Jumaat, 18 September 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kes ayahanda pekida kena tembak mati

Posted: 18 Sep 2015 05:12 AM PDT

Assalam Ydh Tuan/Puan

Phg 608
Kpl 212605
Ks22697

Satu kejadian tembak .

Pada 18/09/2015
Jam 0237 Hrs

Tempat kejadian di tepi restoran Alif bersebalahan megamall.

Ringkasan kejadian:

Pada 18/09/2015 jam lebih kurang 0237 Hrs telah terima arahan daripada gerakan kuantan satu kejadian tembak telah berlaku di tepi restoran alif.Phg 608 sampai dilokasi dan mendapati (1)(L) Melayu telah ditembak.Mangsa bernama Arzurizan bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Zul Badak no i/c 760218-06-5803.Mangsa bersama (2) rakan (L)(M) keluar dari restoran untuk menaiki kenderaan Toyota Fortuner no pendaftaran CCV9663.Apabila mangsa membuka pintu sebelah penumpang hadapan.Tiba-tiba telah ditembak beberapa das tembakan dipercayai senjata yang belum pasti oleh (2)(L)(M) yang menggunakan kenderaan m/car jenis Waja no pendaftaran WSP 3855 yang didaftakan pada m/sikal Modenas Kriss.Suspek dipercayai melepaskan (4) das tembakan.Mangsa cedera parah di kepala dan telah meninggal di tempat kejadian yang disahkan oleh pihak hospital.
Kami telah memasang tali amaran polis di kawasan sekitar bagi mengelak kan gangguan orang awam di tempat kejadian.

Sekian terima kasih Tuan/Puam.

Artis kena tangkap sebab ganja?

Posted: 18 Sep 2015 04:22 AM PDT



Kami dapat maklumat gambar ini. Belum dapat dipastikan lagi. Khabarnya ni pelakon dalam cerita m.a.i.d laknan zul ariffin.

Hai muda muda lagi dah main benda ni.

Iceland boikot semua produk Israel

Posted: 18 Sep 2015 04:19 AM PDT

REYKJAVIK, Jumaat – Pihak berkuasa di bandar raya Iceland, Reykjavik, meluluskan resolusi memboikot semua barangan dan produk Israel yang dijual di negara itu.

Resolusi itu diputuskan sebulat suara berikutan tindakan Israel yang berterusan menjajah negara Palestin.

Usul itu pada awalnya dicadangkan Ahli Majlis Parti Pakatan Demokratik Sosial, Bjork Vilhelmsdottir yang menyatakan bahawa beliau mahu menghabiskan sisa hidup dengan melakukan kerja-kerja kemanusiaan di wilayah Palestin.

"Saya percaya bahawa negara sedang menghantar mesej yang jelas bahawa ia tidak akan membeli produk dari Israel.

"Ini kerana tindakan Israel yang menindas kaum lain," katanya.

Perkara yang sama diutarakan Presiden Majlis Bandar dan Pengerusi Parti Bright Future, Bjorn Blondal.

Katanya, tindakan memboikot barangan Israel ini merupakan simbolik yang menunjukkan Bandar Raya Reykjavik menyokong hak rakyat Palestin untuk merdeka dan pada masa sama mengutuk dasar aparteid Israel di wilayah Palestin yang dijajahnya.

"Ini adalah satu cara aman untuk membantah kezaliman," katanya.

Iceland merupakan penyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menaik taraf status Palestin kepada negara pemerhati. – Agensi

Antara Amalan-Amalan Terbaik Di Hari Jumaat

Posted: 17 Sep 2015 08:10 PM PDT




Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.

Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan:

"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga."

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.

Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Sumber: http://abusyahirah.blogspot.com/

Tiada ulasan: