Selasa, 15 September 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERUSKAN LAGI

Posted: 15 Sep 2015 06:30 PM PDT






TAHNiAH

CUKUP

HEBAT


Sambutan luar duga AMANAH di Kelantan

Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan "luar dugaan" rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.
Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.
Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

TERUS LAGI




--------------------

SAKSI TELAH HILANG

Posted: 15 Sep 2015 10:25 AM PDT







KOMENTAR
tak sampai satu bulan
sesudah laporan dibuat
tindakan telah diambil 
oleh pihak berwajib swizerland
ini contoh negara kapir bekerja


kalau di malaysia
yang mengaku negara islam
yang ramai tunggang tunggit
yang mulut berbuih buih
sampai tujuh keturunan
beluam terima surat jawapan



Swiss soal siasat saksi Malaysia berhubung kes 1MDB


Pendakwaraya persekutuan Switzerland hari ini berkata, Malaysia bersetuju untuk mengatur sesi kepada penyiasat negaranya bagi mengambil keterangan beberapa saksi dalam siasatan mereka berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ketuanya, Michael Lauber, hari ini bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia,  Mohamed Apandi Ali, untuk membincangkan "kerjasama" dalam kes 1MDB. 
Menurut kenyataan itu, kerjasama antara Malaysia dan Switzerland dianggap sebagai penting kepada siasatan yang dijalankan mereka
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/swiss-soal-siasat-saksi-malaysia-berhubung-kes-1mdb#sthash.TuJZ3ejM.dpuf


JENG JENG 
woit
tapi sayang
peguam negara malaysia ini
lantikan najib
saksi akan hilang
saksi telah hilang
saksi tak dapat ditemui
saksi disorokkan
sampai kiamat
tak ada apa akan berlaku

JENG JENG

-----------------

SABAH SARAWAK TUNTUT MERDEKA

Posted: 15 Sep 2015 06:30 AM PDT






ARKIB



NASIONALISMA DAYAK IBAN
SEMAKIN MEREBAK



MAMAK KERALA
Bro TT, Sabah Sarawak bukan nak merdeka......mamak kerala kata merdeka dah lama dah.....Sekarang sabah sarawak mintak cerai talak 18/20......perkahwinan ini tak sebahagia dan semewah kak mah naik jet sana sini.....sangat bosan perangai ketuanan melayu....tersangat bosan dengan mulut busuk banduan katak perkosa.....mintak kes cerai dirujuk kepada mahkamah icj tuntut harta sepencarian.....

tuntut nafkah........malulah sket....kalau dah gagal dah la......german boleh belah dua cantum balik......korea belah dua tak cantum-cantom....USSR dah pecah belah macam kena c4.....takan hasanmalek lebih pintar dari putin si rusia......takan katak terlebeh pintar dari nelson mandela......kah....kah....kah.....malu la woi.....apa lagi ketuanan mau ? on SABAH SARAWAK NAK MERDEKA
Anonymous
on 11/20/13
 
 OTAK KUTTY
Sultan kiram sama otak dengan mamak kutty,bila otak kitam disimpan dalam lutut, begitulah mamak kerala. bila wang padjakan tidak cukup untuk bail out syarikat perkapalan dan boleh membeli 1 tin arak beer san miguel, maka si mamak kutty mahu buat jambatan melintang patah diselat johor.

Tindakkan ini diteruskan oleh anak mamak kutty apabila minta sewa padjakan pulau pinang dinaikkan kepada kedah.Sudahlah mamak kutty, jangan sampai rakyat malaysia tolak ideologi kolar kuning supaya hak kesamarataan rakyat dalam agama islam dapat diperjuangkan.Jadilah mamak yang jujur dan jangan jadi melayu yang penipu. on SABAH SARAWAK NAK MERDEKA
Anonymous
on 11/19/13
 
BORNEO KAYA RAYA
Putrajaya memperkudakan kekayaan borneo dan pemimpin borneo pula memerkudakan putrajaya demi keselamatan salahlaku mereka tapi harus diingat,.......putrajaya cakap sama borneo......you boleh kaya sampai berbilion-bilion tapi you jangan pintar sangat kalau tak you jumpa Abang ISA.....kah....kah....kah.........

sangat brutal projek memelayu rayakan sabah sehinggakan masuk dewan dengar ceramah pon dah jadi mualaf....pendatang haram baru sampai kelmarin pon dah dapat ic blue...disarawak pula lebih halus sebab jauh pilipina dan suweylasi indon.....kerja semua ada kouta.....kouta hanya untuk yang berugama islam saja....kalau rakyat bodoh, maka 40 kalilah bodohnya pemimpin yang memimpin.... on SABAH SARAWAK NAK MERDEKA
Anonymous
on 11/19/13

 KENAPA UNDI GEROMBOLAN?
heyyyy sibodoh sarawak dan sabah.Kalau engkau tidak mahu semenanjung kenapa engkau undi BN.Kau sendiri yang bodoh atau orang semenanjung?.Kalau kau orang sarawak dan sabah pandai dan kompeten berilah orang lain masuk secara adil.tidak perlu visa kerja,passport seperti kami disemenanjung, Tapi takutt.kesimpulannya rakyat sarawak dan sabah lagi rasict dari UMNO. kah kah kah on SABAH SARAWAK NAK MERDEKA
Anonymous
on 11/19/13

 

------------

MEMECAH MITOS TERANG BULAN

Posted: 15 Sep 2015 06:00 AM PDT







 APA DIA

TERANG

 BULAN





Pierre-Jean de BĂ©ranger (1780-1857)



LIMA PULUH TAHUN TAHUN 

TERANG BULAN TERBARAI

KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak "connected" sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka "merdeka" tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri "kunoon" sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.


Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah "connected" - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.


Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT)

Nota:
Tulisan ini telah pernah disiarkan
pada tahun 2007 - ianya bebas di ambil
untuk memecah mitos dan memajukan
fikrah melayu.

















--------------------

BUDAYA DEMO BERJAYA!

Posted: 15 Sep 2015 05:07 AM PDT









KOMENTAR
tukar tiub
dalam kegumbiraan
pada 7.37 petang
29 ogos 2015
mahathir muhamad
penentang demo jalan raya
menuduh demo bukan budaya kjita
turut sama ke jalan raya

demo merah berjalan esok
demo hijau bulan depan
ini buktinya demo jalan raya
telah jadi budaya politik

ini buktinya pegang teguh
pada satu garis politik
akhirnya terbuktiu tepat
kita ke jalan raya 
sebelum ke pilihan raya





Selepas kuning dan merah, Pas pula anjur himpunan baju hijau

 | September 15, 2015
Himpunan 60,000 itu bakal diadakan pada 17 Oktober di Kota Bharu bagi menunjukkan parti itu masih mendapat sokongan di sebalik berlakunya kemelut dalam Pas.






Jerebu hilang malam ini kerana himpunan dapat berkat-Jamal Yunos

 | September 15, 2015
Jamal Yunos percaya keajaiban akan berlaku kerana perhimpunan tersebut akan mendapat keberkatan kerana disertai dengan solat hajat dan doa.




















-----------------

MAI KITA BERGONJENG

Posted: 15 Sep 2015 02:30 AM PDT








ESOK MALAM

DATARAN


PUBLiKA










---------------

SIAPA DI LAUT CHINA SELATAN

Posted: 15 Sep 2015 01:16 AM PDT





 SIAPA DAN SIAPA 
LAUT CHINA SELATAN


LAUT CHINA SELATAN
Asal namanya saja laut china selatan dalam peta dunia, semua wilayah itu hendak disapu sepenuh2nya oleh negara china. Padahal semua negara asean yang memiliki pesisirnya memiliki hak dari segi sejarah dan jaraknya yang lebih dekat dengan daratan jika dibandingkan dengan benua china.

 Yang kita kasihan adalah negara filipina dan vietnam. Negara kecil ini tiap2 hari menjerit2 minta china jangan menceroboh atau membuat apa2 pembangunan di puluhan pulau2 spratly itu. Malaysia tentulah tak berani dengan china2 ini awal2 lagi.

 Nama saja perserikatan negara2 asia tenggara tapi tak berani melawan china. Tentera jin alam ghaib sahaja kononya ada berjuta2 di indonesia tapi tak berani dikerah lawan tentera china. Pergi mamposlah tentera2 jin dan kau2 sekali wahai jawa. Kepada Allah taala kau tak minta kekuatan, pada jin2 juga kau buat kawan tu buat apa? Keberanian china makan babi ini adalah kerana tentera lautnya sangat kuat dan memiliki kapal2 selam yang amat canggih. Belum ada radar dan on AWAS - LAUT CHINA SELATAN MAKAN HANGAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/15/15



----------

LEDAKAN EKONOMI SEDUNIA

Posted: 14 Sep 2015 10:40 PM PDT








LEDAKAN

EKONOMi

SEPTEMBER

OKTOBER

sekali lagi ingatan bersama
hari khamis ini 
federal reserve bank
akan bermesyuarat
dunia kapitalis memerhati
apakah akan dinaikkan
kadar bunga bank?
atau bagaimana
sistem ekonomi kapitalis
diseluruh dunia sedang sakit
sakit yang bermula pada
september 2008 dahulu
berulang sekali lagi



Markets slip on China worries, ahead of US Fed meeting - as it happened

Shanghai stock market posts its biggest fall in three weeks, after investment and factory output data miss forecasts
Shanghai market falls 2.7% after weak data
Oil price dips...
... but eurozone factory growth beats forecasts
Shiller warns of US market bubble
...Wall Street opens lower


CHINA
China's stock markets have just posted their biggest falls since the last week of August, despite a late (and somewhat suspicious) rally.
The benchmark Shanghai Composite shed 2.7%, having been down 4% in late trading, as traders reacted to the slowdown in business investment, and subdued factory growth, in August.
This latest data follows a 13% tumble in imports last month, adding to concerns that the Chinese economy is softening fast.
Analysts at Mizuho Bank reckon the slowdown could encourage the US Federal Reserve to leave interest rates on hold this week:
RUSSIA
Russia's largest port operator has just reported a sharp fall in profits and revenues, highlighting its weak econony. 
Pre-tax profits at Global Ports halved in the first six months of 2015, as revenue shrank by 25%.
EROPAH
Good morning, and welcome to our rolling coverage of the world economy, the financial markets, the eurozone and business.
It's going to be an exciting week. Economists and investors are already looking towards Thursday's Federal Reserve meeting, when America's interest rates could be raised for the first time since the crisis began.
On balance, the Fed is expected to sit tight again, given the recent ructions in the global economy, but no-one knows for sure.



----------------

MAT PA CHU CHENG

Posted: 14 Sep 2015 10:19 PM PDT







BERiTA BAiK



Jerebu hilang malam ini kerana himpunan dapat berkat-Jamal Yunos

 | September 15, 2015
Jamal Yunos percaya keajaiban akan berlaku kerana perhimpunan tersebut akan mendapat keberkatan kerana disertau dengan solat hajat dan doa.






PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos yang terlibat secara langsung dalam penganjuran 'Himpunan Rakyat Bersatu' atau 'baju merah' yakin jerebu akan hilang menjelang tengah malam sebelum perhimpunan tersebut berlangsung pada Rabu ini.
Jamal berkata, keajaiban itu berlaku kerana perhimpunan tersebut akan mendapat keberkatan kerana disertai dengan solat hajat dan doa.
"Hari ini saya rasa akan berlaku satu keajaiban kerana perhimpunan tersebut disertai dengan solat hajat, doa dan kebaikan.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
kalau macam ini
tiap kali ada jerebu
minta mat pa chu cheng ini
buat demo baju meraj
kah kah kah
selesai kes jerebu
tak perlu tembak awan
selamatkan juta juta bujet
kah kah kah
kalau nak hentikan jerebu
selama lamanya
hantar mat pa chu cheng
ini ke sumatra
biar dia buat demo disana
kes selesai malaysia cerah
kah kah kah

PA CHU CHENG

------------

AWAS - LAUT CHINA SELATAN MAKAN HANGAT

Posted: 14 Sep 2015 09:18 PM PDT









AWAS

LAUT CHiNA 

SELATAN

MAKi

HANGAT


Third South China Sea airstrip being built, says expert, citing satellite photos









China appeared to be building a third airstrip in contested territory in the SouthChina Sea, a US expert said on Monday, citing satellite photographs.
The photographs taken for Washington's Center for Strategic and International Studies (CSIS) thinktank on 8 September are said to show construction on Mischief Reef, one of several artificial islands China has created in the Spratly archipelago.


-------------------

PROJEK PEMBODOHAN

Posted: 14 Sep 2015 08:36 PM PDT







 | September 14, 2015
mary-ann
Penyiaran dokumentari pembunuhan Altantuya melanggar etika kewartawanan kerana kes itu sudah selesai di mahkamah. More ››

KAH KAH KAH
woit
tolonglah sikit
jangan tipu mak cik felda
jangan tipu bani melayu
bani melayu ramai yang ngok
mustahil wartawan australia
ini akan disiasat 
kentut wartawan ini
pun tak tercium
ini bodohkan melayu
macam kes sarawak report
minah bernama claire brown
sampai kiamat pun
calire tak akan disiasat
hentikan projek pembodohan
hentikan membodohkan melayu
beri pencerahan pada melayu
biar melayu dapat befikir

PEMBODOHAN






----------------

INDONESIA TAK ADA RAJA RAJA

Posted: 14 Sep 2015 07:54 PM PDT









INDONESIA TAK ADA RAJA
Semalam gwa jumpa 1 mamat riau..katanya..kepulauan riau itu lebih besar kawasannya dari tanah semenanjung..gwa bilang sama dia..16 ni turun ke...dia dengan tegas..dengan slang melayu key el yang masih terminang minag tu bersuara...

apelah nak turun..baik duduk rumah..diurang ni mengacau je..kena paksa turun..tengok bersih...sukereleh je turun..susahlah diurang ni..ini punca dio ..meereke ni apo tau...gwa nanya...apo...?...ini pasal meereke ni ada rajelah..

tengok indonesia..teda raja..aku ni melayu riau...minang..tapi kalau pekat minang nogori tu..tidak sama dengan minang aku..sini dah modified minang dio...sana..raden raden tak kena layan pun..cuma jadi alat pelancongan..kalau kira indon ada beribu raja...tapi sekarang sini le...korang tahan juga yer ada 9 raja sini...mcm mana korang hidup...bagi dia makan lagi..gst lagi..ringgit jatuh lagi...kira tahan lasak juga korang malaysia ni yer...kalau aku..dah lama aku tutup raje raje ni..aku nanya ...ko kosong ke wak.....aaaa ahhhh...kosong on BANI KETUANAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 9/15/15


--------------

SIAPA BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA

Posted: 14 Sep 2015 07:46 PM PDT








SIAPA BERi

ARAHAN?



Altantuya: Kenapa Najib tidak disoal kes pembunuhan Altantuya






--------------

CAKAP SAJE - TAK ADA TINDAKAN

Posted: 14 Sep 2015 07:23 PM PDT






BERAPA KALi

NAK BERi 

AMARAN


Dokumentari Al Jazeera: Komen  Mahathir sama seperti hina mahkamah

Komen Mahathir Mohamad mengenai filem dokumentari terbitan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, adalah sama seperti menghina mahkamah, kata Salleh Said Keruak.
"Mula-mula sekali mahkamah  pun membicarakan kes ini dan  membuat keputusan.
"Adakah Mahathir menyatakan  mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan  hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur?
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dokumentari-al-jazeera-komen-dr-mahathir-sama-seperti-hina-mahkamah#sthash.utjY4xlp.dpuf

KAH KAH KAH
woit
cakap tak guna
tok no yus
berani tangkaplaaa
tok ezi
no eksion
kah kah kah
ini bukan hina mahkamah
ini tibai mahkamah
kah kah kah

CAKAP AJE

---------------

Tiada ulasan: