ditangkap khalwat.



Artikel di tulis oleh: bebaskanmalaysia

Ini Lah Contoh Ulama Yang Disayangi Oleh Semua Bangsa & Agama !!

Posted: 16 Sep 2015 08:45 PM PDT

Abe Is's photo.

#‎Pakatan2‬.0 | 58tahun DAP memerintah Malaysia, habis org melayu di tipu...tengok la dikampung2 melayu hidup miskin sbb DAP. 

Sektor pekerjaan di monopoli Bangla, Nepal dari DAP. Pekerja asing ni DAP la yg bw masuk. GST DAP la yg buat. Kos sara hidup meningkat sbb DAP la yg suruh naikkan harga barang. Tol naik sbb DAP, minyak naik sbb DAP, subsidi DAP la yg hapus. 

Gula dlu org melayu yg pegang tp skarang DAP yg pegang gula pun takde subsidi. Elektrik naik sbb DAP yg minta naik..saham FGV jatuh salah DAP. Ringgit jatuh salah DAP, nak ckp banyak pun tak guna..smua salah DAP spanjang 58tahun DAP memerintah malaysia.

Hari ini syukur ada pejuang melayu yg melawan DAP. Pasni kedai motor, kedai handphone, kedai hardware, kedai 2 ringgit, kedai2 mini takde. Insyaallah esok pagi DAP tak memerintah Malaysia dh. Hidup melayu hidup melayu, 58tahun masih ditipu..

VIDEO - Amaran tujuh hari Jamal Yunos

Posted: 16 Sep 2015 08:15 PM PDT



Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos semasa himpunan 'baju merah' hari ini berjanji akan membuat satu sidang media untuk meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya mengambil tindakan terhadap Jalan Petaling.

Malah, beliau menawarkan supaya mukanya diludah kepada salah seorang peserta himpunan yang agresif dan mahu merempuh masuk Jalan Petaling.

BERSIH4 vs Anti Bersih... memang kena dengan tema dieorang..

Posted: 16 Sep 2015 07:45 PM PDT

 
PESERTA BERSIH CUKUP DISIPLIN BERBANDING PESERTA BAJU MERAH YANG MEMBIARKAN SAMPAH DIMANA MANA.

PESERTA BAJU MERAH SANGAT MEMALUKAN

Betul Kah Orang Melayu Akan "BANGSAT" Jika UMNO Hilang Kuasa" ?

Posted: 16 Sep 2015 07:15 PM PDT

Abe Is's photo.


#‎HimpunanMerah‬ | Ramai betol budak 'tolol' yg kempunan nk berhimpun tengahari td. Mana taknya, nak turun ‪#‎BERSIH4‬ tak boleh sebab tak 'sehati'... akhirnya rasa 'kempunan' untuk berhimpun tercapai hari ni walau tidak sehebat mana. 

Dalam berita tv3suku mlm td duk puji kononnya himpunan merah ini aman, malah.. siap menemuramah peniaga kononnya tiada gangguan urusan perniagaan diorg. 

Ok not bad! Paling celaka tv3suku ni cakap, rusuhan yg berlaku ptg tadi adalah provokasi p...pembangkang. Nasib baik la DSAI di dlm tirai besi. Kalu tak semua salahkan Anwar!!

Tak cukup tu jugak, berpuluh2 sampah memenuhi padang serta jalan raya. 

Boleh di katakan perhimpunan ini adalah perhimpunan haram!!! 

Perhimpunan yg langsung takde motif, mmperjuangkan melayu...tapi yg menghambakan melayu itu adalah melayu tu sdri... 

Cuba lihat komen2 serta whats'app yg mula tersebar. Ibu2 serta makcik2 di pergunakan demi kepentingan individu. 

Yang hairan, boleh pulak himpunan ini dluluskan oleh ‪#‎DBKL‬

So kesimpulannya, himpunan ini untuk ape?? 


P/s: Najib-Orang MELAYU akan BANGSAT jika UMNO HILANG KUASA!!! (bangsatnya melayu itu yg turun ptg td).

YANG MENJADI BANGSAT BILA UMNO HILANG KUASA ADALAH ORANG2 UMNO SENDIRI.

Dipanggil 'barua Cina', FRU sembur meriam air

Posted: 16 Sep 2015 06:45 PM PDT


Polis antirusuhan FRU petang ini menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara hari ini.

Tindakan itu diambil kira-kira jam 5 petang setelah terdapat peserta enggan berganjak daripada Jalan Petaling.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik.

Trak meriam air itu datang daripada arah Jalan Tun Tan Cheng Lock selepas peserta mula membuat provokasi kepada polis, termasuk ada memanggil mereka "barua Cina".

Perhimpunan hari ini dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu yang dikaitkan pemimpin dan media prokerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.

Berdasarkan kain rentang dan poster dipamer, ia dipamerkan sebagai perhimpunan Melayu untuk menyatakan bantahan terhadap orang DAP.

Selain meraih sokongan pada kerajaan dan perdana menteri, terdapat juga bahan pameran mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan berbaju merah itu berkumpul di beberapa tempat ke ibu kota sebelum berarak dan berkumpul di Padang Merbok.

Mahathir sebelum ini hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Perhimpunan hari ini dihadiri beberapa pemimpin Umno.


Malaysiakini.

VIDEO - Najib, lebih baik berundurlah......

Posted: 16 Sep 2015 06:15 PM PDT


Melayu lupa sumbangan kaum lain untuk pembangunan Malaysia, kata Ku Li

Posted: 16 Sep 2015 05:45 PM PDT


Melayu lupa sumbangan kaum lain untuk pembangunan Malaysia, kata Ku LiOrang Melayu sudah lupa kaum lain di negara ini menyumbang kepada pembangunan negara, kata pemimpin veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, beberapa jam sebelum perhimpunan "baju merah" berlangsung di Kuala Lumpur.

Dalam menjelaskan orang Melayu sebagai mempunyai "tanggapan singkat" mengenai masyarakat Malaysia lain, ahli Parlimen Gua Musang itu berkata kaum majoriti itu memilih untuk melupakan masyarakat Malaysia lain sudah menerima susur galur tradisional Melayu yang "berpuncak kepada raja".

"Dalam kita taksub untuk sentiasa menguasai keadaan, kita buat-buat lupa masyarakat yang lain pun banyak menyumbang bakti kepada Malaysia.

"Kita lupa ramai di antara mereka menyesuaikan dan menyerap diri ke dalam budaya tempatan," kata bekas menteri kewangan itu dalam ucaptamanya di persidangan tentang perpaduan kaum di Kuala Lumpur hari ini.

"Pada hemat saya orang Melayu, kita sebenarnya kurang percaya kepada diri sendiri, terutamanya dalam hubungan interaksi kita dengan masyarakat Malaysia yang lain," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, antara masalah utama Melayu adalah perasaan hasad dengki sesama sendiri dan suka berdendam kesumat.

Katanya, sikap ini turut dibawa orang Melayu apabila menyertai politik.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, dalam politik Melayu, adalah lumrah agama digunakan untuk mendapatkan sokongan.

Bagaimanapun beliau menyatakan kekecewaannya golongan ulama memberikan penerangan agama dan menyesuaikannya dengan pendirian politik masing-masing sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Ada ketikanya keadaan menjadi lebih buruk kerana terdapat ulama yang gagal menerangkan latar belakang terhadap sesuatu isu.

"Ini menyebabkan orang ramai yang tidak faham selok-belok berkaitan pendirian Islam mengenai perkara tersebut memandang serong terhadap agama kita," katanya.-TMI


Amanah perkenal logo dengan keahlian 30,000

Posted: 16 Sep 2015 05:15 PM PDT


Amanah perkenal logo dengan keahlian 30,000SHAH ALAM: Parti Pekerja-Pekerja Malaysia secara rasmi dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Bertemakan warna jingga, Amanah yang diasaskan kumpulan bekas pemimpin progresif PAS juga buat pertama kali memperkenalkan logo, visi serta misi parti berkenaan.

Pelancaran tersebut disempurnakan Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu.
Terdahulu, Setiausaha penaja Amanah, Anuar Tahir berkata, jumlah terkini keahlian parti tersebut ialah seramai 30,018 orang.

Menggunakan slogan 'Harapan Baru', Amanah mempunyai visi untuk menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga wujudnya negara yang adil untuk semua.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong serta Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.-Mstar

Baju Merah: Bung dikritik muat naik GAMBAR SALAH di Twitter

Posted: 16 Sep 2015 04:45 PM PDT


Baju Merah: Bung dikritik muat naik GAMBAR SALAH di TwitterPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dikritik selepas memuat naik gambar yang salah menerusi akaun Twitternya.

Gambar tersebut didakwa diambil semasa Himpun 16 yang sedang berlangsung pada Rabu.

Namun, gambar tersebut sebenarnya dari perhimpunan yang berbeza.

Ia adalah gambar asal perhimpunan bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka.

"Himpunan Rakyat Bersatu dah bergema..Ribuan Rakyat dan Berhimpun..Seakan akan menjadi Lautan Merah," tulis Bung di Twitternya.-Mstar


''

Kekecohan di Petaling Street cemar Himpunan Rakyat Bersatu

Posted: 16 Sep 2015 04:15 PM PDT



Susulan kejadian, dua peserta perhimpunan telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. -Foto Astro AWANI / Shahir Omar


KUALA LUMPUR: Insiden kekecohan di Petaling Street petang tadi merupakan satu-satunya titik hitam dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung dengan aman.

Susulan kejadian, dua peserta perhimpunan telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa.

Menurut kenyataan itu lagi, dua anggota polis juga mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas.

Seawal jam 11 pagi Rabu, peserta berkemeja-T merah mula berkumpul di beberapa 'checkpoint' yang ditetapkan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kompleks Karangkraf di Jalan Conlay dan Masjid Wilayah.

Suasana meriah dengan bunyian vuvuzela dan gendang yang dipukul peserta yang hadir di setiap 'checkpoint' yang telah ditentukan itu.

Sekitar jam 2 petang, peserta mula berarak ke Padang Merbok di mana sebuah pentas utama didirikan bagi tujuan perhimpunan ini.

Sebaik sahaja perhimpunan utama bermula, lagu-lagu patriotik dimainkan diselangi laungan dan sorakan para peserta.

Antara pemimpin yang hadir dalam acara tersebut termasuk Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan Tan Sri Annuar Musa serta Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

Perhimpunan berakhir sekitar jam 5.30 petang tadi tanpa insiden yang tidak diingini.

Sebelum ini, Ali Rustam berkata perhimpunan ini diadakan kerana Pesaka berasa tercabar dengan tindakan peserta Himpunan Bersih 4 hujung bulan lalu yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai kaedah untuk mencapai objektif mereka.

Selain itu, perhimpunan ini juga menyarankan kepada kerajaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan satu langkah dalam usaha-usaha kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin.

Sepanduk Hapuskan Sekolah Cina Ada Lah Isu Perkauman..... TANGKAP PESERTA DEMO

Posted: 16 Sep 2015 09:15 AM PDT

Minyak Bezen's photo.

Setakat berhimpun nk suh hapuskan sekolah cina baik kamu jumpa menteri pelajaran bagitau je depan². Igtkan nk bela melayu dapat hapuskan gst, dapat masuk hospital free, dapat naik Lrt free.

Mabuk air longkang betul.

Kikiki...

Peserta Himpunan 'Baju Merah' Sokong 'Dèrma Bullshit' RM2.6 Bilion Najib??

Posted: 16 Sep 2015 08:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.

Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial.

Altantuya senjata terakhir Tun Mahathir...Pertempuran belum berakhir... By canang

Posted: 16 Sep 2015 08:00 AM PDT


Dr Mahathir masih simpan peluru akhir untuk "kill" Najib?

Jika diumpamakan gempa bumi yang melanda "negeri" Najib Razak kini, ia berlaku dalam skala Richter yang besar juga yang boleh menghasilkan tsunami. Kedudukan Najib kini bergoyang dan segala isu yang dimainkan memeningkan perdana menteri itu. Ada petunjuk dan lakar wajah yang beliau dalam kerisauan dan isterinya juga loya-loya bukan kerana hamil.


Sokongan yang diminta dari rakyat, pimpinan dalam parti Umno, badan-badan bebas atau atau NGO pengampu, atau pun jeritan sokongan oleh pemimpin tertentu, serta laungan sokong menteri musang berjanggut, tidak memberi kelegaan sebenar kepada Najib.

Najib boleh tidur tetapi lenanya tidak ada. Kaki dan tangannya sering tersentak. Dan pertanyaan selama mana dia akan bertakhta di kerusi PM sering bermain dalam kepalanya. Waktu ini Najib sedang mencari detik dan tarikh keramat untuk bersara.

Mesyuarat MT Umno yang didakwa telah menyatakan sokongan padu kepadanya, hanya sebuah lakonan sementara sahaja atau kain langsir yang carik yang tidak dapat memagari permasalahan dalam Umno seluruhnya. Mesyuarat dan dakwaan kononnya ahli Umno berdiri di belakangnya hanya ilusi semata-mata. Najib kini bersadar kepada penyokong yang membawa rebah.


Serangan akan terus ditala kepada Najib. Untuk beberapa hari ini sementara Dr Mahathir Mohamad berada di Makkah, memberi sedikit kelegaaan dan peluang kepada Najib. Dengan waktu tersisa, bolehlah Najib menyusun langkah dan strategi untuk berdepan dengan serangan kepadanya. Mana-mana fail sulit yang tersimpan di pejabatnya bolehlah dilupuskan atau dibawa keluar sebelum kiamat berlaku.

Saya mengira Dr Mahathir tidak akan berhenti. Dr Mahathir masih ada peluru terakhir untuk dicampak kepada Najib. Peluru ini merupakan paku terakhir keranda Najib.

Apakah peluru itu? Saya tetap yakin ianya adalah berkaitan dengan isu Altantuya Shaariibbu. Satu masa sebelum Abdullah Ahmad Badawi turun dari kerusi perdana menteri, Mahathir ada menerima laporan lengkap mengenai isu Altantuya daripada salah seorang kuasa usaha Mongolia. Mahathir mulanya bercadang akan gunakan laporan itu untuk menjatuhkan Abdullah, tetapi Abdullah bertindakan awal mengelakkan laporan itu diedahkan dengan mengambil keputusan berundur.

Selain Mahathir, ada dua lagi person dikatakan menerima laporan berkenaan. Bagaimana pun laporan yang dianggap akurat mengenai tragedi itu tidak pernah didedahkan.

Apakah peluru terakhir mengenai Altantuya itu merupakan laporan berkenaan? Sekiranya Mahathir mendedahkan laporan ini, ia bukan sahaja mengheret Najib Razak, tetapi ia juga akan berkaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan seorang bekas kuasa usaha Mongolia berasal dari Malaysia itu. Kisah Altantuya tidak akan pernah ada kesudahan, kerana Altantuya masih hidup?

Kita tunggu dan Mahathir seperti juga Anwar Ibrahim tidak akan pernah mengaku kalah dan tidak pernah mengaku salah,SUMBER

Pejabat Peguam Negara Switzerland Bakal Dakwa 1MDB?

Posted: 16 Sep 2015 07:15 AM PDT


Pejabat Peguam Negara Bakal Dakwa 1MDB? Pendakwaraya persekutuan Switzerland hari ini berkata, Malaysia bersetuju untuk mengatur sesi kepada penyiasat negaranya bagi mengambil keterangan beberapa saksi dalam siasatan mereka berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ketuanya, Michael Lauber, hari ini bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk membincangkan "kerjasama" dalam kes 1MDB.

Menurut kenyataan itu, kerjasama antara Malaysia dan Switzerland dianggap sebagai penting kepada siasatan yang dijalankan mereka.
Pejabat Peguam Negara Bakal Dakwa 1MDB? 

Lauber ketika ini sedang menghoskan mesyuarat Persatuan Pendakwaraya Antarabangsa di Zurich. Switzerland tidak mengenal pasti saksi yang akan disoal siasat sebenarnya dan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk menguruskannya.


ADDIN

Hidup Najib!! Hidup Korupsi!!

Posted: 16 Sep 2015 06:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.



Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan SAC Roslan Abdul Wa

Ini bukan zaman batu, keluar Johor jika rasis - Sultan Johor

Posted: 16 Sep 2015 05:45 AM PDT



Sultan Ibrahim (gambar) menitahkan pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ketegangan dan meniup api perkauman. -Gambar Facebook officialsultanibrahim


KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ketegangan dan meniup api perkauman.

Malah baginda turut bertitah, mereka yang terus memilih jalan perkauman supaya keluar dari Johor serta-merta.

"Mereka yang mengamalkan sikap ini (rasis) dinasihat supaya keluar dari negeri ini serta-merta.

"Ini bukan zaman batu. Orang Melayu, Kaum Cina dan India semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua bangsa Johor," titah baginda dalam satu posting di akaun Facebook-nya.

Pada masa sama, baginda menyeru pihak berkuasa supaya tidak pilih kasih dalam memberkas para penghasut.

"Nenek moyang saya, kerajaan negeri, bangsa Johor dan saya telah bekerja keras untuk menyatukan rakyat Johor dan membawa masuk pelabur asing bagi memajukan negeri ini.

"Mereka yang menghasut bangsa Johor perlu berdepan dengan saya," tegas baginda.

Sebelum ini, Sultan Johor turut bertitah bahawa baginda tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman di Johor.

- astroawani

Tiada ulasan: