WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PKR MAHU PAS, AMANAH BERSAMA PAKATAN BARU: APAKAH ‘GAME’ ANWAR?
- ISU RASUAH: ‘PEMIMPIN KITA DIPERSOAL, MALUKAN NEGARA’ – RAFIDAH AZIZ
- HENTIKAN POLITIK “BAIAH” MENGANIAYAI WANITA! – KETUA WANITA PKR
PKR MAHU PAS, AMANAH BERSAMA PAKATAN BARU: APAKAH ‘GAME’ ANWAR? Posted: 04 Sep 2015 09:44 AM PDT PKR mahu Pas, AMANAH bersama Pakatan Baru: Apakah 'game' Anwar?Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut PAS masih menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang. Beliau berkata adalah mustahil bagi PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang belum didaftarkan penubuhannya untuk sama-sama menganggotai pakatan itu. Salleh berkata Pakatan Rakyat perlu memilih satu daripada dua parti itu untuk menjadi rakannya. "Bagaimana kita hendak memahami kenyataan Anwar itu? DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah mati dan sudah tidak wujud lagi. "Jadi, bagaimana PAS masih boleh menjadi sebahagian daripada pakatan yang tidak wujud itu?," tanya Salleh dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com hari ini. Dalam kenyataan dikeluarkan peguamnya semalam, Anwar berkata Amanah akan memperkukuhkan lagi kedudukan pembangkang, bersama-sama PKR, PAS dan DAP serta akan meluaskan kerjasamanya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi dan komited terhadap objektif bersama mereka. "Mereka tidak boleh mempunyai kedua-duanya secara serentak. Sama ada Anwar yang tidak faham atau beliau menyangka bahawa kita yang tidak faham perkara ini," katanya. |
ISU RASUAH: ‘PEMIMPIN KITA DIPERSOAL, MALUKAN NEGARA’ – RAFIDAH AZIZ Posted: 04 Sep 2015 09:40 AM PDT Isu rasuah: 'Pemimpin kita dipersoal, malukan negara' – Rafidah AzizAmat memalukan apabila rakyat asing tahu keburukan tentang Malaysia,kata Tan Sri Rafidah Aziz yang menyifatkannya sebagai menambah garam di luka. Bekas menteri Umno itu dalam tulisan di akaun Facebook berkata, Malaysia kini menjadi buah mulut dunia atas sebab "kesilapan dan memalukan". "Rasa malu yang ditanggung apabila orang luar membangkitkan tentang kesilapan (yang rakyat sendiri menuding jari kepada pemimpin) sangat menyakitkan…seperti menambah luka dan cuka kepada luka! "Tetapi kita tidak boleh mengabaikan kritikan dan pemerhatian itu. Mereka betul," katanya. Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak, Rafidah dipercayai merujuk kepada Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditegur keras pegawai kanan Transparency International (TI) mengenai derma RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013. Presiden TI Jose Ugaz berkata, derma daripada Timur Tengah itu mempunyai segala elemen "rasuah besar" manakala pengasas bersama Michael J. Hershman menggesa Najib menjelaskan dana itu. Malaysia menjadi tuan rumah IACC ke-16 dan Najib disenaraikan menyampaikan ucapan dasar tetapi tidak berbuat demikian selepas dinasihatkan menteri Datuk Paul Low kerana "bimbang kemungkinan sambutan yang agresif" dan "isu peribadi". IACC bermula pada Rabu dan berakhir hari hari ini, dihadiri 1,000 delegasi daripada 130 negara. Rafidah menggambarkan 48 jam sebagai "hari-hari memalukan negara" dan berkata ia merupakan kemuncak selepas apa yang diperkatakan rakyat selama ini, sama ada secara terbuka atau tertutup. Bekas menteri perdagangan dan antarabangsa itu berkata, perkara utama adalah melibatkan integriti kerajaan dan pemimpinnya, begitu juga isu yang menjejaskan negara. "Biasanya kita dengan negara luar dikritik kerana rasuah. Hakikatnya kita sendiri mengutuk dan gunakan mereka sebagai contoh kekurangan integriti, tamak dan penyalahgunaan kuasa. "Kini, dalam persidangan dunia memfokuskan isu rasuah, pemimpin kita sendiri dipersoalkan… kerana beberapa isu yang kita dan majoriti rakyat Malaysia persoalkan," katanya. Katanya, apa yang disaksikan rakyat Malaysia sekarang "di luar fikiran" dan mempersoalkan konsep "berkhidmat untuk rakyat dan negara". Walaupun tidak menyebut Bersih 4, Rafidah menggesa pihak berkuasa berhenti membuang masa dan tenaga mempersoalkan pihak penganjur himpunan. "Jika polis tidak tahu, ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka. Tumpukan kepada memahami punca rakyat berdemonstrasi… itulah puncanya yang membuatkan mereka turun ke jalanan. Tumpu kepada setiap punca isu dan selesaikannya mengikut undang-undang. "Kita mesti berusaha untuk memulihkan semula nama baik negara kita," katanya. Polis dua hari lalu menyoal siasat pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan beberapa individu lain kerana menganjurkan himpunan selama 34 jam. Polis juga akan menyoal siasat beberapa pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghadiri himpunan Bersih 4. |
HENTIKAN POLITIK “BAIAH” MENGANIAYAI WANITA! – KETUA WANITA PKR Posted: 04 Sep 2015 09:37 AM PDT Hentikan politik "baiah" menganiayai WANITA! – Ketua Wanita PKRKENYATAAN MEDIA: Isu baiah yang diperkenalkan dalam PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri khususnya Kelantan yang berniat untuk meninggalkan parti tersebut adalah satu tindakan yang tidak munasabah. Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumah tangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung. Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang. Wanita atau isteri memainkan peranan yang paling penting dalam institusi keluarga. Lafaz baiah dan ta'liq itu tidak seharusnya menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran untuk kerja politik. Ini menimbulkan keraguan dimana jika Islam itu menjadi landasan utama dalam matlamat perjuangan, apakah Islam dan Keluarga itu dua perkara yang berbeza? Politik, Islam dan keluarga adalah perjuangan yang satu tanpa perlu sebarang pemisahan. Tindakan mengingkari baiah itu seolah-olah sama tarafnya seperti keluar dari agama. Penceraian talak tiga yang dijatuhkan kepada isteri tanpa sebab adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal. Bukankah talaq adalah perkara yang paling tidak disukai Allah walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya. Tidak wajar jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan peribadi mereka. Maka, sebarang penggunaan "talaq" untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan dalil dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan penyalahgunaaan objektif asal peruntukan yang diberikan oleh Allah. Andai kata perjuangan PAS boleh berubah di masa-masa akan datang, PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islam? Apakah ahli-ahli parti tidak boleh meninggalkan PAS hanya kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya? Walaupun ianya satu acara yang dipersetujui, namun para lelaki seharusnya memikirkan akibat yang ditanggung oleh wanita sekiranya penceraian tanpa rela ini berlaku. Wanita tidak harus dianiaya hanya kerana sebuah perjanjian taat setia terhadap parti. Semoga ini menjadi pengajaran bagi ahli politik di Malaysia, bahawa menjadikan wanita sebagai cagaran dan gadaian dalam politik adalah satu perkara yang sungguh mundur. Kita bukan hidup di zaman jahiliyyah, sedangkan Allah sendiri mengangkat wanita dalam Al-Quran serta merta apabila mendengar keluhan Khawlah terhadap suaminya, tetapi pemimpin pemimpin Islam di Malaysia menganggap wanita itu sebagai satu bahan yang boleh dipermainkan.Jika penindasan begini terus berlaku terhadap wanita, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengiktiraf wanita khususnya wanita Islam di Malaysia. YB Zuraida Kamaruddin adalah Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan