Nuffnang

Pengikut

Komentar Kini

sumber :-

Komentar Kini


Betulkah KJ tidak yakin dengan parti Amanah

Posted: 14 Sep 2015 06:54 AM PDT


Ana boleh setuju apabila ada sesetengah mengatakan Datuk Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung PAS tidak yakin dengan parti Amanah.

Dalilnya, dia masuk parti Keadilan rakyat (PKR). Kalau dia yakin dengan parti Amanah yang pengerusinya Mohammad Sabu, mustahil dia boleh tinggalkan parti Amanah dan masuk PKR.

Macam dulu dulu juga. Dia tak yakin dengan parti keadilan rakyat miskipun  parti itu Bosnya yang punya. Jika dia yakin dengan parti PKR mana mungkin dia masuk PAS.

Datuk Kamaruddin Jaafar lebih yakin dengan pas sebab itu dia pilih pas sebagai wadah perjuangannya. Malah telah diberi jawatan tertinggi dalam pas  sebagai setiauaha agung tanpa ragu ragu.

Bermakna pucuk kepimpinan PAS Malaysia berkeyakinan sepenuhnya dengan batang tubuh Kamaruddin Jaafar tanpa ada sebarang sangkaan buruk miskin pun Dr Harun Din pernah berkata, awas, musuh dalam selimut.

Pada hemat ana keyakinan  seseorang pada Pas tidaklah buat selama lamanya  yakin.Bahkan keyakinan seseorang boleh hilang dengan isu isu tertentu.macam juga apa yang berlaku pada G18 yang sudah tidak yakin lagi dengan pas atas sebab presidennya.

Persoalan yang timbul, betulkah kamaruddin Jaafar tidak yakin dengan PKR parti boisnya (Anwar Ibrahim) sehingga sanggup masuk pas.

Mungkin kemasukan beliau itu ada agenda tertentu agar pas jadi haru biru sepertimana yang berlaku selepas bertahaluf siyasi dengan DAP rakan kongsi PR Kerajaan Salngor.

Bayangkan, Anwar Ibrahim sendiri sangat tidak yakin dengan pas. Kalau dia yakin dengan pas mana mungkin ditubuhnya lain parti yang tersangat lemah sehingga di Terengganu dan Kelantan tiada sebuah cawangan pun, kecuali cabang.

Pelik juga mengapa kamaruddin Jaafar yakin dengan PKR  lantas masuk menjadi ahli yang barangkali masa depannya  menjadi  gelap juga berbanding parti Amanah yang pasti menjadi malap diseluruh Negara.

Pasti Kamaruddin Jaafar punya agenda penting. Sebab itu dia masuk PKR dan tinggalkan Amanah yang mana sudah  tercalar imejnya dan tidak mustahil  akan jadi sebuah parti yang tak amanah apabila diberi amanah.

Sesungguhnya Para pemimpin parti itu antaranya adalah merupakan tokoh tokoh yang tidak amanah setelah diberi amanah oleh pengundi dalam Pilihanraya umum ke 13 lalu.

Jika Mereka merupakan tokoh tokoh yang amanah sepatutnya meletakan jawatan sebagai  ahli Dewan negeri dan ahli dewan rakyat yang dimenangi dalam PRU 13 lalu.Lebih lebih kemenangan mereka atas tiket PAS dan telah bersumpah akan letak jawatan apabila masuk parti lain.

Berbalik  isu  kemasukan  Kamaruddin Jaafar dalam PKR .  sah ada agenda  yang tersirat dan tersurat atau dengan kata lain inspirasi suara dari penjara bahawa PKR perlu seseorang yang boleh menjadi power yang kuat sepanjang ketiadaan Anwar.

 Maka tidak lain tidak bukan PKR perlu tukar setiausaha agung lain mengganti Rafizi yang kelihatan agak lemah selepas mengambil alih setiausaha agung lalu.

Tokoh yang Nampak kuat powernya dan berwibawa jadi setiausaha agung PKR yang kelihatan hanyut setelah Anwar Ibrahim masuk penjara tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Kamaruddin Jaafar yang kebetulan sudah banyak pengalaman dengan ABIM dan PAS.




Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT