WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- ‘LEBIH BANYAK MELAYU MISKIN, LEBIH MUDAH NAJIB KEKALKAN KUASA’
- TSUNAMI PRU 14 BOLEH BERLAKU JIKA EKONOMI TERUK – DAP
- BENARKAN KHAIRUDDIN JUMPA FBI, JIKA BOHONG A.S TANGKAP – KADIR JASIN
‘LEBIH BANYAK MELAYU MISKIN, LEBIH MUDAH NAJIB KEKALKAN KUASA’ Posted: 26 Sep 2015 07:50 PM PDT 'Lebih banyak Melayu miskin, lebih mudah Najib kekalkan kuasa'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dalam waktu terdekat, begitu juga beliau yakin BN akan terus menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin. Menulis dalam blognya hari ini, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, Umno akan menggunakan wang dan kuasa bagi memancing undi, sambil menakutkan orang Melayu dengan mengatakan mereka berdepan risiko "dihapuskan" golongan minoriti Cina. "Cukup ramai orang di sekeliling perdana menteri yang percaya dengan wang dan kuasa politik, mereka boleh terus mengatur undi luar bandar yang cukup atas nama kelangsungan hidup bangsa (kaum) untuk terus berpaut kepada kuasa. "Penggunaan emotif 'bangsat' oleh Najib menerima sokongan ramai orang Melayu luar bandar. "Najib sendiri percaya boleh mempertahankan kuasanya sehingga PRU akan datang untuk memimpin BN ke arah kemenangan," kata Kadir. Kadir berkata, apa yang Najib perlu lakukan pada masa sama ialah, memastikan tiada tindakan jenayah diambil terhadapnya. Menurutnya penggubal undang-undang BN harus dipantau rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian berpaling tadah atau undi tidak percaya. Memetik contoh "perhimpunan baju merah" 16 September di mana pihak penganjur boleh meyakinkan orang ramai untuk menyertainya, Kadir berkata, modus operandi sama boleh digunakan untuk memenangi PRU14 akan datang. "Moto Najib – wang adalah raja – diterima baik orang Melayu yang miskin di kampung-kampung dan penempatan Felda. "Dengan kemerosotan harga komoditi yang berterusan dan peningkatan kos sara hidup akibat kejatuhan nilai ringgit dan pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kuasa wang lebih kuat di kalangan orang miskin luar bandar," katanya. Menurut Kadir, Najib tidak memerlukan "cerdik pandai Melayu" atau orang bandar, menyedari yang beliau tidak dapat mengancam mereka supaya berserah diri kepada hantu perkauman. Bagaimanapun, Kadir berkata, Najib, parti dan kerajaan makin lemah dari segi media, memandangkan media arus perdana kini kehilangan pembaca dan berdepan masalah kewangan. Beliau berkata, integriti dan standard laporan mereka kini jatuh apabila mempertahankan Najib dan kerajaannya runtuh dalam setiap kes saman yang mereka tewas. Sebaliknya, media bebas seperti akhbar Sinar Harian dan penerbitan di bawah The Edge Media Group, makin diterima pembaca, dan pada masa sama semakin ramai yang menggunakan blog, Facebook, Twitter dan Instagram. "Percubaan Najib dan penyokongnya menggunakan platform ini, bermula dari PRU 2013, tidak berjaya dengan cemerlang. "Sebaliknya, laman sesawang mereka digunakan rakyat untuk meluahkan cemuhan ke atas mereka." |
TSUNAMI PRU 14 BOLEH BERLAKU JIKA EKONOMI TERUK – DAP Posted: 26 Sep 2015 07:41 PM PDT Tsunami PRU 14 boleh berlaku jika ekonomi teruk – DAPPakatan Harapan masih mampu menarik sokongan pengundi Melayu walaupun tidak disertai PAS, kata seorang wakil rakyat DAP, mengulas kebimbangan yang gabungan parti pembangkang baharu itu mungkin lemah tanpa parti Islam itu. Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata pandangan itu satu anggapan yang salah kerana PAS tidak berupaya menarik minat orang Melayu bandar dan pengundi bukan Melayu jika tidak kerana puak progresifnya. Puak itu kini meninggalkan PAS dan membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan. Liew berkata dengan mengandaikan "angin" politik akan memihak kepada pembangkang, pilihan raya akan datang bakal ditentukan sama ada pembangkang boleh mengalahkan Umno dalam 35 hingga 40 kerusi marginal di Semenanjung. "Umno mempunyai 73 kerusi di Semenanjung," kata pengarah pendidikan politik DAP itu dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada musuh ketat PAS dan parti tunjang Melayu dalam Barisan Nasional (BN). "Kekalahan dalam 40 kerusi marginal itu akan membawa kepada berakhirnya Umno sebagai kerajaan. Kerusi tersebut kebanyakannya separa bandar di pantai barat Semenanjung dan bercampur-campur dari segi komposisi etniknya. "Ini kerusi yang PAS, di bawah kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini, tanpa puak progresif, akan mendapatinya sukar untuk dimenangi," kata Liew Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 50% daripada 30 juta penduduk Malaysia dan merupakan pemegang undi penting untuk kedua-dua BN dan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan, terdiri daripada parti pembangkang PKR, DAP dan kumpulan serpihan PAS – Amanah – dilancarkan awal minggu ini menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak lagi berfungsi. PAS enggan menyertai gabungan pembangkang baharu itu, menyatakan ia tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan "pengkhianat", merujuk kepada bekas anggota dan pemimpinnya yang membentuk Amanah. Dengan penubuhan Pakatan Harapan, Liew berkata, pembangkang kini harus membina sokongan dan keyakinan orang ramai bagi mengubah kerajaan. Lebih penting lagi, mereka perlu meyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa bandar yang kerajaan baharu akan menjadi lebih baik berbanding Umno. "Jika pembangkang baharu boleh membina kepercayaan dan perpaduan, terutamanya di kalangan anak muda Melayu di kawasan pinggir bandar, mungkin akan ada gelombang anti-kerajaan atau tsunami yang akan menyapu bersih Umno untuk selama-lamanya," katanya. Pakar strategi DAP itu juga meramalkan, gelombang rakyat seterusnya akan berdasarkan keadaan ekonomi semasa. Menjawab kritikan yang Pakatan Harapan ditubuhkan dengan tergesa-gesa, Liew berkata, lebih baik gabungan itu direalisasikan segera sekarang daripada terlalu lewat di kemudian hari. |
BENARKAN KHAIRUDDIN JUMPA FBI, JIKA BOHONG A.S TANGKAP – KADIR JASIN Posted: 26 Sep 2015 07:38 PM PDT Benarkan Khairuddin jumpa FBI, jika bohong A.S tangkap – Kadir JasinDatuk Seri Khairuddin Abu Hassan harus dibenar mengemukakan dokumen beliau mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kononnya "palsu dan dipalsukan" itu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), kata Datuk A. Kadir Jasin. Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang New Straits Times Group itu berkata, tidak ada sebab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut akan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jika benar beliau berbohong. Sebaliknya, Najib harus yakin dengan sistem keadilan Amerika Syarikat (AS) untuk bertindak terhadap Khairuddin jika dokumen 1MDB yang dibawa beliau adalah palsu. "Jika Khairuddin menipu dokumen di tangannya palsu atau dipalsukan, mengapa perdana menteri perlu takut kepadanya? "Sebagai kawan baik AS, beliau harus menaruh kepercayaan kepada sistem keadilan AS dan membenarkan Khairuddin mengemukakan dokumen palsu dan dipalsukan itu kepada FBI. "Biar AS tangkap dan dakwanya kerana berbohong. Berbohong kepada sebuah agensi kerajaan AS ialah satu pelanggaran undang-undang jenayah." Kadir juga berkata, tangkapan Khairuddin serta seorang lagi ahli Umno yang dipecat, Anina Saadudin, menunjukkan ugutan kini menjadi strategi Najib. Anina dipecat selepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya. Sebagai salah seorang pengkritik tegar syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, Khairuddin pertama kali ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu. Terdahulu hari yang sama, beliau dan peguamnya Matthias Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin ditahan kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini. Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis. Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, yang mana Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya. Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai FBI di AS apabila ditahan di lapangan terbang itu. Beliau ditahan reman selama 6 hari selepas ditangkap pada hari itu dan pada Rabu minggu lepas, selepas dibebaskan majistret, beliau ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 ketika berjalan keluar dari bilik mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Di bawah Sosma, suspek boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 29 hari. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan