Tukar Tiub |
- KETAWA DI TERUSKAN LAGI
- MANA MARUAH MELAYU
- CABUT GIGI TINGGAL GUSI
- BANK NEGARA SEDANG CARI
- SIAPA JADI SAMPAH?
- HARAP MAKLUM
- APA LAGI NAK CAKAP
- NILAI RINGGIT JATUH :LAGI
- AGENDA BAHASA SEKALI LAGI
- AWAS JEREBU
- PERJUANGAN BARAM
Posted: 28 Sep 2015 07:00 PM PDT |
Posted: 28 Sep 2015 06:29 PM PDT MANA MARUAH MELAYU Pemuda Umno minta China tidak campuri urusan dalaman negaraKetua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta pihak luar agar tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia. Mengulas kenyataan Duta China di Malaysia, Huang Huikang ketika membuat lawatan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur Jumaat lepas, beliau berkata kenyataan yang dibuat duta itu boleh ditafsirkan sebagai mencampuri urusan negara. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-umno-minta-china-tidak-campuri-urusan-dalaman-negara#sthash.9YgBKUrk.dpufKAH KAH KAH woit mana yang lain kenapa tak bersuara kenapa senyap ini maruah melayu hanya menantu ayah bersuara yang lain tikus ke? dah kena nasi kang kang kena lendir china doll kah kah kah woit inilah maruah melayu inilah hidup melayu inilah pahlawan melayu apa jadi pahlawan bugis kah kah kah CHiNA DOLL ----------- |
Posted: 28 Sep 2015 12:40 PM PDT CABUT GiGI Esok hari penentuan Khir Toyo Adakah bekas menteri besar Selangor Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara? Persoalan ini akan terjawab esok apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50. Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/esok-hari-penentuan-khir-toyo#sthash.nGiTYsE3.dpufKAH KAH KAH woit sekali lagi akan kena serangan jantung kah kah kah atau sakit gusi atau sakit gigi atau sakit kaki cabut gigi tinggal gusi CABUT GiGI ------------ |
Posted: 28 Sep 2015 06:09 AM PDT BANK NEGARA SEDANG CARI SEBAB 1MDB KATA ZETI zeti kt rinngit akan bertambah baik jika 1mdb selesai....at least ringgit jatuh setanding dgn negara asean.... ini dgn asean pun jatuh teruk nk pertahan jg mdb tu....yg ckp tu zeti gebenor bnk negara. .. bukan umnu sekinchan yg pasti bkn dap kit siang atau lge yg punca duit jatuh tp org itu..yg pas dok cinta tu ada kesan penyebb duit jatuh. jgnlah nk elak walaupun ada srbb lain. umpama tgn kanan kita kena najis tkkan kita kata its ok srbb tgn kiri masih suci....ada wuduk lg kn dungu fikir mcm tu on NILAI RINGGIT JATUH :LAGI Anonymous on 9/28/15 PROF CAP AYAM satu lagi penjilat buntut najib.......prof cap Ayam mdb. Harga minyak satu dunia jatuh....kenapa duit US tak jatuh ah! Euro pun tak jatuh. prof cap ayam hari@ kencing ketuanan melayu felda! on NILAI RINGGIT JATUH :LAGIAnonymous on 9/28/15 PROF BAHLOL Prof Bahalol cakap cakap bebende semua orang dah tahu Apa Otak Prof Bahalol macam ini Duit Rengget sudah jatuh terok , cakap lah bebende Rakyat tak tahu macam Si Bahalol yang pencen bulan Oktober ini boleh selamat milai Rengget ke....... Baru lah ada nilai cakap nya Ini tidak , cakap macam CIUM BAU KENTUT NYA saja Kepala Otak !!!!!!!!!!!!!!! Ini akibat mentedarah gaji elaoun Rakyat buta setiap hari sampai Otak jadi BENGGAP.... Bodoh Betul. on NILAI RINGGIT JATUH :LAGIAnonymous on 9/28/15 ----------- |
Posted: 28 Sep 2015 05:19 AM PDT SiAPA SAMPAH? Zeti gesa tangani persepsi buruk selepas penarafan 'status sampah' pelabur28 Sep — Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz hari ini menggesa pihak bertanggungjawab supaya menangani persepsi buruk yang diterima negara selepas penarafan "status sampah" (junk status) oleh pelabur yang menyamakan Malaysia setaraf Brazil. KAH KAH KAH woit ni apa ni? apa yang sampah? apa makna cakap zeti ini? kah kah kah SAMPAH ------------- |
Posted: 28 Sep 2015 12:22 AM PDT |
Posted: 28 Sep 2015 12:14 AM PDT GWA SUDAH BiLANG LU TAK CAYA Paras terendah baru ringgit 4.41 sedolarRinggit, yang nilainya kini rendah dalam 17 tahun, hari ini mencapai paras terendah baru 4.4110 untuk sedolar Amerika Syarikat. Ringgit menjalani trend penurunan tengah hari ini sejak dibuka pada 4.3877 untuk sedolar pagi tadi. Matawang Malaysia bagaimanapun naik sedikit pada 1.30 petang pada 4.4038 sedolar. Ringgit telah susut nilai 30 peratus pada tahun lepas. KAH KAH KAH woit nak cakap apa lagi ekonomi malaysia runtuh nilai ringgit jatuh satu dunia sudah tahu satu dunia sudah cakap nak tunngu apa lagi zeti bank negara dah cakap pakar ekonomi dah cakap semua ini kerana najib semua ini kerana 1MDB SEMUA AKAN RUNTUH ------------ |
Posted: 27 Sep 2015 08:43 PM PDT NiLAI RiNGGIT JATUH LAGi Ringgit continues decline against US dollarKUALA LUMPUR : The ringgit continued its decline in early trade today, as the greenback strengthened amid the possibility of an increase in interest rates this year, a dealer said. At 9 am, the ringgit eased to 4.3890/3980 against the greenback from 4.3800/9000 at 5pm on Friday. The dealer said the the local currency was still under pressure as Federal Reserve Chair, Janet Yellen, has confirmed last week that the bank was still poised to normalise policy this year. The ringgit was traded lower against a basket of major currencies except the pound sterling. It fell against the Singapore dollar to 3.0783/0852 from 3.0758/0835 on Friday. It was traded lower against the yen at 3.6429/6519 from 3.6180/6269 previously. The local note eased against the euro to 4.9117/9231 from 4.8784/8900 on Friday. It, however, rose against the pound sterling to 6.6695/6863 from 6.6699/6868 previously. INi SATU JAWAPAN Ringgit pulih jika selesai dua isu SHAH ALAM - Nilai ringgit akan kembali pulih sekiranya isu kejatuhan harga minyak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan serentak. Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, jika salah satunya selesai, ia belum dapat menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit. "Walaupun 1MDB dapat diselesaikan, itu belum bermakna ringgit akan pulih kerana ia turut bergantung kepada situasi kejatuhan minyak dunia. "Begitu juga sebaliknya. Saya berpendapat kedua-duanya perlu diselesaikan serentak," katanya, semalam. Menurutnya, isu 1MDB hanya mempengaruhi keyakinan pelabur asing yang ingin datang melabur di negara ini walaupun harga minyak kembali meningkat. Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang yakin ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan. KAH KAH KAH i rest my case i have noting to add my lord kah kah kah BILA LAGi ------------ |
Posted: 27 Sep 2015 08:06 PM PDT BAHASA SEKALi LAGI agenda satu sekolah heboh kembali maka tt mengeluarkan tulisan lama yang bersangkut dengan bahasa dari arkib tt : 26 FEB 2009 Kalaulah saya juga Minah IndonesiaSama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wujud atau mati, orang awam di negara kita akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu. Manusia di mana-mana pun dalam dunia ini perlu berhubung antara satu dengan yang lain. Bunyi yang keluar dari mulut dan tekak mereka menjadi cara terbaik untuk berhubung. Bunyi ini akan menyampaikan apa yang ada dalam fikrah mereka. Jutaan tahun dahulu, bunyi-bunyi ini tunggang-langgang sifatnya. Masa dan keperluan untuk berhubung sesama manusia telah mengembangkan bunyi ini dari satu susuk ke satu kumpulan hingga ke satu daerah dan mukim. Kemudian ia menjadi tersusun, bercambah dan berkembang – akhirnya bunyi ini dipanggil bahasa. Semua ini berlaku tanpa dana daripada Kementerian Pelajaran atau DBP. Heboh-heboh Bahasa Melayu mula kedengaran kembali di awal tahun ini. Heboh-heboh bahasa dalam negara kita ini macam perangai kelab dangdut: kejap-kejap ada, kadang-kadang hilang. Tetapi selalunya hilang entah ke mana. Macam berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Pernahkah para pembaca terdengar nama Gapena (Gabungan Penulis Nasional), Pena (Persatuan Penulis Nasional) dan beratus-ratus jenis kumpulan yang mengakui bahawa ahli-ahlinya bakal penulis, penulis dan sasterawan? Sesiapa yang tidak pernah mendengar, tidak mengapa. Kita tidak akan dimarahi oleh menteri dalam negeri Syed Hamid Albar atau disaman oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Nama-nama yang saya tulis di atas itu badan-badan sasterawan Melayu yang "berani" mengakui diri mereka sebagai pewaris, pengembang dan penjaga Bahasa Melayu. Saya cukup sangsi dengan pengakuan badan-badan ini. Telah lama saya perhatikan. Badan-badan ini lebih banyak dilihat sebagai pembodek kuasa daripada berjuang untuk menegakkan Bahasa Melayu. Untuk saya, susuk ulung yang trampil dalam mengembangkan Bahasa Melayu pada ketika ialah Minah-minah Indonesia dan bukan badan-badan sasterawan ini. Cuba perhatikan: Pada ketika ini Minah-minah Indonesia ini berada di setiap pelusuk kota-kota besar di negara kita ini. Mereka datang ke sini untuk bekerja mencari nafkah. Mereka tidak mengira kerja apa pun - semua sanggup mereka lakukan. Mereka tidak memilih siapa majikan mereka. Mereka tidak menilai apa agama majikan mereka. Mereka tidak menghiraukan di lubang mana mereka akan bekerja. Inilah sikap dan nilai kaum buruh, kaum proletariat, yang dibawa oleh Minah-minah Indonesia ke sini. Wajib disedari bukan semua mereka ini Melayu. Ertinya bukan semua bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Ada Minah Jawa, ada Minah Sulawesi, ada Minah Ambon, ada Minah Madura. Semua suku kaum ini memiliki bahasa khusus masing-masing – bahasa ibunda mereka tersendiri. Tetapi apabila memburuh dan membanting tulang di negara kita, mereka menggunakan Bahasa Melayu. Perhatikan apa yang akan terjadi apabila mereka menjadi pembantu rumah di sebuah rumah Tioghua kelas menengah. Minah-minah Indonesia ini tidak mengetahui Bahasa Inggeris. Mereka wajib berhubung, justeru pastilah Bahasa Melayu yang akan digunakan di antara si Minah dengan majikannya. Tidak dapat tidak majikannya, yang mungkin selesa dengan Bahasa Inggeris, kini wajib bertutur dalam Bahasa Melayu. Kehadiran si Minah ini telah memaksa keluarga Tionghua kelas menengah menggunakan Bahasa Melayu. Keadaan ini lebih hebat daripada kempen-kempen penggunaan Bahasa Kebangsaan anjuran kerajaan yang hanya sibuk di poster-poster dan kain-kain rentang. Biasanya majikan dari kelas menengah memiliki sikap tak ambil endah terhadap Bahasa Melayu. Jadi, apabila si pembantu ini datang, maka untuk pertama kalinya si majikan "terpaksa" mempelajari kembali cara yang betul dan tepat untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Tidak ada peranan DBP, Kementerian Pelajaran, Teras (Teras Pengupayaan Melayu) atau sasterawan Melayu di sini. Semua pengajaran Bahasa Melayu ini berjalan tanpa paksaan. Semuanya berjalan tanpa akta Parlimen atau riuh-rendah daripada Gapena. Jika si Minah ini menjadi babu menjaga anak, maka peranan babu ini cukup penting. Si Babu yang mendodoikan anak kecil ini akan lebih banyak berguli dan berjenaka dengan si anak kecil. Malah jika diambil nisbah masa, waktu si babu bersama anak lebih banyak berbanding dengan waktu si ibu bersama anak. Si babu Minah Indonesia ini pastilah bertutur dalam Bahasa Melayu yang tersusun. Bunyi yang keluar dari tekak dan mulut si babu inilah yang akan sentiasa didengar oleh telinga si anak kecil. Inilah bukti si babu ini sedang menjadi pengembang Bahasa Melayu tanpa ada laporan huhah huhah dalam Dewan Sastera atau Dewan Masyarakat. Atau laporan daripada Kementerian Pelajaran. Lihat apa yang sedang terjadi di Hong Kong. Di kota pulau ini, tanpa dirancang, Tagalog menjadi bahasa kedua rakyat di sana. Ia berlaku kerana hampir semua babu dan pembantu rumah di Hong Kong didatangkan dari Filipina. Tidak dapat tidak anak-anak kecil yang dijagai oleh Minah Filipina ini akan fasih berbahasa Tagalog. Saya juga sering ke kedai makan dan ke restoran Cina. Saya perhatikan banyak, malah hampir semua, restoran Cina di kota Kuala Lumpur ini mengambil pekerja Minah Indonesia. Ada yang bertugas di dapur, ada yang membuat minuman dan ramai yang menjadi pelayan tamu. Minah-minah ini tanpa segan-silu bekerja dalam restoran Cina. Sekali lagi saya perhatikan betapa pentingnya peranan mereka. Kalau Minah ini menjadi pelayan di restoran Cina, sudah pasti para pelanggan Cina yang akan dilayani. Si Minah akan mengambil pesanan. Si Minah akan membersihkan meja. Si Minah akan menyusun tempat duduk. Si Minah ke dapur menghantar pesanan. Beginilah pekerjaan pelayan. Tetapi ada satu lagi pekerjaan yang saya anggap lebih suci tetapi tidak dapat dinilai dengan ringgit dan dolar – si Minah pelayan di restoran Cina ini penyebar Bahasa Melayu yang ulung. Saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah Indonesia ini cukup teratur. Lenggok dan lagunya bahasa baku. Si Minah ini tidak pernah akan mengubah telo bunyi yang akan keluar dari mulut dan tekak mereka. Bunyi-bunyi yang dikeluarkan adalah sama – tidak mengira apakah si pelanggan seorang apek berseluar pendek atau seorang taukeh berjaket dan bertali leher. Malah daripada pemerhatian saya, Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah ini lebih baik susunan ayatnya daripada pertuturan kelam bin kabut dan lintang bin pukang yang terhambur dari tekak para pengacara televisyen dan radio kita. Saya pendukung penggunaan Bahasa Melayu. Saya bukan pembodek bahasa – apabila ada kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan, maka saya tidak akan "menonjol-nonjol" untuk masuk ke "bingkai" untuk berdiri di sebelah menteri. Saya tidak akan memakai baju batik berlengan panjang untuk membaca-baca sajak yang saya sendiri pun tidak memahami hujung pangkal. Untuk saya, semua ini kerja bodoh. Bahasa Melayu, untuk saya, bukan Bahasa Kebangsaan. Saya tidak memiliki nilai "kebangsaan". Bahasa Melayu milik anak semua bangsa. Bahasa Melayu adalah bunyi-bunyi dari tekak dan mulut untuk tujuan kita berhubung antara satu sama lain. Bunyi-bunyi ini wujud untuk kita berhubung, mengenal, menyambung nilai dan menyambung sejarah kita. Bahasa Melayu, untuk saya, "bahasa strategik untuk perubahan". Saya mengamal, menyebar dan mencanangkan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu tetapi kerana saya yakin hanya penggunaan Bahasa Melayu ini sahaja yang akan dapat menolak terbuka apa sahaja bentuk perubahan yang diinginkan di negara kita ini. Kalau sesiapa yakin tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan, maka mereka wajib memiliki nilai-nilai seperti Minah-minah Indonesia yang sedang memburuh dalam negara kita sekarang. Saya cukup menghormati Minah-minah Indonesia ini – untuk saya - merekalah pejuang Bahasa Melayu yang tulen. Meremang bulu tengkuk, dan besar kemungkinan saya juga akan muntah, jika saya disabitkan dengan gerakan Bahasa Kebangsaan. Saya lebih berbesar hati dan berbangga jika saya juga dapat dianggap sebagai Minah Indonesia.(TT) ------------ |
Posted: 27 Sep 2015 07:36 PM PDT BERHATi HATI JEREBU LAGi 12 kawasan catat IPU tak sihat setakat 8 pagiKeadaan jerebu di negara ini semakin pulih dengan hanya 12 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini, berbanding 20 kawasan pada 10 malam tadi. Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka dengan bacaan tertinggi 132, Samarahan (130), Bukit Rambai (124), Port Dickson (122) dan Kuching (177).Tujuh lagi kawasan dengan IPU tidak sihat ialah Seremban dengan bacaan IPU 115, Banting (108), Putrajaya (107), Muar (105), Pelabuhan Kelang (103), Nilai dan Jerantut masing-masing mencatatkan bacaan 102. Sementara itu, sebanyak 28 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan Cheras merekodkan bacaan tertinggi iaitu 100 diikuti Tanjung Malim (99), Shah Alam (98) dan Batu Muda (97) 10 kawasan mencatatkan IPU baik iaitu Kapit (50), Bakar Arang di Sungai Petani dan Kampung Air Putih di Taiping (42), Tanah Merah (41), Seberang Jaya 2 di Perai (31), USM (26), Langkawi (23), Pasir Gudang (22), Kangar dan Perai masing-masing mencatatkan bacaan 17.IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa. JERAM TOI DI JELEBU ----------------- |
Posted: 27 Sep 2015 07:18 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan