Isnin, 7 September 2015

Komentar Kini

Komentar Kini


Ada tiga pendapat berkait bai’ah

Posted: 07 Sep 2015 06:10 PM PDT




Sekarang ini mari sama sama kita tengok isi kandungan Bai'ah PAS Kelantan sebagai bahan bukti sama ada ia benar benar menepati bahawa lafaz itu boleh jatuh talaq atau tidak seseorang yang melafazkannya.
Bai'ah itu berbunyi: "Saya Datuk Haji Ahmad bin Yaakub berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan partiyang tidak bercanggah dengan ajaran Islam  bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahisekiranya saya meninggalkan atau melompat keparti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyat maka akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elauan ahli Dewan tersebut adalah haram. Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah wallahi wabillahi watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti
Lafaz  bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi ia adalah lafaz ta'liq yang dilakukan secara tidak sengaja. Ia atas kerelaan seseorang sepertimana kata kata yang berbunyi: "Lompat parti lain dengan kerelaan saya sendiri. Bermakna bukan ada paksaan sesiapa. Ia adalah kehendak kita sendiri untuk menjadi calon Dewan negeri dan Dewan Rakyat (ahli parlimen).
Lafaz yang berbunyi: Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, lafaz tersebut merupakan lafaz yang sorih dan tidak boleh main main. Hal ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jika dilakukan secara main main maka ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah" 
Sesungguhnya berkaitan dengan perkara talaq ini ulama berbeza pendapat dan wujud tiga pendapat yang sedia maklum dan kini wujud pendapat baru yang dikeluarkan oleh ulama modern yang mudah dan ringan berbanding dengan pendapat ulama silam menjadi empat pendapat bagi mereka yang bersumpah.
pendapat pertama Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti ulama silam.
Pendapat kedua. Ia adalah haram (dosa) dan jatuh tiga sekaligus. Ijtihad Malik dan  Abu Hanifah. Ia mendapat majoriti sahabat, Tabien dan ulama silam.
Pendapat ketiga.Ia haram, tetapi jatuh talaq satu. Ini ijtihad sebahagian sahabat dan Ali Abi Talib ra, Ibnu Mas'ud, Abdul Rahman Auf ra dan Az Zubair Awwam ra.
Jika ikut pendapat ketiga Dr Hatta boleh rujuk balik dengan bekas isterinya selepas habis iddah nanti.Akan tetapi ketiga tiga pendapat ini ditolak dengan hujah tidak jatuh talaq dan boleh ditebus dengan dengan member makan kepada sepuluh orang miskin dan puasa tiga hari.

Dr Hatta menjelaskan bahawa beliau gunapakai pendapat ulama modern dan disebut membariskan nama Dr Yusof al-Qarahdawi dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis sebagai rujukan yang mengatakan bahawa bai'ah itu adalah sumpah dan boleh ditebus apabila melanggarnya.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: " Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yangbiasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)" (surah Al Maaidah ayat 8

Persoalan yang timbul bagaimana pula dengan lafaz yang berbunyi: Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak. Lafaz ini  keluar dari mulut kita sendiri dengan sengaja dan  penuh kerelaan.

Lafaz ini juga bukan sahaja dibuat didepan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Pesuruhjaya Pas Negeri kelantan, tetapi didepan Allah yang berbunyi: Wallahi, wabillahi watallahiyang mahu tidak mahu kena rujuk mahkamah syariah untuk mencari penyelesaian permasalahan yang menjadi isu terkini.

Lebih lebih lagi setiap perkahwinan di daftarkan di makhamah syariah dan mahkamah syariah  kelantan mengguna pakai Pendapat pertama, iaitu Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti ulama silam.

Jika ia tidak melibat mahkamah Syariah, maka persoalan yang timbul sudah selesai,kerana Dr Hatta menggunapakai pendapat ulama modern  dikatakan pendapat yang rajih, akan tetapi ini membabitkan perkahwinan dan didaftarkan yang pasti tidak akan selesai sampai bila bila.

Bagaimana pun ada perkara yang kita lakukan main main pun, maka ia tetap dipandang sungguh sunguh iaitu nikah, talak dan sumpah sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jiak dilakukan secara main main mak ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah" 

Oleh itu, tidak dinafikan ianya boleh membayar kafarah berdalilkan firman Allah yang bermaksud: " Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafaarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)" (surah Al Maaidah ayat 89).

Sesungguhnya Lafaz ta'liq Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak adalah lafaz sorih tidak boleh dipandang ringan. Lafaz ini adalah lafaz sorih dan ia mahu tidak mahu mesti kena rujuk mahkamah syariah agar mahkamah menentukan status kedudukan  pihak yang terbabit. terSerah kepada mahkamah syariah kerana  itu adalah bidangkuasa kes tersebeut.


Tiada ulasan: