WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- KITA BERKENALAN DENGAN BANI JAWI
- MAI KITA LIHAT PEMANDANGAN LEPAS PERHIMPUNAN MELAYU???
- BN GAGAL BASMI KEMISKINAN MELAYU SELEPAS 58 TAHUN
- BAJU MERAH: HIMPUNAN SOKONG NAJIB, BUKAN MELAYU
- DULU KUTUK BERSIH MACAM MACAM...LA NI KENA BALIK..
KITA BERKENALAN DENGAN BANI JAWI Posted: 17 Sep 2015 05:31 AM PDT |
MAI KITA LIHAT PEMANDANGAN LEPAS PERHIMPUNAN MELAYU??? Posted: 17 Sep 2015 03:42 AM PDT PAS punca penyertaan himpunan di luar jangka |
BN GAGAL BASMI KEMISKINAN MELAYU SELEPAS 58 TAHUN Posted: 17 Sep 2015 02:08 AM PDT BN gagal basmi kemiskinan Melayu selepas 58 tahunWalau lebih 5 dekad Malaysia membawa satu nama yang menaungi tanah Semenanjung – dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya – dan negeri Borneo, kaum yang menjadi asas nama negara itu sendiri, ketika ini masih terpinggir dan mundur dari segi ekonomi, kata seorang tokoh perniagaan Melayu. Bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Seri Abdul Rahman Maidin berkata, Malaysia selepas 52 tahun masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan rakyatnya, terutama orang Melayu. Menyifatkan orang Melayu bersifat inklusif "sejak azali", beliau berkata, faktor utama penyumbang kepada kemunduran dan kemiskinan mereka ialah, komuniti yang satu ini masih di takuk lama. Katanya, meskipun kaum Melayu membentuk kelas menengah paling ramai di Malaysia, namun strukturnya amat berbeza dengan kaum lain, terutamanya Cina. "Menengah Melayu masih terikat. Kerangka kita, di atas mesti ada majikan. Kalau zaman dahulu, kerangkanya ialah pembesar istana. "Sebagai contoh, Melayu golongan menengah hanya makan gaji, berbeza dengan Cina yang menjalankan perniagaan sendiri. Mereka (Cina) tidak bergantung," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider sempena sambutan Hari Malaysia hari ini. Beliau yang juga pengerusi Institut Kesedaran Rakyat memberi contoh, mengaitkannya dengan orang Melayu yang menurutnya membentuk peratusan paling ramai dalam sektor awam. Mereka, katanya, hanya bekerja makan gaji dan menerima suapan rezeki setiap bulan daripada majikan. Bukan itu sahaja, sektor swasta juga katanya, memperlihatkan orang bukan Melayu mengatasi kaum majoriti itu. Tidak menafikan ada golongan kaya dibarisi orang Melayu, Rahman yang kini 30 tahun bersama DPMM itu berkata, ia masih lagi tidak mampu menandingi kaum lain. "Ya, benar, ada Melayu yang kaya. Kita lihat pada senarai terkaya Malaysia, adalah satu dua nama. "Saya tidak mahu sebut siapa, tetapi kalau kaya hanya bergantung projek daripada kerajaan. Itu amat berbeza dengan Cina dan India yang kita tahu mereka ada banyak tunai. "Melayu kita yang kaya itu sebenarnya hutangnya melebihi asetnya. Saya tahulah, kerana dulu saya dalam dunia korporat," katanya. Justeru, beliau yang merupakan calon PAS di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 itu berkata, Malaysia yang dibentuk pada 1963, hingga kini masih gagal menyelesaikan isu pokok, iaitu kemiskinan Melayu. Bagi mengatasi masalah ini, Rahman menyarankan, kerajaan dan semua pihak perlu menggembleng tenaga mendidik anak bangsa agar mereka bangkit melawan "virus kemiskinan". "Asas pendidikan perlu diperbaiki. Jangan biar anak Melayu keciciran. Pendidikan akhirnya akan memberikan ekonomi yang lebih baik, seterusnya kepada kesihatan, dan lain-lain," katanya. Beliau berkata, kesedaran terhadap bahayanya kemiskinan amat penting kerana ia kunci kepada penghapusan kemiskinan. Kerajaan katanya perlu berhenti menyuap rakyat dengan pertolongan jangka pendek seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) contohnya, tetapi sebaliknya harus mendidik rakyat bagaimana untuk berusaha memperoleh pendapatan yang lebih stabil. Katanya, selagi perkara ini tidak diselesaikan, maka Malaysia hanyalah perjanjian atas kertas tanpa dapat merasai gabungan sebenar ketiga-ketiga tanah itu – Semenanjung, Sabah dan Sarawak. "Walaupun kita duduk sebagai satu negara, saya tidak nampak kenegaraan. Malaysia bukan satu negara, hanyalah kawasan Semenanjung dan pulau Borneo yang dicantum dan hanyalah satu perjanjian tidak meresap kepada inti masyarakat. "Bila sebut kenegaraan, kita tidak boleh berasaskan kontrak kepada kertas. Ia perlu datang daripada sanubari, jati diri," katanya. Rahman berkata, kemerdekaan juga bermakna rakyat Malaysia punya rasa kasih sayang terhadap satu sama lain di kalangan berbilang bangsa dan agama. "Apabila datang Hari Malaysia, timbul pelbagai perkara. Maknanya, 16 September bukan satu kegembiraan tapi dengan penuh kekecewaan, perasan masyarakat yang tidak kena," katanya melahirkan kekesalan dengan keadaan negara ini walaupun selepas lebih 50 tahun penubuhannya. |
BAJU MERAH: HIMPUNAN SOKONG NAJIB, BUKAN MELAYU Posted: 17 Sep 2015 02:03 AM PDT Baju Merah: Himpunan sokong Najib, bukan MelayuDi sebalik retorik perang, himpunan 'baju merah' di Kuala Lumpur semalam sebenarnya lebih mengenai sokongan kepada perdana menteri yang dilanda masalah, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya melindungi Umno, apatah lagi tentang mempertahankan hak dan maruah masyarakat Melayu. Beberapa perkara yang berlaku sebelum perhimpunan mengiakannya. Malam sebelum perhimpunan tersebut, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang Melayu supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama tokoh berpengaruh Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memperlekehkannya. Laporan The Malaysian Insider juga memetik beberapa pemimpin akar umbi Umno berkata mereka menentangnya. Kedua-dua Muhyiddin dan Dr Mahathir adalah pemimpin Umno tidak sehaluan dengan Najib dan wakil kepada ahli parti yang kecewa dengan presiden Umno itu. Himpunan Rakyat Bersatu semalam tidak disokong 2 tokoh penting Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak kurang pentingnya ialah kajian Merdeka Center pada Selasa yang menunjukkan hanya 24% orang Melayu ditemu bual berkata mereka menyokong perhimpunan tersebut. Sebagai perbandingan, 53% berkata mereka menentangnya, satu petunjuk yang majoriti masyarakat tidak fikir pekerjaan, keluarga dan masa depan mereka diancam "kaum lain". Tetapi apa yang jelas daripada perhimpunan itu, Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata masih ada kumpulan kecil penyokong Umno tegar yang benar-benar percaya permainan isu perkauman itu. Paradoks kehilangan kuasa Walaupun niat yang dinyatakan adalah untuk melindungi maruah Melayu, tiada seorang pun kecuali Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, memperincikan bagaimana kaum majoriti itu sedang dipinggirkan. Juga tiada yang menyuarakan dakwaan rasuah dan salah urus kewangan terhadap syarikat pelaburan bermasalah negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadi Najib. Ibrahim hanya menyentuh mengenai tanah rizab Melayu yang merosot dalam tempoh 50 tahun lepas. Beliau bagaimanapun tidak menyebut kuasa untuk menarik balik warta tanah rizab Melayu milik kerajaan negeri dan untuk 51 tahun yang lalu, Umno memerintah semuanya kecuali Kelantan. Menurut penganalisis politik, Prof Shaharuddin Badaruddin, ia menggambarkan keseluruhan paradoks perhimpunan tersebut. Shaharuddin dari Universiti Selangor berkata, ahli Umno berarak untuk melindungi orang Melayu pada suatu masa apabila semua institusi di negara ini dikawal mereka dan Umno adalah parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen. "Jadi di mana ancaman Melayu kehilangan maruah atau kuasa? Selepas 58 tahun merdeka kita masih perlu ada perhimpunan seperti ini?" katanya. Yang menimbulkan persoalan – adakah perhimpunan itu mengenai ahli Umno yang keluar untuk menyokong parti? Bagi ahli Umno yang tidak muncul, ini ketakutan sebenar, kata Ibrahim. "Perhimpunan dan retorik bercakap pada naratif lebih besar di mana Umno berdepan dengan prospek politik tidak menentu, kerana ekonomi hampir nazak, pengundi muram terbeban dengan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan pemimpin yang tidak popular." Bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah juga tidak berfikir ia tentang menyelamatkan Umno dan menekankan kepada ketiadaan pemimpin Umno di perhimpunan tersebut. Ahli paling tinggi kedudukan ialah Ahli Majlis Tertinggi Tan Sri Annuar Musa. Bandingkan ini dengan Bersih 4, yang dihadiri pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). "Ia bukan sebenarnya tentang menyokong parti tetapi tentang membela individu tertentu," kata bekas ahli Parlimen Temerloh itu. Tidak dapat dipertahankan Saifuddin berkata, tanda paling jelas mengenai perhimpunan itu ialah bagaimana ia mahu menangani perhimpunan Bersih 4, 2 minggu lalu. "Bersih 4 mempunyai 5 objektif utama. Ia juga termasuk matlamat meminta perdana menteri meletakkan jawatan," katanya. Si 'baju merah' menyertai Himpunan Rakyat Bersatu sebagai perhimpunan balas terhadap Bersih 4, hujung bulan lalu. Peserta Bersih 4 menggesa Najib meletakkan jawatan atas dakwaan beliau menerima derma RM2.6 bilion. Saifuddin meragui 'baju merah' menentang mana-mana 5 objektif, termasuk pilihan raya adil dan kerajaan yang bersih. Sasaran paling berkemungkinan adalah seruan kepada Najib untuk meletak jawatan. "Jika Bersih 4 mahu menjatuhkan kerajaan, akan ada lebih ramai orang di perhimpunan tersebut. "Tetapi saya rasa orang Melayu faham jika kita menukar perdana menteri, kerajaan akan tetap Umno dan Barisan Nasional," katanya. Dan di sinilah retorik perkauman datang, kata Saifuddin. "Anda tidak boleh berhimpun untuk sesuatu atau seseorang yang tidak dapat dipertahankan dan mengharapkan orang ramai muncul menyertainya. Jadi anda menggunakan isu perkauman dan bermain dengan emosi." Slogan kedua paling popular dalam himpunan berkenaan selain "Melayu perlu bangkit" adalah "mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat". Tetapi tidak ada yang menjawab apabila ahli politik yang berucap pada perhimpunan itu berkata 'Hidup Umno'. Dalam perjalanan ke perhimpunan tersebut, penulis terserempak dengan rakan Melayu yang sedang dalam perjalanan ke sebuah kompleks beli-belah. Apa yang dikatanya menggambarkan bagaimana Melayu bandar, bertindak balas terhadap 'baju merah'. Daripada semua orang Melayu yang dikenalinya, hanya seorang saja pergi ke Padang Merbok. Dan bagaimana pula dengan rakan-rakan Melayu lain, apa yang mereka fikirkan? "Rakan Melayu saya yang lain pergi ke Bersih 4," katanya. |
DULU KUTUK BERSIH MACAM MACAM...LA NI KENA BALIK.. Posted: 17 Sep 2015 02:00 AM PDT Aku tak mau kata apa..cuma nak kata depa ni kurang cerdik kerana 1..Apa matlamat depa nak p dok kutuk dan hentam DAP 2. DAP rampas tanah Melayu ka..DAP tipu Melayu ka? 3. Bukan 58 tahun merdeka , siapa yang perintah Negara ini? 4. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-52-tahun-melayu-masih-mundur-kerana-terikat-kata-tokoh-perniagaan. 5.http://alhusseyn51.blogspot.my/2015/09/apa-ancaman-saya-tidak-tahuku-li-tanya.html#!/tcmbck Kata KULI dia tak terasa terancam sebab katanya dalam negara ini, semuanya Melayu pegang. Kerja ,MB,GLC semuanya Melayu..yang terancamnya siapa? Oooo orang Melayu pemalas kot..bayangkan..nak hantar demo pun bawa dengan bas lagi...alaaa... semuanya nak free... inilah Melayu pemalas sebenarnya.. Siapa yang rajin...?? Kaum tionghua dan kini kaum India memang rajin berusaha...sekarang bangla,Indon,Acheh, Mynmar, malah berbagai bangsa lagi cari rezeki di negara ini...Melayu hisap dadah banyaksampai di jengka dan kawasan pedalaman pun dah habis lingkup Melayu. Pemerintah Melayu buat apa? nak hilangkan isu 42 billion dan 2.6 billion...sama macam kes dudlu dulu juga la..diam macam tu saja...alih isu,guna isu kaum,..last last menang lagi pilihanraya...sebab apa? sebab penduduk luar bandar malas fikir.... Apa pula kata peniaga di Kuala Lumpur? ...nak kata apa?..bila ada double standard?....sampah merata..kalau BERSIH buat sampah..kena kutuk 4 hari 4 malam.,tak masuk lagi komen sana sini..meluat la dengar... Sekarang baru tahu siapa yang merosak kan negara? maki polis,salahkan peniaga cina..awat kat Petaling Street tu bangsa asing saja ka yang pergi membeli belah situ?....tak ada..semua orang pergi situ.... So...untuk masa ini boleh dikatakan bahawa menteri yang menyokong perhimpunan ini memang tak bijak. Tak gitu PM? Atau mana 42 billion n juga siapa yang derma 2.6 billion hilang?..... |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan